Monday, February 23, 2015

Bil Hospital Yang Dimuat Naik Lelaki Ini Menarik Perhatian Ramai Termasuk Rakyat Dari Pelbagai Negara

Seorang pemuda berusia 20 tahun telah di diagnos mempunyai penyakit apendik pada Oktober 2013. Dia menerima rawatan di Hospital Besar Sutter, California, USA. Pada penghujung tahun, dia menerima bil ini dari pihak hospital:


Tertera jumlah kos rawatan lebih dari USD 55,000. Mujur lelaki ini dapat menggunakan insuran ayahnya dan kos diturunkan kepada USD 11,000. Selebihnya itu telah diselesaikan oleh pihak insuran ayahnya. Kini dia berhutang USD 11,000 dengan pihak hospital.
Selepas memuatnaik bil ini di laman sesawang Reddit, ia menjadi viral dan mendapat perhatian pengguna internet seluruh dunia. Mereka membanding-bandingkan kos rawatan di negara mereka dengan kos rawatan di USA.
Warga Australia menyatakan dia tidak pernah melihat bil rawatan apendiks nya:
Ibu seorang warga Canada melakukan pembedahan kaki dan hanya dicaj $60 untuk akses kabel TV:
Ini pula respon dari warga USA sendiri:
Seorang pemuda diisytihar muflis selepas gagal menyelesaikan bil rawatan kansernya. Dia tiada perlindungan insuran:
Sepupu seorang pemuda ini meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas tidak mampu membiayai kos rawatannya yang telah mencecah had seumur hidup perlindungan insuran beliau iaitu sebanyak USD 500,000:
Ibu bapa ini pula menyatakan mereka dicaj USD 2,000 untuk kos rawatan semalaman di sebuah pusat rawatan. Anaknya hanya diberikan pil anti-muntah, dan sekotak jus:
Bagi saya setiap orang perlu ada perlindungan insuran. Sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan bebanan kos rawatan terutama bagi penyakit-penyakit berat.
Elakkan daripada membayar bil perubatan seperti ini dengan mengambil kad perubatan yang bersesuaian dengan diri anda.
Apa pendapat anda dalam soal ini?
Kami mahu tahu pandangan dan pengalaman anda. Coretkannya di ruangan komen di bawah ini
credit: http://thevocket.com/bil-hospital-jadi-viral/?utm_source=facebook (http://www.hospital.viraldoza.com/guy-posted-hospital-bill-online-youll-see-everyones-talking/#)

Wednesday, February 11, 2015

PENGUMUMAN UNTUK PEMBACA BLOG AKUPENJUALINSURANS.BLOGSPOT.COM

SALAM,



SESETENGAH ARTIKEL ATAU TULISAN ATAU GAMBAR ATAU "DETAIL" PLAN ATAU PRODUK YANG MELIBATKAN SECARA LANSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG NAMA SYARIKAT PRUBSN TAKAFUL ATAU SYARIKAT TAKAFUL YANG LAIN, TERPAKSA SAYA "REMOVE" BUAT SEMENTARA WAKTU SEHINGGA "APPROVAL" DARI PIHAK BERKENAAN.

SAYA MEMOHON MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN YANG DIALAMI. JIKA ANDA SEMUA INGIN TAHU MENGENAI MANFAAT TAKAFUL YANG DITAWARKAN, MOHON EMAIL TERUS KEPADA SAYA mardiyah79@gmail.com ATAU HUBUNGI TERUS KEPADA SAYA 019-2853910 (WHATS APP ATAU SMS).

SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PEMBACA BLOG SAYA DAN "SILENT READERS" DIATAS SOKONGAN ANDA SEMUA. MOGA SAMA-SAMA KITA MENYOKONG INDUSTRI TAKAFUL DAN DAPAT SAMA-SAMA MENDIDIK KEPENTINGAN TAKAFUL.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI

SEKIAN TERIMA KASIH

#JOMTakaful

11.02.2015
mbk

Monday, February 9, 2015

[edisi facebook status]

Semoga ramai lagi yang berfikiran terbuka dan positif dalam memberi perlindungan kesihatan terbaik buat diri dan insan tersayang. Kos perubatan dan rawatan yang semakin hari semakin tinggi membuatkan insurans itu penting buat individu. Jika mahu keselesaan dan kualiti kesihatan yang baik tidak salah untuk mengeluarkan duit membeli insurans. Di waktu tidak sakit memang tidak rasa namun apabila sudah sakit barulah terasa keperitan. Terima kasih atas pandangan anda.

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...