Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

CPMBKreaders

Friday, April 27, 2018

Bukan utk di jaja, cuma ingin berkongsi dengan semua kepentingan takaful ini.

Bukan utk di jaja, cuma ingin berkongsi dengan semua kepentingan takaful ini. Ia bukan menjadikan kita kaya raya selepas dapat duit pampasan tersebut. Ia sebagai duit utk kelansungan hidup keluarga yang di tinggalkan, bayar hutang piutang kita serta perkara akhirat yang kita perlu laksanakan - badal haji, fidiyah,sedekah jariah, etc.

"Akak sebagai kakak ko dik, sangat bangga dengan tindakan ko, ambil takaful bulan Sept tahun lepas - arwah bujang, tapi fikir utk ibu ayah kalau jadi apa2 kat dia. Umur 25 tahun pun boleh fikir jauh macam tu.

~Rahimah Abas - Ejen takaful, kakak kepada arwah adiknya ~

Assalamualaikum...
Semua sedia maklum yang fira kehilangan arwah adik akibat kemalangan Nov tahun lepas..Alhamdulillah.. Akhirnya, claim arwah adik da selesai dan da dapat cheque bernilai RM373,633.45 bertarikh 23/2/2018. Bukan senang fira nak terus post out kat FB atau media sosial yang lain, kena ada kekuatan diri. Sedih, gembira, syukur, bangga. Semua perasaan ada. Alhamdulillah, terima kasih juga kat manager, Abg Omar, AD Team En Rahman Mansor, Team BD6, Snr2 dan kawan2 tlg uruskan claim arwah adik.

Bukan senang utk di terima ye, kita lah kakak arwah, kita lah agent arwah. Dalam masa x sampai 2 tahun dalam industri ni, fira da kena buat claim kematian. Besar tanggungjawab tu. Sangat mulia kerja sebagai agent ni, memang nampak tak 'Gah' pekerjaan kita, tapi ia akan nampak sempurna bila kita bagi cek pampasan kepada keluarga arwah. Ia memang sangat diperlukan oleh keluarga yg di tinggalkan.
Bukan utk di jaja, cuma ingin berkongsi dengan semua kepentingan takaful ini. Ia bukan menjadikan kita kaya raya selepas dapat duit pampasan tersebut. Ia sebagai duit utk kelansungan hidup keluarga yang di tinggalkan, bayar hutang piutang kita serta perkara akhirat yang kita perlu laksanakan - badal haji, fidiyah,sedekah jariah, etc.
"Akak sebagai kakak ko dik, sangat bangga dengan tindakan ko, ambil takaful bulan Sept tahun lepas - arwah bujang, tapi fikir utk ibu ayah kalau jadi apa2 kat dia. Umur 25 tahun pun boleh fikir jauh macam tu. Tak nak susahkan orang ko kata. Masa ko hidup pun ko x susahkan ibu ayah, bila ko tak de, ko pula senangkan ibu ayah. πŸ˜­ Minggu lepas ibu ayah balik kampung (Indonesia) utk waqafkan duit takaful ko, buatkan Badal Haji utk ko, arwah atuk,arwah nenek,arwak pakcik. Utk kelansungan hidup ibu ayah teruskn kehidupan juga guna duit tu.. Allahu.. Semoga berkat duit takaful yang ko tinggalkan. "😭
Utk pengetahuan semua, arwah adik baru mencarum 1 bulan pelan hibah warisan. Ajal arwah da tiba, bulan Nov arwah meninggal. Kita memang tak tahu bila tarikh terakhir kita di dunia ni. Tolong ambil takaful utk keluarga kita ye. Bukan utk sesiapa, utk keluarga yang kita sayang juga.
Mana2 yang da ada takaful tu, tlg jaga polisi anda semua.. Jgn x bayar polisi yang kita ambil, apabila polisi da lapse / terbatal sebarang manfaat, waris tidak akan dpt apa2. Jangan berikan harapan palsu utk keluarga kita.
Akhir kata, tlg sedekahkan Al Fatihah utk arwah adik Fira. Semoga takaful yg arwah ambil untuk kelansungan ibu ayah sebagai asbab untuknya ke syurga. Amin. 
Ps - Maaf, panjang coretan harini. πŸ˜Š 

