Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Friday, July 21, 2017

"Katakan diri saya telah tiada nanti, apa yang perlu pasangan saya buat dengan harta peninggalan?"


/ Takaful
/ Unit Amanah
/ Asbf
/ Kwsp
/ Rumah 2 nama
/ Kereta & motosikal
/ Alatan pejabat
/ Emas
----
Antara susunan cadangan yang perlu Tuan / Puan perlu buat dalam hal HARTA yang ditinggalkan :
1. Segerakan urusan jenazah. Kos-kos yang mendatang boleh diambil dari harta yang ditinggalkan ( Jika ada tabung kecemasan, boleh gunakan terus harta ini )
/ Kos mandi
/ Kos kain kafan
/ Kos gali kubur
( Sekarang telah pun wujud SET LENGKAP JENAZAH, boleh dapatkan di mana-mana kedai jika tidak menyertai khairat kematian masjid / surau )

2. Pasangan terus semak siapa yang layak mewarisi harta kita. Jika wujud orang-orang di bawah ini, mereka terus layak tanpa ada halangan kecuali halangan "wasfi"
1. Mak
2. Ayah
3. Pasangan
4. Anak lelaki
5. Anak perempuan

(Di Malaysia, satu perkara pelik apabila berlaku kematian kemudian harta yang ditinggalkan arwah terus dibincangkan urusannya - Dicadangkan orang yang berpengaruh arwah ATAU pihak ketiga menjadi penengah)

3. Kumpulkan hutang-piutang yang diketahui dan diragui. Asasnya, hutang ditolak terlebih dahulu sebelum diagihkan
RM 500,000 (harta) - RM 20,000 (hutang) = RM 480,000 (harta yang boleh diagihkan)
Secara amalan, hutang-piutang arwah biasa dengan bank / institusi, jadi PENYELESAIAN setiap harta yang berhutang adalah berbeza-beza. Contoh rumah yang masih berhutang dan persoalannya :
1. Adakah waris meneruskan pembayaran?
2. Apakah pihak bank terus membekukan rumah?
3. Siapakah waris yang patut membayar hutang?.
4. Adakah isteri yang meneruskan bayaran hutang ini akan mendapat hak keseluruhan rumah?
5. Bagaimana rumah ini dibicarakan kerana ianya belum milik sempurna (masih berhutang)?.
6. Apakah pasangan perlu membayar terus semua hutang yang ada dari harta pusaka?.
Jika tidak ada aset cair, adakah perlu menjual rumah @ tanah untuk menampung hutang?.
7. Apakah waris perlu mendapatkan surat dari bank / institusi untuk bicara kuasa sebelum keluar Surat Kuasa @ Probet?
----
3 tips sahaja pada hari ini. lain kali boleh kemukakan tips, adakah harta yang ada penama dimasukkan sekali dalam perbincangan pusaka ini.
Atau bagaimana menguruskan pusaka dengan kos yang rendah untuk para waris melalui penamaan.
-----
Ada yang mencadangkan di sudut teori dalam penyelesaian pusaka
1. Hibahkan semua harta, tidak perlu susah-susah melalui proses pusaka
2. Buat pampasan takaful yang besar kepada pasangan untuk membayar bahagian waris lain.
3. Semua urusan terus pergi ke Pejabat Pusaka Kecil kerana kos di Mahkamah Sivil lebih tinggi
4. Tidak perlu ada harta.

copy n paste dari FB Mohamad Akmal Mohamad

0192853910
mbk

Friday, July 14, 2017

Pengalaman buat hibah Takaful: Berdasarkan KISAH BENAR

Kepada single parents (Ayah atau ibu single). Saya cuma nak berkongsi.

Lepas 29 Januari 2017, tarikh arwah kawan saya meninggal tinggalkan anak 3 orang dan isteri. Keadaan yang saya tengok lepas arwah pergi memang buat mata saya berair.

Takde la susah sangat sebab arwah memang orang ada duit. Tapi emosi si isteri memang tak boleh nak saya selam, cuma yang saya tahu dia berjuang sorang-sorang dengan anak umur 3 tahun yang rindukan arwah.

