Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

CPMBKreaders

Wednesday, August 29, 2018

Suatu malam di KFC Rawang

27.08.2018- KFC Rawang

Pertama kali dapat appointment dengan bukan melayu. Bakal klien saya nie seorang wanita yang berumur 23 tahun. Masih muda. Tapi, pada malam appointment itu, saya jumpa adiknya. Pun masih muda. Bagus adiknya datang mewakili kakaknya kerna kakaknya masih belum pulang dari kerja. Kerna waktu pun dah agak lewat, saya cuma terangkan manfaat kad perubatan pada adiknya.  Keinginan nak mencarum kad perubatan kerna dirinya sering tak sihat. Dan tempat kerja hanya  cover SOCSO sahaja.

Apa yang saya pelajari dari kisah ini:-
1.  Lumrah manusia pabila dilanda krisis contohnya ditimpa sakit, baru nak mencari jalan bagaimana nak cover kos rawatan ditempat yang selesa dan cepat dapat rawatan
2. Pihak takaful tak akan cover penyakit sedia ada. Kalau ingin memohon takaful, mohon declare penyakit sedia ada untuk elak dari Non Disclosure isu.
3. Saya kagum dengan tanggung jawab seorang adik yang ambil berat akan kakaknya. Sanggup wakili kakak untuk datang dengar manfaat kad perubatan.
4. Semasa saya menunggu klien saya sampai, saya sempat perhatikan gelagat manusia. Kebanyakan yang datang ke KFC adalah yang punyai keluarga dan remaja (pelajar sekolah). Apa yang menarik hati saya, setiap kali satu keluarga datang, anak lelaki atau ayah akan membaca doa makan. Saya tersenyum sendiri. Alhamdulillah, ada keberkatan setiap rezeki Allah kurniakan.

Oh ya. Bila saya tanya, macam Mana dapat no handphone akak? Dia jawab melalui blog akak.

Blog? 😊😀

www.akupenjualinsurans.blogspot.com

Selamat Pagi 🌻 semua. Moga tak bosan coretan pagi ini.

Disclaimer: Saya izinkan sesiapa nak share atau copy paste. Mohon kongsi jika anda rasa status ini bermanfaat. Moga kita dapat sebarkan ilmu Takaful untuk semua.

#celiktakaful
#takaful
#cpmbk

Saturday, August 25, 2018

Saya minat..... Tapi nak tanya isteri.....

"Saya minat dengan Hibah Takaful RM500,000 ni. Tapi, saya nak tanya isteri saya dulu."

Eh, hibah ni adalah hadiah awk kepada isteri. Takkan awak nak tanya, "Abang nak bagi hadiah kat sayang ni. Boleh tak?".

Apatah lagi kalau isteri awak tu seorang surirumah. Tak bekerjaya. Takkan awak tak nak bagi dia apa-apa hadiah? kan?

Isteri nak kerja awak tak benarkan, simpanan tak tolong buatkan, rumah tak belikan, hibah tak buatkan, kesian kat isteri tu.

Isteri, anda pujuk suami buat Hibah tu bukan bermakna anda mata duitan, tapi duit tu nanti nak guna untuk besarkan anak- anak anda juga!

Isteri, bila anda suruh suami buat Hibah tu tak bermakna anda suka suami anda mati. Dia pasti mati, itu realiti. Mati itu Pasti. semua kita akan mati.

Anda dah ready?

#takaful
#hibah
#TabungWanita
#cpmbk


Mak... Saya nak mak carumkan Saya takaful infant . Bisik hati kecil anak


Just nak beritahu pada bakal mama dan bakal ayah. Sekarang dah ada Takaful infant. Baby dalam kandungan seawal usia 14 minggu dah boleh ambik takaful. Apa tue takaful infant? Takaful infant nie ditawarkan manfaat penyakit koginental yg mana kalau tengok semua takaful operator tak akan cover penyakit konginental Nie. Kalau baby dapat neonatal jaundice takaful infant akan beri allowance. Paling maksimum rm1000. Masuk icu atau hdu pun ada allowance. Cover pulak penyakit berjangkit macam HFMD tue. Kalau nak kad perubatan boleh tak? Boleh... Apply sahaja.

