Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

CPMBKreaders

Monday, January 29, 2018

Takaful dan kes kematian mengejut


Setiap-tiap hari saya baca posting pasal kematian mengejut. Kebanyakan puncanya akibat sakit jantung.

KES 1
---------
Baru sahaja pulang hantar anak ke sekolah, dalam perjalanan pulang tiba-tiba tertidur dalam kereta. Bila Dr periksa, meninggal dunia akibat serangan jantung. Meninggalkan seorang isteri dan 3 anak.

KES 2
---------
Semasa sedang menaip di komputer, tiba-tiba rakan sekerja nampak kawannya makin tunduk ke bawah. Bila Dr periksa meninggal dunia akibat serangan jantung.

KES 3
---------
Seorang jemaah surau meninggal dunia ketika sujud. Bila di periksa oleh Dr, meninggal dunia akibat serangan jantung

Pernah dengar kan?

Tinggalkan aset yang mudah cair untuk orang yang tersayang. Plan tabung perlindungan boleh menjadi tabung kecemasan untuk keluarga. Kami nak BANTU LINDUNGI MASA DEPAN anda. Kalau anda perlukan nasihat dan pakej takaful yang benar-benar menyelesaikan bencana musibah yang menimpa nanti, set appointment dengan team #sixma atau saya sendiri. 😎 Kami akan bantu sedaya upaya kami. Tak kira anda mahu atau tidak, segala keputusan anda, anda yang menentukan. Kami hanya menolong.

#Prudentialbsntakaful
#TabungWanita
#hibahtakaful
#WomenOfInspiration

mbk
0192853910

Ada Orang

Ada orang
- Dah setahun ambik pelan takaful, tapi bila dengar ada pelan yang lagi murah, terus sign up yang baru. Bila ejen tanya khabar, senyap. Agaknye ejen baru tu tak terangkan pasal waiting period 120 hari ataupun incontestability period (1-2 tahun tu kot?)

Ada orang
- Dah set appointment nak jumpa di sekian-sekian tempat. Dah bergelas-gelas air ejen tu hirup, muka tak nampak-nampak. Call tak berangkat. (Ni paling biasa)

Ada orang
- Dah disahkan penyakit dan kena buat operation minggu depan, baru nak sign up takaful yang paling tinggi coveragenya. Masa ejen tanya dulu, jawabnya nak tunggu masa yang paling sesuai. (Ni pun biasa jugak)

Ada orang
- Yang kesedarannya sangat tinggi, sanggup terminate astro, kurangkan makan mewah semata-mata untuk sediakan perlindungan sebelum jadi perkara yang yang tak diingini.

Persoalannya di sini, anda orang yang bagaimana?

#Prudentialbsntakaful
#TabungWanita
#hibahtakaful
#WomenOfInspiration

mbk
0192853910

Edisi status Facebook : Takaful Personal Accident TAK COVER penyakit kritikal.


Alhamdulillah, Si abang ada Takaful. Dan sekarang dia sedang sakit. TAPI......... Takaful yang dia ada hanya cover kemalangan SAHAJA. Kiranya, Si abang hanya mencarum Takaful "Personnal Accident". Kalau dah ada penyakit kritikal, memang Takaful "Personal Accident" TAK COVER.

Saya sarankan tuan-puan mencarumlah juga manfaat penyakit kritikal. Jangan nak harapkan yang murah sahaja terus mencarum. Kena pastikan sebab kita nak mencarum Takaful dan plan penggantian ganti rugi income kita kena ada juga.

mbk
0192853910

Friday, January 26, 2018

FACING REALITY

Bukan mudah jadi konsultan Takaful sebenarnya. Sebab ramai orang menyampah bila kita bukak cerita pasal mati, lumpuh, sakit teruk, kemalangan mahupun masuk hospital dengan kos mahal. Mana ada orang nak dengar pasal musibah

Tapi itulah cabarannya. Kami konsultan Takaful terpaksa selamatkan anda ketika anda masih sihat, masih berupaya nak kerja dan masih hidup bahagia. Dalam erti kata lain, masa anda rasa diri anda "KEBAL". Sebab kami tau, by the time anda sudah ditimpa musibah, sudah terlambat untuk kami bantu anda. Cuma dapat bantu dengan berapa komisyen yang kami ada saja dan itu tak seberapa.


