Wednesday, September 26, 2018

Polisi kasih sayang

Sayangkan Isteri tingal-tinggalkan,
Sayangkan Suami manja-manjakan.

Siapa tak sayang isteri atau suami. Biasalah kalau bergaduh macam rumah nak runtuh. Kata pakar rumah tangga, perkahwinan berusia 5 tahun akan diuji dengan masalah kewangan, kalau dah kahwin antara 6-9 tahun, akan diuji dengan kesetiaan kalau dah usia perkahwinan lebih 10 tahun , perkahwinan seseorang itu dah stable. Begitulah resmi orang berumahtangga nie. Lagikan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Apa yang saya lihat sekarang nie, selepas beberapa bulan atau tahun usia perkahwinan seseorang itu, salah seorang pasangannya meninggal dunia akibat kemalangan atau sakit (kebanyakan yang saya baca meninggal kerna lepas bersalin). Banyak dah kes dan cerita begini di dada akhbar dan media sosial. Yalah.. dah ajal dia. Allah lebih sayangkan arwah.
Tapi...
Selain dari memori yang terindah untuk dikenang, apa lagi yang arwah tinggalkan untuk kita dalam meneruskan kehidupan? 
Sayang cadangkan Polisi kasih sayang untuk pasangan. You ambil satu polisi, I ambil satu polisi.

💓“Loving Couple Policy” atau “Polisi Kasih Sayang”, ialah polisi Takaful yang diambil sesama suami isteri dengan suami memiliki polisi isteri dan isteri memiliki polisi suami.

Dengan kata lain;

💞Polisi A: Suami sebagai Pemegang Polisi dan isteri sebagai Peserta, dan

💞Polisi B: Isteri pula sebagai Pemegang Polisi dan suami sebagai Peserta.

💞Berbanding situasi langganan polisi biasa; Suami melanggan satu polisi, dan isteri melanggan satu polisi – dengan nama pemilik sendiri tanpa nama pasangan.

Kelebihan Polisi Kasih Sayang ini ialah:

💑Tidak perlu diletakkan pasangan sebagai penama kerana pasangan sudah menjadi pemegang sijil. Penama boleh letakkan nama anak atau ibu bapa yang hanya berfungsi sekiranya berlaku kematian serentak suami isteri.
💑Tidak ada isu Faraidh apabila berlaku kematian pasangan kerana 100% pampasan takaful kematian menjadi milik pasangan yang masih hidup.
💑Tidak perlu dijadikan Hibah kerana faktor no (2)
💑Apabila berlaku kematian salah seorang, polisi pasangan yang masih hidup tidak perlu dibayar lagi kerana ia sudah waive  (Tak perlu bayar). Sebab itu dia dipanggil sebagai “Loving Couple Policy”.

Nota #cpmbk:
Artikel ini adalah nukilan asal dari saudara Afyan (RahsiaTakaful.com)
Saya kekalkan sebahagian artikel asal ini untuk saya kongsikan bersama-sama pembaca FB. Moga ia bermanfaat.

www.wasap.my/60192853910

#cpmbk
#takaful
#hibah
#lovingcouplepolicy
#MLTT
#incomereplacement
#takafulinfant

Sunday, September 23, 2018

MINTA MAAF SAYA TAK JADI AMBIL TAKAFUL


Ramai yang bila tak jadi ambil TAKAFUL, mereka minta maaf dengan ejen. Jangan minta maaf dengan ejen.

Tapi,

Minta maaf dengan diri sendiri, pasangan, anak-anak & keluarga.

Saya TAK JADI ambil TAKAFUL,

Bermakna saya TAK JADI tinggalkan wang untuk menyara hidup mereka bila saya di panggil mengadap Illahi.

Saya TAK JADI ambil TAKAFUL,

Bermakna saya TAK JADI sediakan wang untuk menyara keluarga bila saya diuji lumpuh, cacat kekal @ mengidap penyakit kritikal dan tiada sumber pendapatan lagi.

Saya TAK JADI ambil TAKAFUL,

Bermakna saya TAK JADI sediakan dana perubatan, bila perlu bayar bil hospital puluhan ribu.

Bila datang saat itu, masih mahu minta maaf dengan ejen?

JANGAN MINTA MAAF DENGAN SAYA!

So for those who understands this, do not hesitate to reach out to me for help..I am readily here to fulfill my duty to help YOU and YOUR FAMILY..the sooner you decide, the quicker you can get those worries away.

Kredit:FB Razif Mohd Mokhtar


#cpmbk
#takaful
#hibah

JOM KITA BELAJAR MRTA VS MLTT BERDASARKAN VIDEO INI


#cpmbk
#takafulinfant
#hibah
#takaful
#incomereplacement



LHDN, Takaful, hibah & hutang

Pernahkah anda membaca kisah seorang anak yang menerima surat dari LHDN untuk menuntut bayaran hutang cukai dari Allahyarham? Bunyi macam kejam bukan? Itulah hakikatnya.


Apa yang perlu anda buat jika dapat surat ini? Mestilah kena buat bayaran selaku warisnya. Hutang memang wajib dibayar walau tidak dituntut tapi agak terkejut kerna yang meminta hutang adalah dari sebuah organisasi berbentuk Lembaga Hasil Dalam Negeri. Memanglah kita akan rasa ganjil tapi hakikat itulah tanggungjawab seorang rakyat yang WAJIB membayar cukai. Kalau dapat surat ini tak perlulah tuan puan memarahi pihak kerajaan. Kerna sudah jadi tanggungjawab pihak kerajaan menuntut hutangnya jika ada. Seperti manusia menuntut hutangnya jua.

Perlu diingatkan, sebelum LHDN mengeluarkan surat baki cukai ini, pihak mereka sudah pun memeriksa ada tak organisasi yang lain boleh tolong bayarkan baki hutang cukai ini. Kebiasaanya pihak LHDN akan melihat KWSP arwah terlebih dahulu. Jika masih ada baki dan baki KWSP belum dituntut, pihak KWSP tak akan teragak-agak untuk tolong bayarkan baki caruman itu kepada pihak LHDN. Pewaris akan dapat hasil bersih sahaja.

