Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Tuesday, September 30, 2014

Edisi Takaful memilih: Panduan Ringkas Memilih Kad Perubatan Takaful / Insurans

Tulisan ini adalah rentetan daripada beberapa persoalan yang paling kerap diajukan berkenaan kad perubatan takafulinsurans,  antaranya;
“Apa ‘medical card’ (kad perubatan) paling bagus?”
“Syarikat XYZ mempunyai perlindungan RM 1 juta, tentu lebih bagus daripada kad perubatan Takaful ABCD yang hanya RM500K, bukankah begitu?”
“Apa beza kad perubatan stand alone dengan kad perubatan sebagai rider?”
Secara umumnya, untuk membuat perbandingan kad perubatan, perlu dibuat perbandingan terhadap dua perkara iaitu faktor produk dan faktor pelanggan.
Dengan perbandingan adil “apple to apple” perkara ini, barulah kita dapat membuat perbandingan yang adil di antara produk-produk yang ada di pasaran.
Berikut adalah faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam perbandingan kad perubatan.
1) Faktor Produk
  • Jumlah sumbangan – jumlah perlindungan yang sama, tapi jumlah sumbangan premium berbeza.,
  • Ko-takaful atau tidak – ada produk kad perubatan yang ko-takaful iaitu pelanggan perlu membayar 10% daripada jumlah kos rawatan.
  • Sebagai rider atau stand alone – kad perubatan sebagi rider dicantumkan dengan produk asas.

2) Faktor Pelanggan

  • Keperluan pelanggan – adakah perlu perlindungan sehingga RM1juta?
  • Kemampuan kewangan pelanggan – ada orang yang mampu untuk melanggan RM100 sebulan,  ada yang mampu sehingga RM500 sebulan, dan  ada juga  yang tidak.
  • Perlindungan sedia ada – perlindungan lain untuk kematian, lumpuh, kemalangan penyakit kritikal perlu turut diambil kira, dan mungkin sudah ada kad perubatan daripada syarikat.

Analogi Kad Perubatan dengan Kereta

Semua faktor ini akan menjadikan perbandingan yang adil. Untuk memudahkan gambaran, kita buat perbandingan Kancil dengan BMW.
Memang tidak dapat dinafikan BMW jauh lebih baik secara zahirnya daripada Kancil, namun dengan mengambil faktor harga kereta, harga insurnas, harga cukai jalan, penggunaan petrol, kos penyelenggaraan, dan lain-lain, adalah tidak adil untuk katakan BMW lebih baik daripada kancil dan ia sesuai untuk semua orang kerana Kancil tetap ada kelebihannya yang tidak ada pada BMW.
BMW ada classnya tersendiri. Ia jauh lebih selesa daripada Kancil. Tetapi padanlah dengan harganya, mungkin boleh membeli 10 ekor kancil! Namun, Kancil pun ada kelasnya yang tersendiri, bukan? Dengan membeli sebuah Kancil, seseorang dapat berjimat 90% daripada membeli BMW yang dapat digunakan untuk membeli keperluan-keperluan lain!
Jadi, kesimpulan awal yang boleh kami buat, tidak semua orang perlukan BMW dan jangan memandang remeh kepada Kancil!

