Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Tuesday, April 28, 2015

Analogi yang menarik untuk teruskan polisi Takaful atau kata motivasi untuk pembaca terus terpikat nak bertakaful

Hari ini saya cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh kawan sekolah lama saya yang berbunyi

"Mar kalau ade mase,tulis kat wall pasal kenape kena teruskan Takaful yg kite amik? Cam aku amik prudential bsn takaful since nov 2008...setiap bulan rm200, terbahagi 2 aku sekarang ni nak teruskan atau simpan je di bank. Aku pun x ingin mende2 ...tp aku x nampok faedah ye,mmg rase nk brenti je...rm200 tu bulan-bulan baik simpan tabung haji" dan sambungnya lagi "pastu kalo nk berenti x dapat yg rm200 yg kite simpan bulan2 tu, dapat kurang lg...200 ni x berkembang, xmacam asb ke, tbg haji ke.."

Secara ringkas saya simpulkan jika berlaku begini ini adalah kes kekurangan faham tentang konsep takaful itu sendiri. Jika pemahaman konsep takaful ini kuat, ia tidak menjadi masalah besar sangat kerana insan itu dengan relahati dan senanghati membuat bayaran takaful.

Kita gunakan analogi-analogi ini untuk mencerahkan pemahaman tentang takaful

1- KWSP :- Kenapa kita simpan duit dalam KWSP semasa muda? Untuk guna hari tua kan? Adakah kita pasti kita akan capai hari tua itu? Tidakkah kita boleh tidak capai tua (meninggal muda)..pelbagai soalan kita boleh lemparkan. Cuma kita mengambil pendekatan jika berlaku hari tua itu kita telah mempunyai duit saat itu. Sama juga dengan takaful, kenapa kita menyimpan dana kecemasan itu? Adakah kita pasti sakit? Bila Sakit? Jadi kita tak tahu adakah kita akan sakit atau bila akan sakit. Sunnah alam manusia biasanya sakit. Sihat sebelum Sakit. Maka bilamana kita sakit, takaful adalah penolongnya.

2- Payung - Kita dengan rela hati membawa payung kemana sahaja kan? Tidakkah ia membebankan? Ya..beban...tidak pasal-pasal kene bawa payung. Adakah kita tahu hari hujan? Jika awan mendung kita rasa hari akan hujan..belum tentu! Ia boleh jadi panas. Cuma kita rasakan bawa payung itu mudah sebab tidak melibatkan kos. Kan? Berbeza dengan takaful, kita kena bawa dia dengan kos RM200 sebulan (merujuk bayaran kawan saya) namun RM200 itu membawa manfaat yang sangat besar salah satunya ialah kad bernilai RM50K yang boleh digunakan bila-bila masa bila sakit.

3.-Tayar Spare ... boleh rujuk disini  Takaful Bergerak . Kenapa kita sering membawa tayar spare? Pastinya kerana kita bimbang tayar kita yang empat itu bocor kan? Berapa kali dah tayar anda bocor? Anda berdoa ia bocor? Jika ikut kisah saya... saya bawa kereta sejak umur 12tahun dan kini 28 tahun..bermakna 16tahun saya telah memandu kereta dan hanya 2-3kali sahaja tayar saya bocor! Tak berbaloi saya bawa ke hulu ke hilir tayar itu, dahlah berat, menyemak dalam bonet kereta saya. Namun saya bawa juga kenapa? Takut tayar bocor la....cuma kita mudah membawanya kerana ia tidak melibatkan kos. FREE je kan bawa tayar tu tapi kita bawa juga. Cuba lihat gambar dibawah

 

Saya rasa Tindakan A adalah amalan anda kan? Siapa berani mati amal Tindakan B a.k.a tinggalkan Tayar Spare?? Saya katakan anda berdoa untuk bocor jika amal Tindakan A!!! Sebab anda bawa tayar spare..tayar spare untuk ganti tayar bocor tapi kalu tak bocor wat pe bawa? Boleh? Tak boleh kan? hehe..

Jadinya apakah amalan anda untuk kesihatan anda?


Tindakan A atau B amalan anda untuk kesihatan anda? Saya katakan  ramai amalkan Tindakan A kan? Ramai yang tinggalkan Tayar Spare! Berani mati bawa kereta tanpa Tayar Spare dan begitulah lah ramai dikalangan kita berani mati hidup tanpa ada duit yang banyak jika sudah sakit nanti. 

4. JAMBAN - Memiliki insurans perubatan umpama membina JAMBAN di rumah.
Kita tahu waktu JAMBAN dibina, ia bukan keperluan mendesak. Tapi JAMBAN mesti dibina supaya tiada masalah besar apabila yang besar nak terkeluar.
Begitulah juga dengan insurans perubatan.
Kita tahu suatu masa nanti kita akan sakit. Tapi kita tidak pasti bila. Seriusnya yang tahap bagaimana. Kebanyakan orang mengabaikannya terus. Sebab mengharapkan tandas awam yang sedia ada.
Akhirnya....
Apabila tiba masanya hajat besar perlu dipenuhi, bermulalah episod demi episod. Beruntunglah kalau tandas awam tadi cukup selesa dan berdekatan. Malang sekali kalau rumah lansung tiada JAMBAN. Tandas awam pula jauh. Kalau nak guna juga, terpaksa bersesak macam cerita orang dulu-dulu.
Ingatlah teman....
Waktu sihat ni la teman2 masih layak memohon insurans perubatan. Waktu inilah masih sempat bina JAMBAN.
JANGAN sampai nak terberak, baru gali lubang JAMBAN. Kalaulah boleh galiiiiiiiii.....]