Credit: FeRra Zafiera Sarudin



mbk
0192853910
CRISIS COVER BENEFIT | CONTRIBUTOR (WAIVER)
BREAST CANCER

.........................................................................
Hari ini, saya dapat wasap dari client saya lagi, berita gembira dari client saya kerana claim sakit kritikal (crisis cover) telah approved dan PruBSN TAKAFUL telah bank in duit pampasan tersebut. Syukur alhamdulillah, walaupun amount tersebut masih belum cukup cover lagi, tapi sekurang2nya dapat membantu meringankan beban Mohd Rasdan Jamaludin & Zunaidah Mohd Rosli.
Dan dengan keizinan dari Rasdan, saya nak share sikit tentang kenapa perlunya manfaat sakit kritikal (crisis shield) & contributor (waiver) dalam polisi ins/takaful korang.
Ye ramai yang masih endah tak endah akan kepentingan manfaat sakit kritikal ni, kerana ramai beranggapan bila sudah ada medical card dah cukup, lebih2 lagi yang masih bergantung pada medical card company.
Lebih malang lagi, bila buat2 tak ambil tahu berapa coverage medical company...bila time nak guna, baru nak cek, rupa2nya hanya cover rm30k atau 40k setahun untuk satu famili. Cukup ke? Kalau setakat kes2 minor memang la cukup, kalau kes2 major macam kawan saya? Memang tak cukup...
Kos perubatan sekarang bukannya murah, setiap tahun medical inflation.
Medical card hanyalah untuk treatment di hospital sahaja. Manakala crisis cover membantu dalam bentuk pampasan tunai jika kita banyak mengeluarkan tunai terlebih dahulu untuk segerakan rawatan cancer. Ada rawatan yang perlu ‘Pay & Claim’ terlebih dahulu. So dengan adanya crisis cover ia amat membantu.
Dan lebih membantu lagi jika dalam polisi ins/takaful ada manfaat contributor (waiver), dimana manfaat tersebut automatik premium bulanan seterusnya tak perlu ditanggung lagi oleh client. Syarikat ins/takaful yang menanggung premium bulanan tersebut. Pendek kata, tiap2 bulan waive atau free lah...tapi protection still berjalan seperti biasa. Kos rawatan dan medical card boleh digunakan seperti biasa.
Untuk makluman, inilah first case saya untuk claim sakit kritikal nie, sebelum ni tiada lagi client2 saya yang buat claim major macam nie. Memang tak dinafikan mula2 masa Rasdan explain berapa kos yang perlu dikuarkan, memang agak tinggi dan saya memang benar2 terkejut jugak. Habis diselaknya semua buku polisi yang ada. Tapi Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan baik.
*Moral of the story, pesanan saya kepada rakan2 FB saya yang mempunyai polisi ins/takaful, rajin2 lah review polisi korang dan review medical coverage company korang. Cukup ke idak? Kalau cukup, Alhamdulillah, tapi tak cukup, hanya sekadar RM30k-40K sahaja, jumpa balik agent2 korang untuk upgrade sum covered crisis cover dengan amount yang lebih tinggi, at least sekurang2nya RM100k...
Akhir kata, moga Zunaidah & Rasdan tabah menghadapi ujian dan dugaan ini, setiap perkara yang datang, ada hikmahnya yang kita tidak tahu, hanya Allah SWT Maha Mengetahui.
kredit: Mohd Syaihan Sirotin

Thursday, April 26, 2018

Bila dah lumpuh/TPD atau sakit kritikal, kenapa masih perlu banyak duit jika sudah mempunyai banyak simpanan?

Ada client tanya , bila dah lumpuh/TPD atau sakit kritikal, kenapa masih perlu banyak duit jika sudah mempunyai banyak simpanan?

Jadi saya jawab dengan soalan kepada beliau, bila dah lumpuh, takkan nak habiskan banyak duit untuk saraan siri dan membeli alatan sokongan berteknologi tinggi?

Apa yang dimaksudkan dengan alatan sokongan berteknologi tinggi?

Ini adalah contoh terbaik. Selain punyai 'Smart Toilet', ini antara teknologi yang mungkin anda fikirkan untuk pasang dirumah anda nanti jika anda hilang keupayaan menguruskan diri akibat sakit kritikal dan Lumpuh TPD.

"Wah inovatif juga yer pemikiran awak puan"

Nota: TPD = Total permanent disability

kredit: Aliff fizzal.




Wednesday, April 25, 2018

Beli takaful pabila kita sihat.

Kenapa?

Untuk elak dari pengecualian atau kenaikan caruman bulanan.

Ish.. ini tak adil. Apa yang tak adilnya?

Cuba bayangkan.. Kita sebagai owner syarikat insurans keta. Jika keta dah accident, dan baru nak apply insurans keta. Rasanya kita nak luluskan tak? Mesti tak kan? Kenapa...? Siapa nak tanggung bila keta dah remok, rosak sana sini..

