Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Wednesday, December 31, 2014

2014 dalam kenangan

Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2014. Esok sudah tahun baru. Tahun ini saja macam macam peristiwa yang berlaku. Suka dan duka. Moga tahun baru ini memberi satu sinar, murah rezeki dan jauh dari bala bencana. Amin.
Kisah dan cerita tahun 2014 seperti kisah sedih keluarga saya pada tahun 2004. Tahun 2004, kami kehilangan 3 anggota keluarga tersayang. Mama, nenek dan datuk.
Esok genap 11 tahun arwah mama saya pergi bertemu pencipta Nya.

JAWAPAN SAMA ADA INSURANS @ TAKAFUL COVER JIKA DARURAT


Tuntutan insurans bagi kerosakan dan kehilangan harta benda akibat sebarang bencana alam termasuk banjir, masih boleh dilakukan sekiranya pemegang insurans mengambil  perlindungan tambahan untuk mana-mana harta mereka.

Pengurus agensi insurans KA Wealth Management, Khairul Anwar Zainuddin berkata, bagaimanapun tuntutan insurans bagi situasi darurat bencana perlu merujuk klausa pengecualian umum yang ada dalam polisi syarikat insurans.

Menurutnya, insurans atau takaful terbahagi kepada dua iaitu insurans hayat atau takaful keluarga dan insurans am atau takaful am.

“Mungkin yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nyatakan semalam (kelmarin) mengenai tidak boleh tuntut insurans jika isytihar darurat merujuk kepada insurans am.

“Tetapi insurans am ada melindungi untuk bencana banjir dalam polisi pemilik rumah. Untuk insurans kenderaan pula, pemegang insurans perlu ambil perlindungan tambahan untuk dilindungi jika disebabkan banjir. Jika tidak, pampasan tidak dibayar kerana polisi perlindungan biasa tidak termasuk banjir,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terdahulu, Najib menyatakan darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kerugian kepada mangsa.

Menurut Perdana Menteri, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.

Mengulas lanjut, Khairul Anwar memberitahu, mengikut polisi syarikat insurans setakat ini, perlindungan tetap diberikan kepada pelanggannya walaupun darurat jika pemegang mengambil perlindungan tambahan.

“Syarikat insurans akan bayar pampasan mangsa banjir jika mereka mengambil perlindungan tambahan kerana ia ada di dalam kontrak,” katanya.

Tambahnya, rujukan ke mahkamah boleh dilakukan pelanggan sekiranya syarikat terlibat menolak untuk membayar ganti rugi bagi perkara yang termaktub dalam kontrak polisi selagi menepati syarat-syarat yang ditetapkan dalam polisi dan tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang.

“Apa yang pasti, insurans tidak lindungi jika berlaku peperangan, mogok, rusuhan, gangguan awam, penentangan, revolusi dan rampasan kuasa bersenjata seperti tertulis di dalam polisi,” katanya.


SINAR HARIAN 

Monday, December 22, 2014

contoh satu plan Takaful untuk seorang gadis comel berumur 25 tahun.



Dengan Plan B - RM180 satu bulan, dia akan cool dan tak perlu risau jika...
  • Dia accident serta perlu bayar bill wards, perubatan serta hospital. - Semuanya di tanggung.
  • Dia sakit dan tak boleh kerja. Bila tak boleh kerja, tak ada duit nak bayar bil, tengok wayang, shopping dan belanja pakwe makan. - Untuk setiap hari dia tidak dapat ke kerja (MC), dia akan dibayar RM100 perday.
  • Dia terkena penyakit yang perlukan kos berlarutan sepanjang hidup. Contohnya penyakit kidney dan perlu menjalani dialysis 3 hari seminggu for the rest of her life. - Semua bill dialysis etc di tanggung, sehingga dia masuk kubur or berhenti insurans. 
  • Dia mengalami penyakit kritikal seperti Sakit Jantung, Stroke, Kanser etc. Once dia di-diagnose terkena apa-apa penyakit kritikal (Even stage permulaan), dia akan dibayar secara pukal. In this case, dia akan terus dapat RM50,000 untuk kegunaan sendiri. Dan ini tidak termasuk kos rawatan. Lain-lain bill dan kos rawatan dan kos susulan, insurans akan bayar pakai duit lain. No hal. Kecacatan, putus kaki, tangan, buta dan sebagainya juga akan ditanggung.
  • Perlukan duit yang banyak. Setiap linked Takaful / insurans, akan ada Cash Value. In this case, dia akan dapat sekitar RM25k-40k. Kalau pasaran baik, boleh cecah RM50k selepas 30 tahun.
credit: http://theotherkhairul.blogspot.com/2013/02/apa-itu-insurans-takaful-dan-bagaimana.html