Tue saja kita nak citer. Moga dibuka pintu hati mama dan ayah sekalian untuk mencarum takaful infant nie. Kan bagus kecik-kecik dah ada takaful.

http:/www.wasap.my/+60192853910

#takafulinfant
#impian
#cpmbk
#Tabunganak
#TabungWanita




Thursday, August 23, 2018

Kalau penyakit jiwa nie Takaful cover Tak?

[Disclaimer di bawah]

Dalam satu group WhatsApp kami, ada satu soalan berkenaan dengan satu penyakit ni. Nama penyakit tu ialah Schizophrenia.

"Schizophrenia is a chronic and severe mental disorder that affects how a person thinks, feels, and behaves. People with schizophrenia may seem like they have lost touch with reality."
- www.nimh.nih.gov/health/topics/schizophrenia/index.shtml

Gitu. Lost touch with reality katanya. Tiba-tiba teringat satu cerita tahun 1999, Girl, Interrupted - cerita tentang orang sakit mental. I pun nyaris-nyaris mental tengok cerita tu. Hihihi.

Menjawab persoalan dalam group WA tersebut, jika orang yang dilindungi mempunyai medical card dan kena penyakit Schizophrenia, sorry to say, tak cover sebab ada tertulis dalam pengecualian medical card:

"Kami tidak akan membayar apa-apa kemasukan ke hospital atau pembedahan Orang Dilindungi atau caj-caj yang disebabkan secara langsung atau secara tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagiannya yang disebabkan oleh mana-mana satu (1) daripada yang berikut:

Psikiatrik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyakit nyanyuk (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya)."

See... Kalau mana-mana agent yang you jumpa, cakap semua penyakit boleh guna medical card, you pukul dia sampai dia jadi gila. (Gurau je).

Nak tahu apa lagi pengecualian-pengecualian untuk medical card?
Contact lah saya. Happy to help.

#mbk
019-2853910

[Disclaimer: Cover atau tidak bukanlah keputusan seseorang agent. Masih subject to Claims Department. Kalau mengikut sijil dokumen, begitulah ceritanya.]

Kredit: Hafizal Ahmad.

Monday, August 20, 2018

"Kalau tak tahu #Hibah itu apa, Tanya. Jangan sebab kau benci insurans, kau terus melulu kata TAKNAK" #Hibah #protection -if you love your family, please do-


INSURANS/TAKAFUL ni nampak je remeh tapi hakikatnya ia akan bantu wife kita suatu hari nanti! Kajian menunjukkan suami akan mati dulu dan korang nak tak bila mati tinggalkan beratus ribu kat wife? nanti duit tu boleh buat bayar hutang menimbun tu, belanja anak2 sekolah dan buat badal haji..

Kalau korang kata.. "Aah biarlah.. pandai2 dia hidup dgn anak2".. maknanya hang memang zalim, elok takyah kawen.. duk je membujang sampai tua.. senang beb!

Suami yang bijak adalah suami yang tinggalkan Takaful untuk familinya.. hanya serendah RM100 sebulan.. mahal ke murah?

C&p

#takafulejen
#cpmbk
#takaful
#hibah
#TabungWanita

P/S: Sapa nak free quotation.. pm ok😘







Thursday, August 9, 2018

1st Anniversary pembedahan sista ovari


------------------------------------------------------------------
Tanggal 30 hb Julai 2017, adalah hari bersejarah buat saya kerana saya perlu menjalani pembedahan buang sista ovari kiri dan kanan (pulun habis) dengan cara laporostomy. Diameter sebelah kanan 3 cm (2 biji sista). Manakala sebelah kiri 7 cm. Hasil sista yang telah dikeluarkan dan dicuci seperti gambar dibawah. Menakutkan bukan!! Macam mana boleh terjadinya sista? Wallahua'lam. Rata-rata Dr tak dapat nak jelaskan bagaimana ia boleh berlaku. Akan tetapi faktor pemakanan, persekitaran (stress management), baka keturunan yang pernah ada sista, kurang bersenam menjadi sebab sista berlaku. Oh ya... Komplikasi akibat endometriosis, cyst boleh berlaku. Jenis cyst saya adalah endometriomas cyst (cokelat cyst).

