Friday, June 29, 2012

Kanser Serviks membunuh!!! Cegah awal untuk selamatkan NYAWA




ACAPKALI kita dengar dan baca mengenai kanser serviks. Ia antara penyakit yang digeruni wanita dan merupakan kanser ketiga paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.

Di seluruh dunia, setiap dua minit seorang wanita meninggal dunia akibat kanser serviks.

Asia mencatatkan 312,900 kes baharu dan separuh daripada jumlah tersebut iaitu 159,800 melibatkan kematian.

Sungguhpun data-data tersebut cukup menggambarkan betapa ‘garangnya’ penangan kanser serviks yang disebabkan oleh virus papiloma manusia (HPV), masih ramai wanita tidak ambil pusing.

“Penyakit ini jarang sekali menunjukkan simptom-simptomnya pada peringkat awal kanser serviks.

“Namun, apabila kanser ini semakin berkembang, ia mula menunjukkan simptom-simptom seperti sakit belakang badan, sakit ketika melakukan hubungan seks, sakit ketika membuang air kecil, pendarahan selepas menopaus dan pendarahan atau pengeluaran cecair abnormal pada vagina,” kata Ketua Perubatan Pusat Pengesanan Kanser Wanita, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin.

Pemeriksaan berkala

Sungguhpun begitu katanya, seseorang wanita itu tidak perlu menunggu sehingga tercetusnya simptom-simptom tersebut untuk berjumpa dengan doktor kerana mereka seharusnya menjalani pemeriksaan pap smear secara berkala.

Menurut Dalilah, seseorang wanita itu terdedah kepada jangkitan HPV sebaik sahaja aktiviti seks mereka bermula.

Ia mengambil masa dua dekad untuk kanser serviks menular selepas seseorang mendapat jangkitan HPV.

Insiden kanser serviks mula meningkat selepas seseorang berumur 30 tahun dan mencapai klimaks penyakit tersebut pada umur 65 hingga 69 tahun.

“Serviks yang sihat bersifat licin dan permukaannya berkilat, tetapi serviks yang mempunyai kanser sebaliknya.

“Hampir 99.7 peratus kanser serviks disebabkan oleh sekumpulan virus iaitu HPV. Terdapat lebih 100 jenis virus HPV yang telah direkodkan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Power Over Cervical Cancer (POCC), BFFs Break the Silence baru-baru ini.

Jelasnya, HPV 16 dan HPV 18 merupakan HPV paling bahaya dan berisiko tinggi menyebabkan majoriti kes kanser serviks iaitu kira-kira 70 peratus.

Terdapat lima jenis HPV paling lazim yang menyebabkan kanser serviks di seluruh dunia iaitu HPV 16, HPV 18, HPV 45, HPV 31 dan HPV 33.

Sungguhpun begitu, wanita sahaja berisiko menghidap kanser yang berpunca daripada HPV. Kira-kira 94 peratus HPV berkaitan kanser berlaku dalam kalangan wanita manakala enam peratus berlaku pada lelaki.

“HPV dipindahkan atau dijangkiti melalui dua cara iaitu laluan seks dan bukan laluan seks.
“Walaupun jangkitan HPV berkaitan dengan aktiviti seksual ia juga boleh berlaku tanpa sentuhan seksual,” katanya.
Jangkitan boleh berlaku daripada ibu kepada anaknya, melalui sarung tangan pembedahan, pakaian dalam yang tidak bersih dan forseps biopsi.
Sebanyak 80 peratus wanita akan mendapat jangkitan HPV sepanjang hayat mereka.
Vaksinasi
“Setiap wanita yang aktif melakukan hubungan seks berisiko memperoleh jangkitan HPV onkogenik yang boleh menyebabkan kanser serviks.
“Faktor lain yang berkaitan dengan jangkitan HPV ialah merokok, bertukar-tukar pasangan seksual dan sistem imunisasi yang lemah,” ujarnya.
Sungguhpun ia boleh menyebabkan kematian, kanser serviks merupakan kanser yang boleh dicegah pada peringkat awal melalui vaksinasi dan pemeriksaan pap smear berkala.
Vaksinasi diberi sebelum jangkitan HPV berlaku. Ia meningkatkan tahap antibodi bagi menyerang virus tersebut.
Pemeriksaan pap smear pula mampu mengesan perubahan atau keabnormalan yang berlaku pada serviks. Pengesanan awal membolehkan rawatan awal diberikan segera.
“Pap smear tidak boleh mencegah seseorang itu daripada mendapat jangkitan HPV, namun ia boleh mengesan perubahan pada serviks supaya rawatan awal dapat diberikan.
“Risiko kanser serviks menjadi tiga hingga 10 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak melakukan pemeriksaan pap smear secara berkala,” katanya.
Jadi, sudahkah anda mengambil langkah pencegahan yang diperlukan? Jalani pemeriksaan pap smear berkala bagi mengelakkan anda dijangkiti kanser serviks.
credit to: http://www.kosmo.com.my , Pesona, 29.06.2012


Thursday, June 28, 2012

RISIKO Tak Bayar Insurans & Takaful


Anda berdepan kesempitan kewangan? Apakah pilihan yang ada atau boleh dipertimbangkan supaya anda dapat terus membayar premium? Adakala, sesetengah perkara di luar kawalan kita, terutama ketika ketidaktentuan ekonomi. Apabila ekonomi meleset dan ada hilang kerja, antara perkara pertama yang dikurangkan adalah premium insurans mereka. Adakah tindakan ini bijak?

