Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Monday, November 25, 2013

Edisi medical card cover komplikasi kehamilan 1: Kehamilan Luar Rahim (Ektopik)


Apakah itu kehamilan di luar rahim?
Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu. 

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. 

Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya. 

Bilakah kehamilan di luar rahim biasanya berlaku?
Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid. 

Mengapakah kehamilan di luar rahim berlaku?
Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. 

Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim. 

Siapakah yang berisiko mengalami kehamilan di luar rahim?
Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk: 
  • Jika anda pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim yang dibedah.
  • Jika anda mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.
  • Jika anda pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).
  • Jika anda hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.
  • Jika anda menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10. 
  • Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah. 

Apakah simptom-simptom kehamilan di luar rahim?
Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah. 

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti: 

Pendarahan faraj yang tidak normal 
Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun"). 

Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut 
Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor. 

Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut: 

  • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
  • Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
  • Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
  • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya syak bahawa saya hamil di luar rahim?
Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera atau pergi ke hospital. Jika tiub anda telah pecah, anda perlu terus dibedah, tetapi dalam kebanyakan kes, kehamilan di luar rahim dapat dikesan awal dan ujian-ujian dapat dilakukan dan pembedahan (jika perlu) dapat dirancang. 

Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim. 

Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari. 

Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub anda. 

Bagaimanakah kehamilan di luar rahim dirawat?
Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana: 
  • pembedahan ini lebih cepat;
  • kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini;
  • anda tidak perlu tinggal lama di hospital;
  • kurang ubat penahan sakit diperlukan.

Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang. 

Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada: 
  • tahap kerosakan tiub tersebut;
  • tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi;
  • keinginan anda untuk hamil lagi.


Dalam sebilangan kes, biasanya dalam kes-kes di mana tiub tersebut dapat diselamatkan (kira-kira 4 peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan 8 peratus dengan kaedah pembedahan terbuka), kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya. 

Metotreksat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu. 

Dalam kes-kes tertentu di mana kehamilan di luar rahim telah dikesan dari awal lagi tetapi lokasi sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi atau "tunggu dan lihat". Ini kerana, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya, terutamanya dalam kes di mana tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap sangat rendah. Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. Namun, ini berlaku dalam kira-kira satu perempat daripada kes-kes tersebut. 

Adakah kehamilan di luar rahim akan menjejaskan kesuburan?
Jawapannya ialah ya, ia mungkin berlaku. 

Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama. Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, kebarangkalian untuk hamil adalah kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini, samada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri. 

Kira-kira 65 peratus wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas kehamilan di luar rahim, tetapi jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF. 

Apakah kebarangkalian untuk mengalami kehamilan di luar rahim lagi?
Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk mengalaminya lagi. Walau bagaimanapun, risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap kerosakan yang telah berlaku. 

Anda patut membuat temu janji susulan dan meminta nasihat yang jelas mengenai masa depan kehamilan anda daripada pakar obstetrik. 

Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke atas tiub anda. 

Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat mungkin. 

Berapa lamakah saya harus menunggu sebelum mencuba lagi?
Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi. 

Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya. 

sumber: http://www.babycenter.com.my/a1052719/kehamilan-di-luar-rahim#ixzz2lczEY6a8

ps:// Jika berlaku kehamilan luar rahim, pihak Takaful akan membayar pampasan sebanyak RM6,000 -RM10,000 (tertakluk pada pakej yang ditawarkan).

mardiyah79@gmail.com

Friday, November 22, 2013

Edisi sedih : Donation Takaful

Saya petik dari facebook Wardina Safiyyah OfficialPage

Ni wajah adik kita which was mentioned by teacher Aimi. I feel so sorry for him...May Allah protect him.
THIS message is VERY disturbing. WHY must this patient WAIT??? Astaghfirullah..... And why is the hospital ONLY giving him pain killers??? Please enlighten me.

Salam Kak Dina..saya mohon bantuan Kak Dina.

