Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Tuesday, September 17, 2013

jangan baca kalau korang dah bosan dengan Takaful

Tahniah pada korang yg sudi baca belog aku niehh. aku mula merasa bangga. meh sini aku nak citer lagi pasal Takaful. Aku tak nak citer pasal medikal kad. Aku tahu medikal kad tue super power. Apa aku nak citer sini lebih dari super power.. Ok.. ready aku nak citer nie..

Korang tahu beraper sum assured korang? ok bahasa terlalu teknikal... total life korang beraper di insured? RM20K, RM30K... Kalau lah betul alahaiiiiiiiiiiiiii.. sayangnya.... Apsal aku cakap cam nie? Meh sini aku citer.

Ok.. korang ader utang tak? mesti ader kan? Hutang aper? Rumah, keta, personal loan. Ok.. how about nafkah keluarga? Korang mesti buat perbelanjaan untuk keluarga dan orang yang tersayang ya tak.. ok aku citer details:-

hutang pokok bagi rumah ialah sebanyak RM 170.000.00. Tolak segala keuntungan bank. Kita kira pada hutang pokok sahaja, kerana apabila kita bayar langsam pihak bank hanya mengambil hutang pokok sahaja dan segala keuntungan akan ditolak (rebit). 

Hutang kereta : Contoh hutang kereta sebanyak RM 70.000.00. konsepnya sama juga seperti hutang rumah. 

Pembiayaan peribadi : contoh loan peribadi sebanyak RM 50.000.00. 

Nafkah keluarga : setiap bulan RM 2000.00 termasuk semua perbelanjaan sekolah dan rumah. 

Jumlah keseluruhan komitmen kita ialah sebanyak RM 314.000.00. Jadi sum cover (tabung khairat asas) kita tentukan sebanyak 314.000.00. Kenapa perlu begini? Jawapannya ialah kerana untuk mengelakkan kita menyusahkan keluarga kita, elak dari tekanan emosi, hutang yang ada dapat dilunaskan, dapat membantu persekolahan anak kita dan banyak lagi.

korang nampak tak?

Cuba fikirkan kalau sum cover ini kita ambil hanya RM 20.000 hingga 30.000. Apa yang kita dapat bantu keluarga kita dalam menyelesaikan masalah yang mereka tanggung waktu kita lumpuh atau mati nanti. Sekurang-kurangnya dapat menampung nafkah mereka selama setahun, sudah memadai untuk kita rasa selesa dengan tanggungjawab kita kepada keluarga.

Ambil Takaful Jangan Ikut Nafsu Siri 2

               
Ambil takaful ikut kepada keperluan bukan ikut nafsu, keperluan yang dimaksudkan di sini ialah ikut komitmen dan kemampuan kita yang sebenarnya. Orang yang hendak ambil takaful sendiri yang tetapkan berapa sumbangan yang hendak diberikan pada setiap bulan. Kalau ia mampu RM 50.00 maka polisi pun dengan harga RM 50.00. Salah dalam hal ini kalau agen yang tetapkan berapa jumlah caruman kita. Di sinilah agen boleh memanipulasikan jumlah yang sebenarnya. agen boleh masukkan banyak cover dengan alasan penting dengan harapan kliennya bayar besar dan komisyen yang ia dapat juga besar dari 25% jumlah caruman.

Agen hanya boleh memberikan cadangan sahaja bukan menentukan polisi takaful kliennya. Kalau hal ini berlaku anda boleh buat aduan kepada operator takaful dan Bank Negara, masukkan sekali dalam laporan tersebut nama no. kod agen tersebut. Bank Negara akan mengambil tindakan kepada agen tersebut di atas putar belit yang dilakukan olehnya.

Nasihat saya ambil yang lebih penting dahulu, setelah itu baru kita fikirkan yang lain, kalau tidak ambil yang lain pun tidak mengapa. Cadangan saya ialah seperti di bawah ini :

Sum Cover (Manfaat Asas)
Kenapa wajib ambil takaful? Wajib disebabkan kita mempunyai komitmen seperti hutang dan nafkah. Cuba kita kira hutang dan nafkah yang ditanggung oleh kita :

Hutang rumah : hutang pokok bagi rumah ialah sebanyak RM 170.000.00. Tolak segala keuntungan bank. Kita kira pada hutang pokok sahaja, kerana apabila kita bayar langsam pihak bank hanya mengambil hutang pokok sahaja dan segala keuntungan akan ditolak (rebit). 

