Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Sunday, October 31, 2010

Ministry of Health - Tak Nak Merokok Campaign (Anti-Smoking Campaign)


Salam uols,

Kabare? Waras.. Harap-harap sihat sejahtera hendaknya..... Tertengok satu iklan merokok nie kat TV malam tadi.. Dah lamer kita berkenan bebenor ngan iklan nie.. menusuk jiwa dan kalbu.. Tapi tak taulah pada si smoker kan.. ader rasa tajam manikam atau indak... Cuba kita ushar sikit iklan nie.. ngeri u knows.. sedih pun ader...Yerlah... betul insurans ader cover penyakit kanser, paru-paru dan seangkatan dengannya... tapi saper nak sakit? Cuba jawab tue.. Tak der saper kan... Prevention is better than cure.. Tapikan... orang yang smoker tue kena pikir orang disekeliling nyer.. Tak pasal-pasal dapat tittle second smoker.. Gelaran yang tak hingin kita nak dapat... Banyak dah kes kita dengar, pasal husband dier isap rokok, bini yang dapat kanser paru-paru.. Tak ker naya tue... Kalau nak isap tue, beringat ler sikit..



Ok.. kekawan.. tunjukkan gambar abang mat atau cik kiah nie pada orang yang suka sesangat merokok tue.. Ini akan terjadi pada organ dalaman kita dalam jangka masa yang panjang.. Walau pun it takes time, kita memang tak nak benda nie terjadi pada kita.... Maka.. beringat ingatlah sebelum ia terjadi pada kita..





Siapa lah aku nie? Aku hanyalah penjual insurans.. Sob sob
mardiyah79@gmail.com : 019-2853910

Bila pesakit tidak dilindungi insurans

Kos rawatan dapat dikurangkan jika pesakit membeli polisi insurans

POLISI insurans kesihatan bukan untuk dibeli oleh individu yang sedang menghidap penyakit kritikal seperti sakit jantung dan strok.


Sebaliknya hanya orang yang sihat boleh mengambilnya dengan andaian mereka mungkin mendapat penyakit itu pada masa akan datang.


“Kos rawatan untuk penyakit kritikal adalah tinggi. Jika tiba-tiba seseorang itu disahkan menghidapnya, polisi insurans kesihatan yang ada boleh membantu mengurangkan beban kewangan pesakit,” kata ejen insurans American International Assurance Berhad (AIA), Anis Nuriman.
Bagaimanapun, perlindungan perubatan tidak diberikan kepada mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal sebelum satu-satu polisi insurans kesihatan itu dibeli.

Hakikat ini diakui kebanyakan syarikat insurans.

“Pelanggan tidak dihalang sepenuhnya daripada membeli polisi insurans perubatan. Namun, polisi yang ditawarkan untuk pesakit kronik itu melibatkan bayaran premium yang tinggi.

“Ia sudah tentu membebankan pelanggan sedangkan polisi itu tetap tidak meliputi perlindungan terhadap penyakit kritikal yang sedia dihidapi.

“Jadi pada kebanyakan masa, pesakit kanser atau kencing manis tidak membeli polisi itu,” dedah Anis.

Ejen insurans Prudential BSN Takaful Berhad, Rosli Ahmad, pula menambah penghidap penyakit kritikal hanya dapat ditawarkan polisi insurans hayat atau kemalangan.

“Jika mereka mahu membeli insurans perubatan juga, polisi yang ditawarkan akan mengecualikan penyakit kritikal sedia ada atau penyakit kritikal lain yang terjadi disebabkan penyakit kritikal tadi.

Mereka yang mempunyai ukur lilit 60 sentimeter ke atas kurang berisiko mendapat penyakit
Kanser

“Memang malang bagi mereka kerana tidak dilindungi insurans untuk penyakit yang dihidapi tetapi itulah konsep insurans kesihatan,” ujarnya.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA) Malaysia, Ranjit Kaur, merasakan amalan polisi insurans tersebut satu diskriminasi.

“Kami (pesakit kanser) masih hidup dan sepatutnya boleh membelinya. Malah, ramai penghidap kanser lebih sihat berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit kritikal.

“Keadaan ini tidak wajar berlaku. Perlindungan insurans kesihatan harus diberikan kepada mereka yang memerlukan,” tegas Ranjit.

Merujuk statistik kanser di Malaysia, kata Ranjit, setiap seorang daripada empat orang berkemungkinan diserang kanser setiap tahun.

“Adakah mereka mengatakan tidak kepada 25 peratus rakyat Malaysia hanya kerana kami ada kanser?” tanya Ranjit.

Tambah beliau, faktor itu jugalah yang membuatkan penghidap kanser berasa amat takut sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu.