My name is Aimi. I'm a teacher in a boarding school in Kedah. One of my really good students who just finished his PMR is suffering from an untreated serious head injury (kapilari darah di brain pecah, according to early diagnosis) due to lack of specialists in the government hospitals in Kedah. In the mean time, while waiting for specialists to come down next week, he is suffering from a really continuous and agonizing pain. the only thing the hospital could do is give him pain killers (lots of them) while he waits. The family could not afford the cost for the operation which is about RM 6000, let alone to seek disgnosis from a private hospital which could reach up to RM 20-30k. His mother said that he is slowly becoming forgetful and this is very worrying. Hanif (the name of the boy) is a very hardworking and diligent student, who genuinely loves school and studying. all he could think of lying on the bed is to get back on his feet and go to school. a well-mannered boy but unfortunately his family is not very affluent. This was a text message a colleague of mine received from hanif’s mom this morning:

"Salam cekgu eja.saya mak hanif.cekgu ingatkan,hanif skrg terbaring sakit.minggu depan dr pakar dari kl akan buat rawatan,tapi memerlukan belanja 5-6 ribu.saya hanya jual kue.ayahnya pula takda kerja tetap.duit itu sebenarnya bukanlah banyak sgt bagi orang yg ada.tapi kami memang takda.saya nak minta tolong cekgu siar kat internet.kami sgt terdesak,masa pun tak panjang.kasihan hanif menahan sakit sebelum keadaan bertambah teruk lagi.terima kasih."

I really hope Kak Dina could pass this message on Facebook and I thank you and everyone (in advance) for your help, even in the littlest way. May God bless you. Today you help someone's child, inshaAllah, next time when u r in trouble, God will send good people to help you ease through your trouble.

these are the acc details:
Indrawati Aisyah binti mahmud
Bank rakyat22-003-153923-1
012 4622473

Edisi feeling Happy : Alhamdulillah dapat tolong share kepoweran Takaful (ADER GAMBAR CLAIM ELAUN HOSPITAL)

Just nak share dengan Takafulovers and non believers...

Semalam pergi melawat client saya sambil nak tolong buat claim pre-hospital. Anaknya masuk spital KPJ Ampang puteri 3 hari akibat viral fever n ulser mulut. Anaknya baru umur 1 tahun. Saya sungguh terharu biler client saya ucapkan terima kasih kerna kenalkan Takaful. Baru saya tahu, company tak cover medikal anak. Client saya kata nasib baik ader medikal kad. Kos rawatan dah RM3,000. Kalau tak pening jugak kepala nie. Saya hanya tersenyum dan bersyukur kerna dapat kenalkan Takaful.



I'm feeling so happy today....





ps:// alhamdulillah.. tuaian Takaful sudah nampak hasil

Edisi Nasihat Takaful: Cam ner nak pilih Takaful?

Setiap polisi ada kelebihan dan kekurangannya, bergantung kepada kehendak korang sendiri untuk memilih.

so, kalau kau rasa tak berbaloi dengan insurans atau takaful, baik kau stop bayar dan surrender je. Beli medical card takaful yang korang nak tu. Biasanya ada pelan 1,2,3,4. Pelan 1 tu murah sikit tapi coverage kurang, pelan 4 tu paling mahal (takdela mahal sampai puluh ribu ). Korang kena tengok dulu apa yang dia cover untuk korang. 

Contohnya:
Room & board (maximum berapa hari dia cover kalau kita masuk wad kat spital & sehari berapa dia cover)

Out-patient benefits - jenis kecederaan yang macam mana dia cover, consultation boleh claim tak, ambulance fee ada x, medical rekod fee, 

Pre & post benefit - sebelum korang masuk wad & selepas korang masuk wad kan biasanya kau jumpa doktor mintak nasihat, ubat, itu, ini, tengok apa yang dia cover. Dan tempoh untuk claim selepas kau keluar wad (discharge) berapa hari, contohnya 45 hari, 60 hari....lepas tempoh ni kalau korang pegi spital amik ubat, jumpa doktor ke apa, korang dah tak boleh claim lagi. Semua tanggungan sendiri.

