Thursday, September 13, 2018

RM1j PAMPASAN TAKAFUL UNTUK APA?


Pada hari ini, tidak asing bagi pemilik takaful menyediakan pampasan kepada pasangan dengan nilaian yang tinggi.
Mereka merancang supaya apabila RM 1,000,000 yang ada di tangan pasangan ini dibuat :
1. Bayaran hutang-piutang
2. Berikan anak secara berperingkat
3. Dilaburkan di Pelaburan mara
4. Amal soleh setiap tahun
5. Perbelanjaan anak untuk temp0h 5 tahun
6. Pemberian kepada ibu bapa dengan kadar tertentu setiap bulan.
dan banyak lagi hasrat... Dari segi pelaksanaan para pemilik takaful boleh menggunakan kaedah

[1] Hibah kepada Isteri/ suami
Pasangan ini setelah mendapat RM1j, mereka akan melaksanakan seperti apa yang dihasratkan arwah melalui pesanan mulut ke mulut sahaja.

[2] Hibah kepada isteri/ suami dan menulis pesanan
Pasangan ini setelah mendapat RM1j, mereka akan melaksanakan seperti apa yang dihasratkan arwah melalui pesanan melalui penulisan sama da dibuat bersama-sama dalam bentuk wasiat, atau disertakan sekali wasi pentadbiran (wasi)

[3] Hibah kepada Isteri/ suami dan mengikat amanah
Pasangan ini setelah mendapat RM1j, mereka akan melaksanakan seperti apa yang dihasratkan arwah melalui dokumen pengamanahan yang mana apabila pasangan tidak melaksanakan, penerima manfaat seperti yang dihasratkan arwah boleh mengambil tindakan perundangan

[4] Amanahkan kepada syarikat melalui Absolute
Pihak ke3 yang akan menjadi memantau pergerakan agihan dan hasrat arwah kepada penerima-penerima manfaat termasuklah masa yang ditetapkan seperti memegang RM1j ini sehingga anak berumur 24 tahun atau berkahwin atau telah habis ijazah atau sebagainya.

Pilihan yang mana satu pemilik takaful sukakan?

#celikpusaka
#celiktakaful
#cpmbk


Kredit: Mohamad Akmal Mohamad



No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...