Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Thursday, February 28, 2013

Mak cik belakang ummah gumbira ambik Pru Ummah

 Salam uols...



Saper lah makcik belakang umah tue yg nak ambik Pru Ummah. Mesti korang herans amenderlah Pru Ummah nie.. Ummah sejagat ker..??? AJKKKKKKK ker? Ok.. Pru Ummah nie sebenarnya pasal nak tolong korang n lindungi korang biler nak pi haji atau umrah. Weeeiii.. duit bebulan Cik Gayah masuk dalam Tabung Haji, boleh jer pi haji n sihat walafiat lagi. Alhamdulillah, Cik Gayah dapat pi saner dan sihat walafiat. Tapi Pru Ummah nie bukan nak gantikan Lembaga Tabung Haji .. hokkeeyyyy.... korang semua digalakkan menyimpan dalam tabung haji. Pru Ummah nie just top up duit untuk pi haji atau umrah. So.. what??? Apa kepoweran nya nie... sampai makcik belakang umah sibuk nak mencarum skali. Pasal bedah rival dier pun join masuk skali so dier nak masuk kerrrr????

Katakanlah dier dapat pi mekah (Alhamdulillah),  jika ditakdirkan dier kemalangan atau meninggal sebelum Haji apa akan jadi? Hmmm... Dier akan ditanam di saner.. Badal haji?  Macam mana? Mungkin akan Ader sedara atau spouse yg tolong bayarkan dari duit simpanan sendiri atau arwah itu sendiri..Hmmmmmm

Baik!!! Makcik belakang umah ambik Pru Ummah.. so.. dier menyimpan.. biler duit tak cukup kat Tabung Haji pasal nak pi mekah, dier ambik duit dari pru Ummah dgn girang nya...untuk top up duit di tabung haji. So pilah dier... ke mekah.. dengan girang dan aman pasal dier dapat juga duit belanjer dari Pru Ummah pasal dier pembayar yg konsisten. So dapatlah loyalty bonus. hukhukhuk....nak di takdirkan dier meninggal sebelum dapat mengerjakan Haji...di Mekah.  So.. apa mak cik akan dapat? Apa kepoweran pru ummah nie...? Maka kuasa Pru Ummah pun terserlah lah....

Double Pampasan kematian.
Makcik belakang umah nie akan dapat double manfaat kematian. Katakanlah Manfaat kematian nya RM50K, disebabkan makcik nie meninggal di mekah dan belum sempat buat Haji, maka pihak Takaful akan bayarkan pampasan double yaitu RM50,000K x 2 = RM100,000. 

Saper nak bayar Badal Haji mak cik Nie?
Makcik nie jugak dapat Badal haji RM3,000 dan akan dibuat oleh org yg telah makcik nie amanahkan atau dilakukan oleh Pihak Tabung Haji Travel & Services bagi pihak mak cik nie.

Kalau mak cik dapat penyakit kritikal pun cover ker?
Ya, pihak Takaful ader cover penyakit kritikal yg mana mak cik nie akan dapat jumlah pampasan penyakit kritikal.

Kalau accident dan mengakibatkan cacat kekal?
Kalau kemalangan dan cacat kekal menyeluruh, maka pihak Takaful akan memberi pampasan double pada mak cik nie (seperti kiraan pampasan kematian).

Takkan tak der income untuk family makcik nie?
Buat income , tak der tapi pihak Takaful akan membayar pampasan kematian + cash values + khariat kematian RM2,000.

Apa itu cash value?
Duit yang anda bayar setiap bulan, akan digunakan untuk pelaburan dan hasilnya di panggil Cash Value

Ok.. katakan mak cik nie 100% pakai duit Tabung Haji pi mekah dan tak pernah usik satu sen pun , apa akan jadi dgn duit dalam Pru Ummah?
Duit dalam Pru Ummah akan tetap ader. Duit tue walau tak pernah claim, ia takkan burn macam tue jer. Mak Cik cukup bertuah pasal duit dalam Pru Ummah boleh dijadikan sebagai investment. Pulangannya cukup memberansangkan. Ader dua akaun simpanan dalam Pru Ummah Investment Uniat Akaun dan Ummah saver. 