Manfaat malapetaka perubatan - outpatient cancer, outpatient dialysis, organ transplant

Wang ihsan - perbelanjaan pengebumian, had tahunan keseluruhan, had seumur hidup

Lebih kurang macam tu la...kang jangan main sign je, baca dulu  Kalau tak faham tanya dan mintak dia explain betul2. Dan make sure ejen tu ada kad LIAM (Life Insurance Association of Malaysia - ni untuk life insurans la, bukan general insurans)...

Kalau general insurans tu macam Fire Ins, Vehicle (car/motor ins untuk renew roadtax), houseowner, equipment, insurans suara macam fafau hotfm beli tu, dan banyak lagi la...

Ok.. dah penat aku citer.. ikut korang lah nak dengar ker tak. Kalu yg raser ader super power and immortal.. tak yah ambik insurans atau Takaful. Buat semak jer. Yang rasa bukan kaum kerabat bills gates atau sultan brunei, aku sarankan 100% untuk ambik takaful atau insurans. Maner nak cekau duit ribu-ribu dik. Kos rawatan RM1,000 pun dah garu kepala.

Thursday, November 21, 2013

Edisi sakit jiwa: Hidup ini tak adil

Isteri: Bagaimana suami saya?

Dr: Maafkan kami puan. Kami tak dapat buat apa-apa?

Isteri: (suara tersekat-sekat)... Suami saya sudah tiada?

Dr: Bukan Puan. Suami puan TIADA Insurance/Takaful. Maka kami tak dapat buat apa-apa?

Isteri: huh!!!!!

Bunyi macam KEJAM bukan????


Tuesday, November 19, 2013

Edisi gula naik harga 2: Fakta Diabetes di Malaysia


kira-kira 2.6 juta penduduk di Malaysia menghidap penyakit diabetes
(sumber: kosmo 18.11.13)



Pesakit perlu membelanjakan   
RM770 bagi merawat diabetes
dalam setahun. Ini perbelanjaan
anggaran kasar untuk hospital kerajaan dan swasta




1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes

Kos rawatan dialisis Buah Pinggang RM3,000 sebulan 



Makanan manis penyebab jadi lupa (sumber: Kosmo 03.11.13)

Saturday, November 16, 2013

Edisi gula naik harga: Golongan Muda Hidap Diabetes Meningkat


PETALING JAYA: Jumlah pesakit diabetes terus meningkat dan lebih membimbangkan statistik menunjukkan lebih ramai golongan muda di Malaysia menghidap penyakit tersebut.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) baru-baru ini menunjukkan hampir dua kali ganda mereka yang berusia 30 hingga 39 tahun menghidap penyakit ini berbanding pada 2006.

Dengan satu daripada lima golongan dewasa di Malaysia berusia 30 tahun ke atas menghidap diabetes, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, keadaan ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan kualiti kehidupan, terutamanya apabila komplikasi penyakit berlaku.

"Hakikatnya bahawa ia menjejaskan golongan muda sekali gus memberi kesan kepada produktiviti dan ekonomi, amat membimbangkan. Ia juga menjejaskan kualiti kehidupan," katanya.

Menurut kajian NHMS pada 2011, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas menghidap diabetes dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 4.5 juta pada 2020.

Kajian itu turut menunjukkan peningkatan pesakit diabetes dalam pelbagai peringkat usia - hampir dua kali ganda dari 4.95 (dalam kajian pada 2006) kepada 9.4% bagi mereka yang berusia antara 30 dan 34 tahun dan dari 6.4% kepada 10.9% untuk mereka yang berusia antara 35 dan 39 tahun.

