Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Friday, March 30, 2012

Medical Card Satu Pembaziran Untuk Pekerja?

Nak share blog ditulis oleh ejen insurans. Moga boleh diambil iktibar dan pedoman di hari Jumaat ini....


“Saya seorang pekerja, kenapa saya perlukan Medical Card sedangkan majikan saya menanggung kos perubatan dan rawatan di Hospital? Kenapa saya perlu bazirkan wang saya untuk invest dalam medical card dari sekarang? Saya akan ambil medical card apabila saya dah pencen nanti”

Ok, itulah biasanya persoalan yang diungkapkan oleh seorang pekerja yang telah diberi kemudahan oleh Majikan mereka untuk rawatan perubatan hospital. Namun begitu, saya ingin ajukan soalan ini untuk pekerja-pekerja yang berpandangan mereka tidak perlukan medical card kerana benefits yang sama telah diberikan oleh majikan:

Adakah Majikan akan menanggung kos rawatan perubatan sehingga anda meninggal dunia?
Adakah anda pasti tidak akan bertukar kerja atau berhijrah ke Syarikat lain yang mungkin tidak akan menyediakan benefits yang sama?
Adakah anda yakin Syarikat akan terus mengekalkan polisi faedah yang sama, atau syarikat mungkin akan mengurangkan in-kind benefits semasa cost-cutting operating cost?
Bagaimana sekiranya anda terpaksa di medical board out semasa bekerja, adakah syarikat akan menanggung kos perubatan selepas anda ditamatkan perkhidmatan?
Adakah anda yakin akan kekal sihat selepas umur persaraan nanti bagi melayakkan anda mengambil medical card?

Ini adalah antara persoalan yang perlu dijawab secara jujur oleh pekerja dalam menentukan samada medical card adalah satu keperluan atau pembaziran untuk anda. Mungkin sekarang ini anda belum nampak lagi kegunaan medical card, dan anda hanya sedar akan manfaat medical card apabila ditimpa sakit atau kecelekaan. Malangnya sewaktu saat tersebut, tiada lagi syarikat takaful atau insurans yang akan menerima permohonan anda untuk mendapatkan medical card.

Medical card hanya boleh diperolehi semasa anda sihat dan bukannya apabila anda ditimpa sakit. Jadi, sekiranya anda memasang niat untuk memiliki medical card selepas umur persaraan, adakah anda pasti sewaktu umur tersebut, anda tidak mempunyai apa-apa penyakit,even kalau tak ada penyakit sekalipun, kos untuk memiliki Medical Card di usia matang atau emas..bukan dua tiga kali ganda..tapi berkali-kali ganda mahalnya!!! Sanggupkah anda menggunakan wang KWSP untuk membiayai kos perubatan selepas persaraan, sedangkan simpanan KWSP sepatutnya digunakan untuk menampung perbelanjaan kehidupan selepas bersara.

Sebelum saya mengakhiri entri posting ini, saya ingin merujuk kepada laporan Berita Harian, Kes Sebenar, seorang pekerja Swasta menggunakan Medical Card yang ditanggung oleh Majikan, limit hanya RM15,000, dan selebihnya beliau terpaksa menanggung kos perubatan tersebut.


So, Morals of story , rancanglah kewangan anda hari ini. Memiliki medical card bukanlah sesuatu pembaziran kerana dengan Medical Card PruBSN Takaful, anda boleh dapatkan manfaat perlindungan+ simpanan+kos perubatan dengan harga yang amat berpatutan.

Hubungi saya untuk mendapatkan quotation  Medical Card PruBSN Takaful sekarang juga.

