Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Monday, July 14, 2014

Stroke/Strok/Angin Ahmar : Dari pengalaman kecil Ejen Takaful

Salam,

Jumaat lepas saya bergegas balik kg kerna dapat berita mak sedara kena attack dengan mild stroke. Takut jugaklah kan. Bimbang pun ader. Sampai jer kat umah mak sedara, sayu jer pandangan. Yerlah tetiba kena maser lepas solat subuh. Menurut ayah sedara, mak sedara start jadi biler dier tak boleh pegang pisau untuk potong ayam. Ingatkan dier tak larat. Al maklumlah posa, cuaca pun tak menentu ditambah faktor usia. Maka ayah sedara n mak sedara tak raser apa2. Ayah sedara ader perasan, percakapan mak sedara lain sikit. Macam cakap pelat. Maser sungguh kejam. Tak pernah delay. Lepas solat subuh, mak sedara raser x leh jalan. Kaki raser berat. Ayah sedara call mak sedara yg bongsu. Then terus pi klinik. Dr sahkan mak sedara kena mild stroke sebelah kanan. Sekarang nie tengah jalani rawatan urut (rawatan alternative) selain makan ubat yg dr beri.

Sekali rawatan altenative tue boleh cecah RM80 sehari selama sejam. Kena pi 7 kali. Ubat ubatan boleh cecah RM300++. Hmm kesian jugak dgn ayah sedara. Dah lamer dier tak pi kerja. Semoga Allah permudahkan segala urusan beliau. Amin

Apa yg berlaku menginsafkan saya. Kita kena jaga makan, kena exercise n kena minum air banyak. Mak sedara saya tak der insurans mahupun takaful. Umur dah 70++.... Nasib baik anak2 dah kerja. Boleh lah kurangkan kos perbelanjaan ubat ubatan dan others expenses.

So korang, dari pengalaman nie saya terus ambik buku Critical Illness yg diberi oleh pihak Takaful. Apa yg dapat saya nyatakan, simptom2 stroke dah ader kat mak sedara nih. Exactly apa yg buku critical illness tue cakap seperti ditunjuk dalam gambar dibawah:-

Pada mula kena serang stroke tue, muka mak sedara mmg ader sengit sikit, tangan sebelah kanan mmg lemah (tak boleh angkat), percakapan mmg pelat dan tidak jelas, dan saya bersyukur ayah sedara bertindak dengan pantas. Terus pi jumpa dr untuk rawatan susulan.

Menurut istilah Takaful atau insurans, strok nie suatu kejadian atau kemalangan pada otak, yang menghasilkan komplikasi tetap neurologi, yang berterusan tidak kurang dari 180 hari (6 bulan). Ini termasuk kegagalan tisu otak, pendarahan dan embolisme dari satu sumber tambahan kranium. Diagnosis ini mesti berdasarkan kepada perubahan yang boleh dilihat pada imbasan CT atau imbasan MRI dan disahkan oleh seorang pakar neurologi atau pakar bedah neuro.

PENGECUALIAN (TAKAFUL/INSURANS X COVER) JIKA:-

1. Simptom cerebral akibat serangan iskemik sementara (strok tidak kekal)
2. Sebarang kepincangan iskemik neurologikal boleh sembuh
3. Iskemik Vertebrobasilar
4. Simptom serebrum akibat migraine
5. Kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia
6. Penyakit Vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular otak.

Glosary:
1. Iskemik Perantara (transient ischemic): Gangguan fungsi otak yang terjadi akibat dari berkuranganya aliran darah ke otak untuk sementara waktu (tidak sampai hingga 1-2 jam). Contoh simptom adalah gangguan penglihatan, bicara tidak jelas, raser ketidakseimbangan badan 
2. Iskemik Neurologikal :Terjadi akibat kekurang pengaliran darah ke saraf
3. Iskemik Vertebrobasilarsimptom sementara kerana aliran darah menurun dalam peredaran posterior otak
4. Cerebral: brain
5. hypoxia: kekurangan oksigen mencapai tisu-tisu tubuh

Cara tuntutan:
1. Isi borang tuntutan Takaful/insurans berkaitan  penyakit kritikal
2. Pernyataan/Report pakar Neurologi
3. Pernyataan/Report Imbasan Otak CT/MRI
4. Laporan Ujian Klinikal
5. Penilaiaan Aktiviti Kehidupan Harian (Borang yg diperolehi dari pihak Takaful/insurans)

"Aktiviti Kehidupan Harian" hendaklah mempunyai pengertian berikut: 

(a) Pengalihan 
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal. 

