Tuesday, November 3, 2015

Manfaat Elaun Hospital : Perlu Atau Tidak?

Ramai yg bertanyakan saya isu manfaat takaful elaun hospital sebuah syarikat insurans / takaful yg tiada lagi utk klien baru.

Ini adalah pandangan saya, sedaya mungkin tidak bias menggunakan ilmu dan sedikit pengalaman yg saya ada dlm bidang servis perancangan kewangan.

Bagi ejen yang gunakan stail sales-appoach, akan mengalami masalah kerana elaun hospital merupakan daya penarik utk pelanggan.

Tapi bagi ejen yang menggunakan pendekatan khidmat nasihat kewangan berdasarkan keperluan, dalam konteks takaful sebagai income protection, manfaat elaun hospital bukan prioriti.

Prioriti Elaun Hospital


Prioriti adalah manfaat kematian, lumpuh, kemalangan dan sakit kritikal serta medical card.

Elaun hospital sebagai sebagai kosmetik, jika ada bajet lebih. Saya jarang cadangkan manfaat ini utk klien.

Walaupun syarikat takaful / insurans yang terlibat tiada kaitan dgn saya, tapi bukan cara beretika utk seseorang ejen memburukkan kompeni takaful lain.

Diceduk dari web site Rahsia Takaful


mbk
0192853910
Ejen Cabuk ---- Pinjam kata2 En Afyan

Thursday, October 8, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 5]: LECEH GILA NAK CLAIM



Bergantung dari sudut mana yg anda tengok. Syarikat boleh bayar RM972 juta claim setahun, kalau RM2000 anda minta claim tak berbayar mesti ada sebabnya.

RM2000 bayar jelah apa susah, untung banyak!

Pelanggan yg berjaya dapat claim, dari syarikat mana pun, takkan viral kan berita claim mereka walaupun dibayar RM15000 seperti pelanggan saya. Ini kerana hal kesihatan adalah sulit dan persendirian. Agen yg bersemangat saja yg biasanya cuba viralkan claim pelanggan sendiri - berbangga denga usaha mereka.

Tetapi bila RM2000 claim lambat sedikit disebabkan teknikal, 30,000 kali viral jadinya!
Nampak tak mindset viral media sosial baru-baru ini? Syarikat lain pun ada saja yg claim dilambatkan dan ditolak. Tak jadi viral pun sebab:

1. Orang tak kisah pasal sangat syarikat tersebut.
2. Pengguna dan agen bersikap matang dalam menyelesaikan masalah.
3. Aduan telahpun dibuat kepada pihak berwajib.

Nasihat saya jika nampak kes viral syarikat lain "tak boleh claim", kita agen Takaful jagalah akhlak islami kita dan tak perlu viralkan kes syarikat lain tanpa siasatan. Ini bukan arahan saya tapi dari Quran, jika anda beriman dengan-Nya, dalam surah al-Hujurat 6.

Proses claim tidak susah dan tidak juga senang, ikut prosedur dan peraturan syarikat, dan ikut undang-undang di bawah penyeliaan Bank Negara, senang saja claim.

DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful Cc: Faiz Najmi

Wednesday, October 7, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 4]: INSURAN BOLEH TUKAR TERMA DAN SYARAT BILA-BILA

Boleh seperti 12.9.1 dalam gambarajah. Jika diarahkan kerajaan Malaysia. Antara kes yg telah berlaku baru-baru ini:
1. GST - arahan dari kerajaan Malaysia untuk mengenakan 6% GST untuk semua manfaat dan rider kecuali manfaat kematian. Maka notis diwartakan, dikeluarkan dan dikhabarkan kepada pemegang polisi sedia ada.
2. MH370 yg hilang- penyiasatan tidak lengkap kerana mayat tidak dijumpai dan serpihan kapal saja yg ditemui. Mengikut undang-undang, jika seseorang pemegang polisi hilang, hanya selepas 7 tahun saja baru pampasan kematian dapat dibayar. Namun, dengan pengumuman kerajaan bahawa MH370 ditimpa "kemalangan", maka wajiblah insuran membayar manfaat kematian dan kemalangan sekaligus.
Gambarajah 1
Bagaimana pula dengan kes yg BUKAN arahan kerajaan Malaysia? Orang suka baca 12.9.3 buku polisi [sila rujuk gambarajah 1) sebagai menunjukkansyarikat takaful/insurans  boleh ubah terma dan syarat sesuka hati, lantas memburukkan syarikat takaful/insurans. Ya, semua syarikat Takaful/insuran mempunyai klausa yg lebih kurang sama saja. 
Syarikat Takaful/Insurans boleh menukar terma yg TIDAK MEMBERI IMPAK KEPADA HAK DAN MANFAAT DALAM SIJIL (12.9.3) [mohon rujuk gambarajah 1). Maknanya berapa nombor yg dijanjikan itulah yg syarikat perlu tunaikan asalkan claim itu valid, tiada fraud dan mengikut undang-undang.
Kes viral yg berlaku pada salah syarikat Takaful pada awal tahun ini , di mana GL disekat utk kemasukan wad penyakit ringan kali ketiga dalam setahun, adakah ia merubah manfaat dalam sijil?
Tidak. Menyekat GL bukanlah menafikan hak pembayaran balik (reimbursement) manfaat perubatan. 
Adakah ia menipu pelanggan? Kontrak TIDAK menipu pelanggan tapi tak tahulah apa yg dikomunikasikan oleh agen kepada pelanggan. Barangkali tiada pengurusan harapan (expectation management), yg membuatkan pelanggan berharap bulan dan bintang semuanya dapat cover dan semua boleh claim.
Apa yg kita boleh belajar di sini? Perlu celik perubatan dan celik undang-undang. Dan semestinya celik kewangan!

