Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Monday, October 31, 2016

Menu Takaful mana yang jadi pilihan anda?

YOU DECIDE WHICH ONE YOU NEED........
Pelan Takaful yang dipromosikan oleh ejen Takaful sekarang boleh digambarkan seperti menu di bawah
Kiri - Pelan Basic Coverage sahaja dengan pilihan tempoh bayaran pendek
Tengah - Pelan Basic Coverage rendah, tapi Medical Kad berjuta
Kanan - Pelan Lengkap Gantian Gaji akibat meninggal awal, TPD, sakit kritikal, elaun hospital, kemalangan dan medical kad dengan jumlah coverage secukupnya
Anda cuma ada bajet 10% gaji bulanan je ni...


mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Monday, October 24, 2016

Kisah duka DUKE: Rentetan viral makan Harta anak Yatim,

[HIBAH SITU SANA SINI]

Disebabkan kes DUKA DUKE ni jugak, kami para agent pening kepala cemana nak explain fungsi Hibah utk anak di BAWAH UMUR 18 TAHUN dalam penamaan waris utk pampasan Takaful ibu/bapa.
So, bila tatau, kita kenalah bertanya. So, akak tanye trainer PruBSN yg kemudian dia tanye pulak bahagian claim PruBSN. Kesian trainer tu, asyik kena melayan soalan2 akak. Heehee... So, inilah jawapannya....
Case Study : IBU amik takaful. Penamaan diberikan 100% kepada ANAK yg berumur 6 tahun melalui HIBAH BERSYARAT.
~~~~~~~~
Selain anak sebagai penama, dalam form penamaan tu ADA diletakkan Trustee misalnya Amanah Raya Berhad atau As-Salihin Trustee (dah hire dorang siap2).

Maka sekiranya berlaku kematian kepada ibu, duit pampasan tu akan dipegang oleh Trustee dan hanya boleh dikeluarkan apabila anak mencecah umur 18 tahun.
Walau bagaimanapun, sekiranya penjaga sah ada surat tadbir kuasa, maka bolehlah dikeluarkan sedikit2 duit tu utk keperluan anak misalnya utk belanja beli baju sekolah, bayar van sekolah, yuran peperiksaan dan lain-lain yang difikirkan sesuai oleh Trustee.
~~~~~~~~

Anak sebagai penama tapi dalam form penamaan TIDAK diletakkan sebarang Trustee.
Sekiranya berlaku kematian kepada ibu, maka duit pampasan tu akan pergi kepada SURVIVING PARENT (dalam kes ni kepada bapa sekiranya masih hidup)
~~~~~~~~

Anak sebagai penama tapi dalam form penamaan TAKDE Trustee dan budak tu pun dah TAKDE surviving parent (bapa dah meninggal)
Sekiranya berlaku kematian kepada ibu, penjaga yg sah (legal guardian) boleh membuat tuntutan kepada PruBSN dengan syarat ada surat tadbir kuasa (LA) atau Grant of probate serta amount pampasan tidak melebihi RM50,000. Sekiranya lebih RM50,000, wang sijil akan diserahkan kepada Trustee Amanah Raya Berhad.
Bila dah diserahkan ke Amanah Raya Berhad, mcm biasalah ye, kena tunggu umur 18 tahun atau berbalik mcm Senario 1, legal guardian dengan surat tadbir kuasa boleh keluarkan sikit2 duit tu utk belanja keperluan anak.
Nota bulu kaki : Penjelasan ni hanya terpakai untuk pemegang sijil PruBSN. Pemegang sijil/polisi syarikat takaful/insurans lain, sila rujuk agent anda masing2.

Kredit:Ejen Suzilah Zainudin

mbk
0192853910

Friday, October 21, 2016

Siapa Penama Harta / Takaful / KWSP / Hartanah / Akaun Bank Anda?



1. Berikutan isu viral isu pemegang amanah yang tidak amanah dalam kes waris kemalangan mangsa kemalangan DUKE yang menguruskan sumbangan orang ramai, publik mulai celik dengan isu-isu seputar penamaan dan pemegang amanah yang selama ini jarang diambil peduli.

2. Dalam kes tersebut, saya serahkan isu tersebut kepada mahkamah dan pihak berwajib untuk mengeluarkan keputusan.

3. Untuk tulisan ini, saya ingin berkongsi beberapa isu yang berkaitan dengan penamaan, pemegang amanah dan trustee dari sudut perancangan kewangan.