Kalau dilihat media sosial baik di FB, blog, instagram, tinder, whastapp atau LinkedLN, pasti anda dah biasa baca ejen takaful terutamanya mempromosi pembahagian harta pusaka secara hibah. Perlu diingatkan tak semua perlu hibah.

Hibah yang ejen takaful war-warkan adalah berbentuk pampasan takaful jika pencarum itu mengalami kematian tak kisah meninggal cara kemalangan, sakit atau meninggal secara mengejut. Jika berlaku musibah kematian, pewaris (berdasarkan penama) akan terus dapat duit pampasan takaful. Pihak takaful akan memberi nilai pampasan berbentuk cheque. Hibah secara takaful ini adalah hibah bersyarat. Syarat nya adalah sebagai contoh Si isteri akan dapat jumlah pampasan sekian-sekian jika si suami meninggal dunia. Hibah secara keseluruhannya bukan untuk menutup faraid, bukan, ia sebenarnya ingin menolong waris terutama isteri, isteri kedua, isteri ketiga dan keempat, anak-anak perempuan, untuk mendapatkan haknya sama rata. Pampasan takaful ini adalah salah satu aset yang mudah cair selain  KWSP, LUTH, dan emas. Melalui pampasan takaful cara hibah ini, dapatlah penerima membayar hutang piutang arwah, buat perbelanjaan harian, buat modal untuk meniaga, buat perlaburan untuk masa depan, atau buat tembus harta pusaka.

INGATLAH!!

Takaful tak menjanjikan KEKAYAAN, tapi ia MENRINGANKAN beban masalah kewangan yang tersayang.

ANAK KECIL PULANG PETANG,
PULANG DENGAN HATI YANG LAPANG,
JANGAN ABANG RASA BIMBANG
BUAT HIBAH GUNDAH PUN HILANG.

#cpmbk
#takaful
#MLTT
#takafulinfant





Wednesday, September 19, 2018

Adakah MLTT wajib kita ambil?



Sebelum menjawab soalan ini, biar saya ceritakan MRTA tue dahulu. Biasanya MRTA diambil sekali dengan loan rumah. Tujuan MRTA diambil untuk cover balance bayaran loan rumah. MRTA hanya trigger jika berlaku kematian atau mengalami total permanent disability. Mrta diambil samaada 5,10,15 atau 35 tahun (full terms).
Graft bayaran seperti dalam gambar.


Katakan MRTA diambil full terms (35 tahun). Dan loan rumah RM150,000. Katakan berlaku kematian ketika usia 40 tahun dan kita sudah bayar RM100,000 ada balance perlu dibayar RM50,000. (Lihat gambar dibawah).


Bila berlaku situasi diatas, mrta akan bayar balannce rumah RM50,000. Tapi base rate (interest) tak akan dibayar oleh mrta. Pewaris akan top up untuk bayar interest tue.

Untuk MLTT pula adalah separate dari loan Rumah. Bayar asing. Tujuan MLTT seperti MRTA diambil untuk cover balance. bayaran loan rumah. MLTT hanya trigger jika berlaku kematian atau mengalami total permanent disability dan didiagnose penyakit kritikal.

Graft MLTT seperti dibawah

Sila rotate kan kepala anda.

Katakan tuan empunya Nama meninggal dunia (suami). Bila berlaku situasi diatas, mltt akan bayar balance rumah RM50,000 bersama dengan base rate (interest). Pewaris Tak perlu top up untuk bayar interest tue.

Manfaat MLTT= RM150,000
Sudah dibayar = RM100,000
Perlu dibayar= RM50,000
Assume base rate RM30,000.

Ikut kiraan bila berlaku kematian, balance yang perlu dibayar RM50,000+RM30,000.

Full coverage MLTT RM150,000
Tolak RM50,000+RM30,000

Balance RM70,000. Balance nie akan dapat pada Pewaris berdasarkan faraid atau hibah.

Berbalik pada soalan diatas. Adakah MLTT itu patut kita ambil? Jawapannya, terpulang kerana MLTT adalah optional dan ia dibayar asing dan tidak sekali dengan bayaran loan rumah. Ia dianggap mahal kerna ia adalah takaful hayat.

Tapi bagi saya secara peribadi, ia berbaloi untuk mencarum. Kenapa?MLTT cover jika kita didiagnose penyakit kritikal, total permanent disability dan kematian. MRTA hanya cover jika kematian dan total permanent disability.Apa yang bagus MLTT ini ia bukan saja cover balance bayaran loan rumah yaitu principle tapi ia jugak cover base rate (interest). MRTA tak cover base rate hanya cover balance bayaran loan rumah sahaja.

Bukan itu saja, pewaris masih dapat duit baki dari pampasan. Duit balance RM70,000 nie boleh menolong Pewaris meringankan beban masalah kewangan. Boleh tolong uruskan perbelanjaa , uruskan bayar yuran pendidikan, hutang, boleh buatkan investment, atau bantu untuk mula meniaga.

Tepuk dada tanya selera.

Mak Siti beli lada,
Lada dibeli dipasar raya,
Sudah penat saya bercerita
Terpulanglah pada tuan hamba.

#cpmbk

Tuesday, September 18, 2018

Adakah and sudah sedar kepentingan Takaful?

Semakin hari semakin banyak pendedahan kepentingan insurans dan takaful disebarkan melalui media massa. Maka semakin ramai dikalangan kita menyedari kepentingan insuran dalam membantu pengurusan kewangan dalam kehidupan kita.

Mungkin disebabkan oleh faktor kesihatan yang masih baik menyebabkan kita masih berada didalam situasi “comfort zone” dimana tidak merasakan keperluan insuran/takaful.

Bila tiada keperluan maka tiadalah kepentingan. Bila tidak penting kita akan terus bertangguh-tangguh dalam melaksanakannya.