Thursday, December 18, 2014

Infografik : Kaedah Pengiraan Zakat

Tahukah anda cara mengira zakat anda? 

Penerangan secara ringkas ini akan membantu anda memahami cara kiraan zakat pendapatan.
Boleh kira zakat pendapatan anda melalui kalkulator ini : http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/zakat-pendapatan/


Video menarik yang saya ambil dari youtube untuk kesenangan korang semua.

Infografik: kaedah tunaikan zakat 

inforgrafik: Cara tolak zakat dari gaji

Credit: Lembaga zakat selangor http://www.e-zakat.com.my/

Tuesday, December 16, 2014

Tak Kena Maka Tak cinta Part 2

Moga brother nie cepat sembuh. Brother nie ambik Takaful dengan kawan saya pada March 2013. Ambik takaful kerna dier pi kerja pakai motor dan takut eksiden. Jam 11.30 pagi semalam kawan saya dapat panggilan dier eksiden dan dibawa ke hospital Gleaneagles. Tempat dia eksiden dekat jalan Ampang, beberapa puluh meter dari hospital Gleneagles. Keadaan dier memang teruklah jugak. Jari koyak patah dan peha rabak. Alhamdulillah, Takaful berbesar hati tolong bayarkan kos rawatan RM10,000.
Bayangkan diri kau yang takde Takaful, tengah naik moto atau jalan kaki atau naik kereta, eksiden depan hospital Gleneagles, teruk patah riuk dan pengsan. Kau cuba fikir orang yang tolong ko tu, nak bawak ko pegi hospital mana? Dia nak hantar ko ke spital Gleneagles sebelah tu ke atau dia gagah kan diri hantar ko pergi hospital Kuala Lumpur di jalan tun razak?
Kalau Gleneagles siap sedia lah rm10k-20k sebab nak operate bagai secepat dan sepantas mungkin nak selamatkan nyawa kau.
Kau tengah pengsan ni, boleh ke kau bgtau kat orang tolong kau tu,
"Bang saya takde Takaful, bawak saya ke HKL je lah. Kalau abang hantar saya spital sebelah ni mahu jual tanah pusaka ni bang"
Boleh macam tu?


Monday, December 15, 2014

Tak kena maka tak cinta

Just sharing dari kawan saya yg juga seoarang ejen..............

Semalam, usai selesai klien saya Zakwan discharge dari Gleneagles dengan sejumlah bil rm10,000 yang dibayar Takaful, saya menerima satu notifikasi dari HQ Takaful.
Notifikasi berkenaan memberitahu seorang lagi klien saya telah admitted di Columbia Asia Puchong.



Saya pantas memberi woii! dicorong telefon bimbit;

"Woiii leftenen! Lu sakit apa ni masuk spital? Semalam elok je update fesbuk"

Leftenen Kamal, pegawai angkatan tentera yang seorang ni, saya telah paksa dia sign Takaful pada April 2014, bertempat di AliMaju roticanai mop Setiawangsa. Hampir saya hunus pisau ke leher bila dia cuba melambat lambatkan perlindungan atas sebab suka suka. Mujurlah saya lupa bawa pisau masa tu, yang ada cuma kunci kereta Alza.

"Hahaha. Saya kena ACL la bang. Main futsal bulan lepas, pom lutut meletop. Dah pegi spital tentera, tapi sana tak boleh buat, General suruh saya operate kat Columbia ni". - begitu susun atur bahasa leftenen kamal.