Ok, jadi saya terbayang keadaan lain yang saya tak nampak, awak sebagai single parents saya rasa lebih tahu. Sekarang semua bergantung pada awak. Makan minum tempat tinggal baju sekolah dan semuanya awak tanggung, sebelum ni awak berdua.

Mungkin disebabkan tekanan sekarang awak dah plan macam-macam untuk anak-anak. Awak dah buat akaun ASBi, unit trust, tabung haji dan macam-macam yang awak namakan anak-anak sebagai penama. Dengan harapan kalau awak meninggal anak-anak akan waris semua tu dan teruskan hidup.

Betulkan, awak dah rancang macam-macam termasuk rumah pun. Kalau anak paling kecil umur dia 4 tahun, maknanya ada lagi 14 tahun nak sampai ke umur 18. Sepanjang tu dia perlukan kos untuk membesar.

14 tahun masa yang kita tak boleh bayang apa yang boleh berlaku lepas tu atau tengah-tengah. Kalau hari ni awak hilang pasangan, awak pulak macam mana. Bila ajal, mana ada manusia tahu.

Saya nak bagitau awak, akaun ASB, KWSP, Unit Trust, Rumah dan akaun bank awak yang awak letak penama tu bila awak meninggal nanti semua tu kene faraid bila ada waris lain selain anak awak datang menuntut dengan selamba tanpa rasa kesian pada anak-anak awak. Macam mana kalau benda ni jadi.

Saya uruskan Hibah arwah kawan saya, ambik masa 9 hari je. 100k masuk dalam akaun isteri arwah. Susah sikit pada dokumen berkait hospital je, yang lain semua ok. Duit tu tadi jadi 100% milik isteri arwah dan tak boleh waris lain tuntut macam harta yang lain.

Jadikan, awak dah rasa perit sebagai ayah atau ibu tunggal, jadi macam mana perit pulak anak-anak awak kalau awak pulak takde.

Awak, buat satu akaun Takaful, awak lantik seorang pemegang amanah yang memang boleh dipercayai sebab bila awak meninggal dia la yang awak harapkan untuk urus duit Pampasan Takaful dan Hibah. Dia la yang akan atur untuk anak-anak awak dan duit tu tak boleh di faraid.

Penting awak ada plan Takaful yang kurang-kurang pampasan 200k. Sebab bila awak meninggal, KWSP, ASB, Unit Trust dan saving akaun jadi beku sampai selesai proses pembahagian. Bukan sekejap, makan masa sampai berbulan-bulan silap-silap makan tahun.
HIbah takaful dan Pampasan Takaful je yang boleh terus sampai ke anak-anak awak dalam masa yang singkat untuk diorang teruskan hidup.

Jadi, awak fikirlah, awak tenunglah anak-anak awak tu. Siapa yang nak uruskan diorang nanti kalau tibe-tibe awak takde. Kalau ada duit yang awak tinggal dan lantik orang yang awak percaya. Maknanya awak dah rancang sampai tahap awak paling kritikal. Itulah bukti kasih sayang awak.

Tak perlu fikir banyak sangat, Pm saya Takaful dan hibah kita sembang2 je dulu. Lepas tu fkirlah panjang-panjang.

kredit: Saharudin Zaini

mbk
0192853910

Wednesday, July 12, 2017

Penting penggantian pendapatan bila sakit!


