Monday, December 19, 2016

Hibah Takaful

Tadi ada kawan mesej tanya tentang hibah takaful. Banyak lah aku jawab. Ni antara yang aku jawab. Mungkin boleh lah guna untuk ambil tahu juga kan.
***
Manfaat untuk kematian atau cacat kekal je. Kiranya kalau kita takde, waris kita tinggalkan dengan cash lah. Contoh RM350,000 ke, RM500,000 ke.
Cash hibah ni tak lalu faraidh tau. 100% kepada penama. Yang utamanya lebih kepada kita fikir apa kita tinggalkan untuk anak isteri kalau kita takde.
Ramai org melayu bila takde, anak-anak tinggal tak cukup belanja. Setahun dua ok lagi. Anak-anak nak sekolah belajar sampai universiti berbelas tahun lagi. Duit saving dengan rumah ke kalau ada kena pecahan faraidh. Sikit je sampai ke anak dgn isteri. Lagi-lagi kalau takde anak lelaki jadi stopper harta faraidh.
Isu sekarang ni RM66.6 billion duit orang melayu Islam dalam Amanah Raya tak selesai isu faraidh. Antaranya ahli waris ramai yang tak setuju.
Hibah ni kepentingan dia sebagai dana kecemasan. Ajal yang kita tak tahu bila tiba.
***
Tambahan untuk status ni.
Hujung sembang dekat whatsapp tu aku ada bagi saranan.
Aku cakap macam ni;
Sekarang kita kerja, kita ada pendapatan. Kita sara keluarga, kita bagi keluarga kebahagiaan. Kita gembira, isteri dengan anak-anak pun gembira. Ini waktu kita ada.
Andai esok kita tak ada, kegembiraan yang kita bina sama-sama tu kita tak nak kekalkan? Tanpa kita tinggalkan 'bekal' kewangan demi teruskan hidup. Selfish betul kita!
Waktu kita ada je nak bahagia. Bila kita tak ada, biar je macam tu! Tak patut betul.
kredit: Firdaus Mokhtar
mbk
0192853910

Thursday, December 15, 2016

Minat VS Tak Minat😎


Agent : Encik ambil la Medical Kad..
Prospek : Maaf.. Saya TAK MINAT..
Agent : Bagus encik tak minat.. Memang saya cari orang yang tak minat..
Prospek : Kenapa ??
Agent : Ramai yang MINAT tapi tak leh ambil..
Prospek : Kenapa tak boleh ambil??
Agent : Yang MINAT semua nya dah sakit.. Sbb tu saya cari orang yang tak minat. Dah tentu orang yang tak minat ni masih SIHAT..

Anda yang mana?

mbk
0192853910

Tuesday, December 13, 2016

Berapa coverage yang perlu saya ada untuk coverage perlindungan penyakit kritikal?



Jumlah perlindungan penyakit kritikal yang ideal ialah 3-4 tahun income.

Kerana tempoh itulah tempoh penentu, samada seseorang itu akan survive atau sebaliknya. Orang yang sakit kritikal biasanya menghadapi masalah sukar untuk bekerja/berniaga. Mereka akan hilang income berterusan.

Berapa jumlah coverage penyakit kritikal dalam polisi anda sekarang? Cuba semak..

Kredit: Azha Syazri Azizan.

mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Siapa #Buntat?

Selamat pagi.

Dapat persoalan dari boss Takaful saya pasal #Buntat.

1. Adakah #Buntat mempunyai apa-apa pelan takaful?

2. Jika ada, berapakah pampasan kematian #Buntat?

3. Siapakah yang bakal menerima HIBAH dari #Buntat ini?

Siapa #Buntat?

Hmmmmmmmmmm. Siapa pun #Buntat, saya sarankan mohonlah Takaful sekarang....

#TabungWanita
#hibahtakaful

mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Monday, December 12, 2016

Kedudukan harta vs hutang

Sejauh mana anda sedar kedudukan kewangan keluarga anda? Maksud saya 
kedudukan harta vs hutang, dan kedudukan cashflow positif atau negatif?

Benda ni penting kerana sebenarnya ada sesetengah suami, "merana dalam diam". Contoh, ada keluarga yang perlukan kedua dua suami isteri bekerja untuk tampung keperluan keluarga. Tapi si isteri suka suka berhenti kerja atas alasan dah penat dan biarkan suami struggle seorang diri tampung semua belanja. Cashflow yang asalnya positif kerana kedua pasangan bekerja, terus jadi negatif bila tinggal seorang saja bekerja 
Dan ada sesetengah isteri merana selepas suami dah takde. Masa suami hidup, isteri buat tak kisah tentang kewangan keluarga. Bila suami dah takde, baru terkial kial nak belajar cari duit sendiri. Lebih malang lagi, suami dah mati, baru tau dia tinggalkan banyak hutang. Masa suami hidup, tak pernah kisah nak ambik takaful. Sekarang, tak termampu si isteri nak tampung seorang diri. 
Ini antara cebisan hidup masyarakat yang saya dah lihat bila berjumpa orang ramai. Pastikan anda ambik kisah hal kewangan keluarga anda sendiri.