Hutang kereta : Contoh hutang kereta sebanyak RM 70.000.00. konsepnya sama juga seperti hutang rumah. 

Pembiayaan peribadi : contoh loan peribadi sebanyak RM 50.000.00. 

Nafkah keluarga : setiap bulan RM 2000.00 termasuk semua perbelanjaan sekolah dan rumah. Nafkah kita hitung selama setahun, kerana apabila ditimpa apa-apa musibah kepada kita, isteri atau anak-anak sempat untuk mencari pekerjaan yang sesuai dan boleh menyusun semula ekonomi yang dimiliki olehnya. Dalam masa setahun itu amat baik bagi dirinya untuk membuat persediaan. Firman Allah yang bermaksud : “Hendaklah orang yang mampu, memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rizkinya, hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekedar) apa yang Allah berikan kepadanya” (At-Talaq : 7)

Jumlah keseluruhan komitmen kita ialah sebanyak RM 314.000.00. Jadi sum cover (tabung khairat asas) kita tentukan sebanyak 314.000.00. Kenapa perlu begini? Jawapannya ialah kerana untuk mengelakkan kita menyusahkan keluarga kita, elak dari tekanan emosi, hutang yang ada dapat dilunaskan, dapat membantu persekolahan anak kita dan banyak lagi. Alamak mesti kena bayar tinggi sebab besit cover ini tinggi? Setiap manusia Allah berikan akal fikiran, gunakan akal kita dengan baik, cari operator takaful yang murah pembiayaannya. Setahu saya, ada operator di Malaysia yang boleh memberikan besit cover ini sebanyak RM 100.000.00 dengan bayaran hanya RM 50.00 ke bawah (apa-apa pun rujuk kepada umur). RM 300.000.00 ini kita hanya perlu membayar RM 150.00 sahaja.

Cuba fikirkan kalau sum cover ini kita ambil hanya RM 20.000 hingga 30.000. Apa yang kita dapat bantu keluarga kita dalam menyelesaikan masalah  yang mereka tanggung waktu kita lumpuh atau mati nanti. Sekurang-kurangnya dapat menampung nafkah mereka selama setahun, sudah memadai untuk kita rasa selesa dengan tanggungjawab kita kepada keluarga.

Medical Card
Setelah selesai sum cover (basic cover/tabung khairat asas) barulah kita pergi kepada manfaat kedua iaitu kos rawatan (medical card). Lazimnya cas bulanan kepada medical card ini mahal, kita perlu membayar deposit hospital dan 10% dari ko takaful. Contoh apabila masuk sahaja hospital kita dikehendaki membayar deposit sebanyak RM 400.00 dan ko takaful sebanyak RM 1000.00 jumlah keseluruhan RM 1400.00. Setiap tahun ada maksimum kos yang boleh kita kliem dari takaful seperti setahun RM 50.000.00, lebih dari itu kita kena bayar sendiri. Kelemahan bagi orang yang menggunakan medical card ialah rata-rata pihak hospital akan mengambil kesempatan di atas kliem tersebut seperti kos rawatan menjadi mahal, ada pelbagai pemeriksaan hospital seperti x-ray dan sebagainya.

Perlu kita faham betul-betul sebelum ambil, jangan main ambil sahaja medical card, bila kena bayar itu dan ini baru kita melenting dan menuding jari kepada pihak takaful dan agen. Sebagai klien Tanya habis-habisan, setelah itu baru buat keputusan untuk ambil.

Pelaburan Atau Simpanan
Memang ada sebahagian orang diluar sana mengatakan tidak perlu buat simpanan di dalam takaful, kerana ia merugikan pencarum. Betul apa yang dikatakan oleh mereka, tetapi saya sangat menyarankan simpanan dan pelaburan. Setiap orang apabila telah berumur resikonya juga semakin tinggi. Contoh mudah, seseorang yang berumur akan mempunyai penyakit kritikal seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kanser dan sebagainya. Apabila kita tidak mempunyai pelaburan atau simpanan, sudah tentu akaun takaful kita menjadi muflis dan suatu ketika nanti pihak takaful akan meminta kita menambah bayaran bagi membiayai kos akaun takaful kita.

