Tuesday, March 11, 2014

Doa untuk MH370




Saya doakan agar Allah permudahkan segala urusan. Amin

Viral di Facebook. Ramai kawan saya posting Interview di TV3. Kita orang beriman, Allah s.w.t. menentukan segala-gala, dunia ini kepunyaan Pencipta'. Hanya Allah yang maha mengetahui.


Cara guna medkad 101

Call agent dan semak medkad commencement bila, sebab kalau less than 120 days, ada spesifik illness dia belum cover lagi (ie sinus, tonsil, eat nose throat, slip disc dan CI). 

Selain pada tu, semua cover InsyaAllah.

*Jadi advise agent sangat crucial at this stage.

1. Pegi emergency, register dan que jumpa MO.

2. MO akan cek dan verify samada kes ko quality atau tak untuk warded.

3. Kalau warded, minta MO expeditekan report ke HQ (banyak kes klien tunggu lama bukan sebab GL lambat, tapi doktor pun boleh jadi lambat prepare prelim report ke HQ).

4. Kalau terasa lambat, call agent balik, bgtau GL belum keluar. Agent boleh directly check dengan Admission HQ (24hrs) dan semak status GL.

5. Sementara tunggu GL, klien semak juga dengan admission untuk secure single bedroom. Banyak kes agent kena maki sebab klien tak dapat single bed, while hal macam ni bukan dalam kawalan agent ataupun Takaful, hal bedding semua tertakluk pada availabilty hospital. Sebab tu klien yang ada sekitar KL aku suggest ke pcmc, sebab sana semua single bedded. 

6. Once GL ready, barulah nurse warded kan ko.

7. Masa discharge, step 4 akan berulang. Jadi inform agent so dia boleh closely update status final GL.

8. Pada yang subscribe pakej co takaful, akan ada caj 10% masa discharge. Jadi jangan mengamuk kat agent pulak kalau kena bayar sikit nanti. Selalunya dia akan offset dengan deposit (sesetengah hospital minta deposit rm300-500), dan sesetengahnya tak mintak.

Key point, kalau dah sakit sakit dan nak ke hospital, call/sms/wassap lah agent supaya agent boleh advise dan guide korang accordingly.

Agent tak respon, tak pikap fon, tak balas sms?. Kalau 1-2 jam bagi muka lagi, tapi kalau makan sehari lebih tak respon jugak, ikut kau orang lah nak buat apa.
Tapi eloknya jangan melenting dulu, mungkin agent tak sihat, ada kecemasan, anak bini sakit, yelah ejen pun manusia jugak. Hehe.

In case agent tak respon dan situasi pulak crucial, pm je lah aku kat fb, InsyaAllah aku cuba assist apa yang mampu.

https://www.facebook.com/mardiyah.kamarudin
019-2853910

Thanks to https://www.facebook.com/fdaus.ahmad/posts/10202625374009228 for the tips.

Friday, March 7, 2014

mStar Online : KP Kesihatan Perjelas Kenaikan Caj Perubatan Swasta

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memperjelaskan bahawa kenaikan dalam caj perubatan swasta kira-kira 14% baru-baru ini merujuk kepada bayaran prosedur, dan bukannya kos perundingan.

Penjelasan kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook milik Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beberapa media pada Khamis melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebagai berkata bahawa kenaikan yuran perubatan swasta dihadkan pada 14.4%, kurang daripada separuh jumlah yang diminta oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), di mana kementerian itu berkata pada asanya ia diminta sebanyak 30%.

Struktur caj baru itu adalah pindaan kepada Jadual 13 Kemudahan Kesihatan Swasta dan Perkhidmatan (Hospital Swasta dan Lain-lain Kemudahan Kesihatan Swasta) 2006.

Dr Noor Hisham berkata, kerja-kerja di sebalik semakan bayaran bermula pada 2010, dengan mengambil kira kadar inflasi keseluruhan dan indeks harga pengguna khusus untuk penjagaan kesihatan seperti yang diukur antara 2002 hingga 2010.

