Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Takafulovers

Thursday, June 28, 2012

RISIKO Tak Bayar Insurans & Takaful


Anda berdepan kesempitan kewangan? Apakah pilihan yang ada atau boleh dipertimbangkan supaya anda dapat terus membayar premium? Adakala, sesetengah perkara di luar kawalan kita, terutama ketika ketidaktentuan ekonomi. Apabila ekonomi meleset dan ada hilang kerja, antara perkara pertama yang dikurangkan adalah premium insurans mereka. Adakah tindakan ini bijak?

Apakah akibatnya tidak membayar premium anda dalam tempoh tangguh? Kontrak polisi memperuntukkan ‘Tempoh Tangguh’ (biasanya sehingga 30 hari) yang memberi anda tempoh masa tambahan selepas tarikh genap tempoh bayaran premium. Dalam tempoh ini, anda masih boleh membayar premium dan polisi hayat anda masih berkuat kuasa. Bagaimanapun, jika anda masih tidak membayar premium selepas tempoh itu, bergantung sama ada polisi anda mempunyai nilai tunai mencukupi atau tidak, anda akan menerima makluman daripada penanggung insurans mengenai akibat berikut:

1. Polisi Luput, jika nilai tunai tidak mencukupi (biasanya dalam tahun polisi pertama). Jika ini berlaku, anda tidak lagi menikmati sebarang perlindungan dan menyebabkan anda seisi keluarga terdedah kepada risiko kewangan.
2. Pinjaman Premium Automatik (APL) sudah digunakan menurut polisi hayat supaya polisi anda terus berkuat kuasa jika nilai tunai tidak mencukupi. Bagaimanapun, anda haruslah peka terma dan syarat pilihan itu serta pilihan lain yang ada.

Apakah pilihan yang ada?
Fasal ini dimasukkan dalam polisi insurans hayat anda yang dinamakan fasal Opsyen Tidak Lucut Hak (NFO) yang bermaksud anda dibenarkan berhenti membayar premium dan tidak kehilangan sebarang ekuiti/nilai dalam polisi. Fasal ini dimasukkan untuk melindungi anda sebagai pemegang polisi, jadi jika polisi anda berdepan risiko luput, syarikat insurans dikehendaki memberikan empat pilihan berikut:

1. Memilih Pinjaman Premium Automatik (APL) – jika tiada arahan lanjut.
2. Menukar polisi anda kepada Insurans Berbayar Terkurang (RPU)
3. Menukar polisi anda kepada Insurans Sementara Lanjutan (ETI)
4. Menyerah polisi anda untuk nilai tunainya tetapi anda tiada perlindungan lagi (tidak digalakkan)

Apakah akibatnya membenarkan polisi saya menggunakan Pinjaman Premium Automatik (APL)?
Ini pilihan yang ditetapkan jika anda tidak memilih mana-mana NFO. APL ialah apabila syarikat insurans memberikan pinjaman daripada nilai tunai anda untuk terus membayar polisi anda bagi memastikan terus ‘hidup’. Ini mungkin memberi anda sedikit kelegaan tetapi perlu ingat bahawa pinjaman yang diberikan kepada anda itu dikenakan faedah. Kadar faedahnya ditentukan penanggung insurans (biasanya di antara 6-8 peratus) tetapi boleh berubah dari setahun ke setahun. Walaupun anda boleh terus menikmati perlindungan sepenuhnya daripada semua manfaat polisi semasa anda, manfaat itu akan dikurangkan oleh jumlah atau amaun pinjaman tertunggak berserta semua caj faedah yang dikenakan kemudian jika ia masih tertunggak. Ini akan mengurangkan amaun manfaat kepada ahli keluarga anda dan oleh itu lebih baik jika anda membayar balik pinjaman polisi anda sebaik saja kedudukan kewangan anda mengizinkan.

Apakah kesan menukar polisi anda kepada Insurans Berbayar Terkurang (RPU)?
Ia merujuk tindakan anda melepaskan nilai muka semasa (jumlah asas diinsurankan) polisi dan menggunakan nilai tunai membeli amaun muka lebih rendah tanpa perlu lagi membayar premium masa depan.
Jika anda mengambil pilihan ini:
*Semua rider yang dilampirkan pada polisi asal anda seperti perubatan dan kesihatan, penyakit kritikal, kemalangan diri dan sebagainya akan dibatalkan;
*Anda tidak layak menerima sebarang dividen/bonus yang mungkin diisytiharkan oleh syarikat insurans;
*Anda mungkin dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan jika anda berhasrat untuk menukar polisi kepada terma dan syarat asalnya dan membayar semua premium yang tertunggak;
*Anda mungkin tidak dapat mengembalikan semula atau berbalik kepada pelan insurans hayat anda yang asal.

Apakah akibat menukar polisi anda kepada Insurans Sementara Lanjutan (ETI)?
Ia merujuk keadaan yang mana amaun muka atau jumlah asas diinsuranskan dalam polisi anda tetap sama, tetapi anda menggunakan nilai tunai anda untuk membeli polisi sementara. Tempoh insurans bergantung pada amaun Nilai Tunai yang akan digunakan untuk membeli insurans sementara pada umur tercapai anda berdasarkan tarikh genap tempoh premium yang gagal dibayar. Kesannya sama seperti pilihan RPU.

Apakah akibat menyerah polisi anda untuk nilai tunainya?
Ini jalan terakhir kerana menyebabkan anda kehilangan perlindungan. Amaun yang mungkin anda terima apabila anda menyerah polisi anda sebelum masanya adalah jauh kurang daripada premium yang anda bayar dan seelok-eloknya anda mempertimbangkan tiga pilihan yang dinyatakan di atas.

credit: Artikel dipetik daripada Berita Minggu, Ahad, 30 Oktober 2011.

82 comments:

Najah said...

Assalamualaikum.. Adakah polisi insuran ini sama dengan insuran yang lain? Contoh antara insuran etiqa dan insuran zurich?

akok is a person not a kuih said...

Salam Najah,

Sorry lambat membalas

tidak semestinya. kebanyakan polisi insurans tidak sama dengan insuran yg lain dari segi tuntutan penyakit kritikal, medikal kad, death dan cacat kekal menyeluruh. semuanya adalah berdasarkan terms and condition apply.

Apa yg sama adalah seperti yg diberi panduan oleh BNM seperti tempoh bertenang untuk medikal kad selama 120 hari, free looking period selama 15 hari, health declaration, dan insurans declaration.

moga saya menjawab soklan najah

mbk

Anonymous said...