Penting di sini, kita buat pelaburan dan simpanan walaupun hanya RM 10.00 kerana ia membantu kita pada masa hadapan seperti dapat mengelakkan kita menambah bayaran, pulangan balik apabila telah matang menjadi besar. Sekurang-kurangnya pulangan tersebut boleh juga kita buat untuk menunaikan umrah dan haji.

Simpanan adalah lebihan setelah ditolak ke akaun resiko iaitu sum cover dan medical card. Lebihan dari situ dimasukkan ke dalam simpanan. Besar akaun resiko maka besar cas dan kecil simpanannya. Akaun resiko tidak akan kembali kepada kita dan ia akan habis begitu sahaja. Kenapa jadi begini sebab di dalam konsep takaful akaun resiko dinamakan tabarru (sedekah) yang disumbangkan oleh orang yang mengambil polisi (keterangan lanjut lihat di sini). Apabila berlaku apa-apa musibah kepada ahli yang mencarum, akaun resiko itu akan membantu ahli tersebut. Duit dalam akaun resiko tidak akan dapat balik walaupun setelah ia matang.

Pelaburan ialah satu perkara yang asing dari akaun simpanan dan resiko, ia bertujuan untuk mengembalikan pulangan yang besar kepada pencarum kerana ada sebahagian takaful memberikan bonus pelaburan besar dari bonus simpanan (lebihan)

Manfaat Lain Kurang Perlu
Bukan maksud saya tidak perlu, kalau orang itu berkemampuan, maka terpulang kepadanya untuk ambil yang lain-lain seperti hospital benefit, crisis cover dan banyak lagi. Kena ingat semua ini kita bayar dengan duit dan duit itu tidak akan kembali kepada kita. Lagipun yang paling penting ialah sum cover (manfaat asas) dan medical card sahaja. Mana-mana orang ambil takaful adalah bertujuan untuk kematian dan rawatan hospital sahaja. Jadi kenapa kita ambil banyak-banyak, kan baik duit kita masuk pelaburan dan buat simpanan sahaja, lebih bagus dan lebih manfaat.

ps:// ok saya tepek pulak gambar ustaz nie. Saya cilok dari belog ustaz nie. Tima kaseh ustaz. 


Ambil Takaful Jangan Ikut Nafsu Siri 1

Salam semua,

Saya ader terbaca satu artikel mengenai Takaful. Moga artikel nie memberi manfaat yg sungguh berguna buat pembaca sekalian. Takaful dari pandangan seorang ustaz. Bagi saya, ustaz nie mengolah mengenai Takaful cukup jelas. Saya harap saya n korang semua faham konsep takaful nie. Bukan tengok polisi jer..


Kebanyakkan manusia di luar sana tidak faham apa yang dikatakan takaful, ada sebahagian mereka beranggapan bahawa takaful ini sama dengan insuran konvensional dan hanya perlindungan semata-mata. Ada pula orang yang jahil tentang takaful memberi hujah dan menyamakan takaful dengan insuran dan ia menjadi haram kerana ia terlibat dengan riba, perjudian dan sebagainya. Banyak lagi andaian yang dibuat oleh mereka yang jahil, habis semua ulamak atau pakar-pakar ekonomi Islam dianggap bersyubahat dan berdusta untuk mencari keuntungan dunia. Persoalan saya, orang yang buat komen dengan pakar ekonomi Islam mana yang lebih berilmu dan alim. Sudah tentu pakar ekonomi Islam yang tahu kaedah mengeluarkan hukum bagi masalah-masalah baru yang timbul pada zaman sekarang.

