Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

CPMBKreaders

Thursday, November 30, 2017

Tips Takaful | Takaful ada 3 bahagian

=================================
#1 LIFE sebagai protection of income jika seseorang meninggal, lumpuh @ kritikal.

#2 MEDICAL CARD sebagai dana perubatan & protection of aset/saving.

#3 SAVING sebagai fungsi UTAMA adalah protection of policy (medical life) agar tak cepat tamat tempoh, tidak seperti medical card STANDALONE, Dan juga simpanan jangka masa panjang (20 tahun) sebagai pendidikan, persaraan, haji dll. Namun simpanan yang sebenar adalah bukan di takaful tetapi di alat kewangan lain.



mbk
0192853910

Tuesday, November 28, 2017

Panggilan Hangit vs Panggilan Memukau

Panggilan Hangit????

1. Dapat panggilan nak mengadu mengenai penutupan polisi Insurans.
2. Kakak nie citer dia dapat panggilan dari third party mewakili Insurans X nak tanya sama ada Kakak nie nak tutup atau renew. Kakak nie pilih nak tutup memandangkan ada kekangan kewangan.
3. Yang tak bestnya, pemanggil tue kata, Kakak nie kena bayar ribuan ringgitlah jugak jika nak tutup akaun insurans. FYI, Kakak nie just ambik Personal Accident sahaja. Takkanlah nak tutup akaun kena bayar ribuan ringgit siap boleh bagi diskaun lagi jika tak mampu bayar. Take ke pelik tue. Kakak nie mohon pandangan saya...

Nasihat Saya
1. Report pada organisasi yang bertanggung jawab seperti BNM (bahagian Laman Informasi Nasihat & Khidmat -LINK) dan FMB (Financial Bureau Mediation) atau dikenali sebagai Ombudsman Perkhidmatan Kewangan. 

2. Alamat dan No Telefon Organisasi berkenaan Ada dibawah:-

Financial Mediation Bureau
(Ombudsman Perkhidmatan Kewangan), Tingkat 14, Block Utama, Menara Takaful Malaysia, No.4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur
Tel : 03 22722811
Up: unit aduan
Email: enquiry@ofs.org.my

Laman Informasi Nasihat & khidmat (LINK), Ground Floor, Blok C, Bank Negara Malaysia, Peti Surat 10922, 50929 Kuala Lumpur
Tel: 0326988044
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

2. Report pada polis- nie kerana Kakak nie kata pemanggil kerap buat panggilan dan ada juga berbaur unggutan. Takut kan..pemanggil nie siap claim dari third party sebagai pemungut bayaran Insurans.

Mohon hati-hati semua.

Panggilan Memukau
kredit-Aziz Riadi
Minggu ni dapat 2 panggilan dari scammer...
1- Call dari nombor yang pelik, mesin yang jawab, kata saya ada hutang Credit Card dengan Affin Bank dan tertunggak tak bayar.
2- Dapat call dari Maybank, kata account kena block. And then transfer ke officer lepas tu, minta sahkan account dengan bg no account. Saya bgtau balik, "Takpe lah Encik, account saya dah ok dah, sebab saya tgh online maybank2u ni, mcm mana Encik kata account saya kena block. Tak pe lah Encik, saya tak de masa nak layan scammer phone ni. Saya ada banyak kerja...terima kasih"...
So, kalau ada call macam nie, jangan layan. Kalau dia forward ke nombor telefon balai polis pun, jangan layan....
Sekian.

mbk
0192853910

Monday, November 27, 2017

TAKAFUL TIDAK DI HIBAH KEPADA SUAMI!

