Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Friday, July 31, 2015

Kisah Teladan: Janganla Sombong sangat

Saya petik dari kisah teladan disalah seorang ejen punya blog. Kisah benar dari pengalaman beliau.. Harap kalian dapat membaca dengan hati yang lapang.


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu kisah benar yang baru  sangat berlaku baru-baru ini.. Mungkin boleh di jadikan ikhtibar atau tauladan.
Ini daripada pengalaman sendiri yang masih sangat terasa kehangatannya.. Saya percaya bdang ini bukan mudah, Jika anda berada lama dalam bidang ini anda akan lalui perkara yang sama saya lalui, di ketawaka, di perlekehkan, di gelakkan, di kutuk, dan sebagainya. Semua itu saya anggap sebagai batu-bata yang akan saya gunakan untuk membina istana..
Saya masih teringat satu pengalaman saya tahun lepas 2011 apabila ingin berkongsi dengan rakan sekampung melalui lawan sosial (facebook), Baru sahaja memberi salam terus dia menjawap
kalau kau nak tegur aku sebab nak cerita pasal insuran aku mintak maaf, jangan sampai aku blok ko
Nauzubillah. Saya hanya ingin berkongsi, tak sempat pun nak berkata apa2.
Daripada maklumat yang saya perolehi rakan ini tidak bekerja, hanya menjaga 2 orang anaknya dan hanya suaminya sahaja yang bekerja maklumlah mungkin sudah agak selesa saya rasa, (ni sebab suaminya memandu toyota wish, kurang2 gaji saya rasa 5k sebulan). Mungkin sebab itu juga dia rasa tidak perlunya takaful ini.
Pada bulan 5/2012 saya terlihat pada wallnya (facebook) ramai yang mengucapkan takziah di atas pemergian suaminya yang meninggal lemas ketika memancing.
Saya rasa bersalah pada diri sendiri sebab tidak dapat berkongsi tentang pentingnya takaful ini.
credit: http://razmanget.com/2012/07/05/janganla-sombong-sangat-dengar-dan-fahami-apa-kepenting-takaful-ini/

mbk
perunding takaful
0192853910

Thursday, July 30, 2015

Kisah Teladan: Hadiah dari suami tercinta untuk isteri dan anak-anak kesayangan.

Satu hari ejen telah berjumpa dengan satu keluarga yang agak selesa dengan apa yang mereka miliki. Dr Shahrull Azim, Seorang doktor pakar Saraf. Bekerja di hospital swasta ternama dan anggaran pendapatan bersih beliau setiap bulan diantara RM 20K – RM30K.
Setelah menerangkan apa yang sepatutnya kepada keluarga tersebut isterinya Puan Faridah mencelah,
Takperla bang kita ada duit, takyah ambik pun takper. Lagipun abangkan kerja kat hospital. Semua cover, Apa yang kita ada ni pun dah cukup sangat. Masuk takaful ni kalau tak claim rugi jer.
Dr Shahrull Azim tak berkata apa, tetapi ejen takaful paham sangat apa yang berada di fikiran doktor tersebut. Setelah selesai tugas ejen, dia pun bergegas kerana ada temujanji yang lain.
Keesokkan harinyaejen takaful dapat panggilan Daripada Dr Shahrull Azim menyuruh beliau ke ofisnya. Memang betul apa yang ejen takaful sangkakan Dr Shahrull Azim mengambil plan yang di cadangkan oleh beliau. Agar tidak mengecilkan hati isterinya Dr Shahrull Azim terpaksa mengambil takaful tanpa pengetahuan isterinya. Mungkin itu lebih baik baginya.
Ternyata apa yang diterangkan oleh ejen takaful memberikan kesan kepada hati Dr Shahrull Azim. Pastinya Dr tahu apa yang lebih baik untuk keluarganya.
Malang tak berbau.. disangkakan panas berpanjangan rupanya hujan di tengah hari.
Dr Shahrull Azim terlibat dengan kemalangan maut di MRR2 berhampiran Hotel Flaminggo. Kereta BMW x3 yang dinaikinya dirempuh lori pasir. Dr meninggal di tempat kejadian.
Kehidupan Puan Faridah dan 4 orang anaknya mula berubah sedikit demi sedikit. Nasib baik rumah Banglownya di Kemensah Melawati yang di beli oleh Arwah Dr memiliki MRTA. Kalau tak pasti akan tergadai.
Puan Faridah cuba mempertahan apa yang termampu. Termasuklah kereta Toyota vellfire dan kereta  kesayangan Arwah BMW 6 siries. Sedikit demi sedikit asetnya terpaksa dilepaskan..
Puan Faridah menjadi malu dengan jiran2 sekeliling. Tak sampai setengah tahun pemergian suaminya kehidupan keluarganya telah berubah 360%.
Berita kematian Dr baru di ketahui  oleh ejen takaful. Itupun setelah dia ke Hospital Pakar tersebut melawat clientnya yang warded. Kebetulan di hospital yang sama ejen takaful berhajat ingin berjumpa dengan Dr Shahrull Azim. Alangkah terkejutnya beliau bila mendapat tahu yang Dr Shahrull Azim telah meninggal dunia akibat kemalangan.
Tugas ejen baru bermula.. ejen Terus ke rumah Puan Faridah uutuk membuat kunjungan serta meminta dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan.
Malu  Puan Faridah bila melihat ejen, Dia baru sedar dan paham apa yang dimaksudkan oleh ejen sebelum ini. Tetapi baginya sudah terlambat. ejen membawa perkhabaran gembira, Meminta segala dokumen yang diperlukan untuk beliau membuat tuntutan. Arwah Dr Ada meninggalkan asset untuk isteri dan anak-anaknya sebanyak RM2,500,000.00.
Puan Faridah sebak takyah cakapla… Tak sangka apa yang telah di buat oleh suaminya….
Nota cik puan MBK: Sangat penting takaful ni dan Penting juga kita memberitahu orang terdekat yang kita memiliki takaful. Ini akan dapat membantu agen menjalankan tugasnya dengan lebih cepat.
credit : http://razmanget.com/2012/05/31/hadiah-dari-suami-tercinta-untuk-isteri-dan-anak-anak-kesayangan/