"Aihhh. Generel main suruh je ni, dia tahu tak operate ACL kat private ni kos berapa?" - saya pula bertanya.

"Bang, saya ni tentera, general dah bagi arahan takkan lah saya nak melawan. Kos kan Takaful bayar, ehh cover ke tak operate lutut main futsal ni bang?".

Kahkahkah. Saya ketawa.

"Bertenang leftenen, ya. Semua Takaful cover. Tadi aku dah cek pre report doktor yang submit ke HQ Takaful, estimation operation kos ko ni semua sekali rm22,000. Semua cover, termasuk fisio lepas operate".

"Pehhhhh. Rm22,000????!" - Leftenen kamal memotong seolah terkejut.

Kahkahkah. Saya ketawa lagi.

"Kau tak payah buat tekejut la leftenen. Ko bertenang je. Baca doa banyak banyak sebelum operate. Kasi baik. Hal bil 22k tu bukan masalah ko nak fikir. Tu dah setel Takaful cover". - balas saya menenangkan keadaan.

****

Klien saya, Leftenen Kamal akan menjalani operation baik pulih kecederaan ACL hari ni. Beliau akan masuk Operation Theathre pada jam 4 petang. Mari kita doakan beliau lekas pulih dan boleh kembali bertugas mempertahankan kedaulatan negara.

Leftenen pertahankan negara,

Takaful pertahankan leftenen.

Inilah sikap pegawai kerajaan yang patut semua orang contohi.

Aku tunggu kau orang semua di pm inbox.

"Tak kena, maka tak cinta"

Credit: -The Takafulman-

Wednesday, December 10, 2014

Yang mana satu? Idaman Kalbu ?

Di kaunter pembayaran hospital swasta :
Untuk bayaran kos rawatan dlm anggaran RM8000, kita boleh pilih sama ada :
A) KAD KREDIT

Swipe jer dan bayar bulan2. Jangan bayar lambat2.  Senang kan? Agak2 berapa nak kena bayar sebulan tu? 
B) KAD DEBIT

Cucuk je kat mesin ATM, keluarkan cash dan bayar. Senang jugak kan? Berapa tahun punya simpanan tu?  
C) KAD PERUBATAN :

Caruman tak sampai setahun, kalau RM 300 kali 12 bulan pun tak sampai 8000.  Eh? Bil sudah dibayar rupanya. Senangkan? Duit poket pun boleh dapat 
Nak selesa dan terlebih mampu, boleh pilih bilik yang bernilai RM500/1000 sehari . Yang penting, boleh berbincang dan pilih pelan yang mampu milik
credit: takaful awarenes through cartoon

Segmen Blogwalking by Fadzlina


Jom support samer blogger. Moga adik Fadzlina berjaya di dunia dan di akhirat. Amin

Monday, December 8, 2014

Penyakit konginetal , takaful @ insurans cover tak?

Salam Monday Blues,

Saya tertarik dengan soalan yang berkaitan dengan Thalasemia, adakah pihak Takaful @ insurans cover atau Tidak?

Jawapannya TIDAK. Ini kerna ia terdiri dari penyakit konginetal. Sudah termaktub dalam mana2 polisi insurans @ Takaful, penyakit konginetal TIDAK COVER. Kenapa? Kerna kosnya cukup mahal dan ia biasanya melibatkan bayi dan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Dan juga orang dewasa. Kos untuk Thalasemia pun boleh mencecah RM8K. Itu baru sekali lawatan. 

Thalassemia is a congenital disorder characterized by the deficient synthesis of one or more of the globin polypeptide chains that result in an imbalance between numbers of alpha and beta globin chains. The end result is ineffective erythropoiesis, hypochromic RBCs, microcytosis and hemolysis which consequently lead to anemia. The severity depends on the number and type of mutations present.
As a group, thalassemias are the most common single genetic disorder known. 
Bagaimana nak tahu sesetengah penyakit itu konginetal? Penyakit konginetal terdiri dari penyakit adalah hadir pada kelahiran (bawaan lahir), penyebabnya mungkin genetik atau non-genetik ( sumber: http://kamuskesehatan.com/arti/kongenital/) . Bagaimana pihak Takaful tahu penyakit itu dari ketegori konginetal? Ini berdasarkan laporan perubatan dari pihak Dr yang merawat. Dr yang akan menentukan penyakit itu konginetal atau tidak. 