SALAM SAYA NAK TAHU APAKAH RISIKO SAYA SEKIRANYA SAYA TIDAK MEMBAYAR INSURANS SAYA? ADAKAH IANYA AKAN TERBATAL BEGITU SAHAJA?

akok is a person not a kuih said...

Hi anonymous....June 16, 2016 at 2:11 PM

Terima kasih kerna sudi bertanya,

Risiko tidak membayar insurans:-

1. Insurans akan lapsed dan TIDAK BOLEH BUAT SEBARANG TUNTUTAN sama ada tuntutan kematian, perubatan, penyakit kritikal dan accident

2. Kekurangan cash value (jika melibatkan investment link)

Jika anonymous tak bayar lebih dari setahun, insurans akan lapsed dan luput atau terbatal begitu sahaja.

harap saya menjawab soalan anonymous

cheers
cik puan mbk
0192853910




tlg bantu aku said...

Sy mengambil insurans slma 2 taun bayar rm200 sebulan. Sy perlu buat operation dn insurans cover rm15000 lbh kurg la. 2 bulan kemudian sy hilang kerja dn tak mampu bayar bulanan. Ape tindakan ke atas sy dr pihak insurans ye. Tolong bantu sy

akok is a person not a kuih said...

Salam tlg bantu saya,

Terima kasih kerana sudi baca blog saya,

Soalan: Sy mengambil insurans slma 2 taun bayar rm200 sebulan. Sy perlu buat operation dn insurans cover rm15000 lbh kurg la. 2 bulan kemudian sy hilang kerja dn tak mampu bayar bulanan. Ape tindakan ke atas sy dr pihak insurans ye.

Jawapan: Kebiasaannya polisi akan masih inforced (aktif) selagi saving atau cash value masih ada. Memandangkan pihak tuan/puan ada masalah kewangan saya cadangkan tuan/puan :

1. bayar secara beransur-ansur.. contohnya RM10 setiap bulan sehingga cukup RM200.

atau

2. Bayar 5 bulan sekali atau 6 bulan sekali (ikut setakat encik/puan mampu)

Tujuan cadangan saya ini untuk memastikan polisi tuan/puan inforced (aktif). Pihak takaful/insurans tidak akan mengenakan penalti. Mereka hanya hantar surat untuk pending payment sahaja. Selagi polisi tuan/puan inforced, tuan/puan boleh buat sebarang tuntutan.

harap jawapan saya dapat membantu encik/puan.

mbk
0192853910

salam Ramadhan

arbaayah yahya said...

Sy telah mgambil insurans pd hujung tahun 2013 sbyk rm180 sebulan...pd ogos 2015 sy telah berhenti kerja dan tidak mmdpt mbuat byran sehingga ke hari ini...namun sy berniat utk mnyambungnya semula pd masa terdekat..soalan sy..
1.bolehkah sy mnyambung semula kontrak yg sy tgglkan dgn byran terdahulu..(rm180)
2.sekiranya sy perlu membyr jumlah yg tertngguh,bolehkah sy mmbayar melalui agen yg lain?
3.payment sy sblum ini melalui potongan gaji melalui bank...adakah pihak prudential masih trus mgambil dr akaun sy selepas lama tdk aktif..

Itu shja...sy harap cik puan mbk dpt mnjwb kemusyikalan sy..

akok is a person not a kuih said...

Soalan: 1. -bolehkah sy mnyambung kontrak tersbut dgn kdr byran yg sma sblum ini.
Jawapan: Ya, mizz boleh sambung kontrak yg sedia ada akan tetapi saya tak jamin mizz boleh bayar caruman bulanan dengan kadar sebelum ini. Kebiasaanya, jika polisi sudah tak aktif dekat 1 tahun , pihak takaful akan review balik. Sama ada kadar bulanan dibayar sebelum ini atau ada kenaikan itu terpulang pada cara pihak Takaful review. Pihak Takaful akan review risiko pekerjaan yang baru dan umur sekarang. Jika semua sudah OK, Medikal kad Mizz akan ada tempoh bertenang selama 120 hari. Terms and conditions akan kembali pada asal (seperti memula polisi diluluskan).

Soalan 2: jika boleh....byran yg tertggk sblum ini...bolehkah dibyar melalui agen yg lain.. kerna sy sdahpn berpndah...
Jawapan: Boleh minta tolong ejen lain yang bayarkan. Kalau ada cawangan insurans prudential yang berdekatan, better kita pi sendirik. Senang sikit kalau ada info yg mizz nak tahu.

Soalan 3: adakah potongan melalui bank..masih berjalan skiranya akaun bank yg digunakn kmbali aktif...
Jawapan: Ya.. Mizz kena inform pihak bank untuk stop buat perkhidmatan bank antara bank dan prudential.

Amin Zulkifli said...

Salam. Saya dah 4bulan amik insurans prudential bsn. Tapi utk bulan ni, saya kehilangan kerja atas personal.
Potongan auto debit dr maybank.

Apa effect klau sy gagal bayar utk bulan ni, (ogos)tapi saya lunaskan pada bulan hadapan(sept)? Saya lunaskan byran ogos + sept dalam akhir bulan sept?
Saya amik prudential bsn blanan 160.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

Tiada efect jika encik bayar bulan sept untuk bayaran bulan ogos dan sept. Jika encik x dapat bayar 3 bulan berturut-turut baru ada effect yaitu lapse. Tiada masalah encik bayar akhir bulan sept utk bulan ogos dan sept. Akan tetapi encik akan dapat surat cinta dari pihak prubsn takaful utk pembayaran bulan ogos. Encik bole buat bayaran direct ke kaunter atau melalui internet banking cimb cliks dan maybank2u. Bayaran akhir bulan sept terus bayar RM320.00.

Harap saya menjawab soklan encik. Moga urusan encik dipermudahkan. Amin.

regards
mbk
0192853910

intan sofie said...

salam..jika saya hendak batalkan polisi insuran atas sebab2 tertentu,,adakah sya dpt balik bayaran yg sebelum ni sya buat?

akok is a person not a kuih said...

salam intan.

Depends. Jika Intan sudah mencarum lebih dari 6 tahun, kemungkinan akan dapat, tapi bukan duit yg kita bayar tiap2 bulan. kita akan dapat cash value (saving) dalam insurans/takaful (jenis investment link).

Jika less than 6 years chances untuk dapat duit cash value tue cukup rendah. Tgk jugak duit caruman bulanan tinggi atau x. nak lebih selamat better call customer service syarikat takaful/insurans tue. Dierorg boleh mention berapa cash value yg Intan bakal dapat.

cheers

mbk

grace said...