DISCLAIMER:
1. Ada perkataan yang saya tukar untuk tidak disalah ertikan (mislead information) oleh pembaca blog saya mengenai syarikat Takaful/Insurans
2. Untuk lihat entri yang asal tanpa pengubahan ayat, entri ini saya petik dari Facebook Faiz Najmi

Tuesday, October 6, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 3]: KEPENTINGAN SYARIKAT - MENYIASAT DAN MENJAGA KUALITI

Ya, syarikat takaful ada kepentingan juga untuk menjaga bisnes. Takkanlah anda bayar RM200 sebulan untuk 5 bulan, lepastu anda terus nak claim pembedahan batu karang RM11,000! Tak acilah, peserta lain yg dah mencarum 10 tahun ada yg tak pernah claim lagi, awak 5 bulan terus nak claim. Inilah anti-selection namanya! (Rujuk gambar)


Mestilah syarikat mahu siasat dahulu jika anda sudah mempunyai penyakit batu karang sebelum ini dan anda tidak beritahu kepada syarikat takaful (non-disclosure, suppression of material facts).
Adakah ini tindakan salah, tidak patuh syariah dan menipu pelanggan? Tidak. Malah, ada provisi dalam takaful operational framework lagi!

Bagi yg "menipu" atau "tidak beritahu" fakta penting tentang kesihatan mereka seperti berpenyakit kritikal atau kronik seperti lemah jantung, kanser, stroke dan lain-lain, tetapi masih mencarum takaful, syarikat boleh membatalkan polisi dan pulangkan wang yg dicarumkan (ada pengiraannya).
Siasatan boleh dilakukan semasa underwriting (proses selepas permohonan) berlaku dan boleh juga semasa proses claim. Percayalah lebih baik disiasat semasa underwriting. Siasat masa claim semua orang pening kepala.

DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful Cc: Faiz Najmi

Wednesday, September 30, 2015

[Edisi kahwin] : Polisi Takaful hantaran Kahwin Era Terkini

Musim kenduri kawin dah tiba.. 💑 Bertuah bakal pengantin dapat hantaran Polisi Insurans sebagai lambang kasih sayang.. Hadiah paling mahal



Menarik untuk dikongsi bersama entry kali ini. POLISI TAKAFUL HANTARAN KAWIN ERA TERKINI....errmmm apa komen anda semua...jomlah kita fikirkan untuk seketika dan kita sebenarnya mampu mengubahnya...Penulis juga turut mengesyorkan agar kita membuat pembaharuan dalam tradisi hantaran perkahwinan. Bagi pendapat cik puan, ianya sangat memberi manfaat buat insan yang kita sayangi dan berpanjangan...salah satunya istiqamah dalam beramal jariah...InsyaAllah. Hadiah tetap ada tetapi ianya akan habis dan sekejap jer...tetapi polisi Takaful sebagai barang hantaran sangat baguskan...

Kita boleh mengubah adat yang lama kepada yang lebih baik. Bukan hendak dibuang yang lama tetapi yang baru boleh diwujudkan sekiranya ia mendatangkan kebaikan buat kita semua...tak gitu..Tepuk Dada jangan tanya selera tapi jawab dengan akal...

Antara petikan yang terdapat dalam buku Ke Mana Wang Anda, tulisan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir mengenai polisi Takaful sebagai  hantaran kawin.   Dengan adanya polisi Takaful ia menunjukan begitu prihatinnya bakal suami untuk membuat persediaan buat bakal isterinya. Jumlah polisi yang diambil serta manfaat yang termuat daam polisi tersebut boleh dijelaskan dalam mock policy yang diletak di atas dulang hantaran. Ini boleh ditulis dalam tulisan besar atau sejelas mungkin supaya ramai yang datang dapat melihat hantaran kawin Era kini.

Bagi Ibu bapa yang bakal menerima menantu tak salah untuk meminta Polisi Takaful sebagai Hantaran Perkahwinan. dengan nilai polisi sekurang-kurangnya Perlindungan RM 100,000.00 (Simpanan Tahunan Tak Banyak pon) ataupun lebih. Mungkin tak nampak kesan sekarang..If berlaku musibah sekurangnya kita manfaatkan wang kita semasa tengah banyak dan waktu kita sihat. Sangat bermanfaat. Yang belum berkahwin dan bercadang nak berkahwin dan fenin nak memikirkan hantaran perkahwinan...Polisi Takaful adalah salah satu hantaran yang dicadangkan....

cc: http://ierdahaszahida.blogspot.my/2013/03/hantaran-kawin-polisi-takaful.html

mbk
perunding takaful
0192853910

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 2]: ADAKAH PLAN PERUBATAN BERSAMAAN DENGAN KAD PERUBATAN?

Jawapan: Tidak sama.

Bacalah mana-mana buku polisi. Manfaat PLAN perubatan tidak sama dengan KAD perubatan, dan tiada apa-apa klausa yang menyatakan sedemikian.

Contohnya had tahunan perubatan anda RM100,000, adakah terus-menerus anda boleh habiskan semuanya sesuka hati dengan KAD itu? Boleh, dengan beberapa penyiasatan dan paperwork tertentu!


Analogi yg senang ialah akaun simpanan dan debit kad. Anda mempunyai akaun simpanan, di dalamnya ada wang RM100,000. Adakah anda boleh bawa keluar SEKALIGUS SEMUA wang anda dalam akaun tersebut melalui mesin ATM? Sudah tentu tidak. Anda kena pergi kaunter dan buat paperwork tertentu.

Jika anda KEHILANGAN kad debit tersebut, adakah bermaksud anda hilang wang RM100,000 itu? Tentulah tidak. Minta ganti dari bank saja. Begitu juga dengan kad perubatan, jika HILANG minta ganti saja, bukanlah hilang semua manfaat perubatan.


Jika bank akaun simpanan itu mengumumkan debit kad anda TIDAK DAPAT DIGUNAKAN di beberapa shopping mall atau stesen minyak tertentu, adakah ia bermaksud hak anda dirampas dan wang anda berkurangan? Sudah tentu tidak. Perkara yg sama jika syarikat takaful mengumumkan hospital sekian sekian bukan panel, kad perubatan TIDAK DAPAT DIGUNAKAN. Sila "pay first and claim later". Hak anda tidak pernah dinafikan mahupun dikurangkan.

