Thursday, June 30, 2016

PAMPASAN SATU JUTA RINGGIT YANG TELAH DITUNAIKAN KEPADA WARIS PEMILIKNYA

Arwah telah mencarum selama 2 tahun atas kesedaran sendiri.

Gambar sekadar hiasan
Beliau upgrade ke POLISI SATU JUTA RINGGIT pada tahun ke-3 seperti berikut :
RM1 JUTA - sekiranya berlaku kematian@TPD
RM360K - sekiranya berlaku sakit kritikal
RM750K - nilai medical card.
FREE MONTHLY PAYMENT -once diagnose critical illness
Takdir Allah, arwah mendapati perut beliau tidak surut selepas melahirkan anaknya yang ke3.
Lalu menjalani MRI dan doktor mendapati beliau cancer perut tahap 4 dan doktor kata beliau ada 2 bulan saja untuk hidup.
Namun semangat arwah melihat anaknya membesar sangat kuat. Kuasa Allah. Ajal dan maut dalam perhitungannya. Beliau survive untuk 3 tahun lamanya. Lebih RM600K kos perubatan telah digunakan selama 3 tahun menerusi medical card.
RM360K diberi selepas 2 minggu dokumen lengkap dihantar untuk memproses critical illness claim dan polisi berterusan secara PERCUMA
Nota :(bayaran kritikal illness mengurangkan bayaran pampasan kematian)
Dan di bawah adalah cheque terakhir arwah. Amanah Arwah untuk disampaikan kepada warisnya untuk mereka meneruskan kehidupan. 
Pelan perlindungan tak terasa penting ketika kita sehat, tapi sangat bermakn ketika kita tidak mampu lagi untuk nak fikir apa apa....

Credit to : Kak Saifaliza Masom, arwah's servicing agent
Copy paste: Zaman Kini

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogpsot.com

Wednesday, June 29, 2016

KISAH PERBUALAN TELEMARKETING INSURANS

Terima panggilan telefon dari telemarketer berkenaan dengan insurans Personnal Accident. Disebabkan saya nie salah seorang pengguna kad minyak Caltex, saya terpilih untuk mendapat tawaran insurans Personnal Accident. Setelah habis penjelasan manfaat-manfaat kemalangan, maka saya pun bertanyalah:-

M: Boleh tak pihak Insurans e-mail polisi atau manfaat-manfaat perlindungan yang bakal saya dapat?

T: Tak boleh puan. Pihak kami hanya beri penjelasan di talian telefon sahaja.

M: Huh!! (Blur)... Tak perlah saya nie ejen Takaful... Terima kasih..

T: Terima kasih kerna sudi mendengar

Saya memang blur. Saya sebenarnya tak ingat langsung manfaat-manfaat personal accident tue. Sebab itu saya mohon emailkan. Bila kata cuma penjelasan di talian saja.. tue yang tak berkenan. Kalau jadi apa-apa, macam mana lah nak buat sebarang tuntutan. Mungkin pihak mereka akan beri jika kita bersetuju. Tapi.. masih nak tahu manfaat apa yang cover sebelum persetujuan dibuat. Teringat kisah seorang ayah yang tak dapat buat tuntutan kerana tiada manfaat ditawarkan didalam polisi tersebut.

Maka berhati-hati semua!!! Kalau terima pun, mohon mereka email polisi itu agar kita tahu apa yang pihak mereka cover. Jangan main bayar sahaja.


mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Tuesday, June 28, 2016

Apa itu plan 10 tahun gaji?

Jumlah pendapatan 10 tahun! Kenapa perlu 10 tahun? Cuba lihat contoh di bawah:


Jom kita cuba kira...

Gaji sebulan = RM8,000
Maka setahun = RM8,000 x 12 =RM96,000.
Maka 10 tahun = RM96,000 x 10 = RM960,000.

RM960,000 ini adalah jumlah perlindungan Takaful/Insurans.

Bila anda sudah tiada atau total permanent disability, kos perbelanjaan dijangkakan akan berkurang. 

Andaikan kos sara keluarga RM5,000 sebulan (RM60,000 setahun).

Pampasan = RM960,000.

Kos sara hidup tahun pertama = RM60,000

Baki pampasan = RM960,000 - RM60,000 = RM900,000

Baki pampasan ini boleh dilaburkan ke investment vehicle contohnya Tabung Haji sebagai contoh untuk mendapatkan dividen. Andaikan dividen sebanyak 7% setahun.

Dividen tahunan = RM900,000 x 7% = RM63,000

Oleh itu, dengan adanya dividen tahunan yang konsisten setiap tahun, keluarga anda boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Isteri yang dulunya seorang suri rumah tidak perlu keluar berkerja sebaliknya boleh memberi perhatian yang sepenuhnya untuk menguruskan anak-anak.

Bila anda sepatutnya mengambil pelan ini?

SEKARANG! Melainkan anda tahu bila anda akan pergi. Jom saya tolong anda design satu pelan mengikut keperluan dan bajet anda.


mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

credit: megathazwan

HADIAHKAN 10 TAHUN GAJI UNTUK KELUARGA PART 2

Tanggungjawab seorang anak tidak kira lelaki atau perempuan adalah untuk memberikan yg terbaek kepada ibu bapa.. 

Salah satunya adalah dengan mengisi wang poket ditangan ibu ayah sebagai perbelanjaaan mereka.. Sebanyak mungkin semampu kita..

Namun, fikirkah kita jika kita meninggal dunia, siapakah yg akan menyambung tanggungjawab kita untuk mengisi wang di tangan ibu dan ayah? Atau kita adalah orang yang memang jenis melepaskan tanggungjawab kepada org lain termasuk adik beradik??