Contoh Penyakit konginetal
1. G6PD
2. Thalasemia
3. Lelangit merekah
4. Pembuluh darah otak abnormal atau lebih dikenali sebagai Arteriovenous Malformation (AVM). - contoh kes Penganalisis jenayah Malaysia En Kamal Affendi
5. Cerebral Palsy - contoh kes adik Muhammad Firdaus Dullah yang dijumpai kurus kering terkurung dalam rumah pangsa di Nilai
6. Anal Atresia
7. Atrial Septal Defect
8. Coarctation of the Aorta
9. Congenital Cataract
10. Congenital Deafness
11. Congenital Diaphragmatic Hernia
12. Infanite Hydrocephalus
13. Oesophageal Atresia
14. Spina Bifida
15. Tetralogy of Fallot
16. Tracheo-oesophageal Fistula
17 Transportation of Great Vessels
18. Ventricular Septal Defect


Ini hanyalah sebahagian contoh penyakit konginetal yang saya tahu. Item no 3, 5 hingga 18 ada insurans yang cover tapi berbentuk konvensional (Prudential )

Tidak ada orang dimuka bumi ini ingin sakit. Terutama sekali bila terkena anak yang tersayang.Saya doakan anda dan keluarga diberi kesihatan sentiasa hendaknya. Amin.


FREE WAIVER maksud biler didiagnose salah satu 36 penyakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh, maka takaful akan jadi FREE


Takdir Allah datang menguji..client di diagnose Breast Cancer..stage critical..sebab client ambik benefit "FREE WAIVER" so, client layak untuk dapat caruman PERCUMA kerana penyakit kritikal..Segala manfaat pada policy masih boleh digunakan.

Bila dah sakit, mungkin sampai ke tahap tak mampu bekerja untuk tempoh masa yang lama..bila dah sakit masa tu lah anda sgt memerlukan insurans.. Tapi kalau dah terlalu lama x kerja, income kurang atau mungkin tiada.mungkin policy pun x mampu bayar.. Itulah kepentingan benefit "FREE WAIVER"

if parent ada mengambil rider PARENT FREE WAIVER utk anak pula, sama jugak policy akan WAIVE untuk anak disebabkan parent tersebut sudah terkenal penyakit kritikal...

Policy anda bagaimana?



Tuesday, November 18, 2014

Jumpa saya di MICF 2014, SACC Shah Alam Pada 21-23 NOV 2014

Sesiapa nak tahu pasal Takaful, atau nak dengar cerita hikayat sang Takaful atau nak jumpa tuan empunya badan belog nie, saya menjemput adik, kakak, abang, kawan2 blogger semua ke MICF 2014 di SACC Shah Alam. Shah Alam......Peace yooooo (Gaya Dato Ac Mizal)


Monday, October 27, 2014

Kalu client tanya...........Syarikat Takaful yg terbaeek dari ladang

Kalu client tanya perbandingan antara Pru dengan Takaful lain...

Kita (agent) cakap la..

Kita mewakili 1 dari 9 Takaful operation kat Malaysia nie... Setiap syarikat ader lebih n kurangnya. Kalu En Client tanya saya, mesti saya cakap Pru terbaik. N kalu En Client tanya Syarikat lain, depa akan jawab depa yg terbaik antara yg terbaik. At the end, En Client akan dapat kekeliruan

Maka pihak terbaik yg En Client boleh tanya adalah bahagian insurance di hospital swasta. Telepon la beberapa hospital swasta n tanya la mereka, Syarikat Takaful mana yg antara 3 terbaik dalam pengurusan clain n process masuk/keluar hospital nie x menyusahkan pemegang policy.