Bukan senang nak jadi wanita. Banyak perkara perlu dijaga terutama kesihatan. Dengan gaya dan cara kehidupan serba maju dan pantas nie, kenalah pandai mengatur cara kehidupan yang lebih baik.

Saya sekarang nie amalkan Makanan Sunnah seperti makan extra virgin olive oil, makan madu, dan aprikot seed. Pantang makan fast food, perasa tambahan dan warna, jajan, gula (tak ambik langsung), garam, makan berminyak, dan nasi putih. Saya dah setahun makan nasi beras perang, ayam kampung bakar dan sayur rebus. Sebab tue berat saya senang turun. Happy berat turun tapi dah tak boleh makan sebarangan. Banyak kena sabar. Orang yang ada cyst atau endometriosis nie kena banyak pantang. Kalau terliur sangat tue, hanya bole makan pada-pada sahaja.

2 minggu sebelum Ramadhan, sista saya naik balik 4.2 cm. Dr suntik Lucrin Depot untuk kecutkan cyst dan hentikan period saya selama 3 bulan ( kesan ubat in boleh extend ke 6 bulan tiada period). Ada side effect lucrin nie. Salah satu adalah badan jadi panas.

Nasihat saya #cpmbk:
1. Ketika sihat, ambillah kad perubatan. Kerana kad perubatan nie dapat tolong kita ketika kita  betul-betul memerlukan nya. Saya didiagnose sista nie hanya seminggu. Hari ke 8 terus dimasukkan dalam hospital KPJ Ampang Puteri dan menjalani pembedahan. Kerana ada kad perubatan, saya tak perlu tunggu. Sebelum tue, saya ada jumpa Dr di klinik family kebetulan Dr itu adalah Dr Gynea di Hospital Ampang. Dr tue siap kata, kes macam saya nie pun kena tunggu sebulan untuk dapatkan slot untuk pembedahan. Bila sista melebihi 5 cm, risiko untuk meletup dan twisted tiub fallopio cukup tinggi. Adakah anda sanggup tunggu dan menanggung sebarang risiko?
2. Takaful cover rawatan susulan antara 90 hari rawatan. Tahukah anda ubat lucrin Depot cukup mahal? Dalam anggaran RM1,400 - RM2,000 ++. Alhamdulillah, kad perubatan cover suntikan ini. Kalau tak... Bye bye duit saving. Huhuhu
3. Saya dapat jumpa direct Dr pakar tanpa menghadap MO terlebih dahulu. Saya terus pi klinik Dr pakar. Bill jumpa, soalan pertama yang akan ditanya selepas consultant adalah ada takaful atau tak? Even Dr klinik family pun ada tanya, ada takaful atau tak. Dr tue siap rekomen pi hospital swasta kerana kes saya nie tak boleh tangguh lama-lama.

Harapnya bila anda baca kisah saya nie, moga diberi hidayah dan dibukakan pintu hati untuk ambil takaful. Saya sudah mencarum 5 tahun takaful. Terima kasih Abah , kerna perkenalkan takaful pada saya. # abahsayabukanejentakaful. Ada peluang, saya nak ambik kad perubatan yang ke dua. Inflasi perubatan Makin tinggi, penyakit pun makin canggih. Kita tak tahu masa depan macam mana.

