Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Wednesday, January 29, 2014

Dulu berdua kini solo

Aku berminat dengan hasil kartun saudara Shahril . Syabas diucapkan. Suatu gambar menceritakan segalanya.


tuan/puan/abang/adik/kakak dalam kategori yang mana : 4 golongan

Ini adalah perkara biasa bagi agen takaful...
tuan/puan/abang/adik/kakak dalam kategori yang mana?

Share tak rugi..


infor sakit hati: Jangan beli Takaful bukannyer POWER sangat!!!!


JANGAN join Takaful sebab nanti bila korang sakit, korang x dapat masuk spital gomen. Korang dapat masuk spital swasta. Jahat x Takaful nie?

JANGAN join Takaful sebab nanti korang masuk wad swasta dalam bilik sorang-sorang. Makan first class. Masuk spital gomen dapat wad satu bilik 10-20 katil. Secara berjemaah giteew.. Anak bini x yah datang pun x pe, ramai dah org boleh temankan.

JANGAN join Takaful sebab korang kan tengah sihat walafiat. Masa sihat macam nie lah kita enjoy habis-habis. Makan biar sedap, tido biar mewah, pakai biar cantik. Tak cukup duit, apply kredit kad, buat personnal loan. Biar papa asal bergaya. Yang penting kita enjoyyyyyy!!! (Tiru gaya Nora Danish)

JANGAN join Takaful sebab nanti anak-anak korang dah masuk universiti, tak payah kuar duit. Kalu nak guna duit? PTPTN kan ado!

Sekian, aku copy paste dari whats app. Kawan antar. Ntah saperlah yg tulis nie. Terukkan!!!!

Tuesday, January 21, 2014

Infor Takaful : Status Takaful yg korang perlu tahu

Nie aku petik dari status FB kawan aku

Selain mengadap dan menyelak helaian kitab, antara rutin lain yang aku buat adalah dengan cuba menghubungi insan insan terpilih untuk diajak duduk semeja dan memberi pencerahan tentang takaful.

Sepanjang tempoh aku mendalami karier sebagai pendakwah takaful, dah bermacam penerimaan dan penolakan yang aku dapat. Ada yang dah set appointment, tunggu ber jam dan kemudian tak muncul muncul. Ada juga yang jenis dah janji nak jumpa, kemudian bila call/sms tak angkat dan terus masuk ke voice mail dan macam macam lagi.

Dan ada juga yang dah janji nak ambil terus senyap tak jawab bila dihubungi semula. Namun aku rasa yang agak rare bilamana aku call, set appointment, beri pencerahan dan kemudian di akhir sesi;

“Pada saya plan takaful awak ni memang bagus dan relevan. Cumanya saya rasa nak balik dan fikirkan dulu dan bila saya dapat hidayah untuk ambil nanti kita jumpa balik. Amacam?”

Maka jawab aku,
“Ya, ya. Saya harap hidayah tu akan datang dahulu sebelum musibah.”

*************************

Jelasnya di sini, bukanlah aku mendoakan sesorang itu untuk ditimpa musibah atau kebinasaan, tidak. Tapi yang ingin aku nyatakan, kadang kadang sikap segelintir kita ni hanya memikirkan sesuatu yang baik baik sahaja seperti hidayah yang akan datang kelak, kekayaan yang akan tiba esok, kesenangan yang akan sampai di kemudian hari.

Ya, mungkin kita sudah sediakan tudung yang labuh atau jubah yang cantik untuk hidayah itu datang. Atau mungkin juga kita sudah mereka reka impian dan keinginan saat kesenangan dan kekayaan itu tiba kelak.

Hakikatnya mungkin kita tidak sedar atau lupa, di sebalik hidayah, kekayaan dan kesenangan terdapat kemungkinan yang akan tiba pada esok, lusa, kelak atau hari yang mendatang tu adalah kesakitan, musibah, kematian, kehancuran.

Jadi apakah yang sudah disiapkan? Harta berjuta untuk waris kita? Guni guni berisi wang untuk kos perubatan kita?

*************************

Dan aku harap diakhirnya bukan lah dengan situasi sebegini;

“Hello bro, plan medikel kad yang kau pernah suggest kat aku dulu tu, relevan lagi ke kalau aku nak apply? Actually minggu lepas aku pergi buat check up dan dokter diagnos aku ada heart failure, bulan depan nak kena buat bypass tapi depa mintak Rm50k untuk total cost. Plis bro, aku harap boleh jumpa kau dalam masa terdekat”

Maka jawab aku,
“Oh, kalau macam tu ceritanya nampak gaya kita jumpa time aku melawat kau kat hospital je lah bro. Amacam?”