Apakah akibatnya tidak membayar premium anda dalam tempoh tangguh? Kontrak polisi memperuntukkan ‘Tempoh Tangguh’ (biasanya sehingga 30 hari) yang memberi anda tempoh masa tambahan selepas tarikh genap tempoh bayaran premium. Dalam tempoh ini, anda masih boleh membayar premium dan polisi hayat anda masih berkuat kuasa. Bagaimanapun, jika anda masih tidak membayar premium selepas tempoh itu, bergantung sama ada polisi anda mempunyai nilai tunai mencukupi atau tidak, anda akan menerima makluman daripada penanggung insurans mengenai akibat berikut:

1. Polisi Luput, jika nilai tunai tidak mencukupi (biasanya dalam tahun polisi pertama). Jika ini berlaku, anda tidak lagi menikmati sebarang perlindungan dan menyebabkan anda seisi keluarga terdedah kepada risiko kewangan.
2. Pinjaman Premium Automatik (APL) sudah digunakan menurut polisi hayat supaya polisi anda terus berkuat kuasa jika nilai tunai tidak mencukupi. Bagaimanapun, anda haruslah peka terma dan syarat pilihan itu serta pilihan lain yang ada.

Apakah pilihan yang ada?
Fasal ini dimasukkan dalam polisi insurans hayat anda yang dinamakan fasal Opsyen Tidak Lucut Hak (NFO) yang bermaksud anda dibenarkan berhenti membayar premium dan tidak kehilangan sebarang ekuiti/nilai dalam polisi. Fasal ini dimasukkan untuk melindungi anda sebagai pemegang polisi, jadi jika polisi anda berdepan risiko luput, syarikat insurans dikehendaki memberikan empat pilihan berikut:

1. Memilih Pinjaman Premium Automatik (APL) – jika tiada arahan lanjut.
2. Menukar polisi anda kepada Insurans Berbayar Terkurang (RPU)
3. Menukar polisi anda kepada Insurans Sementara Lanjutan (ETI)
4. Menyerah polisi anda untuk nilai tunainya tetapi anda tiada perlindungan lagi (tidak digalakkan)

Apakah akibatnya membenarkan polisi saya menggunakan Pinjaman Premium Automatik (APL)?
Ini pilihan yang ditetapkan jika anda tidak memilih mana-mana NFO. APL ialah apabila syarikat insurans memberikan pinjaman daripada nilai tunai anda untuk terus membayar polisi anda bagi memastikan terus ‘hidup’. Ini mungkin memberi anda sedikit kelegaan tetapi perlu ingat bahawa pinjaman yang diberikan kepada anda itu dikenakan faedah. Kadar faedahnya ditentukan penanggung insurans (biasanya di antara 6-8 peratus) tetapi boleh berubah dari setahun ke setahun. Walaupun anda boleh terus menikmati perlindungan sepenuhnya daripada semua manfaat polisi semasa anda, manfaat itu akan dikurangkan oleh jumlah atau amaun pinjaman tertunggak berserta semua caj faedah yang dikenakan kemudian jika ia masih tertunggak. Ini akan mengurangkan amaun manfaat kepada ahli keluarga anda dan oleh itu lebih baik jika anda membayar balik pinjaman polisi anda sebaik saja kedudukan kewangan anda mengizinkan.

Apakah kesan menukar polisi anda kepada Insurans Berbayar Terkurang (RPU)?
Ia merujuk tindakan anda melepaskan nilai muka semasa (jumlah asas diinsurankan) polisi dan menggunakan nilai tunai membeli amaun muka lebih rendah tanpa perlu lagi membayar premium masa depan.
Jika anda mengambil pilihan ini:
*Semua rider yang dilampirkan pada polisi asal anda seperti perubatan dan kesihatan, penyakit kritikal, kemalangan diri dan sebagainya akan dibatalkan;
*Anda tidak layak menerima sebarang dividen/bonus yang mungkin diisytiharkan oleh syarikat insurans;
*Anda mungkin dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan jika anda berhasrat untuk menukar polisi kepada terma dan syarat asalnya dan membayar semua premium yang tertunggak;
*Anda mungkin tidak dapat mengembalikan semula atau berbalik kepada pelan insurans hayat anda yang asal.

Apakah akibat menukar polisi anda kepada Insurans Sementara Lanjutan (ETI)?
Ia merujuk keadaan yang mana amaun muka atau jumlah asas diinsuranskan dalam polisi anda tetap sama, tetapi anda menggunakan nilai tunai anda untuk membeli polisi sementara. Tempoh insurans bergantung pada amaun Nilai Tunai yang akan digunakan untuk membeli insurans sementara pada umur tercapai anda berdasarkan tarikh genap tempoh premium yang gagal dibayar. Kesannya sama seperti pilihan RPU.

Apakah akibat menyerah polisi anda untuk nilai tunainya?
Ini jalan terakhir kerana menyebabkan anda kehilangan perlindungan. Amaun yang mungkin anda terima apabila anda menyerah polisi anda sebelum masanya adalah jauh kurang daripada premium yang anda bayar dan seelok-eloknya anda mempertimbangkan tiga pilihan yang dinyatakan di atas.

credit: Artikel dipetik daripada Berita Minggu, Ahad, 30 Oktober 2011.