Saya kongsikan cerita dari FB Dr. Muhammad Rahmat

Balik kerja tadi, isteri saya bercerita mengenai seorang pesakit nya seorang guru telah di diagnosed menghadapi kanser payudara.
Beliau akan menjalani rawatan chemotherapy tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, chemo-port perlu dipasang terlebih dahulu.
Beliau merungut dan risau sebab terpaksa mengambil cuti yang kerap nanti untuk menjalani rawatan ini. Maklum lah guru memang susah untuk dapat cuti dan cuti yang sedikit 7 hari setahun.
Isteri saya bertanyakan, adakah beliau mempunyai insuran/takaful?.
Beliau menjawab ada. Sumbangan sekitar rm200/bulan.
Isteri saya bagitahu, beliau sekarang menghadapi sakit kritikal dan layak untuk mendapat pampasan sakit kritikal jika ada. Dan duit itu nanti boleh lah beliau ambil cuti tanpa gaji dan berehat secukup-cukupnya di rumah.
Beliau terkejut dan kagum dengan isteri saya!!. 
Beliau bagi tahu akan balik dan check polisi takaful tersebut. Nanti akan jumpa isteri saya balik untuk rawatan susulan 2minggu lagi.
Harap nya polisi beliau mempunyai manfaat sakit kritikal.


mbk
0192853910

Tuesday, July 11, 2017

AGENT TAKAFUL NASIHAT AGENT TAKAFUL

Aritu saya dipersoal sesama rakan agent takaful kenapa saya kena buat wasiat? Buat hibah lebih baik katanya.. Saya dengar je nasihat dia dan ambil mana yang baik.

Katanya wasiat nanti tak guna sebab waris boleh pertikaikan dan sebagainya (yang ni biasa disebut oleh orang kebanyakkan, termasuk agent takaful setengah2nya tu..yang mana belum faham la..)
Betul la tu... tapi depends la jugak..

Sebab bukan semua harta dan duit kita boleh hibahkan naa. Ada setengah2 memang tak boleh..
Dengan buat hibah je, kita ingat ada ke orang yang arif dan cekap akan urus pembahagian harta pusaka yang lain dari A to Z ? Hibah takaful senang je nak urus... Hibah harta2 lain? Rumahnya.. Tanahnya...

Kalau senang sangat nak urus harta pusaka ni dan buat sendiri, takdelah bertimbun kes tak selesai sampai RM66 Billion.

Hibah takaful memang banyak faedahnya, tetapi ia pun ada kekurangannya dan perlu dilengkapi dengan wasiat supaya duit tu tak lah habis begitu saja tanpa diurus dengan baik.

Silap2 hasrat kita yang dah mati ni tak tercapai pun akhirnya.

Contoh nya lah, kita niat buat hibah 1 juta untuk orang tersayang supaya hidup depa senang dan boleh la buat amal jariah untuk kita jugak, tapi akhirnya duit habis begitu saja , akhirnya waris yang ditinggal tetap jadi susah dan nak sedekah atas nama kita pun dah tak mampu... Maklum la tetiba dapat duit sejuta... Sebelum ni tak pernah ada duit sejuta dalam account...

So kaedah perwarisan harta ni ikutlah kaedah dan hasrat kita mcm mana. Bukan kata ada yang lebih bagus dan yang lain tak bagus.

Semua bergantung juga dengan keadaan waris2 dan harta2 kita... Dan macam mana kita nak bahagi duit dan harta pusaka kita tu nanti.

OK??

kredit: Ayuni Dalila Syukur

Monday, July 10, 2017

Kebanyakan orang tangguh-tangguh Takaful sebab ................................


Kebanyakan orang tangguh-tangguh Takaful sebab masih sihat. Rasa sihat itu memperdaya mereka into thinking, sakit atau kemalangan tu takkan menjelma. Dan rasa macam sudah cukup persediaan segalanya

Apa susah? Katanya dengan bangga

Majikan dah cover semuanya

Hartanah pun ada 

KWSP ada
Socso ada

Hospital kerajaan pun percuma

Polisi lama pun ada ejen bagus katanya

Tapi bila doktor sahkan dirinya hidap kanser, barulah dia sedar semuanya tak seindah disangka. 

Majikan beri notis berhenti kerja bila cuti sakit lebih 2 bulan. 

Hartanah bernilai 850k, terpaksa jual harga diskaun 750k. Itupun belum ada buyer dan akan ambil masa berbulan bulan lamanya

KWSP ada, tapi tak boleh keluar tunai. Kena dapatkan rawatan hospital, baru boleh mohon pengeluaran. Itupun bayar ke hospital 

Socso pula kena tunggu jumpa medical board. Entah lepas, entah tidak 

Hospital kerajaan memang ada sediakan rawatan kanser. Tapi ubat rawatan stemcell RM300,000 tu kena beli dulu ubatnya.