Nak baca lebih lanjut klik sini mStar Online : KP Kesihatan Perjelas Kenaikan Caj Perubatan Swasta

Kos Perubatan Swasta Meningkat Lebih 200%


PUTRAJAYA: Bayaran perubatan swasta meningkat, tetapi terdapat kekeliruan mengenai peratusan sebenar peningkatan itu.

Walaupun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, peningkatan dihadkan pada 14.4 %, kurang daripada separuh jumlah yang diminta oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), namun jadual perubatan menunjukkan kenaikan lebih 200% daripada had bayaran minimum yang ditetapkan.

Sebagai contoh, yuran perundingan meningkat dari lingkungan RM10-RM35 kepada yang baharu iaitu RM30-RM125.

Subramaniam bagaimanapun berkata, yuran itu merupakan jumlah maksimum yang doktor dibenarkan bagi mengenakan bayaran dan mereka bebas untuk mengenakan bayaran lebih rendah.

"Kesemuanya (dalam jadual bayaran) adalah kadar maksimum. Kami melindungi rakyat daripada dikenakan caj yang sangat tinggi oleh perubatan swasta," katanya di sini, Rabu.

Dr Subramaniam berkata, kementerian itu menolak permintaan Persatuan Perubatan Malaysia bagi peningkatan sebanyak 30%.

Beliau menambah, peningkatan 14.4% itu adalah wajar memandangkan kadar inflasi dianggarkan kira-kira 23%.

Pada Isnin lalu, sebuah portal berita dalam talian menekankan bahawa pindaan kepada Jadual 13 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dilaksanakan secara senyap-senyap.

Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Lain) 2006, yang diterbitkan dalam warta persekutuan pada 16 Disember tahun lepas, memperuntukkan bayaran yang boleh dikenakan maksimum bagi pengamal perubatan dan pergigian berdaftar yang menjalankan amalan di hospital swasta dari segi yuran profesional mereka seperti sebagai perundingan dan pelaksanaan prosedur.

Bayaran-bayaran ini berdasarkan kepada Jadual Bayaran Edisi Keempat 2002 bagi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr Subramaniam juga berkata, menteri sebelumnya iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan kepada orang ramai mengenai kenaikan pada Julai 2012 dan jadual bayaran yang dibawa ke Kabinet dan diluluskan pada 12 Oktober tahun yang sama selepas berunding pelbagai pihak berkepentingan.

Kementerian diarahkan mengkaji semula jadual bayaran itu pada September 2010.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa jadual bayaran baru itu tidak didedahkan kepada umum apabila ia telah membuat kesimpulan yang diwartakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa peningkatan 14.4% adalah yuran purata bagi prosedur pembedahan dan pergigian.

Beliau berkata, caj perundingan doktor meningkat dari lingkungan RM10-RM35 ke bayaran baharu RM30-RM125 mengambil kira kos sewa di lokasi yang berbeza.

Dr Subramaniam berkata, kuasa pasaran dijangka menentukan yuran berkenaan.

"Rakyat digalakkan untuk berhemat dan arif dan mendapatkan rawatan di kemudahan swasta yang mengenakan kadar munasabah," katanya.

Komponen caj hospital lain seperti bayaran untuk penginapan, penyelidikan makmal, penjagaan kejururawatan, penggunaan peralatan, bilik operasi dan ubat-ubatan yang digunakan tidak dikawal selia disebabkan oleh kos yang berbeza-beza dalam operasi dan menyelenggara sebuah hospital swasta di kawasan yang berbeza, katanya.

Jadual bayaran perubatan baharu merupakan semakan pertama sejak ia dikawal selia pada 2006.

Beliau berkata, caj itu disyorkan oleh MMA sejak 2002.

sumber: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2014%2F3%2F6%2Fmstar_berita%2F20140306082223&sec=mstar_berita#.UxfRM8N2cGM.facebook

Pada mereka yg tiada medical card, hubungi saya dan saya sedia menjadi peneraju dlm membimbing anda utk mempunyai medical kad.


