Pernahkah anda membaca kisah seorang anak yang menerima surat dari LHDN untuk menuntut bayaran hutang cukai dari Allahyarham? Bunyi macam kejam bukan? Itulah hakikatnya.
Apa yang perlu anda buat jika dapat surat ini? Mestilah kena buat bayaran selaku warisnya. Hutang memang wajib dibayar walau tidak dituntut tapi agak terkejut kerna yang meminta hutang adalah dari sebuah organisasi berbentuk Lembaga Hasil Dalam Negeri. Memanglah kita akan rasa ganjil tapi hakikat itulah tanggungjawab seorang rakyat yang WAJIB membayar cukai. Kalau dapat surat ini tak perlulah tuan puan memarahi pihak kerajaan. Kerna sudah jadi tanggungjawab pihak kerajaan menuntut hutangnya jika ada. Seperti manusia menuntut hutangnya jua.
Perlu diingatkan, sebelum LHDN mengeluarkan surat baki cukai ini, pihak mereka sudah pun memeriksa ada tak organisasi yang lain boleh tolong bayarkan baki hutang cukai ini. Kebiasaanya pihak LHDN akan melihat KWSP arwah terlebih dahulu. Jika masih ada baki dan baki KWSP belum dituntut, pihak KWSP tak akan teragak-agak untuk tolong bayarkan baki caruman itu kepada pihak LHDN. Pewaris akan dapat hasil bersih sahaja.
Kalau dilihat media sosial baik di FB, blog, instagram, tinder, whastapp atau LinkedLN, pasti anda dah biasa baca ejen takaful terutamanya mempromosi pembahagian harta pusaka secara hibah. Perlu diingatkan tak semua perlu hibah.
Hibah yang ejen takaful war-warkan adalah berbentuk pampasan takaful jika pencarum itu mengalami kematian tak kisah meninggal cara kemalangan, sakit atau meninggal secara mengejut. Jika berlaku musibah kematian, pewaris (berdasarkan penama) akan terus dapat duit pampasan takaful. Pihak takaful akan memberi nilai pampasan berbentuk cheque. Hibah secara takaful ini adalah hibah bersyarat. Syarat nya adalah sebagai contoh Si isteri akan dapat jumlah pampasan sekian-sekian jika si suami meninggal dunia. Hibah secara keseluruhannya bukan untuk menutup faraid, bukan, ia sebenarnya ingin menolong waris terutama isteri, isteri kedua, isteri ketiga dan keempat, anak-anak perempuan, untuk mendapatkan haknya sama rata. Pampasan takaful ini adalah salah satu aset yang mudah cair selain KWSP, LUTH, dan emas. Melalui pampasan takaful cara hibah ini, dapatlah penerima membayar hutang piutang arwah, buat perbelanjaan harian, buat modal untuk meniaga, buat perlaburan untuk masa depan, atau buat tembus harta pusaka.
INGATLAH!!
Takaful tak menjanjikan KEKAYAAN, tapi ia MENRINGANKAN beban masalah kewangan yang tersayang.
ANAK KECIL PULANG PETANG,
PULANG DENGAN HATI YANG LAPANG,
JANGAN ABANG RASA BIMBANG
BUAT HIBAH GUNDAH PUN HILANG.
#cpmbk
#takaful
#MLTT
#takafulinfant
No comments:
Post a Comment