Nota #cpmbk: sista = cyst

#takaful
#hibah
#TabunhWanita
#Tabungbayi
#cpmbk
#planpenggantiangaji
#protection


Sunday, August 5, 2018

"Baru saya tahu kepentingan insurance"



Kesedaran anak muda. Mmg bagus. Mula2 tak nak ambik, mak ayah paksa ambik.Kenapa?

Sebab mak ayah tahu, kalau masok spital bil bukan murah dan belum tentu mampu bayar, so...jgn menyusahkan mak bapak la senang cite, ayat mudah paham nye kan.

Statement adik ni, perempuan suka shopping, bil hospital tak boleh bayar. Bukan saya kata, dia kata. Dan bkn pompuan je lelaki pn sama.Ade betulnye tu...jgn gaya je mantop masuk spital pon kene mantop juga. Masuk hospital swasta..baru mantop kene dgn gaya.

#Takaful
#hibah
#Takafuluntukwanita
#Takafulcoverbayis14minggusejakdalamkandunganibu
#cpmbk
#celiktakaful

Edisi pesanan untuk Wanita: Jika kitaran haid terganggu mohon jumpa Dr dengan segera.

Bukan senang nak jadi sebagai seorang wanita. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Salah satunya apabila datang bulan. Take note ya .. wanita diluar sana. Kalau ada masalah dengan kitaran haid terus jumpa Dr. Jangan dok pulun supplement ntah apa-apa ntah. Makin teruk ada lah. Dan satu lagi nak pesan, kita sebagai wanita WAJIB ada takaful kesihatan (Kad perubatan )@ takaful khusus untuk wanita sebagai back up plan kita. Kita tak tahu apa yang akan berlaku kemudian nanti. Dengan adanya takaful sebagai tabung perlindungan dapat membantu kita bayarkan kos rawatan dan tolong ringankan beban kewangan akibat sakit kita tue.

Ni nak cite. Kisah saya sendiri. Siapa sangka..  Saya akan didiagnose severe endometriosis tahun lepas. Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Tapi alhamdulillah.. kad perubatan cover kos rawatan saya. Jumlah kos rawatan perubatan adalah RM17,000. Itupun tengok kes. Ada yang mencecah RM20,000 ke atas. Sekarang nie kena belanja berpada-pada kerana kena allocate duit untuk beli makanan sunnah (rawatan alternative) , ubat kalsium dan Omega fish oil. Moga dipermudahkan segala urusan. Amin.

#Takafuluntukwanita
#Takaful
#hibah
#Tabungwanita
#Takafulinfant
#Takafulcoverbayisejak14minggudalamkandunganibu
#cpmbk
#celiktakaful


BAYAR SIKIT TAPI DAPAT BANYAK? TIPU KE APE NI??


-----------------------------------------------------------

Saje nak share ttg Takaful/ Insurans yg MENIPU.. Takkan bayar SEDIKIT dapat BANYAK mcm ni.. Tak mgkn..

Alhamdulillah sekarang ramai antara kita yang dah ada kesedaran akan kepentingan insurans.. Tak kurang juga yg masih belum ada kesedaran..

Untuk agent baru.. Bila ada yang reject anda, mereka bukan reject anda.. Mereka mungkin tidak memahami atau hati mereka belum terbuka.. Yang PENTING buat kerja kita dengan AMANAH dan berkongsi lah dari HATI kita..

Ramai yang viralkan insurans itu MENIPU?? Atau mereka TERTIPU???.. Ketahuilah, setiap MANFAAT yang dijanjikan.. Tertera HITAM dan PUTIH cuma kita perlu memahami apa HAK kita sebagai client dan pengguna.. Kita sebagai agent pula, jalankanlah TUGAS dgn AMANAH..

