Wednesday, September 19, 2018

Adakah MLTT wajib kita ambil?



Sebelum menjawab soalan ini, biar saya ceritakan MRTA tue dahulu. Biasanya MRTA diambil sekali dengan loan rumah. Tujuan MRTA diambil untuk cover balance bayaran loan rumah. MRTA hanya trigger jika berlaku kematian atau mengalami total permanent disability. Mrta diambil samaada 5,10,15 atau 35 tahun (full terms).
Graft bayaran seperti dalam gambar.


Katakan MRTA diambil full terms (35 tahun). Dan loan rumah RM150,000. Katakan berlaku kematian ketika usia 40 tahun dan kita sudah bayar RM100,000 ada balance perlu dibayar RM50,000. (Lihat gambar dibawah).


Bila berlaku situasi diatas, mrta akan bayar balannce rumah RM50,000. Tapi base rate (interest) tak akan dibayar oleh mrta. Pewaris akan top up untuk bayar interest tue.

Untuk MLTT pula adalah separate dari loan Rumah. Bayar asing. Tujuan MLTT seperti MRTA diambil untuk cover balance. bayaran loan rumah. MLTT hanya trigger jika berlaku kematian atau mengalami total permanent disability dan didiagnose penyakit kritikal.

Graft MLTT seperti dibawah

Sila rotate kan kepala anda.

Katakan tuan empunya Nama meninggal dunia (suami). Bila berlaku situasi diatas, mltt akan bayar balance rumah RM50,000 bersama dengan base rate (interest). Pewaris Tak perlu top up untuk bayar interest tue.

Manfaat MLTT= RM150,000
Sudah dibayar = RM100,000
Perlu dibayar= RM50,000
Assume base rate RM30,000.

Ikut kiraan bila berlaku kematian, balance yang perlu dibayar RM50,000+RM30,000.

Full coverage MLTT RM150,000
Tolak RM50,000+RM30,000

Balance RM70,000. Balance nie akan dapat pada Pewaris berdasarkan faraid atau hibah.

Berbalik pada soalan diatas. Adakah MLTT itu patut kita ambil? Jawapannya, terpulang kerana MLTT adalah optional dan ia dibayar asing dan tidak sekali dengan bayaran loan rumah. Ia dianggap mahal kerna ia adalah takaful hayat.

Tapi bagi saya secara peribadi, ia berbaloi untuk mencarum. Kenapa?MLTT cover jika kita didiagnose penyakit kritikal, total permanent disability dan kematian. MRTA hanya cover jika kematian dan total permanent disability.Apa yang bagus MLTT ini ia bukan saja cover balance bayaran loan rumah yaitu principle tapi ia jugak cover base rate (interest). MRTA tak cover base rate hanya cover balance bayaran loan rumah sahaja.

Bukan itu saja, pewaris masih dapat duit baki dari pampasan. Duit balance RM70,000 nie boleh menolong Pewaris meringankan beban masalah kewangan. Boleh tolong uruskan perbelanjaa , uruskan bayar yuran pendidikan, hutang, boleh buatkan investment, atau bantu untuk mula meniaga.

Tepuk dada tanya selera.

Mak Siti beli lada,
Lada dibeli dipasar raya,
Sudah penat saya bercerita
Terpulanglah pada tuan hamba.

#cpmbk

2 comments:

Mohd Hazaruddin said...

Hi Akok,

Saya din, nak tanya if let say dah beli rumah dan ambik MRTA.
Boleh ke saya nak cancelkan MRTA dan tukar ke MLTT?

akok is a person not a kuih said...

Hi Hazaruddin,

terima kasih sudi baca blog saya.

MRTA tak dapat cancel kalau dah buat. Tak kisahlah short terms atau full terms. Nasihat saya just add MLTT sahaja. Berapa perlu saya letak nilai coverage MLTT? Kebiasaanya saya akan cadangkan letak nilai coverage bayaran
berdasarkan harga loan rumah (principle). Jika dilanda musibah
seperti kematian, total permanent disability atau diagnose penyakit kritikal, owner atau pewaris akan dapat full amount (berdasarkan jumlah principle loan rumah tue). Mereka akan bayar yg balance pinjaman rumah dan base rate. Jumlah balance pampasan MLTT tue akan dapat kat kita untuk kegunaan harian kita.

Moga saya memberi pencerahan.

Salam Jumaat

mbk
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...