5- Isteri :-Takaful ibarat isteri kita. Time kita sihat kita jaga dia. Time kita sakit dia jaga kita. Kalau kita mati dia jaga anak anak kita. Takaful adalah isteri yg tak kisah dimadukan. Kita boleh ambil maksimum 4 takaful sekaligus tanpa dia rasa jeles.

PS:// Jom dapatkan quotation percuma Takaful di sebelah. Just isi jer maklumat yang dimohon, dan saya akan email pada tuan-puan secepat mungkin.

mbk
perunding Takaful
0192853910

Sebelum kena Darah Tinggi (Hypertension).. Jom bertakaful

Darah tinggi (Hypertension) nie adalah pembunuh no. 1 di Malaysia. Dengan gaya hidup dan cara pemakanan kita (garam, kalori, kafein, merokok), tak hairan lah hampir 30% rakyat Malaysia ada penyakit tekanan darah tinggi.


Bahaya ke darah tinggi (hypertension) ni?

Bahaya!!!!!

Kalau tak, penyakit ni takkan dikenalai sebagai pembunuh senyap no 1 negara.

Apabila tekanan darah tinggi yang lebih serius berlaku, komplikasi yang dialalami akan lebih parah. Pembuluh darah besar jika pecah boleh mengakibatkan STROK OTAK & SERANGAN JANTUNG. Ia juga boleh mebunuh secara drastik.

Manakala pembuluh darah kecil yang pecah boleh mengakibatkan masaalah-masaalah lain seperti buah pinggang dan penglihatan. Jantung pun boleh bengkak disebabkan tekanan darah yang tinggi.

Oleh sebab itulah syarikat Insurans dan Pengendali Takaful memandang serius tentang penyakit ini. Andaikata ada peserta yang memohon takaful sedang megnidap tekanan darah tinggi (hypertension) permulaan, insurans/takaful beliau akan "rated up"/ Maksudnya beliau perlu bayar premium/sumbangan lebih dari yang sepatutnya, Bahkan mungkin akan ditolak jika tekanan darah tinggi tersebut melampau.

Kesimpulannya bermulalah dengan usia yang masih muda untuk bertakaful

PS:// Jom dapatkan quotation percuma Takaful di sebelah. Just isi jer maklumat yang dimohon, dan saya akan email pada tuan-puan secepat mungkin.

credit: http://naimrahim.com/blog/2015/04/05/sebelum-kena-darah-tinggi-hypertension-jom-ber-takaful/


Monday, April 27, 2015

Loving Couple Policy

Gambar sekadar hiasan

Banyak pulak kekawan saya yang sambut "anniversary" hari nie. Bulan April nie bulan ramai orang kahwin agaknya. Kan lebih elok kalau kasih sayang tue diserikan lagi dengan perlindungan loving couple policy. Mesti berseri seri pasangan uols.

Kebiasaanya bila ejen tawarkan Takaful, mesti mereka akan sebut kad perubatan atau omputeh nya medikal kad. Kalau apa-apa berlaku pada pasangan atau diri sendiri, medikal kad tue akan tolong bayarkan kos rawatan. Terror kan??? Tapi kalau jadi pada pasangan anda sekiranya didiagnose salah satu penyakit kritikal atau cacat lumpuh apa akan jadi pada Takaful anda? Contohnya, A ada isteri. Namanya B. Suatu hari B didiagnose salah satu penyakit kritikal, so apa akan jadi pada Takaful B? Mestilah Takaful B akan jadi FREE sehingga tarikh matang atau meninggal dunia (yang mana dahulu). Takaful A bagaimana pula? ON macam biasa. Kiranya A kena bayar yang dier punya.

Sekiranya A dan B ambil loving couple polici, apa akan terjadi? Berdasarkan kes di atas, jika B didiagnose penyakit kritikal, maka Takaful B (semestinya) akan jadi FREE dn begitu juga dengan polici Takaful A juga akan jadi FREE. Kenapa boleh jadi cam tu erk? Nielah dikatakan Loving Couple Polici. Sayang menyayang antara satu sama lain. Satu hati 2 jiwa. Cheeewahhhhh!!!!!!!!!!!!

Cheers

mbk
0192853910


Friday, April 24, 2015

TAKAFUL MERUGIKAN.... TIPU!!!


Alasan ini mmg dah biasa kita dengar tapi ape kah kesannye kepada anda & keluarga anda. Hayati lah cerita di bawah ini berkenaan pengalaman seorang rakan agent  Takaful  bersama prospek nyer. Diharap kita dapat bersama-sama mengambil ikhtibar.

Okay, ini cerita saya tentang orang yang tak nak ambil personal insurance/medical card sebab terlalu selesa dengan coverage yang company bagi.

1.         Hari Rabu baru ni, saya dapat satu phone call dari seorang prospect perempuan yang dapat flyers saya dari booth Takaful di Jusco Alpha Angle.

2.         Dia kata nak ambil medical card takaful untuk suami dan dia kata dia boleh bayar maximum RM4,000.00 setahun.

3.         Saya kata boleh je nak ambilkan untuk suami. Kalau suami sihat dan takde masalah kesihatan, dalam 2 weeks policy boleh approve dan siap.

4.         Lepas tu baru prospect tu gitau yang suami dia sebenarnya ada leukemia stage 3. Ramai yang tak tau bahawa leukemia juga adalah cancer. Dia nak ambil medical card sebab treatment cost mahal sangat.

5.         Prospect tu gitau dulu suami dia seorang electronic engineer di sebuah company selama 14 tahun. Suami dia tak nak ambil personal insurance sebab company dia cover unlimited medical bill.

6.         Pada tahun 2008, doctor diagnosed suami dia ada leukemia. Masa tu company cover semua medical bill.

7.         Bila dah start sakit, badan belum dapat sesuaikan dengan keadaan kesihatan waktu tu. So boleh kata hampir tiap2 hari suami dia cuti. Medical bill tiap2 bulan company tanggung.

