Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

CPMBKreaders

Tuesday, February 19, 2019

Curhat Rita Rudaini



Curahan hati (curhat) artis Rita Rudaini. Kalau terjadi sebarang musibah padanya, anak-anaknya macam mana nanti? 

Siapa nak jawab? Sila angkat kaki 😷🙋

Sebab itulah Rita Rudaini buat persiapan awal untuk kelangsungan hidup anak-anaknya. Si ibu sudah sediakan aset tunai berbentuk hibah Takaful siap-siap untuk anaknya. 

Belum terlambat nak ambik tahu. Bolehlah anda semua, cari ejen sampai dapat. Kalau tak dapat, boleh cari saya. Cepat .... Sebelum 31.03.2019.

#cpmbk (che puan mbk)
0192853910

akupenjualinsurans.blogspot.com

Thursday, February 7, 2019

#JannahCinta


Bersempena bulan cinta, agensi kami ada menawarkan kempen #JannahCinta untuk pasangan yang ingin berumahtangga. Ya, saya akui agak sukar untuk menarik minat pasangan muda untuk buka pintu hati mereka mencintai dan berkenalan dengan kempen ini. Tujuan kempen ini, ingin memberi kesedaran akan kepentingan meninggalkan aset yang mudah cair kepada isteri atau #JannahCinta dapat cover loss income jika berlaku jika total permanent disability atau diagnose penyakit kritikal. Perbelanjaan baru pun wujud bila seseorang dilanda musibah. Stress pun tanpa disedari disemai secara perlahan-lahan. Jika kita diberhentikan kerja kerana sakit atau lumpuh, duit yang tinggal hanya simpanan. Tapi, simpanan tuelah akan cepat habis bila ia dikorek-korek setiap hari.

Solusinya, mencarum lah Takaful yang fokus pada income replacement yang kami panggil kempen #JannahCinta. Pabila suami dilanda penyakit kritikal, duit yang dapat itu boleh lah cover perbelanjaan harian seperti bayarkan bill api dan air, loan rumah, loan kereta, personal loan, sewa rumah, belikan barang-barang dapur seperti barang minyak, gula,garam,bawang, ikan,sayur, ayam.  Duit ini juga PERLU untuk bayaran rawatan alternatif (jika aada), ubat-ubatan yang takaful tak cover seperti vitamin, supplement tambahan untuk menambahkan tenaga dan nutrisi. Dan juga untuk perbelanjaan anak-anak - yuran sekolah, alat sekolah, Pampers, perbelanjaan ubatan anak-anak, pakaian, makanan.

Berapa En Suami PERLU ada coverage #JannahCinta ini? Untuk kematian PERLU ada 10 tahun gaji dan untuk manfaat penyakit kritikal atau kemalangan PERLU sediakan 2@3 tahun gaji (min). 


Teringat kata-kata seorang penceramah di tempat kursus kahwin ketika team kami buka booth disana, mereka yang datang kursus nie tak pandang Takaful nie. Kesedaran dan celik Takaful belum ada ketika ini. Apa yang mereka tahu nak kahwin dan nak selesaikan perkara yang berkaitan perkahwinan sahaja. Bila mereka ada anak, baru tersedar akan kepentingan Takaful ini. Kalau yang ada sekarang pun sikit jer. Ya, saya akui agak sukar nak tackle golongan muda terutama pasangan yang baru nak kahwin. Maklumlah, banyak duit nak pakai untuk melangsungkan perkahwinan. Sebab itu priority mereka hanya terjurus perkahwinan sahaja. Itulah cabaran kami dalam berdakwah bab Takaful. Salah satu modul kursus kahwin ada menyentuh takaful dalam pengurusan kewangan. Saya harap mereka yang datang dapat menimba ilmu itu sebaik mungkin.

#cpmbk
0192853910

Sunday, February 3, 2019

#PERLU_KE_ORANG_KERAJAAN_ADA INSURANS ❓❓


Keistimewaan pegawai kerajaan di hospital kerajaan ialah mendapat rawatan percuma sahaja.

Tetapi senarai menunggu masih perlu diikut jika penyakit anda tidak urgent. Urgent di sini maksudnya ialah kalau tidak dirawat segera, boleh mati.

Makin segera kematian kalau tidak dirawat, makin urgentlah kes tersebut. Kalau tak rawat pun tak mati maksudnya tak urgent dan boleh masuk ke senarai menunggu. Dalam senarai menunggu, siapa yang datang dulu dia dapat.

Di sini anda perlu faham yang ada sakit yang boleh dirawat dengan ubat tahan sakit. Walaupun orang tersebut mengalami kesakitan sekali-sekala, dan penyakit yang dia alami tidak akan menyebabkan kematian (hanya menyebabkan kesakitan) jadi ada kemungkinan kami akan beri ubat tahan sakit dan orang tersebut masih akan berada dalam senarai menunggu.

Perkara ini memang digunapakai di semua hospital kerajaan sejak dahulu lagi. Saya yang doktor ini kalau mahu mendapatkan rawatan pun, saya perlu ikut procedure ini. Walaupun doktor bedah itu kawan kelas saya dulu. Saya masih kena hormat polisi, undang-undang dan pesakit lain yang sudah berada di senarai menunggu.

Jika saya nak cepat, saya perlu pergi ke hospital swasta dan bayar apa yang mereka sudah tetapkan. Melainkan jika saya ada insurans. Insurans akan bayar untuk pihak saya.

Mesti anda tertanya-tanya kan, kenapa kerajaan lembap sangat, tak upgarde sistem ke? Sebenarnya kerajaan dah banyak tambah dan besarkan hospital dan klinik kesihatan. Tetapi saya pun heran, sebab setiap kali kerajaan tambah hospital, tambah staf, tambah besar ruang hospital/klinik, setiap kali itu juga pesakit pun tiba-tiba bertambah ramai memenuhi ruang yang baru sahaja dibuat tersebut. Entah daripada mana semua orang ini datang pun sukar untuk saya kenal pasti.

 Tetapi, apa yang pasti adalah fasiliti kesihatan kerajaan masih lagi digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia. Berbeza dengan swasta yang hanya digunakan oleh segelintir masyarakat kita terutamanya golongan yang kaya. Kerana itulah pesakit di hospital swasta tidak ramai berbanding di hospital kerajaan.

Tempat duduk ruang menunggu hospital swasta selalu banyak kosong walaupun tidak begitu banyak kerusi disediakan. Berbeza dengan hospital kerajaan yang tempat duduk di ruang menunggunya (walaupun banyak macam dalam wayang) penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri.

Jadi sebab itu, hospital swasta boleh untuk melakukan pembedahan atau apa-apa procedure sebaik sahaja penyakit dikesan. Hospital swasta tidak memerlukan senarai menunggu kerana tidak ramai pesakit yang datang ke hospital mereka. Pembedahan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun sebenarnya ianya tidak begitu urgent.

Lagi pun, orang kaya selalunya rajin buat senaman dan makan makanan yang sihat. Jadi mereka biasanya hidup lebih lama dan masih kekal sihat.

Saya bukan nak buat promosi, tapi memang bagus kalau ada insurans. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai yang dah ada penyakit sebelum umur 30 tahun pun. Baru masuk umur 40 tahun ada yang dah masuk hospital banyak kali.

Ingat, walaupun anda kerja kerajaan dan dapat rawatan percuma di hospital kerajaan, tetapi anda masih tetap perlu mengikut polisi dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kalau anda jenis kurang sabar, sila ambil insurans untuk anda dan keluarga 😎