Best Tak Pru Ummah??????

Tuesday, February 26, 2013

Mesej untuk Takaful Non Beleivers




“Two things certain in life. Death and Taxes” – Benjamin Franklin

Kurang tepat. Cukai langsung seperti cukai pendapatan tak semua yang kena bayar kerana bergantung pada pendapatan (tidak menghairankan kerajaan agak teruja untuk meningkatkan pendapatan rakyat agar lebih ramai di’taxable).  Apapun, bukan perihal cukai yang ingin dikupas di sini, tapi kematian.

(Sebagai disclamer, aku bukan ejen takaful dan aku tiada apa-apa kepentingan peribadi disini, meskipun aku ada beberapa saudara/rakan yang bergiat aktif dalam scene takaful).

Kematian itu sesuatu yang pasti. Cuma cepat atau lambat, disebabkan faktor kesihatan, kemalangan, sakit tua dan sebagainya. Kita tak boleh nak memilih cara kematian kita tapi apa yang boleh dilakukan sekurang-kurangnya kita tingkatkan potensi untuk hidup sihat seperti tidak merokok dan menjaga pemakanan, disamping mengurangkan kelajuan ketika memandu kereta atau menunggang motosikal. Aku berpendapat orang yang suka bawak laju-laju ini adalah orang yang tak mahu menikmati kehidupan. Entah apa nak dikejar. Cuba bawak relaks-relaks sambil pekena kopi dan mendengar lagu-lagu berkualiti tinggi sama ada blues, folks, punk, rock n roll dan sebagainya. Hendak sampai cepat, rancang perjalanan. Kalau dah terlambat, ah better late than never.

Meskipun kita tidak boleh merancang cara kematian kita, tapi kita boleh merancang apa yang hendak kita tinggalkan sekiranya kita sudah tiada, lebih kritikal lagi jika kita tiada secara tiba-tiba sedangkan masih banyak tanggungjawab seperti Isteri/anak-anak serta hutang piutang. Ya, memang duit tak akan mengantikan tempat kita tapi idea asas disini adalah sekurang-kurangnya sesuatu yang ditinggalkan itu akan membantu, sama ada dari segi kewangan atau menyelesaikan hutang piutang disamping perkara-perkara essential yang lain seperti pendidikan anak-anak dan tabungan di masa hadapan. Bercakap soal essential ini, ini boleh meliputi kos makan, minum, pakaian, tempat tinggal, penjagaan kesihatan disamping meneruskan 1001 perkara rutin yang lain. Dan kesemua ini melibatkan keuntungan pihak pemodal dan sudah pastilah mereka tidak memberikan dengan percuma, malahan kos akan meningkat dari semasa ke semasa.

“ah buat apa nak takaful-takaful ni, aku sihat, kalau aku mati pun adalah rezeki nanti dilorongkan Allah pada bini dan anak-anak aku”

Ya, memang hidup sihat tapi selama mana sihat pun kita tak lah mengetahuinya dalam keadaan kita hidup penuh dengan pleasure. Makanan sedap sana sini  sehingga instagram beribu-ribu gambar makanan yang bakal dipekena dan kemalasan untuk bersenam bermaharajalela (unless mereka yang berlari sekurang-kurangnya 6 kilometer sehari tanpa gagal seperti penulis tersohor Haruki Murakami). Dan, ya, Allah lorongkan rezeki.Tapi kena USAHA. Nabi Yusuf ketika menghadapi 7 tahun kemarau tidaklah pula baginda relaks tapi bahkan dia mengetuai inisiatif mempersiapkan negaranya menghadapi kemarau dengan mengumpul sebanyak mungkin makanan-makanan. 