Kita perlu hadapi kenyataan hidup. Kerja Kerajaan ada pro and cons dia. Kerja swasta pun ada pro and cons dia. Takde pilihan yang perfect. Mana yang tak cukup, yang lopong, itulah kami cuba bantu dengan jaminan Takaful. Sebagai contoh, pekerja swasta yang ada KWSP dan SOCSO. Bukan semua masalah boleh selesai dengan mudah. Ada part part tertentu yang KWSP dan SOCSO tak cover. KWSP hanya cover 55 jenis penyakit kritikal sahaja dan Wang hanya boleh dikeluarkan untuk bayar hospital. Bukan untuk belanja sara hidup. SOCSO hanya cover kanser bila stage 3 atau 4. Kalau peringkat awal tu, memang belum cover lagi. Pandai pandai la anda cari sumber lain untuk rawat dan cegah dari merebak

Memang konsultan Takaful sering diberi persepsi buruk. Awal awal lagi dah letak notis Ejen Takaful dilarang masuk, tanpa anda menyedari Ejen Takaful lah yang akan bantu beri gantirugi dengan banyak kepada anda. Apa anda ingat gaji 5,000, bila meninggal boleh mintak sukahati 5,000 tiap tiap bulan dari Pusat Zakat, BaitulMal atau Jabatan Kebajikan?

Saya bercakap pasal realiti tuan puan. Tak kira pahit macam mana pun, buruk sangka macam mana pun, kami konsultan Takaful terpaksa beritahu realiti hidup ini - Yang takde siapa pun akan ganti gaji bulanan anda selama lamanya. Tak percaya, tanya orang sebelah anda!

Jangan hidup dalam alam fantasi sendiri.
Terima kenyataan dan realiti.
Buat persediaan awal dengan miliki COVERAGE TAKAFUL yang secukupnya. Bukan main hentam saja beli atau nak order itu ini, macam dah pakar sangat pasal Takaful.

Just sharing kisah seorang kenalan yang anda mungkin boleh jadikan pengajaran dan belajar sesuatu

Setelah 15 tahun bekerja dalam perkhidmatan awam, kenalan ini meninggal dunia akibat serangan jantung. Memang mengejutkan. Rupa rupanya sudah 2 tahun arwah dirawat untuk masalah jantung. Stress kerja hingga selalu kurang tidur barangkali

Pendapatan bulanannya 5,000 sebulan termasuk elaun elaun 1,000. Tinggal di Kuarters disediakan untuk kakitangan awam. Kiraan kelayakan pencen beliau

Gaji pokok x Bilangan Bulan Berkhidmat
------------
600

4,000 x 180
-------
600

= 1,200 sebulan
Bayangkan dari 5,000 sebulan, income keluarga drop tinggal 1,200 sahaja

Banyak itulah pendapatan yang beliau wariskan kepada keluarganya. Memang orang cakap kerja khidmat awam ni terjamin, namun ramai orang setakat cakap saja, tanpa membuat kiraan sebenar atau melaluinya.

Memang benar kerja khidmat awam dapat rawatan hospital percuma. Namun kerana keadaan jantung belum cukup serius, arwah hanya dapat rawatan di Hospital Serdang je, bukan di IJN. Sebab kena tunggu giliran panjang sama seperti warga tempatan lain.

Paling menyedihkan, selepas kematian arwah, keluarganya terima arahan notis keluar Kuarters Kerajaan dalam masa 3 bulan. Dalam keadaan balu arwah tak bekerja, anak ramai 5 orang dan bayaran pencen belum bermula, saya boleh bayangkan betapa susahnya hidup waris waris dia sekarang.

Saya faham, sebagai kakitangan awam, anda adalah antara orang paling liat nak ambik Takaful. Dah ada skim Kerajaan dan banyak komitmen lain antara alasan utama anda beri pada saya. Sedarlah tugas saya sebagai konsultan Takaful sebenarnya untuk sediakan Pampasan Gantirugi untuk keluarga anda teruskan kehidupan seperti biasa. Bukan kami nak menjual barang tak guna.

Kami nak BANTU LINDUNGI MASA DEPAN anda 

Kalau anda perlukan nasihat dan pakej takaful yang benar-benar menyelesaikan bencana musibah yang menimpa nanti, set appointment dengan team saya. Kami akan bantu sedaya upaya kami.

mbk
0192853910
#tabungwanita

Friday, January 19, 2018

Dekat sebulan simpan

Dekat sebulan aku fikirkan ayat ayat dan perkataan yang baik baik untuk share case claim ni,

Dekat sebulan aku simpan dan fikir cara nak susun ayat untuk apa yang aku nak sampaikan ni sampai tepat, faham dan rasa dia tu,

okay aku start;

Tahun 2017, klien aku sorang meninggal dunia, arwah dah jadi klien sejak Ogos 2015, jumpa waktu aku buka booth di Giant Shah Alam. Sibuk dia kejar anak dia berlari , aku tegur, macam biasa kan agent Insurans tiba tiba muncul masa tengah jalan jalan di Shopping Mall ke tengah beli groceries ke apa. “Assalamualaikum kak, akak dah buat Takaful kak?” Pendek santai sampai soalan tu.

