Tuesday, April 30, 2013

Takaful OH! Takaful


Salam,


Semasa aku tgh sakit kepala nak pikir tulis apa dalam belog nie,  member lak datang, nama dia teh, terbantut angan2 aku. Dia baru abis berlatih berLARI, insyallah kalau sentiasa diamalkan boleh ganti raja pecut si Bolt tue.

Aku:- aku ingat aku taknak jadi lecturer lagi la
Teh :- lor, kenapa taknak jadi lak, abis tu ko nak jadi aper?
Aku:- aku ingatkan aku nak jadi agen takaful la, Full time.
Teh:- biar betul ko.
Aku:- betul la, lagipun dengan takaful ni, aku dapat kepuasan la, coz dapat tolong orang waktu dia dalam kesusahan, ko mesti masuk biler dah kerja nanti tau, walaupun bukan dengan aku.
Teh:- aku memang nak masuk pun, aku tahu kepentingan takaful ni.
Aku:- bagus2, nanti aku cerita tentang takaful ni yer.

Tgh syok2 sembang, datang lak member aku sorang lagi nama dia Orange

Orange:- takaful ni makan duit kita jer, kita juga yang rugi, bukan dapat aper2 pun.
Aku:- tersenyap ( malas nak cakap sebenarnya)
Teh:- hahahhahaha (gelak lak mamat ni)

Kesimpulan
1. Dalam perbualan ini, kita dapat saksikan masyarakat kita memandang negative akan takaful/insuran ni, maybe kepada agen itu sendiri.

2. Menjadi tugas kita untuk menasihati mereka betapa pentingnya takaful ini sebagai salah satu item yang patut ada di dalam pengurusan kewangan anda
.
3. Anda sayang tak kereta BMW X5 anda(sebagai contoh), mesti la sayang bukan, mahal kan. Balik Malaysia nanti mesti anda kena beli roadtax bukan, dan nak buat road tax, kene ada insuran bukan. Kalau anda berfikiran negative, anda mesti akan kata, rugi la ambil insuran ni, tapi terpaksa ambil juga kan coz nak buat road tax.

4. Nak di pendekkan cerita, 2 minggu lepas itu, kereta BMW X5 anda hilang, mat gian maner tah rembat. Tapi nasib baik insuran ada, maka dapat la RM150K (sekiranya cover anda sebanyak itu). Time tu saya rasa, anda mesti bersyukur kerana ambil insuran bukan.

5. Katakan lah anda tak ambil insuran kereta itu, alamatnya, duit lebur, naik bas mini jer la pergi kerja.. emm ada lagi ker bas mini pink tu kat KL.

6. Nyawa, kesihatan juga penting, macam kereta kita itu, mungkin lagi penting, sekiranya kita adalah ketua keluarga, nak tanggung anak2, bini2, ibu bapa.

7. Kalau kita tiada didunia ini, sapa lah nak tanggung mereka, kesiankan terkontang kanting.

8. Itu kalau kita mati lah, kalau kita lumpuh, dah la menyusahkan keluarga, anak bini mak bapak. Dimasa itu anda akan berdoa kepada allah agar ditarik nyawa kita kerana tidak sanggup melihat penderitaan anak bini kita mennanggung kita yang tidak ada upaya ini. fikir2 lah yer. adakah time itu anda akan kata, kalaulah aku ambil takaful, tentu tak jadi begini.

9. Mungkin kata2 saya ini kasar pada sesetengah orang, tapi ketahuilah, saya hanya ingin membantu bukan kerana wang komisyen.

10. kalau benci saya, jangan lah ambil takaful dengan saya, ambil lah dengan orang lain. Anda perlukannya satu hari nanti.

11. Satu hari nanti, anda akan tahu betapa ia menolong anda sekiranya anda ditimpa kesusahan dan bencana, Insyallah.

12. Akhir sekali, selepas berusaha(takaful),Jangan lupa berdoa kepada Allah agar di beri umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk beribadah dan berbakti kepada agama,bangsa dan Negara.

ps:// Hmmmm... fikir-fikirlah sejenak. Kaum lain ambik Takaful bukan satu,, tapi dua tiga.. Mereka tahu kelebihan Takaful. Teringat pulak perbualan antara lelaki cina dengan agent takaful.

