Friday, September 7, 2018

Maklumat yang perlu and tahu mengenai kad perubatan

INFO
=====

Tempoh2 yg perlu anda tahu sebagai pemegang kad perubatan

TEMPOH MENUNGGU

Tempoh kedua dan yang paling penting dalam polisi takaful anda ialah tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kad perubatan anda di hospital panel masing-masing. Secara amnya, kebanyakan pengendali takaful meletakkan 120 hari tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kemudahan ini.

Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.

i) 0 hari

Sebaik sahaja polisi anda diluluskan, perlindungan untuk kes kemalangan terus berkuat kuasa, bermakna tiada tempoh menunggu diperlukan kerana kemalangan tidak mempunyai simptom.

ii) 60 hari

Apa-apa penyakit kritikal yang terbentuk dalam tempoh 60 hari, penyakit tersebut akan dikecualikan dan tiada bayaran manfaat yang boleh dituntut.

iii) 90 hari

Anda sudah boleh menggunakan kemudahan kad perubatan bagi tujuan rawatan dalam wad terhadap penyakit am seperti viral fever, bronchitis, diarhea dan beberapa jenis lagi.

iv) 120 hari

Perlindungan menyeluruh bermula untuk semua jenis penyakit dan kemalangan yang dibenarkan seperti yang tercatat dalam buku polisi.

TEMPOH SIASATAN

Tempoh siasatan ini adalah selama dua (2) tahun selepas permohonan polisi anda diluluskan. Dalam tempoh ini, pihak syarikat berhak untuk menyiasat latar belakang kesihatan anda sekiranya terdapat unsur yang meragukan semasa membuat tuntutan.

Sebagai contoh, jika anda baru sahaja memiliki polisi takaful selama enam (6) bulan tetapi sudah membuat tuntutan menghidap penyakit kanser tahap keempat (iaitu tahap yang kritikal), tuntutan anda akan ditolak. Hal ini kerana penyakit kanser tersebut sudah sedia ada sebelum permohonan takaful dibuat.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengambil tahu tahap kesihatan anda sebelum mengambil mana-mana polisi takaful. Semua syarikat serta produk takaful yang ditawarkan tidak akan memberi pampasan atau rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.

#cpmbk
#takaful

0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...