4. Dalam perancangan kewangan, aspek penamaan merupakan satu “blind spot” yang jarang-jarang-jarang diberi perhatian. Ia nampak kecil tapi memberi impak yang besar jika tidak diurus dengan baik.

5. Berikut merupakan beberapa berdasarkan dari kisah benar, yang mungkin akan berlaku kepada kita, suami atau isteri kita, ibu ayah kita, adik beradik kita, atau saudara mara dan sahabat handai jika aspek ini tidak diberi perhatian dengan baik;

 KES 1:
Aqil dan Maiza (kedua-dua bukan nama sebenar) telah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun. Aqil telah mengambil polisi takaful semenjak daripada mereka belum dikurniakan cahaya mata lagi, dan meletakkan nama isterinya, Maiza sebagai penama bagi polisi takafulnya. Disangka cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Istana bahagia yang mereka layari selama ini tidak mampu bertahan lama akibat orang ketiga.

Akhirnya pasangan ini bercerai dengan baik dan Aqil berkahwin dengan Wahidah (bukan nama sebenar). Malang pula tidak berbau, Aqil meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Selaku isteri yang sah, Wahidah membuat tuntutan daripada syarikat takaful. Alangkah terkejutnya dia apabila ia ditolak oleh pihak syarikat kerana penama di dalam polisi tercatat nama Maiza.

Maiza pula mempertahankan haknya sebagai bekas isteri kerana pampasan tersebut penting untuk meneruskan sara hidup anak-anaknya hasil perkongsian hidup selama 15 tahun bersama Aqil.

Manakala Wahidah pula mempertahankan haknya sebagai isteri yang sah ketika Aqil meninggal dunia.

 KES 2:
Masywi (bukan nama sebanar) bertunang dengan Deana (juga bukan nama sebenar) selama beberapa tahun. Di awal pertunangan mereka, Masywi telah meletakkan nama Deana sebagai penama bagi KWSPnya. Namun pertunangan mereka tidak berkekalan. Masywi telah beralih arah dan jatuh cinta dengan Syikin (juga bukan nama sebenar). Mungkin jodoh Masywi dan Deana tidak ada, maka Masywi berkahwin dengan Syikin. Deana juga mencari cinta baru selepas ditinggalkan cinta pertamanya.

Usia perkahwinan Masywi dan Syikin memang panjang. Dalam usia emas Masywi meninggal dunia atas sebab tua, meninggalkan Syikin dan anak-anak yang sudah besar panjang.

Selepas selamat dikebumikan, Syikin menunaikan beberapa tanggungjawabnya selapas kematian suaminya itu, termasuklah menguruskan wang KWSP Masywi.

Alangkah terkejutnya dia apabila dimaklumkan oleh pegawai KWSP bahawa wang KWSP Mawi hanya boleh dituntut oleh penama yang tercatat di dalam borang KWSP Mawi, dan nama yang tercatat ialah Deana!

 KES 3:
Aizil (bukan nama sebenar), mengambil polisi takaful semenjak bujang lagi. Beliau meletakkan nama ibunya, Azizah (juga bukan nama sebenar) sebagai penama. Selepas berapa tahun mengambil polisi takaful, Aizil berkahwin dengan Reetah (juga bukan nama sebenar) tanpa restu ibu bapanya.

Selepas berkahwin, sikap Azizah dingin terhadap menantunya itu lantaran perkahwinan yang tidak direstuinya itu.

Perkahwinan mereka dikurniakan beberapa orang cahaya mata. Malang tidak berbau, ketika usia perkahwinan mereka mencecah 15 tahun, Aizil menghidap kanser. Sebelum sempat membuat tuntutan takaful penyakit kritikal, dia meninggal dunia.

Lantas Reetah meneruskan membuat tuntutan takaful bagi pihak suaminya. Namun pihak takaful menyarankan agar Reetah untuk mendapatkan persetujuan daripada Azizah kerana polisi takaful tersebut adalah atas nama ibunya itu.

Namun, atas rasa tidak puas hati yang masih terkesan semenjak kes dahulu, Azizah enggan berkompromi dengan menantunya itu. Lantas beliau menuntut pampasan takaful tersebut.