Umat Islam dikelilingi dengan Hutang

Boleh dikatakan 90% umat Islam Malaysia terlibat dengan pelbagai hutang, di antara hutang yang dimaksudkan ialah hutang rumah, kereta, peribadi dan sebagainya. Memang semasa kita mengambil loan atau pembiayaan peribadi diwajibkan kita mengambil takaful sekali untuk melangsaikan segala hutang yang ada apabila berlaku kematian kepada diri kita. Tapi bagaimana kalau berlaku penyakit dan lumpuh sebahagian anggota badan kita? Takaful loan tidak cover kerana tidak berlaku kematian. Setiap bulan kita dikehendaki membayar hutang, waktu itu juga kita kehilangan pekerjaan, isteri pula tidak bekerja, kalau pun bekerja pendapatannya tidak cukup untuk menampung kos rumahtangga dan rawatan kita apatah lagi hendak membayar hutang. Dalam Islam membayar hutang adalah wajib seperti Sabda Rasulullah SAW :

“Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Lagi Sabda Rasulullah SAW :

"Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (Riwayat Ahmad)

Bagaimana baik sekalipun seseorang yang berhutang, ia tidak di masukkan ke dalam syurga Allah sehingga hutangnya dapat dilunaskan. Ibadahnya kuat sentiasa Qiyamullail dan peribadinya soleh, tetapi disebabkan hutang ia masih tergantung dan segala amalannya disedut bagi melangsaikan hutangnya. Cuba kita bayangkan kalau hutang kita sebanyak RM 10.000.00 ibadah kita apabila ditimbang sebanyak 100 pahala, habis semua disedut bagi membayar hutang yang ada, hutang masih berbaki dan amalan kita habis disedut, mati juga tetap masuk di dalam neraka Allah sebab banyak dosa yang telah kita lakukan di dunia.

Nafkah Keluarga

Setiap orang mempunyai amanah dan tanggungjawab bagi memberikan nafkah kepada keluarganya. Memberikan perlindungan, pakaian, pendidikan, makan minum dan sebagainya. Jika kita gagal memberikan nafkah, bererti kita sudah mengabaikan amanah Allah. Firman Allah yang bermaksud :
  
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan”. (Al-Baqarah : 233)

Berdasarkan dalil Al-Quran ini, wajib kepada ketua keluarga menyediakan nafkah atau perbelanjaan kepada isteri dan anak-anaknya. Bagaimana kalau berlaku kematian, lumpuh, penyakit kritikal? Sudah pasti waktu ini kita tidak boleh bekerja, mungkin kita akan diberhentikan kerja. Pekerja swasta mungkin dalam masa tiga bulan selepas mengalami musibah. Penjawat Awam mungkin dalam masa setahun, jika perkhidmatan kita melebihi 20 tahun, bolehlah kita dapat pencen separuh gaji (kalau tak silap saya).

Semasa itu juga anak-anak bersekolah dan ada yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Kos pengajian makin meningkat, kos sara hidup makin meningkat, duit simpanan hanya ada sedikit sahaja sekitar RM 50.000.00 ke bawah. Hutang pula banyak dan perlu dilunaskan, mungkin isteri kita pada waktu itu bertanggungjawab untuk membayar hutang kita. Banyak lagi bebanan dan penderitaan yang perlu ditanggung oleh ahli keluarga kita.

Cuba anda bayangkan, kalau situasi ini semua berlaku kepada keluarga anda, waktu itu baru anda terpikir dan semasa itu rungsing memikirkan pendapatan keluarga, emosi makin meningkat dan pada masa itu juga anak-anak terpaksa bekerja dan mungkin ada yang berhenti dari sekolah untuk bekerja membantu isteri kita mencari duit bagi menampung kos rumahtangga. Waktu itu juga syaitan memainkan peranan menghasut kita perkara yang bukan-bukan seperti “isteri kerja sehingga lewat malam, mungkin ada lelaki lain”. Keluarga mertua menghasut isteri kita supaya mohon pasah dan banyak lagi kemungkinan yang akan berlaku.

Harta Dan Wang Simpanan

Apabila berlaku kematian segala harta dan akaun simpanan kita akan dibekukan oleh pihak yang berwajib seperti pihak bank dan sebagainya. Ahli keluarga kita tidak boleh mengeluarkan dan menjual satu pun harta peninggalan kita. Boleh kita keluarkan atau jual harta kita setelah selesai urusan mengagihan harta. Saya difahamkan masa pengurusan tersebut sekurang-kurangnya enam bulan dan boleh jadi lewat lagi dari masa tersebut. Ketika itu ahli keluarga kita terpaksa berhutang dengan bank dan sebagainya bagi menampung kos sara hidup dan kos pengebumian kita.

