Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Monday, March 30, 2015

Sekilas Imbas mengenai Takaful

Sebab kenapa kena mencarum Takaful:

1 . Pakej yang ditawarkan cukup menarik 41%
2. Islamik 29%
3. Pulangan yang baik 19%
4. Simpanan dan perlaburan 15%
5. Proses tuntutan yang cekap 12%


Jenis produk Takaful yang paling popular:

59% personal accident
49% perubatan dan kesihatan
38% motor
32% simpanan
29% pendidikan anak2
26% penyakit kritikal


Pelanggan utama yang mencarum dengan Takaful adalah yang berumur diantara:




Friday, March 27, 2015

saya rasa medical takaful kena ada ..


saya rasa medical takaful kena ada .. 

katakan lah 15 tahun di masa hadapan, anda disahkan menghidap sakit kanser, yang mana anda tidak menjangkakan langsung.. kos merawat kanser adalah beratus ribu ribu ringgit.. buat masa sekarang, ada ubat yang subsidi, ada yang tidak.. mahu tidak mahu anda kena masuk nama bawah makna dan tunggu bantuan kewangan..

saya beri contoh.. jika anda menghidap kanser dan merebak ke bahagian tulang, rawatan kemoterapi dn radiotherapy banyak yang subsidi, ada a few drugs yang di luar subsidi..
tetapi oleh sbb kanser telah merebak ke bahagian tulang, anda memerlukan prosthesis yakni tulang besi yang harga nya adalah puluhan ribu ringgit.. prosthesis bukan di dalam subsidi kesihatan.. kebanyakant patient tergendala rawatan menukar prosthesis, kerana mereka tidak punyai wang belas2 or puluh2 ribu untuk bayar.. terpaksa tunggu unit kebajikan/ zakat

saya punya pendapat, jika anda punyai investment yang sudah cecah ratus2 ribu ringgit, then tak perlu insurans, tetapi kalau tidak ada pelaburan sebanyak itu, i think better subscribe at least one medical card.

Salam Jumaat
mbk
0192853910

Thursday, March 26, 2015

Cara nak isi Takaful/Insurans dalam E-filing Income Tax.

Salam,

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. sekarang nie akhir bulan March. Tak lama lagi bulan April. Dah siap isi E-filing tak? Jangan lupa dan tengok jerrrrrr.... Walaupun ada yang tak perlu bayar income tax, tapi masih kena isytiharkan. Ramai jugak yang bertanya macam mana nak masukkan jumlah Takaful atau Insurans dalam kotak E-filling tue. Macam blur jer.. Bila dapat penyata sumbangan tahunan, macam tengok gambar pakwe dan mak we kita. So.. jangan berangan-angan Ok. Nanti tak jadi kerja.

Cara-caranya

Nampak tak F16 dan F 18? Siapa tak nampak..... alamatnya............................... hahahaha.. pikirlah sendirik dikkk... Ok F16 adalah untuk kotak Insurans atau Takaful Nyawa dan KWSP. Manakala F18 adalah untuk kotak mengisi Insurans atau Takaful pendidikan dan perubatan (medikal kad).
  • F16 - Insurans/Takaful Nyawa dan KWSP
Hanya had RM6,000 sahaja. Sesungguhnya, bahagian ini MESTI diisi oleh semua pembayar Tax. Cukup sayang jika ia hanya tinggal jumlah 0 (kosong) sahaja. Bahagian ini terdiri daripada Insurans /Takaful hayat + KWSP. Ada yang terlupa atau gopoh semasa isi dibahagian ini. Kerna hanya suka amat sumbangan asas insurans/takaful tinggi sangat , hingga lupa nak tambah jumlah KWSP. Kebiasaanya, jika gaji sudah mencecah RM4,550 sebulan, secara dasarnya KWSP anda sudah pun dikira maksimum RM6,000. (Kalaulah gaji banyak tue.............)


  • F18- Insurans/Takaful Pendidikan dan Perubatan
Hanya had RM3,000 untuk yang mencarum Insurans/Takaful Pendidikan dan Perubatan. Pencarum itu tidak kiralah untuk diri sendiri, untuk isteri atau suami, dan anak-anak. Dengan perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat pada masa kini, kebanyakan orang akan mempunyai beberapa jenis pelan perubatan, seperti penyakit-36 kritikal perlindungan insurans yang terkenal. Oleh itu, jangan lupa untuk memasukkan ini untuk pelepasan cukai. 