Selamat petang. Jika sy tidak membuat pembayaran untuk 1 tahun adakah polisi terbatal dengan sendirinya?

grace said...

Selamat petang. Jika sy tidak membuat pembayaran untuk 1 tahun adakah polisi terbatal dengan sendirinya?

akok is a person not a kuih said...

Selamat petang grace.

Terima kasih kerna sudi bertanya.....

Depends. Tgk keadaan polisi itu juga:-

1. Jika baru mengambil polisi baru LESS than 6 months, dan tidak membuat pembayaran selama setahun, YA polisi itu akan terbatal dengan sendirinya

2. Jika sudah mencarum polisi insurans lebih dari satu tahun, dan kemudian selepas setahun tidak membuat pembayaran polisi, polisi tersebut kemungkinan masih inforce atau aktif (tidak terbatal). Jika demikian, grace masih berpeluang untuk buat sebarang tuntutan

Jawapan 1 dan 2 itu tertakluk dengan Insurans berbentuk Investment Link yaitu yg provide cash value.

Jika polisi anda berbentuk term insurans (cth seperti insurans motor) tidak offer cash value, YA , polisi akan terbatal sendiri jika 1 tahun TIDAK buat sebarang pembayaran

moga saya menjawab soalan grace

mbk
cheers
0192853910

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Jeanelle said...

Selamat malam . Saya telah tidak membuat pembayaran selamat 1 tahun lebih atas sebab2 tertentu . Adakah polisi tersebut terbatal sendiri ? saya dulu pilih medical health card .Pembayar pertama dulu melalui potongan gaji melalui bank , saya cuma melakukan 2 bayaran sahaja , selepas itu saya tidak melakukan pembayaran sehingga hari ini.

Jeanelle said...

Selamat malam . Saya telah tidak membuat pembayaran selamat 1 tahun lebih atas sebab2 tertentu . Adakah polisi tersebut terbatal sendiri ? saya dulu pilih medical health card .Pembayar pertama dulu melalui potongan gaji melalui bank , saya cuma melakukan 2 bayaran sahaja , selepas itu saya tidak melakukan pembayaran sehingga hari ini.

akok is a person not a kuih said...

Hi Jeanelle,

Terima kasih sudi bertanyakan soalan,

Jika tidak membuat pembayaran selama 1 tahun (memandangkan saudari buat pembayaran sebanyak 2 kali sahaja),polisi akan terbatal dengan sendiri.

Harap saya menjawab persoalan saudari

cheers

mbk
0192853910

fatihah ali said...

Saya membuat insurans dengan kontrak 3 tahun... tahun pertama dan kedua saya membuat bayaran.. tetapi tahun ketiga(tahun last) saya tidak membuat bayaran.. adakah insurans akan terbatal... saya hendak batalkan atas sebab saya ada masalah yang tidak dapat dielakkan.. adakah ada effect jika saya tidak membuat bayaran...

akok is a person not a kuih said...

Salam Fatihah,

Terima kasih kerna sudi bertanya,

Kebiasaanya apabila tak buat pembayaran selama satu tahun , policy akan lapse dan ia akan terbatal dengan sendiri. Akan tetapi, itu hanya terjadi jika pembayaran dibuat kurang dari setahun. memandangkan Fatihah sudah membuat bayaran selama 2 tahun, kemungkinan polisi fatihah masih inforce. Untuk selamat, saya sarankan Fatihah untuk call syarikat Takaful/Insurans yg fatihah ambik. Mohon untuk termination polisi. sekurang2nya, ada hitam putih pembatalan polisi. Jika polisi fatihah berunsurkan investment, kemungkinan ada sedikit cash value yg mungkin fatihah dapat. Tiada kesan jika fatihah tidak membuat sebarang bayaran. Lebih molek dan elok, fatihah call untuk termination polisi.

Moga saya menjawab soalan fatihah.

mbk
0192853910

Muliadi Yakop said...

sy ada 8bln tertunggak byr insurans atas sbb mslsh tertentu.
1.sy nk ttp tp xtau nk ttp mcm mana.. agen pun xjmpa sdh.. blh ka bagi no telefon prubsn utk terminate
2.dan bila dah ttp perlu ke byr tggakan 8 bln tu?

Unknown said...

Hi saya pernah terlanggan insuran takaful melalui panggilan telefon dan saya di beritahu oleh agen tersebut menerusi telefon t&c sy akan d pos dalam masa kurg dua minggu ke alamat sy...tpi masalahnya t&c tu langsung x smpai sehingga lah skrg. .ada lebih kurg 5 bulan telah berlalu...tapi baru2 ni tiba2 pihak takaful telah membuat pemotongan autodebit di akaun bank sy & sy telah menghubungi pihak bank untuk menyekat pemotongan dari pihak takaful disebabkan sy langsung blum menerima t&c. Jd sy nk tnya apakah status sy? Asa betul tindakan sy? Dan jika akaun sy aktif bagaimana nk terminate?

akok is a person not a kuih said...

Hi unknown,

Terima kasih sudi bertanyakan soalan.

1. Tindakan tuan/puan adalah betul kerana tuan/puan tak dapat lagi buku polisi. Dan agak sukar bagi pihak tuan/puan untuk tahu perlindungan yang cover.

2. Jika unknown nak terminate, mohon tulis surat termination dan fax atau email ke Syarikat takaful tersebut. Dan buat regular follow up.

3. Agak sukar saya nak tahu status unknown. Pihak tuan/puan kena telefon sendiri syarikat takaful yg unknown mohon.

Nasihat saya, JANGAN MEMOHON INSURANS/TAKAFUL MELALUI TELEFON. AGAK MERBAHAYA DAN BERISIKO.


Moga saya menjawab soalan unknown.

mbk

Wanie Mahir said...

Salam.. Saya ada ambil insurans sejak tahun 2009 dgn harga rm150/sebulan. Pada tahun 2015 saya tak dapat nak bayar sebab masalah kewangan.. Soalan sy,
1)Kalau sy berhasrat nak continue lagi insurans sy, perlu ke sy membayar semua tunggakan dari tahun 2015?
2)Kalau nak terminate, still ada cash value ke?

Terima kasih.

Zarma Azmi said...

salam sis
sy ada amek insurans ni june2015 tp start oktober2016 ada tertunggak smpy skrg sbb mslh kewangan.so skrg insurans tu dh terbatal?kalau sy nk stop bt sementara ni then nk continue balik boleh ke tak?kena setel kn tunggakan ke mcm mne?
tq

akok is a person not a kuih said...