Wang simpanan tidak banyak, yang ada hanya cukup untuk anak sekolah sahaja. Untuk kos keluarga isteri perlu bekerja. Apa sahaja kerja yang ada terpaksa isteri terima walaupun bergaji rendah bawah dari RM 1000.00. Wang simpanan kita pada waktu itu juga dibekukan oleh pihak bank kerana ia menjadi harta pusaka. Tidak malukah kita kepada keluarga mertua dan Allah SWT di atas sikap tidak bertanggungjawab kita kepada keluarga. Semasa waktu akad nikah, semuanya kita janji akan memberikan kesenangan dan tidak akan menyusahkan ahli keluarga kita. Disebabkan pengabaian kita, pelajaran anak tidak menentu, murung dan terpaksa sibukkan diri mencari kerja sambilan bagi menampung kos pengajiannya. Pelajarannya makin merosot, sekolah rajin cuti, bila datang sekolah sering tidur di dalam kelas disebabkan penat melakukan pekerjaan sambilan.

Simpan Emas, perlu kita ingat.. zaman sekarang dunia berurusan dengan mata wang kertas, bukan lagi dengan nilaian emas. Jadi mahu tidak mahu, emas itu perlu dicairkan menjadi nilaian wang kertas. Semasa hendak menjual emas, pihak bank atau kedai emas mempunyai cas dan nilaiannya menjadi susut sebanyak 12% dari harga emas semasa. Kenalah waktu itu, baru kita beli atau nilaian emas susut. Maka sudah tentu kita menjadi rugi…

Kewajipan Mengambil Takaful

Berpandukan hujah di atas, maka perlulah kita mengambil takaful mengikut keperluan semasa, bukan ambil ikut nafsu. Kebanyakkan orang sekarang ambil takaful mengikut nafsu, semua manfaat hendak diambil olehnya. Bila banyak manfaat kita ambil, kos caruman juga makin tinggi dan bukan semua manfaat kita gunakan sehingga tamatnya kontrak. Jadi di situ kita telah rugi, duit kita habis begitu sahaja. Sebelum ambil wajib kita fahami dahulu, jika tidak faham takut ia menjadi fitnah dan akadnya menjadi tidak sah. Sebab itulah setiap agen perlu pakar dan perlu dalami betul-betul asas takaful dalam muamalah Islam. Bukan main jual sahaja untuk mendapatkan komisyen dan target tahunan.

Ini sering terjadi kepada para agen (wakil) takaful hanya pandai membicarakan polisi sahaja dan tidak mendalami konsep asas di dalam takaful tersebut. Sebab itulah ramai di luar sana hanya tahu polisi sahaja tetapi tidak tahu mana yang lebih penting dan mana yang tidak penting. Kadang-kadang orang yang ada takaful pun tidak tahu apa yang dia ambil. Bila Tanya ada takaful? Beliau jawab ada, Macam mana cover dia? Entah tidak tahu tetapi ada simpanan. Hal inilah yang menyebabkan mereka yang menjadi ahli takaful apabila polisinya matang (habis kontrak) terkejut duit yang dapat balik hanya sedikit bukan semua dari apa yang mereka bayar. Dari sinilah mereka menuduh takaful bohong dan sama dengan insuran, tidak perlu ada pun tak apa sebab semuanya bohong belaka. Sebenarnya bukan operator takaful yang bohong, tetapi agen yang menjualnya berbohong dan tidak menceritakan perkara yang sebenarnya, kerana takut orang tidak mengambil takaful.

Jadi rumusan yang dapat diambil, takaful yang dijual oleh para agen diluar sana tidak menepati hukum muamalat yang telah ditetapkan seperti rukun jual beli yang terdiri daripada penjual, pembeli, barang yang dibeli dan akad. Semua ini mesti berlaku dengan jelas dan tidak ada perkara yang terselindung, bila ada akat jual beli itu tidak terlaksana, maka jual beli itu menjadi haram. Cara menpromosikan takaful tidak boleh sama dengan menjual insuran konvensional, kerana dia boleh mengundang fitnah seperti yang ada di lapangan sekarang. Agen itu perlu memperjelaskan satu persatu dari pada asas takaful, keperluan mengambilnya, komitmen orang (hutang, nafkah), kemudian tunjukkan ilustrasi kepada klien agar ia jelas dan terang apa yang dia ambil. Tidak boleh ada konsep paksaan, jika prospek tidak mahu, anda tidak boleh memaksa dan hanya boleh ingatkan dia tentang keperluannya sahaja seperti konsep berusaha,bertawakal dan berdoa. Kalau semua ini cantik penerangannya, maka sudah pasti ia tidak boleh mengundang fitnah seperti yang ada sekarang iaitu “takaful dan insuran sama sahaja.”