Oh! Agent Takaful

“Kerja buat org takut! Buat org ingat mati! Barulah bisnes boleh jalan! Hahahah…” 
 


Itulah lawak seorang sahabat bila tanya aku apa bisnes aku sekarang. Setepek aku kena dengan kawan aku ni tetapi aku tau dia bergurau, dan aku pun tergelak juga. Malah aku rasa  betul juga cakap member aku tu, tapi dari satu sudutlah.

Yelah bila dekat dengan org takaful insuran yang komited mesti cakap pasal mati, pasal kemalangan, pasal sakit kritikal dan macam-macam lagi perkara yang merisaukan dan membimbangkan. Habis semua ejen akan tanya berkaitan bagaimana cara hidup kita, bagaimana environment kerja kita, bagaimana kesihatan orang tua kita, adik-beradik, bagaimana kejiranan kita dan macam-macam lagi soalan. Malah mereka juga bersungguh-sungguh bercerita tentang pengalaman orang lain siap bawak keluar semua sample-sample claim, semua artikel-artikel berkaitan pampasan kemalangan, pampasan kematian, ditambah gambar-gambar yang terang dan jelas bagi meyakinkan bakal pelanggan bagaimana keadaan bila berlakunya musibah. Sesi ini dipanggil FACT FINDING bagi menilai keperluan prospek. Pada ketika itu pasti semua akan rasa gerun dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh ejen. Semua akan terfikir apa akan berlaku dimasa hadapan. Semua mereka-mereka yang tersayang bagai terbayang-bayang dihadapan mata. Semua akan datang perasaan insaf dan bertanggungjawab.

Sebenarnya…

Tetapi sebenarnya tugas agen takaful insuran ni bukanlah untuk menakut-nakutkan orang, bukan juga menghasut bakal pelanggan untuk membeli, jauh memaksa untuk mengambil insuran tetapi lebih kepada memberi peringatan kepada bakal pelanggan tentang persediaan yang perlu dibuat terhadap musibah yang mungkin tiba bila-bila masa.

  • Adakah kita yakin diri kita akan sihat sentiasa? Walaupun hari-hari kita bersenam dan mengamalkan diet yang sihat?
  • Adakah diri kita yakin diri kita tidak akan ditimpa kemalangan? Walau pun dirumah? Walaupun sedang tidur?
  • Adakah kita yakin syarikat kita akan terus menanggung kita walaupun kita sudah tidak mampu memberi sumbangan dan pulangan yang lumayan untuk syarikat?
  • Adakah kita pasti investment kita cukup dan selamat dengan ekonomi sekarang bagi menanggung kos rawatan kita?
  • Adalah simpanan anda cukup untuk menanggung kos perubatan anda? Bagaimana perbelanjaan harian untuk seisi keluarga?
  • Anda yakin jika anda mati nanti, nyawa anda ditarik oleh Malaikatul Maut begitu sahaja tanpa perlu dirawat dihospital, atau dirumah oleh keluarga?
  • Adakah anda berpuas hati terhadap servis hospital kerajaan? Sanggup tunggu que atau memang kaki potong que?

Jadi apakah jawapan anda? Jika TIDAK, ini bermakna anda percaya pada Qada dan Qadar dan anda memang memerlukan takaful insuran! Sebab apa saya kata begitu sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku dimasa hadapan.Tiada seorang pun yang boleh menentukan apa yang berlaku dimasa hadapan. Kita cuma boleh berusaha merancang sahaja dan tawakkal kepadaNya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. - Riwayat Ibn an-Najjar
Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang -
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).
Jadi semua kena ambil takaful atau insuran lah?

Tak jugak. Jika anda betul2 sekaya BILL GATES(Pemilik Microsoft), atau Mark Zuckerberg (Pemilik Facebook) mungkin anda tak perlu mengambil takaful insuran. Sebabnya anda terlebih mampu membiayai kos rawatan tanpa mengurangkan sedikit pun kekayaan sedia ada, malah mereka mampu memiliki hospital dengan kekayaan sendiri daripada perniagaan mereka tanpa mengganggu harta-harta yang boleh diwariskan entah berapa keturunan.