Pertimbangan Memilih Kad Perubatan
Berikut adalah beberapa pertimbangan dan penilaian terhadapa produk-produk kad perubatan yang ada di pasaran, tanpa merujuk kepada mana-mana produk dan syarikat secara khusus.
1. Stand Alone vs Rider
Kad perubatan ‘stand alone’ merujuk kepada produk kad perubatan sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama. Kad perubatan ‘rider’ pula merujuk kepada kad perubatan yang dipakej bersama produk-produk asas.
Kad perubatan sebagai rider, walaupun lebih mahal berbanding stand alone, tapi harganya setara sehingga tempoh matang, berbanding dengan kad perubatan stand alone yang akan meingkat dalam tempoh umur 5 tahun sekali.
Apabia membandingkan harga kad perubatan rider dengan kad perubatan stand alone, bandingkan harga secara spesifik kad perubatan sahaja dan bukan kad perubatan bersama produk asas suapaya dapat membuat penilaian yang adil.
Sebagai contoh medical card stand alone berharga RM100 dengan kad perubatan rider dengan harga RM200, nampak sekali imbas bahawa kad perubatan stand alone lebih murah. Tapi jika diperincikan, rupa-rupanya kad perubatan rider yang berharga RM200 tadi adalah terdiri dari produk asas RM100 dan produk medical card RM100. Jadi, kedua-dua kad perubatan itu adalah sama harganya. Ini sekadar contoh sahaja.
Memandangkan produk kad perubatan rider dilanggan bersama produk asas, maka apabila produk asas tamat maka kad perubatan juga akan tamat. Sebagai contoh, jika pelanggan lumpuh maka polisi akan tamat, kedua-dua produk asas dan rider kad perubatan.
Berikut beberapa poin penting perbandingan kad perubatan rider dengan stand alone.
Kad Perubatan Stand Alone;
Ciri: Produk kad perubatan tanpa perlu dimbil bersama produk lain.
Kelebihan:
  • Harganya lebih rendah (kerana tidak perlu diambil bersama plan asas)
  • Tidak perlu mengambil produk asas
Kekurangan:
  • Tiada nilai tunai (sebab itu ia lebih rendah harganya)
  • Harga meningkat dengan range umur 5 tahun
  • Jika terlepas bayaran sumbangan / premium, akan luput.
Kad Perubatan Rider
Ciri: Plan kad perubatan yang perlu diambil bersama produk asas. Plan kad perubatan adalah plan tambahan kepada produk asas.
Kelebihan
  • Mempunyai nilai tunai (sebab itu harganya lebih tinggi berbanding stand alone, dan nilai tunai banyak daripada plan asas)
  • Boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan ‘waiver’ (pelupusan sumbangan apabila berlaku sakit kritikal)
  • Harganya tetap daripada ia diambil sehingga tempoh matang.
  • Sekiranya terlepas pandang, ia boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai
Kekurangan
  • Harga menjadi tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas
  • Akan tamat apabila plan asas tamat, sebagai contoh jika pelanggan lumpuh / TPD (Total Permenant Disaility) maka kad perubatan akan turut tamat.
Kesimpulan: Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Jika mahukan kesemua kelebihan, langgan kedua-dua jenis plan.
2. Ko-takaful atau Tidak Ko-takaful
Ko-Takaful merujuk kepada plan kad perubatan yang memerlukan pelanggan membayar sebahagian kecil kos hospital apabila dimasukkan ke hospital. Ia selalunya 10% atau maksima Rm1,000 daripada keseluruhan bil.
Contohnya, jika bil RM1,000, pelanggan perlu membayar RM100, jika bila RM10,000 pelanggan perlu bayar RM1,000. Tapi jika bil hospital RM15,000 pelanggan perlu bayar RM1,000 juga keranai 10% dari RM15,000 melebihi RM1,000 maka pelanggan hanya perlu membayar RM1,000.
Selalunya kad perubatan tanpa ko-takaful , harganya lebih tinggi berbanding kad perubatan dengan ko-takaful dengan plan perlindungan yang sama.
Sebagai contoh, harga bagi kad perubatan tanpa ko-takaful dengan nilai perlindungan RM50,000 setahun adalah RM150, manakala bagi kad perubatan dengan ko-takaful pula adalah RM100 dengan perlindungan yang sama. Sebenarnya, harga yang lebih tinggi dibayar adalah termasuk kos perlindungan tanpa ko-takaful.
Kesimpulan: Setiap perkara yang lebih, ada harga yang perlu dibayar.
3. Perlindungan Tahunan dan Perlindungan Seumur Hidup.
Perlindungan tahunan ialah jumlah bil hospital yang dilindungi oleh syarikat dalam tempoh setahun, manakala perlindungan seumur hidup pula ialah jumlah perlindungan yang dilindungi syarikat dalam tempoh seumur hidup.
Jangan mudah terpengaruh apabila ada perunding yang membuat promosi “Coverage RM1 Juta!’.
Perlindungan RM1,000,000 memang banyak tapi ia adalah untuk perlindungan seumur hidup. Malah ada juga kad perubatan yang meletakkan had seumur hidup sebagai “Unlimited” atau tanpa had.
Nampak hebat tapi ketahuilah bahawa saya berada di dalam industri ini selama 10 tahun, belum ada lagi pelanggan yang sudah membuat tuntutan perubatan sebanyak RM1,000,000 seumur hidup.
Pelanggan yang saya maksudkan ialah pelanggan saya, pelanggan rakan-rakan saya dan rakan-rakan pelanggan saya.
Jika ada yang sudah berjumpa dengan pengguna kad perubatan yang sudah membuat tuntutan seumur hidup sehingga RM1,000,000 boleh bawa beliau berjumpa saya. Mengapa saya berani katakan sedemikian?
Selalunya, bagi kad perubatan sebegini rupa , had tahunannya adalah 10% daripada had seumur hidup. Jika had seumur hidup adalah RM1,000,000 maka had setahun adalah RM100,000.
Secara logiknya, jika seorang pelanggan sudah membuat tuntutan sebanyak RM100,000 maka dia perlu membuat tuntutan selama 10 tahun untuk menghabiskan had keseluruhan RM1,000,000 tadi.
Wujudkah pesakit hospital yang memerlukan kos sebanyak RM100,000 setahun dan sehingga 10 tahun berturut-turut mendapat rawatan yang sama dan masih belum sembuh atau meninggal dunia?
Kesimpulannya, dalam memilih kad perubatan, perkara yang paling penting ialah had tahunan berbanding had seumur hidup. Selalunya, had yang akan tamat dengan segera ialah had tahunan.
Apabila had tahunan sudah mencecah maksima, maka pelanggan perlu membayar kos tambahan pada tahun berkenaan sekalipun had seumur hidup RM100 juta sekalipun!
Jadi, jangan mudah terpengaruh dengan gimik had tahunan RM 1 juta atau RM1 bilion sekalipun kecuali RM 1 juta itu adalah had tahunan kad perubatan. Percayalah, buat masa sekarang, tidak ada syarikat yang berani meletakkan RM 1 juta sebagai had tahunan mereka.
Jika tuan-puan mempunyai persoalan, boleh ajukan di bahagian komen. Insya-Allah saya boleh kongsikan jawapan di sini atau di ruangan komen.
credit: http://www.majalahniaga.com/panduan-ringkas-memilih-kad-perubatantakaful-insurans.html