Mbk
0192853910

Friday, December 9, 2016

Siapa kat sini nak tambah polisi untuk dihibahkan?
Jom jumpa <3 span="">

Thursday, December 8, 2016

Mesej dari seorang ejen: Kami bukan pegemis jalanan

Bila saya mesej anda dan tawarkan pelan takaful, saya bukan nak jual apa apa pada anda. Jauh sekali nak mengemis mintak duit anda

Bila saya mesej anda, itu maknanya saya beri anda peluang untuk dapatkan jaminan bertulis dari syarikat saya. Jaminan yang akan beri gantirugi bila anda sakit kritikal, hilang keupayaan atau meninggal dunia.

Tipu lah kalau anda cakap anda dah terlalu kaya, tak perlukan duit.

Sedangkan harta anda terutamanya simpanan kecemasan, pelaburan dan KWSP semuanya akan dikorek untuk tampung belanja bila dah sakit kritikal

Sesetengah orang, bila sakit kritikal seperti strok, sakit jantung, kanser, rosak buah pinggang, mengalami masalah susah nak bekerja semula. Maka bila tak dapat bekerja, hilanglah sumber pendapatan berterusan

Sapa nak tanggung belanja sara hidup selepas tu?

Persaingan saya adalah dengan penyakit dan ajal maut
 
Bersyukurlah saya yang mesej anda dulu

Kalau ajal maut dah ketuk pintu kehidupan dan sapa anda 
 
Apa agaknya yang bermain difikiran anda nanti?

Sign up sekarang sebelum terlambat

Orang offer nak kasi duit bila susah nanti, takkan tak mau?

mbk
0192853910

POLICY LAPSED!!


Sedikit perkongsian pasal polisi lapsed!! Kalau kawan2 ada polisi yang nak lapse dan agent advisekan bayarla at least sebulan untuk buat auto revival.. Saya cadangkan kawan2 ikut nasihat agent. Sebab apa??

1). Kalau dah lepas tarikh auto revival.. Kawan2 kena bayar sekuramg kurangnya 3 bln premium baru blh hidupkan balik instead of bayar sebulan sahaja.
2. Waiting period nak guna medical card start balik 120 hari.. Kalau nak guna medical card dalam masa ni tak boleh!! Kalau revival balik yang pernah warded sebelum ni tak cover dah..
3. Kalau dah pernah warded guna medical card company A, pastu polisi lapsed. Apply medical card dengan company B, yang dah pernah warded sebelum ni akan ada exclussionya.. Medical card company B, dah tak cover!! Rugilakan!!
Kalau ada masalah nak bayar, slow talk dengan agent.. Insyaallah agent boleh bantu.. Jangan berdiam diri dan tak reply.. Sebab agent tak dapat nak bantu kalau diamkan diri..Dan kalau agent tolong bayarkan.. Kawan2 bayar la balik.. Ansurans pun tak apa.. Sebab selagi dinamakan hutang, kena la bayar!!
mbk
0192853910

Thursday, December 1, 2016

Antara takaful dan komitmen

Takaful dibeli sebagai jaminan nak tanggung kerugian di masa hadapan. Dalam erti kata lain, sebagai persediaan awal KALAU JADI APA-APA

Memang benar sekarang anda ada komitmen tinggi. Namun pernahkah anda terfikir?

Sekarang masih sihat dan mampu bekerja pun anda dah mengeluh pasal komitmen banyak. Apatah lagi bila anda sudah sakit teruk, sudah hilang keupayaan nak bekerja. Komitmen semua tu hilang ke? Atau makin bertambah? 

Lepas sakit, hutang semua selesai ke? Anak bini tak perlu kasi makan dah ke? Dah keadaan takde income berterusan. Masih mampu tanggung lagi ke komitmen itu ini nanti?

Saya faham nak ambik takaful ni macam berat

Tapi percayalah cakap saya

Bila anda dah sakit teruk, dah hilang upaya, tiba tiba caruman takaful ni nampak murah je. Tetiba nak bayar 2x ganda pun sanggup asalkan dapat covered

Jadi, fikirlah masak masak

Gaji bulanan tu sapa akan ganti nanti? 

