Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Monday, July 30, 2012

Kos rawatan akan naik? Salah saper nie?




Sumber : Berita Minggu 


Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan penyakit jantung adalah penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital pada 2008. Malah, anggaran penyakit jantung koronori di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi sejumlah 28 juta penduduk atau ringkasnya - 4.52 kes baru setiap jam! 
Bagi penyakit barah pula, maklumat kanser Malaysia 2006 yang dikumpul kementerian pula menunjukkan seorang bagi setiap tujuh rakyat Malaysia berisiko menghidap penyakit itu. 

Meskipun statistik agak mengerikan, kadar pemulihan menggalakkan jika diagnosis dan rawatan diberikan pada peringkat awal penyakit kritikal. Malah, berbekalkan kemajuan perubatan, kadar pemulihan hari ini lebih baik dari dulu. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang pulih boleh meneruskan kehidupan produktif. Akan tetapi, pesakit perlu membuat peruntukan untuk kos pemulihan, rawatan khas dan perubahan diet dan ini memerlukan sokongan kewangan yang kukuh. 

Apakah dana kita mencukupi untuk mendapatkan rawatan? Menurut kajian Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pada 2008, ahli berusia 54 tahun memiliki purata simpanan sebanyak RM132,539 sahaja. Tinjauan sebuah bank pula melaporkan rakyat Malaysia hanya memiliki simpanan yang boleh bertahan 11 minggu. Sekiranya mereka kehilangan mata pencarian, satu bagi setiap lima orang menyatakan simpanan mereka boleh menanggung perbelanjaan biasa selama empat minggu sahaja. Simpanan ini hanya meliputi perbelanjaan harian dan tidak termasuk perbelanjaan perubatan untuk sesuatu penyakit kritikal. 

Kos perubatan kanser boleh menokok sehingga RM300,000 sementara rawatan buah pinggang memerlukan RM150,000 ke atas. Pemindahan organ utama pula memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000. 

Kalau dulu penyakit kritikal dianggap tiada harapan untuk pulih, kini dengan kemajuan perubatan, penyakit kritikal boleh dirawat. Persoalannya sekarang, adakah kita mempunyai dana yang mencukupi untuk rawatan ini? 

"Rawatan penyakit kritikal sering memakan tempoh yang lama dan membabitkan kos pemulihan yang tinggi selain kemungkinan kehilangan mata pencarian. Ini amat membebankan kewangan pesakit dan mereka yang tersayang. Atas alasan itulah persediaan kewangan amat penting.


Kos rawatan swasta dijangka naik

Kuala Lumpur: Cadangan bayaran kos perundingan dan rawatan bagi doktor serta pakar perubatan swasta yang tidak disemak lebih 10 tahun lalu akan dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat.

Ia susulan pindaan kepada Jadual Ke-13 mengenai Bayaran Profesional, Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) Peraturan 2006 yang menetapkan kadar bayaran profesional kira-kira 12,000 pengamal perubatan, doktor serta pakar swasta di negara ini. Difahamkan, kos perundingan dan rawatan itu dijangka naik 14 peratus, iaitu separuh dari permintaan industri yang memohon caj profesional pihak terbabit, dinaikkan antara 20 hingga 30 peratus berdasarkan kenaikan tahunan indeks harga pengguna (CPI) dua hingga tiga peratus sejak 10 tahun lalu. 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ketika ini semakan jadual bayaran doktor dan pakar telah siap kecuali jadual bayaran bagi doktor gigi.

Bayaran profesional pengamal perubatan, doktor dan pakar swasta memang disemak setiap lima tahun sekali. Kabinet akan membuat keputusan mengenainya, katanya selepas merasmikan Pusat Neurosains dan Ortopedik ANOC di Menara BRDB, di sini semalam. 

Hadir sama Pengerusi Pusat Neurosains dan Ortopedik ANOC Sdn Bhd, Dr Chee Chee Pin.

Malaysia antara negara di rantau ini yang mengawal dan menetapkan kadar bayaran profesional bagi pengamal perubatan, doktor dan pakar perubatan swasta bagi memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatannya tidak membebankan rakyat.