Dalam Al-Quran pun kata sekurang-kurangnya kita kena tinggalkan setahun nafkah yang mencukupi untuk makan, pakaian dan tempat tinggal isteri:-

“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah Al-Baqarah, Ayat 240)

Jelas lagi bersuluh, meskipun kita sudah tiada, tapi semasa hidup kita kena bertanggungjawab untuk memastikan keluarga yang ditinggalkan kita mendapat satu sistem sokongan asas. Ya, memang boleh mengumpul sendiri tapi ini tidak seefektif takaful yang berasaskan collective effort for greater good. Penyumbang takaful sama-sama tolong menolong antara satu sama lain disamping pentadbir takaful akan melabur sumbangan kita ke pelaburan-pelaburan yang patuh pada syariah. Disebabkan itu, hasilnya lebih besar dari simpanan sendiri secara indie.

Andai kita sudah tiada, kita tinggalkan satu sokongan untuk perkara essential. Bukannya hutang piutang.

“okay tapi manalah aku mampu nak cekau 3 atau 4 ratus sebulan membayar takaful ni”

Cuba kau divide sebulan premium takaful tu. Macam aku, RM500 sebulan. Bermakna RM16.70 sehari. Dari mengunakan RM16.70 sehari tu untuk membeli rokok, McD, teh tarik bergelas-gelas, memecut kenderaan lantas memakan lebih banyak duit minyak, makanan-makanan ringan dan segala macam lagi perkara yang mendekatkan kepada penyakit/kemalangan, lebih baik gunakan RM16.70 sehari ni untuk takaful. Kalau mati sekarang, tuan kapitalis pengusaha rokok bukannya bayar ganti rugi pun. Sebaliknya, takaful akan hadir sebagai satu sokongan kepada keluarga yang ditinggalkan. Korbankan sedikit gaji bulanan for the greater good. Percayalah, tolak sahaja berapa premium yang hendak dibayar dan selebihnya gaji bulanan itu boleh kita gunakan dengan tenang kerana mengetahui, kita baru sahaja melabur untuk sesuatu yang berfaedah.

Selain itu, takaful kini pun macam nasi campur. Kau boleh tambah itu ini dan boleh subscribe satu lagi benda yang power iaitu medikel kad.

“tapi kompeni aku dah bagi medikel benefit”.

Ya ya, kompeni aku sendiri meskipun memberi medikel power sehingga isteri bersalin pun ditanggung sepenuhnya di hospital-hospital swasta berprestasi tinggi, tapi aku tetap subsribe medikel kad. Kita tak tahu sampai bila kita kerja. Kita tak perlu riak dengan medikel benefit yang diberi tapi sebaliknya kena siapkan satu sistem sokongan andai kata kita tidak boleh lagi bekerja atau diberhentikan kerja. Buat kali yang keseribu hendak dibagitau, idea asas disini adalah satu sistem sokongan asas untuk menghadapi berbagai kemungkinan hidup. Bila kita sudah ada sistem sokongan, secara automatiknya kita lebih bersemangat untuk mempersiapkan diri menghadapi berbagai cabaran hidup. Bayaran bulanan yang kita buat itu sesungguhnya akan jadi sesuatu yang sangat bertanggungjawab. Come on, satu pek rokok sehari mampu tapi tidak kepada satu perkara yang bermanfaat iaitu takaful.