Jadi, bezakan antara kontrak dan kemudahan (fasiliti). Plan perubatan (analogi akaun simpanan) adalah kontrak. Medical card (analogi debit kad) adalah fasiliti.

--------------------------------------

Kegunaan kad perubatan hanyalah untuk hospital panel. Sebab itu perkataan "kad perubatan" tidak dimasukkan ke dalam klausa, kegunaannya SANGAT TERHAD. Tetapi apabila klausa "manfaat perubatan" yg dimasukkan, ia lebih merentas masa, tempat dan situasi!

1. Hospital bukan panel seperti hospital kerajaan, hospital di luar negara, hospital swasta yg kecil-kecilan, pusat dialisis, pusat kanser, rawatan outpatient sebelum dan selepas masuk wad macamana nak claim? Jadi mesti bayar dulu, claim kemudian bawah klausa manfaat perubatan.

2. MMA (Malaysian Medical Association) melalui PHFSA (Private Healthcare Facilities and Services Act) boleh menukar arahan atau peraturan masuk wad dan harga barangan perubatan. Arahan boleh bertukar-tukar di masa hadapan. PHFSA sudah ada jadual ke-13! Ya, fasiliti kad perubatan sedia ada mungkin tak boleh keep up dengan peraturan/pekeliling yg dibuat oleh PHFSA atau Kementerian Kesihatan Malaysia!

3. Bacalah word-by-word dalam buku polisi anda, mana-mana syarikat sekalipun. Tiada perkataan KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) di situ. Perkataan yg sering digunakan ialah REIMBURSEMENT atau PEMBAYARAN BALIK. Drama juga kan kad perubatan Malaysia ni? Di negara maju, kad perubatan hanya berfungsi sebagai ID atau pengenalan saja, tapi di Malaysia ianya dipromosi seolah-olah jawapan kepada semua masalah!

Jadi adakah medical card ini menipu semata-mata? TIDAK menipu, ia hanya sebuah kemudahan oleh semua syarikat insuran dan takaful. Cara yang betul ialah, bayar dulu dan tuntut bayaran balik seperti dalam terma dan syarat. Tapi kalau kad perubatan mahu bayarkan terus, apa salahnya?

Bersambung siri 3... Ya saya tau banyak isu yg perlu dijelaskan lagi2 kes viral baru-baru ni. Siri 1-4 ialah muqaddimah konsep dan kefahaman berkenaan manfaat perubatan. Dah siapkan siri-siri dari minggu lepas lagi tinggal nak pos secara berkala saja.



DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful cc: Faiz Najmi

Monday, September 28, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 1] MEMILIH KAD PERUBATAN

Di pasaran sekarang banyak jenis kad perubatan. Setiap tahun ada saja kad perubatan yg baru dan nampak lebih bagus dari yg syarikat lain. Apa-apa kad perubatan yg anda pilih, minta agen anda terangkan klausa ini.
NON-CANCELLABLE CLAUSE (NCC) vs PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC)

1. NON-CANCELLABLE CLAUSE (NCC) bermaksud syarikat tidak boleh batalkan manfaat perubatan selagi pelanggan masih membayar dan tidak berlaku apa-apa penipuan (fraud or misrepresentation). PRUDENTIAL & PRUBSNTAKAFUL menggunakan klausa ini.

CONTOH NON CANCELLED CLAUSE

2. PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC) bermaksud syarikat BOLEH menarik balik manfaat perubatan dengan notis 30 hari jika syarikat mahu berbuat demikian (kerugian, claim banyak sangat etc). Sebab itu ada syarikat boleh kata manfaatnya jutaan atau tiada had, harga murah utk kad perubatan satu keluarga. Gimik saja.

CONTOH PORTFOLIO WITHDRAWAL CONDITION
Saya ada kad perubatan NCC dan PWC. Pilih NCC. Hari ini tentunya anda lebih sihat daripada 30 tahun akan datang. Tapi jika umur anda sudah 60-70 beserta kad perubatan PWC, syarikat pula tiba-tiba mahu tarik balik manfaat itu, apa jadi? Sudahla dengan pelbagai penyakit ketika umur tersebut - kencing manisla, darah tinggi la, batu sana sini, penyakit jantung, stroke, cancer - tiba-tiba ditarik semula manfaat tersebut. Maka kita pun berkatalah kad perubatan PWC menipu.
Adakah insuran PWC menipu? Tidak. Dalam buku polisi PWC sudah sedia tertulis, minta agen anda terangkan.
Seperti yg saya kata, pilih NCC. Nombor-nombor itu hanya gimik. Ya, NCC sedikit mahal. Klausa yg mahal tapi itulah fungsinya - ketenangan minda.

DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful cc: Faiz Najmi

mbk
perunding takaful
0192853910

Anak Angkat dan Takaful – Mereka juga manusia

Kehidupan manusia ini tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, sama ada ianya besar atau kecil Allah sentiasa ada untuk kita menginsafi segala kesalahan dan bertaubat kepadaNya.
Anak angkat. Ianya bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh mana-mana orang atau pasangan suami isteri. Fenomena mengambil anak angkat sangat tinggi dan menjadi perkara biasa sekarang terutama sekali kepada mereka yang tidak dikurniakan cahaya mata (semoga Allah SWT mendengar doa anda untuk mendapatkan anak). Islam membenarkan amalan mengambil anak angkat, malah diriwayatkan Rasulullah SAW sendiri pernah mengambil Zaid bin Haritah sebagai anak angkat Baginda SAW.
Kasih sayang dan cinta itu adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Sudah pasti atas dasar kasih sayang dan cintalah, seseorang itu mengambil anak angkat untuk hidup dan membesar bersama mereka. Namun, adakah anak angkat ini layak untuk menikmati kehidupan dunia seperti insan-insan biasa yang lain. Pendidikan, pekerjaan dan perkahwinan adalah antara perkara yang mereka akan lalui juga. Disebabkan itu, Islam memberi ruang kepada ibu bapa angkat untuk memberikan hak kepada anak angkat bagi mendapat semua perkara diatas.
Bercakap tentang pendidikan,  acap kali saya menerima permintaan daripada ibubapa angkat ini untuk mendaftarkan plan takaful pendidikan dan perubatan kepada anak angkat mereka. Boleh ke ?? Jawapannya sudah pasti BOLEH!
Namun, ada beberapa dokumen yang perlu disediakan oleh anda sebelum mendaftarkan anak angkat anda dalam plan takaful pendidikan dan perubatan. Dokumen ini wajib dikepilkan bersama ketika proses pendaftaran takaful:
1.  Sijil Kelahiran Anak Angkat (abaikan kotak merah)