Cuba sebut nama namanya

Kalau takde, bukankah sudah jelas anda sangat sangat perlukan takaful ni, sebagai persediaan masa depan kalau jadi apa-apa?

Dibawah nie adalah surat perkongsian yang ikhlas dan pengakuan yang benar seorang kakitangan bank yang sesal kerana tak menyediakan plan ganti gaji. Dipetik dari FB Ainon Mohd
Surat eksekutif bank....
I'm mother of 4 sons. Working with a bank, suami pun bekerja di bank. Suami saya Asst. Branch Manager & saya sendiri Branch Operations Manager. Sebelum ini hidup dalam zon selesa, tidak merasa terdesak untuk berubah. Sehinggalah suami diserang stroke buat kali ke-3 pada last December. Sejak itu suami cuti sakit dengan gaji penuh. Yakin suami akan sembuh seperti sebelum ini, kami tetap sambil lewa dan tidak melakukan apa-apa persediaan untuk masa akan datang.
Suami diserang stroke sekali lagi pada May, kali ini agak teruk mungkin kerana terlalu tertekan bila mendapat surat Prolonged Illness dan setengah bulan gaji dipotong mulai Jun sehingga December 2015. Jika masih belum pulih dalam jangkamasa yang diberikan hanya medical benefits akan diberikan itupun hingga December 2016 after that, pandai-pandai sendiri la.
Mungkin terlalu kecewa dan terkejut suami kerana setelah berpuluh tahun berbakti, tiba-tiba disingkir dengan cara 'terhormat' menyebabkan suami longlai. Sejak May saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji utk merawat suami.
Believe it or not, we do not have any saving. Despite both of us working with bank industry for years. Berkat terlalu lama 'bertelur' dalam comfortzone, yang cukup bulan check akaun gaji masuk. Kami memang langsung tidak bersedia untuk semua ini.
Puan RB

mbk
0192853910

Kad perubatan bukan untuk di pakai buang.


Masaalah betul kalau jumpa klien cam gini. Penin ejen nak layan.. Mana boleh ambik Takaful kejap-kejap. Ini bukan biskut chipsmore..kejap ada ..kejap tak ada.. Kad perubatan digunakan bila keadaan itu memang amat memerlukannya. Bukan dipakai buang.



mbk
0192853910

Wednesday, November 30, 2016

Keta,rumah dan gaji......

#Keta 🚗
📌Insurans utk cover keta : biasanya orang amik sbb takut kena curi/accident, sape pulak nak tanggung kos repair keta
📌Insurans utk cover LOAN keta - jarang orang amik sbb kompiden akan boleh bayar sampai loan abes (tak sakit/tak mati)

#Rumah 🏡
📌Insurans utk cover LOAN rumah - biasanya orang amik atau dipaksa oleh bank utk amik sebab kalau "gone", sape nak setelkan balance loan rumah kat bank?
📌Insurans utk cover rumah - yang ni jarang pulak orang amik sebab kompiden rumah tak akan terbakar/kena tanah runtuh/rosak kena puting beliung

#Gaji 💰
📌Insurans utk cover GAJI - ramai orang lupa, kalau semalam dia "dah takde" atau dah jadi beban kepada kampeni (sakit), ujung bulan ni takde gaji dah utk anak bini.
Kita selalu ingat utk protect benda "tak bernyawa" (keta & rumah), tapi terlupa utk protect benda yang akan memastikan anak bini boleh terus "bernyawa". Dalam kes ni GAJI atau pendapatan kitalah...

Apa sipir utk protect gaji?
🔹Gaji bulanan x 120 bulan

#LindungGajiLindungFamily
#PruBSNWarisan
#AskMeAboutHibah
#hibahtakaful
#TabungWanita

Cc: kak pujie suzilah zainuddin

Hibah kepada mak?


Jarang dengar sesuatu aset seperti rumah atau takaful dihibahkan kepada mak ayah.

Jika ditimbang tara, mak ayah lebih banyak pengorbanan yang dibuat berbanding isteri. Tiada tandingannya.

Alasan

/ Mak ayah pergi dulu sebelum kita
/ Adik beradik lain boleh sama-sama bantu
/ Ayah yang patut hibahkan kepada mak
-----
Mak ayah ini kasihkan anak sehingga ke cucu-cucunya.

Mak ayah ini ramai yang melepaskan hak pusaka kepada cucunya.