PruBSN dan mana2 syarikat akan cover apa yang tertera sepertimana dlm polisi dokumen.. Takaful ialah AKAD dan PERSETUJUAN bersama antara peserta-peserta untuk menanggung RISIKO bersama-sama.. AMANAH yang dipikul.. Jadi setiap info peserta perlu TELUS drpd AWAL menandatangi borang cadangan supaya tidak akan berlaku sebarang MASALAH claim.. Ramai nak syarikat faham keadaan mereka tapi ramai jg tak nak memahami keadaan syarikat atas RISIKO yang ditanggung.. Keadilan dan amanah yang dijaga untuk semua peserta takaful..

Kisah realiti.. Death claim..
••••••••••••••••••••••••

Arwah telah mencarum selama 2 tahun atas kesedaran dan memerlukan perlindungan kerana bekerja sendiri.. Pada tahun ke 3,  beliau telah upgrade polisi dan antara benefitnya..

Pampasan Sejuta - sekiranya berlaku kematian@TPD..
Pampasan 360K - sekiranya berlaku Critical Illness..
Medical Card - Lifetime Limit 750K..
Payor/ Contributor - FREE once diagnose critical illness..

Takdir Allah, arwah mendapati perut beliau tidak surut selepas melahirkan anaknya yang ke 3.. Lalu menjalani MRI dan doktor mendapati beliau CANCER perut tahap 4 dan hanya diberi masa 60 hari.. AllahuAkhbar.. Sayu hati mengetahuinya.. Namun semangat arwah melihat anaknya membesar sangat kuat.. Kuasa Allah.. Ajal dan maut dalam perhitungannya dan total bil hospital selama hampir 3 tahun mencecah 628K.. RM360K CASH diberi selepas 2 minggu dokumen lengkap dihantar untuk memproses critical illness claim dan polisi berterusan secara PERCUMA..

Dan cheque terakhir ini.. Amanah Arwah untuk disampaikan kepada warisnya untuk mereka meneruskan kehidupan..

Benda tak jadi dengan kita.. Kita tak kisah bukan kita.. Siapa dia? Tak perlu tahu tak ada kena mengena.. Bila terjadi.. Kenapa kita? Pasti ada persoalan demi persoalan..

Jgn ada mata, buat2 tak nampak..
Ada telinga, buat2 tak dengar..
Ada mulut, tak berkongsi kebaikannya..

Sediakanlah diri anda dengan perlindungan secukupnya.. Takaful tak menjadikan kita KAYA.. Tapi untuk mengelakkan KELUARGA kita menanggung risiko 100%.. Dan mengelak dr MISKIN.. Bertanggungjawablah kita dgn DIRI dan KELUARGA kita..

Yang mana ada KAWAN2 yg suruh kita STOP Takaful/ Insurans tu, cuba tanya mereka, kalau apa2 berlaku pd KITA nanti SANGGUPKAH kamu MEMBAYAR BILL HOSPITAL dan MENJAGA KELUARGA kita??? Kalau mereka jawab SANGGUP silakan STOP..

Jumpalah Agent Takaful yg berlesen dan bertauliah anda SEKARANG.. Bincang secara baik demi kebaikan bersama..

Credit to Sis Saifaliza Masom..
Tq share..
Dan silakan share jika bermanfaat..

#Takaful
#hibah
#cpmbk
#planpenggantiangaji
#TabungWanita
#TabungIsteri
#celiktakaful

Mbk
0192853910


Saturday, August 4, 2018


JanganBenciCintaku

Kadang bukan #husna jadi orang ketiga.

Penyakit kritikal boleh jadi punca.

Wanita, perempuan kat luar sana..pleaseee...ambil satu plan perlindungan utk diri anda.❤️kerana dirimu begitu berharga 💃💃💃

Cth FEMALE, 35 thn
Pekerjaan; QS
Kelas ke-2
Tidak merokok

Sum covered 250,000
Critical illness 50,000
Monthly rm167 terms 20tahun sahaja covered sampai 70thn

P/s Klau kelas 1 lagi la rendah sket

#takafulwanita
#takaful
#TabungWanita
#Tabungisteri
#JanganBenciCintaku


Thursday, August 2, 2018

Takaful di mata pekerja swasta dan pekerja gomen

Saya pernah tanyakan hal nie kepada pekerja gomen dan pekerja swasta.