Ringkas kata, kematian itu sesuatu yang pasti. Dan tanggungjawab kita adalah sekurang-kurangnya menyiapkan satu sistem sokongan kepada keluarga yang bakal kita tinggalkan. Kalau kita set mentaliti sebegini, insyallah hidup semakin tenang. Jadi kepada takaful non believer, segeralah meneliti semula dan sertailah satu inisiatif collective effort for the greater good of mankind.  Istiqamah kena cara betul bang. Nabi sendiri tegur sahabat suruh ikat tali unta, baru beristiqamah. Semuanya bermula dengan usaha. Untuk menyemai benih usaha ni memang banyak alasannya seperti yang aku kata tadi seperti ‘alasan diri sangat sihat, tidak mampu, tidak minat, mahu berserah segala-galanya (tanpa usaha strategik), kompeni dah kaber, kaya-raya (orang kaya pun subscribe insuran/takaful kerana mereka mendapat pencerahan – why should I pay when I can pay less for greater support system?) dan sebagainya. Kerana perlu berusaha lah banyak alasan yang timbul. Bak kata Tom Hanks dalam cerita A League of Their Own:

“If it wasn't hard, everyone would do it. It's the hard that makes it great”.

Beringat-ingat dahulu, berklem-klem secara super power kemudian, insyallah.

Armyzonovic at 11:30 PM

Credit to: http://nextvacuum.blogspot.com/2013/02/kepada-takaful-non-believer_25.html?m=1

Monday, February 25, 2013

Kisah Lelaki Cina & Blogger

Kisah Lelaki Cina & Blogger


LC: Selama awak bekerja di Takaful, berapa ramai orang melayu yg cakap tiada duit mahu ambil takaful?

B: Boleh tahan juga ramainya. Bila diajak menyertai Takaful, masing2 mengatakan tiada duit. Hendak digunakan membeli kelengkapan perayaan, kelengkapan sekolah, minggu hadapan sahaja lah... dan akhirnya cancel.

LC: Orang Melayu sebenarnya baik, cerdik and they have a lot of money, but many of them, they sooo stupid! I don't want to insult you, but that the truth.

B: Terkejut & rasa nak marah pun ada.

LC: I'm sorry sebab I cakap mcm tu, but when you see lot of Chinese shop yg menjual handphone, casing handphone, benda2 bodoh mcm spongebob, dragonball that they put at their phone is useless.

LC: But the buyer is Malay also they were Muslim. I thought they have a lot of money instead bought that useless thing. But when it come to saving for future, education they keep saying - just borrow. I thought that Islam thought you to settle your debt sebelum mati kan?

B: Terdiam.

LC: Dulu I pernah juga menjadi insurans ejen, but not too long sebab after my father meninggal dunia, I jaga bisnesnya. Tetapi yang bagusnya, apabila meninggal dunia, insurans diberikan pada kami sekeluarga RM500,000 for the coverage. You ingat kita boleh buka bisnes kalau tiada duit? Duit coverage inilah buat modal utk buka bisnes dan juga utk byr hutang... You kira bagus sebab melakukan perkerjaan ini, my Ustaz tell me that doing Takaful also part of dakwah. You do Takaful halal, Insurans haram.

Petikan kisah diatas adalah dari buku Jumaat Bersama Tok Guru, karangan Ann Wan Seng.

Thursday, February 14, 2013

.::Anda seorang MUSLIM? Anda beragama ISLAM?? Say NO! Valentine



Terdapat beberapa kisah disebalik tarikh Valentine..Jom kite baca kisah-kisahnya.. 

Kisah pertama.

Ada kaitan dengan sambutan rakyat rom kuno yang dinamakan lupercalia. Lupercalia adalah penyucian diri dari 13 feb sehingga 18 feb. Pada hari ini, pemuda-pemuda akan menulis nama gadis dan dimasukkan dalam kotak. Nama gadis yang terpilih akan menjadi teman seks diaorang sepanjang tahun tersebut. Pada 15 feb pula, diorang akan sembelih anjing dan kambing, dan dua  pemuda yang paling gagah akan mengambil darah tadi untuk disapukan ke seluruh badan serta dibilas dengan air susu. Setelah itu, perarakan secara besar-besaran dibuat dan dua pemuda tadi akan memukul gendang. Para wanita juga akan berebut kerana dikatakan ia menambah kesuburan mereka.

Kisah kedua.