8.         Pada November 2009, suami dia dapat surat diberhentikan kerja sebab tak cukup tempoh bekerja dalam setahun dan company terpaksa tanggung medical bill tinggi.

9.         Prospect tu kata, company ada bagi pampasan gratitude RM20,000 kat suami dia, tapi dah habis untuk buat leukemia treatment.

10.       Prospect tu gitau, sebulan sekali kena buat blood treatment (rawatan darah) RM2,500 dan sebulan 2 kali kena buat therapy RM600/session. Total treatment cost sebulan ialah RM3,700. Setahun RM44,400.

11.       Prospect tu tambah lagi, dia kata sekarang ni dia mampu untuk buat blood treatment je untuk suami dia sebab kalau buat therapy sekali terlampau mahal. Suami dah tak kerja, so prospect tu yang tanggung belanja family 100%. Anak 4 orang, semua masih bersekolah.

12.       Sepanjang phone call tu, prospect menangis dan merayu supaya saya tolong beliau. Saya kata saya kena contact takaful dulu untuk kepastian.

13.       Saya call leader saya  dan consult tentang kes saya ni.

14.    Leader saya kata, dia ada experience tentang kes cancer. Ada prospect dia kena cancer stage 1, dah sembuh, verified by doctor’s report, tapi still Takaful reject application prospect tu.

15.       Takaful suruh client tu tunggu 2 tahun dulu baru re-apply medical card. Medical report je dah RM400 kena bayar, last2 kena reject juga.

16.       Kalau orang yang pernah kena cancer stage 1, dah sembuh dan disahkan doctor pun kena reject dan kena tunggu 2 tahun, orang yang cancer stage 3 pula macam mana?

17.       Ada satu je jawapannya: Confirm kena REJECT on the spot. As simple as that. No backdoor exploitation.

18.       Saya pun call prospect tadi dan gitau perkara sebenar. Saya minta dia bersabar. Tapi dari suara dia, seolah-olah dia dah putus harapan dgn masa depan family dia.

19.       Moral of the story – walaupun you mampu untuk bayar RM4,000 setahun untuk Takaful, tapi kalau you dah sakit, either Takaful you approve tapi bersyarat tak cover penyakit sedia ada atau kena REJECT terus.

20.       Anda taknak ambil personal Takaful/medical card sebab company dah provide unlimited coverage? It’s up to you.

21.       Electronic engineer yang dah kerja 14 tahun dan dah senior di company tersebut pun boleh diberhentikan sebab tak productive dan merugikan company.

22.       Anda rasa anda bagaimana? Renung-renungkan la… 

Prospek : bakal klien

credit: http://kongsihal.blogspot.com/2014/11/takaful-merugikan-tipu.html

Thursday, April 23, 2015

Edisi KISAH BENAR Takaful: " Takaful menanggung kos rawatan saya"

KISAH 1 : Kepala ada ketulan darah beku akibat kemalangan

Nak berkongsi satu kisah benar..minggu lepas abang kepada seorang kawan saya terlibat dalam satu kemalangan..dia di bawa ke salah sebuah hospital di sungai buloh..ini satu kes kecemasan tetapi proses untuk di masukan ke wad ambil masa berjam2..keluarga begitu kecewa dengan perkhidmatan yang di berikan..selepas beberapa hari berada di wad keadaan pesakit semakin tenat tetapi hospital itu tidak mengambil tindakan yang sewajarnya,,keluarga pesakit itu mengambil keputusan supaya pesakit itu di bawa ke SJMC setiba nya di SJMC pemeriksaan terus di jalankan dan di dapati terdapat satu ketulan darah beku di kepala,,dan pembedahan terus di lakukan...walaubagaimanapun pembedahan tersebut menelan kos RM 10,000 dan pesakit tidak mempunyai takaful perubatan nasib baik lah syarikat tempat dia bekerja bermurah hati menanggung kos tersebut...apa yang saya ceritakan ini adalah kisah benar2 berlaku..pilihan di tangan anda tak kira walaupun anda kakitangan kerajaan ke swasta ke ada ada pilihan untuk memilih yang terbaik..kalau saya sendiri pun tak de simpanan RM 10,000 .....so sebagai langkah perlindungan saya miliki kad perubatan ..sediakan payung sebelum hujan..

KISAH 2: Masuk Prince Court dengan senang hati (Ibu dan anak)

Last week myClient cilik warded di Prince Court akibat infection kat paru-paru ( bronchitis) Allhamdullillah dgn ikhtiar rawatan pakar yang cepat dengan izin Allah dah sihat cergas.. 

Smlm dpt call tau yg ibunye plk warded kne tonsil dan perlukan operation segera!

Allhamdullillah Allah gerakkan hati ketua keluarga ini utk menyimpan dan sediakan medical card utk yg tersyg..bill berape pun tak perlu nk ssh hati, janji anak bini selesa dan cepat2 sihat!

Ini bill diorg : 
Total bill warded anak rm 6,800
Total bill isteri : dianggarkan 10k keats msh diwardedkn.