2. Sijil Pengangkatan Anak Angkat (boleh di apply di Jabatan Pendaftaran Negara selepas umur anak angkat genap 2 tahun)


Benar, Islam menetapkan bahawa anak angkat tidak berhak untuk mendapat harta pusaka ibu bapa angkat mereka kerana mereka bukanlah waris yang asal, namun Islam tetap menjamin keadilan bagi semua pihak. Melalui cara hibah keluarga angkat dibolehkan menghadiahkan wang kepada sesiapa saja daripada keluarga ataupun bukan keluarga.
Semoga sedikit coretan ini dapat membantu anda untuk memberikan perlindungan terbaik untuk anak-anak syurga ini. InshaAllah.
Jika inginkan FREE QUOTATION, mohon isi borang di sebelah kanan.
mbk
perunding takaful
0192853910
credit:https://rezekirizkeetakaful.wordpress.com/2015/03/27/anak-angkat-dan-takaful-mereka-juga-manusia/

WANG TAKAFUL REZEKI ANAK


Kisah benar ini berlaku pada seorang guru yang berumur 51, bekerja sebagai guru.
Beliau mempunyai seorang ISTERI, dan 6 orang ANAK.

LIFE IS VERY UNPREDICTABLE
------------------------------------------
Suaminya kematian semase pergi ke sekolah untuk mengajar.
Tetapi si ayah mempunyai PANDANGAN JAUH, dengan meninggalkan wang yang banyak, kerana dia tahu, isterinya tak mampu mencari duit yang banyak untuk menyara anak2.

PERANCANGAN UTK ORANG HIDUP
------------------------------------------------
So dia BERPANDANGAN JAUH, apabila menyimpan dengan TAKAFUL, supaya jikalau sesuatu berlaku pada dirinya, isterinya masih mempunyai duit untuk menyara anak2nya.
Akhirnya, itulah realiti, WANG TAKAFUL rezeki anak2.
Semoga kita semua sang suami, dpt meneruskan kebahagiaan isteri & anak2 walaupun dah tiada.

BENEFITNYA
-------------------
Si anak dapat meneruskan pengajian walaupun bapa mereka dah tiada sbb mereka tidak mempunyai mslh kewangan.
Si isteri tidak runsing tentang masa depan anak2.

PERANCANGAN KEWANGAN
---------------------------------------
Wang pampasan perlu 5 kali ganda anual income sekarang.
Sebagai contoh gaji tahunan rm 60,000, maka pampasan kematian perlu rm 300,000 supaya isteri dan anak2 dpt hidup 5 tahun selepas kematian suami.

Selamat membaca.

mbk
perunding Takaful
0192853910

Thursday, September 17, 2015

sudah 129 orang bertanya kan mengenai APA Medikal kad TAK COVER (PENGECUALIAN)...........


Dalam banyak-banyak entri yang saya tulis dan publish, entri Pengecualian: Perkara yang medical card tak cover paling popular dilawati. Dengan angka lawatan 11,226 orang dan dengan 129 komen.... menunjukkan sudah ramai yang mencarum medikal kad takaful di Malaysia nie.

Sesiapa yang ingin bertanya berkaitan dengan Takaful boleh lah call atau whats saya di: 
0192853910 atau email saya mardiyah79@gmail.com. Kalau nak FREE quotation boleh klik borang di sebelah kanan.

BACA:http://akupenjualinsurans.blogspot.my/p/pengecualian-perkara-yg-prubsn-takaful.html

mbk
perunding takaful
0192853910

[Edisi Surat Khabar]: Insurans/Takaful sudah jadi keperluan





LAZIMNYA, insurans hanya menjadi kepentingan apabila diri dilanda musibah. Namun kekangan wang, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan keadaan ekonomi negara yang sukar dijangkakan sekarang, ramai lebih mementingkan perbelanjaan isi rumah berbanding pengambilan insurans. Mungkin berlaku sedikit kelembapan dalam industri insurans?

Bagaimanapun, rakyat Malaysia masih mementingkan insurans kerana kesedaran mereka mengenai kepentingan perlindungan dalam kehidupan membabitkan kos perubatan yang meningkat.

Jika dilihat, banyak syarikat insurans menyatakan pertumbuhan insurans semakin meningkat dan berpotensi untuk berkembang memandangkan rakyat mula sedar mengenai kepentingan pengambilan insurans hayat dan perubatan.

PENGAMBILAN insurans adalah penting walaupun terbeban dengan kos sara hidup tinggi dan keadaan ekonomi tidak menentu.

Ketua Jururawat Unit Perawatan Jantung di Hospital Tuanku Fauziah, Rusmira Ramli berkata, kepentingan insurans dilihat apabila memerlukan rawatan khas dan kos rawatan tinggi.

"Jika tiada insurans, untuk mendapatkan rawatan khas di hospital kerajaan, perlu menunggu masa lama. Jika ada insurans, ia memudahkan untuk dapat rawatan segera di hospital swasta," katanya.

Katanya, insurans juga memudahkan untuk memilih mana-mana pakar untuk rawatan.

Bagaimanapun katanya, hospital kerajaan juga menyediakan perkhidmatan rawatan terbaik bagi penyakit kritikal.