Jadi sekarang kau rasa hidayah ke musibah yang sampai dulu? Kau faham ke tak ni?

credit: https://www.facebook.com/paes.chronix

Infor Takaful: Tajam Menikam

Kata bijak pandai perniagaan,
"Belajar dari pengalaman sendiri itu baik, tapi sejuta kali lebih baik kalau dapat belajar dari pengalaman orang lain"

Kata bijak pandai kehidupan;
"Kenapa perlu belajar dari kejatuhan diri sendiri, sedang kita boleh belajar dari kejatuhan orang lain untuk mempersediakan diri supaya tidak terjatuh"

Nampak?

Mengambil implikasi kata kata di atas, aku simpulkan pula begini;

Kenapa perlu tunggu pengalaman sendiri sakit baru nak mempedulikan Takaful, sedangkan pengalaman sakit yang ditunjuk orang lain sudah cukup mengajar kita pentingnya berTakaful?

credit: https://www.facebook.com/fdaus.ahmad

Thursday, January 16, 2014

Edisi Mencari Insurans Rumah: Kisah banjir di Kuantan dan Kemaman Disember 2013


Gambar akid dari Berita Harian Disember 2013


Sudah sebulan ujian Allah ini berlalu. Kesan dan trauma masih terasa. Teringat masa tengok kat tv, FB, belog politik, belog hiburan, belog yang serius, surat khabar, majalah... memang kesian. Ini aderlah musibah yang besar buat warga Kuantan dan Kemaman. Mainan politikus jangan cakaplah. Moga ujian banjir nie jadi iktibar buat kita semua dan dapatlah kita bermusahabah diri. Kejadian nie membuatkan saya tertarik nak tulis pasal Takaful rumah. Saya sengaja tak tulis pasal nie semasa kejadian, takut dilabel buat marketing. Apa yang nak saya sampaikan ini hanyalah kesedaran Takaful Rumah. 

Apa yang menarik bagi saya mengenai banjir nie, aderlah tuntutan Insurans/Takaful yang berkaitan dengan harta benda, terutama rumah. Cukup beruntunglah sesaper ader Takaful Rumah atau majoriti memanggil sebagai Fire Insurans. Apa yang saya diberitahu, aderlah menjadi satu kewajipan untuk rakyat dinegara ini membeli polisi Takaful Rumah semasa proses pinjaman rumah. Tak der Takaful Rumah, loan tak lepas noks. Bayaran pampasan  akan dibuat berdasarkan kerosakan pada rumah itu sendiri. Kalau insured tinggi, maka dapatlah tuan rumah tue pampasan yang cukup tinggi. 

Ini kita bincang rumah yang berbentuk perumahan, banglo, semi D, apartment atau kondo. Cam ner dengan rumah kampung? Rumah kampung pun boleh apply Takaful Rumah. Apa salahnyer kalu anak tolong bayarkan.. Hmmm setahun tak sampai puluh ribu ringgit. Dalam borang proposal Takaful Rumah, ader dinyatakan Rumah dibuat dengan apa? Samaada konkrit atau papan. Kalau anak2 dah buat Takaful Rumah, kan senang. Tak yah pening kepala nak cekau duit baiki rumah. Itu bukan sehari dua nak siapkan semua tue. Ambik masa babe...

Saya tak berapa setuju biler maner insurans atau takaful nie dikaitkan dengan orang yang berduit sahaja. Rakyat marhaen boleh apply, menambung sehari-hari boleh bayarkan Takaful Rumah ianya hanya setahun sekali. Tak kiralah kerja kampung, atau AJKKKKKK kampung atau surau sekali pun. Jika seorang ayah yg hidupnya miskin, sanggup berkorban dengan memperah keringat terik panas matahari semata2 nak bayar yuran skolah untuk melihat anak mereka menjadi org yg berjaya dalam pendidikan; begitu jugalah dengan simpanan untuk Takaful Rumah.

Malapetaka tak kenal waktu sekarang nie. Saper sangka banjir yg teruk di Kuantan. Biasernyer banjir nie berlaku di Kelantan. Nie semuanya dugaan Allah. Ader sebab musabab kejadian nie berlaku. 

Untuk tuntutan insurans nie, jika penjawat awam bolehlah berurusan terus dengan Perbendaharaan Awam Perumahan. Ini kerna setengah Takaful/Insurans operator tidak melibatkan agent/orang tengah.

Sedikit infor mengenai Takaful rumahku:



Takaful Rumahku membantu anda untuk mendapatkan ganti rugi dari musibah-musibah berikut:

1.  Kebakaran, kilat, petir dan kebakaran bawah tanah.

2.  Letupan tong gas domestik.

3.  Kerosakan  akibat  dari  pesawat  udara  dan  objek-objek  yang  gugur  darinya,  pelanggaran oleh kenderaan jalanraya atau binatang bukan kepunyaan atau kawalan ahli dan keluarga.