Maka x de la jawapan berat sebelah yg En Client terima

credit: kata kata hikmat ~Takafulman~




Friday, October 24, 2014

Akibat accident, terasa rugi x ambik takaful

Last Friday call PA client,nak mohon payment. Biler agkat, dier kata dier MC ari nie. So niat nak pi jumpa pun terbantut. Ingatkan MC demam, rupa2 nya MC accident dgn keta. Terkena masa nak pi kerja. Nasib baik selamat. Alhamdulillah. Tapi tang cedera tue, teruk jugaklah. Hubby dier tulang rusuk terkeluar atau lari sikit manakala PA pulak retak di kaki. So kena simen. Dapatlah MC 2 bulan. Dgn tetiba , kakak nie cakap "alangkah ruginya tak ambik takaful"

Saya hanya mampu terdiam....................

Dahlah company dier x cover... Nasib baiklah company hubby cover. Kalu tak, harus kena korek duit tabung. Alahaiiiii!!!! Sabar jerlah kak....

Memanglah nak jadi.. Sebab tue org dolu dolu cakap malang x berbau. So korang semua d luar sana.. Bertakafullah dengan hati yg tenang. Jangan tangguh2... Kalau dah buat, tahniah.. Kalu jadi cam gini boleh takaful tolong cover n tolong bayarkan. Dapat jugak elaun tambahan. Boleh cover expenses yg lain. Dapat jimat duit minyak.. 🚗⛽️

Muharram Bukan Bulan Nabi Berhijrah

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?
Nasir, Kuantan.
Jawapan Dr MAZA: Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;
1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.
2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.
Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.
Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.
3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:
Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.
4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).
gua_thur.jpg
Gambar Hiasan – Gua Thur
5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.
6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.
7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.
8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.
9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.
Disiarkan pada December 10, 2010 - http://drmaza.com/home/?p=1297

Selamat Menyambut Awal Muharram 1436 Hijrah


Monday, October 20, 2014

Bila Takaful lama tak dibayar

Saya paling tak suka tiap2 bulan buat calls tanyakan pasal payment takaful. Dah macam ceti rasernyer.. hohohohohohohoho. Bukan untuk kayakan diri sendiri tapi dah jadi amanah. Kang kalu Takaful lapsed kang kitaorang juugaakk yg susah. Bukan nyer apa takut jadi kes adik nie hahhh.. Seperti diceritakan oleh agent nie... ceduk dari forum...

BACA: http://akupenjualinsurans.blogspot.com/2014/09/edisi-tuntutan-penyakit-kritikal-major.html

 Innalillah..
Pagi2 dapat cerita yang kurang baik..kita doa kan Adik ni cepat baik..dan kecederaan dia tak terlampau serious Dan tiada sebarang kecacatan.. Dikongsikan oleh kawan saya..
Pagi2 ni client dia msg..bertanya kan polisi insurans anak beliau..sebelum ni dah berkali2 ejen hantar friendly reminder untuk ingatkan pasal payment..pasal polisi lapsed..memang malang tak pernah bagi bau..polisi dah lapsed Dan tiba2 pagi ni anak kene air panas..yang sangat menyedihkan bagi saya ..reason tak nak bayar insurans anak,sebab "nak beli kereta estima"..
Client2 kalau ejen remind untuk payment yang tertunggak..kami hanya jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan..bukan kerana kami nak kaya dengan banyaran insurans anda yang seratus dua tu..tapi kerana ia adalah amanah anda sendiri kepada kami..
Semoga anda semua terhindar drp sebarang musibah..selamat membayar premium insurans untuk pastikan polisi anda sentiasa inforce....

Gambar sekadar hiasan

Wednesday, October 8, 2014

Insurans bukan untuk bergaya

Saya petik pesanan  di Facebook.....