Sumber: Mstar Online 06.03.2014

Thursday, March 6, 2014

Edisi Info Takaful: Tips Takaful memilih Takaful terbaeeek

Sejak kebelakangan ini, ramai yang pm aku tanya pasal produk takaful dari syarikat syarikat lain. Ada yang print screen faedah minta aku komen, ada yang type panjang lebar pasal harga medkad yang katanya lebih murah, ada pula yang minta aku membanding banding setiap line item.

Ok macam ni, kalau aku komen..sedikit sebanyak aku akan 'bias' sebab aku mewakili salah sebuah syarikat takaful dalam banyak banyak syarikat yang beroperasi di Malaysia ni.

Jadi, untuk berlaku adil, aku sarankan kepada sesiapa yang masih dubious, keliru atau tak confident dengan plan takaful dari company yang pelbagai macam ni, buatlah beberapa background cek seperti di bawah.

1. Semakan ranking dan sales chart company takaful tu.
2. Proof of successful claims di bawah portfolio agent yang approach kau orang
3. Manual check. call sendiri beberapa hospital swasta, dan tanya bahagian Insurance/Takaful, syarikat takaful mana yang steady, mudah urus, tak banyak songeh. Hospital selalunya tak menipu. Diorang akan beritahu mana yang ok.
4. Jangan jump off cepat sangat dengan cheap product with expensive benefit. Ada sebab kenapa dia murah, dan ada sebab kenapa dia mahal. Probe technical question macam:
- Co takaful
- Guaranteed renewal status
- Segregation on coverage portion
5. Agent. Instinct ko cakap ok, go ahead dengan dia. Otherwise, cari orang lain.

Ok clear?

sumber:  https://www.facebook.com/takafulman

Wednesday, March 5, 2014

Edisi Tuntutan: Pedoman Claim yang boleh appeal utk X -ray, Ultra sound dan patologi report

Semalam hari yang raser macam nak larik masuk tasik jer. Dua kes kena settle secepat mungkin. Satu kes biler client kena tunggu admission lamer kat spital private. So kena call pihak admission suruh client saya masuk dulu. Bengang jugak, pasal pihak hospital (admission) tak call customer saya suruh bayar deposit dulu. Nie nak suruh tunggu GL. berjanggut jugaklahhhh... At least suruhlah client aku masuk bilik tue, boleh rehat. Alhamdulillah, settle jugak biler saya call suruh client bayar deposit RM500 untuk admission. Lepas bayar terus dah boleh admission. GL pun dapat jugak.

ok.. aku tulis bukan nak citer pasal admission, tue post satu lagi... baru boleh citer panjang. Kes ke dua pasal claim. Jika tuan/puan yang telah bertakaful atau baru nak cari untuk bertakaful, nie nak bagi pedoman sikit. Jika anda dimasukkan ward dan discharge, for sure anda akan dapat surat yang Takaful x akan bayarkan untuk anda atau dari namer lain dikenali sebagai amount not entitled in Hospital. Contoh seperti gambar kat bawah nie.


Normally after discharge, yang Takaful tak bayarkan aderlah admission fees, ubat supplement dan kos yang tidak melibatkan kos rawatan.

Jika tuan/puan tak diberi pedoman mengenai Takaful secukupnya, tuan/puan akan redha dengan amount not entitled In Hospital diatas. Client nie adalah kawan saya.

Untuk memberi pedoman nie, kena jelaskan situasi kes claim nie dulu. Situasi nya, kawan saya nie pi spital kerna raser tak sedap tengkok nyer. So pi spital dr pun buat treatment seperti X ray, Ultra Sound dan patologi. Dari treatment, Dr dapat buat diagnosis yg kawan saya nie ader Right Supraclavicular Lymphadenitis. So, dihari yg sama jugak, kawan saya nie masuk spital. Dok lah bercuti di spital 2D 3N. Maser discharge dier kena bayar RM300 (ko-takaful) dan RM429.15 akibat amount not entitled in Hospital. Jika treatment yg saya sebut tue cumer untuk investigation semata2, maka terang lagikan bersuluh, Takaful TIDAK COVER. Jika treatment tue menyebabkan kawan nie masuk spital, maka treatment tue TAKAFUL BAYARKAN. Akan tetapi, kes nie Takaful declined claim treatment nie. Kawan aku terpaksa rela bayarkan cash. 