Walaupun saya telah berjumpa mak yang berebut harta pusaka dengan menantunya ( isteri arwah anak ) tetapi akhlak kepada mereka tetap perlu dijaga.

kredit :Mohamad Akmal Mohamad

mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Tuesday, November 29, 2016

HIBAH Takaful

Hari ni mmg Izzah rasa geram sangat dgn suaminya Karim. Karim menunjukkan plan Takaful yg diambilnya dgn sahabat baiknya Rosli. Bayaran bulanan rm150 untuk Hibah Takaful RM350,000. Karim rasa lega selepas sign up plan Takaful utk masa depan keluarganya jika dia pergi selama2nya.
Izzah memendam rasa dgn Karim😕😕😕. Knp Karim tergamak mgambil plan Takaful tanpa berbincang dgnnya terlebih dahulu. Bbrp minggu yg lepas Izzah ada meminta Karim membeli tudung glamer yg byk dipakai oleh artis2 M'sia tp Karim buat tak tahu. Katanya jgn mbazir. Skrg tgk siapa yg mbazir? Bayar bulan2 rm150 utk plan Takaful cuma dpt sebuah buku & diary???? Rosli ni mmg jahat. Selalu mghasut Karim beli benda tak berguna. Rungut Izzah dlm hati.
5 TAHUN BERLALU
Izzah, Izzah, Izzah, terdengar jiran sebelah rmh nya Ina memanggil Izzah dgn nada cemas....
Terduduk Izzah bila Ina mberitahu Karim meninggal dunia akibat dilanggar lori di LDP. Remuk kereta Karim seremuk hati Izzah ketika ini. Izzah menangis, masa depannya di rasa gelap.....😭😭😭😭
3 bulan selepas kematian Karim, Izzah & anak2 semakin tidak terurus. Anak2 tidak dihantar kesekolah. Simpanan hampir habis. Tuan Rumah berkali2 menelifon & datang meminta sewa rumah yg tertunggak 3bulan. Setiap hari bertalu2 org dtg minta hutang sana sini. Bil Api, Air, belanja dapur semua terganggu. Izzah terduduk & menangis & terus menangis mengenangkan nasibnya dgn anak2 yg masih kecil.
Sampailah suatu hari Rosli muncul di depan rumah mbawa cheque bernilai rm350,000. Rosli meminta maaf sbb terlambat. Katanya dia baru sahaja tahu kematian Karim selepas pulang dr Mekah mgerjakan haji. Kata Rosli, Karim tidak mahu keluarganya menderita jika dia telah tiada nanti. Pesan Karim, Izzah gunakan lah duit ini untuk mbesarkan anak2. Gunalah sebaik2nya. Besarkan anak2 dgn ilmu dunia & akhirat.
Izzah menangis, teringat peristiwa dia bergaduh dgn Karim bila Karim menunjukan buku Takaful kepadanya. Baginya buku itu hanya mbazir. Tudung yg byk dipakai oleh artis2 Msia itu lagi bernilai.
BENARLAH KATA ORG, SEORG ISTERI & ANAK TIDAK TAHU APA ITU TAKAFUL TETAPI SEORG BALU & ANAK YATIM LEBIH MEMAHAMI APA ITU NILAI TAKAFUL.

#TabungWanita
Credit Fazari Ghazali

mbk
0192853910

Monday, November 28, 2016

Inilah realitinya... Cubalah study...

Inilah realitinya...
Cubalah study...
Jika tak faham...



Hubungi mbk
019-285 3910

PENGUMUMAN

Salam tuan/puan/cik, jika memerlukan sebutharga bagi perlindungan + perubatan + pelaburan (serta pencen) saya sedia buatkan (free sahaja) . Sila berikan nama penuh, pekerjaan, tarikh lahir dan alamat email. 

Nanti boleh saya emailkan sebutharga seperti yang dipohon.

E-mail saya : mardiyah79@gmail.com


mbk
0192853910

Saya kongsikan..
------------------------
Sebelum ini dengar sahaja Life Insurance, dalam kepala saya hanya terbayang "Medical Card".. Masuk hospital and operate bills Insuran setelkan.

Rupanya...

Insuran/Takaful bukan setakat itu malah scope nya amat luas dan sangat penting terutama bahagian LIFE (PAMPASAN@HIBAH)..

Saya tekankan, dalam hal pengurusan harta keluarga khususnya, kebarangkalian kita mendengar permasalahan pembahagian harta yang tidak adil berlaku selepas kematian pemunya harta sangat kerap sehinggakan sanggup memutuskan sillaturrahim adik beradik apatah lagi talian saudara lain.

