Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

CPMBKreaders

Sunday, April 7, 2019

Salah faham berkenaan MLTT bahagian ke 2

BACA: Salah faham pasal MLTT edisi 1


Setiap kali ada klien nak beli rumah dan buat loan rumah mesti tak lari dengan MRTA. MRTA ada optional bukan wajib diambil. Setengah bank, mewajibkan klien untuk mencarum MRTA, padahal MRTA tidaklah WAJIB. Yang WAJIB mereka mencarum adalah fire insurance. Jika terdapat staff bank menekan klien untuk mewajibkan mencarum MRTA, itu sudah melanggar etika BNM. Setiap klien diberi pilihan sendiri untuk memahami MRTA dan memilih sama ada mereka mahu ambil atau tidak. MRTA tue jika tuan rumah meninggal dunia (Orang yang ambil loan rumah), MRTA akan bayarkan balance bayaran kepada pihak bank? MRTA tue milik bank? Bukan, MRTA adalah third party. Sebagai contoh loan dari Maybank, MRTA dari Etiqa. Soalan sekarang, perlu ke MRTA?

Pernah tak anda disapa ejen Takaful dan berkongsi berkenaan MLTT?  MLTT nie jika tuan rumah (orang yang mencarum takaful) meninggal dunia atau mengalami total permanent disability atau didiagnose penyakit kritikal, pampasan akan diberi kepada keluarga. Dan pihak keluarga wajib membayar balance bayaran kepada pihak bank.

Apa bezanya MRTA dan MLTT?


Berbaloi ker MRTA atau MLTT?

Lihat pada keadaan juga. Jika anda jenis yang kaya giler sanggup nak bayar cash rumah tue, tak perlulah ambil MRTA atau MLTT. Just fokus plan perlindungan pendapatan (kad perubatan). Kalau masuk hospital, tak perlu nak korek duit tabungan atau jual rumah. Kalau kta nak beli rumah dan buat loan terms selama 30 hingga 35 tahun, saya sarankan sangat-sangat tolonglah ambil MRTA atau MLTT. MRTA atau MLTT boleh tolong kita bayarkan balance hutang rumah. Selamat rumah dari kena lelong. Kalau tak nangis tak berlagu.... Kalau ditimpa musibah sakit, kematian atau Total permanenet disability dan tue pulak dah tak bolej kerja, mana nak cari duit nak bayar rumah? Dah lah kena sara keluarga lagi, harga barang makin mahal, taraf hidup makin mahal.

So..yang mana satu terbaik? MRTA atau MLTT?

Jika anda sudah ada sijil takaful bernilai 1 juta, anda tak layak ambil MLTT. Sudah cukup memandai ambil MRTA. Kenapa? Pabila tuan rumah (orang yang ambil loan rumah) meninggal, MRTA akan bayar balance bayaran bukan? Jika berlaku extra bayaran akibat kenaikan OPR (BLR), pewaris boleh bayar extra bayaran itu dengan duit pampasan sijil takaful bernilai 1 juta tersebut. Dah tak perlu pening kepala. Jika rumah itu jatuh pada faraid, keluarga tersebut boleh guna pakai nilai pampasan 1 juta tersebut untuk tebus harta pusaka (faraid) terhadap rumah itu. Baru tak ada adegan kena halau keluar rumah.
Jika anda seorang yang banyak hutang, sijil polisi takaful tak ada langsung atau jumlah caruman under insured (kurang dari RM20,000), maka disarankan 100% untuk mencarum MLTT. Berapa nilai coverage MLTT perlu kita letak? Nilai coverage adalah nilai principle loan rumah (exclude interest). Kenapa exclude interest? Kerna nilai principle sudah memandai untuk cover nilai loan rumah dan interest. Perlu diingatkan, sijil takaful nie kebanyakkannya menawarkan nilai tunai. Nilai tunai yang  ada, boleh cover interest (jika ada kenaikan BLR). Dan lebihan nilai tunai selepas tolak dengan bayaran loan rumah dan interest, keluarga yang tercinta boleh infaqkan duit itu, atau bayarkan hutang yang lain (hutang kereta, personal loan, kredit kad), atau buat education fund atau pasif income.

cheers

Selamat bekerja
#cpmbk
0192853910

Friday, April 5, 2019

Penting ke Takaful nie?