Azizah mendakwa, ”Yang mati anak aku. Aku yang mengandung dan melahirkannya daripada perut aku. Dan aku jugalah yang membesarkannya daripada kecil selama 21 tahun sebelum dia berkahwin”.

Reetah terpaksa berendam perasaan mengenangkan anak-anak masih kecil hasil perkongsian hidupnya dengan Aizil.

 KES 4:
Fazz (bukan nama sebenar) seorang anak tunggal, berkawan baik dengan Fafa (bukan nama sebenar) sejak kecil. Kedua-dua memang rapat sejak kecil hingga dewasa dan berkongsi pengalaman manis dan pahit bersama-sama.

Dari sekolah, universiti, malah selepas grad pun masih bersama tinggal serumah dan bekerja di kawasan sama. Sama-sama membina kehidupan dan kekayaan di ibu kota, dalam keadaan masing-masing belum mendapat jodoh.

Suatu hari mereka berpakat untuk membuat wasiat dengan sebuah syarikat trustee dan saling meletakkan nama mereka sebagai pemegang amanah.

Fazz meletak nama Fafa penama dalam wasiat, manakala Fafa letakkan nama Fazz dalam wasiat masing-masing.

Hendak dijadikan cerita, Fazz meninggal dunia akibat kemalangan ngeri. Apabila kes urus pusaka Fazz diuruskan oleh ibu bapa Fazz, Fafa sebagai penama harta yang dimiliki oleh arwah Fazz enggan menyerahkan kepada ahli keluarga selaku waris yang sah.

Ibu bapa Fazz yang hanya bekerja kampung hanya berputih mata lantaran peristiwa itu.

NOTA: Kisah-kisah di atas adalah daripada kisah benar yang sampai kepada penulis melalui sumber yang sahih sebagai seorang konsultan dalam bidang servis kewangan sejak tahun 2013. Nama, watak, dan lokasi sudah diubahsuai dan sekiranya berlaku kesamaan dengan mana-mana individu yang masih hidup atau meninggal dunia hanyalah kebetulan dan tidak disengajakan.

kredit: Afyan Mat Rawi

mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

FAHAMI TUJUAN UTAMA AMBIL TAKAFUL

Tujuan utama ialah untuk dapatkan JAMINAN BERTULIS dari pihak yang sanggup TANGGUNG KERUGIAN KEWANGAN yang berlaku dalam hidup kita
Dalam erti kata lain, ia adalah PERSEDIAAN AWAL yang kita buat KALAU JADI APA APA kat kita. Terutama sekali kalau kita adalah PENCARI NAFKAH BUAT KELUARGA
Kalau jadi apa-apa yang bagaimana kena cover dulu?
1) Kalau mati awal sebelum bersara
2) Kalau hilang upaya kekal dan keseluruhan 
3) Kalau sakit kritikal berpanjangan 3-4 tahun
4) Kalau masuk hospital untuk tempoh lama
5) Kalau hilang anggota badan akibat kemalangan

Kelima lima risiko ini, kalau tak ditangani dengan betul, BOLEH SEBABKAN KELUARGA HILANG INCOME BERTERUSAN
Jangan mudah terpedaya dengan ejen-ejen yang promosikan pelan bayar tempoh pendek, tapi cuma cover kematian dan hilang upaya saja. Itu ibarat pelan nasi kosong sekawah. Takde lauk. Keluarga anda yang jadi lauk karang sebab terpedaya dengan gimik pelan "kalau tak jadi apa-apa" (bertentangan dengan tujuan asal ambil takaful).


mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
019-2853910

Wednesday, October 19, 2016

Surat cinta untuk awak. Sila baca yer sayang.......

Salam awak,


Dulu saya ada tulis "message" kat awak di wall FB saya pasal Hibah Takaful. Awak masih ingat lagi tak? Awak ada baca tak?
Saya masih nak share ilmu pasal hibah dengan awak di waktu tengahari nie. Saya tahu, masa office break nie, awak tengok FB kan? Moga Ilmu nie meresap dengan mudah bersama sinaran mentari tengahari dan di waktu perut awak dah kenyang.
Awak tahu tak?
Dalam banyak-banyak asset yg awak bina, *HIBAH TAKAFUL* adalah antara yg #terawal boleh dicairkan kepada keluarga. Seawal #duaminggu ke#duabulan sahaja.