Selain daripada kaya macam mereka, mungkin anda ada allocate sendiri simpanan perubatan yang tetap untuk masa hadapan. Jika ada, anda mungkin 1 dalam 1 juta yang berbuat demikian. Sebab kebanyakannya tahu jika mereka menyimpan sendiri pasti akan mengambil masa untuk sampai satu amaun perubatan yang baik. Sebagai contoh anda menabung RM200 sebulan dalam akaun anda untuk simpanan perubatan. Setahun baru RM2400, 10 tahun RM24000, kalau nak dapat RM100,000? Anda memerlukan 41 tahun 6 bulan!!! Itu jika anda hidup selama itu! Jika anda perlukan wang itu esok??? Bagaimana? Tetapi umumnya tidak pernah saya dengar orang ada simpanan perubatan sendiri. Kebanyakannya menyimpan untuk kegunaan hal-hal lain seperti kereta, rumah, haji dan sebagainya.

Atau mungkin anda ditanggung oleh syarikat anda bekerja seumur hidup, tak kira anda masih sihat dan produktif atau pun anda telah lumpuh kekal. Kalau ada syarikat macam ini memang hebat. Setahu saya kalau kerja gomen adalah pakej sebegini. Selain itu jangan harap. Sampai masa pencen, babai!!! Inikan pula anda yang baru berumur 25 tahun, tetapi jatuh sakit yang tidak membenarkan anda bekerja, paling kuat dapat pampasan sedikit dan terminate lah.

Sebab itu tidak semestinya anda ambil takaful insuran jika anda sudah merancang awal-awal. Sebab anda mampu menanggung kos rawatan perubatan nanti tanpa menyusahkan sesiapa. Jika anda kategori ini, memang tak perlu ambil.

Hakikatnya?…

Hakikat sebenarnya, orang kaya pun ramai ambil insuran. Adakah kerana mereka tak mampu bayar bil? Adakah kerana mereka takut sakit? Ini kerana mereka tahu, KOS PERUBATAN SEMAKIN TINGGI. Mereka juga tahu, Takaful Insuran mampu meringankan bebanan mereka nanti. Takaful Insuran merupakan pilihan bagi melindungi simpanan mereka. Ini kerana insuran dan takaful sebenarnya bukanlah melindungi diri pelanggan, tetapi melindungi simpanan pelanggan melalui pengalihan  musibah yang menimpa. Ini baru betul orang panggil yang kaya semakin kaya. Bukan kaya sebab bertambah duit, kaya sebab pandai melindungi duit!

Kereta anda juga, mesti ada insuran. Daftar kereta, renew roadtax semua ada insuran. Adakah insuran itu akan melindungi anda? Tidak. Ia melindungi POKET anda. Bila eksiden, bukan tuannya yang direpair ditouchup, tapi kereta ye. Tuannya duduklah hospital, tunggu bil sampai!

Alah… aku pun ada kenalan yang rumahnya diinsurankan 3 JUTA. Apa ada hal. heheheh.

Kesimpulannya…
Nabi pernah bersabda, “Rebut lah 5 perkara sebelum tiba 5 perkara,
Sihat sebelum sakitMuda sebelum tua.Kaya sebelum miskin.Lapang sebelum sempit.Hidup sebelum mati.
Jadi sebenarnya kita semua tahu tentang sakit, kita semua tahu kedatangan mati. Cuma kita selalu letakkan tentang kematian dan kesakitan itu jauh-jauh dari dari minda kita umpamanya ia tidak akan datang. Kita tahu kematian itu boleh datang mengejut, atau boleh datang selepas susulan berbulan2 dirumah atau hospital. Cuma kita selalu menafikannya dan mengambil mudah. Kita jarang fikirkan tentangnya dalam-dalam, sehinggalah tiba masanyaaaaaaaaaaaaaaaa…..

Oleh itu, jelas agen takaful insuran ni sebenarnya bukanlah menakut-nakutkan orang. Tugas agen takaful ini seperti ahli jemaah tabligh, yang datang menyampaikan dan berkongsi peringatan yang baik agak kita lebih bersedia. Mati atau sakit itu pasti dan datangnya bila-bila. Adakah anda bersedia?

Tugas agen takaful ini seperti ahli jemaah tabligh, yang datang menyampaikan dan berkongsi peringatan yang baik untuk diri sendiri dan orang lain agar lebih bersedia.

Sebab itulah bila ejen-ejen ini sampai, kita rasa sedikit terganggu dengan kehadiran mereka seolah-olah mereka membawa suatu mesej yang tidak mungkin berlaku kepada diri kita sedangkan ia adalah kenyataan. Seolah-olah kita cuba menipu diri sendiri. Ye tak?