Thursday, September 25, 2014

Kalu korang buat nie.. guarantee korang sayang bebenor ejen korang

Tips Takaful

Pastikan anda ada phone number ejen anda. Follow facebook dan instagram mereka supaya anda tak lost track. Selalu check on payment,potongan debit ok ke tak. Ada soalan pasal benefit,pasal pertukaran kelas pekerjaan,pasal nak masuk hospital,dptkan nasihat ejen anda.

Monday, September 22, 2014

Friday, September 19, 2014

Boleh ke mohon insurans / takaful jika sudah sakit??

Share dari seorang sahabat ejen berkenaan permohonan untuk anak yang dah sakit & ingin memohon insurans / takaful 





Kejamnya BANK dan Bahayanya Riba

Kisah nie menjadi pedoman untuk semua, Salam Jumaat semua. Saya petik dari facebook. Mohon baca dengan hati yg tenang dan aman.


Kisah Saya di AmBank
01. Credit Department AmBank
--------------------------------------------------------
Harini saya ke AmBank, sebab dah 2 hari berturut-turut credit depertment AmBank call mintak jelaskan tunggakan. Bila saya tanya berapa yang perlu saya bayar AmBank cakap RM4,548.00. Aduh macam nak terpengsan dengar sebab ingatkan hanya tunggakan sebulan. Rumah saya ni saya sewakan pada penyewa dan saya bagi no akaun bank untuk penyewa terus masukkan setiap bulan. Rupanya penyewa dah tak bayar 2 bulan dan nak masuk 3 bulan. Lewat bayar ni rupanya dah biasa berlaku cuma kali ini sahaja tunggakan nak masuk 3 bulan jadi bank terus call saya.
Bila saya tanya Credit Department AmBank 'kenapa mahal sangat', diaorang kata "ini disebabkan interest yang meningkat, pertama disebabkan Bank Negara dah naikkan BLR dan kedua payment selalu lewat". Jadi untuk turunkan interest saya kena bayar semua payment tertunggak dan isi borang memohon turunkan interest. Untuk selesaikan masalah ni saya call penyewa dan saya bawak penyewa pegi sekali ke AmBank di jalan Yap Kwan Seng (YKS)
02. Di AmBank Jalan Yap Kwan Seng
--------------------------------------------------------
Saya ke kaunter bayaran di 1st foor dan beritahu saya nak mintak turunkan interest sebab interest asal sekitar 1.5% sahaja tapi sekarang AmBank dah naikkan ke 9.35%, ini bermakna saya kena bayar RM1,145++ setiap bulan dan sekarang dah kena bayar RM1,876++ setiap bulan, beza dalam RM700 sebulan akibat kenaikan interest. Kaunter beritahu saya kena buat full payment dahulu lepastu terus ke tingkat 3 untuk pengurangan. Saya terus ke tingkat 3 untuk dapatkan penjelasan sebelum saya buat pembayaran penuh.
03. Di Tingkat 3 AmBank YKS
--------------------------------------------------------
Lepas dapat nombor, saya masuk bilik 9 jumpa officer yang incharge dan beritahu situasi saya. Officer tu cakap saya hanya boleh buat permohonan pengurangan interest selepas 6 bulan dari tarikh penyelesaian baki tertangguh, bila saya nak mintak isi borang office tu cakap "tak perlu@boleh, encik hanya boleh isi borang lepas buat steady payment untuk 6 bulan iaitu sebanyak RM1,876.00 sebulan dan untuk selama 6 bulan", maksudnya en.boleh datang balik isi borang pada 7/3/2015 untuk permohonan pengurangan interest dari 9.35 kepada 7.35 dan itupun ikut budi bicara bank/belum tentu lulus". "Tarikh tu effektif sesudah en.buat pembayaran semua yang tertunggak sebanyak RM4,548.52." "Kalau encik bayar hari ini bermakna 6 bulan dari tarik hari ini baru encik datang balik."
Saya terdiam sekejap, kejamnya AmBank ni, saya datang ke bank untuk berbincang supaya bank boleh bantu saya dan mudahkan saya supaya saya boleh bayar, tapi nampaknya bank memang suka saya tersangkut tak boleh bayar, waktu ni terasa macam masuk perangkap bank.
04. Di Tingkat 1 AmBank YKS
--------------------------------------------------------
Saya tanya kaunter berapa amount pending, officer tu cakap RM4,548.52. Saya beritahu saya nak buat full payment RM4,548.52. Lepas bayar saya terus ke AKPK di Maju Junction tingkat 8, dengan harapan AKPK boleh bantu saya selesaikan masalah dan berunding dengan pihak bank. Officer di AKPK beritahu kes saya ni tidak boleh di rujuk di AKPK sebab AKPK hanya bantu masalah 'Personal Loan' dan 'Credit Card', saya ni dah masuk dalam kategori 'investment' sebab saya sewakan rumah tu. Antara pilihan lain AKPK suruh saya pergi ke BankNegara dan berurusan di LINK, dan saya diberitahu Bank Negara hanya terima complaint. Masa turun dari AKPK saya terfikir untuk cuba sekali lagi ke AmBank dan naik semula ke kaunter 3 dan jumpa dengan pegawai yang lain.
05. Di Tingkat 3 AmBank Kali ke2
--------------------------------------------------------
Kali ni saya dapat masuk bilik 8, berjumpa dengan officer (en.Saiful). Saya ceritakan balik usaha saya untuk bayar bank installment dan saya tunjukkan payment slip yang saya dah buat di kaunter tingkat 1. En.saiful beritahu saya boleh isi borang dah dia akan submitkan tapi dia tak janji boleh ke tak boleh dapat pengurangan.