Pekerja swasta, Shukria Aziz berkata, insurans bukan lagi kehendak tetapi  adalah keperluan.

"Dengan banyak pendedahan, peratusan pemahaman dan kesedaran mengenai insurans semakin meningkat," katanya.

Pelaksanaan GST memberi kesan kepada perniagaan insurans namun tidak membebankan bagi menanggung segala kos perubatan yang akan meningkat.

Selain itu, tanggapan segelintir individu bahawa kemudahan kesihatan adalah tanggungjawab majikan juga masih diterapkan dalam kalangan masyarakat hari ini.

Katanya, pengalaman ahli keluarga dan kawan-kawan yang berhadapan dengan ejen tidak bertanggungjawab dalam hal-hal tuntutan menjadi punca orang ramai kurang membeli insurans.

"Mereka juga kurang memahami mengenai perlindungan insurans yang diambil dan cara penyampaian yang kurang berkesan daripada pihak insurans.

Bagi pelajar, Farah Nuzaily Zakaria berkata, pengambilan insurans penting namun masih ada segelintir masyarakat lebih mementingkan perbelanjaan harian.

Katanya, kadar dan harga semasa membeli insurans yang mahal juga menyebabkan orang ramai tidak mampu untuk menampung komitmen pembayaran setiap bulan.

"Pembayaran insurans minimum RM100 sebulan jika digunakan untuk keperluan harian pelbagai barang boleh dibeli. Masyarakat perlu diberi pendedahan dan kesedaran terhadap risiko yang bakal dihadapi sekiranya menghadapi masalah kesihatan ketika tidak mempunyai perlindungan.

“Persatuan insurans dan takaful perlu menganjurkan seminar percuma kepada masyarakat berkaitan dengan pengurusan risiko, sekali gus memberikan pendedahan umum kepada orang ramai,” katanya.

sisipan: Surat Khabar Sinar Harian , NORSHAHZURA MAT ZUKI, 14 SEPTEMBER 2015

[Edisi bergambar]: Kenapa perlu ber TAKAFUL?


mbk
perunding takaful
0192853910

Thursday, September 10, 2015

Ayah lah orang yang paling utama yang perlu mencarum Takaful

Saya terima whats app dari rakan sekolah rendah, bertanyakan mengenai Takaful keluarga. Dia ingin mencarum untuk Isteri dan anak-anak. Tetapi bagi saya secara peribadi, dialah yang paling utama dan orang yang WAJIB ada Takaful ini. Kenapa Si Ayah penting mencarum Takaful? Ahli keluarga yang lain tak penting ker? Ahli keluarga yang lain penting juga.. tapi yang paling PENTING adalah Si Ayah.. kerana ayah adalah "breadwinner". Sebagai ketua keluarga, Ayah bertanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga dan keluarga bergantung harap pada Si Ayah. Walaupun ibu bekerja, Si Ayah masih diperlukan sebagai sumber rezeki keluarga. 

Apa akan berlaku jika ini menimpa nasib Si Ayah?

 



Susah bukan? Dugaan yang terlalu perit.  Tujuan saya untuk tulis entri kali ini untuk beri kesedaran buat anda semua sebagai "Breadwinner". Bayangkan Income RM 36,000 setahun. Tolak perbelanjaan dapur, tolak loan rumah, tolak loan kereta, tolak simpanan, tolak duit mak atau ayah, tolak perbelanjaan pendidikan anak-anak..... tolak utilities.... dan hasil bersih untuk perbelanjaan lain-lain. Jika berlaku apa2 kat Si Ayah, katakan accident.. dan memerlukan duit kos rawatan RM50,000.Apa berlaku pada Income RM 36,000 tue dan perbelanjaan? Mesti Si Ayah akan ambil dari duit simpanan.. pinjam dari mak atau ayah, pinjam dari keluraga yang terdekat, pinjam dari kawan2. Susah bukan... Yang paling perit kena gadai aset aset yang ada seperti Tanah, rumah, kereta... Ini semua untuk kelangsungan hidup.....


Jika Si Ayah mencarum Takaful.. perkara ini pasti akan berlaku...












KISAH BENAR

Ini adalah kisah benar yang berlaku pada tahun lepas (2014). Seorang engineer yang bekerja di sebuah syarikat swasta yang terkemuka, berpangkalan di Kemaman. Beliau telah pun memilih Syarikat Takaful ini untuk mencarum sebagai Takaful Hayat (Life Insurance). Setelah 4 bulan mencarum, ditakdirkan Allah S.W.T, beliau terbabit dengan kemalangan dan meninggal ditempat kejadian. Arwah meninggalkan seorang Isteri dan anak bakal lahir ketika itu.

Arwah pergi dengan secara mengejut, memang memilukan hati Isteri dan keluarga. Akan tetapi, arwah ada meninggalkan pendapatan (Income) untuk Isteri dan anak bakal lahir supaya mereka boleh meneruskan hidup dengan "peace of mind". Pampasan arwah yang akan Isteri dapat adalah RM442,000++. Cukup banyak....... Hanya 4 bulan mencarum, pihak Takaful sudah membayar jumlah sebanyak itu. Si Isteri tak perlu bimbang akan masa depan anak yang bakal lahir. Hutang rumah, hutang kereta, perbelanjaan harian, bil-bil yang perlu dibayar pun Si Isteri risau kerana dengan Pampasan Takaful inilah dapat melangsaikan hutang-hutang dan perbelanjaan yang ada.

Disclaimer: Hanya untuk accident pihak Takaful akan menyiapkan Pampasan secepat mungkin kerana ia dikira clean case atau kes yang nyata dan benar. Jika pampasan penyakit kritikal hanya akan dibayar selepas tempoh bertenang 60 hari.

mbk
perunding takaful
0192853910

Wednesday, September 9, 2015

[Edisi Besi oh besi]: Nak tanya kekawan yg kerja gomen sini, kalau operate masuk besi kerajaan tanggung tak?