Fikir-fikirkanlah. Kita kena terus berdiri untuk terus bersedia dan berjuang sama ada untuk diri sendiri atau mereka-mereka yang terdekat dengan kita.
 “Tinggalkan anak dan isteri didalam keadaan berada, lebih baik dari tinggalkan mereka didalam keadaan meminta minta” - Hadith riwayat Bukhari
“Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah tanggungan kamu” – Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwaraga manusia” - Hadith riwayat Ibnu Majah
Semoga kita mengubah persepsi kita terhadap takaful insuran.

Sebenarnya aku ingin berterima kasih pada brother Ghazali pasal artikel nya yang canggih dan power nie. Thanks bro.... http://www.ghazalitajuddin.com/general/agent-takaful-insuran/

Ps:// Takaful agent bukan nya lalat atau lipas atau sekutu dengan nya. Macam video nie. jom tengok.

Monday, April 29, 2013

Adakah rokok elektronik selamat?


Baru2 ni isu rokok elektronik ni jadi debat besar jugak. 


Adakah vaping/rokok elektronik selamat? 

1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.

2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai - bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).

3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.

4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”

5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”

Bahan Rujukan
http://www.youtube.com/watch?v=x_MAOyU3ybk
http://phys.org/news/2010-12-evidence-e-cigs-safer-cigarettes.html
http://www.reuters.com/article/2012/08/25/us-heart-ecigarettes-idUSBRE87O05Y20120825
http://www.aaphp.org/Resources/Documents/20100207FDAPetition2.pdf
https://www.facebook.com/papadontsmoke

PS:// Di borang application form tiada dimasukkan jenis merokok. Akan tetapi, since client ader suka berasap jadi dragon, suka client dinasihatkan declare jugak ader makan asap nie tak kiralah shisha ker vaper ker e-cigar ker.. asalkan benda nie kuar asap dan kekerapan menghisap.. Eeewwwwwww... Aku benci berasap-asap nie. Tak kiralah bahaya ker idak stillllll bahaya tauuu!!!!

[PELIK/MISTERI] Penggal adik kerana insurans


Taipei: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki membunuh adik perempuannya dan kemudian meletakkan kepala mangsa yang telah ‘dijeruk’ di sebuah tandas awam.
Chen Chia-fu, 37, dipercayai membunuh adiknya itu kerana mahu menuntut bayaran insurans.

Laporan media tempatan merujuk kejadian itu sebagai ‘kes kepala jeruk’ kerana kepala mangsa ditemui dalam bungkusan plastik dengan disapu beberapa lapisan garam. Setakat ini, hanya kepala mangsa saja ditemui.

Wanita berusia 36 tahun itu dilapor hilang sejak Disember lalu. Polis berjaya membongkar kes berkenaan selepas menerima nota mengenai lokasi mayat mangsa. Nota itu yang didakwa mirip gaya tulisan Chen juga meminta polis mengebumikan mangsa secara sempurna.

Rakaman kamera pengawasan menunjukkan Chen membawa beberapa beg mengandungi objek yang tidak dapat dikenal pasti. Dia juga membeli sekurang-kurangnya empat polisi insurans untuk adiknya yang akan membolehkan dia memperoleh sejumlah besar wang jika wanita itu mati. Chen yang ditangkap semalam menafikan tuduhan membunuh. Bahagian lain mayat mangsa dan senjata yang digunakan untuk membunuh masih belum ditemui. - Daily Mail
sumber : mymetro

ps:// macam macam hal..... Kat sini susah pulak org nak ambik insurans. Agent datang terus cabut laarriiiiii............

Info Takaful: Fakta accident di Malaysia


1. Kemalangan adalah punca ke-3 utama kemasukan ke hospital di Malaysia - (Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia 2010)

2. Setiap 9 minit, terdapat seseorang yang tercedera dalam kemalangan di negara ini - Jabatan Keselamatan Jalan Raya 2010

3. Seramai 217 pekerja mengalami kecederaan semasa bekerja setiap hari & ramai darinya memerlukan rawatan hospital -Perkeso 2009


Wednesday, April 24, 2013

Y NOT NOW? Y LATER cik kiahh ooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

Salam,

Dah lamer bebenor aku tak menulis belog nie.. lebih lebih lagi dok demam dengan pilihanraya nie hahhhh.. Aku rasa bukan aku sorang jer yang demam, seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pun demam. Ok.. kat sini bukan aku nak citer pasal pihanraya wokkeeeyyyy.. aku nak citer pasak Takaful lahh nokssss... Kawan aku yg juga agent ader buat commercial pasal Takaful nie.. ayat power yang tersentap di hati adalah Y not now? Y Later? Saper boleh jawab soklan tue? Cuba korang dengar kisah cik kiah cute nie.. (mentang-mentanglah bergwiyomi) huh!!!!!!