Sumber: Berita Harian 2012

Monday, July 23, 2012

Kong si kong si kong si :Perlindungan Di Saat Memerlukan

Mari kekawan semua saya ader citer nak kong si nieee... citer nyer sedeylah jugak.. sebagai pengajaran buat kiter semua.. Kisah nie dikongsi oleh Puan Ernie Haslina Nawawi. Dier ni Prudential client. Ambik nie pun dari website Project Listen Prudential. So......nak tahu? baca sendirilah!!!

Saya ingin berkongsi cerita mengenai perlindungan takaful untuk anak-anak.
Saya berkahwin pada 2004 dan terus mendapat seorang puteri pada tahun berikutnya. Pada masa tersebut kami berdua bekerja dan berpendapatan yang agak selesa. Pada tahun 2006 kami dianugerah pula dengan seorang putera, Alhamdulillah, dah sepasang. Tapi pada masa itu saya menghadapi masalah dengan kerjaya dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Nasib baik gaji suami dapat menampung kami semua.
Saya bertanyakan suami pasal simpanan untuk anak-anak. Katanya, dia dah belikan PruBSN Takaful untuk mereka. Pelan takaful tersebut sudah meliputi perlindungan, kad perubatan dan simpanan. Bila saya tengok pelan tu, mula-mula saya rasa macam rugi sebab kami masing-masing telah ambil pelan keluarga berserta kad perubatan daripada syarikat masing-masing, ini bermakna kami masing-masing telah mempunyai 3 pelan perubatan. 
Pada bulan ogos 2007, ketika puteri kami berusia 2 tahun 5 bulan dan putera kami berusia 9 bulan, cuma 5 bulan selepas kami semua membeli polisi PruBSN Takaful, suami telah didiagnos kanser otak tahap 3 & 4 tanpa sebarang tanda-tanda. Doktor cuma memberi tempoh selama 1 tahun sahaja. Waktu tu Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan kami. Habis air mata menangis mengenangkan nasib kami, anak-anak pun masih kecil lagi. Seminggu selepas didiagnos, suami lakukan pembedahan otak kerana ketumbuhan tu telah pecah dan berdarah. Suami pun amat lemah.
Alhamdulillah, pembedahan berjaya dan kami bernasib baik kerana doktor yang melakukannya ialah antara yang terbaik. Paling saya bersyukur, doktor ini sanggup luangkan masa menasihati saya agar dapat menerima hakikat. Disebabkan pembedahan dilakukan di hospital swasta, seminggu kemudian suami dibenarkan pulang dengan bil berjumlah RM30 ribu. 3 minggu kemudian kami terpaksa berjumpa pakar onkologi (pakar kanser). Pada mulanya kami ingin ke hospital kerajaan yang berdekatan dengan rumah, tetapi doktor tidak menggalakkannya kerana penyakit suami sudah kritikal dan perlu mendapatkan rawatan segera. Jadi kami terpaksa pergi ke hospital swasta.
Bila berjumpa doktor di situ, soalan pertama yang diajukannya ialah "macam mana kewangan anda?" Terdiam kami. Namun, apabila kami nyatakan pasal insurans syarikat dan peribadi yang kami miliki, doktor tersebut terus merancang tindakan yang harus kami ambil. Suami terpaksa menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi. Disebabkan bahagian kanser otak suami adalah kawasan kritikal, dia tidak dapat bekerja, dan pada hujung tahun 2008, syarikat telah melepaskan dia. Saya pun terpaksa berhenti kerja untuk memberi tumpuan pada suami yang memerlukan penjagaan 24 jam sehari.
Berakhirnya kerjaya kami bermakna berakhirnya insurans syarikat. Mujurlah kami masih memiliki PruBSN Takaful. Disebabkan semua polisi bawah nama suami, premium tidak perlu dibayar lagi. Suami saya meninggal pada bulan Mei tahun 2009. Sepanjang 2 tahun dia sakit, kami belanjakan hampir RM300 ribu untuk kos rawatan. Alhamdulillah, Prudential banyak menolong kami.
shared by: Ernie Haslina Nawawi.
Credit to: http://projectlisten.com.my/ernie_story.php