Dalam scope Takaful, pentingnya kesedaran hibah sebagai alat paling cepat dan mudah cair sekiranya seorang breadwinner meninggal dunia sebagai perlindungan kewangan untuk kehidupan seorang isteri, anak-anak, ibu ayah dan orang2-orang tersayang.

mbk
0192853910


Friday, November 25, 2016

Simpanan Wang Banyak

/ Boleh menanggung kos perubatan
/ Mempunyai kuasa beli yang tinggi
/ Tinggalkan waris dalam kecukupan
/ Digunakan untuk musibah kewangan

+ Simpanan yang dilakukan sebenarnya dapat menyelesaikan secara asas seperti perkara di atas.
+ Ambil contoh apabila kita didapati menghidapi penyakit kanser, segala bil perubatan hospitak dapat kita bayar dengan simpanan tersebut dan juga segala rawatan yang diterima.
+ Begitu juga apabila kita ingin membeli motosikal, boleh membeli secara "cash" dengan harga yang lebih rendah.
-----
+ Secara teorinya perkara-perkara kehendak atau keperluan yang timbul ini akan diatasi dengan MENYIMPAN. Yang perlu difikirkan

/ Sejauh mana seseorang boleh menyimpan
/ Sejauh mana simpanan dapat membiayai kos perubatan
/ Sejauh mana simpanan anti inflasi
/ Sejauh mana ia dapat digandakan

+ Para ahli ekonomi memikirkan hal sedemikian selaras dengan peredaran zaman sebagaimana ia dapat membantu masyarakat kini.
+ Masalah hutang banyak, tidak mampu membiayai kos hospital, faedah yang lebih baik dari menyimpan bawah bantal, waris ditinggalkan dalam keadaan miskin dsb...
Gambar hanya hiasan
+ Abaikan penguasa yang tamak dan tidak memikirkan hal rakyatnya dengan memanipulasi harga kenaikan barang, inflasi tinggi, rasuah, kemelaratan untuk miliki rumah, pendidikan dsb...
-------
+ Hal seperti simpanan dapat digandakan adalah dengan mewujudkan pelaburan yang memberi pulangan tertentu berbanding tiada pulangan / keuntungan langsung. Contoh asb, ahb, ut.
+ Begitu juga apabila berlaku musibah penyakit atau kematian, dengan konsep tabarru' di takaful, ianya saling membantu bagi mereka yang kesusahan.
+ Walaupun tabarru' di takaful hanya bertindak setahun sahaja tanpa ada lopong pembayaran dan melepasi tempoh menunggu, pembiayaan kos perubatan dapat diatasi tanpa mengurangkan simpanan di tempat lain.
+ Dalam hal pelaburan, semakin lama menyimpanan, semakin banyak wang digandakan. Ia berbeza dengan kaedah taburru' Takaful berkaitan pelaburan dan simpanan ini.
+ Masing-masing mempunyai kelebihan cuma kita pastikan saluran bertepatan dengan kaedah syarak
------
Untuk pengurusan kematian dan pusaka, secara teori apabila ada simpanan banyak

/ Kos urusan jenazah dapat diselesaikan segera
/ Urusan pusaka tidak ada tertunggak

+ Bagi kos urusan jenazah, pihak masjid / surau masa kini ada menyediakan khairat kematian bagi memastikan perjalanan lancar.
Mana mungkin
/ Kwsp, asb, takaful dapat dikeluarkan dalam masa tidak sampai sehari
/ Menenangkan kegelisahan isteri atau waris sehingga mereka dapat memikirkan dengan baik untuk urusan jenazah
+ Hal demikian sama dengan urusan Surat Kuasa / Probet. Jika digariskan teori, waris yang sudah ada banyak harta sedia ada atau memperolehi pampasan takaful yang banyak dapat mengurusan dengan mudah.
+ Namun realiti sebaliknya, tidak memahami hukum hakam pewarisan, perbalahan, pusaka semakin terpendam, proses tidak diketahui dengan tepat.
+ Maka wujudkan urus dan rancang harta pusaka secara mudah, tepat dan komprehensif seperti di Wasiyyah.
-------
+ Di dalam Al-quran dan Al-hadis, anjuran mereka yang ada wang adalah memperbanyakkan infak sama ada sedekah wajib, sedekah sunat, beri fakir dan miskin, memuliakan anak yatim, wakaf dsb...
+ Manakala meyimpan untuk kegunaan dunia semata-mata, ia hanyalah fana dan sia-sia. Mana mungkin apabila mati, kereta dan rumah kita ditanam bersama.
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ
" Apa yang disedekahkan, tidak akan mengurangi harta ".

- HR Muslim
-----

kredit: Mohamad Akmal Mohamad

mbk
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

FREE QUOTATION!!!!!!

