Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Saturday, July 31, 2010

Budak baik

Salam......

Pada 29.07.2010, hari Khamis, aku menjadi budak baik dengan pergi ke PWTC untuk menonton Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke 53.... Buat pertama kali aku masuk ke dewan PWTC..mula-mula tue jakun jugak rasanyer..Masa sampai aku ikut orang ramai jer maner diaorg nak pi....

Tepat jam 9.00 malam, majlis bermula... Dengan mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran secara langsung, aku rasa insaf dan dekat dihati...Seramai 10 peserta membaca ayat suci Al-Quran pada malam tersebut.. Peserta dari Malaysia, aku rasa belum lagi kot.. Tiap kali peserta membaca Al-Quran dengan penuh semangat, orang ramai di dewan PWTC akan mengucapkan Allah .. Allah yang mana aku rasa tak terdengar di kaca televisyen.....

Di sini, aku mengambil kesempatan untuk mengajak kawan-kawan disana, untuk menonton Majlis Tilawah Al-Quran.. Masih ader masa lagi pasal majlis tue habis 3.08.2010 nanti.... Akhir kata "memantap ukhwah memperkasa ummah" (Tema Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa 2010)... Chow babe..

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com

Wednesday, July 28, 2010

Wanita,Ibu,Perempuan,Anak dara patut ambik insurans

Salam,

Hari nie aku pi jumpa klien yang bermasaalah ngan suami nyer.....Atas nasihat si ibu, dia bersetuju untuk mengambil insurans Takafulink untuk diri dia sendiri dulu..... Pada mulanya dier nak ambik untuk anak dier, tapi aku nasihat kalu dier sakit saper nak bagi anak-anak makan... menangis air mata darah sekali pun tak dapek nak nolong hah......Jadi dier ambik untuk diri sendiri dahulu....

Moral of the stories.... wahai kaum wanita, ibu,anak dara dan Kaum hawa disana... ambiklah insurans bila kita tak sakit, senang dan bahagia...Jangan tunggu bila waktu susah, sakit.. banyak masaalah baru nak ambik.. Iyalah walau pun tidak terasa terlambat,manalah tau waktu ketika itu ader sakit kronik ker.. accident...tak kan naya... Siapa yang susah.. diri sendiri lah jugak... Dengan tiba-tiba aku teringat kes tuntutan ex-isteri AC Mizal.. nak mintak duit belanja... termasuklah nak membeli insurans.. sambil menangis teresak-esak dimahkamah, dia bimbang siapalah yang akan memjaga dan biayai anak-anaknya jika dia tak der di muka bumi nie...

Hmmmmmmmmmmm... apa macam...? Bermacam-macam kan? So, remember... beli lah ketika kita nie sihat, tak der masaalah n lain-lain.. sesungguh nyer rebut lah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara....Chow babe....

Mardiyah:019-2853910: mardiyah79@gmail.com

Beza Insurans Konvensional & Takaful

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.

Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-

a) Wakalah dan Tabarru'
b) Tabarru' dan Mudarabah

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.

Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).

(Sumber dipetik dari http://www.zaharuddin.net/content/view/307/101/)

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com

Wednesday, July 21, 2010

Akhlak Seorang Agen Takaful

Bakal pelanggan mesti diberi penjelasan yang tepat dan terperinci sebelum membeli sesuatu produk
AKAD perwakilan atau dalam bahasa Arab disebut sebagai wakalah bukanlah suatu perkara yang asing dalam masyarakat. Tidak kira sama ada individu tersebut beragama Islam atau tidak, mereka tentunya pernah berurusan dengan pihak lain dengan menggunakan akad perwakilan ini.

Contoh yang paling dekat adalah proses pilihan raya di mana masyarakat diberi peluang mengundi bagi memilih wakil yang membawa suara serta hasrat mereka ke peringkat lebih tinggi dan membela nasib rakyat.

Masyarakat juga biasa menggunakan perkhidmatan pos bagi menghantar surat-surat mereka. Itu merupakan beberapa contoh akad perwakilan yang berlangsung, sama ada disedari atau tidak.