Apapun menurut en.saiful bank akan beri jawapan didalam tempoh 14 hari bekerja. Dalam hati saya terasa lega sikit, sekurang-kurangnya diaorang cuba usahakan dan dalam masa yang sama saya terfikir inilah bezanya bila berurusan dengan staff melayu dan bukan melayu. Di bilik 9 saya berurusan dengan bukan melayu. Hati mula prajudis bila dengan jelas seorang nampak macam nak menolong dan seorang lain berlagak macam bank tu dia yang punya. (bangsa officer dibilik 9 dirahsiakan sebab bukan tujuan nak salahkan bangsa lain).
Saya tanya lagi pada en.saiful ini sahajakan bayaran yang perlu saya buat? en.saiful kata ada lagi bayaran insuran kebakaran RM184.22 dan charge interest late panelty (LPI) sebanyak RM47.00. Saya sekali lagi jadi terkejut sebab tadi di tingkat 1 kaunter 16 kata saya hanya perlu bayar RMRM4,548.52. dan sekarang bila naik ke tingkat 3 ada lain bayaran yang kena bayar. Saya difahamkan bayaran insuran tak kena interest kalau lewat tapi LPI kena interest. Sekali lagi saya rasa AmBank ni mengianya saya, nasiblah saya tanya semula pada en.saiful kalau tak naik lagi interest dan saya pun tak tahu. Jadi sepanjang hidup saya asyik membayar interest dan bukannya pokok pinjaman.
Saya tanya semua pada office bank tu berapa baki pinjaman keseluruhan yang saya kena bayar. Officer bank tu cakap RM222,585.19. Saya sekali lagi jadi terkejut badak sebab pasa asal loan yang saya buat adalah RM207, 992.00 dan saya dah buat pembayaran dari tahun 2010, maksudnya dah 4 tahun saya bayar dan jumlah loan semakin meningkat dan bukannya semakin berkurang. Inilah zalimnya sistem interest, patutlah islam haramkan interest@riba. Riba ni memang menindas dan paling buruk kita tak dijelaskan tentang penalty dan kadar interest bila lambat bayar walaupun kita bayar.
06. Di Tingkat 1 AmBank YKS
--------------------------------------------------------
Kali ni saya ke kaunter 7, bayar RM230.79 baki LPI dan insuran kebakaran. Saya tanya juga tadi kenapa tak beritahu ada lagi yang tertunggak. Officer tu cakap dia hanya tengok bab bayaran bulanan tertunggak sahaja. Saya rasa kalau macam ni bukan saya sahaja, tentu ramai lagi yang terainaya dengan kes seperti saya. Bank hanya tahu call mintak bayar ansuran bulanan dan tak beritahu berapa perlu bayar termasuk interest. Jadi apa yang berlaku kita hanya akan bayar mengikut amout installment asal seperti yang kita tahu dan bukannya termasuk denda dan interest. Akhirnya interest terus meningkat dan bila kita komplain bank cakap ni pasal kadang-kadang sistem bertukar.
Saya bayar semua payment yang tertunggak termasuk semua interest dan bincang dengan penyewa supaya bayaran interest RM700 tu kami tanggung bersama. Dia bayar setengah dan saya bayar setengah. Jadi dari dia bayar sewa RM1050 sekarng dah jadi RM1500 sebulan. Apapun penyewa bersetuju sebab semua ni disebabkan dari sikap lambat bayar dia. Walaupun penyewa rumah saya seorang berbangsa India tetapi dia adalah penyewa yang baik dan bertanggungjawab. cuma dia ada masalah nak collect hutang dari client dia dan akhirnya dia lambat bayar sewa rumah.
Semua ini tak berakhir disini, saya akan tunggu 14 hari nak tengok AmBank Jawab Apa. Lepas dari tarikh ni kalau jawapannya tidak memuaskan saya akan ke Bank Negara untuk buat komplain dan tindakan-tindakan yang sepatutnya bagi menyedarkan sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang lain di media sosial  tentang bahayanya berhutang dengan bank dan bahayanya riba.
Moral:
01. AKPK menyediakan perkhidmatan kaunseling percuma tetapi hanya untuk menyelesaikan masalah pinjaman Personal Loan dan Credit Card. Kalau kes 'investment' seperti rumah sewa AKPK adalah diluar bidangkuasa AKPK.
02. Bila sewakan rumah pastikan tidak suruh penyewa bayar terus ke bank sebab bila penyewa lewat bayar dan interest naik kita tak akan tahu sehinggalah keadaan jadi diluar kawalan. Dan penyewa hanya bayar sewa bulanan tetapi tak bayar interest yang dikenakan bank.
03. Bank memang suka kita tak mampu bayar supaya interest dapat dinaikan dan akhirnya kita hanya bayar interest dan bukannya pokok@prinsipal pinjaman. Sistem 'interest'@riba ni memang kejap, patutla islam haramkan riba. Akhirnya hutang semakin meningkat dan bukannya menurun walaupun kita bayar bank. Pendeknya Riba=Israel 
04. Mulanya terasa pegawai dibilik 9 agak racist, tapi saya damaikan hati dengan menggangap ini bukan sebab racist tapi sikap individu tersebut. Rasanya tak adil sebab nila setitik rosak susu sebelanga.
Nota: Ayat paling panjang dalam Al-Quran ialah dari surah Al-Baqarah 282 tentang hutang. Panjang lebar Allah cerita tentang hutang. Jadi jangan ambil mudah tentang hutang. Kita perlu ambil berat tentang hutang dari segi membayar hutang dan juga status hutang kita.
credit: https://www.facebook.com/megatzainurulanuar