Last last, rujuk ejen lama yang bagus katanya. Tetiap tahun, tak pernah miss hantar kad raya Birthday pun tak pernah miss ucapannya

Bukak polisi, sekali tengok faedah penyakit kritikal, cuma ada RM20,000 saja
Terus nangis tak kata apa

Rasa macam semua pihak menipu dirinya

Walhal salah sendiri jugak, masa disuruh review polisi, katanya semua dah cover
Sebab tak pernah ditimpa musibah, maka keadaan sihat tu buat dia sombong mendabik dada

Seolah olah kebal, takkan jadi apa-apa 😔

Friday, July 7, 2017

MEDICAL CARD.


Walaupun saya dan isteri bertugas sebagai doktor terlatih di fasiliti kesihataan awam, kami tetap menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh syarikat takaful.

Kenapa?
Adakah kami tidak percaya dengan perkhidmatan kesihatan awam?
Adakah perkhidmatan di hospital awam tidak baik (sub standard)?
Adakah "rawatan di hospital kerajaan pun kena bayar mahal"?

Tiga sebab di atas sering dijadikan marketing tool untuk agen takaful yang tidak bertanggungjawab. Gunakan strategy 'fear mongering' untuk menakutkan orang ramai tentang perkhidmatan kesihatan awam untuk meningkatkan jualan.

Baru - baru ini anak saya dimasukkan ke hospital swasta akibat demam panas. Saya menggunakan kad perubatan untuk urusan kemasukan dengan deposit RM 500.

Apa yang saya dapat lihat:

1. Urusan pendaftaran, pemeriksaan asas vital signs dan menanti giliran tetap sama. Cuma tiada orang ramai yang menunggu.

2. Doktor pertama yang melihat anak saya di Jabatan Kecemasan seorang pegawai perubatan dan bukan pakar. Setelah rawatan asas diberi dan diagnosis diperolehi, baru anak saya di rujuk ke pakar kanak - kanak dan dimasukkan ke wad.

3. Untuk mendapatkan sampel darah, empat kali tangannya dicucuk. Saya tidak menyalahkan pegawai perubatan tersebut kerana ketika itu, anak saya sedikit dehydrated dan sedikit sukar untuk mencari salur darah.

4. Ketika di ward, doktor pakar membuat ward round dua kali sehari. Doktor pakar kanak - kanak menerangkan dengan jelas berkenaan diagnosis penyakit dan rawatan yang akan diberikan. Segala rancangan rawatan dibuat berdasarkan garis panduan rawatan (clinical practice guideline) yang sama dengan di hospital kerajaan.

5. Pemerhatian dan ubat diberikan oleh jururawat terlatih secara berkala. Lampin anak kami tukarkan sendiri, nak mandikan anak pun dibuat sendiri.

Prosedur rawatan TIADA BEZA dengan di hospital kerajaan.

Yang bezanya adalah pilihan yang diberi dan masa menunggu.

1. Urusan kemasukan tidak lebih dari tiga jam (dari mula daftar hingga masuk ke wad).

2. Pilihan kemasukan wad diberikan (mengikut had bayaran). Boleh pilih wad berkongsi atau pun wad berseorangan (single). Wad single pula boleh pilih yang biasa atau pun deluxe (ada TV 32 inci, sofa dan lampu chandelier).

3. Makanan boleh dipilih mengikut menu yang disediakan.

4. Waktu melawat lebih flexible dan ibu bapa boleh berada di wad sepanjang masa.

Pada asasnya RAWATAN ADALAH SAMA. Cuma urusan lebih mudah dan flexible. Tidak dinafikan, ia lebih selesa.

Teguran untuk agen takaful yang menjual takaful dengan cara 'fear mongering':

HENTIKAN!

Tapi cuba berikan fokus kepada soft skills.

1. Terangkan secara telus berkenaan produk yang ditawarkan. Nyatakan pros & cons sekali. Jangan yang berbunga bunga sahaja.