Begitulah juga bila kita nak mohon takaful kesihatan dan perlindungan.



Luahan hati Nora Ariffin (Penyanyi)

Jangan jadi macam saya.......
Merancanglah awal-awal untuk diri kita sendiri & masa depan....
Ambillah perlindungan..buat pilihan terbaik & bermanfaat untuk orang-orang tersayang.
Kerana....
Langit tidak selalu cerah...

Jangan ingat kami senang.
Allah saja yang tahu betapa sukarnya memikul tugas & tanggungjawab sebagai ibu tunggal untuk menyara anak-anak.
Tiada tempat untuk bergantung & berharap....
Semuanya dibahu saya....
Bukan meminta simpati......sekadar berkongsi...
Kepada wanita-wanita diluar sana......
Bersedialah untuk menghadapi saat-saat yang tak diduga..
Sediakan payung sebelum hujan...
Langit tidak selalu cerah...
Plan from now...
Buat perancangan awal...

Kredit: instagram itsnoraariffin

#hibahdemijannah
#takafulforall
#askfortakaful
#hibah
#takaful
#TabungWanita



Tuesday, April 24, 2018

[SEBELUM SIGN UP TAKAFUL, BETULKAN NIAT



Niat? Sebab apa?

Sebab Takaful BUKAN platform untuk meraih keuntungan dari musibah, tapi Takaful adalah PERSEDIAAN JIKA MENGHADAPI MUSIBAH.

Jika kita salah tetapkan niat, tu yang jadi mencarum sekerat jalan lepas tu stop atas alasan ''Aku tak sakit pon, tak dapat apa2, rugi je''..

Bila bisikan-bisikan tu muncul, anda ingat balik apa niat dan tujuan anda ambil Takaful ni.

So nak niat apa? Contohnya:

✅ Medical Card
πŸ“ Niat aku mencarum ni agar jika suatu masa Allah uji aku dengan musibah, aku tak menyusahkan keluarga aku untuk tampung keperluan aku. Cukup-cukuplah aku dah susahkan mereka sebelum ni.
πŸ“ Jika aku tiada nanti pon, mereka akan dapat pampasan sebagai pemberian terakhir aku untuk mereka.

✅ Hibah Takaful
πŸ“ Niat aku mencarum ni agar jika suatu masa aku tiada nanti, aku tidak tinggalkan anak bini aku dengan hutang piutang aku. Aku taknak mereka susah, terpaksa meraih simpati orang lain.
πŸ“ Aku taknak anak-anak aku terpaksa berhenti belajar. Aku nak mereka teruskan kehidupan sepertimana ketika aku ada sekarang.

Bila ada niat yg betul dan tujuan yang jelas, maka caruman tu terasa begitu ringan sekali. InsyaAllah.

Sekian perkongsian untuk renungan.

Credit to: Syahrun

Friday, April 20, 2018

Sekadar nasihat di hari Jumaat

Ala... ada medical card pun nanti ke hospital kerajaan juga bila dh serious.Ya benar Puan. Depends on sakit apa gak dan jenis medical card org tu. Setiap medical card coverage dia berbeza ikut jenis plan yang diambil. Jgn hentam semuanya sama. Ada plan yang ciput, ada plan yang bagus utk cover semuanya.

Kelebihan ada medical card ni at least kita boleh plan terus bila nk buat operation,admit hospital dan dapat rawatan dari doktor pakar terus tanpa menunggu lama spt di hospital kerajaan. Hospital kerajaan cater seluruh rakyat Malaysia dari yang miskin ke kaya sampailah yang berstatus pendatang atau warganegara.Bukan sikit ya.

Pastu kadang-kadang gara-gara wad yang sesak, penyakit yang senang kena infeksi sekunder akan jadi lebih parah..

So terpulanglah kalau rasa tak perlu back up medical needs Puan dgn medical card. Be alert yaaa... not all are FREE in govt hospital now.

#BackupYourMedicalNeeds
#WithMedicalCard
#NoLifetimeLimit
#HighCancerCoverage
#PruBSNTakaful
#SixmaTaqwa
#DreamTeam


Saya kongsi status dari FB. En Suami hadiahkan yang tak ternilai buat isteri. Alhamdulillah. Hadiah yang tak ternilai buat isteri. En. Suami hadiahkan kad perubatan dan hibah takaful untuk Isteri tercinta. Kedua-duanya sudah dilindungi oleh takaful. Insya Allah, ada jaminan untuk mengurangkan risiko masalah kewangan dimasa hadapan. Lelaki yang bertanggung jawab bukan sahaja sediakan makan minum, pakaian, tempat tinggal, dan keselamatan. Rancangan kewangan pun perlu untuk jaminan masa hadapan. Kita nak jadi raja berhari-hari. Bukan raja se Hari.