Rata-rata klien perempuan yang dah berkahwin yang ambil takaful dengan kami tidak meletakkan nama suami sebagai penerima hibah.
Mereka lebih memilih untuk letakkan nama anak-anak2 sebagai penerima hibah walaupun anak belum cukup umur.πŸ˜…
Siap ada tu, mulanya letak nama suami di awal perkahwinan, kemudian bila ada anak, di tukarkan nama penerima hibah kepada nama anakπŸ˜‚
Kadang2 saya terfikir..kenapa ye begitu?
Satu hari..saya bertanya kepada suami..
‘Kenapa ye ramai klien perempuan kita yang ambil takaful tidak meletakan nama suami diorg sebagai penerima hibah? Diorang tak percayakan suami diorg ke? Bukan ke diorg yang pilih suami diorg, kenapa tak percaya?’
Suami menjawab..
‘Macam mana mereka nak percaya kalau suami mereka tak buat benda yang sama?’
‘Maksudnya?’ saya bertanya lagi..
‘Suami diorg ambil takaful tak letak nama isteri sebagai penerima hibah! Kalau ada ambil la.. or even worse tak ambil langsung takaful! Maknanya suami diorg tak fikir langsung nasib isteri apabila mereka tiada. So, buat apa si isteri nak ambil takaful letak nama suami kn?’ jawab suami saya.
‘Oooo..betul jugak tu’
Bila saya fikir balik..kenapa saya letak nama suami saya sebagai penerima hibah takaful saya..
Betul!! Sebab saya terharu suami saya meletakkan nama saya sebagai penerima hibah takaful beliau.
Bila ada orang terdekat tahu tentang suami saya letakkan nama saya sebagai penerima hibah, ada yang berkata.. ‘amboi, jadi janda jutawan la sya nanti’
ermm..saya agak berkecil hati bila dgr ayat tersebut sebenarnya. Macam la saya ni seronok sangat kalau suami mati sebab akan jadi kaya! huhu...
Tak ada siapa pun akan seronok/gembira kalau orang yang dia sayang mati.😒
Tapi suami selalu berpesan, hidup harus diteruskan walaupun dia atau saya mati. Harta yang dihibahkan adalah untuk kegunaan kami teruskan hidup tanpa salah seorang kelak.
At least, kami tinggal kesenangan pada pasangan apabila kami sudah tiada, bukan tinggalkan kesusahan/hutang.
Kalau umur kami panjang bersama, kami akan berusaha bersama-sama mencari rezeki untuk kesenangan hidup masa depan.
This is marriage!! Saling bahagia membahagiakan!
*******
Therefore suami-suami...jangan la marah isteri ambil takaful!
Isteri ambil takaful sebab dia fikir masa depan anak-anak bila dia sudah tiada kelak. Encik suami tak fikir ke??
Bukankah hibah itu juga akan menyenangkan en suami kelak? Anak-anak dapat harta, boleh la guna untuk besarkan mereka. Tapii..itu harta anak yatim tauuu..sbb anak2 adalah penerima hibah!😝
Kalau nak isteri hibahkan pada encik suami..Encik suami sila hibahkan pada isteri dulu yer..

kredit: Sakinah Shabudin

mbk
0192853910

Thursday, November 23, 2017

#luahan


mbk
0192853910

Wang takaful rezeki siapa?



Banyak ejen promote income replacement. Bukan tak bagus, ia bagus untuk buat hibah secara takaful. Pada pandangan saya, selain income replacement, income protection pun perlu. Situasinya, bila didiagnosed penyakit kritikal, kita masih perlu bayar hutang dan perlu duit untuk pebelanjaan harian. Amat jarang dapat bantuan kerajaan untuk bayarkan hutang kita, apatah lagi bank nak 'waived' hutang piutang kita.

idea asal: Ahmad Huzaimi
mbk
0192853910

Hakim akan merujuk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 di mana ianya akan memberi hak mutlak ke atas penerima hibah.

Si suami ambil plan takaful dengan jumlah perlindungan RM2 juta dan menghibahkan pampasan perlindungan kepada isteri.

Suami meninggal.


Isteri mendapat RM2 juta daripada hibah takaful tadi.

Waris tidak setuju dan mengatakan mereka juga berhak ke atas hibah tersebut.

Waris membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Sivil kerana harta bernilai lebih RM2 juta.

Hakim akan merujuk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 di mana ianya akan memberi hak mutlak ke atas penerima hibah.

Kes tutup. Waris akur.

Hibah takaful disebut khusus dalam Islamic Financial Services Act 2013 yang menjadi panduan hakim-hakim.

Hibah takaful akan diterima secara mutlak kepada penamanya.

Antara lain tujuan hibah takaful:
A. Sebagai aliran tunai segera kepada penama.
B. Untuk menampung kos semasa mengurus harta pusaka.
C. Penggantian pendapatan yang hilang akibat kematian suami tadi
D. Untuk nafkah anak-anak.
E. Selesaikan hutang anda

Ingin cipta Dana Hibah Takaful? Saya sedia bantu uruskan.

kredit: Ahmad Humaizi Mat Noor
mardiyah
0192853910

#nasihatibu


mbk
0192853910

Tuesday, November 21, 2017

Newly launched from PruBSN Takaful!!!

Memperkenalkan PruBSN Anugerah.

