Tuesday, October 30, 2012

sudah kembali



sorry.. empat hari tak online pasal balik kampung. Al maklumlah org pantai Timur biler balik kg timer Aidiladha. Jammed teruk.. nak balik ke KL pun TERRRRUKKKKK. Sampai kena stay 1 malam di paka. Tgh nak update Pru Smart Link yg maner cover mommies n anak. Macam pru My Child jugaks... Nantilah.. tgh dok cari mood nie.. Penat pasal jameed teruk... Aduh yaiiiii...

PS:// Jom layan lagu Chamak Challo.. Hindustans sikit...



Monday, October 22, 2012

Info RM | Produk takaful




Info RM | Produk takaful adalah untuk perlindungan 

kewangan, bukan untuk simpanan atau pelaburan. Jika 

mahukan pulangan maksima dalam pelaburan, produk 

pelaburan adalah pilihan terbaik, bukan produk takaful. Jika

tidak, kita akan menyesal dan kecewa dengan hasilnya 

kelak.

Tip RM | Plan persaraan.


Ada beberapa pilihan:-

1. Mula membuat plan persaraan dari sekarang.
2. Bersara lewat.
3. Mati awal

Tip RM | Plan persaraan.

Jika hari ini kita bersara, kita masih memerlukan sejumlah wang untuk menyara kehidupan sebelum meninggal dunia.

Jangka hayat rakyat Malaysia adalah sekitar 60 hingga 70 tahun. Jika seseorang bersara pada usia 55 tahun dan meninggal dunia pada usia 65 tahun, maka dia perlukan kos sara hidup selama 10 tahun selepas bersara.

Selalunya kos kehidpan selepas bersara berkurangan sekitar 70% dengan andaian beberapa kos sebelum bersara sudah tiada seperti kos pengangkutan pergi balik kerja, parking, pakaian kerja dan lain-lain lagi, serta andaian hutang kereta dan rumah sudah selesai.

Dengan andaian ini, seseorang yang memerlukan kos kehidupan RM5,000 sebulan, selepas bersara akan menjadi RM3,500 (selepas ditolak 70%). Maka wang persaraan yang diperlukan untuk tempoh 10 tahun selepas bersara ialah seperti berikut:-

RM3,500 (kos sebulan) X 12 bulan X 10 tahun = RM420,000.

Kiraan di atas hanyalah contoh JIKA KITA BERSARA HARI INI.

JIKA KITA BERSARA UNTUK 20 TAHUN AKAN DATANG, dengan kadar inflasi sebanyak 5% setahun, jumlah yang diperlukan ialah RM1,114,385.

Ya, RM1 JUTA.

Infor Takaful | Topi Keledar


Topi keledar tidak mampu mengelak pemakainya dari berlaku kemalangan, tapi mampu mengurangkan risiko jika berlaku kemalangan. Begitu juga takaful, ia tidak mampu mengelak pemiliknya dari berlaku kemalangan, tapi mampu mengurangkan risiko jika kemalangan.

Info Takaful | Plan Medical card

Info Takaful | Plan Medical card merupakan salah satu dalam plan takaful. Ia bukan segala-galanya dalam konsep perlindungan takaful. 


Jika takaful ibarat rumah, medical card adalah pintunya. Selain pintu, kita masih perlukan diding, tingkap, lantai dan bumbung sebagai keperluan sesebuah kediaman rumah.

Begitu juga takaful, selain medical card, kita masih juga perlukan takaful untuk kematian, lumpuh, sakit kritikal dan kemalangan.

Tuesday, October 9, 2012

"Suami bukan pelan persaraan wanita"


"Suami bukan pelan persaraan wanita"
=============================

RAMAI wanita beranggapan suami adalah teman sehidup semati, tempat bermanja dan bergantung segala-galanya. Suatu anggapan yang ideal untuk pasangan yang melayari bahtera perkahwinan.

Namun setiap wanita juga harus bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan kerana setiap pelayaran pasti tidak sunyi daripada cabaran dan dugaan.