Korg nk kluokn Simpanan sbyk ni??
Kalau tak nak meh cpt apply medical card power kami, jgn nk bergantung company sgtlah.. berape je diorg nk cover. Double triple chekup blk ye

KISAH 3: Kisah sedih seorang ibu menantikan pengesahan

Dapat whats app dari client semalam. Client saya dalam proses menenangkan diri kerna tiub fallopio nya tersumbat. Dia dikhuatiri tak dapat hamil. Dah buat HSG.. Dua tempat client saya pergi, pi check up di KPJ dan pi jumpa Dr pakar bidan Dr Hamid Arshat. Start sakit sejak bulan October hingga December tahun lepas.. Banyak treatment yang dah dia buat. Baru-baru nie client saya pi buat check up sekali lagi di KPJ. KPJ mengesahkan sudah sembuh. Sekarang nie client saya nak pi jumpa Dr Hamid Arshat untuk second check up dan pengesahan. Kalau tak, client saya dinasihatkan buat Laparoskopi.
Client saya ada tanya Takaful cover tak?
Saya kata Takaful cover untuk sakit puan yang berkaitan dengan Endometriosis dan yang berkaitan dengan sistem pembiakan. Kalau nak medikal kad cover, client kena masuk warded. Jika client bersetuju untuk buat laparoskopi (dikira " a day surgery"), client boleh buat tuntutan pre and post hospilazitation *.
*Tertakluk pada tempoh bertenang medikal kad

KISAH 4: 3 IN 1

1) Klien saya yang menjalani pembedahan tonsil baru baru ni sedang beransur pulih. Kos pembedahan di Columbia Asia tak mahal, cuma rm8,000 termasuk GST.
Syukur semua Takaful cover.
Tahun lepas, klien saya yang seorang ini juga menjalani pembedahan apendictis yang memakan belanja rm22,000. Syukuurr sekali lagi, Takaful juga yang cover.
2) Klien yang warded akibat demam panas di Columbia Asia Miri juga sudah sembuh dan sudah discharge kelmarin. Kos rawatannya cuma rm3000 saja. Tak ada takaful pun boleh bayar punya ye tak? 😐.
3) GST tetap akan berjalan. Orang tetap sakit. Kematian tetap berlaku. Harga barang tetap menaik. Gaji pula ada yang menten ada yang naik ada yang hilang.
Kehidupan yang fana tetap mesti diteruskan.

KISAH 5: Kisah di surat khabar


Sy hanya mampu berkongsi.. Minat dan keterbukaan utk apply adalah drpd kesedaran anda..
Mungkin kita masih rasa diri kita kuat, sihat tubuh badan, tiada rasa takut, masih mampu bekerja..semua ini mnyebbkan kita rasa kita dalam zon selesa..

Awareness yg sy share bukanlah utk hari ni, tapi tersgt penting utk hari dikala kita terbaring di hospital, xmampu berjalan, lemah tubuh badan,
Igtlah kawan, masa itu tiada lain doktor minta kecuali WANG utk menanggung diri kita,..tapi berapa ramaikah yg sedar???
Apply lah takaful semampu anda..

mbk
0192853910

Wednesday, April 22, 2015

Peristiwa yang berlaku pada 21 April

Salam,

Cepatnya sehari berlalu.. baru sajer 21 April meninggalkan kita. Dah masuk 22 April. Apa yang istimewa nya 21 April sehingga tuan tanah tulis sempena tarikh keramat itu. Kalau nak tahu cuba baca cerita di link nie.

SILA BACA : TERIMA KASIH ATAS UCAPAN HARI LAHIR

Baiklah... sepanjang 21 April, peristiwa-peristiwa yang menarik yang boleh di kongsi bersama: -

Berkongsi Harijadi dengan orang yang popular di Dunia


Anthony Quinn  Film Actor (1915-2001)
Queen Elizabeth II (1926- )

John Muir Environmental Activist, Journalist (1838-1914)

Film Actor , Theater Actor, Television Actor (1979- )
Hari Kartini
Raden Adjeng Kartini Women's Right Activist, Journalist (1879-1904)


Raden Adjeng Kartini (lahir di Jepara, Jawa Tengah, 21 April 1879 – meninggal di Rembang, Jawa Tengah, 17 September 1904 pada umur 25 tahun) atau sebenarnya lebih tepat disebut Raden Ayu Kartini[1] adalah seorang tokoh suku Jawa dan Pahlawan Nasional Indonesia. Kartini dikenal sebagai pelopor kebangkitan perempuan pribumi. (http://id.wikipedia.org/wiki/Kartini)

21 April dalam Sejarah
  • Perang Vietnam
Tentara angkatan laut Amerika Serikat bergerilya dari tempat persembunyian mereka di selatan zona demiliterisasi setelah tiga hari berperang melawan tentara Vietnam, September 1966. Helikopter di kiri ditembak jatuh ketika hendak memberikan amunisi tambahan bagi AS. Memperingati 50 tahun perang Vietnam, sebuah buku berjudul "Vietnam: The Real War" diterbitkan dan menampilkan sekitar 300 foto paling bersejarah milik kantor berita AP. AP/Henri Huel
Perang Vietnam yang melibatkan ribuan tentara Amerika berakhir pada 21 April 1975. Perang saudara antara Vietnam Utara berideologi komunis dan Vietnam Selatan berideologi liberal terjadi sejak tahun 1957 - 1975.

Pemerintah Vietnam Selatan menyerah tanpa syarat kepada pasukan Vietnam Utara di Saigon. Presiden Vietnam Selatan yang baru menjabat selama tiga hari, Duong Van Minh, memerintahkan pasukannya untuk meletakan senjata dan menghimbau untuk menghentikan permusuhan antar saudara.

Berikut sejarah dunia lainnya yang terjadi pada 21 April :

1509: Raja Henry VII yang menjadi Raja Inggris meninggal dunia. Kedudukannya sebagai Raja Inggris digantikan oleh putranya Raja Henry VIII.