Fast forward ke tahun 2017 bulan Julai, abang kepada arwah call aku kata adik dia meninggal dunia kemungkinan punca dari demam denggi berdarah. Okay, stop di situ kejap, bear in mind , arwah tak pernah ada sakit yang serious, basically health record, clean, MC di company tempat dia kerja pun tak banyak , nothing chronic atau major dan tiada regular Doctors. “Sudden Death” , itu statement pihak polis penyiasat (Investigation Officer). Post mortem juga tidak dapat conclude apa apa cause of death, “unascertained” kata doctor Pathologist.

Apa yang aku nak bagi sampai adalah, arwah yang aku jumpa kira kira 2 tahun lebih lepas, sihat dan takda sejarah sakit, clear dia ada anak kecil 2 orang, sorang 7 tahun sorang lagi 5 tahun, sedang membesar , insyaAllah masih jauh perjalanan, beliau jelas yang anak masih jauh perjalanan hidup ini , dan ayat simple, anak anak perlu duit belanja.

Kita mati hari ni, dimandikan , dikafankan, dikebumikan, ditalkinkan, esok isteri dan anak anak kena teruskan hidup, besok besok dah kena ke sekolah dan pergi kerja, perjalanan adalah kos, segala bentuk loan masih perlu dibayar balik, segala jenis bil juga masih perlu dijelaskan, begini, bil telco takkan kata , “oh ayah atau suami atau ibu you meninggal eh?, bulan ni tak payah bayar, kami turut bersimpati” , bank juga takkan kata, “oh spouse you meninggal? Okay semua urusan kami selesaikan, you sit and relax and home, let me do everything and waive off all outstandings”.

Kehidupan akan tetap diteruskan tanpa anda, cuma apa yang aku nak tanya? What will your anak anak and spouse be like without you ? Apa yang kau tinggalkan untuk keluarga? Hutang ? Simpanan semata semata ? Akan difaraidhkan, akan ambil masa untuk diagihkan. Sebelum selesai urusan pengagihan, kehidupan orang yang ditinggalkan perlu diteruskan , esok masih kena makan minum, duit belanja, buku buku, pakaian, beli ikan, telur, susu, roti dan hal dapur bukan beli dengan simpati.

Ingat perkataan ini, Hibah. Dari post sebelum sebelum ni juga aku ada mention Hibah , dan aku akan tetap terus cerita perihal Hibah sampai kau boring , sebab percayalah, keluarga yang kau tinggalkan bila kau meninggal nanti takkan boring tanya status Hibah yang kau tinggalkan. Ini real.

Akhir sekali, claim selesai , alhamdulillah. Claim kematian ke 2 sepanjang aku jadi ejen Takaful. Anak anak arwah 2 orang dapat apa yang arwah niatkan pada mula dia tandatangan di atas borang Takaful. Ambil Takaful ni basically is Life and Death punya decision, apa kita buat hari ni, samaada akan menyusahkan family kita atau mudahkan urusan waris kita. Kau yang pilih mana satu. Pertemuan biasa seorang ejen insurans dan klien pada tahun 2015 dengan niat untuk mudahkan urusan keluarga.

Berapa amaun nak ditinggalkan ? The moment kau fikirkan soal survival keluarga lepas kau pergi dan kau tenang, insyaAllah itu amaunnya.

Janji last sekali ,

I thank you kepada semua who support and trust the journey. Thank you thank you thank you ❤️

kredit: FB Fidi Rizal



mbk
0192853919

Wednesday, January 17, 2018

KANSER OVARI

Saya terdiam kejap bila baca status nie. Mana taknya.. dari cyst ke hysterectomy (buang rahim) dan detect ada kanser (peringkat awal kalau tak silap). Kalau begini apa takaful boleh bantu?