Terima whats app dari kawan , gambar besi untuk rawatan accident. oooooooo.. nielah besi yang doktor guna kalau nak masukkan besi untuk kaki yang patah.

Teringat mak saudara dimasukkan ke hospital USM kerana jatuh dari bilik air. Tulang dekat betis patah. So, dr kena masukkan besi untuk cover up tulang yg patah tue. Besi yg macam mana saya pun tak tahu.

Mak sedara saya kata kalau nak operate di USM kena queue panjang. Minggu depan pun Dr tak jamin dapat Operation ker tak. Buat di USM just bayar kos besi jer dengan harga RM1,000++.

Kalau nak buat Usains (USM jugak, hospital yg diswastakan) boleh jugak. Tak perlu tunggu lama.. dah terus boleh buat tapi kos rawatan campur kos besi RM11,000. Itu baru kos operation,tak dimasukkan lagi kos bilik, kos consultant dr, kos ubat. Kalaulah mak sedara saya nie saya offer dia medikal kad awal2, mesti tak perlu kuarkan duit RM11,000 tue. Saya doakan mak sedara saya (cik lah) cepat sembuh. 
Amin

Kalaulah korang baru saja dapat medikal kad hari ini, tetiba berlaku accident (Nau'zubillah), terus dimasukkan ke hospital yang berdekatan. Kalau hospital gomen, korang boleh buat tuntutan dengan cara reimbursmeent (bayar dahulu claim kemudian). Kalau dimasukkan ke hospital swasta dan panel hospital, korang tak perlu pening atau risau..... medikal kad boleh tolong bayarkan kos rawatan anda semua. Yg penting anda boleh berehat dengan tenang dan aman. Yang best lagi kalaulah korang ambik manfaat elaun kemalangan mingguan... korang akan dapat bayaran secara mingguan kerana kerna cuti akibat kemalangan..Bolehlah korang berehat dengan PEACE OF MIND.

Nak tanya kekawan yg kerja gomen sini, kalau operate masuk besi kerajaan tanggung tak? 

mbk
perunding takaful
0192853910

Monday, September 7, 2015

Beli Insuran Kemalangan Adalah Satu Pembaziran!



Insuran kemalangan memang nampak lumayan manfaatnya tapi persoalannya, perlu ke ambil?

Ramai orang membazir RM30 – 40 sebulan mengambil insuran kemalangan. Daripada anda membazir wang anda sebegini, lebih baik masukkan dalam unit trust yang memberikan pulangan anda 8 – 20% setahun.

Insuran kemalangan yang dimaksudkan memberikan manfaat ini apabila pemegang polisi mengalami kemalangan. Skop kemalangan itupun kurang jelas, mungkin berbeza pada setiap syarikat. Kena baca dan faham polisi anda betul-betul dahulu. Antara manfaatnya:

1) Lump sum payment beratus-ratus ribu sekiranya meninggal dunia atau TPD.

2) Elaun hospital

3) Bayaran ambulans

4) Claim perubatan

5) Pendapatan kalau TPD

KENAPA INSURANS KEMALANGAN MEMBAZIR?

Sebab utama saya cakapkan membazir adalah kerana semua manfaat ini hanya boleh dituntut sekiranya berlaku kemalangan.

Kalau anda jenis yang kerja di pejabat, memandu kereta dalam bandar tiap-tiap hari traffic jam, memang mengarut sebenarnya untuk ambil plan ini sebab risiko anda untuk mengalami kemalangan yang boleh menyebabkan kematian / kecacatan kekal adalah sangat rendah.

Kebanyakan insuran kemalangan adalah polisi tradisional yang bukan investment linked plan (ILP). Jadi apa yang kita bayar 100% tiada manfaat pada kita kalau tidak dapat claim daripada polisi ini.

Memandangkan kereta zaman sekarang semuanya menekankan ciri keselamatan yang hebat-hebat (ANCAP, 7 airbag, VSA dan macam-macam lagi) adalah sangat rendah risiko anda untuk menghadapi kemalangan maut atau kecacatan kekal akibat kemalangan.

Walaupun insuran kemalangan murah, namun duit yang dibelanjakan untuk insuran kemalangan ni lebih baik disalurkan ke tempat lain seperti simpanan bulanan atau naikkan kadar perlindungan kematian dan penyakit kritikal.

INSURAN KEMALANGAN UNTUK SIAPA?

Walaupun begitu, insuran kemalangan ini masih releven kepada beberapa golongan tertentu sahaja. Antaranya:

1) Individu yang bekerja di kawasan yang berisiko tinggi sebagai contoh pelantar minyak, tapak pembinaan dan mana-mana pekerjaan yang dah memang sedia maklum bahaya berdasarkan sejarah kes-kes yang pernah berlaku.

2) Individu yang mempunyai hobi berbahaya seperti lumba kereta atau konvoi motosikal berkuasa tinggi.

3) Mereka yang tidak mampu untuk memiliki plan Takaful dan medical card.

Bukan semua orang memerlukan insuran kemalangan. Jangan terpedaya dengan tawaran manfaat insuran kemalangan yang lumayan.

APA YANG BOLEH SAYA BUAT DENGAN BAJET TADI SEKIRANYA INSURAN KEMALANGAN PERIBADI TIDAK DIAMBIL?

Apa yang boleh dibuat dengan RM40 sebulan?

1) Masukkan ke dalam simpanan anda melalui manfaat Takaful Saver. Dengan prestasi 15% setahun untuk Dana Ekuiti setakat ini, anda pasti terkejut dengan hasilnya setelah 10-20 tahun nanti.

Simpanan anda juga terjamin kerana sekiranya anda mengalami kecacatan kekal, simpanan RM40 ini akan diteruskan secara percuma.

2) Tambahkan kadar perlindungan Takaful dan penyakit kritikal anda. Bergantung kepada umur, anda boleh menggandakan kadar perlindungan Takaful dan penyakit kritikal.