Assalamualaikum Wanie Mahir,

Terima kasih kerna sudi bertanyakan berkenaan dengan Takaful dan sudi baca blog saya,

)Kalau sy berhasrat nak continue lagi insurans sy, perlu ke sy membayar semua tunggakan dari tahun 2015?

Jawapan: Boleh saya tahu berapa lama sudah Puan tak bayar Polisi? Tak perlu bayar tunggakan. Ini kerana dari apa yg saya lihat, puan start mencarum sejak 2009. sudah lama tuh. Kiranya saving puan boleh support akaun perlindungan puan.

2)Kalau nak terminate, still ada cash value ke?

Jawapan: Masih ada cash value. Tapi saya tak pasti berapa. Puan kenal call pihak Takafuk untuk tahu berapa jumlah cash value yg sebenar. Nasihat saya, tak perlu surrender atau terminate. Ambik cash value yg ada (dgn cara withdraw) then bayar polisi Takaful yg sedia ada. Dengan cara ini dapat inforce Takaful puan.

Maaf lambat saya menjawab soalan puan.

mbk
0192853910

Terima kasih.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumusalam ,

Soalan:
sy ada amek insurans ni june2015 tp start oktober 2016 ada tertunggak smpy skrg sbb mslh kewangan.so skrg insurans tu dh terbatal?kalau sy nk stop bt sementara ni then nk continue balik boleh ke tak?kena setel kn tunggakan ke mcm mne?

Jawapan:
Insurans saudara belum batal tapi hanya lapsed (x aktif) buat masa sekarang. Kiranya x boleh buat sebarang tuntutan. Kalau nak inforce atau aktif balik kena buat monthly contrbution dan selepas itu just continue bayar. x perlu bayar yg tertunggak. apa yg penting polisi inforce.

Insurans yg batal nie jika pembayaran tak dibuat lepbih dari setahun.

Setengah ejen nasihatkan abaikan saja polisi yang dah lapsed kerna polisi akan terbatal dengan sendiri jika tiada pembayaran dibuat lebih dari setahun. Kalau nak stop boleh, kena pi kaunter kata nak terminate tue saja. better ada black n white.Tak perlu bayar tunggakan.

moga saya menjawab soalan saudara

mbk
0192853910

Mohd Fauzi Mohd Jamil said...

Hi cik puan MBK,

Sy aisyah , nak bertanya, semua jawapan yg di terangkan oleh cik puan MBK sy dah jelas...di mana perlu sy membuat pembyran caruman untuk ETiqa Takaful..Selain di kaunter Etiqa...

Terima kasih

akok is a person not a kuih said...

Assalamualaikum Aisyah,

Cik Aisyah boleh merujuk atau membuat pembayaran caruman di Cawangan Maybank yang berdekatan. Etiqa dimiliki oleh Maybank.

cheers

mbk
0192853910

Imer said...

Assalamualaikum,

Sy ada ambil takaful prubsn sejak 2014 tetapi telah tertunggak sejak bulan Dec 2016 (4 bulan) disebabkan masalah proses pembayaran (auto-debit) + communication break down dgn agen. Saya telah telefon prubsn dan polisi masih inforce kerana saving yg ada. Saya bercadang utk menukar agen dan menaikkan had medical card & ada mempertimbangkan untuk ambil polisi dari syarikat lain (hibah dan had tahunan kad lebih tinggi).

Soalan:
1. Sekiranya saya ingin terminate, adakah terdapat apa-apa kesan jika saya membiarkan sahaja tanpa melakukan apa-apa pembayaran sehingga polisi terbatal? Adakah saya akan disenarai hitam dalam ccris atau dalam sistem prubsn?

2. Bolehkah terminate melalui phone call?

Terima kasih
Imer

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumusalam Imer,

Terima kasih sudi baca blog saya.

1. Jika Imer ingin terminate polisi, saya sarankan better terminate cara baik. Saya tak galakkan biarkan saja tanpa melakukan apa-apa. Walaupun perkara ini tidak akan disenarai hitam dalam CCRIS atau Sistem PruBSN, data diri kita yang ada polisi ini akan disimpan oleh sistem PruBSN Takaful dan sistem BNM. Jika Imer nak ambil polisi dengan syarikat lain pun tak akan ada apa-apa kesan yang akan berlaku pada Imer.

2. TAK BOLEH TERMINATE POLISI MELALUI PHONE CALL. Saya sarankan Imer pi kaunter prudential assurance sdn bhd atau kaunter Prubsn Takaful yang berhampiran. Terus pi kaunter nak terminate dan pihak kaunter akan terus uruskan.

3. Imer boleh ganti ejen lain dan menaikkan had medikal kad. Itu lebih baik. Jika ambil polisi yang lain, monthly contribution dengan benefits yg akan dapat takkan sama dengan apa yg kita dapat seperti tahun 2014.

moga saya menjawab soalan Imer

cheers

mbk
0192853910

Anonymous said...

assalam, saya nak bertanya. saya ada masuk takaful plan medical card sahaja (bukan prubsn). byrn rm180/month. saya bercdg utk tukar plan dan membiarkan byrn takaful tertunggak 3 bulan.saya berbuat begitu sebab berfikir kalau lapse bolehla saya tukar plan lepas lapse. kemudian ejen bgtau saya takaful dah lapse. katanya kalau nak tukar plan x boleh tp kalau nak tambah plan sahaja boleh.

soalan saya :

1. adakah saya perlu bayar jumlah tertunggak untuk aktifkan balik takaful saya (rm180 x 3bulan) ? atau memadai bayar satu bulan caruman dan continue bulan berikutnya spt biasa?

2. benarkah saya tak boleh tukar plan tetapi hya boleh tambah plan?

terima kasih atas bantuan.

lilyseroja said...

Hi assalamualaikum
Saya nak tanya, kalau insurans kemalangan yang maybank selalu buat by call tu, (rm37) kalau dah auto terminate sebab tak ada baki dalam account, boleh ke dapat balik duit tu? Bayar dah lebih setahun.

Terima kasih ��

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam lilyseroja,

Terima kasih sudi baca blog saya dan bertanya.

Kalau dah auto terminate dan telah buat pembayaran selama setahun, duit yang telah dibayar tak dapat dikembalikan. Insurans kemalangan jenis term insurans (insurans bertempoh). Once dah bayar duit tue tak akan dikembalikan dan jika tiada claim pun selama setahun, duit tue kira burn macam tue sahaja. Kerna insurans nie bukan jenis investment.Kalau investment at least dapt sedikit atau tak dapat apa2. (depends pada ekonomi semasa).

moga saya menjawab soalan cik lilyseroja.