Salah satu jenis simpanan dan jaminan untuk suami isteri ialah medical card n insurance nyawa. Persediaan d hari depan.
Tq husband sebab sediakan medical card(signup time awal nikah) n now buat hibah juak. Good planning for family.
As ketua keluarga perancangan dalam kwangan ya penting. Walaupun kta c hdp mewah kedak orang lain tpi alhamdulillah planning yg d buat kena bijak.
Satu satukan dlok lps tok bukak tabung rumah pertama n anak gik hihi πŸ˜‰πŸ˜‰
#timelinektacsamadgnorglain #jgncomparehidpktadgnorglain
Mun nak tauk plan hibah tok bole tnyak kat ejen laki kmk tok Sherlock Goh. Boh supan ny oke ajak .
In sha allah ny tlg sampe bole. Paham juak mn byk gilak comitment c terkabey mayar ssh juak.
Jdinya rancang laa kewangan anda dgn bijak πŸ˜‰
#trustedejen #prudential #pruwarisan #prubsntakaful #2ndyearmarriage #perjalananmasihjauhlagi
 mbk|0192853910

“Saya rasa tak perlu lagi insuran sekarang”.

Adik..dunia sekarang majoriti sudah terbuka hati untuk apply takaful even peratus yg apply masih rendah tapi kesedaran untuk tahu sudah ada..silap kalau adik kata tak perlu sedangkan mak ayah kita sudah lama ambil takaful(khairat kematian). Konsep sama saja.

Harta benda dan loan sekarang pun kena caj insuran apatah lagi kita ni yang mudah fragile dengan sakit-sakit..






#takaful
#takafulforall
#askforall
#hibah

Solusi takaful

Ada 3 jenis risiko yang memerlukan kepada Takaful:
1. Kematian
2. Lumpuh
3. Sakit Kritikal

Tiga perkara di atas, sekiranya berlaku dalam kehidupan seseorang boleh menyebabkan malapetaka kewangan atau financial disaster.

Kenapa saya katakan sedemikian rupa?

Kerana, jika berlaku salah satu daripada musibah di atas, seseorang akan:
1. Tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan.
2. Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti.
3. Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian; isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.

Bayangkan, bagaimana dia atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan.

"Jadi, apakah solusinya?”

Solusinya ialah
#hibahtakful
#incomereplacement

JUMPA JE MEDICAL CARD YANG LEBIH BAIK NAK STOP YANG LAMA-

Tahukah anda dalam medical card itu sendiri ada period spt di bawah?

✅CONTESTABLE PERIOD -selama 2 tahun kena tunggu
✅WAITING PERIOD -ikut jenis sakit apa ada waiting periodnya

Dua-dua period ni dah lepas,Insha Allah anda akan dapat GUARANTEE LETTER untuk Takaful anda bayar kos rawatan. Kalau tidak, mgkin anda kena bayar dulu baru boleh claim sebab sakit yang makan masa nak jadi seperti gastrik, asma, buasir, kanser ni mungkin dah lama terjadi dlm badan anda dan takaful takkan cover. 

Tapi penyakit biasa spt demam, cirit birit ,anda tidak akan dikenakan CONTESTABLE PERIOD ini.

So sebelum ambil yang baru buang yang lama, make sure anda tahu pasal tempoh-tempoh coverage di dalam medical card anda ya. 


mbk | 019 285 39 10
#takafulforall
#takaful
#askfortakaful

Thursday, April 19, 2018

Nanti dulu, nak tanya wife dulu nak ambil takaful nie.

Baru dpt call dr sorg perempuan tadi.

“Salam Puan Izzaty ke ni? Saya jumpa business card puan dalam wallet suami saya. Nama H***z. Puan kenal ke?”

Tengah pikir jap. Sbb ramai org saya approach dan present nama tu. πŸ˜… Saya minta gambarnya. 

Oo okay kenal. Pernah jumpa. Pernah cerita berkenaan hibah. Tapi tak jadi nak proceed. Nanti dulu nak tanya wife katanya. Saya pun cakap macamtu pada dia.

“Tapi, suami saya x pernah tanya saya pun puan. Dia baru meninggal minggu lepas. Ni yang saya baru betul-betul check wallet dia. Maksudnya die tak pernah ambil polisi hibah dengan puan?”

Saya minta maaf, cakap tak ada. Dan ucapkan takziah. 

“Tak pela puan kalau macam tu. Maaf ganggu ya. Assalamualaikum.” Bunyi nada hampa sebelum dia letakkan telefon.