Monday, July 27, 2015

Nak buat apa beli insuran?… membazir je…



Dafi adalah seorang pemuda yang kacak & bujang. Beliau kini berusia 21 tahun dan baru sahaja bekerja di sebuah syarikat swasta sejak 3 bulan yang lalu.
Suatu hari, rakan beliau yang bernama mawi telah datang menemui beliau dan menawarkan polisi insuran & takaful khusus untuk melindungi pendapatan & kewangan beliau memandangkan beliau kini sudah pun bekerja. Namun begitu, tawaran tersebut telah ditolak oleh dafi mentah-mentah dengan alasan.. “Gua bujang beb.. buat apa nak beli insuran? Bukannya ada anak bini pun nak kena tanggung?.. Lagipun aku baru angkat moto baru.. tak cukup duit la nak bayar insuran bulan-bulan.”
Mawi yang baru sahaja sebulan menjadi agen insuran tidak dapat menangkis alasan & penolakan dari Dafi. Maka.. berlalulah mawi dengan perasan yang sedikit hampa pulang ke rumah dan kemudian menghempaskan dirinya ke atas katil sambil memukul-mukul bantal.. sambil menjerit… “why~~ why~~ why~~ why me~~~” Oh!
Beberapa hari selepas itu.. mawi telah mendapat idea bagaimana hendak menjawab semula alasan yang diberikan oleh Dafi. Dengan perasaan yang berdebar-debar, dia cuba menghubungi Dafi menggunakan telefon bimbit m-mobile nya..
Hello…” sapa mawi sebaik sahaja mendengar panggilannya di angkat
Hello“…. suara perempuan kedengaran menjawap panggilannya..
Eh! salah nombor ke nie?.. apsal pompuan pulak yang jawap?… ujar mawi di dalam hati..
Er… boleh saya cakap dengan Dafi?”… tanya mawi ragu-ragu..
“Oo.. abang dafi ke? abang dafi kat hospital sekarang.. dia tak boleh nak cakap”.. jawap adik manis tersebut..
“Hah?! Hospital? kenapa?”. tanya mawi agak terkejut..
“Abang dafi eksiden semalam..” jawap adik manis (adik perempuan dafi) itu lagi..
==========
Tamat… ho! ho! ho!… saya memang suka buat cerita tergantung..
Sebenarnya, apa yang saya cuba sampaikan disini, ramai anak-anak muda yang masih bujang mempunyai tanggapan yang sedikit silap terhadap insuran. Bagi mereka, mereka tidak mempunyai apa-apa lagi tanggungjawap dan tanggungan seperti.. isteri dan anak-anak. Oleh itu, insuran tidak penting bagi mereka.. membeli insurans sewaktu bujang hanyalah satu pembaziran pada padangan mereka..
Adik-adik yang dikasihi… insuran itu sebenarnya adalah bertujuan untuk melindungi pendapatan anda. Dan apabila disebut “pendapatan”, ia biasanya akan digunakan untuk menanggung beberapa pihak, iaitu :-
  • Diri anda sendiri
  • Isteri & anak-anak
  • Ibu & bapa (kadangkala)
Sebagai seorang lelaki/wanita bujang yang bijak dan berjaya. Anda seharusnya mempunyai perancangan yang baik untuk melindungi pendapatan anda. Ya.. anda masih bujang.. dan tidak ada sebarang tanggungan kecuali terhadap diri anda sendiri. Kalau anda mati.. tak perlu risau anak & isteri anda akan kebuluruan seperti kisah si ibu malang. Anda bujang!.. anda hanya perlu dibungkus dan tanam.. habis cerita..
Tapi.. bagaimana jika anda tidak mati?.. Sakit.. lumpuh.. buah pinggang rosak, kaki patah atau koma dan hanya terbaring sahaja di atas katil.. siapakah yang nak menanggung kos perubatan anda?. Siapa yang nak menanggung makan-minum anda? Siapa yang nak bayar hutang motor, ptptn, kad kredit dan juga hutang rokok anda di kedai mamak?…
Jika anda adalah anak atau cucu kepada lim goh tong.. mungkin ianya tidak menjadi masalah sangat. Tetapi, hakikatnya tidak begitu…
Jadi.. jika ada orang yang menasihatkan anda dengan berkata .. “Anda bujang!.. tidak perlu membazirkan wang membeli insuran“… pastikan orang tersebut tidak berhutang apa-apa pun dengan anda serta jangan menurunkan apa-apa tandatangan jika ia meminta anda menjadi penjamin bagi pinjaman kereta atau pinjaman peribadi beliau…. oh!
Jadi… fikir-fikirkan semula… adakah anda pasti anda tidak memerlukan insuran @ takaful untuk melindungi pendapatan anda sewaktu bujang?
credit: http://www.mohdsuhaimy.com/2007/10/19/nak-buat-apa-beli-insuran-membazir-je/