1836: Revolusi Texas berakhir dengan kemerdekaan Republik Texas. Ini adalah perang antara Texas dan Mexico

2004: Lima bom bunuh diri meledak di Iraq, menewaskan 74 orang dan melukai 160 orang lainnya. Serangan bom bunuh diri ini terjadi di tiga kantor polisi Basra, satu akademi polisi di Zubair.

credit: http://www.tempo.co/read/news/2015/04/21/121659339/Sejarah-Dunia-Hari-Ini-21-April-Perang-Vietnam

TERIMA KASIH ATAS UCAPAN HARI LAHIR



Bismillahhirahmanirrahim,

Assalamuallaikum dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Salam ukhuwah untuk semua.

Syukur kepada IIahi kerana masih dikurniakan kesihatan pada hari ini untuk kita meneruskan kehidupan di dunia ini. Walaupun dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang kita hadapi kita tetap gagah dalam menilai erti kehidupan.

Terima kasih kepada semua yang post ucapan Hari Lahir saya 21 April, Di wall post saya! Amin semua doa dan semoga Allah swt juga melimpah rahmatNya kepada anda semua dan seluruh keluarga dan keturunan! Doakan agar hajat saya melihat segala hajat dan impian anda dimakbulkan Allah swt dengan berkat selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasul saw.

mbk
0192853910

Monday, April 20, 2015

Hibah dan Takaful

Salam 1 Rejab 1436....




Mendapat whats app dari kenalan Takaful ejen berkenaan dengan hibah, membuka hati saya untuk menyertai seminar hibah dan takaful anjuran as-Salihin Trustee Berhad. Penyampaian yang santai oleh Yang Arif Dr. Hj Mohd Na'im bin Hj Mokhtar , Ketua Hakim Syarie Selangor.

Kita sedia maklum, bila kita bincang mengenai harta pusaka, kita mesti akan ingatkan Faraid. Menurut Yang Arif Dr Hj Mohd Na'im, faraid adalah jalan terakhir untuk dilaksanakan. Dan faraid itu sendiri ada pro dan contra. Kenapa hibah diketengahkan pada zaman ini? Ini kerna ada beberapa konflik dalam pembahagian harta. Untuk mengelakkan dari berlaku, hibah di kenalkan. 

Maksud Hibah

Perkataan hibah itu sendiri bukanlah asing bagi saya. Tapi apa yang saya tak tahu cara perlaksanaannya. Apa yang saya tahu, hibah adalah hadiah. Itu sahaja. Dan sekarang kebanyakan Takaful operator mengimplikasi hibah sebagai penama dan penerima. 

Hibah secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa menharapkan balasan ('iwad).

Berdasarkan definisi hibah, dapat disimpulkan ciri-ciri hibah adalah seperti berikut:- (INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA 7 Ogos 2008, Oleh Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM) 

(i) Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak. 
(ii) Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
(iii) Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
(iv) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah. 
(v) Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan. 
(vi) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu. 

Hukum Hibah

Berdasarkan kitab Al-Fiqh al-Islam Wa Adillatuh, Jilid 5, karangan Prof. Dr Wahabah Al-Zuhayli, cetakan Dar Al-Fikr, tahun 1997 muka surat 3981 berkenaan hukum hibah adalah sunat yang digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga yang terdekat.

Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat seperti berikut: 

Rukun Hibah

1. Pemberi Hibah (Al Wahib)
2. Penerima Hibah (Al-Mauhub lahu)
3. Benda yang dihibahkan (Al-Mauhub)
4. Tawaran dan penerimaan (Sighah)

Syarat-syarat sah Hibah

1. Pemberi Hibah (Al Wahib)
  • Pemilik barang yang dihibahkan 
  • Tidak dihalang oleh halangan tertentu
  • Sempurna akal, Baligh (kanak-kanak tidak mempunyai keahlian) dan rushd.
  • Secara sukarela
  • Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak. (INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA 7 Ogos 2008, Oleh Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM) 
2. Penerima Hibah (Al-Mauhub lahu)
  • Sesiapa sahaja boleh menerima asalkan berupaya menerima Hibah
  • Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. (INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA 7 Ogos 2008, Oleh Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM) 
3. Benda yang dihibahkan  (INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA 7 Ogos 2008, Oleh Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM) 
  • Ia hendaklah barang atau harta yang halal.  
  • Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.  
  • Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
  • Ia boleh diserah milikkan.
  • Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.
  • Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. Mengikut mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam. (Semasa sesi soal jawab dalam seminar hibah dan takaful, persoalan mengenai rumah yang masih dalam loan dipersoalkan, sama ada boleh dihibahkan atau tidak. Ia boleh asalkan ada keizinan dari peminjam yaitu bank. Menurut as-Salihin, bank akan "keep in silence" yang mana agak sukar untuk mendapat kerjasama dari pihak bank. Pihak bank "reluctant" untuk memberi keizinan kerana takut penerima yang baru tak dapat membayar duit rumah. Untuk elak dari tarik tali berlaku, maka, ia tidak digalakkan)
4.  Penawaran dan penerimaan (Sighah iaitu Ijab & Qabul)

Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA 7 Ogos 2008, Oleh Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM) 
  •  Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.  
  • Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.  
  • Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. 
  • Di antara contoh lafaz ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi “Aku berikan barang ini kepadamu” atau secara kinayah seperti kata pemberi “Aku telah menyerahkan hakmilik kepadamu” atau “Aku jadikan barang ini untukmu”. Sementara contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti “aku terima”, “aku redha” dan sebagainya. 
  • Dalam undang-undang Islam, sesuatu hibah itu sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti memberi milik harta tanpa balasan (‘iwad). Mengikut mazhab Maliki dan Syafie, penerimaan (qabul) itu hendaklah diambilkira dalam menentukan sah atau tidaknya sesuatu hibah. Sebaliknya, golongan Hanafi menganggap bahawa ijab sahaja sudah memadai untuk menentukan sahnya sesuatu hibah itu.
  • Secara praktik mengikut undang-undang Shariah Di Malaysia, dokumentasi amat penting bersama 2 orang saksi untuk elak dari "dispute".
  • Dalam kontek Takaful, Ijab dan Qabul harus berlaku bersama dengan penerima (beneficiary). Jika penerima tiada disitu, digalakkan mempunyai 2 orang saksi atau sms,whats app atau telefon penerima untuk aktivit Ijab dan Qabul dijalankan. Dan memandangkan Takaful berbentuk dokumentasi dan kontrak, Hibahnya adalah sah.
Mengapa Hibah ?