Anonymous said...

Assalamualaikum..Puan MBK..
Saya,ada masuk insurans etiqa di maybank(tolak pada gaji).sekarang saya,tidak bekerja dan dah berapa bulan tidak membuat bayaran...
-adakah insurans etiqa di maybank,auto terminate??
-atau bila saya buat simpanan,akan tolak semula???

Elyabdullah said...

Salam..sy nak tnye..sy dah "ter" setuju dgn insurans sun life malaysia pd tahun 2015..dan sekarang pihak sun life malaysia bru maklumkan yg sijil polisi sy bru dululuskan pd 24.08.17 sbnyak RM780.00. Tetapi spnjang tempoh 2 tahun ni sy mmg x pernah buat bayaran..tambahan acc bank yag sy setuju untk buat pemotongan sudah tidak valid lg..adakah sy akan dikenakan dengan sebarang tindakan perundangan??

akok is a person not a kuih said...

Wa'alaikumussalam Anonymous 25.08.17, 3.20 am

Untuk insurans etiqa:

1. Adakah insurans etiqa jenis investment link? Jika ya, kalau auto terminate akan ambik masa setahun. Buat masa nie polisi tuan/ puan hanya lapsed. Yaitu tak aktive dan x boleh buat claim. Nak inforce balik kena buat bayaran. Jika polisi etiqa bukan jenis investment link, ya.. Polisi etiqa akan auto terminta. Apapun, saya sarankan anonymous call pihak customer service utk hitam dan putih berkenaan dengan status polisi itu

2. Buat simpanan macam mana tuh? Adakah anonymous maksudkan akaun simpanan atau akaun semasa? Jika anonymous malsudkan simpanan di takaful/insurans .. Dan jenis investment link, ya.. Jika anonymous tak bayar akan ditolah melalui simpanan insurans/takaful itu

Harap penjelasan saya ini memberi pencerahan buat tuan.

akok is a person not a kuih said...

Wa'alaikumussalam Elyabdullah,

Maafkan saya lambat membalas soalan Ely,

Tiada tindakan perundangan akan dikenakan atau penalti. Saya sarankan ely inform pihak sunlife untuk sebarang termination atau jika ely nak teruskan pemotongan insurans itu pun ely kena inform pihak sunlife. At least ada valid agreement dan action.

Moga saya menjawab soalan elyabdullah.

Suhana Rahmat said...
This comment has been removed by the author.
Hana Rahmat said...

Hi assalamualaikum
Sy ada buat medical card with prubsn pd april 2012. Sy start tertunggak dari aug 2016 until sekarang. Tapi sy check still inforce. Sy nk tanya untuk sy maintain active, perlu tak sy bayar utk yg tertunggak? Terima kasih

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Hana,

Saya nasihatkan kalau nak terus aktif dan inforce at least bayar 6 bulan yang tertunggak dan teruskan bayaran tanpa ada tertunggak. Jika Hana kemampuan, bayarlah semua yg tertunggak. Jika ia agak berat untuk bayar, bayarlah 6 bulan tunggakan terlebih dahulu. Barulah Hana maintan aktif. Jika tak bayar langsung n dibiarkan begitu, walaupun inforce, saya takut medikal kad tak cover dah..

moga saya menjwab persoalan Hana.

mbk
cheers
0192853910

Mariati Abdullah said...

Salam..saya ada medical card dr prudential start tahun 2014...tapi saya tunggakan dari bln mac 2017 hingga skrg...tapi medical card tu still aktif.masalah nya skrg saya xberani nk guna disebabkan oleh tunggakan tu?mohon percerahan mengenAi masalah nie...apa yg patut saya buat utk membolehkan saya guna card tu tnpa ada masalah di kemudian hari..

Mariati Abdullah said...

Salam..saya ada medical card dr prudential start tahun 2014...tapi saya tunggakan dari bln mac 2017 hingga skrg...tapi medical card tu still aktif.masalah nya skrg saya xberani nk guna disebabkan oleh tunggakan tu?mohon percerahan mengenAi masalah nie...apa yg patut saya buat utk membolehkan saya guna card tu tnpa ada masalah di kemudian hari..

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Puan Mariati,

kiranya 7 bulan puan ada tunggakan. Untuk selamat, saya mohon puan bayar 2 bulan payment yg pending plus sambungan bayar untuk tiap bulan.

Kalau puan rasa agak susah nak bayar 2 bulan payment (untuk bayaran 2 bulan pending), saya sarankan puan kena sambung bayar sahaja setiap bulan. Asalkan puan bayar, jangan biarkan sijil lapsed.

Jika puan sambung bayar, at least, puan masih boleh guna medikal kad, dan boleh buat tuntutan pampasan Takaful hayat.

Ada client saya 2 tahun x bayar, kemudian dia accident. Alhamdulillah dia ada perubatan untuk kemalangan. Itu pay and claim. Kalau guna medikal kad agak susah sikit pasal dah 2 tahun x bayar. Kalau nak guna medikal kad, dia kena bayar 6 bulan pending payment terlebuh dahulu.

Moga urusan puan dipermudahkan. Amin

Moga saya memberi pencerahan.

cheers

mbk
0192853910

SMK Georgetown said...

Assalamualaikum...saya nak bertanya saya pernah amik sebuah insurans tahun 2014...tp hanya DLM setahun saja kemudian saya stop...saya da berenti byr da hampir dua tahun Dan da terminate....tetapi beberapa bulan lepas insurans saya dapati pihak insurans telah memotong semula Dr akaun saya. APA saya perlu buat? Blh x refund blik yg beberapa lepas tu?

Anonymous said...

Assalamualaikum...saya nak bertanya saya pernah amik sebuah insurans tahun 2014...tp hanya DLM setahun saja kemudian saya stop...saya da berenti byr da hampir dua tahun Dan da terminate....tetapi beberapa bulan lepas saya dapati pihak insurans telah memotong semula Dr akaun saya. APA saya perlu buat? Blh x refund blik yg beberapa lepas tu?

akok is a person not a kuih said...

Hi Anonymous dan SMK Georgetown,

Anonymous boleh ke kaunter insurans untuk isi refund form untuk ambik balik duit yg telah ditolak. Atau anonymous boleh call direct ke pihak insurans tersebut. Tapi bagi saya , better pi ke kaunter atau pi ke bank untuk terminate sekali lagi pembayaran itu.

ada kes macam nie. Orang tue pi ke bank dan bercakap dengan pegawai bank untuk terminate sekali lagi auto debit tuh. Dalam tempoh seminggu org tue dapat balik duit refund tuh.