Berbeza dengan #assetasset lain. Asset lain seperti rumah, kereta, KWSP, emas, tanah, saving dan lain lain akan jadi *HARTA PUSAKA* dan akan#ambilmasa untuk dibahagi kepada waris-waris apabila meninggal dunia kelak.
Lagi banyak harta lagi lama. Takde wasiat boleh membawa kepada 5-20 tahun masa nak uruskan. Ada wasiat maybe 6 bulan ke atas. Waris tak sepakat akan melambatkan lagi proses. Takde orang volunteer nak urus lagi lama akan settle.Sekarang ada RM60 BILLION harta umat beku di Malaysia. Rugi kan?
*HIBAH TAKAFUL* tak perlu faraid, cepat prosesnya, murah contributionnya, tinggi nilainya, senang nak memilikinya,immediately cover untuk accidental death dan yang penting takde org lain sanggup bagi pada family kita bila kita tiada nanti.
Moga awak baca message saya nie. Kalu boleh like atau share. Moga kita sama-sama dapat pahala.
Sayang awak.
Credit Idea asal: Zaman Kini.
mbk
0192853910

Tuesday, October 18, 2016

Apa yang perlu kita lakukan setelah mendapat pampasan Takaful?


Katakanlah Pampasan Takaful yang kita dapat RM 200,000.

+ Boleh diambil untuk urusan jenazah. Contohnya RM 850 maka baki RM 199,150.
+ Tetapi di sini agak mustahil pampasan di atas dapat digunakan untuk urusan jenazah kerana masa yang singkat.
+ Di sinilah keperluan khairat kematian yang dianjurkan pihak masjid / surau dalam perancangan kewangan kita.
+ Mungkin benar kita sudah ada simpanan dan pelaburan yang banyak, caruman takaful yang berbaloi tetapi lupa perancangan khairat kematian yang efektif.
+ Andai si mati tiada khairat kematian, tiada "cash" disimpan, bolehlah si waris menggunakan duitnya dahulu sebagai hutang.
+ Nanti apabila sudah dapat pencairan harta arwah atau pampasan takaful, boleh diganti balik.
+ Baki RM 199,850 yang ada tadi ditolak segala hutang seperti badal haji, fidyah, kafarah, nazar dll.
+ Jika ada hutang di bank seperti pinjaman peribadi, bayarkan terlebih dahulu.
+ Kemudian ditolak untuk amal solehnya selepas kematian apabila si mati meninggalkan wasiat. "Kebiasaan" tidak melebihi 1/3 harta.
+ Katakan baki ditolak hutang nazar dan bank ialah RM 150,000 maka 1/3 ialah RM 50,000. Ada pandangan, wasiat ni kurang 1/3 lebih baik. Contoh 1/6.
+ Baki barulah diberi kepada waris qadim
Terima kasih tuan FB Mohamad Akmal Mohamad diatas status ini.  ilmu yang bermanfaat buat semua.
mbk
0192853910

Friday, October 14, 2016

HIBAH TAKAFUL


Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya.

Iaitu datuk atau pakciknya. Bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain.

Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya
.
Apabila agama itu diambil separuh separuh, yang memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yang berlaku pada seorang balu yang kematian suami.

1. Semasa hidup simati orang susah, adik-beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja untuk anak buah walaupun semuanya kerja bertaraf tinggi.

2. Rezeki anak-anak simati dapat beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tetapi tak kesampaian(meninggal dulu).

3. Simpanan simati ada dalam RM10,000.00 di bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Simati selalu beritahu isterinya kalau dia tiada, isteri dan anak-anak tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ada tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati untuk si isteri dan anak-anak.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung). Simati meninggalkan balu dan 2 orang anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki, jadi harta-harta simati akan dapat juga pada adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak-anak, ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dapat paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yang masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas dalil-dalil bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh sibalu dengan anak-anak ikut nilai pasaran. Kemudian mereka itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? Nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak-anak dengan jumlah yang sibalu dapat dan anak-anak simati hampir mustahil dapat cari rumah baru.

Bermula lah episod merempat si anak-anak yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan sibalu, si anak pun bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati untuk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaannya berkecai sama sekali. Waris-waris semua lesap lepas dapat bahagian masing-masing.