Suatu fenomena yang mungkin menyentuh sukma seorang wanita, tetapi merupakan hakikat yang perlu diterima ialah lazimnya jangka masa bekerja bagi seorang wanita lebih singkat dan pendapatan yang diperolehi juga agak kurang berbanding lelaki sepanjang hayatnya.


Namun, wanita didapati menikmati kehidupan lebih lama dari kaum lelaki. Jangka hayat wanita Malaysia adalah 79 tahun berbanding lelaki 75 tahun.

Justeru, kaum wanita kena merancang persaraan yang lebih panjang dengan sumber pendapatan yang terhad.

Data 2007 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan penyumbang wanita memiliki purata simpanan sejumlah RM84,955.62 ketika mencapai usia persaraan 55 tahun, RM47,584 lebih rendah daripada purata penyumbang KWSP negara yang mencecah RM132,539.782.

Jika seseorang wanita bersara pada usia 55 tahun dan meneruskan kehidupan sehingga 79 tahun, dia cuma ada RM283.15 sebulan untuk dibelanjakan jika hanya KWSP menjadi tempat bergantung.

Situasi ini tentu tidak menyenangkan di mana tahap pendapatannya berada di bawah garis kemiskinan iaitu RM750 sebulan. Tambahan pula pendapatan RM283.25 sebulan untuk tempoh 25 tahun belum mengambil kira faktor inflasi boleh menjejaskan simpanan dan kualiti hidup.

Kenapa wanita agak ketinggalan untuk menyimpan?

Seorang wanita lazimnya mempunyai anak semasa berada di puncak kerjayanya. Ada yang memilih untuk tinggal di rumah menjaga kebajikan anak-anak dan keluarga. Ini secara tidak langsung membantutkan sumbangan KWSP mereka.

Tanpa sumber pendapatan, wanita juga tidak berupaya menyimpan secukupnya. Walaupun jika mereka kembali bekerja selepas anak-anak membesar, tahun-tahun yang ditinggalkan bermakna mereka terpaksa kembali ke tahap yang sama seperti sebelum mereka berhenti kerja.

Atau lebih ketara lagi, kemahiran mereka juga mungkin tidak secekap dahulu. Ini menyebabkan mereka terus ketinggalan dalam kerjaya, gaji dan simpanan.

Wanita juga lumrahnya menggunakan simpanan untuk membantu ahli keluarga yang memerlukan dan menganggap keperluan keluarga lebih utama daripada peribadi.

Wanita yang berkahwin juga biasanya menyerahkan bulat-bulat tugas pengurusan kewangan kepada suami yang dikasihi.

Kaum lelaki lebih cenderung untuk menjaga kewangan jangka panjang manakala kaum wanita pula secara amnya lebih menumpukan kepada bajet harian.

Si isteri mungkin menyerahkan tugas merancang persaraan kepada suami mereka dan ini boleh menyebabkan pelan kewangannya yang tidak menentu.

Sumber: 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

Infor Takaful: Faraidh


Info RM | Faraidh merupakan panduan yang diberikan oleh Allah, dan ia merupakan satu pilihan. Ahli waris boleh untuk tidak memilih cara faraidh sekiranya mereka semua berpakat.



Sebagai contoh, adik beradik lelaki dan perempuan semuanya berpakat untuk membahagi harta sama banyak di antara mereka tanpa tertakluk kepada panduan faraidh 2 nisbah 1 di antara anak lelaki dan anak perempuan. Jika mereka bersepakat, tiada masalah.

Penama Takaful / Insurans: Jangan Letak Nama Anak!


Saya nak share satu infor baru mengenai penama bagi insurans/takaful. Artikel nie memang menolong saya memahami lebih details mengenai penama. biler sebut penama kebanyakkanya ambik mudah jer. Saya pun tak lari ader sikap begitu. Saya terkejut biler baca artikel nie terutamanyer biler kiter meletakkan nama anak sebagai penama. Ya, saya akui kebanyakan client wanita (termasuk client saya jugak) takkan letak nama suami sebagai penama. Kebanyakkannya letak nama anak. Kaum isteri cukup bimbang si suami akan joli katak duit insurans isteri nie. Takut anak mati kering nanti. Suami laks akan letak nama isteri. heheheheeheheh.. memang pun begitu.. Ingin saya ucapkan terima kasih pada agent nie kerana memberi maklumat yang berguna pada saya dan harapnyer pada semua takafulovers.

