Monday, September 3, 2018

31.08.2018- Rezeki


#TB

Suatu hari, pagi Merdeka....

Cuti merdeka nie anda buat apa? Saya berpeluang menziarah klien saya di Klang untuk "collect" dokumen untuk buat tuntutan "post hospitalization". Seorang ibu tunggal yang cekal dalam membesarkan 4 orang anak dan kesedaran takaful lahir akibat menempuh kisah duka setelah kematian suaminya. Semasa hayat suaminya ada, klien saya nie hanyalah seorang suri rumah.  Setelah kematian suaminya, segala sumber pendapatan hanyalah bergantung  pada pencen penakat SOCSO yang dapat tiap bulan dan hasil kelapa sawit (berkongsi dengan adik). Klien saya akui agak sukar pada mulanya kerna  tiada sumber pendapatan yang tetap  dalam meneruskan hidup dan membesarkan anak-anak. Alangkah bagusnya jika ada pampasan takaful sebagai plan penggantian gaji. Kerna pengalaman pahit ini, klien saya mencarum takaful buat anak sulongnya berusia 19 tahun. Ahad ini, anaknya akan berangkat ke Johor untuk menyambung pelajaran dalam ijazah. Moga sukses dik.

Perkara yang dapat saya belajar hari ini:

1. Sebelum sampai ke rumah klien, saya sempat singgah ke gerai jual nasi lemak. Niat di hati nak beli karipap untuk mengalas perut. Sambil tue nak beli sedikit kuih untuk klien dan keluarga. Akan tetapi duit tinggal sikit jer dalam beg. Adalah beberapa ringgit. Cukup-cukup nak beli kuih untuk klien. Semasa nak bayar, tiba-tiba mak cik jual nasi lemak sedekahkan bee hun goreng buat saya. Saya hanya beli kuih 4 ketul jer berharga RM2.00. Sambil tersenyum, mak cik kata dia beri lebih sikit sebagai hadiah buat saya kerna datang dari jauh (ulu kelang) ke Klang. Moga dilimpahi rezeki sentiasa dan dipermudahkan segala urusan buat mak cik. Amin. Alhamdulillah, perut kenyang hati senang.

2. Pada mulanya memang niat nak "collect" dokumen untuk tuntutan. Tiba-tiba klien saya suruh buat quotation dan terus setuju untuk mencarum takaful buat anaknya yang kedua. Alhamdulillah closed case.😊 Anak yang kedua akan menduduki peperiksaan SPM akhir tahun nie. Moga maju jaya dik.

3. Ibu tunggal bukan status untuk nampak lemah dan putus asa. Wajah klien saya nie cukup lembut. Tapi hatinya cukup cekal, tabah dan sabar. Anak-anaknya dengar kata. Bertuah klien saya nie. Allah tarik nikmat, dan Allah jualah yang beri nikmat.

4. Saya ada sarankan agar klien saya mencarum plan penggantian gaji. Jika klien saya tiada, maka terputuslah bantuan pencen penakat SOCSO. Plan penggantian gaji boleh GANTIKAN plan pencen SOCSO. Kerna anaknya nak masuk Universiti dan perlukan duit,dia mohon hold dulu.

5. Hujan lebat di Klang. Syukur pada Allah. Sambil makan bee hun goreng dalam kereta sambil nikmati rintikan hujan yang lebat. Indahnya ciptaan Allah.

Balik rumah mak buat nasik lemak. Senyum lagi 😋😊

Merdeka! Merdeka ! Merdeka!

#cpmbk
#takaful
#protection
#TabungWanita
#Tabunganakanak

Oh ya. Saya kenal klien nie melalui blog saya. 😁😉😘

www.akupenjualinsurans.blogspot.com

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...