Ada yg nak tahu tentang Takaful??

#cpmbk

Credit: Muhamad Fauzi.


Friday, September 14, 2018

Polisi Nasi Kosong

Bila tengok balik manfaat Takaful, tak cukup lengkap. Yang ada hanya manfaat kematian dan manfaat kemalangan sahaja. Manfaat penyakit kritikal tak ada. Harapan palsu untuk empunya diri.
Yang mana dah ada polisi tue, mohon tengok balik. Minta ejen anda review balik. Sedih bila jadi kes macam nie.

Petikan dari FB Irfan Fazreeq Raman

Irfan Fazreeq Raman
Ada orang call sy (xtahu dpt nombor dari mana x sempat tanya.. FB kot) katanya nk mintak tolong urusan claim critical illness..
Doktor diagnose, kanser stage 2(kanser apa x sempat tanya).. Sy suruh dia wassap sy gambar listing coverage dia..
Lepas dia hntr gambar, rupanya harapan palsu..
Policy dia xde coverage critical illness.. Policy nasi kosong..
Caruman RM500/Bulan
Pampasan kematian RM500,000
Pampasan Lumpuh TPD RM500,000
Waiver policy percuma bila sakit kritikal
Hmmmmmmmmm......
Terkilan dia.. Sedih xde 1sen pun pampasan sakit kritikal.. Dia kata dia xtahu menahu.. Main ambil aje.. Agen dtg office buat taklimat.. Bila contact balik, agen tu dah x buat takaful katanya...
Yg masih sihat tu, jgn la rasa dah ada & buat xtau je psl policy anda.. Tolonglah review balik.. Sedih bila dpt kes mcmni.. Hmmmmm

blue tick

Sebagai Konsultan Takaful, biasalah saya ada ramai prospect bluetick yang tak respon pun whatsapp saya. Malah walaupun time saya wish selamat hari raya.

Hinggalah pada suatu hari tiba masanya HP dia whatsapp, tapi yang whatsapp tu ialah isteri atau balunya.

Bagaimanakah jawapan yang nak saya berikan kepada soalan isteri/balunya di bawah ?

kredit: FB Nur Sha Hanum Hussin


#cpmbk
#takaful
#TabungWanita
#hibah

Thursday, September 13, 2018

PENTING TAK MEDICAL CARD?


Medical card adalah salah satu daripada pelbagai product takaful. Ya ia penting. Jika ada extra budget memang wajib ambik Medical Card.

Jika ada kekangan budget, Medical Card jatuh nombor dua. Nombor satu, pastikan Gaji encik dilindungi terlebih dahulu.

Berjuta-juta pun limit medical card, ia takkan bagi duit belanja mencukupi untuk keluarga kalau sakit/meninggal. Ia tak boleh swipe untuk beli susu mahupun belanja sekolah anak.

Tapi dengan Plan Income Replacement (Pelan Ganti Gaji), encik ada duit kalau sakit. Duit boleh guna untuk rawatan di Private Hospital, dan juga boleh guna untuk expenses keluarga.

Berbalik pd soalan, penting tak medical card? Yes penting. Tapi nombor satu, mesti Income Replacement. CASH IS KING! 😊

Kredit: FB Nur Sha Hanum Hussin

Antara yang tak sepatutnya dibuat bila GL Decline


1-Stop bayar takaful dan biarkan polisi tu tak aktif (lapse) 
2-Tamatkan polisi dengan ke kaunter Syarikat Insurans
3-Tukar polisi dan mohon dengan syarikat baru.

Yang betulnya 
1-Dapatkan penjelasan dari Agen atau Syarikat dan buat proses tuntutan dengan sertakan semua dokumen yang lengkap
2-Jika tak berpuas hati mesti buat aduan dan gunakan hak sebagai pelanggan
3-Tak dinasihatkan untuk bertukar polisi kerana mohon di syarikat baru tanpa maklumkan fakta penting tuntutan akan bermasalah di masa hadapan. 
#sharing

Kredit: FB En Mohd Azran.

#cpmbk


RM1j PAMPASAN TAKAFUL UNTUK APA?


Pada hari ini, tidak asing bagi pemilik takaful menyediakan pampasan kepada pasangan dengan nilaian yang tinggi.
Mereka merancang supaya apabila RM 1,000,000 yang ada di tangan pasangan ini dibuat :
1. Bayaran hutang-piutang
2. Berikan anak secara berperingkat
3. Dilaburkan di Pelaburan mara
4. Amal soleh setiap tahun
5. Perbelanjaan anak untuk temp0h 5 tahun
6. Pemberian kepada ibu bapa dengan kadar tertentu setiap bulan.
dan banyak lagi hasrat... Dari segi pelaksanaan para pemilik takaful boleh menggunakan kaedah

[1] Hibah kepada Isteri/ suami
Pasangan ini setelah mendapat RM1j, mereka akan melaksanakan seperti apa yang dihasratkan arwah melalui pesanan mulut ke mulut sahaja.

[2] Hibah kepada isteri/ suami dan menulis pesanan
Pasangan ini setelah mendapat RM1j, mereka akan melaksanakan seperti apa yang dihasratkan arwah melalui pesanan melalui penulisan sama da dibuat bersama-sama dalam bentuk wasiat, atau disertakan sekali wasi pentadbiran (wasi)

[3] Hibah kepada Isteri/ suami dan mengikat amanah
Pasangan ini setelah mendapat RM1j, mereka akan melaksanakan seperti apa yang dihasratkan arwah melalui dokumen pengamanahan yang mana apabila pasangan tidak melaksanakan, penerima manfaat seperti yang dihasratkan arwah boleh mengambil tindakan perundangan

[4] Amanahkan kepada syarikat melalui Absolute
Pihak ke3 yang akan menjadi memantau pergerakan agihan dan hasrat arwah kepada penerima-penerima manfaat termasuklah masa yang ditetapkan seperti memegang RM1j ini sehingga anak berumur 24 tahun atau berkahwin atau telah habis ijazah atau sebagainya.