(b) Pergerakkan 
Berkeupayaan untuk bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal. 

(c) Buang Air/Penggunaan Tandas 
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi sistem pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri. 

(d) Berpakaian 
Berkeupayaan untuk memakai dan menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain. 

(e) Mandi/Membasuh 
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk atau keluar dari tempat mandi) atau membersih diri dengan cara-cara lain. 

(f) Makan 

Semua tugas memasukkan makanan yang telah disediakan ke dalam tubuh badan. 

Tempoh Bertenang:-




mardiyah79@gmail.com

Tuesday, July 8, 2014

Edisi komplikasi kehamilan (medical card cover): Kehamilan Anggur

Salam Ramadhan,

Saya nak ucapkan terima kasih pada Berita Mingguan dalam sisipan Pancasihat hari Ahad 06.07.2014. Kerna menyiarkan mengenai salah satu komplikasi kehamilan yg dicover oleh medical card. Harap ia memberi manfaat buat semua. \^o^/

DISCLAIMER: IMEJ YG DIPAPARKAN MUNGKIN SENSITIF UNTUK SESETENGAH PIHAK




mardiyah79@gmail.com

Monday, July 7, 2014

Edisi Tazkirah Ramadhan: "Berpesan pesan dengan kesabaran"

Nie saya ambik dari facebook kawan saya yg juga seorang ejen " The Takafulman"

Takaful menjadi renggang dengan masyarakat bukanlah kerana sifatnya. Namun lebih menjurus pada sebab intrepetasinya.

Contoh yang selalu kita diasak, "Jual Takaful" dan "Beli Takaful".


"Menyuruh orang beli Takaful" <-- masyarakat--="" persepsi="">

"Mengajak orang menyertai Takaful" <--ini sepatutnya--="" yang="">

Takaful bukan komoditi jualan untuk dibeli. Takaful adalah mekanisma saling-bantu yang diselaraskan melalui konsep sumbangan para peserta Takaful itu sendiri.
Contoh lain;

"Dia ni kerja jual Takaful" <--- font="">persepsi masyarakat---">


"Dia ni bertugas sebagai pendakwah Takaful" <--ini sepatutnya--="" yang="">


Perkataan 'Dakwah' diasosiasikan dengan Takaful atas satu faktor mudah. Nature Takaful ni adalah 'mengajak'. Mengajak kepada hal baik yang kurang dirapati. Itulah Dakwah. Macam mengajak orang sembahyang berjemaah di masjid, itu hal yang susah untuk dituruti, jadi ia dipanggil dakwah. Mengajak orang bertenang, bersabar, berbuat perkara baik yang lain, juga digelar Dakwah.

Cuma bezanya, Takaful lebih menjurus kepada aspek perancangan ekonomi keluarga, dan jika ia berkembang biak dengan baik..cakupan aspeknya akan melangkau kepada ekonomi ummah secara menyeluruh, justeru akan mencipta kekuatan ekonomi Islam yang tersendiri.

Idelisma sebegini sukar nak dicapai kalau masyarakat masih melihat Takaful dari sudut pandang yang salah. Lagi sukar bila ada segelintir pendakwah Takaful hanya mahu 'menjual' sehingga meninggalkan elemen paling utama dalam berTakaful, yakni 'mendidik'.

Maka didiklah, InsyaAllah tugas para pendakwah Takaful akan jadi lebih mudah.

Semoga kita sama sama diRahmati Allah.

Sunday, July 6, 2014

Edisi hebahan: Hijabster workshop


So korang semua especially gegurlsss ... Jangan lepaskan peluang tawww.. Come join us..

Agency SIXMA (salah satu agensi dibawah PruBSN Takaful) akan anjurkan Hijabster event pada:-

Tarikh : sabtu 12.07.14

Waktu: 2.30 - 6.00 pm

Tempat : Prudential Training Academy , ukay perdana

Jemputan hebat Hijab Stylist : Anizon Hussin ( Shila Amzah Hijab Stylist)

Aktiviti : Hijab in Style Workshop, lucky draw n juadah berbuka puasa

Caj: ONLY RM 30 jer uollssss

So... Cepat cepat sblm terlambat. Sesaper berminat just PM me hokkeh sebelum Khamis nie 10.07.14

See u there!!!!!!! Awwwwwww