Mardiyah Kamarudin
019-2853910
mardiyah79@gmail.com


Thursday, March 29, 2012

Updated: Co-Takaful Medical Card Yang Membebankan? Dah x beban dahhhh



Alhamdulillah, kesedaran orang Islam tentang kepentingan memiliki medical card agak tinggi sekarang ini.
Apabila berjumpa dengan prospek Medical Card, ramai yang membandingkan pakej medical card PruBSN Takaful dengan Takaful provider lain yang tidak mempunyai co-takaful. Lebih malang lagi, agent takaful tersebut mendakawa produk Medical Card mereka adalah yang terbaik kerana tidak mempunyai co-takaful. 
Apakah sebenarnya co-takaful? Co-takaful adalah sharing cost diantara syarikat takaful dan peserta takaful. Untuk peserta PruBSN Takaful, Co- Takaful yang dikenakan adalah sebanyak 10% dan MAKSIMUM sebanyak RM1,000. Sekiranya bil hospital anda sebanyak RM100,000 , co-takaful yang perlu dibayar adalah hanya RM1,000 dan bukannya RM10,000. Yang lebihan tue, akan dibayar oleh insurans.
Adakah dengan mengenakan Co-Takaful akan membebankan peserta takaful? Dari pandangan mata kasar, memang ianya tampak membebankan, sebab peserta terpaksa membayar kos sehingga 10% atau Maksimum RM1,000 untuk rawatan perubatan. Namun begitu, kita perlu tengok apa kelebihan lain yang ditawarkan oleh syarikat Takaful yang mempunyai co-takaful berbanding dengan syarikat yang tiada co-takaful.

Sebagai contoh, pelan Takaful M, tidak mempunyai co-takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 manakala Had Seumur Hidup adalah RM150,000. Bayangkan kos rawatan anda pada tahun tersebut adalah RM70,000, anda terpaksa top-up RM20k dek kerana pada awalnya ingin berjimat kerana tidak ingin membayar co-takaful.
Berbanding dengan PruBSN Takaful, walaupun mengenakan Co-Takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 dan Had Seumur Hidup adalah RM500,000. Apa yang menarik lagi, jika tiada tuntutan pada tahun itu (selama setahun dari tarikh polisi diluluskan), peserta akan dapat Non Claim Bonus (NCB) sebanyak RM 100. NCB adalah berdasarkan plan Medical Card yang diambil.
Untuk Polisi PruBSN Takaful Medical Card, Co-Takaful tidak tertakluk pada kos rawatan sahaja. Tapi ia juga meliputi Pre-Hospitalization dan Post-Hospitalization (Outpatient Treatment). Tiada minumam requirement dan maksimum adalah RM2000. Fuyyyoooooooooooo!!!!! Poning den.. Jangan fening.. meh saya nak citer nie... Ok.. 
Misalnyer maser Pre-hospitalization.. pi klinik jumpa doktor demam dan doktor charge RM 50. Seminggu tak baik demam, so decide nak pi hospital. Dok spital 3 hari nak spital charge RM 1,500. Dan after discharge, kiter pun pi follow up ngan doktor dan chargenyer RM 200. So? How maaaaaaa?
Kiraannyer:-
Benefits                        Charges          Co-Takaful @ 10%
1. Pre-hospitalization        RM 50                RM 5
2. In-Hospitalization         RM1,500              RM 300 (Y?) because min 300 n max 1k
3. Post-Hospitalization       RM 200               RM 20
Oleh sebab itu (ayat math fuh!!) total yang anda perlu bayar adalah RM325. Untuk pre-Hospitalization dan Post-Hospitalization akan berlaku semasa claim. Mungkin sesaper yg pernah claim untuk Pre dan Post -Hospitalization pernah tertanya apsal claim sikit dari yg sepatutnyer. pasal nielah!!!! Co-Takaful @ 10%
Sekiranya anda benar-benar concern tentang kos medical yang meningkat setiap tahun, hubungi saya sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tetapi berguna dan bermanfaat untuk anda dan keluarga.

updated: Dah x beban dah.... Pada yg tolak medikal kad PruBSN sebab ada ko takaful ... So hari ni mereka boleh rujuk PruBSN balik sebab Takaful Health baru dah ada option utk tak nak bayar ko takaful

takde ko-takaful : bil sume company insurance bayar.

client cuma kene bayar a few things yg tak berkaitan dgn medical cost contohnye registration fee/phone/fax/medical report/etc.
dan lagi satu if client ambik extra things, contoh yg biasanye adalah extra katil. itu je.......
mardiyah79@gmail.com 
019-2853910