Pilihan yang mana satu pemilik takaful sukakan?

#celikpusaka
#celiktakaful
#cpmbk


Kredit: Mohamad Akmal Mohamad



Suka@tak....

Medical card adalah salah satu daripada pelbagai product takaful. Ya ia penting. Jika ada extra budget memang wajib ambik Medical Card.

Jika ada kekangan budget, Medical Card jatuh no. 2. Nombor satu, pastikan Gaji encik dilindungi terlebih dahulu.

Berjuta-juta pun limit medical card, ia takkan bagi duit belanja mencukupi untuk keluarga kalau sakit/meninggal.

Tapi dengan Plan Income Replacement (Pelan Ganti Gaji), encik ada duit kalau sakit. Duit boleh guna untuk rawatan di Private Hospital, dan juga boleh guna untuk expenses keluarga.

Berbalik pd soalan, penting tak medical card? Yes penting. Tapi nombor satu, mesti Income Replacement.  CASH IS KING! 😊

#cpmbk
#takaful#hibah 

Kredit: Nur Sha Hanum Hussin

Tuesday, September 11, 2018

Claim takaful

*Claim*

Pasal claim ini, memang ada individu suka ambil kesempatan insuran / takaful.
 
Awal-awal dah tanya boleh pakai tak kalau situasi macam ini. Banyak tanya, soalan pun dah macam dah karang. Tanya situasi itu situasi ini.

Lepas claim, siap ada buat surrender. Lepas itu pergi syarikat insuran / takaful lain. Repeat.

Ini perkara tak boleh kawal. Ini namanya customer behaviour. Syarikat insuran / takaful pun pening, nak rangka produk atau letak klausa. Buat investigation, lalu proses underwriting. Benda ini normal.

Perkara boleh kawal?

Ejen-ejen dan advisor atau sesiapa sahaja yang menawarkan insuran / takaful.

Buat Fact Finding, Customer Due Diligence betul-betul. Ini bukan zaman main sapu je prospek atau klien.

Pelanggan pun ada hak nak pilih siapa ejen atau advisor. Buat screening ke apa. Up to you, gais.

Credit to ADIB YAZID
#BukanYangTerbaik

#takaful

Rupanya ada juga segelintir kawan2 saya ada masalah claim #takaful.

Ambil 2 tips saya ni dulu.
inshaAllah takde masalah dengan claim takaful.

1. Apply takaful masa tengah sihat segar bugar.
> jangan bertangguh sebab masih sihat.
> jangan tangguh sebab orang lain tak bagi.
> jangan ambik masa 3 tahun untuk survey.

2. Pilih agen yang komited dan bersungguh2 buat kerja.
> Cari agen yang selalu masuk ofis.
> Cari agen yang selalu update aktiviti.
> Cari agen yang ada recognition.
> Cari agen 100% fulltime.

** Jika anda ada masalah ada sakit sebelum ambil takaful, minta maaf saya tak dapat bantu. Even saya adik beradik dengan CEO takaful pun takleh buat apa. Pergilah bawak mahkamah pun kompem kalah!

Tapi... jika Mana2 kawan saya yang ada masalah agen tak membantu buat claim boleh pm saya.
Saya sudi bantu.

Kredit: Khairil AR

#cpmbk

Monday, September 10, 2018

SEBAB SAYA BAYAR TAKAFUL DENGAN KREDIT KAD. SERIUS! ANDA KENA TAHU NI..

From Agen Ahmad Muqarrami..

Kalau anda perasan dalam posting lepas, saya ada nyatakan tentang tolakan takaful berjumlah RM 600 dilakukan ke dalam kad kredit.

Hasilnya saya dapat kumpul Point dari situ sebanyak 7200 point setahun, bersamaan nilai tunai sebanyak hampir RM15.

Dapat free, siapa tak nak kan.

Bagi siapa yang belum baca boleh tengok kembali posting berkaitan "Anda Perlu Ada Sebab Untuk Miliki Kredit Kad" di sini #uruskreditkad .

Itu tak penting sangat...

Sebab yang lebih penting adalah supaya kami sekeluarga kekal dalam "protection".

Kenapa tu...

Macam ni. Polisi takaful biasanya akan luput (lapse) kalau tiada bayaran diterima dalam masa 3 bulan.

Bila polisi luput, dan berlaku apa-apa kejadian selepas itu, syarikat tidak akan bayar pampasan lagi.🙅🏻

Jadi, dengan tolakan ke kad kredit, "Confirm" bayaran akan dibuat kepada syarikat takaful dan confirm-lah coverage takaful tidak terputus.

Apa yang dirisaukan kalau berlaku kes begini..

➡️kita lakukan bayaran manual (tolakan bank atau bank in manually).
➡️atas kecuaian sendiri, bayaran tak dibuat. Samada tiada tolakan dalam bank sebab tiada duit atau kita sendiri gagal bayar.
➡️syarikat tak dapat hubungi kita sebab tukar alamat dan no phone.
➡️tiba-tiba berlaku kecelakaan.

Apa terjadi kepada kita?

Tiada coverage akan dibayar..kita juga yang rugi..😭

➡️Musibah datang tanpa dijangka, sebaiknya kawal lah risiko sebaik mungkin.

➡️Dan ini adalah cara saya kawal risiko takaful agar kami sekeluarga sentiasa dalam perlindungan takaful.

Apa yang saya belajar:

✅Sila tolak bayaran takaful guna kad kredit
✅Cari agen yang bagus.. So, ciri-ciri agen yang bagus adalah yang share status sebegini : )


Nak tolong orang lain sama? sila LIKE dan SHARE agar ramai lagi mendapat manfaat.

Dapat lah pahala lebih kan..


