Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Monday, December 19, 2016

Hibah Takaful

Tadi ada kawan mesej tanya tentang hibah takaful. Banyak lah aku jawab. Ni antara yang aku jawab. Mungkin boleh lah guna untuk ambil tahu juga kan.
***
Manfaat untuk kematian atau cacat kekal je. Kiranya kalau kita takde, waris kita tinggalkan dengan cash lah. Contoh RM350,000 ke, RM500,000 ke.
Cash hibah ni tak lalu faraidh tau. 100% kepada penama. Yang utamanya lebih kepada kita fikir apa kita tinggalkan untuk anak isteri kalau kita takde.
Ramai org melayu bila takde, anak-anak tinggal tak cukup belanja. Setahun dua ok lagi. Anak-anak nak sekolah belajar sampai universiti berbelas tahun lagi. Duit saving dengan rumah ke kalau ada kena pecahan faraidh. Sikit je sampai ke anak dgn isteri. Lagi-lagi kalau takde anak lelaki jadi stopper harta faraidh.
Isu sekarang ni RM66.6 billion duit orang melayu Islam dalam Amanah Raya tak selesai isu faraidh. Antaranya ahli waris ramai yang tak setuju.
Hibah ni kepentingan dia sebagai dana kecemasan. Ajal yang kita tak tahu bila tiba.
***
Tambahan untuk status ni.
Hujung sembang dekat whatsapp tu aku ada bagi saranan.
Aku cakap macam ni;
Sekarang kita kerja, kita ada pendapatan. Kita sara keluarga, kita bagi keluarga kebahagiaan. Kita gembira, isteri dengan anak-anak pun gembira. Ini waktu kita ada.
Andai esok kita tak ada, kegembiraan yang kita bina sama-sama tu kita tak nak kekalkan? Tanpa kita tinggalkan 'bekal' kewangan demi teruskan hidup. Selfish betul kita!
Waktu kita ada je nak bahagia. Bila kita tak ada, biar je macam tu! Tak patut betul.
kredit: Firdaus Mokhtar
mbk
0192853910

Thursday, December 15, 2016

Minat VS Tak Minat😎


Agent : Encik ambil la Medical Kad..
Prospek : Maaf.. Saya TAK MINAT..
Agent : Bagus encik tak minat.. Memang saya cari orang yang tak minat..
Prospek : Kenapa ??
Agent : Ramai yang MINAT tapi tak leh ambil..
Prospek : Kenapa tak boleh ambil??
Agent : Yang MINAT semua nya dah sakit.. Sbb tu saya cari orang yang tak minat. Dah tentu orang yang tak minat ni masih SIHAT..

Anda yang mana?

mbk
0192853910

Tuesday, December 13, 2016

Berapa coverage yang perlu saya ada untuk coverage perlindungan penyakit kritikal?



Jumlah perlindungan penyakit kritikal yang ideal ialah 3-4 tahun income.

Kerana tempoh itulah tempoh penentu, samada seseorang itu akan survive atau sebaliknya. Orang yang sakit kritikal biasanya menghadapi masalah sukar untuk bekerja/berniaga. Mereka akan hilang income berterusan.

Berapa jumlah coverage penyakit kritikal dalam polisi anda sekarang? Cuba semak..

Kredit: Azha Syazri Azizan.

mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Siapa #Buntat?

Selamat pagi.

Dapat persoalan dari boss Takaful saya pasal #Buntat.

1. Adakah #Buntat mempunyai apa-apa pelan takaful?

2. Jika ada, berapakah pampasan kematian #Buntat?

3. Siapakah yang bakal menerima HIBAH dari #Buntat ini?

Siapa #Buntat?

Hmmmmmmmmmm. Siapa pun #Buntat, saya sarankan mohonlah Takaful sekarang....

#TabungWanita
#hibahtakaful

mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Monday, December 12, 2016

Kedudukan harta vs hutang

Sejauh mana anda sedar kedudukan kewangan keluarga anda? Maksud saya 
kedudukan harta vs hutang, dan kedudukan cashflow positif atau negatif?

Benda ni penting kerana sebenarnya ada sesetengah suami, "merana dalam diam". Contoh, ada keluarga yang perlukan kedua dua suami isteri bekerja untuk tampung keperluan keluarga. Tapi si isteri suka suka berhenti kerja atas alasan dah penat dan biarkan suami struggle seorang diri tampung semua belanja. Cashflow yang asalnya positif kerana kedua pasangan bekerja, terus jadi negatif bila tinggal seorang saja bekerja 
Dan ada sesetengah isteri merana selepas suami dah takde. Masa suami hidup, isteri buat tak kisah tentang kewangan keluarga. Bila suami dah takde, baru terkial kial nak belajar cari duit sendiri. Lebih malang lagi, suami dah mati, baru tau dia tinggalkan banyak hutang. Masa suami hidup, tak pernah kisah nak ambik takaful. Sekarang, tak termampu si isteri nak tampung seorang diri. 
Ini antara cebisan hidup masyarakat yang saya dah lihat bila berjumpa orang ramai. Pastikan anda ambik kisah hal kewangan keluarga anda sendiri.

Mbk
0192853910

Friday, December 9, 2016

Thursday, December 8, 2016

Mesej dari seorang ejen: Kami bukan pegemis jalanan

Bila saya mesej anda dan tawarkan pelan takaful, saya bukan nak jual apa apa pada anda. Jauh sekali nak mengemis mintak duit anda

Bila saya mesej anda, itu maknanya saya beri anda peluang untuk dapatkan jaminan bertulis dari syarikat saya. Jaminan yang akan beri gantirugi bila anda sakit kritikal, hilang keupayaan atau meninggal dunia.