Ketika saya mula-mula menceburi kerjaya sebagai perunding takaful, dalam satu kursus yang saya hadiri, saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan;

”Kira-kira 80% suami  akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama,” kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.



Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut.

Selepas beberapa tahun dan sehingga kini hampir sepuluh tahun saya berada di dalam industri ini, apabila diimbas sekali polisi rakan-rakan pelanggan saya sebelum, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.

Ya, kaum wanita yang sudah berkahwin lebih cenderung untuk meletakkan nama anak mereka sebagai penama berbanding lelaki.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu bapa mereka.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

Isteri “Kurang” Percaya Kepada Suami?

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan pelanggan-pelanggan wanita, selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidakpercayaan) mereka terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka.


Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya kepada anak-anak mereka.

Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih. Atau seperti watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu suatu ketika dahulu.

Ya, satu kekhuatiran yang berasas.

Saya tidak nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada suami sendiri.

Apabila ditanya kepada isteri saya pun, begitulah juga perasaannya. Apabila ditanyakan kepada ibu saya pun begitulah halnya.



Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima

Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.

Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Fatwa tersebut berbunyi;

Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.

Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.

Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Pernah terjadi satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.

Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan  dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.

Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu.

kredit to: http://www.majalahniaga.com/penama-takaful-insurans-jangan-letak-nama-anak.html#comment-5165




Wednesday, October 3, 2012

Cara makan ikut Sunnah Rasulullah S.A.W




Disini kita tahu bahawa Rasulullah amat menjaga pemakanan serta kaedah pemakanan yang menjadi ikutan atau sunnah. InsyaAllah kaalu diamalkan kita akan dijauhi penyakit spt sakit perut dsbnya.

Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat penyakit. Mengapa??? Ini kerana dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( – ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi. (kesan angin kata orang2 tua…)


Bagaimana nak atasinya?

Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan yang boleh diamalkan:
* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
* jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu
* jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda

Amalkan:
1) Makan buah sebelum makan nasi
2) Menu daging sentiasa dengan oren jus (atau jus yang kaya dengan vitamin C)
3) amalkan makan dengan tangan
4) amalkan jilat tangan selepas makan kerana tangan hasilkan enzim yang diperlukan dalam proses pencernaan.

FAKTA:

Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.

Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. 

Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.

Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.


Iklan Takaful: Takaful rumah ku & Gadai Janji


Orang pompuan pun ader insurans??????


FOKUS : INSURANS UNTUK WANITA

Oleh : Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my

Pelan perancangan bersesuaian bantu golongan hawa nikmati kehidupan bermutu pada masa depan





KEBELAKANGAN ini semakin banyak syarikat institusi kewangan dan insurans yang begitu ghairah serta berlumba-lumba memperkenalkan skim pelan perlindungan insurans khusus untuk wanita. Ini termasuklah, pelan perlindungan penyakit berkaitan wanita, perlindungan penyakit berjangkit, perlindungan kepada wanita terhadap jenayah dan keganasan rumah tangga menyebabkan kecederaan peribadi dan sebagainya.

Persoalannya perlukah wanita mengambil atau memiliki pelan insurans yang disarankan khusus kepada wanita seumpama itu? Malah, ada yang mulai keliru dan tertanya-tanya sejauh manakah penting atau apakah faedah diperoleh serta jaminannya jika mengambil pelan insurans dikhususkan kepada wanita. Selain itu, ada juga yang melihat, pelan insurans seperti itu hanya ingin mengambil kesempatan dan ‘jerat’ bagi meraih keuntungan oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun, Pengurus Perunding, Tekad Smart Planning Sdn Bhd, Azha Syazri Azizan, berpendapat kewujudan pelbagai pelan insurans khusus untuk wanita, secara tidak langsung melambangkan satu pengiktirafan kepada peranan penting yang dimainkan oleh wanita hari ini kerana mereka turut sama menyumbang sumber pendapatan untuk keperluan keluarga dan berkemampuan untuk membina masa depan mereka sendiri.