Moga saya memberi pencerahan yg sewajarnya.

Anonymous said...

Assalammualaikum,

Saya ada ambil takaful sewaktu saya bekerja, namun begitu dalam tahun yang sama saya resign atas sebab tertentu. Saya terus tak dapat nak bayar insurans saya. Saya dapat bayar dalam dua kali sahaja. saya beritahu ke ejen, nak terminate. tapi ejen kata tak boleh sebab belum cukup setahun. masa saya first ambil tu, saya tak pernah tahu pasal insurans pun and saya assume boleh terminate bila bila and ejen tak pulak kata polisi yg saya ambil tu kene lebih setahun baru boleh terminate. saya pun tak plan yg saya nak quit, saya expect yg saya akan kerja terus di situ. lepas resign saya belum berezeki nak dapat keje baru and start berniaga. so ejen tiap bulan minta saya bayar jugakla. bila saya bertegas nak terminate, ejen kata akan beri kesan pada financial performance beliau kat BNM. maaf sebab saya kurang tahu semua itu. lepas tu baru-baru ni ejen mesej saya and minta bagi cadangan sebab pru dah bagi notis kat beliau. jadi, cik, apa yang saya harus buat ya? kalau boleh saya nak terminate, sebab saya baru sahaja mula berniaga dan pendapatan saya cukup-cukup je untuk keperluan saya dan bayar PTPTN. harap cik boleh sangat bantu saya.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. saya ada buat pinjaman peribadi dgn AEON.. tahun pertama saya bayar polisi insurans rm185.50.. tapi untuk tahun kedua saya kekurangan wang untuk bayar insurans.. tapi bayaran bulanan pinjaman saya tak pernah tuggak..saya bayar tetap sebelum tarikh last pembayaran..adakah saya akan dikenakan tindakan sebab belum bayar insurans?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Anonymous,

Maaf lambat respond. Tiada tindakan dikenakan sebab belum bayar insurans. Insurans anonymous akan lapsed. Jika sudah setahun lapsed, maka anonymous perlu apply yg baru jika mahu. Yg lapsed tue kiranya sudah terbatal dengan sendiri


moga saya menjawab soalan anonymous

mbk
0192853910

arnash said...

sy ade mengambil medical card insuran zurich..tp sy bru membuat pembayaran 2 kali mulai bulan 7 melalui autodebit..tp sehingga sekarang sy tidak lagi membayar insuran kerana ade masalah kewangan..sy nk tnya apakah pihak insuran akan memotong lagi duit sy jika ade kemasukan duit ke dalam bank yang sy buat autodebit tu. tk.

akok is a person not a kuih said...

Hi Arnash,

Terima kasih sudi bertanyakan soalan.

ya. pihak zurich akan memotong caruman bayaran melalui autodebit selagi Arnash tak cancel autidebit secara formal. mohon en Arnash buat permohonan cancellation pada pihak zurich atau En. Arnash ke bank terus untuk buat pembatalan auto debit.

moga saya memberi pencerahan.

cheers
mbk
0192853910

Nurul said...

Salam,

Saya ambil insurans zurich takaful (medical card) utk anak saya dan telah membayar selama 1 tahun 5 bulan .tetapi sy merancang untuk menutup akaun tersebut kerana ada beberapa masalah.

1)apakah cara yg perlu dilakukan untuk terminate insurans tersebut.

2)adakah sy akan mendapat pulangan drpd penutupan akaun tersebut.

TQ Puan atas maklumbalas..

akok is a person not a kuih said...

Assalamualaikum Nurul,

1)Apakah cara yang perlu dilakukan untuk terminate insurans tersebut.
Jawapan: Puan boleh ke kaunter Zurich yang berhampiran untuk isi borang termination dan pihak Zurich akan terus hantar ke HQ untuk prosess. Atau melalui ejen , puan kena isi borang termination juga dan ejen akan hantar ke cawangan zurich yang berhampiran.

2)adakah sy akan mendapat pulangan drpd penutupan akaun tersebut.
Jawapan: Puan kena pastikan sama ada polisi itu jenis investment link atau stand alone. Jika investment link akan dapat nilai tunai dan jika jenis stand alone, sebarang pulangan tak akan ada pulangan nilai tunai. Mana nak tahu jika ia jenis investment link atau stand alone? Investment link attached dengan pampasan kematian atau Total permanent disability manakala kalau stand alone tiada attach dengan mana-mana benefits (manfaat).

moga saya menjawab soalan puan

mbk
0192853910

Fatin Athirah said...

Salam, apa status untuk life insurance takaful sya. Saya ada isi form utk auto bank in. Tp buat masa ni dalam akaun tersebut ksoong. So kira nya dah dah lebih stahun takde penolakn pembayaran. Maknya akaun saya dah terminate atau belum ?

akok is a person not a kuih said...

Assalamualaikum Fatin,

Terima kasih kerna sudi bertanyakan soalan.

Kebiasaanya jika dalam masa setahun kita tak pernah bayar, polisi akan terminate secara automatik. Saya nasihatkan cik mohon cancellation auto debit untuk ada black and white cancellation. Saya takut, suatu hari payment auto debit akan trigger balik. Jika inginkan kepastian 100%, saya sarankan sesangat untuk call customer servive untuk kepastian termination policy.

cheers

mbk

Anonymous said...

Saya mempunyai bayaran tertunggak insurans bulanan lebih 5bulan. Sekiranya saya menjelaskan semua tunggakan adakah terdapat tempoh tertentu utk kembali aktif medical card sedia ada?

akok is a person not a kuih said...

Hi Anonymous,

Terima kasih sudi baca blog saya dan bertanyakan soalan.

Sekira tuan/puan membayar tunggakan itu , anda perlu menunggu 120 hari tempoh bertenang untuk aktifkan kembali medikal kad itu. Syabas anonymous ada niat utk aktifkan kembali kad perubatan. Kos rawatan makin mahal dan sekarang nie people demanding keselesaan semasa menjalani rawatan.

Cheers

Mbk
0192853910

Anonymous said...

Adakah insurans cover kos dapatkan rawatan/kaunseling pakar kanak-kanak bagi penyakit autisme?

akok is a person not a kuih said...

Hi ANONYMOUS,

Terima kasih sudi bertanya dan baca blog saya,

Insurans TAK COVER KOS rawatan/kaunseling pakar kanak-kanak bagi penyakit yang berkaitan dengan autisme.