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Al Mubarak

Bersempena Ramadham Al mubarak nie saya menyeru diri sendiri dan semua insurans lovers di luar saner sama2lah kiter meimarahkan bulan yg penuh berkat nie....:).. Peace Yo!! No war


Tuesday, July 17, 2012

TAK DAPAT CLAIM TAKAFUL

CLAIM REJECTED? GGGrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr


Kita sering mendebgar berita berkaitan dengan pihak insuran/takaful tidak membayar claim hospital dan pembedahan yang telah dilakukan oleh client mereka. Kenapa pihak insuran tidak membayar claim-claim mereka ini? Adakah pihak insuran/takaful telah menipu mereka? Atau mereka tidak memahami polisi yang telah mereka beli?

Baiklah... disini saya ingin kongsi 5 sebab utama mengapa claim hospital dan pembedahan mereka tidak dibayar/ditanggung oleh pihak insurans/takaful:

1. Claim tersebut tidak dilindungi

Ini terjadi kerana client tidak peka atau tidak memahami tentang klausa-klausa yang terdapat didalam polisi insuran/takaful. Sebagai contoh kelainan atau kecacatan fizikal yang terdapat sejak lahir tidak dilindungi oleh takaful/insuran. Client perlu membayar bil pembedahan tersebut sendiri. Pihak insuran/takaful juga tidak menanggung sebarang diagnostic test yang dilakukan oleh client.

2.Penggunaan manfaat hospital & pembedahan telah melebihi had yang ditetapkan

Sebagai contoh, had tahunan bagi setiap polisi hospital & pembedahan adalah RM 50,000 dan had seumur hidup adalah RM500,000. Sekiranya bil hospital client RM70,000, client terpaksa membayar RM20,000 menggunakan duit sendiri, manakala syarikat insurans/ takaful hanya membayar RM50,000 sahaja. Client juga perlu peka dengan co-insuran/co-takaful yang terpaksa ditanggung oleh client, dimana ada syarikat memerlukan client membayar 10% dari jumlah bil yang sebenar.

3. Gagal mengistiharkan penyakit yang sedia ada

Kegagalan client mengistiharkan tentang penyakit yang sedia ada akan menyebabkan claim mereka ditolak oleh syarikat insuran. Sebagai contoh, client pernah menjalani pembedahan akibat penyakit resdung, tetapi semasa membeli polisi insuran beliau tidak mengistiharkan penyakit tersebut, akibatnya jika dia melakukan pembedahan akibat penyakit yang sama, pihak insuran/takaful tidak akan membayar bil tersebut.

4. Perlindungan belum bermula.


Saya ader ceriterkan grace period / tempoh menunggu, setiap tempoh waktu ader terms and conditions nyer. Paling maksimum grace period adalah 120 hari. Sebagai contoh, sebelum berakhir 30 hari, jika client dimasukkan ke hospital akibat demam atau peyakit kritikal, pihak insurans tidak akan membayar pampasan. Ini kerana selepas 30 hari hingga 90 hari, barulah pihak insurans boleh membayar pampasan.  Jika client mengalami penyakit spesifik, pihak insurans tidak akan cover atau membayar pampasan. Untuk mendapatkan pampasan, penyakit spesifik itu haruslah berlaku selepas 120 hari grace period. Gambar rajah di ats adalah brief summary mengenai tempoh menunggu. Adalah penting untuk client mengetahui akan perkara ini untuk elak dari terasa TERTIPU!!!!

5. Gagal membayar premium pada masa yang ditetapkan.

Kegagalan client membayar insuran/takaful pada masa yang ditetapkan mengakibatkan polisi mereka luput (lapse). Namun begitu sekiranya polisi mereka adalah polisi yang berkaitan dengan pelaburan, dan mempunyai nilai (value) mereka masih lagi dilindungi walaupun client gagal membayar pada masanya dan ini tertakluk kepada polisi masing-masing.