Pekerja Swasta
Kad perubatan syarikat saya cover unlimited. Memang canggih manggih lah.

Tapi.. kalau didiagnose penyakit kritikal atau meninggal atau mengalami cacat kekal menyeluruh, majikan hanya beri prolonged illness holiday pun 6 bulan sahaja. Itupun selepas 4 bulan gaji dah separuh. Dan tiada plan penggantian gaji yang secukupnya. Kalau dapat pun hanya boleh bertahan 2@3 bulan sahaja.

Pekerja Gomen
Nak buat apa nak risau. Hospital kerajaan kan ada. Segala rawatan tak perlu bayar. FREE.....

Tapi kalau disahkan mengalami penyakit kritikal atau meninggal atau cacat kekal menyeluruh (tidak boleh bekerja), tiada pampasan yang akan diberikan untuk kesinambungan hidup. Tiada plan kedua atau plan kecemasan untuk "sustain" perbelanjaan. Masalah kewangan akan melanda.

Kita.. tunggu apa lagi 🤔

#takaful
#hibah
#cpmbk
#planpenggantiangaji
#TabungWanita


Wednesday, August 1, 2018

Peranan hibah dalam institusi kekeluargaan

Apakah itu hibah dan peranan hibah dalam institusi kekeluargaan? Sebelum itu, jom sama sama kita fahami firman Allah seperti di bawah:

“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”.

(Surah al-Nisa’ ayat 4)

“dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya”.
(Surah al-Baqarah ayat 177).

Hibah dari segi hukum adalah sunat, hibah dalam bahasa mudah adalah hadiah. Antara jenis hibah adalah, hibah amanah dan hibah bersyarat. Hibah bersyarat lebih dikenali dengan hibah takaful.

Mengapa ada hibah selain dari hukum “faraid” yang telah lengkap? Apa peranan hibah ini? Apa kegunaan hibah? Dalam islam kita digalakan untuk berhibah untuk memupuk kasih sayang, menolong orang susah dan untuk mendapat ganjaran dari Allah.

Dalam islam tiada kadar tetap untuk jumlah yang boleh dihibahkan. Mengapa kita perlu hibah? Dan siapa yang memerlukan hibah?

Secara zahir nya setiap dari kita perlu memiliki dan mewariskan hibah, dalam cara lain hibah dapat membantu keluarga kita dalam meneruskan kelangsungan hidup dan juga memesatkan lagi ekonomi umat islam.

Sedarkah kita? Kaum dan agama lain telah lama mengamalkan hibah. Anda boleh membuat survey dan bertanya kepada mereka mengapa mereka lakukan dan apa peranan hibah ini pada mereka. Hanya satu sahaja, ini memudahkan kaum keluarga mereka meneruskan kehidupan.

Antara golongan yang perlu berhibah:

1. Pasangan yang mempunyai harta bersama
2. Pemilik perniagaan
3. Pasangan yang tidak menpunyai anak atau mempunyai anak perempuan sahaja
4. Pasangan yang mempunyai anak oku atau anak angkat. 
5. Lelaki yang berpoligami
6. Golongan bujang

Hibah bukan penafian kepada peranan faraid, tetapi berperanan untuk melengkapi lagi kelancaran pengagihan faraid dan menghalang dari penindasan hak. Ini kerana bukan pincang nya faraid tetapi pincangnya penerima faraid yang kadang kala tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

Berhibah lah, jika anda sayang kepada keluarga anda, berhibah lah untuk memudahkan proses ahli keluarga untuk melangsaikan hutang piutang kita. Aktifkan hibah takaful anda jika simpanan anda kurang dari liabiliti anda. Berhibah la jika anda mahu ahli keluarga anda memiliki kewangan yang cukup bila anda telah tiada.