Dari sudut bahasa, wakalah bermaksud memelihara, menjaga, menjamin, menyerahkan dan mengganti. Dari segi syarak, ia bermaksud 'satu pihak menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut syarak kepada pihak lain ketika pihak yang pertama itu masih hidup'. Para fuqaha sepakat bahawa akad perwakilan adalah harus di sisi syarak. Menurut Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni, ijmak ulama menerima perwakilan sebagai sebuah akad yang diharuskan kerana ia sangat diperlukan oleh orang ramai.

Tentunya hampir kesemua urusan seharian akan tertangguh. Allah SWT mengajar manusia tentang keharusan melaksanakan kontrak wakalah ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: Utuslah (wakilkan) salah seorang daripada kamu membawa wang kamu ini ke bandar, kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ), kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya untuk menghilangkan lapar kamu. (al-Kahfi: 19)

Bukan itu sahaja, sekiranya diamati hadis-hadis nabi, kita akan mendapati baginda SAW juga pernah mewakilkan sahabat-sahabat dalam melakukan sesuatu urusan bagi pihaknya. Antaranya, Rasulullah SAW sering mengutuskan pegawai (pekerjanya) untuk menerima zakat dan diberi upah. (al-Talkhis al-Habir, Jil. 1, hlm. 176, 251, 271).

Demikian juga dalam hadis yang bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW memberi 'Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung. (riwayat al-Bukhari, no 3642).

Dalam industri takaful, kebanyakan syarikat pengendali menggunakan akad perwakilan dalam menjalankan operasi mereka. Sekurang-kurangnya terdapat dua aplikasi akad perwakilan dalam operasi tersebut. Pertama, hubungan antara peserta dan syarikat pengendali takaful. Dalam konteks ini, peserta menjadi pewakil iaitu pihak yang mewakilkan urusannya kepada pihak lain.Peserta mewakilkan kepada syarikat untuk mengendalikan carumannya. Syarikat yang menjadi wakil kepada peserta akan memasukkan sebahagian carumannya ke dalam sebuah tabung yang akan digunakan sebagai dana untuk membantu peserta-peserta takaful yang ditimpa musibah. Perlu difahami bahawa dana yang disumbangkan tersebut tidak menjadi hak milik syarikat. Ia masih hak milik peserta sehinggalah ia dibayar kepada penerima. Syarikat hanya bertanggungjawab untuk pengurusan tabung mengikut kepakaran yang ada dan mestilah selari dengan prinsip-prinsip syariah. Sebagai balasan, syarikat berhak mendapat upah daripada peserta mengikut perjanjian yang dimeterai bersama pada permulaan kontrak.

Kedua, dari sudut hubungan antara syarikat dan ejen takaful. Untuk mempromosikan produk-produk takaful kepada prospek, syarikat biasanya akan menggunakan khidmat ejen-ejen takaful.Ejen-ejen tersebut akan bergerak di lapangan masyarakat untuk memperkenalkan produk-produk syarikat yang diwakili. Sekiranya mereka berjaya memikat hati prospek menjadi peserta takaful, syarikat akan membayar komisen sebagai upah kepada mereka. Daripada penjelasan ringkas di atas, kita dapat memahami bahawa syarikat dan ejen adalah merupakan wakil takaful. Sebagai wakil, kedua-dua entiti ini mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kerana telah diberi amanah dan dibayar upah oleh pihak pewakil masing-masing.

Dalam menjayakan misi mempromosi produk-produk perlindungan yang berasaskan Islam, syarikat dan ejen takaful perlu mempunyai kefahaman tentang konsep takaful itu sendiri. Ini kerana segala gerak kerja dan usaha tanpa memahami hala tuju dan objektif pastinya tidak akan terarah dan mungkin akan terpesong. Justeru, perlu difahami bahawa mereka adalah sebahagian dari pasukan yang akan menyumbang ke arah pelaksanaan sistem kewangan Islam secara syumul. Melakukan amar makruf nahi mungkar serta membantu individu mendapatkan perlindungan terhadap keluarga dan harta bendanya.

Justeru, dalam menggapai peranan yang sangat besar ini, mereka perlu memastikan setiap individu yang terlibat sebagai wakil takaful mempunyai akhlak dan etika. Ia sangat penting kerana syarikat dan ejen takaful adalah pembawa panji Islam dalam meninggikan sistem kewangan yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Sekurang-kurangnya terdapat empat akhlak utama yang perlu diterapkan kepada wakil takaful.