Salam tuan/puan/cik, jika memerlukan sebutharga bagi perlindungan + perubatan + pelaburan (serta pencen) saya sedia buatkan (free sahaja) . Sila berikan nama penuh, pekerjaan, tarikh lahir dan alamat email. Emailkan butiran ke mardiyah79@gmail.com

Nanti boleh saya emailkan sebutharga seperti yang dipohon.



mbk
019.285.39.10

Katakan TIDAK pada Takaful?

Fitrah manusia, bila sesuatu ditimpa musibah atau pengalaman pahit yang dilihat akan menyedarkan seseorang. Belajar dari pengalaman seseorang juga mengajar kita ikhtibar yang perlu diambil. Kekadang mereka hanya dengar , tahu, lihat dan sedar, tapi sayang, hanya mengambil peduli bagaikan angin bayu ditiup sahaja.

Kisah terbaru, penguat kuasa JPJ yang meninggal dunia semasa bertugas akibat digilis treler. Sebelum itu, arwah ada berpesan pada adik iparnya untuk mencarum Takaful/Insurans. Kerna dengan adanya Insurans/Takaful, wang pampsan boleh digunakan untuk menolong keluarga kita meneruskan hidup jika berlaku perkara yang tak diingini. 




Apabila terbacakan kisah diatas, adakah kita sudah sedar? Sudah rasa inginkan perlindungan untuk keluarga dan diri kita? Sedangkan penguat kuasa JPJ pun ada kesedaran mengenai Takaful/Insurans, inikan pula kita? 

Adakah Takaful tertakluk dengan orang tertentu sahaja? Tidak? Ia untuk semua. Tak kisah sama ada mereka pekerja kerajaan atau swasta. 

Lagi kisah benar...
Bila aku dapat Penyakit Kritikal yang perlukan pembedahan ada sedikit penyesalan kerana tiada medical card cuma ada insurans penyakit kritikal sahaja.. TAPI...APABILA berlaku kemalangan pada Aku dan Ayah semasa hendak pergi kerja.. buat aku betul-betul sedar walaupun KITA KAKITANGAN KERAJAAN, Kita Tiada Insurans dan Socso..kita tetap perlukan 'Medical Card" kita perlu INSURANS kan diri dan keluarga tersayang.. sebab apa perlu kerana tak "SEMUA KOS Kerajaan Tanggung"
CONTOH:- 1. SIMEN FIBER Pada Badan dan Kaki Aku ini ditanggung oleh kita sendiri hampir 1K.. 2. BESI yang di pasang pada kaki ayah aku.. kerana saiz besi yang disediakan besar Tidak Sesuai dengan tulang dia... kita kena beli sendiri 2K...alhamdulillah aku ada amik PA Insurance untuk kemalangan..tapi tetap menyesal kerana tidak beli insurans untuk perubatan... Nasihat aku buat kawan2 jangan buang masa beli la MEDICAL INSURANS Sebagai persediaan diri... Menyesal kemudian tiada gunanya...kalau kita berduit takpa jika tiada mana kita nak korek duit tu kerana duit tu perlu dibayar segera sebelum buat pemasangan simen dan operation..
Tahukah anda, mengikut PIAM, kajian menunjukkan untuk bajet/jumlah duit yang diperlukan untuk sesebuah keluarga meneruskan kelangsungan hidup setelah ketiadaan ketua keluarga atau pencari nafkah, memerlukan kira-kira RM723,000 untuk dalam tempoh 5 tahun dalam menempoh kehidupan dengan selesa.

Adakah kita masih peduli? Tepuk dada, tanya selera.

Salam Jumaat

mbk
0192853910

Thursday, November 24, 2016

Arwah pesan beli perlindungan insurans

Mohon maaf, bukan nak ambil kesempatan ye. Tapi sekadar peringatan dan perkongsian. Sediakanlah program Takaful untuk diri sendiri dan keluarga. Sayangilah mereka.

Nota: Dalam keratan akhbar (gambar) mengenai petugas JPJ yang meninggal dunia semasa bertugas akibat dilanggar treler baru-baru ini..


mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Plan khusus untuk Takaful hayat dan pampasan berbentuk hibah Takaful.

1. Tahukah anda, mengikut PIAM, kajian menunjukkan untuk bajet/jumlah duit yang diperlukan untuk sesebuah keluarga meneruskan kelangsungan hidup setelah ketiadaan ketua keluarga atau pencari nafkah, memerlukan kira-kira RM723,000 untuk dalam tempoh 5 tahun dalam menempoh kehidupan dengan selesa.

2. Tahukah anda pampasan ataupun hibah takaful tidak dikira sebagai harta pusaka dan ianya tidak termaktub kepada hukum faraid?