Ps:// Nie saya tepek gambar ustaz nie. Terima kasih ustaz diatas penerangan ustaz. Alhamdulillah dan Insya-Allah saya akan jelaskan apa yang ustaz cakap pada prospek saya.


Monday, September 9, 2013

UPDATE:citer dapat RM400K dalam masa 4 bulan (WIFEY DAH DPT CLAIM-ADER GAMBAR)

Salam,

UPDATE: THX PADER SESAPER SUDI BACA BELOG TAKAFUL NIE N ARTIKEL NIE. SO, UPDATE WIFEY DAPAT CLAIM DARI PIHAK TAKAFUL DUE TO HER HUSBAND ACCIDENT DEATH. MOGA IA MEMBERI IKTIBAR PADA SEMUA. Check it out. Untuk mengetahui citer part 2 click sini http://akupenjualinsurans.blogspot.com/2013/10/updateciter-dapat-rm400k-dalam-masa-4.html


Pn Natasha (baju biru) isteri arwah, Johari (baju putih), CEO PruBsn, Mr Azim, Business Development Director Pn Josila, ahli team dan bos SIXMA, bai, afiq, zairol, megat dan dell.

Johari menerangkan sesuatu kepada Pn Natasha

Bergambar bersama CEO PruBSN Takaful
Tergezut aku baca citer kat portal artis rotikaya n forum cari.com.my pasal abil (nabila huda) anak amy search accident bersama dengan anak dier kat karak. Alhamdulillah mereka selamat.

Terbaca pasal citer artis accident nie.. teringat citer pasal client kawan aku nie.. meninggal accident kat Rantau Abang selepas Raya...

Perghhhhhhhhhh... dalam masa 4 bulan dier dapat RM400K aper citer bro? Kalau korang baca mesti korang nak kan. Ok.. aku tulis kali nie bukan nak citer pasal MLM atau skim cepat kaya tapi Kisah benar yang patut korang pikir n renung renungkan.......

Sabtu lepas aku pi training Takaful.. so aderlah sorang mamat agent nie citer pasal claim accident n kematian. So dier kata client dier nie baru ambik 4 bulan Takaful dengan dier. Client dier nie engineer tempat syarikat minyak.. di Terengganu. Satu hari lepas antar isteri dier di tempat kerja kat spital Terengganu... sampai kat Rantau Abang...(ddddaaaammmmmmmnnnnnnnnnnnn) satu bunyi kuat terdengar. Rupa2 nya client dier accident n meninggal dalam perjalanan ke hospital. Bayangkan isteri dier kena clean up arwah suami dier. Btw, isteri client agent nie dr. So .. agent nie citer coverage yang dier beli ngan Takaful:

Pampasan kematian              : RM200,000

Pampasan penyakit kritikal : RM100,000

Pampasan cacat kekal           : RM200,000

Pampasan Accident                : RM200,000

Medikal kad                             : coverage sethaun RM50,000

So, isteri akan dapat RM400,000 dari pihak Takaful . Nie tak termasuk cash value. Agent nie claim perbelanjaan pengebumian jenazah RM2,000.

Citer sedih lagi.. sehari selepas arwah nie tiada, pihak company dah terminate kad perubatan (company medikal kad) untuk family dier. Bayangkannnnnnnn..... 

Kisah yang aku citer nie bukan nak meraih simpati atau belas kasihan atau nak buat iklan atau marketing kat korang.. tapi sebagai citer n tauladan. 

Kelmarin.. surat khabar omputeh The sunday Times ader citer pasal bill medical yg ramai suffer nak bayar balik. Dah sakit teruk.. takkan nak biarkan jer. Demam sikit pun dah pi jumpa dr klinik. Nie kan pulak sakit yang kritikal......

hmmmmmmmmmm.. renungkan

ps:// kesian dengar citer kawan abah kena tunggu giliran nak buat bypass surgery... alahaiiiii 

mardiyah79@gmail.com
019-2853910