Ada kaitan dengan kematian paderi St valentine. Terdapat dua versi untuk kisah ini.
1. Pada zaman itu, kerajaan rom amat memusuhi agama kristian. St Valentine merupakan pengganut agama kristian yang kuat dan aktif menyebarkan agama kristian. Dia telah ditangkap dan dibunuh pada 14 feb.  Pengganut agama kristian menganggap ini sebagai pengorbanan. Dikatakan juga, dia telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pengawal penjar, sebelum kematiannya, dia telah menulis sepcuk surat yang terulis from you valentine. Maka orang kristian mengenang hari ini untuknnya.

2. Raja rom menganggap tentera yang masih bujang adalah kuat berbanding tentera yang sudah berkahwin. Justeru, semua tentera telah dilarang untuk berkahwin, namun salah seorang tentera bernama valentine menentang keras dan dia telah melakukan acara pernikahan untuk semua tentera secara sulit. Setelah diketahui, dia telah ditangkap dan dibunuh.

Kisah ketiga.

Dikatakan disambut sempena kejatuhan kerajaan islam di Andalusia sepanyol. Korang tahu, masa itu, islam menguasai hampir 2/3 dunia. Andalusia lah tempat penyebaran sistem ilmu islam. Di sana lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan islam yang terkenal. St Valentine dikatakan orang penting yang menjatuhkan kerajaan islam. Disebabkan itu, St Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat dan setiap kali 14 feb, rakyat menyambut unutk mengenang jatuhnya kerajaan islam.

Kisah keempat.

Ada kaitan dengan sifat burung mengawan pada 14 feb dan ini merupakan tradisi orang inggeris.
So, dari semua kisah tadi, korang nampak tak yang tiada satu sumber pun mengatakan yang Hari valentine ini ada kaitan dengan Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.



Saturday, February 9, 2013

Seorang kakak yg ader kesedaran insurance tahap tinggi

Just nak sharing citer dari kawan saya via what app:-



Just sharing dari akak yg saya jumpa nie,, husband dier meninggal 2 tahun lepas sbb leukimea.. kesedaran insurans sangat tinggi... husband beli insurans.. habis duit insurance almost 200K for treatment in PPUM specialist.. chemo saje cost 5200 sekali.. total kena buat 14 kali... transplant pulak 80K.. company just cover 20K jer...so dia kata bullshit company coverage ni.... walaupun hubby dier serve 25 thn tapi tak bagi pun extra for treatment ... tp because duit claim insurans tu dpt la ringankan beban... skrg akak nie support anak2 pakai duit socso dpt 2000 sebulan.... rumah n keta bayar pakai duit epf husband.

Friday, February 8, 2013

Sian dier.. semua kerana CINTA


dia seorang penyanyi bertaraf antarabangsa.
walaupun saya buakn peminatnya, tapi saya kagum cara dia suka beriteraksi dengan peminat melalui twitter dan channel youtube nya sangat best. beliau rajin menyanyikan lagu orang lain dalam versinya sendiri. saya pasti banyak homeworknya.
Bila beliau mula memakai tudung, saya makin kagum pada dia.
dia ini ada sesuatu dan akan menjadi sesuatu yang sangat hebat.

tapi melihat keadaannya sekarang... aisshhhh....
perlukah dia juga jatuh kerana cinta sebagaimana berjuta wanita lain di luar?


Kesian shila.. moga segala urusan nya dipermudahkan Allah. Amin. Kalau tak ada restu mak ayah memang susah.. dah banyak kes dah dengar... Moga dier lebih tabah

Memiliki polisi takaful belum tentu perlindungan kewangan Tuan/Puan terjamin.

Takaful pendidikan vs takaful diri sendiri


Saya ada kisah tragis tentang perkara ini. Ia 

kes rakan saya bukan kes saya.

Ceritanya begini;-


Seorang bisnesman meninggal dunia dan 

meninggalkan balu dan anak-anak seramai 5 

orang.