Tipu lah kalau anda cakap anda dah terlalu kaya, tak perlukan duit.

Sedangkan harta anda terutamanya simpanan kecemasan, pelaburan dan KWSP semuanya akan dikorek untuk tampung belanja bila dah sakit kritikal

Sesetengah orang, bila sakit kritikal seperti strok, sakit jantung, kanser, rosak buah pinggang, mengalami masalah susah nak bekerja semula. Maka bila tak dapat bekerja, hilanglah sumber pendapatan berterusan

Sapa nak tanggung belanja sara hidup selepas tu?

Persaingan saya adalah dengan penyakit dan ajal maut
 
Bersyukurlah saya yang mesej anda dulu

Kalau ajal maut dah ketuk pintu kehidupan dan sapa anda 
 
Apa agaknya yang bermain difikiran anda nanti?

Sign up sekarang sebelum terlambat

Orang offer nak kasi duit bila susah nanti, takkan tak mau?

mbk
0192853910

POLICY LAPSED!!


Sedikit perkongsian pasal polisi lapsed!! Kalau kawan2 ada polisi yang nak lapse dan agent advisekan bayarla at least sebulan untuk buat auto revival.. Saya cadangkan kawan2 ikut nasihat agent. Sebab apa??

1). Kalau dah lepas tarikh auto revival.. Kawan2 kena bayar sekuramg kurangnya 3 bln premium baru blh hidupkan balik instead of bayar sebulan sahaja.
2. Waiting period nak guna medical card start balik 120 hari.. Kalau nak guna medical card dalam masa ni tak boleh!! Kalau revival balik yang pernah warded sebelum ni tak cover dah..
3. Kalau dah pernah warded guna medical card company A, pastu polisi lapsed. Apply medical card dengan company B, yang dah pernah warded sebelum ni akan ada exclussionya.. Medical card company B, dah tak cover!! Rugilakan!!
Kalau ada masalah nak bayar, slow talk dengan agent.. Insyaallah agent boleh bantu.. Jangan berdiam diri dan tak reply.. Sebab agent tak dapat nak bantu kalau diamkan diri..Dan kalau agent tolong bayarkan.. Kawan2 bayar la balik.. Ansurans pun tak apa.. Sebab selagi dinamakan hutang, kena la bayar!!
mbk
0192853910

Thursday, December 1, 2016

Antara takaful dan komitmen

Takaful dibeli sebagai jaminan nak tanggung kerugian di masa hadapan. Dalam erti kata lain, sebagai persediaan awal KALAU JADI APA-APA

Memang benar sekarang anda ada komitmen tinggi. Namun pernahkah anda terfikir?

Sekarang masih sihat dan mampu bekerja pun anda dah mengeluh pasal komitmen banyak. Apatah lagi bila anda sudah sakit teruk, sudah hilang keupayaan nak bekerja. Komitmen semua tu hilang ke? Atau makin bertambah? 

Lepas sakit, hutang semua selesai ke? Anak bini tak perlu kasi makan dah ke? Dah keadaan takde income berterusan. Masih mampu tanggung lagi ke komitmen itu ini nanti?

Saya faham nak ambik takaful ni macam berat

Tapi percayalah cakap saya

Bila anda dah sakit teruk, dah hilang upaya, tiba tiba caruman takaful ni nampak murah je. Tetiba nak bayar 2x ganda pun sanggup asalkan dapat covered

Jadi, fikirlah masak masak

Gaji bulanan tu sapa akan ganti nanti? 

Cuba sebut nama namanya

Kalau takde, bukankah sudah jelas anda sangat sangat perlukan takaful ni, sebagai persediaan masa depan kalau jadi apa-apa?

Dibawah nie adalah surat perkongsian yang ikhlas dan pengakuan yang benar seorang kakitangan bank yang sesal kerana tak menyediakan plan ganti gaji. Dipetik dari FB Ainon Mohd
Surat eksekutif bank....
I'm mother of 4 sons. Working with a bank, suami pun bekerja di bank. Suami saya Asst. Branch Manager & saya sendiri Branch Operations Manager. Sebelum ini hidup dalam zon selesa, tidak merasa terdesak untuk berubah. Sehinggalah suami diserang stroke buat kali ke-3 pada last December. Sejak itu suami cuti sakit dengan gaji penuh. Yakin suami akan sembuh seperti sebelum ini, kami tetap sambil lewa dan tidak melakukan apa-apa persediaan untuk masa akan datang.
Suami diserang stroke sekali lagi pada May, kali ini agak teruk mungkin kerana terlalu tertekan bila mendapat surat Prolonged Illness dan setengah bulan gaji dipotong mulai Jun sehingga December 2015. Jika masih belum pulih dalam jangkamasa yang diberikan hanya medical benefits akan diberikan itupun hingga December 2016 after that, pandai-pandai sendiri la.
Mungkin terlalu kecewa dan terkejut suami kerana setelah berpuluh tahun berbakti, tiba-tiba disingkir dengan cara 'terhormat' menyebabkan suami longlai. Sejak May saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji utk merawat suami.
Believe it or not, we do not have any saving. Despite both of us working with bank industry for years. Berkat terlalu lama 'bertelur' dalam comfortzone, yang cukup bulan check akaun gaji masuk. Kami memang langsung tidak bersedia untuk semua ini.
Puan RB

mbk
0192853910

Kad perubatan bukan untuk di pakai buang.


Masaalah betul kalau jumpa klien cam gini. Penin ejen nak layan.. Mana boleh ambik Takaful kejap-kejap. Ini bukan biskut chipsmore..kejap ada ..kejap tak ada.. Kad perubatan digunakan bila keadaan itu memang amat memerlukannya. Bukan dipakai buang.



mbk
0192853910