Kalau kita tengok kat kotak F16 tue, maksimum yang boleh kita letak adalah RM6,000 sahaja dan untuk F18 pula, maksimum hanya RM3,000 saja. Suka tak?? Mesti suka kannnnn.. Jangan korang semua tak tahu, Insurans atau Takaful nie boleh tolong korang kurangkan jumlah pembayaran Income Tax.. Ehem... maka cepat-cepat call, sms atau whats upp saya.. hokkeyyy untuk upgrade premium. Hohohoho (Nampak tak permainan dia? Hahahahaha). 

Macam mana nak letak? Sebagai contoh dibawah:-

CONTOH PENYATA SUMBANGAN TAHUNAN TAKAFUL
Jika sesiapa saja yang sudah dapat penyata sumbangan dari syarikat Takaful atau Insurans masing-masing, (berdasarkan gambar diatas CONTOH PENYATA SUMBANGAN TAHUNAN TAKAFUL) sila ambil jumlah di Sumbangan Takaful / Insurans Keluarga untuk diisikan kedalam petak F16 yaitu RM462.00 + jumlah KWSP = RM462.00 dan KWSP. Perlu diingat sekali lagi petak bertanda F16 perlu juga ditambah dengan jumlah tahunan KWSP. Nanti tak pasal-pasal kena bayar income tax lebih. Jika Sumbangan Asas Insurans/Takaful Keluarga tiada jumlah yang di tulis, maka TIADALAH jumlah untuk diisi.

Untuk petak F18, (berdasarkan gambar CONTOH PENYATA SUMBANGAN TAHUNAN TAKAFUL), boleh ambil Sumbangan Asas Takaful pendidikan dan Sumbangan Asas Takaful Perubatan yaitu RM 0.00 + RM 748.00 = RM748.00. Kan... penting sumbangan Takaful Pendidikan anak-anak tue. Bayangkan jika kita mencarum 2@3 orang anak. Kan dah dapat "exemption" yang banyak.

Ok... dah faham semua sekarang? Kalau udah, sila ke website LHDN sekarang untuk isi E-Filing. Moga ilmu ini memberi manfaat buat semua. 

PS:// Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Income Tax deduction. Saya sarankan web site nie untuk rujukan korang semua. Web site ini memberi tunjuk ajar bagaiman cara mengisi borang E-Filling dengan lebih terperinci. Dengan ayat yang bersahaja dan santai, mudah kita fahaminya. Siap ada gambarajah lagi untuk pemahaman yang lebih baik.

15 Tax Deductions You Should Know – e-Filing Guidance


MBK
019-2853910

Friday, March 20, 2015

Post status Takaful ejen di Facebook yang penuh dengan keinsafan

Ada tak friendlist korang dalam whats upp, FB, We chat, Instagram dari golongan Takaful ejen? Ada baca tak status mereka? Mesti "ignore" jer kan. Bukan status yang panas pun. Boleh bikin kontroversi dan meningkatkan prestasi. Pasal tahu korang malas nak baca, dengan rajinnya di Hari Jumaat yang mulia, tuan tanah buat kompilasi status Takaful ejen di FB secara berhemah. (cewwaaah macam kompilasi lagu hits pulak). Masa tengah rajin nie, jom kita layan 10 status Takaful ejen suka post di Muka buku. Enjoiceeeee!!!!!!!

1. Accident keta
Keta accident!! Rilek bang, sy apply insurans keta yg 1st party, cermin sekali...
Kalau tuan kereta accident??? Hospital govt bang, insuran xde..


2. Borang Permohonan dah boleh buat On line
Done mobility submission.
Awalnye kakaknye yg sign up, harini adiknye pulak.. Thank you architec muda @syarfiq hadi for ur trust...
Dua2 ni anak Hasnul Hadi, rupenye ayah awak kawan my mil lah. Kawan masa office pos dlu.. 