1-4-2019 12:08 PM
Penting atau tidak anda tentukan...

1. Kekayaan melangkaui 7 keturunan...
makan tak abih org kata...then maybe golongan begini tak pandang pun insurans/takaful...tp ada juga golongan sebegini laa yang paling byk juga amik insurance/takaful sebab apa...sebab mereka tau kegagalan or musibah bila berlaku ada kos yang perlu dikeluarkan dan digunakan untuk pulih semula tanpa perlu korek harta yang ada...

2. tak kaya sekadar tawakal apa yang ada
katanya tawakal pada kerja tuhan, tapi mereka lupa Tuhan tak suruh hamba2nya tawakal semata2 tanpa usaha. Seumpama tuan/puan pergi memancing, sekadar letak joran tanpa umpan dan tawakal tetiba ada ikan yang akan tersangkut dijoran...sedangkan menjala pun kekadang tiada ikan yang tersangkut. Ya rezeki setiap orang Tuhan yang tentukan tapi bagaimana anda mendapatkan/mencari rezeki itu usahanya. 

Rakyat Malaysia ni pemurah, derma dan bantuan sentiasa akan ada yang sudi memberi, tetapi sampai bila masyarakat hendak bergantung harap pada bantuan dan derma semata2.

Anda sebagai anak/suami/isteri/bapa dan ibu wajib sediakan keperluan keluarga sama ada masih sihat/hidup dan terlantar sakit. Pastikan sekurang2nya anda ada simpanan kecemasan paling tidak 6 bulan gaji atau lebih baik 10 tahun gaji, sekurang2nya anda dan keluarga anda masih bole meneruskan kelangsungan hidup.

Kehidupan anda, anda tentukan, kehidupan yang bagaimana anda mahukan, pilihan anda, tiada yang dapat mengubahnya jika tidak anda...

#cpmbk
0192853910


Tuesday, April 2, 2019

Salah faham pasal MLTT Edisi 1

Ok Bertenang semua.
MLTT/MLTA yang kau orang ambil selalu nya dengan syarikat takaful/insurans ni kau orang perlu pastikan 2 perkara :-
1. MLTT/MLTA tersebut cover KESELURUHAN period Loan/Financing harta tersebut.
Ada setengah orang. Nak murah. Dia ambil term 5,10 tahun. Tapi loan/financing period untuk harta tersebut ialah 30 tahun. Jadi Tuan Puan, jika terjadi macam ini serupa kau tak perlu ambil MLTT/MLTA di luar. Sebab sekiranya apa - apa berlaku sebelum habis period loan/financing dan waktu itu tempoh MLTT/MLTA kau orang dah tamat.
Maka TAMAT lah jua kehidupan keluarga yang ditaburi janji manis ini nak membayar hutang - hutang yang ada tu.
2. Jangan tengok harga. Tapi tengok NILAI
Jangan tengok harga. Kau tengok nilai dulu. Caruman untuk tempoh 10 tahun pasti tak akan sama dengan jumlah caruman 30 tahun.
Jadi di situ nilainya dah lain.
Kau ingat pesan Kakak ni. Tengok dua perkara ini.
Yang ketiga boleh lah nak tambah kriteria. Kau tengok siapa agent yang kau jumpa. Kalau yang manis macam kakak. Boleh lah kau consider. Kalau yang cantik macam kawan kakak, boleh lah kau sambar terus 🤣
Halah. Jangan serious sangat. Kakak nak buat lawak. Tapi lawak macam tak sampai pulak

Kredit: FB Tiqah 


#cpmbk
0192853910