Pertama, wakil takaful perlu mempunyai sifat siddiq (benar). Syarikat pengendali takaful perlu mempunyai sifat benar dalam mengendalikan tabung peserta takaful. Setiap transaksi dan upah yang diambil perlu dilaksanakan secara telus dan mengikut perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika ada upah yang ingin diambil, syarikat perlu memaklumkannya kepada peserta-peserta takaful sebelum mereka menandatangani sebarang kontrak.
Oleh sebab itu, anggota-anggota Majlis Penasihat Syariah (MPS) yang dilantik perlu sentiasa berperanan dalam memastikan operasi syarikat tersebut menepati prinsip dan kehendak syariah.

Mereka perlu peka dan sensitif terhadap segala perkembangan syarikat termasuklah pentadbiran, aktiviti, operasi dan produk-produk yang dikeluarkan. Pihak pengurusan syarikat juga perlu telus dan jujur dalam memberikan penjelasan kepada MPS supaya maklumat-maklumat yang penting tidak tercicir daripada pengetahuan mereka. Ejen-ejen takaful yang dilantik oleh pihak syarikat juga perlu benar dalam melaksanakan tugasnya bertemu para peserta. Ketika mempromosikan produk, mereka perlu benar dalam menyatakan ciri-ciri yang ada pada produk-produk tersebut.

Jangan berlebih-lebihan dalam berkata-kata sehingga sampai ke tahap berbohong demi menarik minat prospek untuk mengambil produk berkenaan. Sabda Nabi SAW: "Peniaga yang benar dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para nabi, golongan orang-orang yang benar dan para syuhada". (riwayat Tirmidzi)

Akhlak kedua yang perlu diterapkan oleh wakil takaful adalah amanah. Dalam hal ini, peserta telah melantik syarikat untuk memikul amanah bagi mewakili mereka dalam menguruskan caruman mereka.

Setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak syarikat pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Begitu juga dengan ejen-ejen takaful. Mereka mesti melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh kerana mereka diberikan upah oleh pihak syarikat.
Jangan melakukan penipuan dan penyelewengan sehingga menjejaskan reputasi syarikat di mata masyarakat. Ini sekali gus akan merosakkan imej sistem kewangan Islam itu sendiri sehingga kadang-kadang boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat.

Akhlak ketiga yang perlu disematkan adalah tabligh (menyampaikan). Wakil takaful perlu menggunakan wadah tersebut untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat.
Inilah masanya mereka dapat membuktikan kebaikan yang ada pada sistem kewangan Islam yang berteraskan al-Quran dan sunnah. Sekali gus boleh menyelamatkan manusia daripada elemen yang bercanggah dengan syariah Islam seperti gharar (ketidaktentuan), maisir (perjudian) dan riba.

Dalam menyampaikan kebenaran ini, mereka perlu untuk menggunakan kaedah yang paling berhikmah. Justeru, wakil takaful perlu mempunyai akhlak yang keempat, iaitu fatanah (bijaksana).

Jangan terlalu tergesa-gesa dalam berhadapan dengan prospek sehingga menimbulkan suasana yang tidak harmoni. Gunakanlah metodologi yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam berdakwah. Tugas kita hanya menyampaikan, bukannya memberi hidayah.
Hidayah adalah hak mutlak Allah SWT, yang akan diberi kepada mereka yang dikehendaki oleh-Nya sebagaimana firman-Nya dalam ayat 159 surah ali-'Imran.
(Dipetik dari Utusan Malaysia 07.04.2010: Bicara Agama oleh Wan Jemizan Wan Deraman)

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com

Tuesday, July 20, 2010

Siapa sebenarnya perlukan insurans/Takaful????

Masyarakat kita khususnya melayu selalu menganggap diri mereka terdiri dari golongan yang tidak perlukan insurans.

Golongan yang banyak duit selalu menyangka, orang yang kurang duit yang sepatutnya ambil insurans kerana mereka tak mampu bayar bil perubatan dan sebagainya. Golongan yang kurang duit pula menganggap, insurans ini hanyalah untuk orang yang banyak duit sahaja kerana mampu membayarnya.

