Bagaimanakah cara membuat aduan?

Unit Aduan syarikat insurans atau pengendali takaful
  • Anda hendaklah mengemukakan aduan anda kepada Unit Aduan syarikat insurans atau pengendali takaful terlebih dahulu.
  • Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan penyelesaian sesuatu aduan, anda boleh mengemukakan aduan anda sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) atau BNM, yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Unit Aduan boleh menasihati anda tentang saluran seterusnya yang sesuai untuk mengendalikan aduan anda.
  • Apabila anda mengemukakan aduan anda sama ada kepada BPK atau BNM, sertakan salinan surat keputusan syarikat insurans atau pendendali takaful
  • Bagi membolehkan aduan anda dikendalikan secara efektif, anda perlu:
    • membuat aduan secara bertulis
    • mengemukakan maklumat penting tentang kes anda dengan jelas seperti nama syarikat insurans atau pengendali takaful
    • mengemukakan aduan anda secara teratur dan masukkan tarikh-tarikh dan nombor rujukan yang berkaitan, seperti nombor polisi atau sijil, nombor pendaftaran kenderaan dan tarikh kejadian sekiranya berkenaan
    • memberi alamat dan nombor telefon di mana anda boleh dihubungi
    • menyertakan salinan dokumen yang berkaitan dan simpan dokumen asal
    • menyimpan salinan surat aduan anda untuk rujukan
Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)
  • BPK ditubuhkan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pertikaian di antara mereka dengan institusi-institusi kewangan, pengeluar instrumen pembayaran dan pengendali sistem pembayaran* (yang menjadi ahli kepada BPK) termasuklah institusi-institusi perbankan, syarikat-syarikat insurans dan pengendali-pengendali takaful. BPK adalah sebuah badan bebas yang menyediakan saluran untuk pelanggan merujukkan aduan mereka sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah.
  • Sekiranya BPK membuat keputusan yang memihak kepada anda, syarikat insurans atau pengendali takaful dikehendaki patuh kepada keputusan tersebut. Syarikat insurans atau pengendali takaful akan membayar jumlah penyelesaian yang telah ditimbang tara secara terus kepada anda dalam tempoh 30 hari
Jenis Aduan yang dikendalikan oleh BPK
  • Bagi pertikaian berkaitan insurans, BPK akan mengendalikan semua pertikaian di antara penuntut dengan syarikat insurans atau pengendali takaful, yang tidak melebihi amaun seperti berikut:
    • RM 20,000 bagi polisi insurans atau pelan takaful motor dan kebakaran
    • RM 10,000 bagi polisi insurans atau pelan takaful yang lain
    • RM 5,000 bagi kerosakan harta benda pihak ketiga
  • Sekiranya anda perlu megemukakan aduan anda kepada BPK, aduan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad syarikat insurans atau pengendali takaful
Jenis aduan yang TIDAK dikendalikan oleh BPK
  • Kes-kes yang melibatkan tuntutan melebihi amaun seperti dinyatakan
  • Kes-kes penipuan
  • Kes-kes yang telah atau sedang dirujuk kepada mahkamah atau penimbangtaraan
Alamat:
Biro Pengantaraan Kewangan
Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
Tel: 03- 2272 2811
Faks: 03- 2274 5752

Bank Negara Malaysia
  • Anda boleh mengemukakan aduan anda ke BNM sekiranya aduan tersebut tidak boleh diselesaikan oleh Unit Aduan Syarikat insurans atau pengendali takaful dan aduan itu bukan di bawah bidang kuasa BPK
Aduan yang TIDAK dikendalikan olen BNM
  • Aduan yang melibatkan tuntutan melebihi RM 50,000, kecuali jika ia melibatkan aduan tentang kualiti perkhidmatan dan pengendalian tuntutan yang tidak adil.
  • Aduan yang telah dirujuk atau ditimbang tara atau diputuskan oleh BPK
  • Kes yang telah dibawa ke mahkamah , dan yang dikemukakan melalui firma-firma guaman atau yang sedang mereka kendalikan (kecuali tentang pengesahan perlindungan insurans)
  • Kes berhubung institusi yang bukan di bawah penyeliaan BNM, seperti bengkel membaiki kenderaan dan organisasi pengurusan kesihatan
  • Aduan oleh ejen insurans terhadap prinsipal mereka
  • Aduan oleh kakitangan insurans terhadap majikan mereka
  • Perkara-perkara lain yang tidak berkaitan dengan insurans atau takaful
Alamat:

Bagi urusan insurans
Biro Perkhidmatan Pelanggan
Jabatan Pengawalan Insurans
Bank Negara Malaysia
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur
Tel: 03 - 2698 8044
Faks: 03 - 2694 5986

Bagi urusan Takaful
Jabatan Perbankan Islam dan Takaful
Bank Negara Malaysia
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur
Tel: 03 - 2698 8044
Faks: 03 - 2693 3826 

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...