Jangan soal seperti “ tak pe, ada faraid” ye ada faraid tapi cukup kah harta yang kita ada untuk di faraidkan. Itulah peranan hibah itu, kita tidak mampu untuk mempunyai simpanan jangka pendek satu juta dua juta atau berjuta juta jika sesuatu terjadi untuk kita tinggalkan pada insan tersayang. Tapi kita boleh adakan hibah setinggi amaun itu untuk ahli keluarga kita.

Begitu juga bagi yang mempunyai perniagaan, ya kita akan tinggalkan perniagaan itu untuk mereka, tapi adakah kita ada tinggalkan modal untuk mereka terus meniaga? Mampukah mereka menguruskan perniagaan itu kelak?

Oleh itu, mari kita sama sam tukar amalan kita, kita mulakan budaya “ hibah takaful” untuk merealisasikan kegemilangan ahli keluarga dan umat islam itu khusus nya.

Kredit: -az ariff-



#TabungIsteri SALAH FAHAM ISTERI TENTANG HARTA?

1. Wanita beranggapan jika suami meninggal rumah yang mereka duduk akan jadi milik mereka sepenuhnya.

#Hakikatnya kediaman itu menjadi pusaka dan akan dibahagikan secara Harta Sepencaraian dan barulah secara faraid.

2. Wang yang ada dalam KWSP atau Tabung Haji yang dinamakan atas nama isteri sepenuhnya, isteri boleh ambil semuanya beli beg harmes!

#Hakikatnya isteri berperanan sebagai pemudah cara atau pemegang amanah saja untuk duit itu dibahagikan secara faraid. Bukan hak mutlak isteri.

3. Pusaka Tunai oleh suami yang meninggal bagi anak anak bawah umur diperolehi secara terus oleh isteri.

#Hakikatnya isteri tidak boleh langsung mengambil bahagian anak anak ini, bahagian isteri hanya 1/8 dari jumlah yang ditinggalkan sahaja.

4. Buat rumah atas tanah suami dengan duit isteri, isteri akan dapat rumah tersebut jika suami meninggal. Horeiiiii

#Rumah itu tetap menjadi pusaka dan akan diberikan secara faraid. Isteri cuma dapat 1/8 dari rumah itu.

5. Semua harta suami akan jadi hak isteri jika meninggal.

#Terdapat hak ibubapa suami, bahagian bapa saudara jika tiada anak lelaki dan baitulmal dalam kes kes tertentu.

Pesan pada suami tercinta, untuk elak semua harta jadi pusaka dan dibahagikan secara faraid. Buatlah Hibah Bersyarat atau Bertangguh.

"Jika saya dah meninggal semua harta ini kepunyaan awak dan anak".

Azizul Azli Ahmad

#PesanPesanBuatSuami


Dalam drama pun ada sebut bab takaful dan harta pusaka

Pernah tengok cerita Dahlia? Saya suka drama nie kerna ada unsur kekeluargaan, penipuan, #Takaful (😏), kaitan harta pusaka #celikpusaka, dan ketabahan seorang wanita (selepas suaminya curang dan meninggal). Ada satu scene yang mana Dahlia berjumpa dengan pegawai takaful berkaitan dengan pampasan kemalangan bekas suaminya. Bekas suami Dahlia meninggal kerana "plane crash". Semasa hayat bekas suaminya, beliau ada mencarum Takaful dengan nilai pampasan RM500,000 dan membuat penama diatas nama Dahlia, dan dua anaknya. Memandangkan suaminya meninggal akibat kemalangan di udara (plan crash), pewaris akan dapat "double indemnity" menjadikan jumlah pampasan bernilai RM1 juta. 
Arwah meninggalkan bekas isteri (Dahlia), mempunyai 2 orang anak (1 perempuan 1 lelaki - hasil perkahwinan dengan Dahlia) dan isteri yang baru dikahwini

1.Kalau mengikut hukum faraid, bekas isteri ada hak tak menuntut pampasan takaful tersebut? Sijil takaful tue berdasarkan faraid.