3. Hutang
Inilah realiti kehidupan..setiap orang akn mengalaminya, cuma lambat atau cepat jer,..
Habis je belajar, kita dh stat kumpul hutang, ape backup kita sekiranya meninggal dengan hutang??
Umur meningkat skit, kita mula takut jumpa doktor, makan minum xjaga, bila sakit nk berubat pulak masalahnye, kos mahal..kita tahu tapi mana backup kita kalau kita terlantar di wad.
Umur 50 keatas, risau plak pasal saving, umur dah nk retire, kwsp ckup untuk setel loan jer, anak mula masuk universiti , simpanan pendidikan anak xtau nak cari mana..
Mana backup kita???
Plan takaful 3 dalam 1 salah satu jawapannye.
(Pampasan +medical card + simpanan)


4. Fire Extinguisher
Konsep beringat sebelum terkena..
Rumah/Bangunan belum terbakar tapi setiap tangga bangunan dah ada fire extinguisher ni??
Siap diajar lg cara nak guna..



5. Miskin dan kaya
Tidak menjadikan anda kaya itu pasti!!
Tetapi mengelakkan ditimpa masalah...


6. Serendah RM100 (suatu permulaan yang baik utk berjinak dalam pelaburan Takaful)
Masa depan mereka di tangan kta sbg suami dan ayah.
Life Insuran serendah rm100/month


7. Persediaan kita sebelum tibanya hari sakit
Duhai kawan, apply lah takaful, persediaan kita sebelum tibanya hari sakit...
Sakit dtg ckup mudah, yg mengesahkan adalh doktor, tp yg pahit adalh kos rawatan...kalau seribu dua tiada masalah tapi bagaiman kalau pluh ribu untuk sekali rawatan??
Ingat!! Kita ada ramai kenalan bila sihat tapi berapakah yg mereka mampu bg kita saat kita berperang dengan nyawa..

8. Company sudah cover
Kita bekerja dan bekerja, bos sayang so dia bg medical card company.. Selama kita bekerja kita blh guna utk tujuan medical...tapi! Sekiranya pada umur 40 tahun, kita menghadapi lumpuh xboleh berjalan. Agak-agak, company nak terima kita keje lagi? of coz company buang sebab kita dah takde value untuk company. Kalo kene admitted, time ni nak pakai medical card apa? sebab medical card company tak provided dah?
Jadi, soalan sy, perlu ke tdk personal takaful even anda sudah dicover oleh company???

9. Lapse
Seringkali aku mendengar kisah dari pengalaman orang lain, tapi lainnya cerita ku pada hari ini. Seketika sebelum waktu Asar tadi, aku menerima panggilan telefon dari Takaful.


Takaful: Puan ini berkenaan dgn client puan En.X, isteri dia baru telefon kami nak tau berkenaan insuran suami dia.

Saya: insuran En X ni dah 'lapse' sejak Mac 2014 lagi. Beliau sendiri yang mengelak untuk bayar premium ni. Walau dah beribu message saya hantar. Katanya ada commitment lain. Saya tak de pilihan lain lagi, terpaksa la saya biarkan polisi tu lapse.

Takaful: En.X dah meninggal dunia baru 2minggu. 

Isteri arwah nak buat tuntutan.

Saya: jadi apa jawapan dari pihak Takaful?

Takaful: maaf tuntutan tak dapat di buat kerana polisi dah lapse. Pihak agen suami puan akan buat penerangan.

Setelah menghubungi isteri arwah dan menerangkan tentang situasi yang sebenar, jelas kedengaran suara kecewa di situ. 

Aku amat memahami beban kewangan yang bakal di hadapi oleh beliau sekeluarga. Insyaallah aku akan ziarah keluarga arwah dalam waktu yang terdekat ni.

Banyak pengajaran yang kita boleh belajar dari kisah ini. 

Diharapkan sesiapa yang mempunyai polisi insuran jagalah pembayaran anda, jangan sampai lapse. Musibah tak mengenal waktu.

Innalillahi wainna ilaihirroji'un.


10. Orang Miskin Dilarang sakit

Kita kaya dengan keperluan dan kehendak, mampu makan tempat mahal, ada kereta, rumah, gadget canggih,pegi melancong...
Tapi..
Kita miskin bila sakit, sakit jer terus spital govt, kitalah juga yg berebut dengan org kg, org susah..kitalah yg mencarut macam2 bila nurse n doc lambat service...kenapa? Sbb kita miskin nak masuk hospital Swasta..
Kita bukan lg budak sekolah, bukan lg bwh tanggungan sesape, fikir siapa diri kita, pelan perlindungan sudah ada, kita je ego utk ambik tahu...
Pastikan diri anda ada perlindungan Takaful.