1. Kos rawatan kad perubatan tolong bayarkan. (dalam gambar ada tunjuk pasal Final Pre Authorization Letter approval).
2. Kimotherapy boleh claim 
3. Jika dia ada manfaat Takaful Wanita, dia boleh claim pampasan penyakit kanser wanita pada tahap awal. Takaful Wanita boleh jadi manfaat tambahan (rider) atau stand alone polisi.
4. Jika virus kanser sudah malignant, pencarum boleh claim pampasan penyakit kritikal (dibayar lump sum). Boleh dituntut sekali seumur hidup.
5. Jika polisi nya ada income untuk penyakit kritikal, setiap tahun pihak Takaful akan bayar income secara tahunan.

Mohon periksa polisi sendiri untuk item no 3,4 dan 5.

Jika nilai perlindungan pampasan penyakit kritikal hanya setakat RM10,000 atau RM20,000, saya SARANKAN 100% untuk UPGRADE JUMLAH PAMPASAN TERSEBUT. Nilai RM10,000 atau RM20,000 nampak banyak buat masa sekarang. Ia akan nampak kecil bila musibah datang. Saya SARANKAN juga untuk kaum Wanita mengambil Takaful untuk Wanita. Takaful Wanita boleh dibuat claim jika kanser masih diperingkat awal sama ada karsinoma in situ atau permulaan kanser. Sekali terkena, mana nak cekau duit. Pampasan penyakit kritikal hanya boleh claim bila virus kanser sudah malignant. Kalau masih diperingkat awal, Tak boleh nak claim lagi.

Bila seseorang itu sakit, bab duitlah yang jadi pilihan utama. Kerna kemungkinan pendapatan kita akan terjejas. Lebih-lebih lagi bila majikan sudah berhentikan pekerja itu kerana dia sudah jadi liability pada syarikat. Pendapatan takaful inilah yang akan membantu meringankan beban kewangan. Tak adalah di kemudian hari kita jadi rimas bila fikir pasal duit untuk menaampung kos kehidupan dan rawatan. Dahlah sakit..Makin sakit pula.



mbk
0192853910

Tuesday, January 16, 2018

Kalau encik rasa encik nak ambil Takaful 2-3 bulan pastu nak terminate, saya nasihatkan baik encik jangan ambil.. Encik tak rugi, saya lagi senang hati..

Prospek : Kalau saya sign up hari ni.. 2-3 bulan lagi saya terminate boleh tak ???

Agent : Kalau encik rasa encik nak ambil Takaful 2-3 bulan pastu nak terminate, saya nasihatkan baik encik jangan ambil.. Encik tak rugi, saya lagi senang hati..

Prospek : Eh.. Kenapa pulak ???

Agent : Bila encik terminate mesti encik nakkan semula duit yang encik bayar kan ??? Dah tentu encik takkan dapat apa-apa kerana company dah bagi perlindungan pada encik..

Prospek : Habis tu RUGI la saya ambil kalau stop tak dapat apa-apa ??

Agent : Encik rasa rugi sebab dalam tempoh tu encik tak klaim kan ??? Bagaimana pulak situasi jika encik baru ambil sebulan dan encik dah klaim untuk accident beribu ringgit??? Encik rasa RUGI tak ????

Cth nya Baru bayar RM150 dah klaim RM10,000 !!! tak rasa rugi kan... Malah rasa untung nya ada Takaful.. Tapi kesian kan.. Orang yang dok bayar bertahun-tahun tapi tak klaim-klaim.. Lagi rasa rugi... Betul ke ??

Tak de orang yang nak sakit kan ??? Bila kita tak klaim sepatutnya BERSYUKUR sebab Allah bagi nikmat sihat kat kita.. Nikmat Sihat tu lebih berharga dari segalanya.. Takaful yang kita ambil bukan lah untuk KAUT UNTUNG tapi hanya sebagai PERSEDIAAN bila kita sakit kita ada persediaan kewangan ke arah itu..

Dan encik kena faham.. Bila kita sakit dan kita klaim sebenarnya kita telah gunakan duit sumbangan kawan2 kita yang lain.. Itu lah konsep TAKAFUL... Bagi yang tak klaim jangan risau kerana PAHALA dan ganjaran Allah lebih dr segalanya.. Bantu ringankan beban orang yang ditimpa musibah juga dituntut dalam ISLAM..

Pilihlah TAKAFUL dalam kehidupan anda..

mbk <3 p="">0192853910


Monday, January 15, 2018

KISAH SEORANG EJEN : Pengalaman membuat tuntutan Pampasan Kematian dan hibah

Syukur Alhamdulillah...urusan saya dan waris arwah client saya dipermudahkan oleh pihak Takaful.