Monday, June 25, 2012

wanita dan insurans

Oleh : Nor Affizar Ibrahim

affizar@bharian.com.my

Pelan perancangan bersesuaian bantu golongan hawa nikmati kehidupan bermutu pada masa depan.
KEBELAKANGAN ini semakin banyak syarikat institusi kewangan dan insurans yang begitu ghairah serta berlumba-lumba memperkenalkan skim pelan perlindungan insurans khusus untuk wanita. Ini termasuklah, pelan perlindungan penyakit berkaitan wanita, perlindungan penyakit berjangkit, perlindungan kepada wanita terhadap jenayah dan keganasan rumah tangga menyebabkan kecederaan peribadi dan sebagainya.
Persoalannya perlukah wanita mengambil atau memiliki pelan insurans yang disarankan khusus kepada wanita seumpama itu? Malah, ada yang mulai keliru dan tertanya-tanya sejauh manakah penting atau apakah faedah diperoleh serta jaminannya jika mengambil pelan insurans dikhususkan kepada wanita. Selain itu, ada juga yang melihat, pelan insurans seperti itu hanya ingin mengambil kesempatan dan ‘jerat’ bagi meraih keuntungan oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun, Pengurus Perunding, Tekad Smart Planning Sdn Bhd, Azha Syazri Azizan, berpendapat kewujudan pelbagai pelan insurans khusus untuk wanita, secara tidak langsung melambangkan satu pengiktirafan kepada peranan penting yang dimainkan oleh wanita hari ini kerana mereka turut sama menyumbang sumber pendapatan untuk keperluan keluarga dan berkemampuan untuk membina masa depan mereka sendiri.
Beliau berkata, wanita sebenarnya mempunyai keperluan hidup yang berbeza daripada keperluan lelaki. Memandangkan kehidupan seorang wanita itu berlainan daripada lelaki, perancangan kewangan yang terbaik perlu dibina mengikut keperluan uniknya.
“Perancangan itu termasuklah pengenalan pelan insurans istimewa, khusus untuk wanita saja, agar ia dapat memenuhi keperluan mereka. Antara keperluan wanita yang perlu diberi perhatian serius ialah wanita biasanya hidup lima hingga 10 tahun lebih lama daripada lelaki. Wanita juga didapati lebih cenderung menghidap penyakit berbanding lelaki, terutama selepas berumur 40-an.
“Selain itu, wanita lebih cenderung menjadi mangsa kepada gejala sosial seperti kes ragut, culik, rogol, bunuh dan rompakan, berbanding lelaki. Tiga faktor atau keperluan berkenaan menyebabkan produk insurans wanita direka khas untuk memenuhi keperluan hidup seorang wanita,” katanya.
Azha berkata, statistik menunjukkan ketika tua, satu pertiga wanita hidup seorang diri sama ada sebagai bujang, balu atau janda. Fakta juga mendapati, lebih 80 peratus penghuni rumah jagaan warga emas terdiri daripada wanita yang tidak berkemampuan untuk menyara hidup mereka sendiri kerana tiada simpanan persaraan atau pencen.
Selain itu, dianggarkan satu daripada 19 wanita Malaysia menghidap penyakit barah payu dara yang mana, lebih 45 peratus daripada pesakit berkenaan meninggal dunia selepas beberapa tahun. Setiap hari pula lebih 95 kes baru pesakit barah dilaporkan di Malaysia dan barah payu dara serta pangkal rahim mencatatkan peratusan paling tinggi.
Jenayah sosial seperti kes ragut, rompakan, rogol mahupun bunuh semakin meningkat dan wanita adalah mangsa utama bagi kebanyakan kes.
“Sudahlah wanita hidup lebih lama daripada lelaki, terpaksa pula menempuh hari tua tanpa suami di sisi. Untuk mengatasi masalah ini, ada insurans wanita yang menyediakan pilihan tambahan dengan memperkenalkan Akaun Simpanan Berkala (Regular-Saving Rider) agar mereka dapat membina tabung persaraan, di samping mendapat perlindungan insurans hayat. Akaun simpanan berkala ini hanya mengenakan caj servis sebanyak lima peratus saja berbanding pelan insurans lain yang mengenakan caj servis sekitar 60 hingga 90 peratus pada tahun pertama,” katanya.
MASALAH KESIHATAN
BELIAU berpendapat, wanita perlu mengutamakan insurans yang lebih berkaitan kepada kesihatan dan hilang keupayaan untuk bekerja kerana kos rawatan hospital serta kos sara hidup yang semakin mahal dari tahun ke tahun. Sama ada seseorang wanita itu perlu mengambil dua atau lebih skim insurans, ia bergantung kepada keadaan kewangannya dan bagaimana seseorang perunding insurans itu menyediakan pakej insurans untuknya.
Katanya, bagi yang mempunyai bajet kewangan agak ketat mungkin lebih baik mengambil satu polisi yang mempunyai kuantiti jumlah perlindungan insurans yang sederhana dan menambah satu atau dua polisi lagi apabila keadaan kewangannya bertambah baik bagi menambah jumlah perlindungan sedia.
“Individu tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk membeli dua atau lebih skim insurans pada satu masa perlu menentukan jenis bencana kewangan yang mana satukah yang menjadi tumpuan utamanya. Sebagai contoh, jika seseorang wanita itu risau akan kebajikannya dan kos rawatan hospital yang sangat mahal, maka dia perlu menumpukan kepada insurans wanita yang memberi kuantiti jumlah perlindungan yang lebih tinggi untuk perlindungan penyakit kewanitaan dan tanggung kos hospital.
“Tetapi jika dia lebih risaukan akan kebajikan diri dan anak-anaknya, terutama sekali makan minum keluarga jika dia hilang keupayaan untuk bekerja atau meninggal dunia lebih awal, maka dia perlu menumpukan kepada insurans wanita yang memberi kuantiti jumlah perlindungan yang lebih tinggi untuk perlindungan sumber pendapatan seperti akibat kematian awal, lumpuh keseluruhan, penyakit kritikal dan penyakit berkaitan wanita.
“Apa yang pasti, memiliki satu polisi terlebih dulu dan menambah polisi pada masa hadapan adalah jauh lebih baik daripada tidak mengambil apa-apa insurans,” katanya.