Hari ini ramai dari kita memiliki insuran/takaful. Polisi yang kita ambil sebab kita faham atau kita ditakutkan oleh agen insuran.
Perinsip asas insuran adalah untuk perlindungan dan BUKAN PELABURAN.
Semakin banyak polisi yang anda ambil, semakin banyak ia sedut wang anda.
Tujuan asas insuran adalah untuk melindungi dari kerugian kewangan yang besar.
Anda tidak harus mengambil insuran untuk melindungi perkara yang rendah nilainya seperti Perlindungan cermin kenderaan, Waranti komputer riba anda, Elaun harian hospital, rim tayar kereta, bebola kristal lampu anda, sofa Italy buatan Jinjang dan amah yang lari dari rumah.
Semakin banyak polisi yang anda lindungi semakin tinggi premium yang sedang menanti. 
Kesimpulannya ambil insuran untuk melindungi risiko kewangan yang besar seperti rumah, kenderaan dan pembedahan kesihatan sahaja. 
Semakin banyak kita bayar, semakin kaya syarikat mereka.
Wallahu A'llam
 Azizul Azli Ahmad's status.


Notakakikudibibirmu: Tengok balik pd keperluan dan kemampuan. Mcm org beli kereta, tujuan utk mudah bergerak. Mungkin ulang alik balik keja. Tapi bg yg kemampuan lebih, diorg akan amek merceds atau bmw...benda sama ja dgn kancil 660. 

Begitu juga dgn insurans, amek ikut keperluan. Tp klu ada kemampuan lebih,amek la yg bg manfaat lebih. Pelaburan dlm insurans tetap xleh lwn instrumnt pelaburan lain. Cuma boleh bg twrn & manfaat yg lebih baik dr insurans yg rendah premium.

Friday, October 3, 2014

Edisi Orang salah anggap pasal Takaful: TAKAFUL – Peralatan Kewangan yang Sering Disalah Faham

Kisah Pisau, Parang dan Kapak

NOTA KAKIKU DI BIBIRMU: 

Memang BENAR apa yg penulis nie cakap. Pada permulaan saya jadi ejen, simpananlah saya fokus dahulu kemudian perlindungan. Biler dah lamer dan tengok konsep takaful baru saya faham......Takaful nie focus pada perlindungan dan perubatan sebenarnya. Saving tue just nak back up plan jer in case korang tak dapat nak bayar bulan tuh atau masalah pokai, at least saving nie takkan BURN akan korang punyer polisi. Nielah kita panggil investment link. Pasal insurans dulu-dulu kalu tak claim maka duit kita yg kita bayar selama ini akan jadi BAKAR. omputeh kata BURN. Sebab tue investment link datang. So nasihat saya kalu nak buat education fund pilah labur di ASB ker, Public Mutual ker, SSPN ker....

Beliau keliru apabila saya menerangkan fungsi-fungsi instrumen pengurusan kewangan; simpanan, pelaburan dan perlindungan. Dahinya berkerut menandakan sedang berfikir.
Saya diam sejenak, membiarkan beliau berfikir sendiri.

Pelaburan, Simpanan dan Perlindungan Adalah Berbeza

“Pelaburan, simpanan dan perlindungan berbeza antara satu sama lain. Takaful untuk perlindungan, manakala akaun bank untuk simpanan dan saham unit. Setiap satu mempunyai fungsi dan peranan tersendiri”, kata saya menjelaskan lagi apa yang diterangkan di awal pertemuan tadi.
“Tapi Afyan, tempoh hari saya berjumpa dengan seorang perunding kewangan yang mengatakan produknya adalah kombinasi semua perkara yang disebutkan tadi. Ia mengandungi simpanan, pelaburan dan perlindungan insurans”, kata beliau.
Saya tersenyum, mengenangkan ceritanya yang saya sudah agak pengakhirannya.
“Apa lagi yang diceritakan?” tanya saya.
“Perunding kewangan berkenaan menerangkan produknya merupakan keluaran sebuah institusi kewangan yang hebat dan  mengatakan produknya adalah produk pelaburan dan percuma insurans. Dengan hanya RM500 sebulan, saya boleh malabur dengan keuntungan 10% setahun dan mendapat isnsurans diri, kesihatan dan kemalangan sebanyak RM500,000”, kata beliau dengan teruja.
Saya tersenyum kerana apa yang saya fikirkan sama seperti yang diceritakan, sambil bertanya“Jadi encik pun melanggan produk berkenaan?”.
“Ya sudah tentu! Kerana ia lebih baik daripada Tabung Haji, ASB, insurans dan takaful, sebagaimana yang diceritakan”, kata beliau lagi.
“Encik pernah gunakan pisau, parang dan kapak?”, tanya saya.
“Err… Tidak… Eh, pernah. Eh, apa pula ini?”, beliau menjadi keliru apabila topik pengurusan kewangan bertukar ke topik peralatan memotong pula.