3. Statistik menunjukkan jumlah harta pusaka yang tidak dituntut berjumlah RM 60 billion akibat ketidakcekapan mengurus harta pusaka

4. Kebanyakan ahli keluarga sudah ada kesedaran takaful akan tetapi lebih fokus pengambilan kad perubatan berbanding dengan perlindungan Takaful hayat. Tidak menyediakan dana kewangan yang mencukupi dan kalau ada Takaful hayat pun, pampasan kematian yang "under insured" (pampasan kematian yang sedikit) tidak mampu untuk menampung kos kehidupan sekarang dan tidak dapat menolong meringankan beban kewangan yang akan datang. Orang yang tersayang memerlukan sumber kewangan yang mencukupi untuk kelangsungan hidup.

5. Nak tahu pasal Plan khusus untuk Takaful hayat dan pampasan berbentuk hibah Takaful.  mohon tonton video dibawah sampai habis.

Jom Hibah Takaful

                    Plan khusus untuk Takaful hayat dan pampasan berbentuk hibah Takaful.

#hibahtakaful
#TabungWanita

mbk
0192853910

Biar gambar yang berbicara ........


mbk
0192853910

Monday, November 21, 2016

Saya tiada harta untuk dihibahkan... So what????

Sekadar gambar hiasan
Saya tiada harta untuk dihibahkan. Maka, saya tak perlu buat hibah Takaful. Mind set begini sebenarnya perlu ditukar. Jika tiada harta, create satu tabungan harta untuk orang yang kita sayang. Jika si suami meninggal dunia dan dialah satu-satu pencari nafkah, dengan duit pampasan hibah takaful, si isteri boleh menjalankan kelangsungan hidup, tolong bayarkan hutang kereta, tolong bayarkan hutang rumah, tolong bayarkan badal haji, infaqkan harta arwah untuk pahala yang berpanjangan, yang selebihnya untuk buat modal meniaga.

Si anak pula boleh guna duit pampasan hibah takaful untuk pembayaran yuran sekolah atau universiti. Teringat cerita seorang ejen, semasa beliau buat direct approach, dia ada terjumpa seorang pemuda yang memang guna duit pampasan arwah si ayah untuk bayar pelajarannya hingga ke peringkat menara gading. Bertuah anaknya, kerna arwah ayahnya sudah buat perancangan yang teliti agar anaknya tidak berhutang bila dialam persekolahan dan di menara gading.

Ok fine.. Isteri saya seorang yang berkerjaya. Ada duit.. boleh sara diri sendiri dan anak-anak. Kiranya, saya tak nampak apa-apa masalah pun. Tak perlu buat Hibah Takaful ini. Jangan begitu saudara. Kita perlu ingat. Penama untuk rumah buat atas 2 nama atau satu nama? Anak-anak kita ada anak lelaki tak ataupun semua perempuan. Masa kita hidup ni, kita nampak tak ada masalah. Apabila kita tiada, masalah perebutan harta pun berlaku. Bayangkan rumah yang kita tinggal dibuat atas 2 nama. Sebahagian dari rumah itu, jatuh pada hukum faraid. Rasa-rasanya Isteri saudara ada tak duit yang banyak yang boleh dibayar secara lump sum? Lebih parah lagi, jika semua anak saudara perempuan. Kiranya, aset yang kita kumpul tue, boleh dibahagi sama rata? Jika tuan tak yakin, better buat hibah dan hibah secara Takaful.

Tapi saya masih bujang. Itu kalu yang dah ada keluarga kiranya logiklah buat hibah Takaful. Kita masih ada mak dan ayah bukan?. Apa kata kita buat hibah Takaful untuk mereka. Jika berlaku kat kita, sekurang-kurang duit pampasan itu adalah hadiah yang paling bernilai buat mereka. Mana tahu, dengan duit itu mak dan ayah boleh pi buat haji, tolong infaqkan harta pampasan itu untuk amalan kita dialam sana. Sesungguhnya, budi dan pengorbanan mak dan ayah tiada tolok bandingnya. Tak boleh dibeli dengan harta yang banyak.

mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Friday, November 18, 2016

3 JENIS 'TEMPOH PENTING' YANG EJEN TAKAFUL WAJIB BERITAHU ANDA



Kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kepentingan Takaful semakin tinggi terutamanya dalam kategori Takaful Perubatan (Medical Card). Semua orang mahu dapatkan bilik rawatan yang selesa ketika dirawat di hospital. 

Kesesakan yang berlaku di hospital- hospital milik kerajaan serta kos perubatan yang tinggi di hospital swasta antara faktor utama orang ramai mahu memiliki kad perubatan sendiri. Lebih selesa dan menjimatkan. 