~Abe~

Boleh juga baca status saya terdahulu di sini #uruskreditkad

Saturday, September 8, 2018

Konsep “Payung” dan Perlindungan


Kita dengan rela hati membawa payung kemana sahaja kan? Tidakkah ia membebankan? Ya..beban...tidak pasal-pasal kene bawa payung. Adakah kita tahu hari hujan? Jika awan mendung pun kita hanya boleh agak akan hujan tetapi tidak semestinya hujan, tetapi sebagai persediaan kita bawa juga. Berteduh dari panas terik dan hujan.

Sama juga lah konsepnya dengan perlindungan Takaful. Kita apply masa kita masih sihat, dan kita tidak tahu pun bila kita kemalangan atau sakit. Kita bayar setiap bulan kadang-kadang rasa membazir tak guna. Dan hampir setiap hari, sekeliling kita ramai yang sakit, perlukn kos untuk rawatan, sampai bergadai harta dan meminta bantuan, terpaksa berhenti kerja hilang pendapatan, perlu tunggu que dalam rawatan. Masa itulah sebenarnya bergunanya takaful, kos puluhan ribu ditanggung PRUDENTIAL, income disambung PRUDENTIAL, Hibah terus kepada waris, lumpuh dan sakit kritikal masih diberi pendapatan oleh Prudential. Baru kita tahu rupanya nilai bulanan kita kecil sahaja berbanding nilai perlindungan kita.

Mohonlah perlindungan Takaful. Plan Murah mahal itu komitmen masing-masing. Janji kita ada.

#cpmbk

Kredit: Muhammad Fauzi.

Friday, September 7, 2018

CONTESTABLE PERIOD 2 TAHUN : SEMUA COMPANY/ EJEN WAJIP BAGITAHU CLIENT❗️ =============

====================

Alkisahnya viral 2-3 hari ni pasal claim takaful yang viral mengenai seorang pesakit yang menghidap kanser paru- paru.

Baiklah, apa yang boleh abg tekankan disini SEMUA COMPANY INSURAN/ TAKAFUL mempunyai KLAUSA KEBOLEHTIKAIAN TUNTUTAN UNTUK POLISI BERUSIA 2 TAHUN KE BAWAH.

Apa Yang Patut Ejen & Pemegang Polisi Tahu❓
============

✔️ Untuk menggunakan facility medikal kad lebih baik CALL ejen anda untuk mendapatkan gambaran jelas status polisi anda.

✔️ Ejen perlu advise pelanggan secara telus/ jelas mengenai status medikal kad mereka.

✔️ Jika polisi baharu ( 2 tahun ke bawah ) lebij baik tidak admit dahulu MELAINKAN LIFE THREATNING CONDITION sahaja.

✔️ Dapatkan GUARANTEE LETTER ( GL ) sebelom Doktor meneruskan sebarang PROSEDUR/ IMBASAN MRI @ CT- SCAN / PEMBEDAHAN. Selagi tak dapat GL boleh hold dulu.

KENAPA GL BOLEH DECLINE ❓PENYAKIT DISYAKI WUJUD SEBELOM MEMBELI POLISI LAGI ❗️❗️❗️
=================================

Secara generalnya GL boleh decline jika wujud di sebabkan pihak insuran melalui claim department ( terdiri daripada Doktor Perubatan ) ingin menyiasat status kesihatan @ penyakit pelanggan.

Sebagai contoh; TEMPOH MENUNGGU MEDIKAL KAD 120 HARI namun pada hari ke 130 pelanggan mendapatkan rawatan dan disahkan mempunyai CYST SEBESAR 8CM.

SECARA KLINIKALNYA CYST TIDAK AKAN MEMBERSAR DARI 0 cm ke 8 cm dalam tempoh 10 hari sahaja ❗️

🙏 Oleh itu, pihak insuran akan menyiasat dahulu keadaan pesakit melalui siri soalan soaljawap kesihatan, soaljawap oleh Doktor Merawat atau Doktor serta mana- mana klinik yang pernah dikunjungi oleh pelanggan tadi.

Jika selepas selesai soaljawap ini dan pihak insuran BERPUASHATI bahawa penyakit tadi bukan penyakit sedia ada insyallah GL akan diberikan untuk meneruskan rawatan penyakit semasa tadi.

For info, kes terbaru tahun ini, client wanita berusia 54 tahun didiagnose Ovary Cyst - Polisi baharu 10 bulan CYST sebesar 1.5cm.
Bil hospital RM 23,800.00
Sudah 3 kali rawatan termasuk cuci rahim. Sekarang sudah sihat Alhamdulillah...

Ini menunjukkan kalau pelanggan CLEAN dan SIHAT adalah mudah urusan kerja claim takaful ini.

DISCLAIMER : SEBENARNYA KERJASAMA EJEN & PELANGGAN ADALAH PENTING DAN MUSTAHAK DALAM MENGURUSKAN TUNTUTAN PELANGGAN.

Pelanggan pon kena bagi kerjasama. Insyallah ramai ejen yang hebat macam akak di luar sana...

#takaful
#hibah
#TabungWanita

Aku Tak tahu Mana yang,akan ku beri kepadamu...

Satu form surrender takaful dan satu lg claim form dialisis buah pinggang rm2800 utk 1 bulan punya cost.

Hakak sebenar cian jgk kt org yg sibuk2 nk surrender takaful dia..alasan nya pulak x pernah claim so rugi je byr...so ko nk cakap yg sakit tu untung le byr..sihat atau sakit ni sbnrnya ujian yg Allah bg kt kita so Allah nk tgk kita ni bersedia tak je menghadapi ujian.bersyukur lah dgn rezeki sihat dan bersyukurlah kita dpt bersedekah dlm membantu org yg ditimpa musibah melalui takaful.melalui sedekah juga Allah bg kita rezeki umur panjang dan sihat tubuh badan..

Client hakak ni mencarum takaful dh 8 tahun lps tu di diognosis kidney failure..bulan2 rm2800 diperuntukan utk cost dialisis.byk ke sikit tu..