Seperti yang saya nyatakan, sebab hibah diketengahkan kerna wujudnya konflik pembahagian harta. Punyalah banyak kes-kes yang tiada kesudahan di Mahkamah Shariah. Jangan terkejut jika kes-kes yang berkaitan dengan harta pusaka ini boleh diperturunkan ke anak cucu cicit kita nanti. Antara konflik yang seringkali terjadi dalam pembahagian harta:

  • Tidak dapat memberikan harta kepada anak angkat. Ini kerna jika guna wasiat, harta yang ada hanya boleh diwasiatkan 1/3 sahaja. Sedangkan, pemberi hanya ada seorang sahaja anak yaitu anak angkatnya.
  • Hanya mempunyai anak perempuan
  • Tidak berpuas hati pembahagian di bawah Hukum Faraid. Ini sering terjadi diantara anak lelaki dan anak perempuan.
  • Tidak ada waris atau mereka yang layak menguruskan harta
  • Hanya mempunyai anak bawah umur dan tidak mampu menguruskan harta. Ini pentingnya ada public trutee atau pemegang amanah contoh as-Salihin.

Hukum Penarikan Balik atau Pembatalan Hibah 
(INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA 7 Ogos 2008, Oleh Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM) 

Apabila sempurna sesuatu akad hibah dengan memenuhi rukun dan syaratnya serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd), maka harta itu menjadi milik penerima hibah sekalipun tanpa balasan (‘iwad). Namun demikian, adakah hibah berkenaan boleh ditarik balik selepas itu menjadi perselisihan di kalangan fuqaha’ seperti berikut: 
  • Menurut pendapat mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh menarik balik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah tersebut walaupun telah berlaku penyerahan (qabd), kecuali jika hibah itu dibuat dengan balasan (‘iwad). 
  • Menurut pendapat mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab Maliki penarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul. Tetapi apabila disertakan dengan peyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama mana harta itu tidak ada kaitan dengan orang lain. 
  • Menurut pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh (haram) menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya. 
  • Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya...” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). 
  • Secara umumnya, para fuqaha’ bersetuju mengenai keharusan pembatalan hibah sekiranya ia dilakukan secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau melalui keputusan hakim
Sungguhpun Islam membenarkan penarikan balik hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya, tetapi ia terikat dengan syarat bahawa harta tersebut masih lagi di dalam pemilikan anaknya (cucunya). Sekiranya harta itu terkeluar dari kekuasaan dan pemilikan anaknya (cucunya) seperti telah dijual, diwakaf atau dihibah kepada orang lain dan harta itu telah diterima oleh penerima hibah (orang lain), maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik lagi. 

Hibah Dari sudut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI). Juga dikenali sebagai IFSA 2013

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759) (APKI 2013) telah mula berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013. APKI merupakan statut yang memansuhkan akta yang melibatkan Kewangan Islam di Malaysia, iaitu Akta Perbankan Islam 1983 (Akta 276) dan Akta Takaful 1984 (Akta 312). APKI diluluskan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama dengan undang-undang konvensional yang berkaitan, iaitu Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) (APK 2013). APK 2013 juga mula berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013
  • Aplikasi konsep Hibah dan pembahagian manfaat Takaful bertarikh 21 April 2003/19 Safar 1424:
    • Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengah shariah
    • Berdasarkan Hibah yang digunakan dalam pelan Takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis Hibah yang digunakan ialah Hibah bersyarat di mana Hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa tertentu.
Maksud:

Mukallaf : adalah orang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia dewasa dan mempunyai akal (akil baligh) serta telah sampai seruan agama (Syariat Islam) kepadanya.
Rushd : kemampuan atau matang atau kejelasan cara fikir

Jika berminat ingin tahu lebih mendalam dari segi sudut akademik, saya sarankan layari link ini INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DIMALAYSIA

MBK
0192853910

Thursday, April 16, 2015

Penama Bukan Pewaris – Fatwa




Di dalam undang-undang pusaka Muslim, fungsi penama adalah sebagai pemegang amanah, bukan penerima. 

Ia terpakai untuk KWSP, takaful, unit amanah, Tabung Haji dan lain-lain.


Berikut adalah petikan fatwa tersebut;

“Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-15 yang bersidang pada 6 Mac 1978 telah membincangkan Nominee (Penama). Persidangan telah memutuskan bahawa:

Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.

Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definasi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.

Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.”

Jika selama ini ada yang menyangka penama yang diletakkan di dalam borang penama takaful, unit amanah dan lain-lain sebagai penerima, masih ada masa untuk berbuat sesuatu.

Bagi takaful, ada cara terbaik untuk memastikan pampasannya menjadi milik 100% pasangan kita. Ia sesuai untuk suami isteri. Sebab itu hibah dimasukkan dalam pilihan penama.