Si balu berjumpa rakan saya yang membuat 

urusan harta pusaka dan claim insurans 

kerana dia tahu yang suaminya mengambil 

polisi insurans.


Seleas disemak, rupa-rupanya bisnesman 

berkenaan hanya mengambil polisi 

pendidikan untuk anak-anak sahaja dan 

manfaat yang si balu dapat ialah manfaat 

'sambung bayar' dan tiada 1 sen pun untuk si 

balu.



Tambah memeritkan, si balu adalah suri 

rumah dan rumah yang mereka tinggal yang 


dibina oleh arwah di atas tanah milik arwah 

dijadikan cagaran pinjaman perniagaan 

sewaktu arwah masih hidup.



Akhir sekali, si balu terpaksa berpindah 

rumah dan 5 polisi yang diambil oleh arwah 

suaminya ketika masih hidup, tiada sebarang 

pamasan tunai untuk si balu.



PENGAJARAN: Di dalam kapal terbang, ketika 

kecemasan, ibu bapa dinasihatkan 

menggunakan topeng oksigen untuk 

selamatkan diri sendiri dahulu sebelum anak-

anak.




Begitu juga dalam konteks takaful, ambil 

untuk diri sendiri dahulu sebelum anak-anak.

JUSTERU, semak kembali polisi yang 

Tuan/Puan langgan dan pasangan Tuan/Puan 

langgan. Pastikan ia berfungsi dengan baik 

jika berlaku musibah kewangan dalam hidup 

Tuan/Puan.

Thursday, February 7, 2013

Tak paaaalahhhh aku muda lagi tak perlu TAKAFUL...

Nie nak sharing dari kawan muka buku...renung renunglah



Sekadar renungan untuk kawan-kawan 
semua... berdasar kisah dari salah seorang Agent Insurans dari group saya, yang cukup berpengalaman dalam industri ini ..
"Siang tadi berjumpa dengan client untuk sign up policy... Sebelum ni puas la mintak appoinment, asyik sibuk jer... Pagi tadi tak cakap banyak, tak sempat nak terang apa...sign terus... Bila sembang kemudiannya baru tahu adik dia dalam umur 20an kena heart attact minggu lepas.. Kena 26 ribu at specialist (KMC) Patut la.... Lepas tu bila cakap lagi baru ingat dulunya adik dia tu penah jadi client saya... Bayar 3 bulan ja... Jenuh pujuk dulu, tapi dia kata..." Tak pa, saya muda lagi, bukan nak sakit pun..lagipun sayang duit kalau tak sakit...rugi ja... " cuba tengok apa dah jadi... Sayang duit 26 ribu tu kan...lepas ni pun tak tau lagi berapa nak kena... So, kawan kawan, saya suruh ambik insurans bukan nak naya anda semua, tapi untuk ketidakpastian masa depan...sekurang kurangnya anda bersedia!..

Wednesday, February 6, 2013

Kepoweran orang itu

hari nie keta masuk workshop pasal sakit 

macam kiter masuk spital kalu sakit. yang 

bezanyer keta nie tuan empunyer yg kena 

bayarkan.. (robak duit aku) kalu tak bayar 

aku tak leh jejalan (padan muka aku)... kalu 

kiter masuk spital ader org tolong bayarkan 

siap dapat duit poket lagi. Baik sungguh org 

itu..... Siapa erk?????

Tempat wokshop tue macam mana?? Mesti 

sepah dengan perkakas perkakas keta kan.. 

siap ader bau minyak bagai.. Ikut kan hati 

mesti nak masuk tempat workshop yg cantik 

penuh dengan alatan yg canggih...

super lah kiter nie manusia..  mesti nak 

sesuatu yg selesa kan.. kan... hidup sihat 

walafiat pun nak tempat yg selesa.. nikan 

pulaks kalau sakit.. nak ker aku citer kalau 

korang sakit boleh dapat view yg cantik, 

tempat tido yg luas, siap ader LCD tibie 

sekali.. boleh makan stik hari hari? Nak ker 

aku citer kat korang service nyer tip top dan 

spital ala ala 5 bintang....

kalu aku tunjuk gambar kat korang apa yg 

aku kata adalah benar, nak ker korang 

percaya????