“Sudahlah kami terpaksa berdepan dengan penyakit kritikal, kami juga mesti memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi menanggung kos perubatan,” bidas Ranjit yang menyifatkan itulah salah satu punca pesakit kanser payu dara gagal diselamatkan.

Menurut Ranjit, ada juga antara penghidap kanser payu dara yang ditamatkan polisi insuransnya setelah disahkan menghidap penyakit itu.


“Selepas membayar kos perubatan pertama untuk kanser yang dihidapi, syarikat insurans tersebut bertindak menamatkan polisi yang selama ini dibayar wanita tersebut.

“Macam mana boleh jadi begini? Jika benar wanita itu tersalah membeli polisi, sepatutnya dia didedahkan tentang polisi yang tepat untuk keperluannya,” ujar Ranjit.

Keadaan berbeza adalah di Washington, Amerika Syarikat. Sebuah pelan insurans untuk penghidap penyakit kritikal sedia ada sudah diwujudkan oleh kerajaan negeri sejak Mac 2010.
Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada penghidap penyakit kritikal mendapatkan perlindungan kesihatan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2014 iaitu sebelum sektor kesihatan tempatan diubah sepenuhnya.

Tindakan itu dilihat sebagai satu perubahan yang baik untuk sektor kesihatan dalam usaha mengurangkan bilangan rakyat Amerika yang sakit.

Dipetik dari suratkhabar KOSMO 31.10.2010 oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN

Monday, October 18, 2010

OKTOBER Bulan Merah Jambu

Ingat Merah Jambu, Ingat pencegahan


SETIAP wanita harus memeriksa payudara pada setiap bulan setiap kali selepas haid bermula pada hari ketujuh bagi memastikan payudara dalam keadaan normal serta mengesan tiada benjolan berbahaya pada payudara mereka.

Walaupun barah payudara berlaku pada usia 30 tahun ke atas, pemeriksaan awal terutama selepas haid pertama pada setiap bulan memungkinkan wanita terbiasa dengan perubahan yang ada pada payudara mereka, seterusnya mendapatkan rawatan segera.

Menurut Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Ranjit Kaur, barah payudara tidak boleh dicegah, namun pengesanan awal membolehkan penghidap mampu menjalani kehidupan lebih panjang serta berkualiti.

“Wanita harus prihatin pada perubahan yang berlaku pada payudara mereka. Ibarat sebiji jerawat yang tumbuh pada kulit muka, wajah akan dibelek setiap hari, jerawat akan dipicit, begitu juga dengan payudara.
“Sentuh, pegang serta rasai perubahan pada payudara setiap hari bermula pada usia remaja sehingga apabila usia anda mencecah 30 tahun, perubahan yang tidak normal akan mudah dikesan, seterusnya segera mendapatkan rawatan,” katanya.
Tambah Ranjit, apabila wanita meningkat usia 30 tahun mereka harus berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan secara klinikal. Ini kerana pemeriksaan secara terperinci akan dilakukan bagi mengesan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada payudara.

Apabila usia meningkat 40 tahun, wanita harus menjalani rawatan mamogram pada setiap tahun bagi mengesan sekiranya terdapat sel barah. Rawatan mamogram mampu mengesan sel barah dua tahun lebih awal sebelum merebak.

“Mamogram adalah ujian untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin pengimbas khas. Ini dilakukan dengan menekan payudara di antara dua kepingan logam.

“Walaupun akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan, ia hanya untuk beberapa ketika. Rawatan mamogram boleh mengukur saiz dan penyebaran barah pada payudara serta mengesan barah pada payudara sebelah lagi.

“Sekiranya sel barah masih terlalu kecil dan berada pada peringkat pertama, rawatan segera membantu mengelak sel merebak.


“Malangnya 30 peratus hingga 60 peratus pesakit yang datang ke hospital sudah berada pada tahap kritikal iaitu tahap tiga dan empat serta tidak mempunyai harapan untuk sembuh,” katanya.

Ranjit menjelaskan, rawatan kepada penghidap barah bergantung kepada jenis dan tahap keterukan barah. Sekiranya wanita didiagnosa menghidap barah payudara, mereka perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dulu sebelum menjalani rawatan.
“Kajian menunjukkan kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan akan membantu memulihkan pesakit serta mengurangkan masalah yang ditanggung pesakit sama ada dari segi fizikal dan emosi,” jelasnya.

Antara rawatan yang dijalankan adalah pembedahan sama ada membuang atau tanpa membuang payudara, pembentukan semula payudara, radioterapi, kemoterapi dan terapi hormon yang semuanya mempunyai kesan berbeza bergantung kepada tahap keterukan kanser.

Walaupun pelbagai program diadakan mengenai bahaya barah payudara, ramai wanita masih tidak mahu melakukan pengesanan awal sehinggakan barah ini menjadi pembunuh utama wanita berbanding penyakit lain.