2. Jangan terlalu 'hard sell' sehingga orang jemu dengan tekanan anda dan akhirnya kawan - kawan rapat pun tak mahu mengopi dengan anda secara santai.

3. Hargai pelanggan yang ada. Agen saya sekarang ini akan menghantar personalised kad raya setiap tahun without fail. Setiap kali tarikh harijadi tiba, paling kurang pun pasti akan dapat SMS. Setiap tahun, dia akan membuat rancangan untuk berjumpa secara berdepan (face to face) di rumah. Small things matter.

Jangan memburukkan pihak lain tapi gilap kemampuan diri untuk bersinar seperti mutiara.

Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Presiden dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia
#drafh
#medicalcard
#takaful
#medicalmythbustersmalaysia

Thursday, July 6, 2017

banyak yang saya pelajari tentang kelebihan memiliki Takaful.


Sebagai agen Takaful, banyak yang saya pelajari tentang kelebihan memiliki Takaful.

🌈Takaful ni ibarat menyimpan dalam diam sambil membuat back up plan jika sakit & hilang upaya. Begitu juga plan hibah utk keluarga yg ditinggalkan jika pencarum mati.

😭Rasa sgt sedih bila dpt tahu ada kenalan yg blm memiliki Takaful tetapi terlebih dahulu diuji dan mgkin peluang utk beliau memiliki Takaful pada masa akan datang semakin tipis.

✍️Saya tiada wang yang bnyk untuk dihadiahkan, saya cuma dapat hadiahkan ilmu mengenai kepentingan Takaful dan menguruskan permohonannya jika anda mahu.

Semoga dapat memberi kesedaran kpd semua golongan.

#Takaful terbaik untuk umat Islam.

☂️Tanggungjawab kita utk menghindarkan diri dan keturunan dari kesusahan. Ini juga slh satu objektif Maqasid Syariah

Kalau berniat nak ambil Takaful baik cepat-cepat uruskan permohonan.

Sila buat pilihan.



1) Stop Takaful untuk bergaya dengan kereta mewah, melancong, beli barangan rumah mahal2.

2) Kurangkan kos diatas untuk bayar takaful yang mengandungi manfaat pampasan kematian/lumpuh kekal 5-10 tahun gaji, pampasan sakit kritikal 3-5 tahun gaji, pampasan kecacatan kemalangan 5 tahun gaji, & manfaat kad perubatan berjumlah 1-4juta?

3) Nak Teruskan pilihan No.1, & akan jual kereta, rumah & asset2 yg ada untuk bayar kos rawatan jika ditakdirkan sakit kritikal. Dan kegunaan sepanjang lumpuh kekal.

Buatlah pilihan anda masing2, saya hanya sampaikan kebaikan buat persediaan takaful. Sape2 yang buat pilihan No.2 boleh segera hubungi saya. Saya bantu anda siapkan permohonan takaful.

Yang Berkhidmat
Mardiyah 0192853910

Wednesday, July 5, 2017

Hibah Takaful


Kita kerja berhempas pulas siang dan malam mengumpul harta, tetapi selepas kita meninggal harta kita tak dapat dituntut oleh pewaris.


Fakta yang perlu anda ambil tahu.


1. Selepas anda meninggal, harta anda perlu dibahagi mengikut Faraid. 



2. Isteri hanya layak mendapat 1/8 dari harta bersih.


3. Urusan faraid mengambil masa paling minimum 18 bulan untuk diuruskan.


4. Ada 66.6 BILLION harta pusaka orang Islam yang masih belum dituntut di Malaysia.



5. Nak uruskan pembahagian harta memerlukan kos dan kesabaran yang amat tinggi.



Apa solusi yang anda boleh buat semasa hidup?



1. Hibahkan sejumlah wang cair kepada orang yang anda sayang dengan tujuan mereka dapat meneruskan hidup seperti biasa walaupun anda tiada.