Bagi mereka yang berusia 40 hingga 44 tahun, jumlah pesakit itu meningkat dari 10.3% kepada 17.6% manakala golongan berusia antara 45 dan 49 tahun - meningkat daripada 15% kepada 20.6%.

"Selain disebabkan faktor genetik, diabetes merupakan penyakit gaya hidup yang berpunca daripada tabiat pemakanan tidak sihat. Kita juga mempunyai perubahan dalam gaya hidup iaitu mengurangkan aktiviti fizikal," kata Dr Subramaniam.

Beliau berkata, kira-kira 53% rakyat Malaysia masih menjalani diagnosis.
"Ini bermakna pesakit mungkin terlambat mendapatkan rawatan dan kos untuk merawat komplikasi berkaitan penyakit diabetes akan menjadi mahal apabila mereka menerima rawatan," katanya.

Dr Subramaniam berkata, peningkatan jumlah pesakit diabetes dan lambat menjalani diagnosis akan terus memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan awam.

Beliau memetik kajian pada 2010 yang menganggarkan kos rawatan untuk pesakit diabetes membabitkan 16% daripada peruntukan penjagaan kesihatan negara atau RM2.4 bilion. "Ini adalah suatu jumlah yang besar," katanya.
Beliau berkata, kesannya sudah dapat dilihat dengan peningkatan bilangan pesakit diabetes di klinik kesihatan dan kemasukan ke hospital akibat komplikasi penyakit tersebut.

"Ini secara tidak langsung memberi implikasi kepada kerajaan dalam terus menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti kepada rakyatnya. Ia juga akan menjejaskan produktiviti dan memberi kesan buruk kepada pembangunan ekonomi," katanya

credit: forum cari

Thursday, November 14, 2013

Edisi takaful anak: Infant Care insurans VS Infant Care Takaful


Kuala Lumpur: Seorang ibu merayu sumbangan orang ramai bagi membolehkan anaknya, Nur Qaireena Sofea Azhar berusia enam bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang menjalani pembedahan dengan segera.
 Menurut Intan Hazreena Hamidee, 27, dia memerlukan kira-kira RM40,000 untuk menampung kos pembedahan selepas pemeriksaan doktor mendapati lubang pada jantung anaknya membesar sehingga 10.3 mm berbanding hanya 10 mm ketika pemeriksaan kali pertama.
Katanya, anaknya mula disyaki menghidap penyakit berkenaan pada usia dua bulan selepas demam dan selesema. Intan berkata, selepas beberapa pemeriksaan selepas anak berusia tiga bulan, doktor mengesahkan anaknya menghidap jantung berlubang.
 
 “Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya saya pada waktu itu,” katanya.
Atas nasihat doktor Intan membawa anaknya mendapatkan rawatan di Prince Court Medical Centre, yang mempunyai pakar bagi merawat penyakit berkenaan.
Menurut Intan, anaknya juga mengalami masalah Patent Ductus Arteriosus (PDA) apabila salur pembuluh darah dipanggil ductus arteriosus gagal menutup secara normal menyebabkan darah bercampur dan oksigen kurang sehingga mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.
 “Sebagai ibu, sedih melihat anak tidak dapat bergerak aktif seperti kanak-kanak normal lain.
“Setiap kali dia banyak bergerak, dia akan berpeluh dan nafasnya juga laju. Dia juga kerap menangis dengan kuat seperti sedang menahan kesakitan,” katanya.
 Intan berkata, pada peringkat awal doktor meminta supaya pembedahan ke atas anaknya ditangguhkan kerana risikonya yang tinggi, tetapi selepas mendapati lubang berkenaan semakin membesar, doktor meminta pembedahan segera dilakukan.
“Ibu mana yang sanggup melihat anaknya yang masih kecil dibedah, tetapi demi keselamatan anak, saya reda dan berharap agar dia segera sembuh.
“Saya harap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi membolehkan anak saya mendapatkan rawatan segera,” katanya.


sila klik di gambar untuk pembesaran.