Ingat, selagi sum insured tidak mencecah 5 kali pendapatan tahunan anda, selagi itu boleh tambah. Sum insured ini adalah berdasarkan income replacement apabila anda mengalami TPD atau menghidap penyakit kritikal. Boleh baca entri tentang income replacement yang saya tulis tak lama dulu.

Dengan menambah kadar perlindungan ini, manfaat anda dijamin dapat (tak perlu tunggu kemalangan yang memang tak confirm boleh jadi) selain daripada sebahagian daripada apa yang dibayar tadi akan masuk ke dalam savings.

3) Sebagai modal untuk plan Takaful ahli keluarga lain yang belum memiliki kad perubatan.

4) Upgrade plan anda kepada plan yang mempunyai had tahunan lebih tinggi. Anda akan dapat Room & Board yang lebih tinggi, maka lebih bayak pilihan di hospital swasta.

5) Upgrade plan anda untuk memiliki plan yang tidak mempunyai had tahunan langsung (boleh claim habis lump sum had seumur hidup).

Semoga entri ini dapat membantu anda membuat keputusan samada nak ambil insuran kemalangan ataupun tidak. Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan keperluan untuk memiliki insuran kemalangan ini, hubungi saya di 019-2853910

Khidmat nasihat percuma. No obligation.

credit: JANUARY 25, 2015 BY ARIFF http://bijaktakaful.com/insuran-kemalangan-pembaziran/

mbk
perunding takaful
0192853910

Medical Card Untuk Student – Keperluan atau Pembaziran?


Saya ambil dari blog pejuang ejen Takaful. 
Ini kisah client saya, seorang student IPT tempatan. Ambil medical card dengan saya tahun lepas hasil pembacaan blog saya.
Baru-baru ni client ni mengalami kecederaan ACL. Kecederaan ACL ni normal untuk orang lelaki yang aktif bersukan. Bukan setakat orang yang dah berumur, yang student pun ramai yang kena. Tak pelik kalau dengar benda ni berlaku pada student IPT sekarang.
Total kos pembedahan dan 5 hari kena tahan wad adalah RM20,000. Bilik single. Elaun kalau kira balik dekat RM1,5k. Segala kos sebelum dan selepas masuk hospital boleh claim semula.
Alkisahnya masa nak ambil dulu client ni ada cakap yang mak ayahnya dari golongan yang tak percayakan insuran. Jadi dia ambil senyap-senyap, lebihan duit belanja guna untuk bayar contribution bulanan.
Mungkin sekarang ni mak ayah client ni dah tak fikir yang medical card ni pembaziran.
Bukan pembaziran kalau apa yang dibelanjakan tu boleh dimanfaatkan. Memang kalau nak tunggu bila boleh guna tu, kita tak tau. Tapi kalau sampai waktunya dan kita tak sedia, memang terpaksalah korek mana-mana duit yang ada. Itu yang banyak berlaku sekarang.
Untuk student, kalau umur kurang 25 tahun, boleh dapatkan plan serendah RM100 sebulan. Tak perlu pening-pening pasal benefit atau pampasan sebab matlamat kita adalah untuk dapatkan perlindungan seawal mungkin.
Perlu diingat setiap medical card, tak kiralah mana-mana syarikat ada waiting period (lebih kurang sama, industry standard). 
credit: by Ariff http://bijaktakaful.com/medical-card-untuk-student-keperluan-atau-pembaziran/

mbk
perunding takaful
019-2853910

Wednesday, September 2, 2015

[Edisi dari sahabat untuk sahabat]: Kini................. baru aku tahu nilai MEDICAL INSURANS..



Sharing dari kawan sama Industri
Dari sahabat untuk sahabat..
Setelah hampir 2 tahun mencarum dengan Prudential BSN Takaful aku ambil keputusan untuk TERMINATE.. 2 tahun aku mencarum tanpa klaim apa-apa... Aku rasa RUGI bayar bulan-bulan RM600 untuk satu family 5 orang.. Dengan gaji aku seorang guru agak membebankan..
Kebetulan ada seorang agent datang mempromosi satu plan yang cukup memikat hati aku.. Hanya RM200++ sebulan cover semua satu family.. Disebabkan kena dengan budget, aku terus sign up.. Rasa lega beban bulan-bulan berkurang sedikit..
Pada 20/5 aku disahkan mengidap batu karang. Aku terus buat rawatan di Hospital KPJ Penang.. Ketika nak buat rawatan doktor terus tanya ada insurans tak?? Aku tunjukkan kad medical.. Terus doktor geleng kepala.. Katanya kita dah stop terima kad medical dari company ni. Sebab masalah terlalu lewat bayar.. Dan satu lagi insurans ni tak cover utk Batu Karang..
Menyesal tak sudah.. Doktor tanya nak terus kan rawatan kena bayar DEPOSIT RM10,000.. Kalau tak de duit boleh pergi hospital kerajaan.. Dalam kepala otak aku RM10,000 bukan jumlah yang sikit..mana aku nak cekau dalam masa singkat ni.. Aku keluar dari KPJ dan terus pergi ke Hospital Kerajaan di Seberang Jaya..
Sampai di sana.. Aku buat pendaftaran. Nak daftar pun ambil masa lebih sejam.. Kemudian nak tunggu jumpa doktor aku terpaksa tunggu lebih 2 jam.. Sampai je giliran aku, doktor chek aku dan sahkan aku memang ada batu karang tapi katanya kita tak boleh buat operation segera sebab TAK URGENT.. Katanya ada ramai lagi pesakit yang lebih serius dari penyakit ni yang tengah tunggu giliran.. Aku terpaksa set appoinmnt untuk tarikh lain. Lebih kurang 1 bulan berikutnya..
Setiap kali aku pergi jumpa doktor kes aku asyik ditunda sehingga lah sekarang.. Kini baru aku tahu kenapa kita perlukan MEDICAL KAD.. Ada orang cakap PEGAWAI KERAJAAN mcm aku ada KEISTIMEWAAN bila masuk hospital kerajaan.. Aku tercari-cari di mana keistimewaan tu ??????
Bila dah SAKIT tiada pilihan lagi.. Duit tidak lagi menjadi soal.. Aku terus dapatkan rawatan di Hospital Lam Wah Ee.. Bil RM15,000 menjadi korban.. Mujur lah aku ada sedikit simpanan di Tabung Haji.. Simpanan 15 tahun hilang sekelip mata.. Kini baru aku tahu nilai MEDICAL INSURANS..
mbk
perunding takaful
0192853910

T_T https://www.facebook.com/mardiyah.kamarudin

Friday, August 28, 2015

WAJIB BACA: KISAH BENAR (TAK SEMUA BENEFITS PIHAK INSURANS/TAKAFUL COVER. Akan ada PENGECUALIAN.)



