Asas-asas Insurans & Takaful


Apakah Insurans?

Insurans adalah pemindahan risiko oleh seseorang individu atau sesebuah organisasi yang dikenali sebagai pemegang polisi kepada syarikat insurans. Sebagai balasan, syarikat insurans menerima pembayaran dalam bentuk premium. Sekiranya pemegang polisi menanggung kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan terhadap kerugian atau kerosakan tersebut.

Jenis Insurans.

Terdapat 2 jenis insurans, iaitu insurans hayat dan am:           
  • Insurans Hayat
    • Menginsuranskan anda atau hayat anda terhadap sebarang musibah sehingga ke suatu amaun tertentu (amaun diinsuranskan)
    • Tempoh perlindungan biasanya lebih dari setahun dan memerlukan pembayaran premium secara berkala-bulanan, suku-tahunan atau tahunan.
    • Risiko yang dilindungi:
      • kematian dalam tempoh polisi
      • pendapatan semasa persaraan
      • penyakit
      • hilang upaya
    • Produk Utama:
      • polisi seumur hidup
      • polisi endowmen
      • polisi bertempoh
      • polisi berkaitan pelaburan
      • polisi anuiti
      • polisi perubatan dan kesihatan
  • Insuran Am
    • Menginsuranskan anda terhadap kerugian atau kerosakan selain daripada yang ditawarkan oleh perniagaan insurans haya
    • Tempoh perlindungan selalunya setahun yang biasanya memerlukan pembayaran premium sekali gu
    • Risiko yang dilindungi
      • Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran ruma
      • Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh and
      • kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaa
    • Produk utama
      • polisi moto
      • polisi kebakaran/empunya rumah/isi rumah
      • polisi kemalangan diri
      • polisi perubatan dan kesihatan
      • polisi marin, udara dan transit
Sekiranya pemegang polisi menanggung kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan terhadap kerugian atau kerosakan tersebut

Prinsip Asas Insurans

4 prinsip asas insurans adalah:
  • Kepentingan boleh insurans
    • Anda harus mempunyai kepentingan terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan di mana sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan akan mengakibatkan anda menanggung kerugian kewangan.
    • Sebagai contoh, sekiranya anda menjual kereta anda, anda juga sepatutnya berhenti daripada menginsuranskan kereta tersebut kerana anda tidak lagi mempunyai kepentingan boleh insurans. Sekiranya anda terus menginsuranskannya, syarikat insurans tidak akan membayar pampasan kepada anda sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan terhadap kereta tersebut.
  • Penuh percaya mutlak
    • Kontrak insurans adalah kontrak atas dasar penuh percaya mutlak. Anda, sebagai pemegang polisi, mestilah mendedahkan semua fakta penting apabila membeli polisi. Sekiranya anda gagal mendedahkan mana-mana fakta penting, polisi tersebut mungkin menjadi tidak sah 
  • Indemniti
    • Hanya diguna pakai untuk kerosakan fizikal sesuatu harta benda (contohnya, kerosakan ke atas bangunan atau kenderaan bermotor) di mana kerugian tersebut boleh dinilai dari segi kewangan. Anda tidak bole "mendapat keuntungan" daripada polisi insurans. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar atau meletakkan anda kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. 


  • Sumbangan
    • Adalah tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi sesuatu harta. Sekiranya anda membeli lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan sahaja apabila berlaku kerugian atau kerosakan terhadap harta tersebut. Amaun yang boleh dibayar tersebut akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi sekiranya anda ingin melindungi hayat anda.


Apakah Takaful?

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Anda mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Perkongsian lebihan
  • Satu ciri unik bagi pelan takaful adalah perkongsian lebihan dana antara anda dengan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui
  • Lebihan tersebut diperoleh setelah ditolak belanja seperti tuntutan,takaful semula, rizab teknikal dan belanja pengurusan
  • Anda layak berkongsi lebihan ini sekiranya anda tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh takaful
Majlis Pengawasan Syariah

Sebagai langkah memastikan pematuhan prinsip-prinsip Syariah:
  • Pengendali-pengendali takaful dikehendaki menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah untuk memberi nasihat kepada pihak pengurusan dan memastikan bahawa aktiviti-aktiviti mereka mematuhi prinsip-prinsip Syariah
  • Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan bagi Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan di Bank
  • Negara Malaysia (BNM) untuk memberi nasihat kepada BNM tentang aspek-aspek Syariah bagi operasi institusi perbankan Islam dan pengendali-pengendali takaful serta produk dan perkhidmatan mereka.

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...