Kisah cik kiah cute nie dok bercita-cita besar nak ambik Takaful. Tapi dok tengah pikir-pikir lagi sambil bergwiyomi depan web can.. (apa kemender lah cik kiah nie). So.. lepas dier dok buat muka cute tue aku pun tunjuk graf ajaib aku. Huh! lepas nie nak tak dier bergwiyomi lagi... Cuba korang tengok.. umur cik kiah sekarang 28 tahun. Kalu dier ambik Takaful sekarang, apa akan jadi????

Gambar kat atas nie adalah cara hidup cik kiah. Dari umur dier 28 tahun hingga 32 tahun. Kan Cik Kiah dok pikir-pikir nak ambik ke idak sambil bergwiyomi... So..saya katakan kenapa tak ambik sekarang cik kiah? Kalau cik kiah ambik sekarang, Cik Kiah tak rugi kerana Cik Kiah sudah dilindungi awal-awal lagi. Cuba Cik Kiah tengok gambar kat bawah. 

Haaaaaahhhhhh.. Kalau Cik Kiah ambik sekarang Takaful, simpanan bulanan tak lah mahal sangat.. hanya RM100 jerrrrr... .. Jika Cik Kiah pikir nak ambik biler umur 30+++, cuba tengok apa kan jadi...

Jika Cik Kiah ambik biler umur 32 tahun, simpanan bulanan akan jadi mahal.. Sebab apa? sebab umur kiter yg sudah berusia.. jika ke arah kertu (ke tua) nie.. memanglah mahal.. lebih-lebih lagi kiter nie pompuan cik kiahhh oooiiiiii. Bukan nak rasis atau seksis ker apa ker.. itu hakikat.. Pasal org pompuan nie banyak benda kena jaga. Tak gitewww!!!! Huh.. satu lagi.. adakah cik kiah setuju yg kehidupan kiter nie ader pasang surut nya... (Cik Kiah angguk)...

Huh!! Cuba Cik Kiah tengok gambar kat atas. cantik tak bentuk Love tue? tue bukan maksud cinta hokkeeeyyy .. tue maksudnya some wrong somewhere. Sepanjang kita bernafas dimuyka bumi nie... ngan tetiba, adusss sakit jantung ku.. Bile check ngan doktor, doktor said "i'm sorry.. u have heart attack"... jeng jeng jeng jeng ....... Cukup tak duit simpanan kiter cik kiah oooiiiii? Nak harapkan company... hmmmmmmm.. beraper lamer lah dierorg nak simpan kita.. 

Tuelah.. kalu kiter ambik Takaful laaaa nie... kan baguih.. Kalau benda musibah nie datang, Takaful boleh tolong kita.. dengan tolong membayar kos rawatan FREE.. dapat elaun spital lagi (boleh tido di spital dengan senyum), dapat pampasan penyakit krtikal .. Lump sum.. dan dapat elaun tahunan. Saper nak bagi nie cik kiahhhh ??????

(Cik Kiah pun stop bergwiyomi dan terus sign borang Takaful)...


PS:// cik kiah dan org dalam you tube tiada kena mengena..... 

Wednesday, April 3, 2013

Malaysia memilih BN vs Pakatan...........

Salam,

Alhamdulillah.. setelah lamer jenguh menunggu bak bulan jatuh ke riba.. bak pungguk rindukan bulan.. maka hari yang dinantikan pun tiba. Ibu segala raya... Pilihanraya ... maka hari nie PM kita pun isytiharkanlahhhhh pembubaran Parlimen...


Opssss!! Laki bini jangan gaduh bab nak memilih tue.....




ps:// hohohoohhoho.. nasib baik PM kita bubar hari nie.. kalu bubar akhir bulan April, sianlah adik aku.. Kena postponed kawin. Tue pun dah pening takut kena bubar kawin.. siannnnnnnnnn

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...