Wednesday, March 28, 2012

Terkenang waktu dedulu

heheheh.. Salam.... Just nak share moments indah menjadi cikgu ganti selama 6 bulan di Sek St Mary .. nie sebelum jadi ejen insurans Prudential. Tugas cikgu nie cukup murni suci ... bukan senang nak jadi cikgu.. nak kawal bebudak lagi.. almaklumlah perangai bebudak nie 1001 perangai. Yes, saya berpeluang mengajar di skolah pompuan. Namer nyer skolah pompuan.. perangai bebudak hmmmmmmmmm tak yah nak cakap lah... macam2 ader.. macam iklan Astro doohhhhh.. Nie.. ader kawan bagitahu.. ader org upload video saya berlakon dalam aci-aci bukak pintu sempena hari guru 2009. Tip top tip top dah 2 tahun dah memori nie berlaku... macam tahun lepas jer.. huhuhuhuhu sedey laks tetiba.... Jangan komen saya berlakon.. memang keras.. (bukan dilahirkan nak jadi pelakon pun).. enjoice watching.. daaaaaaaaaaaaaaaa



Notes: Baju putih tuee.. aku lahhhhhhhhh.. heheheheeheh :P

Tuesday, March 27, 2012

Takaful/ Insurans yang manakah anda miliki?


 “Sungguh banyak produk takaful di pasaran!”
Ada pelbagai produk takaful di pasaran; Takafulink, Takaful Puteri (insurans wanita), PruBSN link series, PruBSN Crisis Cover (pampasan penyakit kritikal), Takaful Health (Medikal kad), PruBSNUmmah (caruman dan perlindungan untuk menunaikan umrah dan haji), PruBSN Protect dan sebagainya.

Ya, terlalu banyak produk takaful di pasaran sekarang. Pertambahan syarikat-syarikat takaful beberapa akhir belakangan ini merancakkan lagi industri takaful di Malaysia. Persaingan antara mereka memberi pilihan kepada para pelanggan untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka.