Satu plan untuk memenuhi keperluan anda. Antara kelebihan plan ini :

1. Kos Immunisasi Haji sehingga RM300
2. No Lifetime Limit
3. Additional 100% annual limit sekiranya diagnos sakit jantung, kanser atau kegagalan buah pinggang
4. Annual Income sekiranya diagnos dengan sakit kritikal atau lumpuh kekal.
5. Elaun harian hospital kerajaan.

Kami faham anda nak sangat sangat medical card Prudential BSN TAKAFUL tapi dengan harga yang AFFORDABLE. Kami mendengar dan kami kini ada medical card mampu anda miliki.

Anda tidak perlu lagi risau dengan harga. Anda hanya perlu risau untuk sign up secepat mungkin sebelum sakit datang menjengah dan pilihlah agent yang boleh bagi HIGH COMMITMENT!

Bole PM untuk maklumat lanjut.

#prubsntakaful
#anugerah
#medicalcard
#affordable

mbk
0192853910


Monday, November 20, 2017

Kaum wanita, perlukan faedah TOTAL PERMANENT DISABILITY DAN 36 PENYAKIT KRITIKAL yang tinggi. Kalau boleh tambah faedah penyakit wanita dan early cancer untuk life policy mereka. Sebab keadaan itulah yang akan buat mereka hilang income berterusan dan hidup meminta minta.......


Sejak saya didiagnose penyakit Endometriosis, saya makin peka dengan penyakit yang berkaitan dengan wanita. Salah seorang klien saya ada didiagnose dengan penyakit puan, 
ia dikenali sebagai Andenomyiosis. Kebanyakan sakit puan ini ada kaitan dengan masalah haid. Jika simptom seperti bleeding period, lama tak datang haid, sekejap datang sekejap tak datang haid, bloated, pening, mual, sakit belakang, sengal di pinggang; saya sarankan sesangat pi jumpa Dr pakar sakit puan. Buat pemeriksaan ultrasound atau buat pemeriksaan berkala untuk wanita berumur 35 tahun keatas. 

Macam kes saya, saya miss period hampir 48 hari. Terus pi buat ultrasound. Sekali.. huh.. keputusannya abnormal di bahagian kedua-dua ovari. Dr diagnose saya ada Endometriosis. Dunia terus gelap... 

Saya menjalani pembedahan secara opem surgery @ laporostomy @ czer dengan kadar  segera. Tak perlu tunggu lama. Hari nie final diagnose, lusa tue terus masuk OT. Sekejap kan? Ada kad perubatan saya tak perlu pikir lama.  Alhamdulillah, saya bersyukur saya punya benign... secara khusus penyakit saya nie dikenali endometriomas cyst atau nama glamour chocolate cysts. Saya bersyukur saya dah ada kad perubatan sejak 2012 lagi. Hampir 5 tahun kad perubatan bersama saya dan hampir 5 tahun di simpan rapi dalan wallet. Tibalah ia memberi khidmat dengan bangga kepada saya.

Saya nasihatkan kaum hawa semua, dapatkanlah kad perubatan secepat mungkin. Kebanyakan yang saya lihat, bila dah sakit baru nak apply. Masa tue sudah terlambat. Sudah menjadi polisi syarikat Takaful atau Insurans untuk tidak mengambil sesuatu yang sudah berisiko pada sekarang dan masa hadapan. Dan satu lagi, kalau boleh tambah satu lagi polisi berkenaan dengan faedah penyakit wanita dan early cancer untuk life policy mereka. Sebab keadaan itulah yang akan buat mereka hilang income berterusan dan hidup meminta minta.......



mbk

Pengalaman pertama hadir dalam setiap fasa kehidupan, bagaikan satu anugerah. #prubsn #prubsnanugerah #sentiasadisisimu

Selamat datang kad perubatan yang baru. Hidup ini bagaikan satu anugerah.



mbk
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

Kisah jururawat menyeru seluruh rakyat jelata mencarum Takaful/Insurans

Saya copy dan paste dari FB Neysah Pozzie

Saya ada tag nama Agen-agen insurans yang saya kenal di ruangan komen saya untuk anda refer. Sesiapa pun nak promote insurans korang di ruangan komen saya anda dipersilakan. Thank you
------------------------------------------------------
Selaku jururawat di Hospital Swasta selama 6 tahun ni, kakcah nak menyeru seluruh rakyat jelata yang baca status ni :

BELI insurans medical insurans nyawa or segala insurans yang ada di muka bumi ni untuk kebaikan hidup anda dan keluarga anda. Kakcah yg dah tersedia ada coverage company ni pun tak cukup okay!

Kalau ada yang serendah rm100 pun tak apa. Grab je! Jadikan kewajipan,
" start je kerja, gaji aku wajib tolak insurans bulanan "

Contoh demam biasa. Viral fever je pun. Awak akan lemau selemaunya. Nak makan minum pun tak lalu. Ada medical card, boleh admit. Masuk ward, nurse cantik mcm kakcah ni jaga. Masuk drip. Bagi ubat. Layan korang seperti anak raja. Tak nak ke?

Korang pun boleh cepat sihat. X yah susah payah struggle mereput meneran mengerang kesakitan sorang-sorang kat rumah seperti kura-kura kehilangan cangkerangnya.

Contoh accident patah sana sini, tetiba jari terkena pisau terputus dua time tengah potong halia nak masak sup belut untuk suami tercinta, sanggup ke tunggu berjam lamanya mengetap bibir giliran untuk jahit hari tu? Ada medical card? Straight away less than an hour dah siap tercantum jari tu kakcah jahitkan sulaman sekemas almari kakcah.

Tahniah pada anda yang dah ada insurans. Anda bijak. Yang masih belum ada, cari lah insurans sebijaknya. Baca policy baik2.

Kalau nak boleh hubungi saya atau ejen yang anda kenal.

mbk
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

Saturday, November 18, 2017

Jom kita sama-sama faham apa maksud hibah takaful

Sarina Salleh
Jom kita sama-sama belajar dan faham kenapa HIBAH itu penting
Saya RINGKASKAN kepada point-point PENTING
(1) Aminah gembira kerana penantiannya sejak BEBERAPA BULAN lalu untuk mengeluarkan wang pelaburan arwah suaminua dalam ASB akhirnya dapat diselesaikan
(2) Aminah tak menyangka proses tuntutan untuk semua harta peninggalan suaminya termasuklah pelaburan dalam ASB akan MENGAMBIL MASA BERBULAN-BULAN
(3) Aminah terpaksa MENGIKAT PERUT berbulan lamanya kerana KEKURANGAN SUMBER pendapatan untuk membiayai perbelanjaan keluarga selepas suaminya meninggal dunia kerana KEMALANGAN 4 bulan lalu
(4) Aminah TIDAK PERNAH TAHU harta si mati akan dibekukan
(5) Proses dokumentasi memakan masa kerana Aminah perlu mendapatkan PERSETUJUAN DARIPADA SEMUA WARIS SUAMINYA
(6) Kehidupan Aminah kian tertekan
(7) Aminah BERJANJI untuk menguruskan harta miliknya lebih awal
(8) Aminah ingin harta yang ditinggalkan kelak dapat memberi manfaat kepada anak-anaknya DENGAN SEGERA dan tidak berlaku sebarang KERUMITAN untuk menuntutnya
Daripada kisah diatas saya boleh simpulkan bahawa masih ramai TIDAK FAHAM tentang PENGURUSAN HARTA. Mereka beranggapan bahawa harta si mati menjadi hak mutlak ISTERI dan ANAK-ANAK
Apakah jalan penyelesaian bagi permasalahan di atas?? 
HIBAH.... Ye HIBAH adalah jalan penyelesaiannya
Kenapa HIBAH penting??
(1) Mengelakkan perbalahan antara waris
(2) Anda yang akan menentukan siapa penerima dan peratus pembahagian untuk hibah tersebut
(3) Penerima ialah penerima MUTLAK
(4) Proses tuntutan tidak mengambil masa yang lama
Di Prudential kami mempunyai 1 pelan yang di reka khas untuk anda yang mana PAMPASANNYA TINGGI tetapi CARUMAN BULANAN yang rendah dan mampu milik bagi semua. Ianya dinamakan PRUBSN WARISAN
Dengan PruBsn Warisan, anda mampu sediakan HIBAH TAKAFUL sebanyak RM250,000 dengan caruman serendah RM100 sebulan
BUATLAH PILIHAN SEKARANG
KEPUTUSAN YANG ANDA BUAT HARI INI BAKAL MENENTUKAN NASIB PASANGAN DAN ANAK-ANAK ANDA PADA HARI ESOK
Kempen "1 keluarga 1 hibah" now bermula
Call Me For Free Sharing
Kredit Siti Aishah

Friday, November 17, 2017

Jangan menunggu untuk waktu yang sesuai mencarum Takaful, apabila waktu itu tiba, waktu itulah yang tak pernah sesuai mencarum Takaful. Kerna waktu itu sudah sakit...tak sempat mencarum kerna terbabit dengan kemalangan....


REPORT CARD DIABETES DI MALAYSIA: 14.11.2017 HARI DIABETES SEDUNIA


FAKTA: Seramai 3.6 juta orang atau 17.5% penduduk Malaysia merupakan penghidap diabetes atau kencing manis.

FAKTA:

Peratusan tertinggi: 

1.Kedah (25.4% - 334,370)
2. Perlis (20.6% - 33,090)
3. Johor (19.8% - 472454)
4. Perak (19.4% - 320,042)
5. Negeri Sembilan (19.3% - 131,288)

Catatan bilangan kes tertinggi

1. Selangor (15.5% - 649,586)
2. Johor (19.8% - 472,454)
3. Kedah (25.4% - 334,370)
4. Sabah & Labuan (14.2% - 326,590)
5. Perak (19.4% - 320,042)

FAKTA: peratusan wanita lebih tinggi 18% berbanding LELAKI 16.7%. Tetapi perbezaan tersebut adalah TIDAK significant. 

FAKTA: Peratusan individu TIDAK tahu dia menghidap kencing manis semakin tinggi. Situasi ini sering mengundang komplikasi yang lebih teruk kerana tidak mendapat rawatan.

Kurangkan gula, kurangkan susu, makan makanan seimbang, banyakkan bersenam, banyakkan minum air kosong, jangan bila dah kena baru tahu langit tinggi ke rendah..

Kredit gambar & info : Public Health Malaysia


Thursday, November 16, 2017

Adakah Anda Pemegang Polisi “Hibah Takaful”?

Kepada pemegang polisi “hibah takaful”,

Jika anda menyangka dengan melanggan “hibah takaful”, sudah cukup coverage yg diperlukan, baca tulisan ini dahulu.

Kebanyakan pelanggan “hibah takaful” yang saya temui hanya ada coverage KEMATIAN sahaja.

Bagaimana jika berlaku sakit kritikal yang menyebabkan anda tidak mampu bekerja dan kehilangan pendapatan?

Adakah “hibah takaful” itu mampu menggantikan pendapatan anda 3 ke 5 tahun?

Semak balik polisi “hibah takaful” anda.

Ketika berlaku sakit kritikal, waktu inilah sangat penting mempunyai takaful yg mampu menggantikan pendapatan anda.

Sebab, data daripada WHO menunjukkan 70% kematian berpunca daripada 4 penyakit kritikal ini;

– Sakit jantung
– Kanser
– Buah pinggang / diabetik
– Stroke

Adakah polisi anda memberi pampasan tunai jika berlaku 4 penyakit kritikal ini?

Jika polisi “hibah takaful” hanya ada coverage utk kematian sahaja, eloklah ditambah coverage utk sakit kritikal.

Mahal?

Ada lebih 10 syarikat takaful di Malaysia.

Mungkin kebetulan ejen yang anda jumpai, produk mereka mahal. Ada 9 syarikat lain yg boleh dirujuk.

Karya asal: www.Afyan.com

https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

Wednesday, November 15, 2017

Yang mana lebih diutamakan ? Insurans Kesihatan VS Simpanan ASB/Tabung Haji ?

Saving/pelaburan & Insurans adalah 2 instrumen kewangan yang berbeza... setiap satu mempunyai objektif berbeza.. Jom kita tgk objektif setiap satu.

(a). Saving/pelaburan = untuk menghasilkan harta/dana/wang yang lebih banyak dengan penghasilan untung/dividen. Wang yang terkumpul pula kebiasaan adalah untuk seseorang membelanjakannya seperti haji, pendidikan anak, deposit beli rumah dll.

(b). Insurans/takaful = perlindungan terhadap risiko kehilangan pendapatan/gaji seseorang ataupun risiko kehilangan saving yg disebut pada (a) diatas.
Ya, sekarang ini terdapat produk insurans yg juga mempunyai ciri2 saving spt no 1 td. Tetapi objektif UTAMA insurans masih lagi kekal sbg perlindungan.

Jadi sebagai asas kewangan, seseorang perlukan kedua-dua instrumen ini. Kenapa?
Jom kita lihat situasi-situasi berikut:

1. Ali bekerja di syarikat swasta dan memperoleh gaji sebanyak RM4,000 sebulan. Isterinya Aminah juga bekerja dengan gaji RM3,000 sebulan, dan mempunyai seorg anak berumur 2 tahun.

2. Dari hasil pendapatan mereka berdua (RM7,000), 70% iaitu RM4,900 dibelanjakan setiap bulan untuk bayaran bil utiliti, loan rumah, barang dapur, pengasuh anak, loan kereta, wang ibu bapa di kampung dll.

3. Mereka juga ada menyimpan setiap bulan, 20% dari gaji mereka berdua iaitu sebanyak RM1,400 didalam ASB, dengan objektif penyediaan dana pendidikan anak-anak. Bila anak mereka berumur 20 tahun nanti, dana didalam ASB akan berkembang kepada RM592,612 (berdasarkan keuntungan 7% setahun selama 18 tahun).

4. Baki 10% dari pendapatan mereka iaitu sebanyak RM700 dibelanjakan setiap bulan untuk 2 polisi insurans, atas nama Ali & Aminah. Setiap seorang mempunyai pampasan kematian sebanyak 10 tahun gaji bulanan masing-masing dan kad perubatan.

5. Selepas 5 tahun, Aminah disahkan menghidap penyakit kronik dan memerlukan pembedahan yang bernilai RM80,000. Aminah membayarnya menggunakan kad perubatan. Gaji Aminah tidak terusik dan mereka masih boleh teruskan perbelanjaan bulanan seperti biasa (point no 2). Dana pendidikan anak mereka juga (point no 3) tidak perlu diusik.

6. Pada tahun ke-10, Ali ditimpa kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Aminah mendapat pampasan RM480,000 dari pihak insurans. Aminah dapat meneruskan perbelajaan bulanan dan simpanan anak seperti biasa selama 10 tahun lagi. atau;

7. Aminah menyimpan RM400,000 didalam ASB dan mendapat dividen 7% atau RM28,000 setahun, sekaligus Aminah mendapat RM2,333 pendapatan extra setiap bulan (RM28,000 bahagi 12)

Dari senario diatas, kita dapat melihat dengan membelanjakan hanya 10% dari pendapatan, Mereka dapat melindungi 90% pendapatan mereka dan juga saving!. Jika Aminah tiada kad perubatan, mereka mungkin terpaksa mengorbankan sebanyak 11 bulan gaji mereka atau korek dari simpanan ASB dan seterusnya menjejaskan objektif dana pendidikan anak mereka.

Jadi saranan saya, anda perlukan kedua-dua instrumen kewangan ini. Saving untuk mencapai matlamat anda, dan insurans untuk lindungi matlamat anda dan pendapatan anda.

Jika anda hanya ada saving/pelaburan sahaja, seolah-olah anda menternak/membiak lembu diladang yang terbuka tanpa ada sebarang pagar.

kredit: KC lau

KENAPA TAKAFUL PERUBATAN WAJIB BAGI SEMUA ORANG?

Saya kongsikan...

Kisah En Rashid:
=============

Mohd. Rashid berkata, anaknya sudah dibedah pada 5 Mei lalu dengan kos RM31,000 di IJN dan kini menunjukkan tanda-tanda pulih seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Namun, IJN hanya membiayai kos pembedahan sebanyak RM18,000 dan baki selebihnya perlu dilunaskan sendiri oleh pasangan suami isteri berkenaan.

"Bukan itu sahaja yang perlu saya lunaskan, malah kos rawatan susulan di IJN setiap dua bulan sekali, yang menelan kos RM1,000 juga saya tidak mampu. Temu janji untuk rawatan anak saya pada Ogos lalu, terpaksa saya batalkan disebabkan kesempitan hidup," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Utusan, 17/09/10

Find way to apply medical card, dun find reason..
Manage your financial now!

kredit: muhammad fauzi

https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

Tuesday, November 14, 2017

JANGAN JADI LANGAU MENGHASUT PESERTA TAKAFUL. DAH JADI MACAM NI SIAPA NAK BERTANGGUNGJAWAB?

======================================
Ada kenalan Facebook aku baru kehilangan bapanya disebabkan kemalangan jalan raya. Semasa tengah kemas dokumen, dia terjumpa resit Prudential ni. Dia suruh aku datang jumpa dia dan ambil benda ni suruh cek dengan Prudential. Dia syak Ayah dia ada ambil plan dengan Prudential.

Aku baru cek dengan Prudential siang tadi apa benefit yang bapak dia ambil. Rupa rupanya bapak dia ada benefit Hibah Takaful sebanyak RM100,000. Aku tanya inforce atau tidak policy nya?


Rupanya dah SURRENDER pada 21 Oktober 2016.


Jadi aku tanya pada dia kenapa arwah surrender? Dia tak tahu. Dia tanya Mak nya. Mak nya bagitahu, Jiran yang hasut suruh berhenti katanya insurans ni penipu dan takkan dapat claim.

Rupanya kenalan Facebook ni di tahun akhir belajar di UiTM, adik ada 2 masih sekolah. Tingkatan 4 dan 5. Mak nya suri rumah sepenuh masa. Jadi aku terfikir, macam mana nak teruskan kelangsungan hidup?

Entah berapa pula si Jiran tu bagi kat Keluarga kenalan aku ni, aku harap cecah la 5 angka. Disebabkan sorang yang telah beri salah info dan memperjudikan masa depan keluarga ni, aku harap kau rasa bersalah sampai mati nanti.

Bila sakit jumpa Doktor.
Bila kereta rosak jumpa Mekanik.
Bila nak belajar agama, jumpa Ustaz.
Bila nak tanya pasal Takaful, jumpa Ejen. Jangan jumpa langau atau Syaitan.


Credit untuk Harris Fitri

"DEATH CLAIM" PERLUKAH POSTMORTEM?

-----------------------------------
Saya menerima pertanyaan daripada para sahabat dan klien berkenaan tuntutan pampasan kematian.
Dan yang paling menarik soalan ialah
'Kalau mati dirumah macam mana? Tiada pengesahan kematian. Hanya polis sahaja yg sahkan'.
-----------------------------------
Kematian boleh berlaku di 2 tempat :-
1) Hospital.
2) Di luar hospital seperti rumah.
Untuk proses tuntutan claim;
Sacara amnya, pihak syarikat akan buat penyiasatan 'investigation' bila timbul keraguan untuk memastikan tiada 'non-disclosure' sakit yang 'significant' dan tiada unsur bunuh diri kurang 1 tahun. Dengan kata lain, untuk mengelakkan penipuan berlaku.
-----------------------------------
Ok, sekarang isu disini pasal 'postmortem'.
1) Jika kematian berlaku di hospital, doktor akan mengeluarkan permit pengebumian yang mana diagnosis sebab kematian juga akan diberitahu.
Tiada postmortem bakal dilakukan jika diagnosis dapat diberi. Dan biasanya majoriti kes selesai hanya disini.
Jika pihak syarikat tidak berpuas hati dengan diagnosis, maka laporan perubatan akan diminta.
2) Jika kematian berlaku di rumah, hendaklah membuat laporan polis. Permit pengebumian akan dikeluarkan oleh pihak polis. Jika pihak polis tidak berpuas hati dan mengesyaki berlakunya jenayah, maka postmortem akan dilakukan.
Di dalam permit pengebumian polis, biasanya tidak ditulis diagnosis spesifik. Hanya tulis sebab kematian 'sesak nafas, kencing manis, darah tinggi dan etc'.
Diceritakan oleh sahabat saya yang bertugas di unit forensik, banyak berlaku silap faham. Jika mati dirumah, bila tahu si-mati ada insuran, maka polis akan keluarkan borang Pol61, yang mana mengarahkan doktor untuk membuat postmortem dengan alasan untuk tuntutan insuran.
Jika yang berpengalaman, terus keluarkan permit pengebumian macam biasa. Tidak perlu postmortem.
Maka terkebil-kebil lah ahli keluarga. Kena buat postmortem.
Sebenarnya, perlu atau tidak postmortem untuk tuntutan insuran jika kematian dirumah?
Jawapannya TIDAK.
Dan syarikat insuran tiada kuasa arah postmortem dilakukan.
Maka tuntutan insuran boleh dilakukan walaupun tiada diagnosis yang specifik dan guna borang pengebumian polis.
Jika pihak syrikat tidak berpuas hati, mereka akan lakukan siasatan.
3) Ada berlaku kes yang mana kematian dirumah dan postmortem dilakukan. Tetapi punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
'Undetermined cause of death'.
Syarikat akan tetap bayar walaupun tiada diagnosis, dengan syarat tiada unsur bunuh diri dalam tempoh 1tahun polisi dan non-disclosure.
Credit: Dr. Muhammad Rahmat

https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

Wednesday, November 8, 2017

"Saya risau kalau dimasa akan datang saya tak mampu untuk membayar caruman ni, macam mana yer?, boleh stop ke?, ada return balik ke?berapa % yer?"