Thursday, September 18, 2014

Blm ditambah dgn doktor punyer air liur utk consultation, harga bilik, ubat2, & follow up treatment..


Kes orang muda sakit jantung dah banyak saya dengar. Meninggal tetiba di opis, masa drive , sambil tgk tv dan sambil solat.. Kita tak tahu bila akan berlaku... sekurang kurang bila ia terjadi.. kat kita atau family.. at least kita tinggalkan sesuatu yg barharga. Agar mereka yg tersayang boleh teruskan idup dengan aman damai tanpa dibelenggu hutang piutang kita.

kepentingan ada takaful sebagai back up plan.INCOME REPLACEMENT adalah satu cara yg bagus utk atasi masalah mcm ni.




Perkara mcm nilah yang kita nak elakkan berlaku dalam masyarakat kita. Tu sebab saya setiap hari bagi awareness ttg kepentingan ada takaful sebagai back up plan.INCOME REPLACEMENT adalah satu cara yg bagus utk atasi masalah mcm ni.

baru ku tahu...


Wednesday, September 17, 2014

pernah tak korang dengar citer.......................................?

Pernah tak korang citer... ader sorang mamat nie nak pi supermarket beli barang. Sampai saner dier pun ronda ronda lah..masuk department ke satu department kat dalam supermarket tuh. Ngan tetiba ntah macam mana... mamat nie terhantuk kepala kat gondola. aper ker tuh gondola? cer tengok gambar bawah....