Hmmm.

Saya nak ambil peluang sini untuk kongsi

HIBAH IALAH HADIAH KEPADA ORG YG TERSAYANG. Bagi yang blum pernah dengar apa itu hibah. Ada tak para suami sini dalam blog saya yang masih belum tau dan nak tahu dan memang nak buat kan hibah utk isteri, anak dan family? Boleh tanya saya terus ya. Buatlah hibah sementara masih sihat. Jangan tunggu atau tangguh sebab kita tak tahu apa akan jadi ESOK.

Credit beautifully written by Ezzaty Azham.

mbk|0192853910



Wednesday, April 18, 2018

Cuba senaraikan 3 nama yang boleh beri RM50,000


Nasehat 5 Tokoh Menghadapi Pilihanraya :

1. Ali bin Abi Thalib ra
“Kezhaliman akan terus ada, bukan karena banyaknya orang-orang jahat, tapi karena diamnya orang-orang baik.”
2. Syaikh Yusuf Qardhawi (Ketua persatuan Cendekiawan Muslim antarabangsa)
Setidaknya ada 3 (tiga) cara dalam mempertimbangkan pilihan:
• Jika semuanya baik, pilihlah yang paling banyak kebaikannya.
• Jika ada yang baik dan ada yang buruk, pilihlah yang baik.
• Jika semuanya buruk, pilihlah yang paling sedikit keburukannya.
3. Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi, MA. M. Phil. (Ketua MIUMI Pusat, putra Pendiri Pesantren Gontor, jawa timur)
"Jika anda tidak mau ikut mengundi karena kecewa dengan pemerintah & anggota DUN, atau parti Islam. Itu hak anda. Tapi ingat jika anda & jutaan yang lain tidak ikut mengundi maka jutaan orang fasik, sekuler, liberal, atheis akan ikut mengundi untuk berkuasa dan menguasai kita. Niatlah berbuat baik meskipun hasilnya belum tentu sebaik yang engkau inginkan.”
4. Recep Toyyib Erdogan
Jika orang Baik tidak ikut terjun ke politik, maka para penjahatlah yang akan mengisinya.

5. Necmetti Erbakan
Muslim yang tidak peduli Politik akan di pimpin oleh Politician yang tidak peduli kepada islam

Jangan berdiri atas pagar Kejahatan akan timbul tatkala orang baik diam.


Cina, mati dan takaful @ insurans

Kalau kau orang Cina (non-Muslim), nak mati pun kena keluar duit banyak. Contohnya lot tanah kubur semi D seperti dalam gambar dibawah berharga paling rendah RM68K++ sebijik, boleh siap buat installment. Dengar cerita dah sold out pun. Tu belum kira kalau kau nak duduk banglo lot brader.

Kalau tak pun, ada juga option dimana abu mayat kau boleh duduk kat "condo" dengan harga istimewa dari serendah RM13K++. Tu belum masuk harga keranda lagi. Yang style dan bermutu pasti mahal harganya.

Sebab tu rata-rata orang Cina, awareness insurans dia sangat tinggi, dan sum covered pun tinggi, sebab kalau takde wang, nak mati pun tak berani ma.

Kalau orang Melayu bila mati paling banyak pun abang anggarkan dalam RM3-4K la, tu pun dah boleh dapat batu nisan jenis batu granit yang style. Kalau pakai jenis batu biasa atau kayu je sep sikit lagi kot.

Yang orang India (non-muslim) punya kos abang no komen, sebab tiada pengalaman. Kawan India abang setakat ni semua hidup lagi.

Tapi kau jangan pandang mati ni, nak belanja kubur je, anak bini kau punya belanja lepas-lepas tu, kau tak nak fikir ke?

Kalau tiba-tiba kau baca ni dan ada terfikir pasal belanja anak bini tu, cepat-cepat la tambah coverage Hibah Takaful. Mana yang baru ada sum covered ciput tu, up la kasi at least RM500K ke RM1Juta ke, senyum lah juga waris kau nanti. Takkan kau nak diorang bersedih lama-lama bukan? Dah la kau dah mati, tinggal duit sikit pulak tu. Makin sedih la diorang bang.

Syukur lah kos belanja kubur Melayu tak mahal. Lebih la bahagian ke waris kau.

Sorry la abang bergurau petang je. Mana yang tak boleh bergurau dan sensitif bila sentuh pasal bab mati tu, abang doakan kau hidup selama-lamanya. Amiin.

p/s:  Kalau nak tau pasal package hibah takaful boleh roger mbk.