Manakala bagi harta-harta lain seperti rumah, simpanan bank, unit amanah, saham, emas dan lain-lain, perlu melantik pemegang amanah. Pemegang amanah boleh jadi individu atau institusi.

 credit: http://afyan.com/penama-bukan-pewaris-fatwa.html

BIAR WHATS APP YANG BERBICARA





Tuesday, April 14, 2015

#KHAIDIRZAKARIA: Contoh Senarai Soalan Wasiat

 Nota Perbincangan. Contoh Senarai Soalan/Rejections/Objections



Senarai soalan yang sering ditanya.. Sesuatu yang menarik untuk dibaca. Moga blog yang seterusnya memberi jawapan yang sudah lama saya cari jawapannya. Blog ini sesuai untuk kalian menjawab persoalan mengenai hibah, faraid dan wasiat. Kalau ada sebarang pertanyaan, bolehlah ajukan pada tuan tanah ini.

1. 'Bukan kata dengan ada Wasiat semua urusan pengagihan mudah' 

2. 'Samaada memiliki Wasiat atau tiada Wasiat, masih memerlukan Mahkahmah Tinggi untuk mengeluarkan Surat Kuasa'

3. 'So, kenapa perlu saya menyediakan Wasiat?'

4. 'Kalau pergi Mahkahmah Tinggi saya perlu Lawyer/Peguam untuk dapatkan Probet? (Praticing Sivil & Sharie Lawyer) 'Buat sendiri tak boleh ke?'

5. 'Dimana nak dapatkan Sijil Faraid? Dapatkan di Mahkahmah Tinggi atau Mahkahmah Shariah?

6. 'Penting ke Sijil Faraid ni?'

7. 'Saya dah bagi harta seperti rumah, tanah, KWSP, takaful saya pada anak2, isteri secara verbal/lisan. Tak boleh ke?' 

8. 'Wasiat tu haram!' 

9. 'Bukankah Islam hanya membenarkan kita berwasiat 1/3 sahaja? Bolehkah saya wasiatkan kepada waris saya? 


(Hanya memetik beberapa soalan diblog KHAIDIRZAKARIA. Sesiapa yang berminat boleh layari ke blog ini #KHAIDIRZAKARIA: Contoh Senarai Soalan Wasiat: Tuan tanah nie seorang Trustee berkenaan wasiat (Estate Planning)


sekian :)

cheers

mbk
0192853910

[Edisi Takaful TAK penting]: Antara alasan-alasannya kenapa tak mahu ambil takaful?

Antara alasan-alasannya kenapa tak mahu ambil takaful? Hanya sebagai renungan kita bersama  kerana diriku juga pernah beri alasan yang sama sehinggalah aku ceburi profesion ini.


1. AKU NAK TUNGGU DULU LAH!
  • TAK APE… TAPI NAK TUNGGU SAMPAI BILA??? JANGAN SAMPAI TUA SEBAB PREMIUM DAH TINGGI, JANGAN SAMPAI SAKIT, SEBAB DAH TAK ADA SYARIKAT INSURANS/TAKAFUL YANG NAK TANGGUNG… AMBILLAH SEMENTARA MASIH MUDA, SIHAT DAN KUAT BEKERJA. TAHUKAH ANDA, JUMLAH CARUMAN ADALAH MURAH KETIKA MASIH MUDA DAN SIHAT SERTA TIDAK AKAN MENINGKAT SEHINGGA USIA 80 TAHUN. :)


2. APA UNTUNGNYA AMBIL TAKAFUL/INSURANS NI??
  •  BANYAK UNTUNGNYA… SEBAGAI SALAH SATU CARA UNTUK PERLINDUNGAN MASA HADAPAN, MEMANG LA MASA HADAPAN KITE TAK BOLEH TAHU  TAPI MALANG TIDAK BERBAU DAN KITA BOLEH RANCANG DARI SEKARANG… CUBA ANDA KIRA BETAPA RUGINYA ANDA TAK ADA PERLINDUNGAN TAKAFUL ANDAIKATA MASUK HOSPITAL BIL PULUH2 RIBU?? HABIS SIMPANAN BANK, NAK CARI MANE LAGI?? PINJAM MAK AYAH, SEDARA MARE, KAWAN2… DAN     YANG PALING TERUK SEKALI SAMPAI TERPAKSA HUTANG ALONG… ISH,ISH,ISH… ITU LAH SEBABNYA KENAPA TAKAFUL/INSURANS INI DAH JADI SATU KEPERLUAN UNTUK KITA… LAGIPUN DUIT CARUMAN TAKAFUL/INSURANS JADI SIMPANAN KITA JUGAK, TAK RUGI MENABUNG UNTUK MASA HADAPAN KAN?? :) )

3. AKU DAH BUAT DAH SIMPANAN UNTUK ANAK2!!
  • ALHAMDULILLAH! BAGUS! BERTUAH ANAK2 ANDA.!! ANDAIKATA KITA KENA SAKIT JANTUNG@STROKE DAN SEBAGAINYA? AGAK2 SIAPA LAGI NAK MENYIMPAN UNTUK ANAK2 YER? DUIT HABIS BAYAR BIL PERUBATAN, NAK PAKAI DUIT MANA LAGI YE?? HARU!! DUIT DISIMPAN UNTUK ANAK TADI TERPAKSA DIGUNAKAN… ADUHH..! MAKIN RAMAI ANAK2 YANG TERPAKSA BERHENTI SEKOLAH DAN TAK DAPAT SAMBUNG BELAJAR DAN KENA PULA BUAT PINJAMAN. MAKA DARI SITU DATANGNYA KEUNTUNGAN CARUMAN TAKAFUL INI YANG DAPAT MENJAMIN SIMPANAN ANDA DI SAMPING MEMBIAYAI KOS PERUBATAN ANDA, ISTERI DAN ANAK2… :D