Beliau berkata, wanita sebenarnya mempunyai keperluan hidup yang berbeza daripada keperluan lelaki. Memandangkan kehidupan seorang wanita itu berlainan daripada lelaki, perancangan kewangan yang terbaik perlu dibina mengikut keperluan uniknya.

Perancangan itu termasuklah pengenalan pelan insurans istimewa, khusus untuk wanita saja, agar ia dapat memenuhi keperluan mereka. Antara keperluan wanita yang perlu diberi perhatian serius ialah wanita biasanya hidup lima hingga 10 tahun lebih lama daripada lelaki. Wanita juga didapati lebih cenderung menghidap penyakit berbanding lelaki, terutama selepas berumur 40-an.
“Selain itu, wanita lebih cenderung menjadi mangsa kepada gejala sosial seperti kes ragut, culik, rogol, bunuh dan rompakan, berbanding lelaki. Tiga faktor atau keperluan berkenaan menyebabkan produk insurans wanita direka khas untuk memenuhi keperluan hidup seorang wanita,” katanya.

Azha berkata, statistik menunjukkan ketika tua, satu pertiga wanita hidup seorang diri sama ada sebagai bujang, balu atau janda. Fakta juga mendapati, lebih 80 peratus penghuni rumah jagaan warga emas terdiri daripada wanita yang tidak berkemampuan untuk menyara hidup mereka sendiri kerana tiada simpanan persaraan atau pencen.

Selain itu, dianggarkan satu daripada 19 wanita Malaysia menghidap penyakit barah payu dara yang mana, lebih 45 peratus daripada pesakit berkenaan meninggal dunia selepas beberapa tahun. Setiap hari pula lebih 95 kes baru pesakit barah dilaporkan di Malaysia dan barah payu dara serta pangkal rahim mencatatkan peratusan paling tinggi.

Jenayah sosial seperti kes ragut, rompakan, rogol mahupun bunuh semakin meningkat dan wanita adalah mangsa utama bagi kebanyakan kes.

“Sudahlah wanita hidup lebih lama daripada lelaki, terpaksa pula menempuh hari tua tanpa suami di sisi. Untuk mengatasi masalah ini, ada insurans wanita yang menyediakan pilihan tambahan dengan memperkenalkan Akaun Simpanan Berkala (Regular-Saving Rider) agar mereka dapat membina tabung persaraan, di samping mendapat perlindungan insurans hayat. Akaun simpanan berkala ini hanya mengenakan caj servis sebanyak lima peratus saja berbanding pelan insurans lain yang mengenakan caj servis sekitar 60 hingga 90 peratus pada tahun pertama,” katanya.

MASALAH KESIHATAN

BELIAU berpendapat, wanita perlu mengutamakan insurans yang lebih berkaitan kepada kesihatan dan hilang keupayaan untuk bekerja kerana kos rawatan hospital serta kos sara hidup yang semakin mahal dari tahun ke tahun. Sama ada seseorang wanita itu perlu mengambil dua atau lebih skim insurans, ia bergantung kepada keadaan kewangannya dan bagaimana seseorang perunding insurans itu menyediakan pakej insurans untuknya.

Katanya, bagi yang mempunyai bajet kewangan agak ketat mungkin lebih baik mengambil satu polisi yang mempunyai kuantiti jumlah perlindungan insurans yang sederhana dan menambah satu atau dua polisi lagi apabila keadaan kewangannya bertambah baik bagi menambah jumlah perlindungan sedia.

“Individu tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk membeli dua atau lebih skim insurans pada satu masa perlu menentukan jenis bencana kewangan yang mana satukah yang menjadi tumpuan utamanya. Sebagai contoh, jika seseorang wanita itu risau akan kebajikannya dan kos rawatan hospital yang sangat mahal, maka dia perlu menumpukan kepada insurans wanita yang memberi kuantiti jumlah perlindungan yang lebih tinggi untuk perlindungan penyakit kewanitaan dan tanggung kos hospital.