2. Wang cair tadi boleh digunakan untuk menguruskan harta anda.




3. Hibah dapat diuruskan seawal 2 minggu.




4. Ahli keluarga anda yang lain tiada hak untuk menuntut wang hibah yang telah anda hadiahkan kepada isteri anda.




5. Hibah hanya dibenarkan sekiranya sumber adalah halal. Dalam Takaful dibernarkan kerana Takaful adalah 100% patuh syariah.




Hubungi agent Takaful secepat mungkin dan hibahkan sejumlah wang cair kepada orang yang anda sayang. Buat persediaan awal, kerana mati adalah rahsia Allah.

Tuesday, July 4, 2017

5 SEBAB SAYA AMBIL HIBAH RM1 JUTA DGN BYRN BULANAN RM420 DENGAN TAKAFUL

1. Hibah akan bagi family saya RM1 juta immediately utk kes kes mengejut seperti kemalangan walaupun baru masuk sehari.

2. Saya tak pasti ajal maut bagi diri saya bila akan berlaku. Niat hati nak hidup sampai tua, tp takdir Allah adalah rahsia. So elok saya get ready jer

3. Saya masih muda, harta belum banyak, hutang merata. So bila ada hibah 1Juta, ia menjadi aset saya paling bernilai

4. Hibah bukan diberi oleh syarikat Takaful. Tapi Hibah diberi oleh semua peserta yg akan menderma kepada keluarga saya 1juta ringgit. So satu jaminan utk keluarga saya

5. Hibah adalah bukti komitmen saya pada keluarga. Saya nak memudahkan urusan keluarga saya selepas ketiadan saya. Penama saya ialah ayah 30% mak 40% dan suami 30%. Saya ada modal lagi saya nak tambah hibah lagi

Gambar di ambil di MS Fb.

KENALI PERLINDUNGAN TAKAFUL ANDA – PILIHAN PRODUK TAKAFUL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya semalam ditegur satu prospek, muda dalam linkungan 22 tahun.

Disebabkan saya sedang memberi ‘presentation’, beliau hadir ke meja saya dan bertanya apa itu takaful. Beliau merasakan pelan takaful itu pelbagai jenis dan itu menyebabkan beliau rasa rumit untuk faham apa manfaat sebenarnya boleh diberi melalui pelan takaful

Secara amnya dan ringkas, takaful adalah instrumen mengurus pelbagai risiko dalam kehidupan kita. Mengikut buku pembelajaran takaful, takaful melindungi perkara bernyawa disebut sebagai Takaful Keluarga dan melindungi risiko barang atau bukan bernyawa disebut Takaful Am.

Masih ramai yang tak mempunyai kesedaran mengenai Takaful

Di bawah dua kategori besar ini, ada pelbagai pelan takaful boleh kita ambil. Ini adalah contoh-contoh yang boleh kita faham tentang takaful.

Takaful Keluarga

Takaful Asas: Memberikan manfaat kewangan jika berlaku hilng upaya kekal atau kematian.

Takaful Pendidikan: Memberikan perlindungan dan simpanan jangka masa panjang bagi membiayai pendidikan tinggi anak.

Takaful Kemalangan Diri: Menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, kematian atau hilang upaya yang disebabkan kemalangan.

Takaful berkaitan Pelaburan: Pelan yang menggabungkan elemen pelaburan dan perlindungan manfaat Takaful.

Takaful Perubatan & Kesihatan: Perlindungan terhadapan kos rawatan akibat penyakit atau kemalangan.

Takaful Am

Takaful Kediaman: Memberikan perlindungan terhadap kediaman dan isi rumah daripada kerugian akibat kecurian, banjir atau kebakaran.

Takaful Motor: Memberikan perlindungan sama ada hanya kepada pihak ketiga atau perlindungan menyeluruh yang turut merangkumi perlindungan terhadap kerosakan kenderaan akibat kemalangan.

Takaful Pembiayaan: Caruman bertujuan untuk melangsaikan hutang pembiayaan kepada pihak bank sekiranya pencarum hilang upaya kekal atau meninggal dunia.

kredit: adibyazid.com

Monday, July 3, 2017

Ambil Takaful tak perlu kaya tapi perlu ada kesedaran

Alhamdulillah dulu tak percaya tapi lepas kahwin ada anak baru percaya dengan Takaful.