Luahan hati seorang ejen bahagian 2

Sbg agen, memang T/jawab saya up to date pyment client..supaya kami nak pastikan status polisi dan medical card aktif..
Tuhan jela tahu betapa tebal muka saya tiap bulan mintak client setelkan takaful mereka.. Ada yang marah, ada yg serabut, tapi bila tugas dan tanggungjawab maka biarlah kena marah asalkan tidak dihina bila saat client kecemasan sebegini..
Bagi yang nak stop polisi, fikirlah dua kali..kita rasa susah dan rugi saat kita selesa, tapi bilamana keadaan sebegini, kita akan menyesal tak sudah..
Mohon maaf jika ada yang terasa..
Ambiklah iktibar..


mbk
perunding takaful
019-2853910
T_T https://www.facebook.com/mardiyah.kamarudin

Luahan Hati seorang Ejen.......

Bila ada client, kami kena jaga client sebetulnya, advise tindakan yg terbaik supaya tiada masalah dlm urusan takaful..
Paling penting adalah payment bulanan yang perlu up to date..
Give me ur TRUST..

mbk
perunding takaful
019-2853910
T_T https://www.facebook.com/mardiyah.kamarudin


Wednesday, July 8, 2015

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta". Hadith Riwayat Bukhari

Saya ada terjumpa iklan berkaitan dengan insurans/takaful. Walaupun syarikat insurans/takaful yang akan kalian tonton ini, bukan dari syarikat insurans/takaful yang saya wakili, apa yang penting bagi saya ia memang memberi satu "message" yang jelas akan kepentingan insurans/takaful. Kisah seorang suami yang menyesal kerna tidak mencarum insurans/takaful seperti disarankan oleh isteri beliau. Setelah suaminya sudah tiada, suaminya meninggalkan hutang yang begitu banyak yang mana isterinya perlu menjelaskannya. Hidup dengan hutang yang banyak atau sikit akan menjadi beban untuk ahli keluarga. 





Hidup tidak pernah menjanjikan kepastian, apatah lagi dalam melayari sebuah rumahtangga yang tidak pernah sunyi daripada cabaran dan dugaan.

Namun, perancangan awal mampu membantu dalam menghadapi saat-saat getir. Pelan perubatan yang baik bukan sahaja dapat meringankan beban namun dapat membela nasib mereka yang disayangi.


Sebagai Takaful Ejen, saya berharap agar dapat mencetus inspirasi kepada orang ramai untuk membuat perancangan awal.

mbk

0192853910
Perunding Takaful
T_T akupenjualinsurans@blogspot.com
https://www.facebook.com/mardiyah.kamarudin

Tuesday, July 7, 2015

income replacement


Income replacement adalah sejenis protection utk tiga keadaan utama yg boleh berlaku bila bila masa seperti sakit kritikal, hilang upaya bekerja dan meninggal dunia. 

Kalau insurance, kite byr bulan2, die jadi mcm simpanan, satu mase nnt die pulangkan kan?income replacement same juga x?

.income replacement is a takaful application. So true..memang part of the money will be return as saving..

mbk
perunding takaful
0192853910
T_T akupenjualinsurans@blogspot.com
FB : https://www.facebook.com/mardiyah.kamarudin

Pekerjaan yang mulia




Tidak perlu fikir tanggapan orang bila kita offer pelindungan takaful, asalkan kita mempunyai niat yg betul. Jika ditolak tidak mengapa kerana disisi Allah Swt inshaallah sudah tercatat kebaikan.


mbk
perunding takaful
0192853910
T_T akupenjualinsurans@blogspot.com
FB : https://www.facebook.com/mardiyah.kamarudin