Walaupun berhak pada harta simati tapi kene tengok pula tanggungjawab yang harus dipikul jangan ambil agama itu separuh separuh untuk kepentingan sendiri. Ya tak berdosa ambil harta yang sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak-anak simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik-adik kite suami kita anak kita dari bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yang agama ajar, bila simati meninggalkan anak-anak yang belum baligh, wajib bagi walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah untuk anak simati. Kalau tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sangat adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kene menanggung orang-orang dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali-wali untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih si yatim adalah perempuan) dan semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban /membantu si wali-wali untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YA! Dapat pembahagian harta simati bukan terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Wallahu'alam

Wahai suami... jom dengar berkaitan HIBAH, permasalahan harta peninggalan mungkin boleh diselamatkan...

Sharing is caring 👍

kredit: Azham Razali.

mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

SOALAN : POLISI / SIJIL TAKAFUL SUDAH MATI (LAPSE), APA BOLEH BUAT?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Insurans / takaful, jujurlah tanya pada diri sendiri – ianya penting, atau sangat penting? Kalau jawapannya bukan dua-dua opsyen yang saya beri, sudah pasti jawapannya tidak penting.

Agak pelik, pada awalnya pelanggan-pelanggan setuju untuk mempunyai pelan takaful sendiri. Selepas beberapa ketika, mereka tidak mahukannya. Pelbagai alasan diberi, tak penting dan tak pernah buat tuntutan. Rasa rugi dan macam-macam lagi.

Baru-baru ini, ada seorang pelanggan. Setelah beberapa lama senyap, dan caruman tidak dibuat. Polisi itu telah lapsed atau senang difahami, telah luput dan tidak berguna lagi. Cuma, pelanggan ini selepas polisi lapsed, beliau mahukan semula polisi yang sama dengan harga yang sama.

Boleh ke?

Jawapannya boleh!

Apa pilihan yang ada?

Pilihan A: Setiap polisi yang lapsed pada bulan berikutnya, kalau mahukan polisi itu hidup semula dengan cepat tanpa tempoh menunggu (bagi kad perubatan) – perlulah membayar polisi itu pada 1hb – 7hb.

Pilihan B: Jika bayaran polisi dibuat antara 8hb-27hb, polisi anda akan hidup akan tetapi polisi anda kena jalani tempoh menunggu selama 30 hari.

Pilihan C: Jika bayaran dibuat pada 28hb hingga bulan ke 6, anda perlulah memohon proses revival (proses menghidupkan semula takaful anda). Tempoh menunggu selama 30 hari. Anda hanya perlu membayar sebulan payment untuk menghidupkan semula , selepas polisi inforce semula, disarankan untuk buat bayaran 4@5 bulan untuk mengelakkan dari polisi kembali lapsed.  

Pilihan D: Jika bayaran dibuat semasa bulan ke 7 hingga bulan ke 11, anda perlulah memohan proses revival (proses menghidupkan semula takaful anda) dan mengisi personal statement (set soalan tentang kesihatan anda), kemungkinan memerlukan "medical examination" (subject to underwriter) dan polisi anda perlu menjalani tempoh menunggu selama 30 hari.

Pilhan E: Jika selepas 12 bulan polisi lapsed atau lebih, anda tak perlu buat apa-apa dan tak perlu peningkan kepala. Hanya kena apply polisi baru.

kredit: December 2, 2015-by Adib Yazid

mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Wednesday, October 12, 2016

Berapa sumbangan yang perlu untuk hibah?

Ramai yang bertanya , berapa RM untuk berhibah nie? Seperti gambar dibawah, seorang peniaga pakaian (risiko pekerjaan kelas 3) yang berusia 26 tahun. Beliau hanya perlu menyumbang RM150 sebulan dengan manfaat mendapat Hibah sebanyak RM200,000 kepada penama atas sebab kematian/hilang upaya.

Korang rasa ok tak?



#hibahtakaful

mbk
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untuk kos rawatan dan mengelakkan kita meminta-minta sekiranya berlaku kecemasan. Hidup hanya sekali dan rancanglah yang terbaik untuk diri anda dan orang yang disayangi .


mbk
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com
mardiyah79@gmail.com

Thursday, October 6, 2016

2 SEBAB UTAMA KENAPA HARTA PUSAKA ORANG ISLAM BEKU DI AMANAH RAYA"


Tadi ada sorang agent saya call..dan share kat saya....dia ada call pegawai di Amanah Raya Berhad dan dia bertanya..."Kenapa ya Encik, harta pusaka orang Islam di Malaysia nie sampai 60 Billion beku dan tak boleh buat apa?"

So, Pegawai tu kata...."Antara sebab utama adalah 

1- TIADA PERSEFAHAMAN ANTARA WARIS YANG LAYAK DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA.

2- TIADA COMMITMENT DARI WARIS YANG LAYAK UNTUK MENGURUSKAN PROCESS PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA."

So, saya bgtau la pada agent tu. Sebab tu, kita ada peranan yang sangat besar untuk membantu Amanah Raya dan umat islam di Malaysia berkenaan dengan isu ini.

Kedua-dua permasalahan ini boleh diringankan dengan ada nya Hibah Takaful.

1- Kalau si Mati ada sediakan hibah takaful, mana2 bahagian yang berkemungkinan akan ada conflict boleh diselesaikan dengan cara ini sebab duit pampasan hibah takaful tidak perlu di faraidkan sebab ia tidak tertaluk kepada harta pusaka (Rujuk IFSA 2013 - Jadual 10, Perenggan 3(2))..

2- Masalah kedua bukan hanya sebab komitmen dari segi masa, tenaga, malah duit. Sebabnya, nak uruskan pembahagian harta pusaka nie memerlukan banyak sumber (Tenaga, Masa, Duit)...jadi, kalau yang tukang urus tu takde budget nak uruskan semua pembahagian harta, sebab kena turun naik pejabat pusaka kecil atau mahkamah...sebelum dapat LA (Letter of Authorization)...So, masalah ini boleh diselesaikan dengan adanya Hibah Takaful, di mana Si Mati semasa hidupnya boleh gunakan sedikit duit belanja beliau untuk buat satu plan HIBAH TAKAFUL yang tujuannya KHAS untuk Belanja Mengurus Pembahagian Harta pusaka....Tak perlu banyak pun...tapi, dengan adanya plan macam nie, ia akan memudahkan process pembahagian harta pusaka kepada waris yang layak dan harta tersebut boleh dimanfaatkan...

kredit: Aziz Riadi

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Wednesday, October 5, 2016

Hibah dalam Takaful bantu urus harta lebih cepat

Salam,

Menurut suratkhabar tempatan, sebanyak RM 60 billion aset harta pusaka tidak dituntut (Harian Metro, 31 Jan 2016). Di mana silapnya?

Dah banyak artikel yang saya tulis atau yang bergambar berkenaan dengan Hibah. Kalau lihat di media sosial pun, dah banyak Takaful ejen dan ejen bahagian pusaka mempromosikan Hibah sebagai satu pembahagian harta pusaka yang adil dan saksama. Kenapa tak menitik beratkan mengenai faraid? Adakah sistem Faraid ini memberi bebanan pada pewaris yang lain. Tidak adilkah sistem Faraid ini? 

Orang Melayu nie, memang sensitif jika menceritakan bab pembahagian harta pusaka. Tapi, sayangnya. Bab pembahagian harta pusaka yang secara adil, tak pula sensitif.  Adakah faraid dilihat tidak adil kerana hak kepada kaum lelaki lebih banyakkah? Di situ ker letak nya ketidakadilan? Kenapa diletakkan penbahagian banyak pada lelaki? Tanggungjawab lelaki bukan pada keluarganya semata-mata, bahkan tanggungjawabnya kepada seluruh keluarganya yang lain. Jika si Abang meninggal dunia, tanggungjawab si adik untuk mejaga keperluan makan minum keluarga si Abangnya. Sudah menjadi tanggungjawab saudara lelaki untuk menanggung keperluan makan minum keluarga yang baru kematian ketua keluarga itu tadi. Sebab itu pembahagian harta banyak kepada pihak lelaki. Hakikatnya, begitukah ia diamalkan?


Sebenarnya, kalau dilihat dengan teliti, Faraid adalah pembahagian harta yang cukup adil. Disebabkan nafsu harta yang cukup tinggi, perebutan harta yang tiada kesudahan dan ada yang sampai 50 tahun  masalah nie baru selesai. Sebab itu Hibah di ketengahkan.

Sebab-sebab harta pusaka bertukar menjadi harta puaka

1. Tidak faham konsep pemilikan harta dalam islam

2. Pewaris tidak faham hukum faraid

3. Pewaris salah faham konsep wasiat

4. Pewaris membuat HIBAH yang tidak cukup syarat

5. Pentadbir pusaka tidak amanah, tidak berkeupayaan dan lembap

6. Waris tidak bekerjasama

7. Wasi tidak amanah dan tidak tahu hukum.

8. Siapa yang jaga orang sakit cth Ayah, (banyak duit) akan dapat harta pusaka itu

Kenapa perlu HIBAH TAKAFUL? Apa itu HIBAH TAKAFUL?


Pemberian semasa hidup ini dikenali sebagai 'hibah’ ataupun bermaksud ‘hadiah’. Dalam hukum Islam jumlah harta seseorang yang dapat dihibahkan itu tidak terhad.

Hal ini berbeza dengan pemberian seseorang melalui wasiat yang terbatas pada satu pertiga daripada harta peninggalan dan tidak boleh mewasiatkan harta kepada seseorang waris kecuali dengan persetujuan semua waris yang lain.

Hibah merupakan salah satu langkah yang sesuai digunakan dalam pembahagian harta di kalangan umat Islam iaitu di antara waris dan sesama ahli keluarga.

Hibah telah diguna pakai sebagai konsep tambahan kepada produk-produk takaful yang diamalkan oleh kebanyakan pengendali takaful.

Misalnya melalui produk pelan pendidikan, ibu atau bapa sebagai pembayar caruman (pemberi hibah) dan anaknya merupakan orang yang dilindungi (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana semua rukun dan syarat dapat dipatuhi.

Selain itu, ada pengendali takaful yang memberikan manfaat dalam bentuk hibah kepada peserta sebagai ganjaran atas kejayaan peperiksaan tertentu yang dicapai oleh peserta.

Hibah jenis ini juga jelas dan adalah tidak bercanggah.

Terdapat juga pelaksanaan hibah menerusi manfaat takaful iaitu waris akan menerima manfaat jika peserta mengalami musibah hingga menyebabkan kematian. Andai kata peserta meninggal dunia, jumlah perlindungan akan dihibahkan kepada waris beliau.

Sebagai contoh, sekiranya seorang suami ingin menghibahkan keseluruhan manfaat takaful kepada isterinya, maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan jumlah perlindungan tersebut.

Hal ini kerana penamaan hibah atau pemberian tersebut telah ditentukan ketika peserta masih hidup. Bagi si isteri pula dia menerima manfaat takaful berasaskan konsep hibah bersyarat di mana manfaat tersebut akan diberikan secara terus dan dipindah milik kepadanya setelah suami meninggal dunia dan tidak menjadi sebahagian harta pusaka peserta.

Sebaliknya jika suami yang merupakan peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah), maka tanggungjawab isteri untuk membahagikan wang daripada jumlah perlindungan kepada waris secara faraid.
Bagaimana pula pengagihan harta kepada mereka yang memerlukan tetapi tidak berhak mendapat harta secara faraid ataupun menerusi wasiat?

Sebagai contoh, pemberian harta kepada anak angkat. Pengagihan harta boleh dilakukan melalui pemberian hibah dan mereka akan turut mendapat manfaat daripadanya.

Hibah dapat melancarkan pembahagian harta, merapatkan ikatan persaudaraan dan pertalian kasih sayang dalam masyarakat hari ini.

Sikap saling membantu dan berkasih sayang akan terus terjalin dalam sesebuah keluarga dengan penuh kerukunan walaupun setelah ketiadaan salah seorang ahli keluarga,  terutamanya ketua keluarga yang bertanggungjawab menanggung segala keperluan keluarganya.




Tujuan Hibah dan Wasi ialah supaya syarikat Pengendali Takaful dapat membayar wang pampasan kepada waris yang telah dinamakan, sekiranya berlaku musibah sebagai contoh kematian kepada pemilik sijil takaful (policy owner).
Namun kaedah pembahagian wang bayaran pampasan tersebut kepada waris yang berhak menerimanya, adalah berbeza di antara penerima Hibah berbanding penerima sebagai Wasi. Banyak berlaku salah faham dikalangan masyarakat kita yang beranggapan bahawa penama (Wasi) di dalam sijil takaful adalah penerima mutlak kepada wang bayaran pampasan tersebut. Sebenarnya tidak.

mbk
perunding takaful
0192853910