Kredit: Johari Julis


TAKAFUL APA KEJADAHNYA JIKA ORANG SEHAT SAJA YANG DITERIMA MASUK?


Mat : Aku tengok, takaful ni pilih orang yang sihat sahaja masuk. Patutnya kalau nak tolong, orang yang dah sakit la patutnya boleh apply. Jadi aku rasa takaful memang niat nak untung je, bukan nak menolong.

Zaman : Hmmm...(macam mana aku nak kasi mamat ni faham,getus hati ku). Mat, suppose kau sebagai ejen insurans kereta. Then kereta yg dah total lost accident datang nak buat insurans dengan ko, ko terima tak?

Mat : Err..yang tu confirmlah tak boleh. Sapa suruh tak ambik awal awal. Dah accident baru nak cari insurans. Ejen giler je yang akan layan orang macam tu.

Zaman : So apa bezanya dengan orang yang dah sakit? Kenapa tak ambil dulu masa sihat?

Zaman : See..Bukan soal syarikat nak untung or pilih orang sihat je, ini memang basic insurans. Insurans is for future risk, not for existing or pre existing.

Zaman : Kalau semua cover termasuk yang dah kronik, konfirm orang sakit je yang nak masuk. Yang sihat takkan masuk sebab dana tabarru' confirm licin untnk orang sakit jer. So it is not fair pada org sihat.

Mat : hmmmmm.. ok 

mbk|019 285 39 10

Wednesday, April 11, 2018

The power of RM100


Senario 1
Adik:Abang Long pinjam 100 boleh?Adik nak apply takaful tapi gaji pertama dapat akhir bulan ini.


Nanti dapat gaji adik bayar la.

Along:Bagus la amik takaful muda-muda ini.Boleh je.Kasi no account,Along transfer sekarang.


Senario 2
Isteri Adik:Abang Long pinjam RM50K boleh,Abang accident dan perlukan dana kecemasan untuk buat operation segera.

Along:YaAllah!Keciannya.Tapi Along tak de duit sebanyak tu.Maafla Along tak boleh nak tolong.Kalu setakat RM100 tu boleh la lagi.
*Dapat dana kecemasan RM50K dengan mencarum RM100 sebulan
Atau
Dapat RM100 tapi perlukan RM50K
Mana mau??

mbk | 019 2853910

Friday, April 6, 2018

07.04.2018 bubar parlimen








...”Akak HARAMKAN duit yang akak bayar bulan-bulan di syarikat takaful....

Akak dah mencarum 3 tahun di syarikat takaful kenapa bila akak terminate, Pihak syarikat takaful tak boleh bagi balik semua duit yang akak carum ??? Kenapa sanggup awak dan company awak tipu kami sekeluarga !!! 

Hari ni ada seorang agent mengeluh kecewa kerana dituduh PENIPU dan ZALIM hanya kerana duit caruman tiap2 bulan selama 3 tahun tak dapat balik 100%...

Beginilah nasib seorang Wakil Takaful.. adakala dianggap seorang WIRA bila bil hospital puluh ribu dibayar oleh company.. ada ketika dianggap PENYELAMAT bila bawa cek beratus ribu utk diserahkan pada pewaris..

.... ada ketika dianggap PENIPU bila klien sihat tak klaim apa-apa.. pelik tak ??? Adakah seorang agent kena doakan klien sakit tiap2 bulan supaya klien boleh guna Takaful yang di ambil ??? Ketika ni baru customer faham yang company memang terbaik..

Kita faham bab khairat kematian.. tapi ramai yang tak faham bab Takaful.. Bab Tabung Tabarruk.. sedangkan kedua2 situasi sama ja.. yang beza nya Khairat kematian dalam caruman kelompok yang sikit manakala Takaful ni dalam kelompok yang ramai.. Kalau tak ramai company pun boleh bungkus hanya kerana nak bayar bil hospital orang ramai..

Kenapa customer tak dapat 100% duit simpanan apa yang dicarum utk 2-3 tahun ???

Kalau lah customer boleh dapat 100% semua caruman, bagaimana company nak bayar bil hospital bila klien sakit ?? Bagaimana company nak bayar pampasan kematian bila klien meninggal ?? Bagaimana company nak bayar pampasan penyakit bila klien ditimpa musibah ??

Sebab itu perkara pertama yang customer kena faham dalam Plan Takaful ni adalah TABARUK ... apa dia Tabaruk ni ?? Dalam Takaful, Tabarruk adalah sebuah tabung utk kegunaan semua yang mencarum bila ditimpa musibah.. Inilah tabung RISIKO yang menempatkan DERMA terkumpul oleh para peserta.. Fungsi tabung ini adalah sebagai bantuan kepada mana2 peserta yang ditimpa musibah..

