Thursday, September 6, 2018

Edisi Takaful dan rumah: Soalan berkenaan MRTA/MRTT

Soalan :

As salam minta pencerahan:-

1.Betul ke MRTA/MRTT hanya cover principle loan sahaja atau cover sekali dengan intrest? Maksudnya kalau mati free tak?

Ada bayaran lagi kena bayar walau dah di cover dengan MRTA/MRTT?

Betul atau tak ? dan Kenapa?

Jawapan :
👉🏻MRTA/MRTT cover principle. Kalau mati awal-awal oklah insyAllah cukup cover, kalau ada shortfall pun tak la banyak.

Tapi kalau loan dah lama bayar, interest tu yang membuatkan MRTA/MRTT tak cukup cover.

Lagi satu kalau ditambah pulak dengan kenaikan rate BLR la, late charge payment la, itu yang menjadikan MRTA/MRTT selalu memang tak cukup cover.

Kena shortfall besar, jenuh jugak waris, sebab dok ingat mati rumah free.

Soalan :
2.Loan bersama Husband dan Wife, sekiranya salah seorang meninggal, installment bulanan RM2000 sebulan akan jadi 1/2 atau tetap RM2000 juga dan kenapa?

Jawapan :
👉🏻Kalau loan half-half, bila berlaku kematian, monthly payment tetap sama. Cuma tenure loan sahaja berkurangan jadi separuh.

Baru ni client umah 1million. Monthly 6k. MRTT wife setel 500k. Dia ingatkan kena bayar 3k jelah. Tapi still kena bayar 6k.

Pegi bank sama-sama tanya haritu memang tak boleh pun mintak bayar half je. Kena bayar full loan 6k.

Makanya selalulah check baki loan masing-masing walaupun dah 10 tahun bayar, tengok masih setimpal tak dengan MRTA/MRTT coveragenya.

Jangan terkejut kalau loan 300k, dah bayar 10 tahun, tapi baki macam tak susut sangat je.

Sementara masih hidup ni ambik tahu, call bank dan check baki akhir. Jangan main bersangka-sangka je mati rumah free sebab untuk waris nak urus rumah pusaka, loan semua kena setel secara lumpsum.

Ada bankers nak share info pun dipersilakan sama-sama kita bagi awareness kepada masyarakat.

Anda ingin tahu apa penyelesaian terbaik utk anda?

InsyaAllah saya akan bantu

#takafulproperty
#cpmbk
#takaful

www.wasap.my/0192853910


No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...