4.  Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip kecuali:
•  untuk RM50 yang pertama.
•  jika berlaku semasa rumah anda tidak dihuni.
•  kerosakan tangki, peralatan atau paip itu sendiri.

5. Kerosakan akibat pencerobohan, kecurian yang disertai dengan menggunakan kekerasan untuk masuk dan keluar dari bangunan.

6. Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut (kecuali kerosakan bidai dan sengkuap), gempa bumi, letupan gunung berapi dan banjir.

7. Kerugian  sewa  atau  perbelanjaan  yang  difikirkan  sesuai  untuk  menyewa  tempat  tinggal sementara semasa rumah dibaik pulih.

8.  Tanggungan  awam (public liability)  ke atas harta benda dan kecederaan anggota badan pihak ketiga tidak melebihi RM50,000 akibat kemalangan di dalam kawasan rumah.

insurans bukan sajer pasal medikal kad.. ia lebih dari tue. sentuh bab hutang, bab pendapatan (income replacement), bab pampasan rumah, simpanan anak skolah, buat belanja rawatan alternatif




Buat kawan kawan yang nak tambah protection, boleh check balik dengan Plan insurans 

yang ada sekarang.. berapa yang anda tinggalkan untuk ahli keluarga, untuk mereka 

selesaikan hutang hutang anda.untuk anda teruskan kehidupan jika berlaku hilang upaya 

kekal... hutang anda tanggungjawab anda bukan orang yang anda tinggalkan.. jom kita buat 

INCOME PROTECTION SEBULAN RM100 sahaja anda akan dapat MIN RM100,000 (Mengikut 

umur dan kelas pekerjaan).. dengan INCOME PROTECTION yang anda buat ini mungkin boleh

 anda teruskan kehidupan seperti biasa jika berlaku HILANG UPAYA KEKAL ATAUPUN 

MENINGGAL DUNIA... ERM... TAK MAMPU RM100 OK SAYA BAGI RM50...


mardiyah79@gmail.com

019-2853910

Monday, January 13, 2014

Kangkung

Memula tue pelik jugak, apsal ramai yang post kat FB n forum pasal kangkung. rupa-rupanya ader citer yang tersembunyi.
Kangkung Jadi Trending! SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut. Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan. Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini. "Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya. Semalam Najib dipetik sebagai berkata: "...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun. "Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya. Sumber: Sinar Harian
Hmmm entahlah. Susah nak cakap. Isu politik kalau citer.. sampai kiamat tak abis.  Kalau ader isu, kena ader pandai gayanya nak tackle n settle. Rakyat yang sekarang celik teknologi nie, agak sukar untuk di momok dengan omong n janji manis dibibir. Mereka dah tahu menilai. Budak kecik pun tahu n boleh nampak. Susah nak jadi pemimpin nie. Baik pihak kerajaan atau pembangkang. Pemimpin job description dier lebih pada servicing. Kalau service tak bagus, yang terpalit parti tue jugak. Biler dipikir2 balik nie, apa yang berlaku nie ader kaitan jugak dengan kerja aku sebagai agent.

Cam ner pulak tue.....

Yalah.. kalu sorang agent tue buat taik, satu company kena taik jugak. Susahlah orang nak caya. Nak selesai kes, terminate agent yg buat pasal tue. Habis citer. Habis dengan dier jer. Dengan client kat luar, tak habis citer. Kerana nila, rosak susu sebelanga. Tak pasal2 aku kena.

Ari nie dapat message dari customer receipt payment tak dapat lagi bulan December 2013, aku siap pi branch lagi. Cari surat satu-satu pasal nak cari receipt tue. Nasib baik ader. So.. nanti aku nak pos express kat client. huhuhuhu.. receipt pun penting jugak. Nak ambik hati atau jaga hati client nie penting. Kerna receipt boleh jer dier nak cari agent lain. Dah terbak dalam industri service nie, kenalah service bebaik dengan client.

aku tak jual produk, aku just jual servicing aku jer....