Nasib baik agent dier cukup beri pedoman pada dier. So dier query apsal x-ray, ultra sound dan patologi report perlu dier bayar. Padahal kerna treatment inilah dier masuk spital. Saya akui ader sedikit salah faham antara pihak hospital dan Takaful. Tuelah pasal treatment tue tak dibayarkan oleh Takaful.

Jika perkara ini terjadi pada uols, apa perlu uols buat. Jangan panic... hokkeeyy. Pedoman yang perlu uols buat:

1. Dapatkan support letter dari Dr yg merawat anda menyatakan treatment berkait dengan sakit anda
contoh Dr support letter
2. Buat appeal letter atau memo di faxkan kepada Hospital Alliance Service (HAS), department yg bertanggungjawab kuarkan Guarantee Letter n claim in patient.
3. Uols kena cepat2 appeal kerna uols ader maser 14 hari untuk berbuat demikian

4. Selepas fax letter dan memo tue, sila follow up dengan pihak Takaful dan hospital

Selepas saya ikut pedoman diatas, alhamdulillah kawan saya dapat balik refund claim treatment itu. Pihak hospital yg akan kuarkan refund berbentuk cheque atau voucher.

Saya happy.. syukur Ya Allah.. Kawan saya lagilah happy........

mardiyah79@gmail.com
019-2853910



Tuesday, March 4, 2014

Hantaran kahwin paling mahal... untuk pasangan anda.

hehehehe.. teringat iklan Takaful mana ntah.. dedulu punyer.. Iklan kahwin. yang best hantaran kahwin berupa caruman Takaful. Waktu zaman blur pasal Takaful nie, pelik jugak mender tue.. Pasangan nyer hanya tersenyum. Rupa2 nyer, caruman Takaful. Itulah hantaran paling mahal. untung pasangan nya. Saya pun ader impikan cam gituh.. ahaks.. 


Monday, March 3, 2014

Konsep menyimpan RM100 menghasilkan RM200,000 pampasan

Ramai yang tanya dan terkeliru dengan unjuran rm100/sebulan berTakaful menghasilkan rm200,000 pampasan.

Hal sebegini tak datang dengan medikel kad. Medikel kad dalam kategori lain.

Skim pampasan ni lebih value pack dalam konteks keluarga. Apatah lagi kalau sang isteri tak bekerja, atau kerja tapi gaji tak power. Maka ketua keluarga di sarankan adopt takaful sekurang sukarangnya rm100-200/sebulan untuk secure rm200k-400k pampasan.

Apa apa jadi kat hang, adalah bekap anak isteri nak survive.

Macam tu jaa konsep dia.
Takde apa yang rumit pun.

Kata hikmat oleh https://www.facebook.com/fdaus.ahmad

Saturday, March 1, 2014

Edisi tuntutan: Endoscopy, medikal kad cover x.

Umum mengetahui, kalu nak pakai medikal kad kenalah warded. X kisahlah sakit apa hatta sakit demam ala manja2 gittew pun, kalu warded baru boleh pakai medikal kad. 

Jika korang masuk spital disebabkan nak buat endoscopy, pas tuh raser berlagak pasal ader medikal kad, so korang nak test kepoweran ia, korang raser kuasa medikal kad terserlah x. Huhuhuhuhuhuhuhuhu

Ya benar. Terserlahlah kepoweran medikal kad. Endoscopy boleh claim tetapi dengan cara reimbursement ( pay n claim). Dokumen yang perlu dikepilkan adalah pathology report dan medical report. Mana nak dapat report nie?. Normally lepas discharge kita akan dapat report nie. Paling tidak 3 hari selepas kita discharge. Terpulang pada kerajinan dr utk buat laporan perubatan kita. 

Best tak medikal kad cover endoscopy. Selain dari endoscopy, uols berpeluamg claim under "day surgery" seperti gambar dibawah:-
 

Nota kaki: untuk tuntutan endoscopy tertakluk pada terma dan syarat takaful operator yg uols ambik. Tuntuntan yg ader dlm belog diciterkn utk prubsn takaful.

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...