Bagaimanapun, dalam keadaan sumber kewangan adalah terhad, Azha menasihatkan wanita agar memilih pelan insurans jenis perlindungan tanpa simpanan, berbanding pelan insurans jenis simpanan supaya mendapat kuantiti jumlah perlindungan insurans yang tinggi dengan caruman yang sangat rendah.
Mengenai bilakah masa sesuai untuk mula memikirkan mengambil insurans khusus penyakit berkaitan wanita, katanya, usia purata bagi seorang wanita menghidap penyakit serius seperti barah adalah 43 tahun. Ini bermakna, sekiranya usia wanita itu berumur kurang dari 43 tahun, perlu membuat persediaan dari awal apatah lagi penyakit juga boleh menyerang pada usia muda seperti belasan tahun. Hakikatnya, bersedia dari awal adalah lebih baik daripada menunggu umur 43 tahun.
PERLINDUNGAN JENAYAH
AZHA berkata, perlindungan terhadap jenayah sosial dan keganasan rumah tangga pula satu pilihan tambahan yang boleh dipertimbangkan oleh wanita yang risau akan kebajikan mereka apabila menjadi mangsa keadaan seumpama itu. Lebih-lebih lagi, aliran masa kini menunjukkan terdapat kenaikan mendadak bagi kes jenayah yang mensasarkan wanita sebagai mangsa utama.
Bagaimanapun, beliau menegaskan ia bukanlah satu jenis faedah insurans yang perlu diutamakan bagi semua wanita. Sama ada faedah insurans jenis itu diperlukan, individu perlu mengkaji gaya hidupnya terlebih dulu. Faedah insurans sebegitu lebih diperlukan oleh wanita yang sering keluar rumah seorang diri (terutama remaja dan pelajar) atau wanita yang gemar berkenalan atau mudah percaya dengan lelaki yang tidak dikenali (blind-date, bomoh atau pengunjung kelab malam).
Begitu juga wanita yang mempunyai pasangan bersikap panas-baran dan terlalu mengawal serta individu yang mempunyai paras rupa menarik dan golongan profesional yang berpendapatan tinggi. Ini kerana golongan seperti itu yang biasanya berisiko tinggi untuk menjadi mangsa jenayah sosial.
FAHAMI KEPERLUAN DIRI
KEBANYAKAN wanita di Malaysia yang mengambil skim insurans lebih menggemari pelan jenis simpanan, di mana sekiranya tidak ada apa-apa berlaku sehingga tempoh matang polisi, mereka akan mendapatkan semula caruman insurans yang sudah dibayar, berserta dengan pulangan pelaburan.
Azha Syazri Azizan berkata, senario itu berlaku kerana kebanyakannya tiada pengetahuan mengenai produk insurans dan kerap menganggap, pelan insurans jenis perlindungan tanpa simpanan (bayaran hangus) sebagai satu kerugian jika tiada tuntutan dilakukan.
Katanya, individu harus ketahui bahawa tidak kira pelan insurans itu berbentuk simpanan atau perlindungan semata-mata, caj insurans yang dikenakan tetap hangus (tidak dikembalikan) kerana ia digunakan bagi membentuk tabung pampasan peserta.
Cuma apabila individu memilih pelan insurans berbentuk simpanan, mereka terpaksa membayar empat hingga lima kali ganda lebih mahal daripada pelan jenis perlindungan yang menawarkan faedah insurans sama dan terpaksa mengikut syarat sudah ditetapkan oleh syarikat insurans itu seperti caj khidmat, syarat pengeluaran awal dan sebagainya.
“Bagi wanita yang ingin membeli insurans, anda perlu merujuk kepada perunding insurans yang profesional dan terlatih, berbanding ejen insurans yang lebih gemar mempromosikan produk melalui gimik jualan. Ini kerana, perunding insurans profesional biasanya akan membuat kaji selidik mengenai diri dan keperluan kewangan pelanggan terlebih dulu sebelum mencadangkan apa juga jenis insurans.
“Dengan melakukan kaji selidik mendalam, barulah perunding insurans itu dapat mengenalpasti jenis bencana kewangan yang akan dihadapi dalam kehidupan pelanggan dan berupaya untuk mencadangkan pelan bersesuaian bagi mengatasi masalah kewangan itu. Sebaliknya, tanpa kaji selidik mengenai keperluan kewangan, pelanggan mungkin akan terpedaya dengan gimik jualan dan terbeli pelan insurans yang bukan saja tidak memenuhi keperluan hidupnya, malah dibeli dalam kuantiti jumlah perlindungan insurans yang terlalu rendah berbanding keperluan hidup sebenar,” katanya.
Azha berkata, untuk memilih dan membeli insurans yang terbaik pula ia bukanlah bersandar pada nama atau status syarikat tertentu sama ada tempatan atau antarabangsa, konvensional mahupun takaful serta kemampuan sesebuah produk insurans untuk ‘menyumbat’ semua faedah dalam satu pelan misalnya, tujuh dalam satu dan sebagainya.
Sebaliknya, beliau percaya insurans terbaik adalah polisi yang dapat memenuhi keperluan kewangan individu ketika berlaku bencana kewangan dan dibeli dalam kuantiti jumlah perlindungan yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Tidak kira sama ada disediakan dalam satu pelan atau didatangkan dalam pakej dengan beberapa polisi lain.
Mengulas mengenai sesetengah kes dalam membuat tuntutan insurans, ada yang tidak mendapat manfaat sepatutnya seperti mana digembar-gemburkan, Azha berkata, ada kala ia berpunca daripada tindakan ejen insurans tidak beretika ketika melakukan penjualan.
“Apabila tuntutan ditolak oleh syarikat insurans mungkin ada sesuatu yang tidak kena atau menimbulkan persoalan. Ini termasuklah berkemungkinan, ejen melakukan penipuan atau mengada-adakan faedah yang tidak wujud dalam pelan. Selain itu ia juga boleh berpunca daripada sikap peserta insurans yang enggan meneliti atau memahami isi kandungan polisi insurans mereka, terutama dari segi syarat jaminan, skop perlindungan dan syarat tuntutan.
“Sikap negatif seperti suka menyembunyikan fakta penting atau berbohong ketika membuat permohonan insurans juga antara penyebab utama mengapa tuntutan insurans ditolak. Sebarang maklumat penting yang disembunyikan daripada syarikat insurans ketika proses kelulusan, akan menjejaskan kesahihan kontrak dan boleh menyebabkan polisi insurans terbatal, walaupun ia sudah berbayar lebih dari dua tahun,” katanya.