Inilah indahnya Konsep Tabarruk (BERSEDEKAH) dalam Takaful.. “wahai orang yang beriman, nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang kami berikan pada kamu, sebelum tibanya hari Kiamat yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat)”.... surah al-baqarah : 254

Sabda Rasulullah SAW.. “apa bila mati anak adam, maka akan terputuslah amalannya melainkan 3 perkara, SEDEKAH yang berterusan, ILMU yang bermanfaat, dan ANAK SOLEH yang terus mendoakannya”... Riwayat Muslim..

.... akak .. bagaimana akak boleh haramkan duit yang akak DERMA kan utk kita semua ??? Akak dah SEDEKAH duit tu dalam Takaful.. Bila sesiapa ditimpa musibah company akan gunakan duit tu utk bantu.. Pada masa yang sama akak dapat PAHALA .. adakah PAHALA tak bernilai utk akak ??? Selagi mana akak mencarum dengan kami, pahala terus mengalir utk akak dan family akak.. dan bila sampai masa akak ditimpa musibah, kami pulak yang akan bantu keluarga akak .. adakah itu kami dikira ZALIM ???

Mana lebih zalim ?? Suatu hari akak sakit masuk hospital, doktor minta RM50k utk bayar bil hospital.. ketika ni akak hanya menangis mengharapkan bantuan org ramai utk menderma.. tunggu berbulan-bulan duit bantuan tak cukup2... akak nak cakap orang yang tak derma tu semua zalim kan ?? Atau akak nak cakap doktor zalim ?? Sebenarnya siapa lebih zalim ?? Akak lebih zalim !!! .. sebab ketika sihat akak tak penting pn utk sedekah pd org lain yang ditimpa musibah.. tapi bila dah sakit akak nak harap org lain bantu akak ???

Bukan mudah sebenarnya nak fahamkan kepentingan Takaful ni pada semua.. Tambahan soal duit.. ada yang mencarum setahun dua kemudian tak nak teruskan sebab tak sakit.. Ada yang dah sakit cuba juga apply Takaful, sanggup bayar mahal pun tak apa sebab tak sanggup lagi nak bayar kos rawatan..

“Kena SAKIT dulu baru tahu TAKAFUL ni penipu ke tak ??”...

....Itulah CABARAN seorang Wakil Takaful...

#UD
#cabaranwakiltakaful

TAKAFUL DALAM PERANCANGAN HARTA DAN PUSAKA.

Asas takaful bukanlah untuk perancangan pusaka tetapi perancangan perlindungan. Begitu juga takaful bukan untuk pelaburan, namun mari kita menulis 2 perkara takaful untuk pusaka.

1. Hanya meletakkan penama / hibah
2. Merancang secara komprehensif

===

[1]
Kaedah ini sangat terkenal di dalam industri takaful apabila ejen mencadangkan pemilik takaful untuk membuat hibah atau penamaan terutama kepada pasangannya bergantung kepada perancangan mereka.

1. Suami hibah isteri
2. Isteri hibah kepada anak-anak
(jarang isteri hibah kepada suami)

[2]
Kaedah ini biasa dilaksanakan dengan mengambil dokumen tambahan lain yang sesetengah tidak disediakan oleh wakalah takaful. Contoh

1. AA - absolute assignment
2. Wasiat wasi
3. Wasiat syarak
4. Hibah bersyarat balasan

Contoh tujuan pula

1. Membayar hutang bank
2. Memperuntukan secara berkala untuk pendidikan anak
3. Melabur setelah mendapat pampasan dan mengambil keuntungan sahaja untuk perbelanjaan
4. Membayar hutang yang telah dibuat 
5. Membayar hutang yang kemudingkinan ada
6. Pengurusan wakaf zuri.
7. Peruntukan yang disebutkan secara jelas amaunnya untuk tujuan proses pentadbiran

#celikpusaka
#hibah
#TabungWanita
#takaful



mbk | 019 2853910


Takaful you takaful apa ?

Takaful you takaful apa ?

** I punya khas untuk kereta

Takaful you takaful apa ?

** I punya khas untuk bayar kos RAWATAN medikal jika warded

Takaful you takaful apa ?

** I punya khas manfaat hanya untuk cacat kekal dan mati kalau I ACCIDENT je

Takaful you takaful apa ?

** I punya khas untuk manfaat pampasan kalau I kena kritikal illness je

Takaful you Takaful apa ?