Baik... kalau ader Takaful.. apa kepoweran 

spital yg aku citer kat korang nie...

 Tepi katil ada wardrobe. Wardrobe belah bawah tu ada console mini peti ais. Katil dia punya sedap tak payah cerita la.

Atas ni gambar depan katil. Nampak tivi flat screen tu?, nampak?
Hallway. Senyap sunyi, tenang, damai, power.
Dijamunya orang sakit dengan ikan salmon.
Ewaahhh.. lasagna pun ada!!
Sarapan English style!

Atas ni pula layout dari pintu masuk. Sofa biru tu namanya sofabed. Kalau siapa siapa nak teman tido malam buka sofabed tu, terus boleh tido. Ada juga kerusi tamu dan meja bulat buat letak laptop nak main fesbuk. View KLCC..pehhhh!!












Ok cukupla gambar sikit sikit ni dulu. Cerita banyak banyak pun, kalau lu orang masih tak ada kesedaran nak meningkatkan taraf rawatan keluarga tak guna juga, ye tak?,

Ini gua belum masuk lagi bab kepakaran doktor, alat rawatan canggih, ubatan moden ternow, internet wifi laju tak patut dan penjagaan rapi nurse yang kita boleh panggil pakai button remote kat tepi katil je. Sambil baring tengok tivi, tiba tiba ada rasa sakit sikit kat tempat yang sakit, terus klik button.

"Ye encik, kenapa?, apa yang saya boleh bantu?" - tanya nurse yang terus masuk kurang seminit lepas kita tekan button remote tu pada pukul 2.30 pagi.

Kita pun jawab balik:
 
"Ehh sori la..saya tertekan..kahkahkah"

++++++
anyway.. spital maner nie macam hotellllllll... nielah prince court...
Jadi, siapa siapa yang inginkan kehidupan mewah macam ni semasa datangnya sakit, mohon hubungi gua macam biasa di:
mardiyah79@gmail.com
019-2853910

Tuesday, February 5, 2013

Jangan berkira hal perlindungan kesihatan ni.

Alhamdulillah, anak klien saya sudah sihat dan baru saja pulang ke rumah setelah 3 hari dirawat di Prince Court Medical Centre.

Elaunnya per nite rm350. Jadi 3 malam elaunnya rm1050. Tolak co takaful rm300, masih berbaki rm750 untuk duit saku nanti.

Ini yang aku asyik berceramah, amikla Takaful amikla Takaful, boleh bantu kau orang.
Jangan berkira hal perlindungan kesihatan ni.

Jangan amik Takaful untuk anak.....SAPER SURUH


Nak shared dari kawan forum:-


Alhamdullillah sy tergerak hati nak insuredkan anak sy since baby.. sbb sekarang dia dikategorikan sebagai pesakit astma kronik walUpun baru nak memasuki umur 2 thun.. setakat ni dah 4 kali admit hospital since umur baby 6 bulan.. prubsn senang nsk claim, paling lewat 3 minggu dah dpt check from prudential utk hospital allowance..
cuma charges utk bilik kat hospital kekdg mengalahkan hotel.. so kepada sesiapa yg nak baru nak ambik polisi, pls spend extra money utk rate bilik sbb kat tawakal rate bilik perseorgan utk toddler is rm300, manakala utk dewasa is rm400. Mungkin juga cuma tawakkal je yg mahal sbb x pernah ke hosp lain.. 

Just my 2 cents opinion.. yg penting, sesiapa yg belum ada insurance tu better ambil, esp kpd baby2 baru lahir..

Monday, February 4, 2013

perbualan telepon guru ilmu hitam vs insuran telemarketer.