Ini lah amanat terakhir oleh arwah yg diberikan kepada saya.
Gembira ada... sedih pun ada...πŸ˜₯
Memegang amanat isteri beliau supaya tidak didedahkan nama beliau, sy hanya blh berkongsi berita ini dgn rakan-rakan di dalam FB ini dengan gambar cek yg bernilai RM 458,000++.
Syukur arwah HIBAH kan kepada isterinya untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

Sedikit cerita di sebalik kisah arwah;

* Mengambil polisi - 25 Nov 2014
* Disahkan cancer - 28 Sept 2016
* Premium RM 870 / sebulan (Total premium
dibayar client ( RM 19k)
* Waive Premium (Free) - Oct 2016
* Kos Rawatan Oleh Prudential (Chemo/
Radiotherapy) RM200k
* Pampasan Sakit Kritikal Oleh Prudential -
RM 200k ( 14 Feb 2017 )
* Meninggal dunia ( Oct 2017)
* Dukumen submitted ( Nov 2017)
* Pampasan Meninggal 30 Disember 2017
( RM 458,000.00++)

Alhamdulillah..

Ambillah kisah ini sebagai iktibar, jangan mudah mempercayai cerita mereka yang gagal claim kerana kita belum tahu cerita sebenar hujung pangkal sesebuah kisah itu. Lepas tu bila sakit or dalam kesusahan siapa yang akan bantu???

Saya hanya Perunding Takaful yg menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh pelanggan saya.
Sebarang pertanyaan boleh lah tanya kepada saya.

Credit to Mis Hasliana Bakar




mbk
0192853910

Friday, January 12, 2018

BERHATI-HATI BILA NAK DUDUK BAWAH KIPAS DI RESTAURANT

Assalamualaikum. Ini kisah benar seperti dimuat status ejen Ezzaty Azham.
Pagi pukul 10am, client saya pg ke mamak utk breakfast, and unexpected event happened. Kipas yg tgh berpusing tu jatuh and bilah kipas terkena tepi kepala client saya. Polisi client baru beberapa bulan. Alhamdulillah kes accident mmg dicover terus oleh Prudential Bsn Takaful.
Client ke Princecourt dibawa ke emergency utk xray. Alhamdulillah, tak ada apa yg serius tpi terpaksa cukur juga rambut tepi and jahit. πŸ€•
Nasib baik trus ambil medical card and tak tangguh2 lagi dah.
Pada sesiapa yg masih belum ambil medical card atau life protection, yg masih bertangguh, yg masih tak faham. I am here to help ❤️
Credit by Ezzaty Azham
MBK
0192853910



Wednesday, January 10, 2018

Berapa tempoh polisi takaful anda?

Antara perkara penting dalam melanggan polisi takaful ialah berapa lama tempoh polisi tersebut berkuatkuasa.

⏱ Secara idealnya, bagi tujuan untuk melindungi pendapatan (income protection), tempoh perlindungan yang perlu kita langgan ialah sehingga umur persaraan iaitu sehingga usia kita 60 tahun.

Sebab, fungsi "income protection" ketika kita mempunyai pendapatan. Jika sudah tiada pendapatan, ia tidak lagi relevan.

⏱ Manakala bagi medical card dan coverage penyakit kritikal pula, sehingga akhir hayat.

Sebab, kita memerlukan medical card dan coverage penyakit kritikal tidak kira mempunyai pendapatan atau tidak.

⏱ Begitu juga jika anda melanggan polisi takaful sebagai persediaan pusaka atau hibah untuk diwariskan kepada anak-anak, perlu tempoh sehingga akhir hayat.

Sebab, supaya ia berfungsi sebagai manfaat pusaka untuk waris tidak kira waktu kita meninggal dunia, sama ada sebelum atau selepas bersara.

⁉️ Persoalan penting: Berapakah jangka hayat umur kita? Tiada siapa yang tahu kecuali Yang Maha Esa.

Secara purata, berikut ialah jangka hayat rakyat Malaysia ialah;

πŸ‘¨ Umur 73 tahun bagi lelaki
πŸ‘© Umur 79 tahun bagi wanita.

Statistik dan berita menunjukkan jumlah golongan tua semakin bertambah pada masa akan datang.

Satu sudut positif, ia menunjukkan rakyat Malaysia semakin panjang usia mereka.

Tapi satu sudut lain, berapa ramai yang bersedia untuk menghadapi hari tua mereka?

Selain merancang untuk mengumpul dana persaraan, antara persediaan penting ialah untuk merancang plan takaful.