2. Setelah suaminya meninggal dan bercerai, hidup Dahlia terumbang ambing. Dengan pampasan bekas arwah suaminya dapat membantu meringankan beban kewangan memandangkan dia seorang yang baru hendak bekerja dan perlu membesarkan 2 orang anak

3. Perlunya kita membuat wasiat untuk mengelakkan perkara begini berlaku

4. Satu tindakan yang bijak bila bekas arwah suaminya awal-awal buat takaful untuk mejamin mengurangkan beban masalah kewangan

5. Mohon periksa manfaat kemalangan masing-masing. Ada takaful operator tak "cover" kemalangan akibat pengangkutan udara dan air. Hanya "cover" pampasan kematian sahaja.

#takaful
#cpmbk
#hibah
#planpenggantiangaji


Death Claim

Mungkin saya ada copy dan paste di sini. Saya upkan balik status pampasan kematian di tulis oleh Dr Muhammad Rahmat

Dan yang paling menarik soalan ialah 
'Kalau mati dirumah macam mana? Tiada pengesahan kematian. Hanya polis sahaja yg sahkan"..
--------------------------------------------
Kematian boleh berlaku di 2 tempat.
1)hospital.
2) diluar hospital seperti rumah.
Untuk proses tuntutan claim;
Sacara am-nya, pihak syarikat akan buat penyiasatan 'investigation' bila timbul keraguan untuk memastikan tiada 'non-disclosure' sakit yang 'significant' dan tiada unsur bunuh diri kurang 1 tahun. Dengan kata lain, untuk mengelakkan penipuan berlaku.
-------------------------------------------
Ok, sekarang isu disini pasal 'postmortem'.
1) jika kematian berlaku di hospital, doktor akan mengeluarkan permit pengebumian yang mana diagnosis sebab kematian juga akan diberitahu.
Tiada postmortem bakal dilakukan jika diagnosis dapat di beri. Dan biasanya majoriti kes selesai hanya disini.
Jika pihak syarikat tidak berpuas hati dengan diagnosis, maka laporan perubatan akan diminta.
2) jika kematian berlaku di rumah. Hendaklah membuat laporan polis..Permit pengebumian akan dikeluarkan oleh pihak polis. Jika pihak polis tidak berpuas hati dan syak berlaku jenayah, maka postmortem akan dilakukan.
Didalam permit pengebumian polis biasanya tidak ditulis diagnosis spesifik. Hanya tulis sebab kematian 'sesak nafas, kencing manis, darah tinggi dan etc'.
Diceritakan oleh sahabat saya yang bertugas di unit forensik, banyak berlaku silap faham. Jika mati dirumah, bila tahu si-mati ada insuran, maka polis akan keluarkan borang Pol61, yang mana mengarahkan doktor untuk membuat postmortem dengan alasan untuk tuntutan insuran.
Jika yang berpengalaman, terus keluarkan permit pengebumian macam biasa. Tidak perlu postmortem.
Maka terkebil-kebil lah ahli keluarga. Kena buat postmortem.
Sebenarnya, perlu atau tidak postmortem untuk tuntutan insuran jika kematian dirumah?
Jawapan nya TIDAK. 
Dan syarikat insuran tiada kuasa arah postmortem dilakukan.
Maka tuntutan insuran boleh dilakukan walaupun tiada diagnosis yang specific dan guna borang pengebumian polis.
Jika pihak syarikat tidak berpuas hati, mereka akan lakukan siasatan.
3) ada berlaku kes yang mana kematian dirumah. Dan postmortem dilakukan. Tetapi punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
'Undetermined cause of death'.
Syarikat akan tetap bayar walaupun tiada diagnosis, dengan syarat tiada unsur bunuh diri dalam tempoh 1tahun polisi dan non-disclosure.
Ok jelas?