Sebenarnya, tidak kira sebanyak mana pendapatan yang anda terima, semua orang perlukan insurans kerana insurans memainkan peranan yang berbeza di antara golongan banyak duit dan golongan kurang duit.

Golongan Banyak $$$$$$$$

Bagi golongan banyak duit, anda tentunya memiliki pelbagai harta dan wang simpanan. Juga memiliki pendapatan tinggi dan mampu menampung segala keperluan keluarga tanpa banyak masalah. Tetapi, sedarkah anda? Sekiranya semalam, anda ditimpa penyakit kritikal, keluarga anda mungkin terpaksa menjual harta yang ada, semata-mata untuk menampung kos rawatan anda?
Bukan saja harta yang dijual dalam keadaan terdesak itu menghasilkan perolehan yang rendah, kadangkala mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapat keuntungan yang tidak seberapa dari penjualan harta. Ia mungkin tidak cukup untuk menampung segala kos rawatan yang ada hingga menyebabkan keluarga anda terpaksa meminjam di merata tempat.
Dengan memiliki insurans, anda tidak perlu menebus wang simpanan/menjual harta bagi menampung kos perubatan hospital tersebut. Duit sara hidup sepanjang tempoh anda tidak boleh bekerja akibat penyakit kiritikal itu juga, dapat disediakan melalui insurans.
Dalam erti kata lain, keluarga anda tidak perlu merana, kehilangan harta dan sumber pendapatan sedia ada, hanya kerana anda tidak bersedia menghadapi musibah yang melanda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memindahkan sedukit wang dari pendapatan anda kepada skim insurans supaya anda dapat melindungi harta dan insan tersayang.

Golongan Kurang $$$$$$$



Bagi golongan kurang duit pula, bukan sahaja gaji bulanan yang anda terima sekadar cukup-cukup sahaja, malahan anda memiliki banyak komitmen lain yang perlu ditanggung. Tetapi, sedarkah anda? Jika sekarang pun, anda sudah terkial-kial untuk menampung keperluan keluarga, bagaimana nasib keluarga anda sekiranya semalam anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada?
Bagaimana anak-anak anda hendak meneruskan kehidupan mereka? Memang mudah mulut berkata, rumah anak yatim kan ada. Tapi hakikatnya, rumah anak yatim pun memerlukan bantuan kewangan setiap bulan bagi menampung keperluan mereka. Tak kasihankah anda kepada anak-anak anda sendiri, yang anda belai dan sayangi selama ini? Sanggupkah anda melihat mereka hidup merempat, hidup serba kekurangan dah disisih akibat kemiskinan yang melanda?
Ternyata, dengan memiliki insurans, anda mampu untuk menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya anda berpendapatan rendah sahaja. Tidak kira sama ada anda ditimpa penyakit kritikal, lumpuh keseluruhan atau meniggal dunia, tanggungjawab anda terhadap keluarga masih dapat dilaksanakan dengan sempurna. Cuba ubahsuai perbelanjaan sediakala, agar anda dapat menyelitkan sedikit gaji bulanan untuk caruman insurans.
Walaupun sedikit, pampasan insurans yang diperolehi oleh keluarga nanti, begitu besar ertinya pada mereka, kerana terbukti, anda tetap sayangkan mereka walaupun anda sudah tiada. Kasih sayang anda terhadap keluarga akan kekal di hati mereka buat selama-lamanya.

(Dipetik dari Mingguan Wanita September 2005)

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com

Kesiannnnnnnnnnnnnnnnnn

Cuba kita baca petikan akhbar di atas.. Nilah jadinya bila tak ader future planning... Siapa yang susah.. kita jugak yang susah kan? Betul tak? Kesian sungguh.. bila terngadah baru sedar.. Jika isterinya atau si suamimengambil insurance tak perlulah keluar surat akhbar minta tolong.. Jadi tunggu apa lagi.. Jom lah kita ambil insurance.. renung-renungkan.. selamat beramal...

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com


Assalamualaikum.... selamat datang ke blog Insurance... hehehehheh. Ini adalah blog pertama saya setelah sekian lama saya hidup di muka bumi ini.. Saya ada menjual Prudential BSN Takaful Insuran.. Jadi sesiapa yang berminat atau nak bertanya.. jangan segan.. saya sedia membantu selagi terdaya....

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com