Menurut Daftar Barah Kebangsaan (NCR), sejak dua tahun lalu, sekurang-kurangnya 70,000 kes barah baru dilaporkan dan barah payudara adalah ancaman paling besar.

“Kadar kematian yang tinggi dan meningkat setiap tahun tidak seharusnya berlaku. Walaupun barah payudara tidak boleh dicegah, pengesanan awal mampu memberi peluang kepada pesakit untuk hidup lebih lama. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai banyak masa bersama keluarga serta menjalani kehidupan lebih bermakna,” katanya.

Menurut Ranjit, setiap tahun BCWA mengadakan pelbagai kempen, bengkel serta pameran di pusat beli-belah mengenai bahaya barah serta meminta sukarelawan menunjukkan cara menjalankan pemeriksaan payudara sendiri.

Bulan Oktober setiap tahun dipilih sebagai bulan barah payudara sedunia bagi memberi kesedaran kepada wanita mengenai bahaya penyakit ini.

Tambahnya, dia sangat berbesar hati apabila ada syarikat korporat seperti Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad menjadi penaja kempen unik Pink Oktober anjuran Gleneagles Kuala Lumpur bagi mengumpul dana RM75,000 untuk disalurkan kepada BCWA.

Menerusi kempen ini, orang ramai boleh memberikan sumbangan dengan membeli beg Pink Couture rekaan pereka fesyen Bill Keith yang diperbuat daripada kanvas serta boleh dikitar semula bernilai RM25.

Turut hadir pada majlis berkenaan, pereka kasut tersohor, Profesor Datuk Jimmy Choo yang berkongsi cerita mengenai ketabahan ibunya yang menghidap barah �payudara yang berjaya dikesan sejak peringkat pertama.

Menurut Choo, ibunya sangat mementingkan kesihatan dan sering menjalani rawatan kesihatan di hospital sebelum dikesan menghidap barah.

“Keterbukaan wanita serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan mengenai penyakit yang mereka hadapi memungkinkan penyakit barah payudara mampu dikesan lebih awal sebelum merebak ke tahap lebih kritikal.

“Sebagai contoh, ibu saya menghidap barah payudara, namun dia menerima dengan tabah serta menghadapi hari-hari mendatang dengan gembira. Ini kerana kegembiraan serta ketenangan membuatkan kehidupannya lebih berkualiti dan bermakna.

“Tambahan pula, apabila seluruh keluarga memberi sokongan kepadanya sama ada dalam bentuk mental dan fizikal sehingga dia mampu menjalani kehidupan yang sangat baik sepanjang 15 tahun sebagai penghidap barah,” katanya.

Menurutnya, setiap wanita harus mempunyai kesedaran, pengetahuan serta tanggungjawab kepada diri sendiri dengan menjalani pemeriksaan awal barah payudara.

Walaupun mereka tidak menghidapnya atau masih berada pada peringkat awal, pemeriksaan harus dilakukan terutama bagi wanita yang sudah meningkat usia 40 tahun, lakukan pemeriksaan pada setiap tahun.

Selain itu, orang ramai harus memberi sokongan kepada pesakit barah tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Sokongan moral dan emosi mampu menghalang sel daripada merebak lebih cepat di samping rawatan kesihatan di hospital.

“Seperti yang dilakukan pada hari ini, walaupun hanya membeli sebuah beg bernilai RM25, anda mampu membantu mereka yang memerlukan. Malah, perkataan dan lambang pada beg walaupun hanya reben berwarna merah jambu, mesej yang ingin �disampaikan sangat besar iaitu ‘fikirkan mengenai kesihatan’,” katanya.

Selain Choo, turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim; pemilik Pusat Mutiara Rafflesia, Winnie Sin serta perunding bedah barah payudara Gleneagles Kuala Lumpur, Datuk Dr Suseela Nair serta selebriti tanah air.

Orang ramai boleh membeli beg Pink Couture berharga RM25 di Gleneagles Kuala Lumpur serta Menara Great Eastern.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti yang diadakan Gleneagles Kuala Lumpur sempena bulan Pink Oktober, anda boleh melayari laman sesawang www.gleneagles.com.my.

Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Periksa payudara anda pada hari ketujuh hingga ke-10 ketika haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang dilakukan iaitu:

Kaedah 1

Periksa payudara ketika berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala.

Tekan payudara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit.

Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan
cecair jernih atau berdarah.

Ulangi langkah yang sama pada payudara sebelah kiri.

Kaedah 2
Berdiri di hadapan cermin untuk memeriksa payudara

Periksa payudara ketika berdiri tegak, tangan diangkat ke atas dan kemudian memeriksa payudara dengan tangan di pinggang.