Ngan tiba tiba dier merasa ader benda panaz kat tepi mata. Ingat kan peluh.. ruper2nya darah beb. Giler banyak... So mamat nie pun pi lah klinik berdekatan untuk dapatkan rawatan. Duit melayang RM80 pasal kena jahit. Punyerlah bahaya gondola tuh sampai boleh berdarah kat kening mata.So.. terdetik hati mamat nie untuk claim Takaful untuk kemalangan.

Dier pun tanpa membuat masa kontek ejen untuk claim. saper tak sayang duit RM80 melayang cam tuh jer. Ejen dier jawab ditanggung bereh boss. Tersenyum mamat tue. 14 hari kemudian .. mamat nie dapat cheque RM80 akibat terlanggar gondola di supermarket.

Tamat cerita aku di poetang yg serba ngantuk nie.

ps:// moral of story.. idup di muka bumi nie memang is unpredictable. pi supermarket pun boleh accident. nasib baik ader Takaful.. boleh tolong bayarkan balik kos rawatan. Saper nak bagi RM80 free macam tuh jerrrr....

Pada aku insurans ni penting.dulu mmg anggap xpenting.

Pada aku insurans ni penting.dulu mmg anggap xpenting.
Sampai bebel kat laki aku sbb bayo2 tp xda pape.
Bila anak aku jatuh tangga..baru terkial2 menyesal.

Ekceli bg aku org tak tahu..ada insurans yg ada simpanan.
Ingat bayo sia2 je..siap ngn simpanan pendidikan anak lg.
Mcm ko simpan sebulan rm150x12 kalo emergency ko pakai duit tu.
Tp insurans ni ko dah ada medical card ko guna.simpanan ko dlm tu pun ada.dh mmg xterganggu pun.

Mcm aku company laki aku mmg ada insurans satu famili.medical cover.
Tp andaikata suami tu dh xboleh bkerja,jd liabiliti pada syarikat..syarikat buang
Bg pampasan..otomatik insurans pada famili tu mati.
Tp kalo amik insurans..letak lah nama pembayar tu apa tah di panggil aku xngat lah atas nama suami.
Andai pape2 jd kat suami..insurans isteri anak..yg pembayarny suami akn berterusan ditanggung pihak insurans.

Kalo berkelompok ni aku xminat.pernah amik.
Cthny satu famili limit bape puluh k setahun.
Andai anak sorg dh guna penuh jumlah dicover...
Yg lain2 tu kira dh xdilindungi.
Ni yg aku tahu lah.
Sebaikny nak mik insurans mik egen yg betul.baru paham.

Saturday, September 13, 2014

Simpanan lawan takaful

 Duit yang anda dah simpan bertahun tahun dengan impian utk kawin,beli rumah,naik haji akhirnya terpaksa di korbankan untuk kos perubatan adik/ayah/ibu/kakak/abang yg sangat memerlukan.Dengan takaful, tabungan anda selamat kerana anda tidak menggunakan tabungan sendiri,tetapi tabung tabarru' milik semua peserta takaful. 

Mr Lost, Mr Speechless, Mr Smart



Friday, September 12, 2014

SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER !


Nie adalah kali pertama aku masuk segmen pasal blogger. Punyer ler blur gilerrr... patutlah blogger dok post mengepost belog yg mmg nampak samer. ruper ruper nya macam ader contest. Yg selalau tgk #KBBA. Mender tuh... ? Biler masuk belog ben nie baru kita paham. oooo patutlah.. sahut cabaran belog. heheheheeh. So.. ntah kenapa gatai nak tulih n nak masuk segmen nih. Aku try jer.. nak test. Ahaks!!!!!!
peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini 
 Welllllllll... hmmmm... Isu nyer pasal kesedaran Takaful. Masih raaaaaaaaaaaamammmmmaaaiii lagi diluar saner yang masih tak tahu akan kepentingan Takaful. Dengan populasi rakyat Malaysia 28 Juta orang, hanya 14 juta atau 44% yang masih tidak memiliki insurans atau Takaful. Ini kerana salah satu sebab utama tidak mencarum kerna majikan sudah membeli insurans buat mereka n family. Mereka ingat dengan bekerja company dah cover 100%. Mereka dah lupa berapa lamer dierorang boleh bekerja dengan company tuh. Personal Takaful nie elok untuk long term. Macam credit card, ketika sakit swipekan saja kad nie dan terus kad nie tolong bayarkan. Kalau guna credit card kena berhutang kannnnn... Memang ya, ader yang tahu tapi larik bajet. Untuk mewujudkan kesedaran ini, pasal itulah aku buat belog. memandang media sosial menjadi suatau fenomena di alaf baru nih, aku kira dapat mendidik dierorang akan kepentingan Takaful. Aku tak suka sells pitching. Itu belakang kira. 