“Tetapi jika dia lebih risaukan akan kebajikan diri dan anak-anaknya, terutama sekali makan minum keluarga jika dia hilang keupayaan untuk bekerja atau meninggal dunia lebih awal, maka dia perlu menumpukan kepada insurans wanita yang memberi kuantiti jumlah perlindungan yang lebih tinggi untuk perlindungan sumber pendapatan seperti akibat kematian awal, lumpuh keseluruhan, penyakit kritikal dan penyakit berkaitan wanita.

“Apa yang pasti, memiliki satu polisi terlebih dulu dan menambah polisi pada masa hadapan adalah jauh lebih baik daripada tidak mengambil apa-apa insurans,” katanya.

Bagaimanapun, dalam keadaan sumber kewangan adalah terhad, Azha menasihatkan wanita agar memilih pelan insurans jenis perlindungan tanpa simpanan, berbanding pelan insurans jenis simpanan supaya mendapat kuantiti jumlah perlindungan insurans yang tinggi dengan caruman yang sangat rendah.

Mengenai bilakah masa sesuai untuk mula memikirkan mengambil insurans khusus penyakit berkaitan wanita, katanya, usia purata bagi seorang wanita menghidap penyakit serius seperti barah adalah 43 tahun. Ini bermakna, sekiranya usia wanita itu berumur kurang dari 43 tahun, perlu membuat persediaan dari awal apatah lagi penyakit juga boleh menyerang pada usia muda seperti belasan tahun. Hakikatnya, bersedia dari awal adalah lebih baik daripada menunggu umur 43 tahun.

PERLINDUNGAN JENAYAH

AZHA berkata, perlindungan terhadap jenayah sosial dan keganasan rumah tangga pula satu pilihan tambahan yang boleh dipertimbangkan oleh wanita yang risau akan kebajikan mereka apabila menjadi mangsa keadaan seumpama itu. Lebih-lebih lagi, aliran masa kini menunjukkan terdapat kenaikan mendadak bagi kes jenayah yang mensasarkan wanita sebagai mangsa utama.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ia bukanlah satu jenis faedah insurans yang perlu diutamakan bagi semua wanita. Sama ada faedah insurans jenis itu diperlukan, individu perlu mengkaji gaya hidupnya terlebih dulu. Faedah insurans sebegitu lebih diperlukan oleh wanita yang sering keluar rumah seorang diri (terutama remaja dan pelajar) atau wanita yang gemar berkenalan atau mudah percaya dengan lelaki yang tidak dikenali (blind-date, bomoh atau pengunjung kelab malam).

Begitu juga wanita yang mempunyai pasangan bersikap panas-baran dan terlalu mengawal serta individu yang mempunyai paras rupa menarik dan golongan profesional yang berpendapatan tinggi. Ini kerana golongan seperti itu yang biasanya berisiko tinggi untuk menjadi mangsa jenayah sosial.

FAHAMI KEPERLUAN DIRI

KEBANYAKAN wanita di Malaysia yang mengambil skim insurans lebih menggemari pelan jenis simpanan, di mana sekiranya tidak ada apa-apa berlaku sehingga tempoh matang polisi, mereka akan mendapatkan semula caruman insurans yang sudah dibayar, berserta dengan pulangan pelaburan.

Azha Syazri Azizan berkata, senario itu berlaku kerana kebanyakannya tiada pengetahuan mengenai produk insurans dan kerap menganggap, pelan insurans jenis perlindungan tanpa simpanan (bayaran hangus) sebagai satu kerugian jika tiada tuntutan dilakukan.

Katanya, individu harus ketahui bahawa tidak kira pelan insurans itu berbentuk simpanan atau perlindungan semata-mata, caj insurans yang dikenakan tetap hangus (tidak dikembalikan) kerana ia digunakan bagi membentuk tabung pampasan peserta.

Cuma apabila individu memilih pelan insurans berbentuk simpanan, mereka terpaksa membayar empat hingga lima kali ganda lebih mahal daripada pelan jenis perlindungan yang menawarkan faedah insurans sama dan terpaksa mengikut syarat sudah ditetapkan oleh syarikat insurans itu seperti caj khidmat, syarat pengeluaran awal dan sebagainya.