Perhatikan sebarang perubahan dari segi saiz, bentuk, kehadiran lekukan atau sebarang perubahan dari segi rupa bentuk dan kedudukan puting. Pastikan anda memeriksa kedua-dua payu dara.

 
Kaedah 3

Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP ketika mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun.

Pastikan jari tangan kiri anda rata dan lakukan pada payudara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas. Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan.

Dipetik dari kosmo

Ps:// Ingin maklumat lanjut mengenai kanser payu dara sila lawati halaman rasmi http://www.pinkribbon.com/

Sunday, October 10, 2010

Hati

Diri yang ikhlas datangnya dari hati yang suci
" Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging,bila ia baik,maka baiklah seluruh jasad itu,dan bila ia rosak,maka rusaklah seluruh jasad itu.Maka ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati" (HR Bukhari dan Muslim)

Salam Uols,

Aku tau hari Ahad nie malaz nyer nak bangun pagi..malaz nak buat kerja..rasa-rasa nak relax jer...dah lah tuan empunya blog nie tak sihat uhuks uhuks uhuks (kan dah batuk),  yerlahkan datang jer hari Ahad, adalah masa untuk bersantai bersama kekawan, keluarga dan insan yang tersayang. Dalam keadaan yang tidak sihat tubuh badan nie, gagahkan juga update blog nie... terbaca satu hadith mengenai hati. Apa kaitan hati ngan insurans nie? Pening aku... Tuan-tuan, puan-puan, sedara dan sedari yang budiman, bila sebut pasal hati nie ia akan menyentuh pasal jiwa dan diri seseorang tue. Jika hati orang tue baik, maka baiklah orang itu. Kalau hati orang tue hitam, maka jahat orang tue. Disini, kalau nak pilih egent insurans tue kena tengok penampilan orang tue, tau dier wakil ejen maner... kalau boleh call manager dier..manerlah tau.. sesetengah ejen tue bila cakap lembut gusi dari lidah.. Tapi, saya tak kot... Saya ikhlas nak tolong orang.. Kalau tak, takdernyer blog pasal insurans nie.. heheheh puji diri sendiri. Sowwwiiii... Di pendekkan citer, kalau nak nak beli insurans tue ikhlas dari hati nurani sedara dan sedari.. Kita beli insurans untuk masa depan kita.. Ikhlas nak tolong diri sendiri.. Kalau kita susah dan sakit, saper nak tolong kita? adik beradik? diaorang pun sibuk ngan hal-hal sendiri.. Mak-bapak? Kalau dari keturunan hartawan, dermawan dan jutawan boleh lah.. Boss??? Jangan haraplah.. Kengkawan? Tak tentu lagi.. Kawan yang ketawa ramai, kalau menangis, kita seseorang lah.. satu pun tak tentu jumpa untuk kongsi kesedihan kita..  So? Macammana? Lu pikirlah sendiri.... Chow dulu babe.. Cakap banyak2 kan, nanti orang mare pulaks.. Jumpa lagi..

Siapalah aku ini? aku hanyalah penjual insurans.. sob.......sob.....

mardiyah79@gmail.com: 019-2853910

Thursday, October 7, 2010

\^o^/

Salam uols........

Tak ader aper yang special hari nie.. just update design blog jer.. Biasanyer aku tulis pasal prudential takaful jer... tapi kali nie aku nak perkenalkan pru Mychild.. produk dari prudential..Launching dah lamer dah.. cuma ramai tak aware kot atau premium nyer yang agak tinggi.. Pru Mychild nie untuk bakal ibu dan anak yang akan dilahirkan dimuka bumi ini..For the first time ever, insurans nie cover since baby dalam kandungan lagi.. best kan!! Jom kita pi beli insurans Pru Mychild.. (OOOppppsss macam mau beli kuih jerrrrr)......Tapi kan..untuk masa depan anak-anak kita apa salahnyer kan.....Kita tenung anak-anak kita, anak-anak kita tenung kita balik....tak kesian ker ???? Tepuk dada tanya selera.. So enjoice video yang baru kita tepek tue...

Siapalah aku ini? Akuhanyalah penjual insurans.. sob sob

mardiyah79@gmail.com: 019-2853910

Wednesday, October 6, 2010

Sakit............????

Salam uols...

Walaupun tak ke udara beberapa hari nie, aku masih update blog mengenai insurans.. Lihatlah.. dan bacalah......bagaimana nak membuat aduan kepada pihak berkuasa jika tipah tertipu..atau cik minah tipu aku.. atau sewaktu dengannya... Terpaksa chow dulu..tak sihat..batuk batuk dan rasa round round duck sekarang nie.. so chow dulu

Siapalah aku ini? Aku hanyalah penjual insurans.. sob sob

mardiyah79@gmail.com:019-2853910