Dalam merancang berapa banyak coverage takaful yang perlu dilanggan, kita perlu merancang dengan baik berapa lama tempoh polisi yang dilanggan.

Jika tempoh polisi di bawah 70 tahun, berhati-hati. Lebih-lebih lagi medical card dan sakit kritikal.

Malah jika anda merancang takaful untuk manfaat hibah atau pusaka kepada ahli waris pun perlu pertimbangkan faktor ini.

Bayangkan, jika coverage hanya sampai 70 tahun sahaja?

Apa yang terjadi selepas usia itu?

✖ Polisi medical card anda akan tamat pada usia 70. Jika penyakit anda berterus-terusan, kos rawatan selepas umur 70 anda terpaksa gunakan wang dari poket sendiri.

✖ Polisi takaful "hibah" anda juga akan tamat pada usia 70. Bermakna, jika berlaku kematian pada usia 71 tahun, tidak ada sebarang manfaat hibah takaful untuk ahli keluarga.

Ada pro dan kontra di sini.

Kalau tanya saya berapa tempoh polisi takaful yang ideal, bagi saya sekurang-kurangnya 80 tahun. Lagi panjang lagi bagus.

Sebab, ia berbalik kepada tujuan kita melanggan polisi takaful.

Tujuan kita melanggan adalah untuk menghadapi musibah terutama 3 musibah utama iaitu kematian, lumpuh & sakit kritikal. Dan, kita tidak tahu bila musibah itu berlaku.

Kematian itu pasti, tapi kita tidak tahu bila kita akan mati.

Atas sebab itu, tempoh polisi sebaiknya ialah semaksimum tempoh yang boleh dilanggan.

Sebab musibah pasti akan berlaku; cepat, lambat, lambat-laun.

⏱ Berapa cepat? Mungkin beberapa saat, beberapa minit, beberapa hari, beberapa bulan selepas kita sign up polisi.

⏱ Berapa lambat? Mungkin setahun, dua tahun, 5 tahun, 10 tahun selepas kita sign up polisi.

⏱ Berapa lambat-laun? Mungkin 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun. Siapa tahu?

Jadi, apabila melanggan polisi perlu mengambil sebarang kebarangkalian ini.

Polisi yang saya langgan,

πŸ“‘ Coverage kematian dan lumpuh hingga umur 100 tahun.

πŸ“‘ Coverage penyakit kritikal hingga umur 100 tahun.

πŸ“‘ Coverage medical card pun sehingga umur 100 tahun. Malah coverage medical card meningkat 10% setiap 3 tahun.

Manfaat-manfaat di atas boleh dilanggan dengan sumbangan takaful di bawah RM200 sebulan bagi usia bawah 35 tahun.

Lebih muda, lebih tinggi manfaat yang diperolehi.

Jika tanpa medical card, dengan bermula RM100 sebulan boleh dapat coverage RM200K ke RM300K bagi manfaat kematian, lumpuh dan penyakit kritikal.

Tempoh polisi: Hingga umur 100 tahun.

Jika polisi takaful panjang, boleh ditamatkan awal jika kita menukar perancangan.

Tapi jika polisi hanya sampai umur 70, dan ketika sampai usia itu, kita hendak sambung polisi tersebut disebabkan kita perlukan perlindungan tersebut, maka ia sudah terlambat untuk menyambung polisi berkenaan.

Semak polisi anda sekarang.

Jika mahukan bantuan untuk review polisi daripada, boleh PM tepi.

kredit: #TeamINFAQTakaful

Tips & Tricks Takaful : Body Mass Index


Sebelum mulakan kerja, nak share sikit tips untuk memohon pelan takaful peribadi 😊
.
BMI (body mass index) yang normal memudahkan proses permohonan lulus. Ini sebahagian dari ciri-ciri pemohon yang sihat.
.
Contoh pengiraan BMI
BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]
.
Bawah 18.5 = underweight
18.5 - 24.9 = normal
25.0 - 29.9 = overweight
30.0 ke atas = obese
.
*pengiraan ini tidak sesuai untuk kanak-kanak, wanita hamil, ahli sukan bina badan
.
Kebiasaannya, semakin tinggi nilai BMI, semakin tinggi risiko untuk menghidap penyakit merbahaya seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan strok. 
.
Begitu juga dengan underweight di mana ia juga berisiko menghidap penyakit merbahaya seperti masalah jantung, daya tahan badan lemah, anaemia dan lain-lain.
.
Sebab tu kadang-kadang ada permohonan pelan takaful yang perlukan medical check up atau tidak diluluskan kerana keadaan kesihatan yang berisiko tinggi.
.
Amalan pemakan sihat sangat penting untuk kehidupan yang sihat. Dapatkan nasihat pakar sekiranya BMI tidak normal.
.
Tapi kalau BMI tidak normal, jangan mudah kecewa. Kita boleh cuba mohon dulu pelan takaful. Pihak syarikat yang akan tentukan permohonan itu lulus atau tidak.
.
#loveyourself
#sharingiscaring❤️