Aku harap dengan menjadi blogger Takaful nie boleh memberi impak walaupun sebesar zarah kepada masyarakat disekeliling dan negara.

Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa.
 Kenapa tidak. Mestilah best boleh buat apa yg kita suka. Itu aderlah cita cita aku nak jadi lady in leisure. Aku dapat mengembara sebagai backpakers ke tempat yg aku nak pergi. Mengembara sambil menghayati keindahan Illahi. Dapat Ilmu yg tak dapat dijual beli. Spend dengan Family n boleh ambik kelas memasak... (best tgk cousin pi kelas masak n boleh masak sedap2 n banyak2). Aku cemburu dengan kekawan yg ader maser yg flexible yg tidak terikat dengan waktu. Sekarang nie pun aku just part time Takaful ejen jer. Masih mendaki ke puncak jaya. menanti pendapatan yg beribu ringgit. Sambil mobile still boleh jadi blogger yg hebat!!!! :)
Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagaiBackup Plan masa depan ?
Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?
Bisnis erk? Seperti yg aku buat sekarang nie, bisnis Takaful. Ini aderlah back up plan aku. Aku dulu bercita cita nak ader duit RM1 Juta. N masih optimis untuk mencapai kearah itu. Ejen Takaful seperti blogger, niat dihati mestilah nak create awareness bukan nak kearah duit semata mata. Memang ya, siapa nak kerja FREE kalau tak der imbuhan. Apa yang aku alami sendiri, pada mulanya memang aku jadi ejen nie nak dapat extra income tapi tak der passion n patient. Aku hampir kecundang hinggalah aku sedar untuk memberi awareness kepentingan Takaful biler aku tgk ramai yg sakit biler nak bayar kos rawatan nih. 

Harapannnnnnnnnnnnnnn....... aku harap blogger di luar saner menyampai sesuatu luahan atau cerita tue mesti jujur, amanah n tepat. Janagn jadikan media sosial tempat meyebar citer palsu n perkara yang menyakitkan hati. Harapan aku , blogger dapat menyampai sesuatu cerita yang boleh menjadi tauladan, boleh hilangkan stress orang luar saner, boleh buat kita teruja dan boleh buat tersenyum....

Peace No war!!!! Cheers ))

Thursday, September 11, 2014

Orang muda patut malu dengan orang tua yg beli insurans

Kadang2 org bukan x mampu nk beli insurans atau takaful..tp sifat bertangguh yg menyebabkannya tidak mampu kerana semakin meningkat umur kita semakin tinggi premium yg kita perlu bayar setiap bulan..
So itu salah satu sebab kenapa kita perlu mencarum bermula dr umur yg muda lg..
Ibarat payung...Takaful n insurans akan digunakan apabila perlu....sediakan payung sebelum hujan..


Wednesday, September 10, 2014

luahan hati seorang Ibu mengenai Takaful atau Insurans (MUST READ!!!!!)


Apa itu Cerebral Palsy? 

CEREBRAL ialah OTAK

PALSY bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT

Kanak-kanak Cerebral Palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melahirkan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan diperingkat awal bayi dilahirkan-ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

SEBELUM KELAHIRAN
1. Jangkitan dalam rahim
2. Ibu mengalami darah tinggi, kencing manis dan kurang darah ketika mengandung
3.Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

SEMASA PROSES KELAHIRAN
1. Kelahiran tidak cukup bulan
2. Kecederaan semasa lahir
3. Lemas semasa lahir
4. Jangkitan semasa lahir

SELEPAS KELAHIRAN (SEBELUM BERUMUR 3 TAHUN)
1. Meningitis (Jangkitan kuman diselpaut otak) - demam kuning
2. Jaundis yang teruk (kemicterus)
3. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal

Setiap kanak-kanak cerebral palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial

PUNCA-PUNCA
1. Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) - punca utama
2. Perkembangan otak yang tidak normal
3. Rembesan (Intraeraneal bleeding)
4. Demam kuning
5. Terhentak/ terhempas/ kejutan
6. Serangan Kuman /Penyakit

TANDA-TANDA
1. Bayi kelihatan lembik
2. Lewat perkembangan
3. Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
4. Masalah menyusu
5. Kerap menangis, meragam, menrenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas
6. Sembelit
7. Cepat marah

credit: http://yongnoina.blogspot.com/2009/02/apa-itu-cerebral-palsy.html

Ulasan: Secara am nya,  Cerebral Palsy nie dikategorikan dalam konginental illness. Pihak insurans/takaful TIDAK COVER seperti tertakluk dalam PENGECUALIAN. Akan tetapi, setelah diselidiki, ader Insurans yg berkonsepkan konvensional, COVER Cerebral Palsy; yaitu PRU MY CHILD. Parents boleh buat tuntutan dinatara RM10,000 -RM30,000 (berdasarkan package).