ARTIKEL INI DI PETIK DARI http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Ratu/20081017084617/Article/

Friday, June 22, 2012

Dana Pendidikan IPT Anak : Insurans atau Unit Trust ?

Topik yang menarik untuk dibaca. Ramai yang mak ayah dah celik pelaburan biler bab pendidikan anak2. Pasal dierorg dah merasa hutang PTPTN, JPA atau maner2 isntistusi yg mereka dapat untuk pinjaman pendidikan. Kenah perah keringat nak bayar hutang nie semua. Tak masuk bayar loan rumah dan keta lagi. So.. harap2 korang semua dapat membacanyer dengan hati yang senang dan tenang... 


Ramai orang mungkin tertanya2, kalau nak create dana pendidikan IPT untuk anak, nak simpan di Insurans ( Investment Linked ) ker atau nak simpan di Unit Trust ( saham amanah ) ? Dua – dua agen Insurans dan Unit Trust datang dan memberikan pakej dan tujuan yang sama, iaitu EDUCATION FUND. Mana satu lebih baik ? Mana satu lebih efisyen ? Salah satu atau kedua – dua sekali ?
Ya, izinkan sya memberikan sedikit panduan 2 sen untuk tatapan dan panduan untuk para ibu bapa dalam mencari instrumen terbaik untuk dana pendidikan anak.
PANDUAN 1 : Ketahui dimana, dan BERAPA kos pendidikan akan datang.Kepada ibubapa, seperti yang kita sedia maklum, inflasi memainkan peranan penting dalam harga barangan hari ini. Begitu jugalah kos pendidikan nanti. Bila disebut kos pendidikan, ia bukan bermakna Yuran Pengajian IPT shj, tetapi merangkumi kos sara hidup seperti makan minum, tempat tinggal, pakaian, pengangkutan, komputer, bahan ilmiah dan pelbagai lagi keperluan seorang manusia yang bernama student IPT.
Pada hari ini, di dalam negara, kebiasaannya student yang masuk IPTA seperti USM, mereka akan meminjam antara RM 40 000 – RM 45 000 dari PTPTN untuk membiaya pengajian mereka. Jumlah ini boleh dikatakan agak tinggi pada hari ini. Ini adalah IPT AWAM. Sebahagian kos disubsidi oleh kerajaan. Untuk IPT Swasta mcm Petronas, Uniten dll, student akan pinjam antara RM 60 000 ++. 12 tahun lepas, sy sendiri meminjam RM 17 000 ++ utk masuk IPTA. Hari ini, sy sendiri menjamin adik sy untuk program berkembar dgn IPT Awam, pinjaman dari MARA, sebanyak RM 80 000++. Figure ini adalah situasi untuk HARI INI. Untuk anak2 di masa hadapan, 15 – 20 tahun lagi, nilainya adalah 2 atau 3 kali ganda dari hari ini. RM 100 000 +++? TAK MUSTAHIL.
Kos IPT luar negara…lagi tinggi lah.
Jadi bersikap prihatinlah dengan kos pendidikan di masa hadapan. Untuk menjadi lebih mudah, anda boleh dapatkan University Cost Guide dari sy bagi mengetahui jumlah yuran IPT masa hadapan untuk dalam dan luar negara. Email kpd sy jika beminat.
 PANDUAN 2: Bersikap realistik dengan jumlah simpananSedar and wake up. Dengan kata lain, jika anda sudah mengetahui jumlah kos pendidikan akan datang meningkat 2 atau 3 kali ganda, maka anda juga perlu bersikap REALISTIK dengan jumlah simpanan yang ingin dibuat. Tak kira lah dgn Insurans atau Unit Trust, kalau anda simpan RM 50 jer sebulan, 20 tahun akan datang rasanya anda hanya mampu utk bayar yuran pengajian semester pertama jer…
Jadi bersedialah untuk menyimpan dari 9 – 15% dari gaji anda untuk simpanan pendidikan anak. Perancang Kewangan kata, 1/3 gaji sepatutnya digunakan untuk tujuan pelaburan dan insurans. So dari 1/3 nih, allocate sedikit untuk keperluan pendidikan anak.
PANDUAN 3 : Insurans atau Unit Trust?Seperti yang sedia maklum, Insurans pada hari ini menawarkan polisi yg berbentuk pelaburan yg disebut Investment Linked Insurans. Ia adalah polisi yang menggabungkan 2 elimen iaitu perlindungan dan pelaburan. Sebahagian premium digunakan untuk membayar charge insurans dan sebahagian lagi digunakan untuk pelaburan saham amanah. Syarikat Insurans sendiri sekarang mempunyai dana saham amanah mereka sendiri. Sama macam syarikat pelaburan Saham Amanah yg lain.
Perlu diketahui, jika anda menyimpan RM 100 di Insurans dan dengan Unit Trust, untuk tempoh yg sama katakan 20 tahun, jumlah pelaburan yang anda akan dapat nanti tidak sama. Secara logiknya, simpan RM 100 di Unit Trust akan mendapat jumlah pelaburan yg lebih banyak dari Insurans. Kenapa ? Insurans tetap insurans, sebahagian dana akan digunakan untuk membayar charge insurans. Tambah2 lagi kalau ada byk rider mcm premium waive, atau medical card. Jadi sebahagian besar premium akan digunakan untuk membayar charge2 rider tadi. Berbanding Unit Trust, 100% dari RM 100 tadi akan digunakan untuk pelaburan saham amanah. Of course memang ada initial service charge tapi tak tinggi sgt around 5%.
Tetapi, Insurans memiliki kelebihan perlindungan kepada investor. Contoh : kalau anak yg diinsuranskan jatuh sakit kritikal, anda mendapat sejumlah wang untuk rawatan si anak. Dan juga ada medical card untuk rawatan kos perubatan si anak. Jika si bapa meninggal atau lumpuh, si anak tetap mendapat bayaran premium percuma dari syarikat sampai tempoh matang. Berbanding Unit Trust, jika anak terkena penyakit kritikal, anda terpaksa menggunakan duit poket sendiri utk merawat penyakit, sbb takda medical card atau pampasan yg diberikan. Silap2 anda terpaksa menggunakan dana pendidikan sedia ada untuk menampung kos rawatan. Jika si bapa meninggal, pelaburan RM 100 utk anak setiap bulan akan terhenti. So masa depan si anak akan terjejas.
———– ——– ———————————
KESIMPULAN
Kedua – dua instrumen di atas memainkan peranan yang penting. Insurans utk perlindungan, Unit Trust utk pelaburan.
Bagi sesiapa yg baru bercadang membina dana pendidikan anak, ingat, apa2 pun safety come first. Untuk anak, Insurans perlu diutamakan dahulu. Sakit kritikal dan kos rawatan hospital anak perlu anda perolehi dahulu sebelum memikirkan soal pelaburan yg seterusnya. Terlebih dahulu Insurans utk anda, pencari nafkah keluarga, perlu diutamakan. Untuk mendapat pakej lengkap dengan rider spt premium waive, medical card,anda mungkin perlu mengeluarkan RM 120 – Rm 150. Utk pelaburan dana pendidikan, jumlah ini tidak cukup. jadi jika ada bajet lebih, barulah fikirkan soal pelaburan. Anda boleh memilih untuk melabur di Saham Amanah yg dimiliki oleh syarikat insurans atau pun syarikat saham amanah yg khusus. Pelaburan akan dibuat secara 100%. Ini kerana charge insurans telah anda sediakan terlebih dahulu.
Jika anda sudah membeli plan pendidikan utk anak ( mula dari bayi 1 bulan ) dari Insurans berkait pelaburan, pastikan jumlah yg akan anda perolehi nanti adalah menepati dengan target kos pendidikan akan datang. Jika ia sudah mencukupi, tidak perlu lagi anda invest dalam Unit Trust yg lain. Selalunya, premium dibayar adalah antara RM 200 – RM 300. Jika belum cukup, anda harus memikirkan untuk menambah pelaburan di dalam dana syarikat insurans sendiri atau saham amanah syarikat yg lain. Yg penting target dana pendidikan akan datang adalah menepati.
Jika anda sebelum ini hanya melabur di dana saham amanah yg tak menyediakan pakej insurans, anda harus pastikan :
- medical card utk anak anda bagi rawatan penyakit kritikal
- anda sendiri memiliki insurans dgn jumlah pampasan yg tinggi. Pendek kata, jika anda meninggal dunia, pampasan yg diperolehi dapat menampung dana pendidikan anak anda.
Bagi yg terbaik adalah, allocate 30% dari dana pelaburan anda ke insurans bagi tujuan perlindungan, dan 70% di saham amanah bagi tujuan pelaburan. Dan yg paling penting, pastikan jumlah dana yg akan anda perolehi nanti MENEPATI TARGET KOS PENDIDIKAN masa tersebut.
credit to: http://rancangwang.wordpress.com 

Jumaat - 2 Sya'ban

huhuhuhu.. hari nie patut training produk Prudential pasal Insurans wanita , Pru Lady, Pruessential mother dan Takaful Puteri kat Subang Taipan.. Hohoho kerana sibuk ngan keje kat opis (walaupun tak sesibuk mana) macam kena buat pulak. Tak sedap hati laks tinggal. Time nak pi training jer jadi macam nie. hmmm berkorban apa sajer laks jawabnyer... Sah sah pihak prudential dah tolak RM50 duit training dari Komisen. Tak perlah. berkorban jap. Insya-Allah ader ganjaran nyer. Bulan depan dah set up pi Training lain. Harap2 tak der gangguan lagi. huhuhuhuhuhu ....

Nie dak hari ke 2 bulan Sya'ban. 28 hari lagi nak Ramadhan... Tak sabar rasernyer menanti bulan yang penuh berkat dan shafaat. Diharap bulan Sya'ban nie memberi kebaikan yang banyak sekali. Amin



pada hari nie dan bulan ini.. adalah hari jadi adik ku fawaz.. selamat hari jadi bapak....................

Thursday, June 14, 2012

Jangan Ambil Polisi Takaful / Insurans Pendidikan!


 – MARCH 23, 2009
www.afyan.com 











Takaful pendidikan bertujuan untuk menabung bagi memastikan simpanan universiti anak-anak berterusan sekalipun musibah berlaku ke atas ibu / bapa. Ia adalah extension kepada perlindungan untuk kategori perlindungan kematian, lumpuh dan penyakit kritikal . Dalam masa sama ia turut memberi sedikit perlindungan kepada anak.
Namun anda masih belum perlu untuk mengambil polisi takaful / insuran pendidikan sekiranya menepati salah satu daripada syarat-syarat berikut;-
1. Anda sendiri masih belum memiliki perlindungan untuk diri anda sendiri.
Apalah gunanya sekiranya perlindungan yang diberikan hanya kepada anak sedangkan perlindungan utama kepada ayah / ibu tiada.
Pernah terjadi satu kejadian apabila seorang balu menuntut pampasan ka atas kematian suaminya. Selepas semua dokumen lengkap, maka syarikat takaful / insuran telah meluluskan pampasan kematian bagi perlindungan yang diambil. Namun, alangkah terkejutnya si balu apabila polisi-polisi yang dimiliki oleh arwah suaminya adalah polisi pendidikan! Pampasan yang diberikan adalah pengecualian premium sehingga umur anak-anaknya mencecah 18 tahun.
2. Anda mempunyai harta yang banyak yang tidak akan habis sehingga 7 keturunan.
Jika anda sekaya Syed Muhtar Bukhari atau Donald Trump, maka anda tidak perlu memiliki polisi takaful pendidikan untuk anak anda, kerana wang anda sudah lebih mencukupi untuk membiayai anak anda ke universiti.
Atau mungkin juga anak-anak anda boleh mewarisi harta kekayaan anda tanpa perlu masuk ke universiti.
3. Anak-anak anda sebijak Adi Putra atau secerdik Madihah.
Jika anak anda mempunyai tahap IQ yang tinggi seperti Adik Adi Putra, atau mendapat keputusan 20A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia seperti Adik Nor Madihah, maka akan ramailah penaja-penaja atau universiti-universiti akan sudi menghulurkan bantuan untuk membiayai pelajaran anak-anak anda untuk menyambung pelajaran ke universiti. Jika bernasib baik, mungkin mendapat rumah baru 
Nota Akok: saya just copy n paste dari website www.afyan.com. Tajuknyer amat menarik hati saya. Takaful pendidikan bukan tidak penting, ia sememangnyer penting. Tapi insurans perlindungan untuk ibu dan ayah mesti d utamakan. Kalau salah seorang tiada di dunia nie, sekurang-kurang nyer pampasan kematian akan dapat meringankan beban keluarga....

Renung2kan selamat beramal.

Bil TERAKHIR

e-Komik: BIL TERAKHIR

Idea Asal: Banyak Dosa-Dosaku pada-Mu Ya Allah
Ubahsuai, Design: Afyan

Nota Takaful | Sebesar mana polisi atau jumlah perlindungan yang anda ambil di dunia, tidak menentukan kedudukan anda di akhirat; sama ada syurga atau neraka.


credit to Rahsia Takaful

Wednesday, June 13, 2012

Pk PK pk PK.... hmmmmmmmmmmmmmmm

Statistik kes-kes yang dilaporkan ke Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Paling banyak ialah kes perbelanjaan perubatan, pengurusan kewangan yang kurang cekap dan bisnes tidak berjaya.


Monday, June 11, 2012

PANAZZZZZZZ!!! Gossip!!!!!!!

Wah wah wah wah!!! sajer jer letak tajuk cam tue.. Just nak sharing. Sharing is caaarrringgg!!! Post topik pasal insurans di kelab blogger di FB pagi nie. Sentap mamat tue.. Tapi untuk pedoman kita semua. Doa saja tak cukup. Kita kena usaha dan tawakkal.. baru betul. 

           

            
Orang sentap dengan cara berhemah... so kita jawab ngan berhemah... memang benar doa itu sejata org mukmin. Tapi tanpa usaha dan tawakkal.. doa saja tidak memandai. Dengan adernyer insurans sekurang2 dapat ringan kan beban keluarga arwah. Lebih kesian kalau si isteri tidak bekerja.. dan sisuami meninggal cara surpriseeee!!! Tak ker kecut perut dibuatnyer... Dah banyak dah kes2 macam nie yg saya dengar. So.. tepuk dada tanya hati... chowwwwwww


Wednesday, June 6, 2012

Breaking new: Kes Culik Lagi..!!!! Hati2 kaum hawa

Terbaca dalam forum cari dalam kategori Isu semasa....


CULIK: 5 Pompuan Diangkut Secara Borong Dlm Van


BUTTERWORTH 6 Jun : “Hati saya berdebar apabila terdengar perbualan tiga penculik itu yang mahu menjual kami berlima.” Itu kata wanita berusia 28 tahun yang berjaya melarikan diri selepas diculik lima jam di ibu negara, kelmarin. 

  Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa mendakwa diculik di kawasan rumah sewanya di Wangsa Maju jam 3 petang, namun berjaya melarikan diri ketika van membawanya berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Simpang Pulai, Perak.

Najwa masih trauma semasa menceritakan kejadian dia diculik.

 Najwa yang juga kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, sebaik dipaksa masuk dalam sebuah van oleh tiga lelaki yang menculiknya, dia mendapati ada empat lagi wanita yang juga mangsa culik dalam van berkenaan.   

  “Ketika itu, saya hanya teringatkan keluarga dan bertambah sedih apabila mendengar tangisan empat lagi wanita dalam van itu,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di sini, malam tadi.