Analogi Pisau, Parang dan Kapak

Dalam pengurusan kewangan peribadi, ada pelbagai “peralatan” seperti simpanan, pelaburan, takaful, wasiat, pusaka dan lain-lain lagi. Setiap satu mempunyai kegunaan dan fungsi masing-masing.
Sebagai contoh, takaful adalah untuk persediaan bagi menghadapi saat-saat kecemasan dan musibah seperti masuk hospital, sakit kritikal, lumpuh dan kematian.
Fungsi simpanan pula terbahagi kepada tiga iaitu:
  • Jangka pendek,
  • Jangka sederhana, dan
  • Jangka panjang.
Fungsi simpanan jangka pendek adalah untuk memperuntukkan sebahagian wang untuk masa-masa kecemasan yang tidak dilindungi takaful seperti paip bocor, kereta rosak, dan duit hilang.
Fungsi simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti perancangan percutian dan pembelian perabot.
Fungsi jangka masa panjang pula adalah seperti pendidikan anak-anak, persaraan, dan pembelian rumah.
Fungsi pelaburan pula adalah untuk menggandakan wang simpanan yang ada. Fungsi perancangan pusaka adalah untuk memastikan ahli-ahli waris mudah mendapat pembahagian harta masing-masing selepas berlaku kematian.
Masing-masing mempunyai fungsi dan matlamat yang tersendiri.
Sebagai seorang perunding kewangan dan takaful, saya selalu gunakan analogi pisau, parang dan kapak apabila membuat perbandingan instrumen-instrumen kewangan takaful, simpanan, pelaburan, dan sebagainya.
“Encik, andaikan encik sekarang ingin memotong sayur, yang mana akan encik gunakan; pisau, parang atau kapak?”, tanya saya.
“Sudah tentulah pisau untuk memotong!”, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan saya.
 “Apa pula yang kita gunakan untuk menebang pokok?”, soal saya lagi.
“Hmm… gergaji… atau kapak”, sedikit teragak-agak jawapannya kali ini. Mungkin tidak pernah menebang pokok. Seperti saya.
“Apa akan jadi sekiranya kita gunakan kapak untuk memotong sayur?”, tanya saya.
Dia mengerutkan dahi. Berfikir barangkali.
“Apa pula akan jadi jika kita gunakan pisau untuk menebang pokok?”, tanya saya tanpa menunggu jawapan daripada soalan terdahulu.
Dia masih mengerutkan dahi. Masih berfikir barangkali.
Saya tidak perlukan membuat persoalan tentang parang yang masih belum digunakan. Sepatutnya saya akan bertanya “Apakah yang akan digunakan untuk menebas lalang?”, dan jawapannya adalah; parang.
Pisau untuk memotong sayur.
Parang untuk menebas lalang.
Kapak untuk menebang pokok.
Setiap peralatan mempunyai fungsi dan peranan masing-masing.
Ya, kita masih boleh “menebang” sayur menggunakan kapak, dan masih boleh “memotong” pokok menggunakan pisau, tetapi hasilnya tentu tidak memuaskan.
Sayur yang “ditebang” menggunakan kapak tentu akan porak-peranda hasil potongannya, dan tentu sukar sekali melakukannya, walaupun hasil potongan itu masih boleh dimakan.
Begitu juga apabila pokok “dipotong” menggunakan pisau pemotong sayur, tentu memakan masa yang lama untuk “memotongnya”.
Rasanya hanya dua keadaan sahaja orang akan menggunakan kapak untuk “menebang” sayur, dan pisau untuk “memotong” pokok.
Pertama: tiada pilihan peralatan lain yang ada.
Kedua: orang gila.