4. SORRY, SAYA TAK MINAT LA TAKAFUL2 NIE…!


  • KAT MANE YANG TAK MINAT TU? TAKAFUL/INSURANS NI BUKANLAH SESUATU YANG HARUS DIMINATI @ ADA, ADA LA; TAKDE, TAKDE LA.. IANYA MERUPAKAN SATU KEPERLUAN DI MASA KINI… ZAMAN DAHULU KALA MUNGKIN LA, TAPI TIDAK DI ZAMAN INI… KITA HARUS BERKEMBANG MAJU DAN MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN… TAPI, SAYA ADA 1 SOALAN… ANDA ADA INSURANS KERETA TAK? KALAU ADA, KENAPA AGAKNYE YE? RASANYE PENTING KE TAK INSURANS KERETA TU BILA BERLAKU KEMALANGAN??? BUKAN SAME KE KAEDAHNYE??? :D .;D

5. COMPANY SAYA DAH TANGGUNG DAN COVER SEMUA RAWATAN DAN PERUBATAN, NAK BUAT APA TAKAFUL LAGI??

  • SAMPAI BILA AGAKNYA ANDA AKAN DICOVER?? SAMPAI PENCEN? JUST NAK INFO, ANDAI KATA SEORANG PEKERJA DISERANG KANSER, WELL, TENTULAH DAH TAK DAPAT PERFORM KERJA DGN BAGUS KAN? SEBAB KENE PERGI BUAT RAWATAN LA, KENE REHAT LA, KENE AMBIL MC LA, CUTI DAN SEBAGAINYA… SO, KALAU ANDA JADI BOSS, APE YANG ANDA BUAT DENGAN PEKERJA INI? TAKKAN COMPANY TANGGUNG SEUMUR HIDUP.. ?? BUDAK SEKOLAH PUN TAU JAWAPAN NI… KALAU DAH KENA BERHENTI, RASA2NYE SENANG KE NAK CARI KERJA LAIN? AT LEAST KALAU ADE SIMPANAN TAKAFUL DAN PAMPASAN SERTA ELAUN2 YANG ADA, ANDA BOLEH MULAKAN KERJAYA BARU DENGAN MEMULAKAN PERNIAGAAN DAN SEBAGAINYA UNTUK MENAMPUNG HIDUP DAN MENERUSKAN KEHIDUPAN… MACAMANA??? BETUL TAK??

Terfikir jugak kadang-kadang kenapa saya perlu mempunyai Pelan Takaful yang berasaskan pelaburan beserta kad perubatan sekarang walaupun saya tidak menggunakannya buat masa sekarang.

Walaubagaimanapun, bila difikirkan balik berasaskan kepada fakta-fakta masa hadapan, saya rasa bersyukur kerana dapat memilikinya sekarang :

1 – Jika kita ditakdirkan panjang umur, kita akan menjadi tua juga pada satu hari nanti. Kita mempunyai simpanan dan tidak perlu membebankan anak-anak dengan menyediakannya terlebih dahulu dengar kadar sumbangan bulanan yang cukup minima.

2 – Dengan umur yang meningkat, kos penjagaan kesihatan atau perubatan akan semakin bertambah. Tambahan lagi, pelbagai penyakit atau wabak seperti H1N1 yang boleh melanda pada bila-bila masa dan paling tidak ianya memerlukan kaedah rawatan yang terkini. Untuk rawatan yang terkinibermakna kosnya juga adalah tinggi.

3 – Kadar inflasi akan menyebabkan kos perubatan semakin meningkat pada masa akan datang. Sebagai contoh, mahu tak mahu, harga secawan kopi sekarang tidak lagi boleh diperolehi dengan harga 50 sen. Apakah yang akan berlau dalam tempoh 20 tahun akan datang? Begitu juga yang berlaku dengan kos rawatan hospital.

4 – Kita pasti pada masa hadapan hanya mereka yang tua dan berpenyakit akan terbela dan mampu dirawati oleh mereka yang sihat, bekerja dan membuat persediaan pelan Takaful bermula pada tika dan saat ini.

5 – Pelan perlindungan yang diberikan adalah sehingga berumur 80 tahun di mana keperluan takaful adalah sangat diperlukan pada ketika itu nanti.

6 – Manfaat perlindungan yang diberikan oleh majikan adalah cukup terhad dan diberikan hanya ketika anda berkhidmat dengan majikan sahaja.

7 – Setiap sumbangan yang dibuat ke atas pelan Takaful diberi pelepasan cukai oleh kerajaan. Secara tidak langsung  kepentingan diri dan keluarga diberikan perhatian terlebih dahulu.

8 – Penyakit yang bakal menghidapi diri sendiri atau keluarga tidak akan menunggu sehingga kita atau keluarga terlebih dahulu mendapatkan persediaan kos rawatan perubatan.

9 – Dengan sumbangan bulanan secara minima RM150 saya telah mendapat jaminan kewangan untuk kos perubatan tersedia bermula dengan nilai RM500,000. Pengiraan secara kasarnya adalah seperti berikut :

– Untuk menyimpan RM500,000 dengan sumbangan bulanan RM100, bermakna saya perlu membayar untuk tempoh selama 5000 bulan atau 416 tahun!!!

10 – Saya menyertai pelan Takafulink adalah kerana ianya adalah Takaful berkaitan pelaburan yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful. Sumbangan ini akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh Syariah. Secara tidak langsung, ini membolehkan anda menerima pulangan yang lebih baik sekiranya anda bercadang untuk mempunyai matlamat simpanan jangka panjang.

11 – Saya berniat untuk setiap sumbangan bulanan saya adalah sebagai derma sekiranya saya tidak menggunakannya pada hari ini saya halalkan sumbangan ini untuk digunakan kepada peserta Takaful yang memerlukan. Inilah salah satu yang dapat saya lakukan untuk membantu saudara saya yang lain. Mudah-mudahan Allah memberi keberkatan dan dimurahkan lagi rezeki.

credit: https://hazlytakafulge.wordpress.com/tag/kepentingan-takaful/