Pernah tak anda dengar pemegang polisi takaful tidak mendapat manfaat yang sepatutnya dari syarikat takaful?Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan seorang ahli politik yang ingin menyaman sebuah syarikat takaful disebabkan tidak berpuas hati dengan servis yang diterima.

Hal seperti ini terjadi biasanya disebabkan oleh salah faham atau kurang pengetahuan tentang polisi yang diambil. Oleh itu, sebagai seorang pelanggan kad perubatan, anda harus tahu beberapa 'tempoh penting' yang wujud di dalam polisi anda secara am.

TEMPOH BERTENANG

Tempoh bertenang ini juga disebut sebagai cooling period. Tempoh sepanjang 15 hari ini bermula sebaik sahaja permohonan anda diluluskan oleh pihak takaful. Dalam tempoh ini, anda haruslah membaca dan memahami pelan takaful yang sudah anda ambil seperti yang tertulis di dalam buku polisi anda.

Jika anda tidak berpuas hati atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma yang wujud di dalam buku polisi, anda berhak untuk membuat aduan kepada syarikat pengendali takaful seterusnya membatalkan polisi tersebut. Untuk makluman anda, caruman yang telah dibayar akan dipulangkan semula.

Sebelum ambil mana-mana kad perubatan yang ditawarkan, fahami dulu 'faktor-faktor penting dalam memilih kad perubatan.'

TEMPOH MENUNGGU

Tempoh kedua dan yang paling penting dalam polisi takaful anda ialah tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kad perubatan anda di hospital panel masing-masing. Secara amnya, kebanyakan pengendali takaful meletakkan 120 hari tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kemudahan ini.

Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.

i) 0 hari

Sebaik sahaja polisi anda diluluskan, perlindungan untuk kes kemalangan terus berkuat kuasa, bermakna tiada tempoh menunggu diperlukan kerana kemalangan tidak mempunyai simptom.

ii) 60 hari

Apa-apa penyakit kritikal yang terbentuk dalam tempoh 60 hari, penyakit tersebut akan dikecualikan dan tiada bayaran manfaat yang boleh dituntut.

iii) 90 hari

Anda sudah boleh menggunakan kemudahan kad perubatan bagi tujuan rawatan dalam wad terhadap penyakit am seperti viral fever, bronchitis, diarhea dan beberapa jenis lagi.

iv) 120 hari

Perlindungan menyeluruh bermula untuk semua jenis penyakit dan kemalangan yang dibenarkan seperti yang tercatat dalam buku polisi.

Adakah takaful itu berbentuk simpanan, pelaburan atau perlindungan?

TEMPOH SIASATAN

Tempoh siasatan ini adalah selama dua (2) tahun selepas permohonan polisi anda diluluskan. Dalam tempoh ini, pihak syarikat berhak untuk menyiasat latar belakang kesihatan anda sekiranya terdapat unsur yang meragukan semasa membuat tuntutan. 

Sebagai contoh, jika anda baru sahaja memiliki polisi takaful selama enam (6) bulan tetapi sudah membuat tuntutan menghidap penyakit kanser tahap keempat (iaitu tahap yang kritikal), tuntutan anda akan ditolak. Hal ini kerana penyakit kanser tersebut sudah sedia ada sebelum permohonan takaful dibuat.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengambil tahu tahap kesihatan anda sebelum mengambil mana-mana polisi takaful. Semua syarikat serta produk takaful yang ditawarkan tidak akan memberi pampasan atau rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.


mbk
0192853910

Monday, November 14, 2016

Ambil hibah untuk waris anda



Ini apa yang saya faham...

Dalam muamalat..

Harta yg wujud waktu hidup wajib difaraidkan bila meninggal.
Jika tiada anak lelaki, untuk elakkan adik beradik lelaki si mati yg mendapat bahagian faraid masing-masing, tidak menggunakan untuk membantu anak saudara perempuan, maka islam membenarkan hibah harta yg wujud waktu hidup. Hibah yg ini perlu dibuat secara bertulis & legal untuk elak pertikaian.

Tetapi jika tiada harta, bole gunakan instrumen takaful untuk hibah kpd anak-anak perempuan. Sila letak nama pemegang amanah orang yg dipercayai, incase si mati meninggal ketika anak2 di bawah 18 tahun.

Hibah Takaful adalah cara agihan harta selepas kematian. Melalui Hibah Takaful, ia adalah aset yang mudah dicairkan. Sesiapa yang ingin tahu berkenaan dengan Hibah Takaful, boleh isi maklumat dibawah form nie plus set appointment terus. Baru genuine.. Senang nak citer ....

MOHON EMAIL KEPADA mardiyah79@gmail.com untuk quotation ATAU BOLEH KLIK DI SINI UNTUK QUOTATION HIBAH

mbk
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...