Adakah status FB Takaful ejen ini agak cliche??????

#JOMTakaful

Monday, March 16, 2015

Kad Perubatan Si Comel akan DIKECUALIKAN jika terkena sebarang jenis penyakit sebelum mohon TAKAFUL. Jom apply seawal 14 hari kelahirannya atau masih dalam perut ibu




Jom sediakan Perlindungan kesihatan dan simpanan utk anak2 tersayang,

Jgn amik mudah ibu2 ayah2.. kenapa perlu kita betakaful utk anak2 meh pm/wassup saya..

0192853910
MBK

FEMALE ILLNESS

Female illness is a separate package (we called rider) that been added to the package. Mostly semua kampeni insurance plays the same rule; added rider.
Utk ladies plan -
* Pays benefits for life events such as marriage, childbirth, and more
* Covers female illnesses not covered by critical illness plans.
* Pays benefit for female cancers, even if you receive payment from a critical illness plan
* Covers pregnancy complication and delivery of an infant with congenital illness, not covered by most other medical plans

NOTA KAKI: mana-mana Takaful atau insurans tak cover keguguran atau first stage or second stage kanser. Kecuali virus dah malignant.

Friday, March 13, 2015

Takaful wanita vs Infant care (konvensional)

Kelmarin, ada wakil Takaful datang ke syarikat untuk memberi taklimat mengenai Takaful. Bila dia sentuh bab Takaful wanita, dan menyatakan bahawa Takaful wanita ada cover penyakit konginental untuk baby dan kanak-kanak, saya seperti terjaga dari mimpi. Selama ini, saya ingatkan Takaful wanita tak cover penyakit konginental. Saya akui, saya sering promosikan konvensional untuk insurans kanak-kanak terutama melibatkan baby dalam kandungan kerna ia lindungi penyakit konginental. Saya rupanya terlepas pandang akan kelebihan Takaful. Bila lihat balik, memang ada Takaful wanita lindungi penyakit konginental untuk baby atau kanak-kanak. Walaupun tak sebanyak konvensional, sedikit pun saya kira apa yang Takaful tawarkan boleh ringankan risiko dan beban ibubapa. Apa yang saya kisahkan mengenai penyakit konginental nie adalah yang melibatkan sakit jantung seperti kecacatan Septum Ventikel dan kecacatan Septum Atrial. Kiranya sakit jantung konginental nie sudah jadi "common case" di IJN atau di hospital.

Disini saya senaraikan manfaat infant care yang ditawarkan oleh syarikat insurans yang berkonsepkan konvensional:-

Saya juga senaraikan Takaful wanita yang cover ibu dan anak (cover penyakit kongenital) berkonsepkan patuh shariah:


Ok.. berdasarkan kedua-dua senarai yang saya nyatakan, kira nya korang semua lebih "prefer" yang mana? 

Monday, March 9, 2015

08.03.2015 : 2 kisah sedih dan 1 kisah mengenai senyuman dan harapan

Salam,

Kelmarin, saya post dalam face book "happy sunday morning. And it's remid me No Doubt song Sunday Morning". Sesuatu yang sungguh indah di pagi Ahad.Disebalik hari yang indah, terselit 2 kisah sedih dan 1 kisah mengenai harapan..... Hari ini dalam sejarah pun bermulaaa......

Sudah setahun pemergian MH370



Moga harapan untuk bertemu dikemudian hari dimakbulkan Allah. Saya berdoa agar waris MH370 terus dilindungi Allah dan dipermudahkan segala urusan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Pemergiannya adalah ketentuan Allah.
Hidup Insya Allah. Setiap insan yang bernyawa pasti mati. Al-Fatihah untuk harun salim bachik 

Today is our day




Sejambak bunga untuk wanita diluar sana. Selamat hari wanita untuk Ibu, kakak, kawan2, adik, guru-guru, eksekutif dan kalian kaum hawa. Moga kita terus tabah menharungi segala cabaran dan ranjau duri ini. Insya Allah

Orang Miskin Dilarang Sakit!