TAKAFUL – Peralatan Kewangan yang Sering Disalah Faham

Begitu juga halnya dengan takaful. Memang benar, kita boleh menggunakan takaful sebagai peralatan untuk simpanan dan pelaburan , tetapi hasilnya sudah tentu berbeza apabila kita menyimpan di dalam bank atau  melabur di Tabung Haji.
Apabila kita menyimpan wang di dalam bank, beberapa bulan selepas itu kita boleh mengeluarkan jumlah yang sama sebagaimana yang kita simpan. Apabila kita menyimpan RM100 sebulan ke dalam bank, kita akan mendapat RM1,200 selepas setahun kita menyimpan. Mungkin dengan sedikit keuntungan.
Ini tidak berlaku apabila kita menyimpan dalam takaful. Wang sumbangan untuk setiap polisi takaful, hanya sebahagian kecil yang masuk ke dalam akaun simpanan. Apabila kita membayar RM100 sebulan untuk polisi takaful, kita tidak akan dapat mengeluarkan RM1,200 selepas setahun menyertai skim ini.
Seperti kapak dan pisau tadi, hasilnya mengecewakan apabila kita mengharapkan simpanan daripada polisi takaful yang kita ambil.
Apabila menyertai skim takaful dengan bayaran RM 100 sebulan, sekiranya berlaku musibah dalam tempoh tersebut, kita bukan sahaja mendapat RM1,200. Malah berpuluh kali ganda dan mungkin mencecah seratus kali ganda daripada wang simpanan kita.
Inilah yang membezakan takaful dengan peralatan-peralatan kewangan yang lain. Sebagaimana pisau dan kapak berbeza. Berbeza dari segi fungsi, kegunaan, dan matlamat.
Betul, takaful juga boleh diguna sebagai simpanan, sebagaimana pisau boleh diguna untuk menebang pokok. Namun, ia akan memakan masa yang lama sehingga sekurang-kurangnya 10 ke 20 tahun. Itupun bergantung kepada produk takaful yang anda sertai.
Hanya produk takaful berserta simpanan yang mempunyai simpanan. Simpanan untuk jangka masa yang lama.
Sebagaimana pisau tadi hanya mampu menebang pokok selepas memakan masa yang lama. Oh, ini andaian saya sahaja kerana saya sendiri belum pernah lagi cuba untuk menebang pokok menggunakan pisau kerana saya masih waras.
Di sini peranan wakil-wakil takaful. Untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang fungsi takaful. Takaful sebagai alat untuk persediaan menghadapi masa-masa getir seperti kematian, lumpuh, sakit, dimasukkan ke hospital, kemalangan dan sebagainya.
Apalah sangat RM100 – RM200 sebulan jika hendak dibandingkan dengan pampasan takaful yang nilainya yang boleh mencecah RM100, 000 ke RM200,000.
Ini kadang-kadang disalah faham di kalangan masyarakat dan disalah guna oleh segelintir wakil takaful atau ejen insurans.
Apabila bertemu dengan prospek, ditekankan soal kelebihan simpanan apabila mempromosikan takaful berbanding menceritakan kelebihan perlindungan yang menjadi fungsi utamanya. Ini akan menimbulkan permasalahan di kemudian hari apabila pelanggan mengambil polisi takaful dengan harapan untuk menyimpan.
Ia akan timbul masalah apabila selepas beberapa bulan, atau beberapa tahun pelanggan ingin mengeluarkan wang simpanan takafulnya. Selepas itu, baru mereka sedar bahawa selama ini mereka menggunakan pisau untuk menebang pokok.
Hasilnya; pokok tidak tumbang, manakala pisau pula semakin tumpul. Oh, saya terlupa hendak membuat analogi parang untuk menebas lalang.

credit: http://www.majalahniaga.com/kisah-pisau-parang-dan-kapak.html ,