** I punya khas untuk dapat bayaran kalau I travel dan beg I hilang

Kau tengok berapa banyak jenis Takaful ini boleh sediakan ? Banyak sangat jenis banyak sangat syarikat yang offer. Terlalu ramai beribu ribu ejen yang wujud di negara yang aku nama kan Malaysia.

Persoalannya, kau punya dah ada jenis Takaful yang mana ?

mbk | 0192853910
#takaful
#hibah
#TabungWanita
#planpenggantiangaji


Pabila Takaful nak surrender

Seorang client decide untuk hentikan polisi takaful beliau selepas beberapa tahun diambil atas sebab komitmen yang bertambah. Tapi selepas berbincang dengan ejen, beliau tak jadi nak berhenti.

3 bulan kemudian, client tersebut terlibat kemalangan jalan raya, kos rawatan pembedahan dan kemasukan besi utk cantumkan tulang semula adalah sebanyak RM15,000.

Alhamdulillah mujur ada Takaful bayarkan kos tersebut.

Kalaulah sebelum tu client tersebut teruskan juga utk berhentikan polisi takaful beliau😒 Dengan komitmen yang bertambah, dan tambah lagi kos segera sebanyak RM15,000 yang diperlukan😒 Nauzubillah.

Jangan pernah tinggalkan takaful anda.

#takafulforall
#hibah
#takaful
#TabungWanita

mbk | 019 285 3910




Thursday, April 5, 2018

Insurans versus Takaful

Kalau kita lihat insurans yang jenis tradisional, unsur riba memang terserlah. Contoh, kita mencarum premium RM100 sebulan. Tahun ke 2, kita tak dapat nak bayar kerna masalah kewangan. Polisi kita tak akan lapsed kerana kita ada ambil pinjaman dengan pihak insurans. Pinjaman nie kita panggil "Annual Premium Loans" yang mana kita kena bayar balik kat syarikat insurans Principle + Interest. "Annual Premium Loan" akan dimasukkan dalam akaun insurans secara automatik. Interest inilah terserlah kejelasannya unsur riba. Kiranya hutang atas hutang....

kalau takaful yang jenis tradisional, straight forward. Ko tak bayar Takaful, sijil takaful akan lapsed. Habis cerita.


mbk | 019285 3910

#hibah
#takaful
#TabungWanita

Artis dan Takaful

Nota: Ntah ke berapa kali saya post cerita artis nie. Orang kata, kalau cerita berulang-ulang, orang akan CEPAT ingat walau jemu membacanya.

AWAL ASHAARI habiskan ratusan ribu untuk rawatan selepas kemalangan kerana tidak ada apa apa perlindungan insurans atau takaful.. anda ambillah iktibar dari pengalamannya...

Dengan hanya RM80 sebulan anda yg berusia 30 - 39 akan dilindungi sebanyak RM250,000 utk kemalangan.. Jangan berkira dengan diri sendiri, kelak orang lain akan berkira dengan diri kita.

"Awal mengakui, ketika kemalangan dia tidak mempunyai sebarang insuran perlindungan dan terpaksa menanggung kos perubatan mencecah ratusan ribu ringgit sepanjang tempoh setahun enam bulan menjalani rawatan.

“Bayangkan kalau saya meninggal dunia ketika itu, kasihan kepada isteri dan anak kerana mereka tidak dapat sebarang pampasan.

“Begitu juga dengan kedua ibu bapa saya yang mana mereka putus punca pendapatan. Mereka bukan daripada orang senang yang tidak memerlukan duit anak.

“Disebabkan itu, selepas kejadian saya perlu ubah persepsi. Dalam masa sama, saya bersyukur Allah panjangkan umur dan beri peluang kedua. Sekurang-kurangnya, apa saya lalui dapat jadi iktibar kepada orang lain,” katanya


mbk | 019 285 3910

#hibah
#takaful
#TabungWanita
#incomereplacement

:: Artis Awal Ashaari & Insurans ::

Petikan bawah ialah sebahagian copy daripada kenyataan di berita BH Online, 29 Mac 2018.

Menurut Awal, perkongsian itu juga bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan insuran nyawa dan kesihatan baik untuk diri sendiri atau ahli keluarga lain.

Awal mengakui, ketika kemalangan dia tidak mempunyai sebarang insuran perlindungan dan terpaksa menanggung kos perubatan mencecah ratusan ribu ringgit sepanjang tempoh setahun enam bulan menjalani rawatan.

“��Bayangkan kalau saya meninggal dunia ketika itu, kasihan kepada isteri dan anak kerana mereka tidak dapat sebarang pampasan.

Tulisan asal status:Shafiq Rahim


mbk
0192853910