Apakah gembira dan leganya mereka jika hidup kita sebelum dan selepas mati, tapi tanggungjawab masih berjalan?

Tinggalkan kepada mereka yg kita sayang, sebagai bekalan dunia mereka dan sedekah terakhir dari kita..


MBK
PERUNDING TAKAFUL
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Monday, June 27, 2016

Hadiahkan 10 tahun Gaji untuk keluarga

Kami  menawarkan PELAN PERLINDUNGAN GAJI. Waktu anda SUDAH TIADA GAJI, pihak Takaful akan beri KELUARGA ANDA 10 tahun gaji.

Jom Tonton Video Penerangan Daripada kawan saya , Saudara Zaman Kini.



Nota : Video dengan durasi 6 minit 39 saat ini adalah satu mock presentation antara  Zaman Kini dan juga  rakan
Mardhiah AL Juffri. Tajuk ialah INCOME REPLACEMENT 10 TAHUN GAJI. Video dirakam menggunakan kamera selfie iphone 6 dengan bantuan Lense tambahan.


Sorry tak dapat nak tepek video di blog ini. Bukan upload melalui YouTube.

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Friday, June 24, 2016

APA MAKSUD POLISI SATU JUTA RINGGIT?

Maksudnya,
•Jika kita ditakdirkan meninggal dunia DI ANTARA umur SEKARANG hingga 80/100 TAHUN, Prudential BSN Takaful akan bagi RM1JUTA+ SAVING pada family awak•
Average umur rakyat Malaysia ialah 72 tahun bagi lelaki dan 74 bagi perempuan.


mbk
perunding takaful
0192853910

NILAI SATU JUTA BUAT BALU 5 ANAK



Puan Tata dan 5 anaknya bersyukur kerana arwah suami meninggalkan RM 1 JUTA atas namanya. Beliau tak berhasrat berbelanja mewah dgn wang tersebut.

Beliau akan letak semua wang tu dalam akaun tabung haji dan akan ambil dividen sahaja kelak untuk menampung kehidupan seharian.

Nota : Dividen RM60,000 setahun or RM5000 sebulan jika TH bagi 6% setahun

credit: FB Zaman Kini

mbk
perunding takaful
0192853910

BETTER AKU SIMPAN JE RM400 SEBULAN, LAGI UNTUNG DARIPADA AMBIK POLISI SATU JUTA

A : aku rasa lagi untung kalau aku simpan duit rm400 sebulan daripada aku guna utk bayar polisi satu juta ringgit tu. yang tu belum tentu lagi dapat.

Z : ok jer kalau nak buat mcm tu. kalau kau umur panjang,in shaa Allah banyak tabungan kau nanti.
A : betul. itu sebab aku rasa better simpan.

Z : kalau umur panjang. kalau umur pendek? bukan nak minta kau mati cepat. tapi kan takde sapa tahu. if after 3 tahun kau mati dah, mcm mana?

Z : kalau ko semata mata saving, waris ko ada RM400 x 12 x 3 = RM14,000 sahaja. tapi kalau kau ambik polisi ni, RM 1,000,000+ savings untuk keluarga kau.

mbk
Perunding Takaful
019-2853910

credit FB Zaman Kini

Wednesday, June 22, 2016

Kempen 1 Juta Polisi

Apa perasaan si isteri bila arwah suami hibahkan RM 1 Juta? 


Apa perasaan ayah bila anaknya hibahkan duit RM 1 Juta?



Apa perasaan anak bila ibu / ayah hibahkan RM 1 Juta?

Takaful bukan saja pentingkan kad perubatan semata-mata. Takaful juga menjaga kepentingan untuk:-

a. Melindungi pemilikan hartanah
Kebiasaanya kita biasa dengar MRTA. Yang mana jika penama rumah meninggal atau cacat kekal menyeluruh, maka pihak bank akan tolong bayarkan dan pewaris dapat rumah. Jika penama menghidap penyakit kritikal, penama masih kena bayar. TIDAK pada Takaful, jika penama rumah meninggal, cacat kekal menyeluruh atau diagnose penyakit kritikal, maka Takaful akan waive dan pihak Takaful tolong bayarkan loan bank dan pewaris siap dapat extra cash value lagi (Kebanyakkan ejen nama kan ia sebagai saving).

b. Boleh dijadikan sebagai plan penggantian gaji

c. Melindungi tabungan simpanan bulanan

d. Menolong melangsaikan hutang piutang

Dengan andanya peninggalan harta sebanyak RM 1 Juta ini, dapatlah pewaris membayar lebihan loan rumah yang ada, boleh buat belanja atau untuk kelangsungan hidup, duit tabungan tak terjejas. Boleh bayar hutang korang semua. 
Siapa sangka dengan harta yang ditinggalkan ini dapat membantu meringankan beban pewaris 



Cik Puan mbk
0192853910

Tuesday, June 21, 2016

Saya sedang jalankan kempen Hibah. Mohon support saya!!!


Saya sedang giat membuat kempen hibahkan wang tunai kepada orang yang anda sayang dengan minimum RM100 sebulan. 

Pengiraan kasar :

Lelaki, umur 30 : RM 200,000 + saving
Lelaki, umur 40 : RM 100,000 + saving

Untuk apa anda tinggalkan wang tunai kepada mereka?

1. Langsaikan hutang anda dan keluarga
2. Wang untuk mereka menguruskan harta anda
3. Sara hidup mereka sepanjang anda tiada

Dengan hanya RM100, untuk keluarga yang anda sayang. 

Atau anda boleh beri kepada rumah anak yatim. MasyaAllah mudahan urusan anda di sana dipermudahkan atas amal jariah semasa hidup anda.

cik puan mbk
0192853910

Monday, June 20, 2016

Ingat seronok sangat ke anak sendiri mati dan dapat duit ni?

Gambar sekadar perhiasan.

Client aku umur baru 14 hari meninggal dunia, 2 bulan lepas. Ikut polisi, parents akan dapat pampasan meninggal RM2,000.

Lama dah aku mintak sijil mati tu dari si ayah. Prudential Takaful nak benda tu sebagai bukti kematian.

Minggu lepas baru ayah dia pos. Tu pun berat hati dia nak bagi.

"Nanti boleh dapat balik tak sijil ni? Aku nak simpan buat kenangan. Jangan hilangkan tau."

Nampak? Duit tu tak bernilai pun pada dia. Takkan la ayah dia pakai 2,000 tu beli iPhone 6s baru. Aku percaya, mesti diorang ambik sikit, sedekah atas nama arwah anak.

Same case jugak. Sesetengah kawan aku reply, bila aku propose untuk buat Hibah (hadiah) pada isteri/parents/family kalau dia mati.

"Taknak aku bagi duit kat bini aku. Nanti dia joli dengan duit tu kahwin lain."
Come on bang. Janganla bersangka buruk kat isteri sendiri.

Silap2 pampasan mati RM200,000 tu. Separuh dia buat belanja dia dan anak, separuh lagi buat sedekah atas nama hang !

Kubur hang kat bawah tu daripada sempit jadi luas macam padang bola, daripada gelap gelita scary, tiba2 cerah. Siap ada chandelier lagi haa !

Pointnya, kalau ada prospek aku, seorang suami cakap : Aku mati, pandai2 la bini aku hidup. Hang memang jual ikan ! (Baca : selfish)

Ok den ada appointment. Member ni nak buat hibah untuk family dia.

Tengah fikir nak hibahkan RM100,000 (RM50/month) atau RM200,000 (RM100/month).

Ni jumpa nak consult la ni. Rajin betul hang baca sampai habis ye.


cik puan mbk
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

TAHUKAH ANDA?


Tahukah anda?
Harta si mati perlu dituntut. Itu adalah hak si mati. Tapi tahukah anda bahawa, urusan faraid di Malaysia paling cepat untuk diproses akan mengambil masa 18 bulan.

Tahukah anda?
Seorang isteri hanya berhak mendapat 1/8 daripada harta bersih suami. Sekiranya anda tinggalkan RM1 juta, isteri hanya layak mendapat RM125,000.

Tahukah anda?
Untuk anda menuntut harta si mati, anda memerlukan modal yang sangat tinggi. Caj guaman untuk harta yang melebihi RM900,000 sahaja sudah RM16,000 lebih. Jangan lupa harta si mati perlu dinilai, sekiranya nilai harta Rm225,000, caj pengurusan adalah RM7,000. Semuanya duit.

Tahukah anda?


Bahawa sebaik sahaja si mati meninggal, SEMUA akaun bank akan dibekukan. KWSP, ASB, dan semua jenis perbankan akan dibekukan sehinggalah selesainya urusan faraid.

Tahukah anda?
Sebanyak RM 66.6 billion harta beku yang belum dituntut oleh umat Islam di Malaysia?

Tahukah anda?
Bahawa di dalam Takaful, adanya kaedah HIBAH, iaitu hadiah yang diniatkan oleh si mati sebelum meninggal untuk dilitinggalkan kepada mereka yang disayangi. Dan tahukah anda, proses claim dalam Takaful hanya mengambil masa 2 minggu sahaja dan cheque akan diserahkan kepada pewaris.

Tinggalkan sebanyak mungkin DUIT CAIR kepada orang yang anda sayang. Selepas ketiadaan anda, mereka perlukan DUIT untuk teruskan hidup.

‪#‎kempenhibahkan1juta‬


Cik Puan Mbk
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Thursday, June 16, 2016

Hampir tiada bangsa Yahudi miskin di dunia ini. Apa rahsianya?

ORANG YAHUDI TAK AKAN TINGGALKAN WARIS MEREKA DALAM KEADAN KEMISKINAN YANG MANA MEREKA INSURANS KAN 1 JUTA USD KEPADA WARIS UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP. INILAH INCOME REPLACEMENT.

Mereka amat bencikan kemiskinan, walaupun jumlah populasi Yahudi tidaklah ramai, tetapi mereka berjaya menguasai ekonomi di USA dan juga dunia.

Dari hasil perbualan saya dengan seorang pemilik kedai barangan elektrik berbangsa Yahudi di Manhattan NYC, dia mengatakan ada dua benda penting yang kebanyakkan orang yahudi buat untuk menjamin masa depan keluarga serta kaumnya :

1- Bisnes (boleh di warisi)
2- Insuran untuk waris

Katanya lagi, insuran sangat penting, kami tak akan tinggalkan waris dalam keadaan susah tanpa tali bergantung, paling rendah plan insuran yang diambil berjumlah 1 juta dolar. Sebab itu hampir tiada kaum kami yang miskin.

Saya sangat teruja, hebat perancangan mereka, sedangkan kita kaum muslim yang ramai jumlahnya tak dapat menguasai ekonomi dunia! Di luar sana juga masih ramai yang berkira-kira untuk membeli insuran perlindungan keluarga, kalau kereta kita sanggup insuran kan beribu ringgit, takkan untuk perlindungan keluarga tak sanggup belanja rm150 sebulan?

Saya bukan agen insuran mahupun takaful, tetapi saya tidak suka bila ada orang mempertikaikan kenapa perlu beli insuran dan menganggap insuran suatu pembaziran.

Bagi saya apa yang kaum Yahudi buat adalah yang terbaik, perancangannya sangat tersusun. Mereka hidup bermuafakat bangunkan bisnes. Kita jauh sekali untuk bermuafakat, jual goreng pisang pun sampai sihir menyihir. Aduh!

Walaupun mereka bangsa yahudi, Tapi tak salahkan untuk kita ambil yang positif?

credit: FB Zaid Traveller

Nota: Jika kaum yahudi boleh, takkan kita yang ramai ni tak boleh. Think positive.

cik puan mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Tuesday, June 14, 2016

KEMALANGAN: Suatu Penerangan dari Cik Puan MBK


NOTA : Penerangan KEMALANGAN ini tertakluk dengan terma dan syarat polisi syarikat Insurans/Takaful. Setiap terma dan syarat KEMALANGAN bagi setiap syarikat Insurans/Takaful adalah berlainan. 

1. Pihak Takaful akan membayar pampasan kemalangan + pampasan kematian sekirannya kemalangan melibatkan kematian.

2. Pihak Takaful akan membayar manfaat berganda sekiranya pencarum mengalami kecederaan badan akibat kemalangan yang berlaku semasa:-

a) pengangkutan darat seperti kereta, motor,  kereta api, bas, teksi. Kenderaan yg melibatkan pengangkutan awam (pengangkutan darat) yg mana jalan yg digunakan mestilah berdasarkan "routing schedule". Routing schedule adalah jalan yang sama digunakan untuk berulang alik. 

b) Berada di dalam lif (tetapi bukan di lombong dan tapak pembinaan)

c)Berada di dalam mana-mana panggung, hotel atau bangunan awam lain yang sedang terbakar lalu mengakibatkan sebarang kehilangan spesifik dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan.

3. Jika polisi baru sahaja inforce atau approved tak sampai 4 bulan, pihak takaful akan membayar pampasan kepada penama. (Jika kemalangan itu genuine TIDAK MELIBATKAN KES BUNUH DIRI).

4. Penama yg ditawarkan oleh Takaful sama ada sistem wasi (faraid) atau hibah (hadiah).

5 Pihak Takaful hanya akan membayar pampasan kematian SAHAJA jika kemalangan melibatkan pengangkutan air dan udara. Contoh kes MH17 dan MH370, pihak Takaful hanya membayar pampasan kematian SAHAJA.

6. Pampasan tidak akan dibayar jika pemandu itu TIADA LESEN kenderaan. Jika berlaku kematian, sebarang jumlah pampasan diatas budi bicara pihak Syarikat Takaful.

7. Selain dari pampasan diberikan kepada penama akibat kematian kemalangan, khairat kematian sebanyak RM2,000 akan diberikan pada penama.

8. Tuntutan kematian dan kecederaan badan (seperti di terangkan di bahagian 2) mesti dibuat dalam tempoh 12 bulan.

Total Permanent Disability (TPD) - kecacatan kekal menyeluruh

1. jika berlaku kecacatan kekal dikenali sebagai Total Permanent Disability, pencarum boleh buat tuntutan. % tuntutan dalah berdasarkan kecacatan seperti ditunjukkan jadual dibawah: -

Kecacatan dimaksudkan adalah hilang atau putus.
2. % kecacatan untuk anggota badan kiri dan kanan adalah berlainan.

3. Maksud kecacatan kekal menyeluruh adalah :- ( Jika TPD berlaku disebabkan oleh kemalangan atau penyakit pencarum berumur diantar 16 tahun dan 60 tahun atau sebelum umur 16 tahun atau 61 ke atas)

a) beliau memerlukan penjagaan dan perhatian berterusan, dan disebabkan oleh kemalangan atau penyakit mesti tinggal di rumah dibawah penyeliaan perubatan atau di hospital atau institusi yang seumpama dengannya

b) beliau tidak boleh bekerja sepenuhnya didalam sebarang pekerjaan atau menjalankan sebrang tugas untuk mendapat gaji atau keuntungan

c) untuk pencarum berumur 61 ke atas jika TPD akibat kemalangan atau penyakit - beliau tidak dapat melakukan sekurang-kurangnya 3 atau lebih aktiviti kehidupan harian sama ada dengan atau tanpa pengetahuan alatan mekanikal, alatan khas atau bantuan dan penyesuaian lain untuk kegunaan orang kurang upaya

aktiviti kehidupan harian
i - pemindahan - duduk dan bangun daripada kerusi tanpa bantuan org lain
ii-pergerakan - kemampuan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yg lain tanpa bantuan org lain
iii-perihal mengawal - kemampuan untuk mengawal fungsi usus dan pundi kencing
iv-pemakaian- memakai dan menggalkan kesemua pakaian yg perlu tanpa bantuan org lain
v-mandi dan membersihkan diri - kena org mandikan diri
vi-makan - kena ada org suapkan

d) hilang penglihatan secara menyeluruh dan tidak boleh dipulihkan pada kedua belah mata

e) hilang 2 anggota badan secara pemutusan pada atau di atas pergelangan tangan atau kaki

f) hilang penglihatan secara menyeluruh dan tidak boleh dipulihkan pada sebelah mata dan penglihatan secara pemutusan 1 anggota badan pada atau diatas pergelangan tangan atau kaki.

3. TPD mesti kekal dan berlanjutan sekurang-kurangnya selama 180 hari secara berterusan.

4. Jika berlaku kecacatan sementara samada meyeluruh atau separa, pihak takaful ada menwarkan manfaat tambahan atau rider yg dikenali pampasan mingguan. Pampasan mingguan akan dibayar berdasarkan healing process. Pampasan mingguan hanya dibayar sehingga 104 minggu (tertakluk dengan healing process) . 

5. Maksud kecacatan sementara menyeluruh-semasa dalam tempoh tersebut, pencarum mengalami hilang upaya sepenuhnya dan berterusan. Akibat daripada hilang upaya itum pencarum tidak dapat menjalankan setiap dan semua tugasan material yang berkaitan dengan pekerjaan atau perniagaan beliau sejak dari tarikh kemalangan yg dinyatakan.

6. Maksud kecacatan sementara separa - semasa dalam tempoh tersebut, pencarum mengalami hilang upaya sebahagian dan berterusan. Akibat daripada hilang upaya itum pencarum tidak dapat menjalankan 1 atau lebih tugasan material yang berkaitan dengan pekerjaan atau perniagaan beliau sejak dari tarikh kemalangan yg dinyatakan.

7. Tuntutan mesti dibuat dalam tempoh 12 bulan (Selepas kemalangan berlaku).

Rawatan Kemalangan

1. Kad perubatan akan immediate effect (Tanpa menhunggu tempoh bertenang). Kos rawatan kemalangan akan dibayar oleh kad perubatan.

2. Rawatan kemalangan mesti dibuat dalam tempoh 24 jam. ini memudahkan sebarang tuntutan dibuat

3. Jika rawatan kemalangan tidak melibatkan warded hospital (outpatient), pencarum boleh buat tuntutan secara pay and claim.


Saya harap pencerahan mengenai kemalangan ini memberi Ilmu dan manfaat buat semua.

mbk
0192853910

Monday, June 13, 2016

BRILLIANT WIFE


Satu masa pada tahun 2009, kisah seorang client saya....bermula dengan seorang Isteri yang berbelah bagi sama ada nak sign up plan Medical Card Takaful untuk diri sendiri atau tidak, sebab apa?...
Layan apa yang saya nak ceritakan nie.....

Macam mana saya kenal dengan Client nie...Kak N (bukan nama sebenar tapi ceritanya adalah benar)....saya kenal sebab saya closed deal dengan officemate dia. Masa saya pergi jumpa officemate Kak N nie, dia hanya melihat dari tempat duduk dia...kemudian dia datang rapat lepas tu tanya..... 

“Aziz, kalau akak punya berapa ya?”... “Akak nak plan yang macam mana”...balas saya. “Buat la yang ok, tapi jangan le tinggi sangat”...sambung Kak N. “Jap Kak ya, saya nak settlekan Akak Ida punya plan anak2 nie dulu”....saya minta izin untuk settlekan kerja saya untuk isi details dalam form.

“Ok kak, dah siap dah. Kalau ikut apa yang akak nak nie, saya proposed dalam RM 250, comprehensive plan (semua basic coverage 5 benda ada), cuma manfaat tak tinggi sangat la sebab faktor umur. Ini pun nasib baik akak kerja kat office, kalau tak, tak dapat plan nie”.  Saya tunjukkan kat Kak N, dan dia belek2 proposal yang saya berikan. 

“Ok dah ni, tapi akak ada cabaran sikit sebenarnya Ziz..”....sambil dia tarik nafas dalam.... “Apa dia Kak?. Pasal payment ke?...kalau akak rasa berat, saya boleh adjust sikit untuk bagi akak tak rasa berat untuk bayar bulan2. Yang penting sekarang ada medical card dulu, then kalau ada rezeki lain kali nanti, boleh ambil benefit lain pulak”....Saya cuba agak apa cabaran dia...dan terus bagi options...

“Bukan pasal payment Ziz, tapi pasal Husband Akak”.... slow je suara dia.... “Pasal apa Kak?...dia tak bagi akak amik ke?”....Saya teka lagi (sebab dah bertahun jadi agent, memang biasa itu la cabaran isteri kalau nak amik plan takaful. Sama ada suami tak bagi, atau pun suami kata tak penting, suami kata tak perlu, suami kata menipu , atau paling tidak pun kena minta izin suami, dan biasanya memang suami tak bagi)...

“Tu la, suami akak memang tak percaya dengan insurance nie, dia kata banyak menipu dari yang betul”....Balas Kak N. Saya pun diam la bila dia cakap macam tu. Saya start tanya beberapa soalan yang biasa. 

AAR : “Akak rasa medical card ni penting untuk Akak?” ....Kak N : “Penting”

AAR : “ Sekarang nie akak bekerja kan?...Husband akak ambil tahu details ke mana akan spend duit?”...Kak N : “ Ya, Akak kerja and biasa dia tak kisah pun ke mana Akak belanjakan duit Akak”.

AAR : “ Ok Kak, kalau macam tu, saya cadangkan macam nie. Akak rasa benda nie penting, so, Akak amik je plan nie, macam yang akak nak tadi, pastu tak payah bgtau pun yang akak ambil plan ni. Sebabnya adalah, katakan suami akak tak tahu, then tetiba akak sakit masuk hospital private, pastu boleh claim, takkan suami akak nak marah...in fact akak bantu dia (suami) selamat duit dia. Betul tak?”....

Kak N: “Emm, ok lah...”...

AAR : “ So, akak bg saya IC and credit card, saya uruskan semua sekali.”....Closed deal...
Lepas tu, saya tak sure sama ada suami Kak N ni tahu ke tak yang dia ambil policy dengan PruBSN takaful under account saya. Sampai la satu masa...genap 12 bulan dari tarikh policy approved....Kak N telefon saya, yang dia nak kena buat further check up kat Pakar di Hospital Ampang Puteri....saya pun, tanya, kenapa?..dia kata sebab dia pergi klinik sebab ada benjolan kat bawah ketiak dia, dan Dr klinik tu suspect ada tumor dan nasihatkan untuk buat  further check up. Kak N tanya, boleh claim ke?..saya bagitau kalau takde apa2 finding dan tak masuk ward tak boleh claim. Kalau perlukan rawatan dan masuk ward memang boleh claim semua kos rawatan....

Selang 2 hari berikutnya Kak N telefon saya dan bagitau, Dr di Ampang Puteri suggest buat immediate operation sebab kalau tak, nanti boleh merebak ke tempat lain...Kak N disahkan mengidap breast cancer stage 3A (dulu saya ingat ada stage 1-4 je, tapi rupanya stage 3 pulak ada A, B dan C)...saya pun google apa yang patut dan dapatkan info untuk pastikan stage yang dinyatakan oleh Dr Pakar Ampang Puteri tu boleh claim bukan sahaja kos rawatan tapi Manfaat Sakit Kritikal sekali....then, saya jumpa statement yang menyatakan stage beliau layak untuk dapat pampasan sakit kritikal. So, sebagai agent, saya prepare siap2 semua document yang diperlukan dan semua network (kenalan2 yang saya perlukan untuk bantu mempercepatkan process claim. Jadi agent, kena pandai establish network)...

Alhamdulillah, process rawatan (pembedahan berjalan lancar) dan Kak N disahkan stabil...and semasa nak operation tu, suami Kak N, bekerja di Sabah, dan dia ambil cuti kecemasan dan balik ke semenanjung. Jadi, selesai je pembedahan tu, saya dapat satu panggilan telefon, nombor takde dalam list...

“Hello, Assalamualaikum...Ini Aziz ke?”.... “Ya saya, siapa ni ya, minta maaf Encik, nombor tak keluar dalam phone book”..balas saya. “Saya nie Suami Kak N, and saya nak tanya nie, macam mana dengan bill hospital nie?, saya takde duit nak bayar semua nie”...Tanya Suami Kak N dengan suara yang agak menggelabah... “Tak pe bang, semua dah settle sebab GL dah keluar dan saya dah dapat notification...now tunggu final GL pulak”...terang saya. “GL?...GL apa?...siapa nak bayar bill nie, kena bayar dulu ke apa?..Abang tak faham nie, mahal bill nie, abang tak mampu nak bayar semua nie”...Suami Kak N, masih tak faham, silap saya jugak sebab saya terangkan benda yang agak teknikal....”Macam nie bang, semua dah diuruskan, syarikat PruBSN akan bayar terus ke Hospital sebab Hospital KPJ Ampang Puteri adalah panel Syarikat PruBSN”...terang saya lagi....tapi, jawapan saya rupanya buat Suami Kak N lagi tak faham dan confuse....then baru le saya teringat yang dia tak tahu yang Isteri dia ambil plan takaful tanpa pengetahuan dia.......

Then, saya pun tarik nafas panjang dan bagitau pelan2...”Sebenarnya Kak N ada ambil plan medical card dengan saya tahun lepas, saya tak pasti dia bagitau abg ke tidak. Jadi, sekarang nie bila sakit dan perlukan rawatan, semua kos rawatan semua dibayar oleh Syarikat PruBSN, lepas nie akan dapat elaun hospital, ikut berapa lama dia stay kat ward dan elaun bedah ikut kadar keseriusan pembedahan Akak...”....Jawapan agak details dari saya, .... “Dia takde bagitau apa pulak. So, memang tak perlu bayar apa2 la nie...?”...Balas Suami Kak N lega. “Tapi Aziz, boleh tak jumpa Abg kat Hospital sekarang sebab Abg masih tak clear la, kalau cakap thru Phone nie...Kalau Aziz free...boleh tak jumpa hari nie”...Suami Kak N, masih lagi tak yakin dengan jawapan saya... “Boleh bang, tapi saya nak settlekan kerja saya sekejap, dalam pukul 5.00 pm ke atas saya pergi hospital and kita jumpa kat Ward Akak N”...jawab saya untuk berikan jaminan yang saya akan datang....

Dalam lebih kurang pukul 5.30 pm, lepas saya settlekan kerja saya, saya sampai kat Ampang Puteri dan dapat berjumpa dengan Suami Kak N. Kemudian, saya ajak beliau turun ke Cafe di bawah sebab tak nak ganggu Kak N yang baru sahaja selesai pembedahan. 

Sampai kat Cafe, saya cerita balik panjang lebar pasal kisah macam mana saya start kenal Kak N dan sampailah dia sign up policy dengan saya. Suami Kak N hanya mendengar dengan tekun dan sesekali dia anggukkan kepala....dan akhir perbualan saya terangkan kat dia “Macam tu la Kak N punya cerita, and saya sebenarnya berterima kasih kepada Kak N sebab dia sign up walau pun pada mulanya dia agak keberatan”....”Tu la Ziz, dulu Abg dengar macam2 benda yang tak bagus pasal insurance nie, tu yang Abg bgtau Akak, jangan percaya and jangan ambil membazir, tapi sekarang nie....Kak N memang BRILLIANT sebab ambil plan tu awal dan sekarang nie baru Abg sedar macam mana medical card and takaful tu berfungsi”....Balas Suami Kak N. “Tak pe lah Bang, sebab tu kekadang....kita sebagai suami, kita kena lebih terbuka, and Abg bertuah sebab ada isteri macam Kak N, sebab dia fikir dia tak nak susahkan suami dia kalau jadi apa2....”....Saya ‘jek’ sikit.... “Tu la Ziz, kalau untuk Abg, kou agak2 berapa sebulan bayar?...”.....Sekali Suami Kak N tanya....bila prospect tanya....apa maksud dia?...Hari Raya datang awal laa....Alhamdulillah saya closed satu family lepas tu dalam RM 900 sebulan.....

So, sekian sahaja kisah pengalaman saya dalam bidang insurance dan Takaful....dan saya sangat amat puas dengan respond Suami Kak N (pasal BRILLIANT WIFE dan dia ambil untuk dia dan anak2 sekali).... dan sepanjang perjalanan balik ke Shah Alam, saya macam dapat satu energy... Saya cakap dalam hati.....“Yeah...that is it.....bila kita dapat bantu orang lain, itu adalah antara kemuncak nikmat jadi agent takaful...and tangkal  tak down bila kena reject”.... Dan start dari situ la saya dapat satu Quote “Biar kita dihina asal dapat beri manfaat kepada orang lain, dari dipuja tapi tak boleh bantu apa-apa kepada orang lain”....kenapa saya cakap macam nie?...sebab saya pernah dihina dan digelar “insurance agent is like professional beggar” sebab, kita dilihat merayu-rayu supaya orang ambil policy dengan kita.....tapi hakikatnya kita hanya kongsikan apa yang patut kita tahu ianya penting. But now..Lantak laa, beggar ke apa ke...yang penting.....aku dah bantu orang. “Apa yang orang cakap tak penting, tapi apa yang aku fikir tentang apa orang lain cakap itu sangat penting”....

Sekian, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada Isteri2 dan suami2 di luar sana....Kepada suami, kalau anda tak bagi Isteri anda ambil takaful, Isteri anda tetap Isteri anda dan tanggungjawab anda....dan Isteri pulak, kalau suami anda tak bagi anda ambil takaful, suami anda tetap suami anda dan kalau anda susah, fikirkan siapa orang kedua susah selepas anda?....Saranan saya...jadilah ISTERI YANG BRILLIANT.
Kongsikan sekiranya anda rasa kisah ini memberi manfaat kepada orang lain...

credit: Aziz riadi

mbk
perunding takaful
0192853910

Penjelasan mengenai Takaful: Dari kaca mata Cik Puan MBK

Saya akan ceritakan mengenai manfaat Takaful yang sering ditawarkan oleh ejen Takaful di luar sana. Mana-mana takaful operator akan offer basic Takaful yang terdiri daripada:-

a) pampasan kematian
b) pampasan cacat kekal menyeluruh atau dikenali sebagai TPD (Total Permanent Disability)
c) Pampasan penyakit kritikal 
d) Kemalangan
e) Kad perubatan
f) cash value (kebiasaanya ditawarkan pada insurans/takaful berbentuk investment link)

Berapa coverage yang akan kita dapat berdasarkan keperluan kita atau kita just follow cadangan dari ejen. Jika saya , saya akan cadangkan coverage atau amount pampasan untuk item a-d berdasarkan 120 bulan pendapatan gaji kita.

Sebagai contoh : Jika gaji sebulan (nett salary) adalah RM3,000 kalau setahun = RM 3,000 x 12 = RM 36,000

Jika pendapatan gaji 120 bulan bersamaan dengan 10 tahun = RM 36,000 x 10 =RM360,000

RM360,000 adalah amount coverage untuk perlindugan item a- d. Kenapa kita letak 10 tahun dan coverage berdasarkan plan penggantian gaji? Ini kerana 10 tahun sudah dikira next of kin ada masa untuk membina hidup baru dan meneruskan kelangsungan hidup. dengan coverage berdasarkan plan penggantian gaji, mereka boleh laburkan duit tue di ASB, unit trust atau investment tools yg dikira sesuai. Bolehlah lebihan pasif income.

Apa yang saya utarakan ini hanya cadangan sahaja. Terpulang pada kalian ingin mengikutnya atau tak. Ini kerana kebanyak klien yg saya jumpa ada masalah dengan bajet. Kalau tak dapat 10 tahun coverage plan , saya cadangkan buat 3 tahun plan coverage pendapatan gaji.


a) pampasan kematian
Untuk pampasan kematian (sebarang sebab), pampasan akan diberikan . Jika melibatkan kematian biasa, pihak takaful tidak memohon post mortem tidak diperlukan, cukup sekadar report pengesahan dan cause of death dari Dr. yg bertauliah. Jika kematian akibat kemalangan , post mortem report diperlukan. 

b) pampasan cacat kekal menyeluruh atau dikenali sebagai TPD (Total Permanent Disability)
Pampasan TPD akibat sebarang sebab atau kemalangan , pampasan akan diberikan berdasarkan % berdasarkan jadual dibawah:- 

Nota: Pampasan ini hanya boleh dituntut jika kecacatan itu kekal selama-lamanya.
c) Penyakit kritikal. 
Hanya boleh menuntut sekali seumur hidup. 36 list penyakit yg boleh dituntut:-

1. AIDS due to a blood transfusion or full blown AIDS
2. Aplastic anaemia
3. Apallic syndrome
4. Alzheimer’s disease
5. Benign brain tumour
6. Blindness
7. Brain surgery
8. Cancer
9. Cardiomyopathy
10. Chronic liver disease
11. Chronic lung disease
12. Coma
13. Coronary artery disease  including Angioplasty and other invasive treatments for coronary artery disease
14. Deafness
15. Encephalitis
16. Fulminant viral hepatitis
17. Heart attack
18. Heart valve replacement
19. Kidney failure
20. Loss of independent existence
21. Loss of speech
22. Major burns
23. Major head trauma
24. Major organ transplant
25. Medullary cystic disease
26. Meningitis
27. Motor neurone disease
28. Multiple sclerosis
29. Muscular dystrophy
30. Paralysis
31. Parkinson’s disease
32. Poliomyelitis
33. Primary pulmonary arterial hypertension
34. Stroke
35. Surgery to the aorta
36. Systemic lupus erythematosus lupus nephritis

d)Kemalangan
Pihak takaful hanya cover sekiranya kemalangan pengangkutan darat. Pampasan kematian dan pampasan kemalangan akan diberikan. Jika berlaku pengangkutan udara atau air, pampasan kematian sahaja akan diberikan. 