Hahahahhahah.. aku nak ketawa dulu.. gelak terguling tergolek aku dengar citer guru ilmu hitam kena ushaa insurans telemarketer... Nie dapat dari FB aku sendiri.. kawan post.. best siot.. manerlah tahu aku dok call dapat customer macam nie.. ntah lah auta atau betuiiiii...

Telemarketer: Hello, encik Lizzam. Saya **** dari ****. Encik telah terpilih untuk polisi insurans **** blah blah blah

Lizzam: yeke? Tapi polisi yang sekarang ni pun dah 3 bulan tertunggak ni. Polisi encik boleh tertunggak berapa bulan?

Telemarketer: Tertunggak 3 bulan ye? Tak apa la kalau macam tu. *klik*


Ok lagi skrip macam tue.. kalu skrip macam aku post nie.. mesti insurans telemarketer kat luar saner raser bengong...

DBKL bagi DISKAUN.. yahhhhooooooooooooooo

In conjunction with Federal Territory Day on February 1, the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) will offer discounts for traffic offence compounds issued by DBKL before March 1 2012.
Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said all traffic compounds issued by DBKL would be charged RM30 during the whole month of February.
Each traffic offence is usually compounded by DBKL at RM100.



kad yang power giler..


Sepanjang saya mengandalikan Takaful ni, paling lama klien saya masuk wad adalah selama 7 hari 6 malam. Blood infection. Tapi klien saya ni ada medikel kad kompeni yang sangat power, jadi dia tak guna pun kad Takaful, semua kompeni yang cover. Syukur sekarang dia dah sembuh. Namun begitu, disebabkan kad takaful ada bagi elaun hospital, maka maka klien saya ini dapat juga RM1200 cash dari Takaful (elaun spital rm200/nite).
Sekurang kurangnya ada juga manfaat Takaful dalam membendung kepoweran medikel kad kompeni. 
Nampak?

Sunday, February 3, 2013

Iklan tau fu fah dari PETRONAS...

SALAM,

bab iklan miklan nie .. tiap kali raya tak kira lah raya apa sekali pun.. kalau citer iklan petronas mesti sedey... sikit sikit sedey.. sikit sikit sedey... touching lah kekonon nyer... so.. jomlah kiter layan iklan nie.. sempene GONG XI FAT CHAI... layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz (macam gaya fafau)


Ringkas bertajuk Tau Fu Fah — ianya menceritakan perjalanan hidup seorang penjual tau fu fah yang jatuh cinta dalam suasana penuh romantik dan melalui kesukaran hidup mereka bersama.

Mesej dalam iklan Petronas kali ini sangat jelas dengan ungkapan di’akhir video berbunyi “Look back on a great life. Look forward to an even greater one.” — mengajar kita erti jangan berputus asa.

Ingat lagi akan iklan Deepavali tahun lalu, Petronas kembali lebih baik untuk Tahun Baru Cina kali ini. Video di’atas, enjoice!


Ps:// cantik pulak amoi nie... aku normal hokkeehhhhhhhhhhhhhhhh

Saya doakan tuan boleh bekerja dengan company tuan sampai ke akhir hayat

Aku dah jumpa ramai yang berkata begini;
"Saya ni kompeni dah bagi medical, rasanya tak perlu la Takaful ni"

Aku cuma diam, dan bertanya sendiri dalam hati;
"Patut ke aku declare dekat dia dengan kompeni mana aku kerja kat KLCC? Patut ke aku bgtau macam mana powernya medical kad company aku bagi sampai cirit sekali pun boleh masuk prince court takde banyak soal? Patut ke aku dedahkan segala power medical company aku untuk lawan dengan medical company dia yang confirmlah aku menang?"

Sudahnya aku memilih jalan ini;
"Saya doakan tuan boleh bekerja dengan company tuan sampai ke akhir hayat"


credit to: mr takafulman