Segelintir prospek yang saya temui berfikir terlalu berat apabila membuat keputusan untuk mengambil takaful, antara soalan yang mereka tanya;

"Saya risau kalau dimasa akan datang saya tak mampu untuk membayar caruman ni, macam mana yer?, boleh stop ke?, ada return balik ke?berapa % yer?"

"Macam mana kalau dalam tempoh 10-15 tahun saya bayar, tak berlaku apa2 claim?takkanla tak dapat apa2 kan?rugilah kalau tak dapat apa2."

Walaupun sudah diakses keadaan kewangan dan caruman yg dicadangkan mengikut kemampuan , mereka masih bertanyakan soalan diatas.

Kadang-kadang saya tanya balik;

"Pernah tak risau bila bayar bil astro yg sebulan maybe 50 hingga 100 lebih tu tapi sehari tengok berapa jam je, kdg2 tak tengok langsung?tak rasa rugi?"

"Boleh ke call astro minta balik duit sebab sehari tengok tv 2 jam je?"

"Pernah tak rasa kerisauan melampau apabila bayar installment kereta 500-700 sebulan, tapi guna 2-3 jam je, itupun weekend sahaja, weekdays naik motor pergi keje".

"Boleh ke call balik bank minta diskaun duit sebab seminggu naik kereta 4 jam je?"

Ini adalah contoh sahaja.

Saya faham tak boleh bandingkan perlindungan takaful dengan perkhidmatan lain secara 100%.

Namun itulah takaful, anda bayar caruman skrg, ianya berfungsi bila2 masa anda memerlukan.

Walau bagaimanapun ada sedikit percentage dalam caruman yang dilaburkan tapi pulangan masih tidak dijamin.

So kalau kalau belum pernah buat apa2 claim, alhamdulillah bersyukurlah...anda masih sihat dan belum diuji.

kredit:
Shakir Abdul Ghafar
INFAQ Consultancy.

mbk
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

Thursday, November 2, 2017

Compare dan nanti dulu .........

"Tak apa lah. Biar lah isteri dan anak saya hidup seadanya lepas saya tak ada. Saya rasa mereka ok kot. Saya ada hutang kereta , rumah dan komitmen bulanan belikan makanan kering dengan basah untuk rumah, bagi mak abah sikit kat kampung dengan bayar pengasuh anak. Susu/napkin semua wife saya yang bayar. Dia willing nak bantu sementara dia kerja ni "

"Nanti lah saya fikir kan. Nak COMPARE dulu "

Bakar bagitahu penasihat takaful yang jumpa dia bulan April 2015.

Konsep yang dia amalkan, redha dan berserah. Tak sign polisi dengan sesiapa pun dan tak compare pun . Cari alasan je untuk loloskan diri.

September 30,2015 ....

Allah nak uji. Motorsikal dari tempat kerja di Kelana Jaya nak balik rumah di Subang jaya terhimpit dengan lori ais di LDP. Dia jatuh masa tu juga terhimpit bawah lori.

Takdir tuhan ......

Dia lumpuh tak boleh berjalan. Bed ridden untuk satu tempoh yang doktor pun tak dapat nak pastikan. Yang cuma tahu doktor kata memang akan lumpuh seluruh badan.

Kesimpulan :

1. Kau rasa Bakar tahu ujian Allah nak datang kepada dia dan keluarga yang di sayangi dalam masa 5 bulan yang kedepan ?

2. Dalam keadaan lumpuh macam ini, kau rasa tempat kerja Bakar di Kilang akan simpan Bakar untuk tempoh berapa lama ?

3. Hutang dan komitmen Bakar yang dia ada tu, pihak BANK bagi FREE ke atau bagi TANGGUH BAYAR SAMPAI SIHAT ?

3. Isteri Bakar kerja. Anak hantar pengasuh. Siapa pula nak jaga Bakar yang terlantar ?

4. PESAN SAYA, BUKA MATA. BUKA HATI. DENGAR DULU. FIKIR DALAM-DALAM. DAN RANCANG KEHIDUPAN KITA DENGAN TENANG . BIAR KELUARGA TENANG.

5. Sentap ? Biar. Supaya senang aku hamburkan emosi yang ini supaya masuk dalam hati. Bukan hanya di bibir saja.

6. Ada kawan kawan yang sedang buat takaful kan ? Whatsapp tanya kan plan kau orang.
Ingat !!! Takaful bukan hanya Medikal Kad !! Dia lebih dari itu fungsinya

Credit to Kak Tiqah