Jika TPD akibat kemalangan, pihak Takaful akan membayar pampasan berdasarkan % skala faedah seperti jadual di item TPD

Jika kemalangan berlaku kurang dari setahun caruman polisi katakan baru 1 atau 4 bulan polisi mencarum, pihak Takaful akan membayar jumlah pampasan berdasarkan jumlah coverage yg telah dipersetujui semasa tandatangan borang Takaful. Dan jika kecederaan berlaku semasa kemalangan, tempoh menunggu untuk kad perubatan tidak akan dipakai. Kad perubatan akan terus cover kos rawatan kemalangan.

e) Kad perubatan

Kad perubatan yang ditawarkan pelbagai. Tapi apa yang perlu fokus adalah:-

1) Harga room and board (bilik ward). Sekarang nie, kebanyak pihak hospital offer single bed dah RM230. Kalau less than RM230 tue, samada double bed atau kena kongsi 4 kantil untuk satu bilik.

2) annual limit. Annual limit bagi setiap plan adalah berbeza. Kebiasaanya takaful operator akan offer start RM60,000 setahun. Tapi sekarang, mostly saya tengok, kebanyakan takaful operator dah start offer annual limit bermula dengan RM100,000 dan keatas. Ini kerana kos rawatan yang semakin meningkat seangkatan dengan peningkatan inflasi kad perubatan. Setiap tahun inflasi medikal akan naik sebanyak 12%. Bab annual limit nie tgk keadaan kita macam mana. Jika compnay ada cover kita, spouse dan anak2 sebanyak RM50,000 (sebagai contoh).. so ambik personal kad perubatan RM60,000 annual limit. Kiranya jika dicampur dengan kad perubatan company dan personal kad perubatan dah RM110,000. Jika dah ada pendapatan lebih di masa depan, bolehlah upgrade annual limit untuk personal kad perubatan.

3) tempoh bertenang. sila lihat gambar dibawah:-



4. ko-takaful, deductible dan fully coverage (zero ko-takaful)

1. DEDUKTIBLE
Deduktible adalah yang mana pencarum perlu membayar amount tertentu seperti yg telah dipersetujui semasa kontrak Takaful. Dan selebih kos rawatan akan dibayar oleh pihak takaful. Sebagai contoh, terbaru pihak PruBSN Takaful ada offer smart saver deduktible sebanyak RM300. 

Jika kos rawatan RM3,500. Maka pencarum perlu bayar RM300. Selebih RM3,200 akan dibayar oleh pihak takaful

2. Ko-Takaful
pihak takaful ada menawarkan % tertentu yang perlu dibayar kos rawatan oleh pencarum dan selebihnya akan dibayar oleh pihak takaful. Nisbah pencerum:Pengendali takaful [ 10:90 ]

contoh: Pihak takaful offer 10% kotakaful. Bermaksug pencarum perlu bayar 10% dari kos rawatan yg mana minimum pembayaran adalah dianatar RM300 hingga RM1000.

contoh satu: Kos rawatan RM 3,500

Pencarum perlu bayar 10% dari Rm3,500 yaitu RM350. 
Takaful bayar                           : RM3,150

Contoh dua : Kos rawatan RM35,000

Pencarum perlu bayar 10% dari RM35,000 yaitu RM 1000 (yang mana maksimum 10% hanyalah RM1000)
Takaful bayar                           : RM34,000

3. Fully coverage 
Tiada deductible atau ko takaful terlibat dalam proses pembayaran kos rawatan. Kos rawatan yg melibatkan medikal expenses dibayar 100% oleh pihak takaful.

f) Cash value
Kebanyak ejen menamakan nya sebagai saving. Sebenarnya, tiada istilah saving digunapakai dalam Takaful. Dulu, saya pun pakai istilah saving. Tapi, bila dah lama dalam industri ini, saya makin faham maksud saving yg sebenar yaitu cash value. Cash value digunapakai oleh insurans/Takaful yg berbentuk investment link. Kalian boleh bertanyakan pada ejen sama ada insurans/Takaful yg akan dicarum berbentuk tradisional (tiada cash value), stand alone (utk kad perubatan, juga tiada cash value) atau insurans/Takaful investment link. kenapa investment? Kerana pihak Takaful ada melaburkan duit tabungan yg dikenali sebagai tabarru' dalam perlaburan yg berbentuk shariah seperti invest dalam conglomerat atau industri blue chip. 

Cash value diperkenalkan agar dapat sustain protection akaun dari lapsed. Dari pengalaman saya, jika kita bayar caruman Takaful selama 3 tahun without failed, dan ada financial problem pada tahun 4, kita boleh waived kan bayaran selama 2 tahun dan Insya-Allah polisi masih inforced dan tidak lapsed. Secara peribadi, saya kurang bersetuju takaful dijadikan sebagai tabung pendidikan. Elok sekiranya duit yg ada dilaburkan ditempat perlaburan yg sesuai. Takaful bagi saya, adalah solely protection. Cash value yg ada hanya utk sustain protection akaun sekiranya ada kecemasan financial.


Untuk citer cash value, setiap ejen ada pandangan mereka sendiri. Terpulang pada individu nak memahami konsep cash value dalam pelan Takaful/Insurans.

Moga Ilmu yang saya ceritakan ini memberi manfaat buat semua.

mbk
perunding takaful 
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...