Jika berlaku sakit demam, atau penyakit lain (tidak melibatkan autisme), kad perubatan akan cover. (akan cover jika tiada exclusion).

harap saya menjawab soalan puan

mbk\0192053910

saya budak baru belajar said...

Salam, saya baru ambil insuran prudential bsn belum sampai sebulan, saya ambil dalam keadaan terburu- buru tanpa berfikir panjang, boleh tak saya batal kan insuran tu dalam tempoh singkat selepas baru diambil?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

Terima kasih kerna sudi bertanya,

Boleh batalkan takaful atau insurans tersebut dalam tempoh singkat.

Bila saya budak baru belajar terima buku polisi? Ini kerana ada 15 free looking period selepas kita terima buku polisi. Jika saya budak baru belajar terima buku polisi within 15 free looking period, kita akan dapat fully refund. Jika selepas 15 free looking period, masih boleh terminate tetapi tak dapat fully refund.

Takaful @ insurans adalah satu keperluan yg penting. Dah elok saya budak baru belajar mencarum Takaful. Banyak kisah sedih yg saya terima bila tiada takaful atau sudah terminate takaful.

Harap saya menjwab soalan.

mbk
0192853910

Anonymous said...

Bagaimana nak download borang untuk batalkan insuran sunlife..saya budak baru belajar tak tau cara nya.

akok is a person not a kuih said...

Hi Anonymous,

Tak perlu download. Just tulis surat untuk termination dialamatkan syarikat sunlife. Tajuk: termination policy xxxxxx (serta no policy). Atau terus ke kaunter cawangan sunlife yang berdekatan.

terima kasih

maaf lambat reply

cheers
mbk

AIRA BEN said...

Salam sis, saya nak tnya saya sekarang guna pru bsn takaful untuk suami (rm180) , saya (rm150) , dan anak baru masuk setahun sbulan (rm150). Baru2 ne saya dapat surat dari pru bsn takaful berkenaan bayaran bulanan dinaikkan dari rm150 ke 166. .. saya baru sahaja berhenti kerja disebabkan hal2 tertentu jadi saya nak stop plan utk anak saya. Soalan saya
1) plan anak saya baru masuk 4 bulan. Saya beritahu agen saya untuk batalkan plan, tapi dia kata dia akan dikenakan denda 12 bulan byrn sbb plan x masuk 12 bulan lg. Adakah ini benar?
2) plan saya dan suami dari may 2016. saya ingin membatalkan plan saya dan suami kerana byrn bulanan naik terlalu mendadak dan agen (agen lain dari anak saya) tidak mengurus plan kami dengan baik. Dimana buku dan kad suami saya sampai sekarang x dpt2. Adakah saya dapat claim apa2 tuntutan bayaran yang saya bayar sebelum ini?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

Tq Aira sudi bertanyakan soalan

1. Tiada denda 12 bulan bayaran yang perlu dikenakan. Agen cakap macam tue pasal dia nak jaga persistency dia. Tiada istilah denda pun.

2. Ini kes musykil. Saya sarankan puan call customer service untuk tahu status terkini polisi puan dan suami memandangkan puan dan suami x pernah dapat buku polisi dan kad perubatan. call di talian 03-20537188. Jika wujud Takaful puan, puan akan dapat cash value. Sebarang bayaran yg puan sudah buat, tak dapat dituntut balik. Hanya cash valye yg akan puan dapat. berapa tue? Puan kena call customer service.

maaf diaats lewat membalas

cheers

mbk
0192853910

kasut tumit tinggi said...

Assalam.kalau kita mencarum untul medical card...lebih 5 tahun..dan x pernah membuat tuntutan.. kalau kita nak terminate adakah kita akan dapat semula nilai yg dah kita bayar? Atau cuma d bayar cash of value

akok is a person not a kuih said...

Wa'alaikumussalam kasut tumit tinggi. Terima kasih kerna sudi bertanya.

Kalau dah mencarum lebih 5 tahun dan bayaran kita up todate, dan kita nak terminate, kita hanya akan dapat cash value sahaja. Saya tak sarankan terminate medikal kad selepas 5 tahun mencarum. Kerna medikal kad yg dah lama nie, kebiasaanya x akan ada masalah ketika nak warded hospital

Anonymous said...

Salam..
Saya ada tandatangan permohonan plan takaful bsn untuk hibbah dan medical card..setelah diproses sy dikehendaki menjalani ujian kesihatan..dalam menunggu masa yang sesuai untuk saya menjalani ujian kesihatan..saya dapati plan tersebut tidak memenuhi kehendak saya.segala pembayaran dan ujian kesihatan belum lagi saya buat disebabkan saya ingin menukar plan tersebut..bolehkah saya menukar plan takaful saya?berapa lamakah proses menukar plan tersebut?.adakah ia memerlukan jangkamasa untuk menukar plan tersebut?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

terima kasih sudi bertanya dan syabas ingin bertakaful.

Soalan: Saya dapati plan tersebut tidak memenuhi kehendak saya.segala pembayaran dan ujian kesihatan belum lagi saya buat disebabkan saya ingin menukar plan tersebut..bolehkah saya menukar plan takaful saya?

Jawapan: Anonymous boleh tukar plan tersebut. Ejen akan buat cancellation plan yg sudah dibuat atau ejen akan amend certain benefits yg tak sesuai untuk kita.Jika cacellation plan dibuat, anonymous kena mencarum plan yg baru (sesuai dengan kehendak anonymous).

Soalan: berapa lamakah proses menukar plan tersebut?adakah ia memerlukan jangkamasa untuk menukar plan tersebut?

Jawapan: Guna system (prubsn mobility) dalam tempoh 3 hari bekerja jika apply plan baru. Jika amend dari plan yg sedia ada, akan ambil masa dalam 7 hari waktu bekerja.

Tapi anonymous perlu tahu, walaupun memohon plan baru atau amend benefits yg ada untuk sesuaikan kehendak kita, anonymous masih perlu buat medikal cehck up.

moga saya menjawab soalan anonymous.

Terima kasih

mbk\0192853910


Tarmizi Baik said...

Salam.

Saya nak bertanya. Adakah maklumat kesihatan pelanggan akan dikongsi dengan syarikat2 insurans yang lain. Sbg contoh maklumat rekod Kesihatan pelanggan prudential adakah boleh dilihat oleh syarikat insurans yg lain seperti AIA, Zurich etc...terima kasih.

Ratna said...