Thursday, January 9, 2014

Takaful 101

Nie aku ambik facebook kawan aku merangkap Takafulman. Aku tak reti nak susun ayat kesedaran. Aku jenis straight forward. So, untuk menjelaskan kata-kata n ayat-ayat kesedaran nie aku copy n paste kata-kata dari Takafulman a.k.a author sembang kencang

Malam ni aku nak mengajar konsep Takaful yang paling asas.
Takaful vs Simpanan Biasa
Harap korang boleh baca. Tulisan oramg lelaki mostly cam nie.
          Rujuk gambarajah ni. Pertamanya, abaikan seni tulisan aku tu, kau orang boleh baca ok lah tu. kahkahkah!
ok, tengok bahagian simpanan. Mesej aku nak sampaikan mudah, kalau jadi apa apa kat kau, habis barailah simpanan kau, silap silap kena pinjam duit kat orang. Benda ni dah selalu jadi dalam masyarakat kita. Dan kalau mati pula, takde lah apa apa tinggalan melainkan didikan dan ilmu untuk anak isteri tercinta.  
Lepas tu, kalau kau dah kena sakit kritikel, habis lingkuplah simpanan sebab duit semua tak ada, kerja pun entah boleh entahkan tidak.
ok, tengok pulak bahagian Takaful Power. Mesej yang aku nak sampaikan kat sini pun jelas, kau simpan rm200/month, jadi apa apa..dah ada medkad power cover ko dari rm625k-rm4juta. Kalau mati pula, selain ilmu dan didikan untuk anak isteri, ada lah juga pampasan wang untuk mereka menyara hidup membeli beras dan gula. 
Lepas tu kalau kau kena sakit kritikel pulak, rm200/month tu Takaful bayarkan pulak untuk kau sampai bila bila. Kos hospital rileks sebab medkad power tetap steady cover kau. Ya Ya Ya.Walaupun kau dah tak kerja sebab sakit macam yang aku cerita tu.
Benda ni senang je nak faham. Tinggal degil dengan tak degil nak terima je la. Kakakaka.
Yang dah faham dan boleh terima, cari aku macam biasa. Yang tak berapa faham, boleh cari aku juga, aku terangkan lagi sampai kau puas hati.
-Takafulman-
Credit to: https://www.facebook.com/fdaus.ahmad

Friday, January 3, 2014

01.01.2014 bersamaan 29 Safar 1435 H

Sebelum detik 12.00 malam selasa, saya beri banyak message, whats app ke clients saya. Ucapan ringkas selamat menyambut Tahun Baru 2014. Keesokan hari 01.01.2014, saya bukak FB saya dan tergaman melihat status message kekawan semua. Message nie ditujukan khas yg menyambutnya.. Tapi kalu sekadar memberi mesej it's OK.
Pernah x uols semua terpikir.. kalu ikut kalendar Islam, 01.01.2014 jatuh pada 29 safar 1435 H. Heheheheh... hmmm.. jahilnya saya ini. Tapi frankly speakinglaaa, tiap tanggal 01.01 nie.. tak beri apa2 bagi saya. Just plan new things jer. Tarikh nie jugak arwah mama meninggalkan kami semua. Dah 10 tahun... berlalu. Sekejap jerr.... kan!!! Al-Fatihah buat mama Rashidah Musa...Sempat ziarah kubur mama petang Rabu tue. Bersihkan kubur n berdoa... sedey pun masih terasa...Kami redha pemergian nya. Teringat pulak pada arwah Yazid yg juga agent Takaful (Al-Fatihah buat beliau). Satu agency pulak tue. Walaupun kami tak rapat, tapi pemergian arwah sama seperti pemergian arwah mama saya. Sudden death (meninggal dalam tido). Mengikut kawan, hasil port mortem, arwah Yazid ader heart attack. Saper tahu semuda 24 tahun pun boleh ader heart attack. Memang wajarlah dengan panggilannya sebagai silent killer. Kemungkinan arwah mama pun sama. Only Allah knows. Teringat dengan Majalah Solusi Tajuk Muka depan:-



Pada hari ini 03.04.2014 bersamaan 1 Rabiulawal 1435H.. bermula bulan kelahiran Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, semoga suatu hari nanti di akhirat n Jannah , dapat kita bersua. Amin..


Ok.. uols.. hari Ahad nie ader meeting untuk Takaful agent. Nak collect energy dari yg berjaya dalam bidang Takaful baik dari mujahid n mujahidah Takaful. Hmm citer2 untuk tahun 2014 nie nak dapat kan bonus, presistency nak bagus tak terhegeh2 macam tahun lepas. Nak beri kesedaran bebanyak kepada orang diluar saner. Tahun 2013 aderlah Tahun kesedaran buat saya. Baru panas engine n aktif dalam Takaful walaupun dah jadi agent since July 2010. Biler saya dah celik Takaful nie, saya raser satu Amanah untuk mencelikkan Takaful orang di luar saner tue. Sesaper nak celik Takaful boleh lah contact saya. Takaful untuk semua bukan sekadar untuk rawatan, ia juga Takaful untuk property, Takaful untuk hutang, Takaful untuk Income replacement, Takaful untuk meneruskan sisa2 idup. Ader Takaful peace of mind.

Jika anda raser belog saya nie sesauatu yg manfaat mohon shares to others. Akak tak kisah nyahhhhh!!!


mardiyah79@gmail.cim
019-2853910 (whats app, sms)