#cpmbk
#TabungWanita
#hibah
#takaful

Semangat untuk diri sendiri

Motivasi Jumaat.... 💓

✔Dalam bisnes ni,orang pm tak jadi beli tu biasa...
✔Kita pm dia,dia senyap 1000 bahasa tu biasa...
✔Kata nak bankin tapi tak juga bankin tu biasa...
✔Tanya kita dua tiga empat kali,tapi tak beli,
then malu agaknya dia remove kita tu biasa...
✔Ada yang kata tunggu gaji beli,
dah gaji tak beli juga tu biasa...
.
✔Yang LUAR BIASA tu bila awak terus buat, terus usaha, inshaallah pasti akan ada rezeki dari Allah SWT.

#nevergiveup

Maklumat yang perlu and tahu mengenai kad perubatan

INFO
=====

Tempoh2 yg perlu anda tahu sebagai pemegang kad perubatan

TEMPOH MENUNGGU

Tempoh kedua dan yang paling penting dalam polisi takaful anda ialah tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kad perubatan anda di hospital panel masing-masing. Secara amnya, kebanyakan pengendali takaful meletakkan 120 hari tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kemudahan ini.

Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.

i) 0 hari

Sebaik sahaja polisi anda diluluskan, perlindungan untuk kes kemalangan terus berkuat kuasa, bermakna tiada tempoh menunggu diperlukan kerana kemalangan tidak mempunyai simptom.

ii) 60 hari

Apa-apa penyakit kritikal yang terbentuk dalam tempoh 60 hari, penyakit tersebut akan dikecualikan dan tiada bayaran manfaat yang boleh dituntut.

iii) 90 hari

Anda sudah boleh menggunakan kemudahan kad perubatan bagi tujuan rawatan dalam wad terhadap penyakit am seperti viral fever, bronchitis, diarhea dan beberapa jenis lagi.

iv) 120 hari

Perlindungan menyeluruh bermula untuk semua jenis penyakit dan kemalangan yang dibenarkan seperti yang tercatat dalam buku polisi.

TEMPOH SIASATAN

Tempoh siasatan ini adalah selama dua (2) tahun selepas permohonan polisi anda diluluskan. Dalam tempoh ini, pihak syarikat berhak untuk menyiasat latar belakang kesihatan anda sekiranya terdapat unsur yang meragukan semasa membuat tuntutan.

Sebagai contoh, jika anda baru sahaja memiliki polisi takaful selama enam (6) bulan tetapi sudah membuat tuntutan menghidap penyakit kanser tahap keempat (iaitu tahap yang kritikal), tuntutan anda akan ditolak. Hal ini kerana penyakit kanser tersebut sudah sedia ada sebelum permohonan takaful dibuat.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengambil tahu tahap kesihatan anda sebelum mengambil mana-mana polisi takaful. Semua syarikat serta produk takaful yang ditawarkan tidak akan memberi pampasan atau rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.

#cpmbk
#takaful

0192853910

Thursday, September 6, 2018

Kisah suri rumah, takaful, suami, kematian, KWSP dan pembaca blog

••••••••••
#Suami #meninggal, isteri tak berhak atas KWSP suami!
••••••••••

Akak baru baca status kawan akak tentang isteri tak berhak dapat bayaran KWSP jika suami meninggal dunia walaupun penama adalah isteri.

Jadi akak pun search laa apa maksud penama dalam kwsp tu?

(Bukan semua suami sedar atau tahu atas perkara ni dan tak semua suami pun nak cerita).

...

Walaupun penamanya ialah isteri tapi isteri hanya sebagai pemegang amanah dengan mendapat bayaran tapi ia akan di agihkan mengikut faraid.

Bahasa mudahnye nak bagi senang urusan duit tu masuk akaun kita je pastu kita kena bahagikan pada waris yang layak.

Pendek cerita ISTERI DAN ANAK TAK DAPAT 100%.

...

Kalau camtu fungsi penama KWSP tu apa?

Penama tu hanya sebagai wasi/pentadbir yang urus bayaran/duit KWSP tu. Pendek cerita sebagai pemegang amanah.

Kita hanya pegang duit tu je pastu kena bahagi dengan waris lain.

PENAMA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PENINGGALAN KWSP TU.

Penama ni bagi memudahkan urusan pembayaran terus kepada penama jika berlaku kematian pada ahli.

Kalau takda penama, pihak waris kena dapatkan surat kuasa tadbir. Makan masa dan kos pulak.

Lepas tu akan di agihkan ikut faraid.

Kalau isteri atau anak si mati ambik semua maknanya dia makan harta batil! Menjawab la kat akhirat nanti.

•••••

Tapi abang akak dah bahagi % siap dalam penama?

Lagi susah. Jadi lebih baik seorang penama. Jika di bahagi % pun masih tak di guna pakai dan tetap kena ikut FARAID (untuk orang islam).

Pastu jika si mati berhutang, kena settle dulu dengan duit tu bakinya pula di bahagikan ikut faraid.

•••••

Ramai yang tak tahu benda ni terutama surirumah-surirumah yang tak bekerja. Malah suami sendiri pun tak jelas.

Mereka ingat, penama tu sebagai penerima 100%. Sebenarnya bukan!

Bukan gila harta.

Tapi ini penting. Suri-suri semua, bincanglah dengan suami demi masa depan.

Suami mana nak biarkan isteri dan anak merempat kalau jadi apa-apa kan? Bukan semua suami mampu nak carum takaful untuk diri sendiri bagi kemudahan masa depan (tapi sebaiknya kena ada). Jadi hanya harapkan simpanan KWSP jelah.

Jadi suami-suami, silalah #HIBAH kan KWSP tu untuk keperluan isteri dan anak jika korang takda satu hari nanti. Ada caranya. Boleh hibah ke unit Amanah atau Hibah Takaful.

Ini bertujuan untuk kegunaan isteri selesaikan hutang suami yang tertunggak dan keperluan kehidupan isteri dan anak kemudian hari.

••••

Banyak cerita kita dengar, suami meninggal, isteri terpaksa tanggung hutang sedia ada dek kerana tak boleh tuntut sebab perkara ni.