Hahh nak marah merata tempat apesal?
Kalau hospital kerajaan tu yang gunanya HANYA penoreh getah, pengait kelapa sawit, pesawah padi dan tukang kayu, maka mereka ini boleh sakit dengan aman tanpa penat menunggu giliran, boleh masuk ward selesa kelas dua atau satu, boleh dapat rawatan pantas, servis juga akan jadi lebih baik sebab nurse dan doktor kurang stress dan boleh fokus kerana kurangnya bebanan kerja.
Tapi malangnya, fasiliti ni turut direbut oleh pegawai penggaji, pegawai bekerjaya, pegawai tadbir dan semua yang bekerja dengan pendapatan tetap.
Dan apabila ward kelas dua dan satu yang baik baik dipenuhi oleh para penjawat, apa lagi yang tinggal kepada si miskin selain katil berselang sekaki dengan sebuah kipas syiling dikongsi lapan belas orang? seorang nurse menjaga dua puluh lima orang?
Jadi yang 'melarang' orang miskin sakit ni siapa?
Haaa jawab la..
Sebab itu lah aku tekankan, yang bekerja bergaji berpendapatan ni tak usah lah berebut dengan orang miskin yang keperluan mereka untuk menikmati rawatan di hospital kerajaan ni lebih berhak dan terutama.
Lalu bentak mereka;
"Habis kalau tak pergi spital kerajaan kami nak pergi mana?"
Maka dengan tenang aku jawab;
"PM lah, aku cerita"

credit: https://www.facebook.com/fdaus.ahmad?fref=ts

Sanggup gadai harta untuk tampung kos rawatan

Michael Schumacher nk jual rumah utk tampung kos rawatan..sape2 nk beli pm la..
Rasa2nya la apa yg kita boleh jual klu kita perlukan duit utk tampung kos rawatan yg makin meningkat skrg??


Gadai harta adalah benda biasa kita dengar jika nyawa dalam gadaian.

Kalau la sekarang kos rawatan prnyakit sama dengan harga gaji kita, saya sendiri pn xperlu utk apply takaful..

Tapi realiti sebaliknya berlaku..
Kos pembedahan ACL pn dh lebih 10k.
Penyakit lain lagi lah..

Thursday, March 5, 2015

Jangan pernah rasa rugi jika mencarum Takaful


Jangan merasa menyesal atau rugi jika mencarum Takaful, kita tak tahu bila waktunya. Takaful nie ibarat payung, bila hujan atau panas kita gunakan nya. Ada seorang hamba Allah yg mencarum Takaful sekian lama, tapi sayangnya ia merasa rugi. saya ada cakap jika sakit kita akan menghargai Takaful nie. Dia mmg setuju dgn kenyataan saya tapi dier sihat dan memang berbaloi org yg sakit pakai Takaful nie. Tapi org yg sakit nie mesti dah lama ambil Takaful. Ambil tindakan precaution. Bukan baru sakit hari nie baru nak ambil. Kalau gitu akan ader exclusion atau rejection dari pihak Takaful. Takaful ejen pun angkat tangan...tak dapat nak bantu

Jom "ambused" The CURVES (Gym bukan Mall) ramai-ramai untuk kuruskan badan....(makan-makan ada sekali)


Wednesday, March 4, 2015

[DUNIA] GAMBAR: Si Kaya Pasti ‘Sentap’ Dengan Mesej Iklan Ini

Mar 3, 2015

REPUBLIK Czech masih lagi dibelenggu krisis makanan dan minuman sehingga rakyatnya menjadi mangsa kebuluran selain menghidap pelbagai penyakit berbahaya.






Oleh itu, satu organisasi yang menggelarkan diri mereka “Czech People in Need” mengambil inisiatif melancarkan satu kempen tentang kebuluran.
Mesej dalam setiap iklan memperlihatkan perbezaan nilai yang begitu ketara di mana golongan berada membelanjakan wang mereka untuk perkara tidak perlu, sedangkan nilai sama mampu memberikan golongan miskin keperluan asas untuk hidup.

Idea yang diketengahkan ini nyata berbeza dan mampu memberi impak hebat kepada penonton.