Assalammualaikum sis..
Sy register prubsn utk diri sy dan anak bln9 2017..dan sy hanya bayar 2bln sahaja..disebabkan ada masalah kewangan pada bulan12 sy tidak bayar sampai skrg..jika sy nak sambung bayar dan nak aktifkan balik waiting period..perlu ke sy mbayar tunggakan 5bulan sebelum ni? Tq sis..

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Tarmizi,

Terima kasih kerna sudi bertanya.

Maklumat kesihatan pelanggan TIDAK AKAN dikongsi dengan mana-mana syarikat takaful dan insurans kerana informasi pelanggan dan rekod pelanggan tertakluk dengan PDPA (personal data protection act). Semua maklumat peserta adalah sulit. Sebab itu, setiap kali pelanggan baru mahu mohon Takaful dan jika mereka pernah warded, syarikat takaful akan mohon medikal report. Jika peserta ini pernah warded dan pernah guna insurans company, contoh AIA, pihak syarikat Takaful yg baru masih lagi mohon peserta untuk medikal record dari pihak hospital. Tuan jangan khuatir, maklumat pelanggan tak akan dikongsi mana-mana atau tak boleh dilihat oleh mana-mana syarikat takaful dan insurans.

Maklumat pelanggan dikongsi bertujuan untuk marketing sahaja. Itupun diatas persetujuan peserta semasa apply takaful. Marketing ini hanya dikongsi dalam internal organisasi syarikat takaful tersebut sahaja. TIDAK AKAN dikongsi oleh external syarikat takaful.

moga jawapan saya ini memebri pencerahan yg sewajarnya.

mbk

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Ratna,

Soalan: Sy register prubsn utk diri sy dan anak bln9 2017..dan sy hanya bayar 2bln sahaja..disebabkan ada masalah kewangan pada bulan 12 sy tidak bayar sampai skrg..jika sy nak sambung bayar dan nak aktifkan balik waiting period..perlu ke sy mbayar tunggakan 5bulan sebelum ni?

Jawapan: Ya, puan perlu membayar tunggakan 5 bulan agar tidak lapsed cepat. Jika puan ingin aktifkan kembali, disarankan bayar 3 bulan tunggakan terlebih dahulu. Once dah aktif balik, puan boleh terus sambung bayar. Lagi 2 bulan saya sarankan puan buat bayaran penuh dua bulan atau pro rate tunggakan 2 bulan itu. Memandangkan sudah 5 bulan puan tak bayar, mohon pastikan polisi puan masih aktif atau lapsed. Jika lapsed, puan perlu bayar tunggakan 3 bulan dan setelah polisi sudah approved, akan ada tempoh bertenang puan kena tempoh yaitu 60 hari.

moga saya menjawab soalan puan.

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya nak tanya.saya ada ambil insurans takaful dan ingin membatalkannya. jika saya tidak membuat bayaran, berapa tempoh sehingga pembatalan tersebut?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Anonymous,

Soalan: jika saya tidak membuat bayaran, berapa tempoh sehingga pembatalan tersebut?

Jawapan: Tempoh pembatalan berlaku jika tidak membuat sebarang pembayaran dalam tempoh 12 bulan.

moga saya menjawab soalan anonymous

selamat berpuasa

mbk

Anonymous said...

assalamualaikum sis..mcm sy dpt pggilan telefon dri phak bank rakyat yg mngatakan dia menawar saya plan takaful etiqa dan kita blh jawab smasa col shja..jika letak maklumat akn dibuang dri sistem..jadi sy telah setuju dgn semua syaratnya..dan skrg sy ingin membatalkan sijil etiqa tersebut..macam mna ya?

Anonymous said...

Assalamualaikum Puan,

Sy Lya,sy ada medical card Prudential Bsn sejak apr 2014 dgn kadar RM 170.00..smlm jun 2018 sy dapati kadar bulanan caruman naik menjadi RM189.00...caruman anak sy RM 155.00 harga sama je..boleh sy tau adakah kenaikan harga caruman ni bukan untuk semua pencarum dan kenapa?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikummussalam,

Terima kasih puan Lya sudi baca blog saya.

Sebelum saya jawap soalan puan, perlu saya ceritakan sedikit konsep takaful. Takaful ada tabung tabarru'. Tabung nie adalah hasil dari sumbangan caruman peserta takaful (termasuk puan, anak dan saya). Jika seseorang memerlukan tuntutan, tabung ini akan peranan membayar claim kepada peserta takaful. Apa kaitan tabarru" dengan kenaikan harga caruman sijil?

Disebabkan kos rawatan dan facility hospital swasta naik disebabkan kenaikan inflasi perubatan, maka pihak syarikat takaful kena naikkan caruman pencarum.

Kenaikan harga caruman adalah untuk semua pencarum. Kenapa Caruman puan naik sedangkan caruman anak masih kekal? Ini kerana nilai tunai didalam akaun perlindungan cukup atau tak untuk menampung kos rawatan yang makin meningkat.

Untuk pengetahuan pihak puan, akaun didalam prubsn takaful ada dua. 1. akaun nilai tunai 2. akaun perlindungan. kenaikan caruman sijil puan kerna akaun perlindungan puan tak mencukupi untuk menampung kos rawatan yang akan datang. Sebab itu pihak takaful naikkan RM19 untuk sustain. Kenapa RM19 tue, ia adalah tugas aktuari. Manakala caruman anak puan tak naik kerna akaun perlindungan cukup untuk sustain dan cover kos rawatan.

Adakah kenaikan harga ini hanya melibatkan satu syarikat sahaja? Jawapannya TIDAK. Kebanyakan syarikat takaful dan insurans terlibat dengan kenaikan kos ini. Lambat atau cepat sahaja pihak mereka inform pelanggan masing-masing.

moga saya menjawab soalan puan.

mbk\0192853910

Unknown said...

Assalamualaikum.. Saya mahu bertanya.. Saya ada buat acc maybank haritu.. Sekali insurance takaful yg rm20.50.. Nak dkt sebulan dah.. Semalam saya batalkan insurance tu.. Bila batalkan ada dikenakan caj ke? Sbb duit saya berkurangan..

akok is a person not a kuih said...

Waalaikummussalam,

Terima kasih sudi baca blog saya.

Depends pada intitusi kewangan untuk charge atau tidak jika kita surrender polisi. Kalau syarikat takaful atau insurans sendiri, TAK ADA charge dikenakan kalau nak surrender. Jika bank, kemungkinan ada charge. Processing charge mungkin di kenakan untuk insurans bank.

Moga saya menjawab soalan tuan.

mbk
cheers