Dan ada juga sebab harta, waris terdekat sanggup lupakan darah daging sendiri dan menuntut hak masing-masing. Akhirnya anak isteri si mati jadi mangsa.

Rambut sama hitam hati lain-lain. Bila mata hati setan dah terbuka luas, nafsu pun bersarang...darah daging sendiri pun tak heran dah.

••••

Tu sebab kenapa ‘2%’ potong KWSP suami tu dicadangkan. Bukan sebab gila harta tapi demi kelangsungan hidup isteri dan anak jika suami dah takda.

Fikir-fikirkanlah akhirat sama...

Info ni bukan nak menakutkan surirumah tapi kita wajib kena tahu supaya jelas.

Jadi untuk persediaan, mintalah suami carum takaful sebagai back-up. Jika tak mampu rancanglah dari sekarang kewangan kita.

Akak pun dah mula sedar bab ni sebab ajal maut hanya Allah yang tentukan. Bila dah takde, urusan dunia bukan hal si mati dah.

Lagi-lagi bila suami dah takda si isteri sendiri menanggung anak-anak untuk teruskan kehidupan. Nak tak nak hidup kena teruskan hidup.

....

Info lanjut berkenaan fungsi #penama KWSP boleh lah rujuk sini ye..

Info lanjut apa itu HIBAH leh rujuk sini

kredit: 

Herda Johan



Lagi Edisi Takaful dan rumah: MRTA vs MLTT. Yang mana lebi manfaat di mata anda?

MRTA vs MLTT. Yang manakah bermanfaat? MRTA hanya cover lebihan loan rumah sahaja jika owner meninggal dunia. Base rate ( interest) tak cover. MLTT cover lebihan loan rumah plus base rate (interest) jika owner meninggal dunia. Hasil tolak lebihan loan rumah, pewaris boleh tolong bayarkan hutang arwah, infaqkan harta, buat upah haji.
Yang mana satu pilihan anda?
#takaful



Edisi Takaful dan rumah: Soalan berkenaan MRTA/MRTT

Soalan :

As salam minta pencerahan:-

1.Betul ke MRTA/MRTT hanya cover principle loan sahaja atau cover sekali dengan intrest? Maksudnya kalau mati free tak?

Ada bayaran lagi kena bayar walau dah di cover dengan MRTA/MRTT?

Betul atau tak ? dan Kenapa?

Jawapan :
👉🏻MRTA/MRTT cover principle. Kalau mati awal-awal oklah insyAllah cukup cover, kalau ada shortfall pun tak la banyak.

Tapi kalau loan dah lama bayar, interest tu yang membuatkan MRTA/MRTT tak cukup cover.

Lagi satu kalau ditambah pulak dengan kenaikan rate BLR la, late charge payment la, itu yang menjadikan MRTA/MRTT selalu memang tak cukup cover.

Kena shortfall besar, jenuh jugak waris, sebab dok ingat mati rumah free.

Soalan :
2.Loan bersama Husband dan Wife, sekiranya salah seorang meninggal, installment bulanan RM2000 sebulan akan jadi 1/2 atau tetap RM2000 juga dan kenapa?

Jawapan :
👉🏻Kalau loan half-half, bila berlaku kematian, monthly payment tetap sama. Cuma tenure loan sahaja berkurangan jadi separuh.

Baru ni client umah 1million. Monthly 6k. MRTT wife setel 500k. Dia ingatkan kena bayar 3k jelah. Tapi still kena bayar 6k.

Pegi bank sama-sama tanya haritu memang tak boleh pun mintak bayar half je. Kena bayar full loan 6k.

Makanya selalulah check baki loan masing-masing walaupun dah 10 tahun bayar, tengok masih setimpal tak dengan MRTA/MRTT coveragenya.

Jangan terkejut kalau loan 300k, dah bayar 10 tahun, tapi baki macam tak susut sangat je.

Sementara masih hidup ni ambik tahu, call bank dan check baki akhir. Jangan main bersangka-sangka je mati rumah free sebab untuk waris nak urus rumah pusaka, loan semua kena setel secara lumpsum.

Ada bankers nak share info pun dipersilakan sama-sama kita bagi awareness kepada masyarakat.

Anda ingin tahu apa penyelesaian terbaik utk anda?

InsyaAllah saya akan bantu

#takafulproperty
#cpmbk
#takaful

www.wasap.my/0192853910


Biar status ini berbicara



Pernahkah anda mengalaminya?

#cpmbk
#takaful
#TabungWanita

"Saya, apa-apa hal, Tawakkal saja. Allah kan ada! Yakin pada Allah, bukan yakin pada Takaful"s


Tuan,
Sedangkan unta pun Rasulullah s.a.w. suruh ikat dulu. Bukan main lepaskan je di masjid dan kemudian, serah je bulat-bulat pada Allah. Inikan pula kebajikan diri tuan dan keluarga. Patutnya tuan usaha dulu sebaik-baiknya, baru berserah. Bukan serah je tanpa usaha sungguh-sungguh. Itu amalan konsep Tawakkal yang salah tuan.

Orang alim spt golongan Ustaz pun ada yang ditimpa musibah - jatuh sakit kritikal spt kanser, strok dan serangan jantung. Inikan pula kita orang biasa-biasa ni.

Mungkin tuan belum pernah kena lagi
Atau mungkin tuan ingat, tuan masih ada masa atau kesempatan
Tuan patut berusaha untuk bertakaful dulu sebelum musibah melanda. Bukan lepas musibah dah berlaku, baru nak bertakaful 😊

#cpmbk
#takaful
#hibah

0192853910
Seorang saudagar Arab dengan untanya

Monday, September 3, 2018

31.08.2018- Rezeki


#TB

Suatu hari, pagi Merdeka....