Walaupun nampak ringkas namun mesej kempen ini berjaya mencuri tumpuan dan menjadi buah mulut masyarakat Eropah khususnya.

mynewshub.cc

Tuesday, March 3, 2015

sila sentap bila dah baca


Edisi oh Rumahku : Takaful Rumah


Sejak dua menjak nie, saya terima mesej, whats app mengenai Takaful Rumah. Sebelum korang semua dah mula rasa bosan baca apa yang tuan tanah tulis, biar saya jelaskan apa itu Takaful Rumah. Kebiasaanya Takaful Rumah nie lebih dikenali sebagai "fire insurance". Semasa korang beli rumah dan mohon pinjaman dengan bank, pihak bank ada masukkan kos "fire insurance". So, tanpa korang sedari, duit pinjaman rumah yang korang bayar sudah termasuk bayaran untuk "fire insurance" nie. TAK ADA "FIRE INSURANCE" nie pinjaman rumah tak kan lepas. Nama saja "fire insurance", tapi ia juga cover bencana yang lain.
  • Kebakaran, kilat, petir dan kebakaran bawah tanah.
  • Letupan tong gas domestik.
  • Kerosakan akibat dari pesawat udara dan objek-objek yang gugur darinya, pelanggaran oleh kenderaan jalanraya atau binatang bukan kepunyaan atau kawalan ahli dan keluarga.
  • Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip kecuali:
    1. untuk RM50 yang pertama.
    2. jika berlaku semasa rumah anda tidak dihuni.
    3. kerosakan tangki, peralatan atau paip itu sendiri.
  • Kerosakan akibat pencerobohan, kecurian yang disertai dengan menggunakan kekerasan untuk masuk dan keluar dari bangunan.
  • Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut (kecuali kerosakan bidai dan sengkuap), gempa bumi, letupan gunung berapi dan banjir.
  • Kerugian sewa atau perbelanjaan yang difikirkan sesuai untuk menyewa tempat tinggal sementara semasa rumah dibaik pulih.
  • Tanggungan awam (public liability) ke atas harta benda dan kecederaan anggota badan pihak ketiga tidak melebihi RM50,000 akibat kemalangan di dalam kawasan rumah.

Pengecualian

Takaful Rumahku tidak melindungi kerosakan atau kerugian rumah anda yang disebabkan oleh keadaan berikut.

- Peperangan, pemberontakan atau rusuhan.Arahan pengambilalihan atau pemusnahan di atas perintah kerajaan atau pihak berkuasa tempatan.

-Kebakaran spontan yang disebabkan oleh kepanasan semulajadi atau disebabkan oleh sebarang proses pemanasan atau pengeringan.

-Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut semasa bangunan di dalam pembinaan semula, kerja baik pulih dan ke atas kelengkapan rumah seperti bidai dan sengkuap.

-Pancaran ion atau bahan nuklear yang menyebabkan pencemaran radioaktif.Pemendapan tanah dan tanah runtuh.


Jika rumah korang pernah dinaiki banjir dan baru nak memohon Takaful rumah. Apa yang perlu korang tahu?

1. Boleh memohon tapi yang meluluskan Takaful ini adalah pihak Syarikat. Jika kawasan rumah korang tak pernah dinaiki air, tapi dengan kuasa Allah, kawasan rumah korang banjir, ada kemungkinan pihak Takaful akan meluluskan

2. Pihak Takaful akan menghantar "adjuster" (orang yang menilai tahap kerosakan rumah dan isytiharkan ia) adakah rumah nie boleh dilindungi atau tidak.

:)
mbk
0192853910

Edisi Panas berangin : Panas.............Panas...Panas............

Musim panas sekarang nie. Kemungkinan suhu di luar sana boleh mencecah sehingga 40C. Teringat waktu pi mekah masa bulan Ramadhan. Panasnya.. Ya Allah sahaja yg tahu. Teringat perempuam muda arab sembur water spray kat muka saya. Dia memang perasan muka saya nie dah nampak macam nak pengsan dahhhh... huhuhuhu.. Terima kasih dik. Ok.. bersempena musim panas nie, ader tips dan khidmat pesanan masyarakat untuk korang semua. Moga ia memberi manfaat.