dari FB: Hidayah Hashim

mbk: 0192853910

Tuesday, January 9, 2018

Saya bukan Ah Long , Saya nak tolong


Saya bukan Ah Long. Saya nak tolong...
Kalau agent takaful ada call dan nak set appointment dengan awk bukan bermakna awk wajib kena ambk lah ,πŸ˜…tujuan agent tu hanya ingin berkongsi tentang kebaikan takaful yang mugkin dapat menbantu awk satu hari nanti.

Tidak akan ada orang paksa pon untuk awak ambik yer.

P/s: kita agent makan nasi gak, tak makan orang. Silap2 jumpa tu kita belanja awk makan nasi. Kan ada juga kebaikan jumpa tu. Siapa nk jumpa saya? Angkat tangan sket.

mbk
0192853910

#sixmataqwadreamteam
#prubsntakaful
#jomjoinsixma

Credit to Ahmad Farhanudin Prudential

Monday, January 8, 2018

Picture Speaks A Thousand Words. Renungkan dengan mata hati.


mbk
0192853910

[Edisi hari ini dalam sejarah] Hari ini penjawat awam dapat bonus

Hari ini penjawat awam akan senyum sampai ke telinga kerna dapat Vitamin B. Diharap mereka berhemah dalam perbelanjaan. Dah nak elok lagi buat akaun perlindungan untuk diri sendiri atau keluarga. Kalau diri sendiri sudah ada akaun perlindungan untuk plan penggantian gaji, keluarga tersayang tak adalah terbeban dengan masalah hutang atau terbeban dengan perbelanjaan harian apabila kita tak ada.

mbk
0192853910


Polisi takaful anda ada manfaat tambahan (rider) untuk sakit kritikal ? Adakah ia jenis ‘accelerated’ ? Atau ‘additional’ ?


Polisi takaful anda ada manfaat tambahan (rider) untuk sakit kritikal ?

Adakah ia jenis ‘accelerated’ ? Atau ‘additional’ ?

Maksud ‘accelerated’ ialah apabila anda sudah claim untuk manfaat sakit kritikal tersebut, ia akan ditolak dari ‘sum covered’.

Sebagai contoh :

Sum covered = RM 200,000
Sakit kritikal = RM 100,000

Jadi, bila anda sudah claim RM 100,000 untuk sakit kritikal, baki yang tinggal untuk anda claim bila berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh (TPD) ialah RM 100,000 saja, bukan RM 200,000.

‘Additional’ pula bermaksud bila anda sudah claim RM 100,000 untuk sakit kritikal, ia tidak akan menolak ‘sum covered’ yang ada. Jadi, anda masih boleh claim RM 200,000 bila berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh (TPD).
.

Cuba semak atau ‘review’ semula polisi sedia ada anda samada manfaat sakit kritikal tersebut jenis ‘accelerated’ atau ‘additional’.

Kalau nak minta tolong mbk ‘review’kan pun boleh.

Belajar sesuatu ?

kredit: SN INFAQ Consultancy

mbk
0192853910

Friday, January 5, 2018

Loving Couple Policy

1.Kedua-dua pasangan suami isteri mencarum Takaful dengan jumlah pampasan kematian RM100,000.

2.Untuk takaful Isteri, dia letak penama atas nama suami, manakala penama untuk takaful suami adalah nama isteri. Mereka berdua memilih Hibah sebagai pembahagian harta pusaka.

3.Jika ditakdirkan, Si Suami meninggal dahulu, pampasan suami sebanyak RM100,000 akan diberi kepada Isteri secara automatik tanpa melibatkan faraid.

4. Begitu juga dengan polisi Isteri, jika Isteri meninggal dahulu, pampasan Isteri sebanyak RM100,000 akan diberi kepada suami secara automatik tanpa melibatkan faraid.

5.Jika kedua-dua pasangan ini meninggal dunia, maka pampasan itu akan menjadi faraid.