Cuti merdeka nie anda buat apa? Saya berpeluang menziarah klien saya di Klang untuk "collect" dokumen untuk buat tuntutan "post hospitalization". Seorang ibu tunggal yang cekal dalam membesarkan 4 orang anak dan kesedaran takaful lahir akibat menempuh kisah duka setelah kematian suaminya. Semasa hayat suaminya ada, klien saya nie hanyalah seorang suri rumah.  Setelah kematian suaminya, segala sumber pendapatan hanyalah bergantung  pada pencen penakat SOCSO yang dapat tiap bulan dan hasil kelapa sawit (berkongsi dengan adik). Klien saya akui agak sukar pada mulanya kerna  tiada sumber pendapatan yang tetap  dalam meneruskan hidup dan membesarkan anak-anak. Alangkah bagusnya jika ada pampasan takaful sebagai plan penggantian gaji. Kerna pengalaman pahit ini, klien saya mencarum takaful buat anak sulongnya berusia 19 tahun. Ahad ini, anaknya akan berangkat ke Johor untuk menyambung pelajaran dalam ijazah. Moga sukses dik.

Perkara yang dapat saya belajar hari ini:

1. Sebelum sampai ke rumah klien, saya sempat singgah ke gerai jual nasi lemak. Niat di hati nak beli karipap untuk mengalas perut. Sambil tue nak beli sedikit kuih untuk klien dan keluarga. Akan tetapi duit tinggal sikit jer dalam beg. Adalah beberapa ringgit. Cukup-cukup nak beli kuih untuk klien. Semasa nak bayar, tiba-tiba mak cik jual nasi lemak sedekahkan bee hun goreng buat saya. Saya hanya beli kuih 4 ketul jer berharga RM2.00. Sambil tersenyum, mak cik kata dia beri lebih sikit sebagai hadiah buat saya kerna datang dari jauh (ulu kelang) ke Klang. Moga dilimpahi rezeki sentiasa dan dipermudahkan segala urusan buat mak cik. Amin. Alhamdulillah, perut kenyang hati senang.

2. Pada mulanya memang niat nak "collect" dokumen untuk tuntutan. Tiba-tiba klien saya suruh buat quotation dan terus setuju untuk mencarum takaful buat anaknya yang kedua. Alhamdulillah closed case.😊 Anak yang kedua akan menduduki peperiksaan SPM akhir tahun nie. Moga maju jaya dik.

3. Ibu tunggal bukan status untuk nampak lemah dan putus asa. Wajah klien saya nie cukup lembut. Tapi hatinya cukup cekal, tabah dan sabar. Anak-anaknya dengar kata. Bertuah klien saya nie. Allah tarik nikmat, dan Allah jualah yang beri nikmat.

4. Saya ada sarankan agar klien saya mencarum plan penggantian gaji. Jika klien saya tiada, maka terputuslah bantuan pencen penakat SOCSO. Plan penggantian gaji boleh GANTIKAN plan pencen SOCSO. Kerna anaknya nak masuk Universiti dan perlukan duit,dia mohon hold dulu.

5. Hujan lebat di Klang. Syukur pada Allah. Sambil makan bee hun goreng dalam kereta sambil nikmati rintikan hujan yang lebat. Indahnya ciptaan Allah.

Balik rumah mak buat nasik lemak. Senyum lagi 😋😊

Merdeka! Merdeka ! Merdeka!

#cpmbk
#takaful
#protection
#TabungWanita
#Tabunganakanak

Oh ya. Saya kenal klien nie melalui blog saya. 😁😉😘

www.akupenjualinsurans.blogspot.com

Policy Lapsed!!!


Policy lapsed ini bermaksud, polisi TIDAK berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat takaful tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai polisi anda lapsed. Perkara ini sering berlaku kerana tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar caruman pada masa yang telah ditetapkan.

Diingatkan sekali lagi JANGAN Biarkan POLISI anda LAPSED. Seperkara lagi, kalau policy dah LAPSED, dan anda hidupkan balik, kena tunggu 120 hari grace period semula. Dan kalau ler anda sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)…pada masa grace period,  memang TIDAK BOLEH nak claim dan guna medical card!!

P/s: untuk client2 saya yang ada polisi lapse saya dah personal message kalian.. Terima kasih..


Ini cerita keluarga Mr A

👪 🚗🏠.

Mr A 30tahun, berkahwin.
Ada 2 orang anak.

Seorang pegawai kerajaan bergaji rm8000 setelah 8tahun berkhidmat.

Sebahagian gaji digunakan untuk bayar rumah, dan kereta. Selebihnya untuk perbelanjaan harian dan simpanan.

Mr A telibat dalam kemalangan. Spinal cord injury. Lumpuh.

Tidak dapat bekerja. Berapakah pencen mr A dapat?

✅Hadiah/ganjaran: 7.5% x rm5000 (basic gaji)

x 96 bulan( 8tahun perkhidmatan) =

rm36,000.##

✅Pencen: 1/600 x rm5000x 96

= rm800##‼️ syarat atleast 1/5gaji. Maka

akan dapat rm1000✔️

🏠 rumah percuma, sebab telah TPD. Insuran/takaful cover.

🚗kereta percuma, sebab telah TPD. Insuran/takaful cover. ( kena ambil berasingan dengan loan kereta).

🤵🏻Mr A, pesara kerajaan, LUMPUH.

Cash rm36,000. Pendapatan bulanan rm1000.

Persoalan utama:

1. Adakah cukup perbelanjaan bulanan Mr A.?

2. Mr A lumpuh. Adakah cukup perbelanjaan bulanan? Beli pampers? Beli ubat-ubatan? Beli supplement?

3. Siapakah yang akan jaga Mr A? Jika isteri surirumah, isteri akan jaga. Jika isteri bekerja?

    -isteri berhenti kerja dan jaga. (Hilang satu 
      sumber pendapatan).
    -isteri upah orang gaji untuk jaga.
    - isteri melarikan diri bersama anak.

4. Jual sahaja kereta dan rumah itu. Ambil masa berapa lama untuk dijual? Adakah itu aset mudah cair? Berapa kah nilai semasa?

Letak kan kita di situasi Mr A. Apakah pelan kita?

Kredit: Dr Muhammad Rahmat.

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...