   Menceritakan kejadian itu, Najwa berkata, dia mengambil cuti sakit dan keluar rumah untuk membeli nasi di gerai berhampiran rumah sewanya.

update dari cari forum:
tadi dgr MHI kata semua pompuan tuh dapat lolos manakala najwa tidak dapat mengecam no pendaftaran  dan warna van tersebut.

Nak Jual Insurans Pada Superhero. Rasa korang dier nak beli tak?


Betapa gagah perkasa nyer superhero kiter nie.. Punyer lah berlagak dengan confidentnyer tolak INSURANS.. Takaful gitu. .Macam gitu jer.. Lainlah konvensional.. amalkan riba...sekali kena ngap ngan raksasa.. huh!!! Ambik ko....Sentap hati mak...!!!! Biler dah bercucuran air mata baru ingat ngan Takaful... Ok... Eventhough hanya kartun dan khayalan semata2.. tetapi didunia realiti nie.. macam nie lah citer nyer. Hakikatnyer ramai yang merasa selesa kerna masih sihat, gagah, bergetah lagi badan tue.. dan merasa secured pasal company dah cover. Heellllooooo!!!!!! Kalau company dah cover tue takat maner jerrr.... Iyerlah tak ko pengsan tgk bill spital tuee.. company tak cover 100% semua kos rawatan. Yang best biler sakit baru tahu company cover employee tue takat mana saja.

Last week I received call dari kakak nie. Bagus kakak nie. Thumbs up for her... Dier sedar company cover kos rawatan taklah banyak.. so dier nak ambik personal insurans as back up plan... Good workkkkk!!!!

Lainlah ko CEO.. atau chairman.. Tue memang sah2 cover... So, Insurans nie sebenarnyer hanyalah untuk masa kiter sakit dikemudian hari. Memang kiter doakan diri sendiri dan family sihat walafiat. Sipa nak sakit adik ooooiiiiiiiiii... Kiter beli insurans masa sihat walafiat bukan sakit. Biler sakit.. No!NO!No!... baru termenung jauh...
Just my 2 cents..

Sesiapa berminat dan nak kenal siapalah agent isurans nie call lah I : 019-2853910 atau email: mardiyah79@gmail.com


Monday, June 4, 2012

Sunday, June 3, 2012

Panduan Ringkas Memilih Medical Card


Dipetik dari rahsia takaful. Tajuk nie memang penting sebagai panduan untuk kiter yg masih mencari medikal kad. Harap uols mendapat petunjuk dan hidayah membeli medikal kad ne.
Tulisan ini adalah rentetan daripada beberapa persoalan yang paling kerap diajukan berkenaan medical card, antaranya;
“Apa medical card paling bagus?”
“Medical syarikat XYZ mempunyai perlindungan RM 1 juta, tentu lebih bagus daripada medical card Takaful ABCD yang hanya RM500K, bukankah begitu?”
“Apa beza Medical Card stand alone dengan medical card sebagai rider?”
 Secara umumnya, untuk membuat perbandingan medical card, perlu dibuat perbandingan terhadap dua perkara iaitu faktor produk dan faktor pelanggan.
 Dengan perbandingan adil “apple to apple” perkara ini, barulah kita dapat membuat perbandingan yang adil di antara produk-produk yang ada di pasaran.
 Berikut adalah factor-faktor yang perlu diambil kira dalam perbandingan medical card.
A) FAKTOR PRODUK
  • Jumlah sumbangan – jumlah perlindungan yang sama, tapi jumlah sumbangan premium berbeza.,
  • Ko-takaful atau tidak – ada produk medical card yang ko-takaful iaitu pelanggan perlu membayar 10% daripada jumlah kos rawatan.
  • Sebagai rider atau stand alone – medical card sebagi rider dicantumkan dengan produk asas.
B) FAKTOR PELANGGAN
  • Keperluan pelanggan – adakah perlu perlindungan sehingga RM1juta?
  • Kemampuan kewangan pelanggan – ada orang yang mampu untuk melanggan RM100 sebulan, tapi ada yang tidak.
  • Perlindungan sedia ada – perlindungan lain untuk kematian, lumpuh, kemalangan penyakit kritikal perlu turut diambil kira, dan mungkin sudah ada medical card daripada syarikat.
Semua faktor ini akan menjadikan perbandingan yang adil.
Untuk memudahkan gambaran, kita buat perbandingan Kancil dengan BMW.
Memang tidak dapat dinafikan BMW jauh lebih baik secara zahirnya daripada Kancil, namun dengan mengambil faktor harga kereta, harga insurnas, harga roadtax, penggunaan petrol, kos penyelengaraan, dan lain-lain, adalah tidak adil untuk katakan BMW lebih baik daripada kancil dan ia sesuai untuk semua orang kerana Kancil tetap ada kelebihannya yang tidak ada pada BMW.
BMW ada classnya tersendiri. Ia jauh lebih selesa daripada Kancil. Tetapi padanlah dengan harganya, mungkin boleh membeli 10 ekor kancil! Namun, Kancil pun ada classnya yang tersendiri, bukan? Dengan membeli sebuah Kancil, seseorang dapat berjimat 90% daripada membeli BMW yang dapat digunakan untuk membeli keperluan-keperluan lain!
Jadi, kesimpulan yang boleh kami buat, tidak semua orang perlukan BMW dan jangan memandang remeh kepada Kancil!

dipetik dari: www.rahsiatakaful.com

Insurance jokes 1


Marry an Insurance Agent



A woman was in the hospital after feeling very ill. The doctor says to her, “I have some bad news for you. You only have three months to live.”

“Oh that’s terrible,” the woman sighs, “what am I going do?”
The doctor replies, “Marry an insurance agent.”
“Will I live longer?” asks the woman. ”
No,” replies the doctor, “but it will SEEM longer.”

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...