Diharap dengan tips tersebut, client dapat memahami mengapa ada ketikanya claim mereka tidak dibayar oleh pihak insuran/takaful. Sebagai pemegang polisi mereka sepatutnya membaca dan memahami polisi yang mereka beli. Dan agen insuran/ takaful bertanggungjawab menerangkan kepada client tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi.


email: mardiyah79@gmail.com 

Tuesday, July 10, 2012

Jari budak tersepit eskalator


Johor Bharu: Budak lelaki empat tahun menempuh detik mencemaskan selama 15 minit, apabila jari telunjuk tangan kanannya tersepit pada eskalator pasar raya Plaza Angsana di sini, malam kelmarin. 


Kejadian berlaku jam 9.10 malam, apabila mangsa, Mohd Nasrullah Mohd Adham, dikatakan terpisah daripada ibunya yang sedang membeli belah dan berdiri berhampiran eskalator di tingkat satu.


Kakitangan pasar raya berusaha mengeluarkan jari telunjuk kanan Nasrullah ,yang tersepit pada eskalator di Plaza Angsana, malam kelmarin.

Hanya selepas mendengar jeritan kanak-kanak itu, ibunya, Lailatul Kartini Hashim, 32, sedar Mohd Nasrullah tidak bersamanya. 

Bagaimanapun, tindakan segera kakitangan pasar raya itu mematikan eskalator berkenaan berjaya mengelak kecederaan lebih teruk. 

Lailatul Kartini berkata sebelum kejadian, dia bersama dua anaknya termasuk Nasrullah dan adik perempuannya yang berusia dua tahun, sedang meninjau bahagian pakaian kanak-kanak. 

"Saya terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi jeritan anak sulung saya yang hilang dari pandangan, sebelum mendapati dia terbaring dalam keadaan jarinya tersepit pada eskalator. 

"Berderau darah saya sejurus melihat keadaan jarinya tersepit kerana takut seluruh tangannya memasuki eskalator," katanya ketika ditemui menemani Nasrullah di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam. 
Lailatul Kartini berkata, kakitangan pasar raya yang membantu, mengambil masa 15 minit sebelum dapat mengeluarkan hujung jari telunjuk anaknya yang tersepit sebelum dihantar ke hospital. 

"Pagi ini doktor melakukan pembedahan pada bahagian hujung jarinya. Saya berharap jarinya termasuk bahagian kukunya yang cedera pulih seperti biasa. 

"Selama ini, jika menaiki eskalator, saya sentiasa menemani anak-anak kerana tahu bahaya tangga itu tetapi kejadian malam tadi, berlaku sekelip mata. 

"Syukur kerana hanya jari telunjuk kanannya mengalami kecederaan dan berharap anak saya segera sembuh," katanya.

Credit to: Berita Harian

email:mardiyah79@gmail.com

Wednesday, July 4, 2012

bebelan akok (Akok is not a kuih, but a person) \^-^/





 

Insurans nyawa nie macam insurans keta/motor. kalau berlaku kemalangan boleh claim ngan insurans. kalau kiter nie yg bernafas nie, kalau tak dilindungi ngan insurans, nak claim ngan apa? Kalau nak duit yg ribu raban tue, settle masalah. Kalau yg setakat ader duit ciput jer.. nak minta tolong ngan saper. Takkan nak kena masuk paper kot.. Kiter bukanyer public figure.. so.. beringatlah kekawan semua... walaupun kiter kata kiter tak cukup duit... Itu sebenar nyer expenses kiter dah terlebih. Kan elok kalau kiter plan bebetul expenses kiter tue. Bolehlah sesangat nak beli insurans hayat. insured lah setakat yg kiter mampu. Apa yang penting dalam Insurans hayat nie adalah MEDIKAL KAD. Kos rawatan dah tinggi... kos perubatan pun dah tinggi... maka, beringat-ingatlah...

mardiyah79@gmail.com
019-2853910