Kalau dah bercucu baru nak percaya Takaful lagi kes haru.....



#ejentakaful
#hibah
#takaful
#legasi

RM1 JUTA ASET TUNAI


 


Amin : abang zaman, boleh terangkan sedikit pasal polisi 1 juta ni?

Zaman : amin, thanks sebab sudi bertanya. Polisi RM1 JUTA ni bermaksud, jika pemegang polisi meninggal dunia atau hilang upaya kekal akibat kemalangan atau penyakit, maka PruBSN Takaful akan serahkan cek bernilai RM1,000,000 pada amin sekeluarga. Amin ada 1 juta dalam akaun sekarang ?

Amin : takde lagi.

Zaman : abg zaman pun takde. Nak kumpul 1 juta dalam akaun, kita kena simpan dalam tabung haji RM1000 sebulan selama 30 tahun. Kalau panjang umur Alhamdulillah. Tapi mati kan bila bila masa jer. So polisi RM1 JUTA ni adalah back up kita jika "dipanggil awal".

Amin : betul tu. Mahal tak abg zaman bayaran bulanan?

Zaman : untuk umur dan pekerjaan amin, contribution tak sampai RM400 sebulan. Cuba tanya wife amin, dia setuju tak amin tinggalkan 1 juta?

Wife Amin : saya ok jer. (Tersenyum)

kredit: zamankini

Belajar dan pelajari dari kisah orang lain adalah sesuatu yang amat berharga..




Klien : Assalamulaikum Din.. Boleh tolong buatkan Income Protection utk aku RM300,000 dan utk zaujah (wife) RM300,000 tak?.. 

Saya : W'salam.. Boleh.. Kenapa tiba - tiba hang nak buat ni?? 3 tahun aku dok promote .. Tapi hang buat tak layan ja.. 

Klien : Tiba-tiba aku rasa, aku kena ambil insurans.. Bulan lepas adik aku meninggal. Umur tak jauh beza dengan aku pun.. Beza 2 tahun ja .. Meninggal sebab sakit jantung.. Bila dia meninggal aku yang uruskan semua.. Pengurusan kematian, hal-hal berkaitan dengan hutang, makan minum anak isteri dia dan semua lah yang dia tinggalkan.. Semua nya aku urus.. 

Apa yang paling aku TERHARU bab soal HUTANG dan PERBELANJAAN untuk anak isteri.. Isteri arwah tak bekerja.. Sebelum ni semua urusan arwah yang buat.. Tapi bila dia dah tak ada.. Isteri dia langsung tak tahu nak buat apa.. Sekarang ni dia tengah berkira-kira nak jual rumah untuk menampung perbelanjaan sementara dia cari kerja lain.. tu yang terpaksa cover balik dengan jual rumah sekarang.. Buat sementara waktu ni isteri arwah dok dengan mak ayak dia kat kampung..
Bila jadi macam ni baru aku terfikir bagaimana kalau aku yang MATI??? Bagaimana anak dan isteri aku??? Siapa yang nak uruskan semua perbelanjaan mereka?? Siapa nak settlekan hutang-hutang aku ??? Rumah dan tentu la jadi FREE.. tapi yang lain-lain lagi.. 

Sejak arwah meninggal aku tido tak lena.. Aku rasa KEMATIAN tu dekat sangat…jadi sementara aku boleh buat sesuatu untuk family aku.. lebih baik aku buat keputusan sekarang… AKU TAK MAHU APA YANG MENIMPA PADA FAMILY ARWAH akan terjadi pada FAMILY AKU bila aku dah tak dak nanti… 

*bagaimana diri kita ??? adakah kita nak tinggalkan orang-orang yang kita sayang berhadapan dengan situasi begini ??? 

“UNTUK APA PERLU BERKIRA, SEKIRANYA ANDA MAMPU BUAT YANG TERBAIK UNTUK MEREKA????"

#Hidupuntukmemberimanfaat

Credit to : hassan hafidz