“Jadi, polisi yang mana satukah yang patut saya ambil?”
Secara umunya, sebanyak mana produk yang ada di pasaran atau sebanyak mana produk yang anda ambil, hanya ada 4 sahaja kategori perlindungan takaful yang anda perlukan.
Ya, ada empat sahaja, iaitu;
1. Perlindungan Kematian dan Lumpuh (Life)
2. Perlindungan Penyakit Kritikal (Critical Illness)
3. Perlindungan Rawatan Hospital dan Pembedahan (Hospital and Surgical)
4. Perlindungan Kemalangan Diri.(Personel Accident)
Keempat-empat perlindungan ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Selepas seseorang menyertai keempat-empat pelan takaful ini barulah dia memikirkan untuk polisi-polisi lain seperti pendidikan, persaraan, invstment, penyakit khusus wanita dan sebagainya.
“Bagaimanakah keempat-empat jenis perlindungan ini berfungsi?”
Keempat-empatnya kategori ini saling lengkap-melengkapi antara satu lain. Ia memberi perlindungan untuk 4 jenis musibah yang jarang-jarang berlaku di dalam hidup kita tetapi memberi impak yang cukup besar sekiranya ia berlaku.
Kategori Pertama: Takaful Perlindungan Kematian dan Lumpuh
Secara umumnya, bukan semua orang layak untuk mengambil perlindungan takaful. Seseorang yang layak mengambil polisi mestilah mempunyai dua syarat utama ini iaitu; HIDUP dan SIHAT, dan pengakhiran hidup ini adalah kematian. Jadi di sinilah perlindungan takaful untuk kematian berfungsi. Ia memberi pampasan tunai kepada keluarga si mati tadi untuk meneruskan komitmen kewangan keluarga tersebut.
Sebagai contoh, jika seseorang pemegang polisi tadi seorang suami dan juga ayah, maka wang pampasan perlindungan ini diperoleh oleh isteri dan anak-anaknya. Maka dengan wang pampasan ini, isteri dan anak-anaknya dapat meneruskan hidup seolah-olah pendapatan suami dan ayah mereka masih berjalan sekalipun beliau sudah tiada. Apa pun, takaful tidak dapat menggantikan seratus peratus tempat suami atau ayah tersebut, namun ia meringankan beban keluarganya.
Kategori Kedua: Takaful Penyakit Kritikal
Seperti kategori pertama, pampasan untuk penyakit kritikal juga dalam bentuk tunai kepada pemegang polisi. Ia memberi perlindungan sebaik sahaja pemegang polisi menghidap salah satu daripada 40 jenis penyakit yang dilindungi seperti stroke, kanser, koma, sakit jantung dan sebagainya.
Perlu diingatkan di sini, ia memberi pampasan HANYA selepas disahkan oleh doktor. Fungsi perlindungan ini juga sama seperti kategori pertama iaitu untuk menyara hidup pemegang polisi serta keluarganya selepas menghidap penyakit kritikal, kerana selalunya setelah menghidap penyakit tersebut sudah tentu beliau tidak dapat bekerja sebagaimana biasa. Maka sudah tentu beliau terpaksa berhenti kerja. Jadi di sinilah fungsi takaful ini untuk membantu menggantikan pendapatan pemegang polisi.
Kategori Ketiga: Takaful Perlindungan Kemalangan Diri
Takaful jenis ini adalah yang paling murah di pasaran. Malah kadang-kadang ia diberikan percuma apabila anda membeli rumah atau membuka akaun simpanan di bank atau menandatangani borang kad kredit.
Ia bukanlah perlindungan untuk kemalangan kereta. Takaful kereta hanya memberi pampasan kepada kereta sahaja, tetapi bukan kepada pemilik kereta. Maka dengan hanya mengambil polisi kemalangan peribadi, ia turut memberi perlindungan kepada pemilik kenderaan apabila berlaku kemalangan.
Ia meliputi perlindungan kecederaan, lumpuh sementara, putus anggota lumpuh kekal dan juga kematian akibat kemalangan. Sebagaimana kategori pertama, dan kedua, ia memberi pampasan dalam bentuk tunai.
Kategori Keempat: Takaful Rawatan Hospital dan Pembedadahan.
Ia juga dikenal sebagai medical card atau medic assist atau insurans kesihatan. Ramai yang tersalah anggap bahawasanya dengan memiliki perlindungan penyakit kritikal mereka tidak perlu lagi kepada perlindungan rawatan hospital.
Sebenarnya, perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan untuk sara hidup pemegang polisi, sebaliknya perlindungan rawatan hospital memberi pampasan dalam bentuk pembayaran bil di hospital. Ia tidak memberi sebarang nilai tunai kepada pemegang polisi, sebagaimana perlindungan takaful kategori pertama, kedua dan ketiga.
Tidak seperti perlindungan penyakit kritikal, ia tidak semestinya seseorang perlu menghidap penyakit kritikal untuk mendapat pampasan perlindungan ini. Sebaik sahaja kemasukan ke hospital, ia terus memberi pampasan kepada pemegangnya dengan cara pembayaran bil.
“Saya memiliki medical card dengan RM 500,00.00, bukankah ia sudah mencukupi tanpa mengambil polisi penyakit kritikal?”
Andaikan anda dimasukkan ke hospital dan segala bil rawatan hospital ditanggung oleh medical card tersebut. Disebabkan oleh penyakit ini, anda terpaksa berhenti kerja. Jadi, bagaimanakah dengan kehidupan anda dan keluarga anda selepas itu? Adakah medical card dapat membantu anda membayar sewa rumah, ansurans kereta, makan minum, belanja dapur, belanja anak, bil telefon dan sebagainya?
Sudah tentu tidak! Bukankah sudah disebutkan tadi, ia saling melengkapi.
“Adakah saya perlu ambil semua keempat-empat jenis perlindungan di atas?”
“Sekiranya saya memiliki lebih daripada satu polisi, adakah saya boleh membuat tuntutan daripada semua polisi saya?”
“Berapakah kos yang paling murah untuk saya memiliki keempat-empat perlindungan di atas?”
Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang takaful, boleh ajukan kepada saya melalui borang ini, atau di ruangan respon di bawah