“Bagi wanita yang ingin membeli insurans, anda perlu merujuk kepada perunding insurans yang profesional dan terlatih, berbanding ejen insurans yang lebih gemar mempromosikan produk melalui gimik jualan. Ini kerana, perunding insurans profesional biasanya akan membuat kaji selidik mengenai diri dan keperluan kewangan pelanggan terlebih dulu sebelum mencadangkan apa juga jenis insurans.

“Dengan melakukan kaji selidik mendalam, barulah perunding insurans itu dapat mengenalpasti jenis bencana kewangan yang akan dihadapi dalam kehidupan pelanggan dan berupaya untuk mencadangkan pelan bersesuaian bagi mengatasi masalah kewangan itu. Sebaliknya, tanpa kaji selidik mengenai keperluan kewangan, pelanggan mungkin akan terpedaya dengan gimik jualan dan terbeli pelan insurans yang bukan saja tidak memenuhi keperluan hidupnya, malah dibeli dalam kuantiti jumlah perlindungan insurans yang terlalu rendah berbanding keperluan hidup sebenar,” katanya.

Azha berkata, untuk memilih dan membeli insurans yang terbaik pula ia bukanlah bersandar pada nama atau status syarikat tertentu sama ada tempatan atau antarabangsa, konvensional mahupun takaful serta kemampuan sesebuah produk insurans untuk ‘menyumbat’ semua faedah dalam satu pelan misalnya, tujuh dalam satu dan sebagainya.

Sebaliknya, beliau percaya insurans terbaik adalah polisi yang dapat memenuhi keperluan kewangan individu ketika berlaku bencana kewangan dan dibeli dalam kuantiti jumlah perlindungan yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Tidak kira sama ada disediakan dalam satu pelan atau didatangkan dalam pakej dengan beberapa polisi lain.

Mengulas mengenai sesetengah kes dalam membuat tuntutan insurans, ada yang tidak mendapat manfaat sepatutnya seperti mana digembar-gemburkan, Azha berkata, ada kala ia berpunca daripada tindakan ejen insurans tidak beretika ketika melakukan penjualan.

“Apabila tuntutan ditolak oleh syarikat insurans mungkin ada sesuatu yang tidak kena atau menimbulkan persoalan. Ini termasuklah berkemungkinan, ejen melakukan penipuan atau mengada-adakan faedah yang tidak wujud dalam pelan. Selain itu ia juga boleh berpunca daripada sikap peserta insurans yang enggan meneliti atau memahami isi kandungan polisi insurans mereka, terutama dari segi syarat jaminan, skop perlindungan dan syarat tuntutan.

Sikap negatif seperti suka menyembunyikan fakta penting atau berbohong ketika membuat permohonan insurans juga antara penyebab utama mengapa tuntutan insurans ditolak. Sebarang maklumat penting yang disembunyikan daripada syarikat insurans ketika proses kelulusan, akan menjejaskan kesahihan kontrak dan boleh menyebabkan polisi insurans terbatal, walaupun ia sudah berbayar lebih dari dua tahun,” katanya.

====================

ARTIKEL INI DI PETIK DARI http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Ratu/20081017084617/Article/

Insurans wajib rakyat Malaysia kena ambik.. Makcik Kayooooooooooo huhuhu


KUALA LUMPUR 1 Okt. - Kerajaan mengkaji mewajibkan semua penduduk Malaysia mempunyai insurans kesihatan pada masa depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, Institut Insurans Malaysia (MII) diminta untuk menjalankan penyelidikan terhadap cadangan tersebut.
''Memandangkan pada masa ini tiada sebarang peraturan yang mewajibkan individu mempunyai insurans kesihatan, mungkin MII boleh menjalankan penyelidikan bagi sektor tersebut.
''Mungkin mereka boleh melihat sistem yang telah dilakukan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat contohnya,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 (MIS 2012) di sini hari ini.

Monday, October 1, 2012

Takaful tips: Memilih takaful


Tips : Sebelum ambil mana2 insurance/takaful, pastikan minimum ade 5 coverage berikut :

1. Death/TPD
2. Critical Illness
3. Accidental Death & Disablement
4. Medical Card
5. Saving

Setiap coverage tersebut ade kepentingannya

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...