Kisah benar ini saya ambil dari FB kawan saya. Untuk elak dari kesalahan etika Takaful Ejen, saya akan sembunyikan nama pengendali Insurans/Takaful ini. Cerita ini bukan untuk bencikan Insurans/Takaful, tetapi untuk pedoman bakal pencarum dan pencarum Insurans/Takaful untuk TAHU DAN FAHAM apa yang TERTULIS DI POLISI. Dan juga untuk diri sendiri, sebagai Insurans/Takaful ejen tak boleh janjikan bulan dan bintang pada klien. TAK SEMUA BENEFITS PIHAK INSURANS/TAKAFUL COVER. Akan ada PENGECUALIAN.
This message serves more as an advisory than anything else. As most of my closer friends are probably aware, my dad is currently fighting a losing battle against stage four pancreatic cancer. The cancer has become life limiting and we are looking at anything from a couple of weeks to (hopefully) two months.
The cancer was first misdiagnosed by CGH to be late stage three gallbladder cancer, which is just as aggressive. We then decided to seek a second opinion with Dr Tan Yew Oo from Singapore Oncology Consultants(SOC) who subsequently referred us to a Hepatobiliary Specialist, Dr Tay Khoon Hean at Gleneagles, for 1, further investigation of the cancer, and 2, to explore the possibility of doing a Whipple's Procedure. After further investigation, my dad was confirmed to be suffering from Pancreatic Cancer.
Before any of the procedures were started, my dad checked with his insurance agent to see if he could do a claim for the procedure. Our agent committed that everything would be claimable up to 600k a year. For those in the business, you would know this translates to high premiums. However, when my dad tried to claim for the charges incurred, he found out he was unable to do so as he had previously signed an exclusion for his hepatobiliary system. This system includes many major organs such as your liver, gallbladder, biliary duct, so on so forth. We then found out that the exclusion was because my dad suffers from Hepatitis B, which concerns more of the liver than anything. The medical bill he had to foot came out to about S$85k and insurance company X refused to pay a single cent, even though their agent made a mistake by telling us that we would be able to claim fully. We have appealed repeatedly and this letter is the latest outcome. We also found out from my dad that all he was told when signing the exclusion was that he would be excluded coverage from all Hepatitis B treatments, without being made to fully understand this medical jargon that he was unknowingly not being covered for.
This episode has left my family, or whatever soon to be left of my family, wondering how can insurance companies issue policies such as this and still be allowed to operate and collect money from us blatantly. Clearly the responsibility of understanding the contract now falls to us, the consumers, and Insurance Company X simply has to get us to sign on the dotted line, shake legs, and start collecting free money. Also, why were we not even paid a single cent even though we showed them evidence that their agent committed to us? Is this the current spirit of salesmanship? Regardless, my family and I are truly disappointed by the whole event and might be cancelling all our remaining policies with Insurance Company X, least we be let down by their "professionalism" again.
So at the end of this rant, three lessons to takeaway.
1. You might be insured but not necessarily protected.
2. Do your check-ups religiously. (My dad is only 60 btw)
3. Check your existing policies for exclusions and your parents' as well. They might not know what they have been told to sign.

My critically ill dad got fucked over by Insurance Company X. Total medical damage S$85k, total claims awarded, S$0.00. Happened because he was told to sign an exclusion that wasn't explained clearly. Agent say can claim before he started treatment, in the end cannot claim.
*26/08/15* To all who readily offered support and encouragement, my family and I would like to thank you from the bottom of our hearts. My dad is currently undergoing palliative care and we just want to make it our current priority that he goes in peace and not in pain. To add on, this post was intended to increase awareness, not spread hate, and I hope this has helped in some little way.
PS:// Saya suka item no 3. Check your existing policies for exclusions and your parents' as well. They might not know what they have been told to sign. Saya ada beberapa klien yg jatuh no 3 yg mana existing policies ada exclusions.

salam Jumaat
mbk
0192853910

Wednesday, August 26, 2015

PROMOSI WASIAT ISLAM SEMPENA MERDEKA

ASSALAMUALAIKUM....

Saya ada buat promosi untuk Wasiat Islam yang mana anda layak dapat RM100K  dengan hanya RM30-RM50 sahaja. 100K akan dibayar jika:

1) Hilang Upaya seluruhnya (Dibayar kepada pemegang Polisi)

Atau

2) Meninggal dunia (dibayar kepada waris - penama)


PROMOSI SAH SEBELUM 31.08.2015...


mbk
0192853910
perunding takaful

Tuesday, August 25, 2015

Edisi Nasihat berapi : Sila baca


10 TAHUN ambil TAKAFUL tapi tak pernah CLAIM? puluhan ribu dah bayar tapi tetap SEHAT dan TAK SAKIT SAKIT? Harus bersyukur ataupun terminate sahaja polisi sebab MEMBAZIR? Syukurlah anda sihat. Di samping saving bertambah, anda dh bantu ramai orang lain yg sakit,mati,operate,dll. Nikmat Sihat lebih baik dari Nikmat Claim. Ambil takaful adalah utk LANGKAH BERJAGA JAGA. sebab takde siapa tahu tentang masa hadapan.

credit: #Zaman Kini

mbk
perunding takaful
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...