Mengapa penting loving couple policy nie? Malang memang tak berbau. Jika si suami sudah tiada dan tiada takaful ,dan kebetulan pula si isteri hanya seorang suri rumah, pasti akan membawa masalah dengan perbelanjaan harian. Disini pentingya policy ini dapat meringankan beban kewangan untuk orang yang tersayang.

mbk
0192853910

Tuesday, January 2, 2018

Jangan bersangka-sangka vol 2

Beli rumah ratus ribu, juta, kita rasa syok. Tapi isunya bila mati siapa nak sambung bayar? Kena pikir sumber WARIS nak cover hutang.-Credit to Sufyan Bakir

Tak perlu bimbang...kalau yang beli rumah tue, kan dah ada Insurans nyawa untuk rumah. MRTA tue...

Cuba kita hayati kes dibawah. Nie KISAH BENAR. Kerna ramai org bersangka-sangkalah ada kes seperti ini. Cer kita baca:-

Kes 1
Isteri maklumkan kpd bank suami dh meninggal. Mntk settlekan loan dgn mrta yg dh dibyr. Insurans kata polisi dh expired. Rupanya polisi diberi utk 5 thn je.

Kes 2
Insurans bagitau isteri, MRTA arwah suami cover 300k. Hutang masih ada 400k. Isteri kene cari lagi 100k utk bayar the difference.

Real case. Dah berlaku. Check polisi MRTA masing-masing.


mbk
0192853910

Yang ramai bersangka-sangka vol 1:-

Yang ramai bersangka-sangka :-

“takpe.. mati nanti ada insuran cover.”

“Takpe.. mati nanti rumah FREE

Yang bersangka-sangka inilah yang bahaya. Ingatkan polisi masih aktif..rupanya dah lapsed atau dah surrender sebulan yang lepas. Nak buat macam mana dah...

Yang bersangka-sangka inilah yang bahaya. Ingatkan nak dapat MRTA nie senang. Boleh tolong bayarkan rumah nanti bila mati..Rupa-rupanya kena hadap pelbagai dokumentasi yang memang ambik masa. Sampai waris terutama isteri pun kena dahulukan duit yang mana ada untuk bayar pada peguam untuk dapatkan surat LA, bayar ini , bayar itu hingga selesai. Dahlah kena pakai duit untuk bayar kos guaman, kalau lambat bayar bank dah kena interest. Nak pakai duit untuk belanja harian lagi.

Sebab itu kebanyakkan ejen nasihatkan ambik Takaful secara hibah kerna duit Takaful nie adalah aset yang mudah cair. Cepat lah dari prosedur MRTA tue.


mbk
0192853910

> APAKAH INCOME PROTECTION?

****************************

BACA ARTIKEL BERKENAAN: LOVING COUPLE POLICIES

BACA ARTIKEL BERKENAAN: LOVING COUPLE POLICY

BACA ARTIKEL BERKENAAN: ABANG HADIAHKAN POLICI INI TILL JANNAH

BACA ARTIKEL BERKENAAN: ❤ Loving Couple Policy  ❤


BACA ARTIKEL BERKENAAN: BEBANAN UNTUK KELUARGA: Gambar nie buat orang terkejut

Ia adalah sebuah pelan perlindungan yang boleh menggantikan pendapatan seseorang jika berlaku:-

-KEMATIAN
-LUMPUH
-SAKIT KRITIKAL

> BAGAIMANA INCOME PROTECTION MEMBANTU ANDA?

Jika berlaku salah satu daripada musibah di atas, anda / waris akan memperolehi sejumlah wang perlindungan seperti mana yang dipersetujui.

Contoh, Ali membayar Rm100 sebulan dengan jumlah perlindungan sebanyak RM200,000 untuk kematian, dan Rm100,000 untuk sakit kritikal. Jika berlaku sakit kritikal, Ali akan memperolehi Rm100,000. Rm200,000 akan diperolehi jika berlaku kematian.

> SIAPA YANG PATUT MEMPUNYAI PELAN INI?

Suami atau Isteri yang mempunyai lebihan dalam pendapatan. Konsep Loving Couple Polisi sesuai untuk suami Isteri.

Sesiapa sahaja yang menyedari kepentingan pengurusan Kewangan.

> PENDAPATAN SAYA CUKUP-CUKUP JE UNTUK HIDUP, MACAM MANA?

Kita aturkan dahulu pertemuan bagi tujuan konsultansi kewangan.

kredit: Mueez Ahmad

mardiyah
www.wasap.my/60192853910