Tuesday, September 9, 2014

Luahan Hati Olalajuon ...: Pembedahan Tujuan Pemindahan Wajah Orang Lain

Luahan Hati Olalajuon ...: Pembedahan Tujuan Pemindahan Wajah Orang Lain: WARSAW - Seorang lelaki berusia 33 tahun di Poland menjalani pembedahan pemindahan keseluruhan muka tiga minggu selepas wajahnya ce...

Aku nak citer pasal takaful...zzzzzzzzzzzzzzz.. n bla... bla...bla...bla...... (AKU COPY N PASTE JER citer nie pjg bebenor...aku pun tak terbacer... heheheheeh)


1.Saya tidak perlukan insurans nyawa kerana sudah ada insurans company?
# Memang kebanyakan dari kita mempunyai insurans dari compnay dari tempat kita berkerja,tetapi pernahkah anda bertanya kepada company anda berapa maximun anda boleh gunakan dari insurans company.Selalunya maximun bagi kegunaan bagi insurans compnay adalah dari RM 5000 - RM 10000.Cth:jikalau Bil perubatan anda 20 K anda terpaksa menaggung nye sendiri bagi 15 k tersebut.


# Pernahkah anda terfikir jikalau anda bertukar kerja atau diberhentikan kerja,tiba-tiba anda diserang penyakit,Insurans company lama anda tidak akan cover anda lagi.Pernahkan anda terfikir bahawa insurans company tidak menjamin anda sepenuhnya.

2.Saya akan amik personal insurans bila dah nak pencen sebab rasa diri anda tidak akan sakit semasa muda?

#Anda perlu tahu bila anda mengambil personal insurans diwaktu tua bayaranya sangat tinggi berbanding jika anda mengambil di usia masih muda.Akhirnya anda tidak akan mengambilnya dan bila sakit akan masuk ke hospital kerajaan.Bla layanan kurang memuaskan anda complain sedangkan anda dapat layanan setimpal dengan apa yang anda bayar. 




3. KENAPA TAK BOLEH NAK CLAIM ?


Insurance penipu!! ...Insurance nak jual punya le bagus, nak claim macam-macam hal. Kenyataan negatif yang sering saya dengar apabila saya memperkenalkan diri saya.
Tapi, Alamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perihal yang berkaitan dengan insurance atau takaful ini.

Pada pengalaman saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya hilang terus kepercayaan mereka terhadap insurance/takaful.

Jadi, saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, terdapat beberapa sebab yang utama, kenapa insurance tidak meluluskan claim yang dibuat oleh client.
Antara Sebab Utama adalah...

a. Policy Lapsed
Policy lapsed ini bermaksud, policy tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insurance atau takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insurance tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai policy kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan. 

Satu lagi, kalau policy dah lapsed, walau pun kita hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau le client sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)...pada masa grace period tu, so, memang tak bleh nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupany belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Kan susah kalau jadi apa2 macam tu. Jadi, pastikan jangan sampai policy lapsed.


b. Manfaat tiada didalam jadual policy
Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada policy insurance, mereka dengar agent cakap, "Semua Cover"...mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat insurance tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.

Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card...mereka dengan penuh yakin, "Saya dah ada"....tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan "MEDICAL CARD" 

Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)...minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.

Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card kita nak pakai?....bayangkan...lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap....sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?....kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak pening kepala.

Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.


c. Pengecualian (Exclusion)
Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.

A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya...(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).

B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition"

Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.

D. Non-Disclosure

Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatakan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.


E. Waiting period (tempoh menunggu)
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.

Berikut adalah contoh tempoh menunggu bagi Plan Prudential atau Prudential BSN Takaful.



Tips untuk anda . Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit specifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa.


Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.
-Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu

-Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
-Diabetes Mellitus
-Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
-Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
-Hernia, buasir atau fistula
-Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin


Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insurance berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak claim. Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.

Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.

Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospect saya "Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?...sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari altenatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi."


4. Ada Medical Card Company? Tapi masih perlu Medical Card...


Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, " Buat apa amik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited... " atau ada juga yang bagitau saya, " Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru amik "
Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tenpa anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.

Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.

PERTAMA - Company cover unlimited....Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)....limitnya adalah...

i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?...Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?...Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?...

Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri... 


ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?...Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda.."Haaa, masa tu baru le amik medical card.."....jawapan saya "...Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang...sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you....masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF....bagaimana hari tua anda?....EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital....Fikirkan lah sendiri.."


KEDUA - Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.
Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.

Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital...pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, "Kau tau dari awal ke yang kau akan kena sakit nie?...." atau "Kau memang nak ke, sakit nie terkena kat kau"...cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.

Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya....anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa aka datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri.