Monday, October 29, 2018

5 SEBAB KENAPA SAYA AMBIL INSURANS


“Aku pelik la. Kau kan kerja doktor, gaji besar. Kalau masuk hospital, tunjuk GL je siap dapat 1st class lagi. Jadi, kau bayar insurans tu buat apa? Habiskan duit je bulan-bulan bayar, bukan pakai pun.”

Secara jujurnya, dari dulu memang saya benci insurans. Sebenarnya sampai sekarang pun masih benci, terutamanya syarikat dan ejen yang hanya mengambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab. Ayat atas tu memang skrip yang selalu ada dalam kepala. Saya paling benci bila ada ejen insurans yang cuba tahan saya nak promote produk dia. Tak kira la company mana, bagi saya semua sama je. Nak jual produk masing-masing, dapat kita punya tandatangan lepas tu sunyi sepi tanpa berita. Masa bercerita bukan main hebat dia punya senyum, dia punya manis berkata. Bila masa buat tuntutan, macam-macam alasan tak nak bayar.

Insurans yang saya pernah ambil sebelum ni semuanya atas desakan dari promoter atau telemarketer. Ala, yang jenis telefon orang tak berhenti tu walaupun kita dah cakap tak nak. Saya setuju sama ada sebab saya terpengaruh dengan hadiah sampingan yang kononnya percuma, ataupun sebab malas nak layan lama-lama lepas dengar dia punya cerita. Tapi lepas setuju, baru tahu semuanya indah khabar dari rupa.

Insurans/takaful yang saya ada sekarang ini lah yang pertama saya ambil sebab saya sendiri yang mahu. Saya sendiri yang cari kawan saya yang kerja ejen tu, baca sendiri produk, dan faham betul-betul sebelum bersetuju. Dulu insurans yang kena paksa ambil tu saya bayar bawah daripada RM100 sebulan je, tak banyak tapi rasa membazir je bayar. Tahu tak sekarang berapa saya bayar? RM600 sebulan! Campur insurans anak saya RM320 sebulan. Dekat RM1,000 habis duit gaji tapi buat pertama kali saya tak rasa membazir langsung.

1) MEDICAL CARD

Sebenarnya, tujuan asal saya cari kawan saya yang ejen insurans tu ialah sebab nak bertanya tentang medical card. Saya siap kata pada dia, saya hanya mahu medical card, insurans tak perlu sebab dah ada. Alhamdulillah, kawan saya ni memang sangat bagus. Buat pertama kali saya jumpa ejen insurans yang dari awal soalan, langsung tak cerita pasal produk dia, tapi lebih banyak bertanya tentang pengurusan/perlindungan kewangan saya.

Kalau nak diikutkan, boleh je dia terus kata, "Aku ada card jenis sekian-sekian, bayar sekian-sekian, kau nak yang mana? Pilih, pastu sign kat sini." Macam standard promoter insurans yang tahan kita tepi jalan atau yang telefon kita tu, kerja nak minta kita sign aje. Tapi syukur Alhamdulillah, perbincangan berhari-hari dengan dia yang buka luas mata dan minda saya tentang insurans, medical card dan pengurusan kewangan secara amnya. Tapi saya kan doktor kerajaan. Kenapa nak ambil medical card?

2) ANTERIOR CRUCIATE LIGAMENT (ACL) TEAR

Saya pernah mengalami kecederaan lutut semasa bermain bola tampar dan telah pun selamat dibedah. Tapi anda tahu bila saya dibedah? Hampir 2 tahun dari tarikh saya ditimpa kecederaan. Jangan salah sangka ye, tidak saya kata rawatan hospital kerajaan salah atau teruk. Cuma ye la, ada penyebabnya tarikh pembedahan itu lambat. Dan tipu kalau saya katakan yang saya tidak menyesal. Sebab sampai sekarang saya rasa mungkin ‘outcome’ akan lain jika dulu saya dibedah lebih awal. Mungkin sekarang ni, minggu ini, saya ada di Melaka untuk pertandingan bola tampar MAKSAK peringkat kebangsaan, hahaha.

Jadi, walaupun saya kerja sebagai doktor kerajaan yang banyak faedahnya, saya rasakan punya medical card itu perlu bagi situasi tertentu. Jujur saya katakan saya sebenarnya lebih percaya dan yakin dengan hospital kerajaan berbanding swasta. Tetapi bagi beberapa situasi keadaan dan penyakit, fungsi hospital swasta itu ada untuk mendapatkan rawatan yang lebih cepat. Tapi kita semua ada ke duit nak walk-in pergi private bila-bila masa? Saya ni sedar yang saya tak mampu, jadi itulah sebabnya perlu pada medical card.

3) HIDUP BERHUTANG

Lepas pembedahan ACL tu, saya cuti sakit dekat 3 bulan. Bermakna 3 bulan dipotong elaun kritikal (RM750 sebulan) dan tiada ‘oncall claim’. Sakit, memang sakit! Baru saya perasan yang gaji saya sebenarnya sekadar cukup. Ternanti-nantikan tarikh masuk gaji bulan seterusnya. Itu baru potong elaun. Baru 3 bulan! Bayangkan anda sakit lebih lama dari itu. Bayangkan anda sakit sampai tidak boleh kerja langsung!

Gaji doktor mahal takkanlah tidak cukup? Bukan tidak cukup tapi lihat aturan kewangan anda dan saya pasti majoriti kita hidup dengan berhutang. Hutang rumah, hutang kereta, bil utiliti dan macam-macam lagi. Kecuali keluarga anda memang kaya melampau lah, mampu beli bayar habis tiada hutang. Tetapi saya yakin ramai di kalangan kita yang hidup berhutang dan kita berhutang itu mengikut kemampuan gaji kita. Sebab itu ada yang pandu Proton, ada yang pandu Honda. Kerana kita rasa kita mampu, dan punya wang lebihan untuk belanja.

Sekarang bayangkan RM750 ditarik secara tiba-tiba setiap bulan. Wang bulanan yang dirasakan cukup sebelum ini tiba-tiba terasa sempitnya. Lebih teruk bayangkan tidak dapat gaji terus. Mana nak korek duit untuk uruskan hutang dan beri makan pakai isteri dan anak?

4) ISTERI DAN ANAK

Dulu kita hidup sendiri, duit semua untuk diri sendiri. Jadi mana fikir pasal insurans ni. Tapi percayalah, bila dah ada tanggungan anda akan mula garu kepala. Bukan sebab anda tak mampu tanggung mereka, tapi anda fikir apa akan jadi dengan mereka bila anda tiada atau tiba-tiba kehilangan kerja.

Maka sebab itulah insurans itu perlu. Kita bayar bulan-bulan itu bukan untuk kita tetapi untuk mereka. Kita tidak mahu mereka susah kerana kita. Terutamanya bagi isteri yang tidak bekerja dan sumber pendapatan keluarga hanya daripada kita seorang.

Kalau anda mati, boleh juga isteri anda kahwin lain, ada suami baru untuk sara dia dan anak anda. Tapi kalau anda lumpuh? Kalau anda koma? Isteri yang bekerja pun terpaksa berhenti kerja nak jaga anda, suap makan, basuh kencing berak anda. Mana lagi nak datang duit? Harap ihsan keluarga terdekat dan bantuan jabatan masyarakat? Hutang yang ada sebelum ni macam mana? Bil air, elektrik, Astro, Unifi, bil telefon? Hutang kad kredit? Siapa nak bayar?

Mari kita buat pengiraan mudah. Contoh jika gaji anda RM5,000 sebulan. Bermakna setahun gaji anda RM60,000. Nampak banyak, nampak kaya. Tapi daripada RM5,000 itu sebenarnya lepas tolak hutang tolak komitmen, anda rasa berapa je yang tinggal untuk belanja. Jadi bayangkan jika apa-apa terjadi pada anda. Hilang RM750 sebulan pun dah menggelupur. Inikan pula RM60,000 setahun hilang dari pendapatan sedangkan keluarga anda sebelum ini berbelanja dan urusan kewangan keluarga adalah berdasarkan keyakinan yang anda punya wang sebanyak itu. Mana isteri anda nak cari duit untuk ganti RM60,000?

Maka di sinilah perlunya insurans atau wang pampasan. Jika anda ambil pampasan RM60,000 bermakna anda beri masa setahun pada anda dan keluarga untuk buat percaturan. Jika pampasan RM300,000 bermakna anda dan keluarga boleh duduk goyang kaki selama 5 tahun dengan cara hidup dan belanjawan yang sama.

5) DERMA DAN WANG SIMPANAN

“You pay for insurance not because you want to use it, but because you hope and pray that you will not use it. When you take insurance, the mindset has to be different.” Itu kata-kata bos saya. Memang betul kita rasa macam membazir bayar tiap-tiap bulan tanpa ada hasil. Seolah-olah wang itu hilang begitu saja. Tetapi jika anda faham konsep yang di atas tadi, saya rasa anda akan bayar dengan rela.

Tambahan pula, sekarang ini insurans ada konsep takaful dan cash value. Anda bayar itu bukan sia-sia. Selain menjadi tempat untuk dapat pulangan simpanan wang, anda juga insyaAllah dapat pahala atas derma takaful. Wang yang anda sumbangkan digunakan orang lain yang ditimpa malang. Itulah konsep takaful, dan bila tiba masa kita insyaAllah kita pula yang dibantu.

Kesimpulannya, ambil insurans atau tidak itu perlu pada pemahaman individu. Tiada yang boleh memaksa anda. Saya hanya sekadar berkongsi kerana ada yang bertanya, kenapa? Jika anda memang kaya, punya wang simpanan berpuluh atau ratusan ribu ringgit, saya rasa tak salah jika anda tidak mahu ambil. Tapi berapa ramai antara kita yang ada simpanan sebanyak itu. Saya mengaku, saya yang gaji doktor ini pun tidak ada.

Sebelum mengundur diri, saya hanya ada dua pesanan jika anda mahu tahu pasal insurans. Pertama, pilih ejen yang anda betul-betul kenal dan percaya dengan nyawa anda. You trust him/her with your life! Sebab dia akan ada dalam list speed dial anda sampai anda mati. Kedua, tanya berjuta-juta soalan dan faham sebetul-betulnya polisi yang anda ambil. Faham tentang inflasi, tentang nilai wang sekarang dan masa hadapan. Jangan nanti, anda tular bising dalam media sosial kata insurans tak bayar tuntutan anda, medical card tak cover atau insurans naikkan bayaran bulanan. Sedangkan hakikatnya, ia salah faham anda sendiri tentang polisi yang diambil atau ejen anda yang lari dan tidak bertanggungjawab.

Akhir kalam, semoga kita semua dan keluarga kita sentiasa dalam perlindunganNya, insyaAllah.

Kredit FB: Aimir Ma'rof

Monday, October 22, 2018

APA BEZA LIFE DAN MEDICAL CARD? MANA YANG PATUT ANDA AMBIL DAHULU?

#cpmbk

Takaful ada dua pelan utama

Life ( Takaful Keluarga)
Medical card ( Kad Perubatan)
.
Plan Life lebih berfokus kepada INCOME REPLACEMENT ( Ganti gaji kita) jika ada apa apa yang berlaku kepada kita.
.
1) Pampasan Kematian/ Cacat Kekal.

Ramai orang menyangka pampasan Meninggal/ Cacat Kekal tidak penting tapi inilah yang paling penting. Sakit belum tentu tapi mati itu pasti.
.
Jika ada yang bergantung dengan anda
Jika ada perut yang lapar jika anda tidak balik rumah dari kerja hari ini
Jika ada hutang yang belum dilangsaikan
Ada komitmen bulanan yang dikongsi bersama pasangan.

Fikirkan dan ambil.keputusan sekarang 😊
#Tabungtakaful
#KreditFatihinAbshar
#cpmbk
#hibah
#incomereplcement
#Tabungcintasuamisteri


Friday, October 19, 2018

Hutang dan takaful secara hibah

Selamat pagi.

1. Tahukah anda? Hibah tak mewajibkan orang yang mendapat hibah, membayar hutang arwah.

2. Ali menghibahkan pampasan takaful RM500,000 kepada Minah (isterinya). Pabila Ali meninggal dunia, Minah akan mendapat RM500,000. Tujuan Ali mencarum takaful agar minah dapat membayar hutang piutang dan meringankan beban masalah kewangan.

Soalannya disini, bagaimana seseorang akan menjamin duit yang akan dapat membayar hutang?

Ini cadangan saya (hasil dari pemahaman dan pengamatan) Ali boleh:-

1. Membuat surat amanah secara bertulis. Surat amanah boleh dibuat mana-mana organisasi trustee seperti di Wasiyyah Shoppe atau As Solihin atau peguam. Dalam surat amanah perlu dinyatakan jumlah hutang yang perlu dibayar sebagai contoh pabila Ali tiada (meninggal dunia), Minah perlu membayar hutang kereta RMxxx, hutang rumah RMxxx, hutang PTPTN RMxxx, hutang dengan si Polan RMxxx. Yang pasti surat amanah ini lebih praktikal sebagai jaminan Minah membayar hutang Ali.

2. Ali sendiri memberitahu secara lisan kepada Minah untuk membayar hutang nya pabila dia tiada. Disarankan agar punyai saksi. Tapi tiada jaminan hutang itu akan dibayar.

3. Hibah bukanlah satu-satunya instrumen pembahagian harta yang terbaik. Faraid, wasiat dan hibah saling melengkapi.

4. Hibah secara takaful adalah salah satu aset yang mudah cair selain barang kemas, Tabung haji, dan KWSP.

5. Hibah sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak perempuan sahaja, bujang, lelaki yang mengamalkan poligami, mualaf, anak angkat.

#cpmbk


Thursday, October 18, 2018

TAKAFUL ANTARA HARTA PENTING APABILA KITA TINGGALKAN WARIS KELAK.


Takaful pada zaman ini memang suatu aset yang penting sekali selain akaun bank, motosikal, dan rumah, namun tidaklah sampai menjadi hukum wajib.

Berbeza dengan orang bukan Islam, bagi orang Islam selain harta yang banyak boleh dicari, keberkatan, halal, dan toyyibah perlu ditekankan.

Dalam hal meninggalkan waris untuk harta takaful ini,  mereka perlu tahu kesan dan akibat melanggar garis panduan harta & harta pusaka

1. Makan harta anak yatim
2. Makan harta batil

Contoh : Suami mempunyai takaful dengan nilai pampasan RM 100,000. Setelah suami mati, isteri sebagai penama tidak mengagihkan kepada waris yang berhak.

Contoh 2 : Suami mempunyai takaful dengan nilai pampasan RM 100,000. Semasa hidup suami telah menghibahkan polisi takaful ini kepada isterinya. Apabila isteri terima RM 100,000 ini, dia terus menggunakan harta ini dengan membeli arak, nombor ekor dsb.

#celikpusaka

Kredit FB: Muhammad Akmal Muhammad

#TabungTakaful
#TabungSuamiIsteri
#Sijilkasihsayang
#hibah
#cpmbk


Wednesday, October 17, 2018

Nak jadi janda kaya atau duda kaya?

Tak ramai Puan Isteri sanggup masukkan nama En Suami sebagai pemegang amanah ATAU hibahkan atas nama En Suami. Lebih rela masukkan nama anak-anak. Takut En Suami boros dan belanja pada isteri baru. Anak-anak terkapai-kapai. Ramai pula En Suami, terus letak nama Puan Isteri sebagai penerima hibah.
Untuk kelangsungan hidup dan memudahkan perbelanjaan harian, tolong bayarkan hutang.

Tapi agak liat En Suami nak buat hibah cara takaful. Kena Puan Isteri juga yang ambil peluang tolong buatkan segala pengurusan dokumentasi. Bayar jer En Suami yang buat.

Jika suami tak berminat nak berhibah atau ambil perlindungan pendapatan.

Langgan sendiri atas nama suami,  hibah atas nama sendiri. Jika suami meninggal pergi,  dapatlah RM250,000 nanti.

#cpmbk

Tuesday, October 16, 2018

TAKAFUL BUKAN UNTUK BERGAYA?

#TabungTakaful

1. Hari ini ramai dari kita memiliki takaful. Polisi yang kita ambil sebab kita faham atau kita ditakutkan oleh agen takaful hospital sesak.

2. Perinsip asas insuran atau takaful adalah untuk perlindungan dan BUKAN PELABURAN.

3. Semakin banyak polisi yang anda ambil, semakin banyak ia sedut wang anda.

4. Tujuan asas takaful adalah untuk MELINDUNGI dari kerugian kewangan yang besar.

5. Anda tidak harus mengambil insuran untuk melindungi perkara yang rendah nilainya seperti Perlindungan cermin kenderaan, Waranti komputer riba anda, Elaun harian hospital, rim tayar kereta, bebola kristal lampu anda, sofa Italy buatan Jinjang dan amah yang lari dari rumah.

6. Semakin banyak polisi yang anda lindungi semakin tinggi premium yang sedang menanti.

Kesimpulannya ambil TAKAFUL untuk melindungi risiko kewangan yang besar seperti rumah, kenderaan, pendapatan dan pembedahan kesihatan sahaja.

Semakin banyak kita bayar, semakin kaya syarikat mereka.

Takaful hanya tujuan perlindungan,  bukan pelaburan.

Kredit FB: Azizul Azli Ahmad


SEBELUM SUAMI MENINGGAL?

#TabungRumahTangga

1. Melahirkan anak adalah wanita, yang diceraikan adalah wanita, yang turun naik mahkamah adalah wanita, yang tuntut nafkah adalah wanita, bila suami meninggal tinggallah wanita.

2. Kos sara hidup meningkat setiap tahun,  jika tahun 2007 makan diluar memerlukan RM20 sehari. Tahun 2017 kos makan diluar meningkat kepada RM64 sehari.

3. Galakkan suami atau isteri jana pendapatan kedua. Hartanah atau rumah sewa paling mudah jana pendapatan semasa. Cukup bulan kutip sewa.

4. Galakkan suami juga ambil Perlindungan Pendapatan, jika meninggal atau ditimpa bencana boleh dapat pampasan.

5. Katakan gaji suami RM2000 x  12 bulan / 0.05 = RM480,000. Minta suami hibahkan atas nama isteri tercinta.

6. Jika suami dijemput pergi dapat duit ini letak dalam ASB atau Tabung Haji. Jika kadar dividen 7.25% setahun dapat RM34,800. Sebulan ada sumber pendapatan RM2,900.

7. Boleh jaga anak yang ditinggalkan, tanpa isteri kahwin lagi dengan Dato Kaya Boroi atau YB politik berlagak berjaya.

8. Wanita belajarlah jana pendapatan kedua dengan hartanah. Belajar beli rumah dan sewakan segera.

Kongsikan jika bermanfaat

Kredit: FB Aziz Azli Ahmad

#Tabunglovingcouplepolicy
#cpmbk


👨‍💼👩‍💼POLISI UNTUK BUSINESSMAN/WOMAN


INCOME REPLACEMENT
(PLAN PERLINDUNGAN GAJI)

Plan ni adalah untuk melindungi gaji anda sekiranya berlaku kematian, sakit kritikal, kemalangan dan cacat kekal. Sebagai orang business, anda adalah keyman yang menentukan segalanya, bayangkan apa terjadi pada anda jika anda sakit,lumpuh dan meninggal?

Anda atau waris akan dapat satu jumlah pampasan yang boleh melindungi perbelanjaan tetap bulanan atau langsaikan hutang anda nanti.

Sekurang-kurangnya jika sakit, lumpuh, meninggal, fund dari takaful akan sedikit sebanyak mengurangkan masalah kewangan anda. Untuk kita kumpulkan cash beratus tibu dalam bank itu memakan masa berpuluh tahun, tetapi dalam konsep takaful, kita melindungi satu sama lain dengan perlindungan sepertimana yang kita mahukan.

Fikir dan bertindak sekarang.

#cpmbk
019.285.3910


Pahit untuk di telan..kisah rumahtangga


Saya nak kongsi cerita ex client rakan. Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan.

Hari ni wife pada exclient saya call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (exclient) dia.

Rupanya suami dia baru 5 hari meninggal. Accident motor besar. Meninggal kat tempat kejadian cedera tang kepala.

Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone arwah ada dijumpa, tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong arwah accident.

Sebab arwah suami dia meninggal accident, maka polis ambil jenazah hantar ke hospital untuk post mortem.

Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone arwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwah yang dalam contact phone.

Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat tak tahu pincode telefon arwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jenazah balik ke kampung arwah suami. Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.

Hari ni dah 5 hari arwah meninggal, abg arwah dah mula tanya pasal rumah dan harta peninggalan arwah (Kwsp). Si wife betul-betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah.

Berbalik pada punca asal wife arwah call saya, bertitik daripada wifenya jumpa sijil takaful dengan businesscard saya pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil takaful yang dia jumpa.

Pahit untuk diterima, saya terus-terang bagitau yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil takaful arwah dah hampir setahun lapse. Dan saya masih ingat punca lapse sijil arwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Saya ada remind arwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse, tapi dia bagi saya blue tick aja.

Seperti yang saya jangkakan, wife arwah macam tak dapat terima jawapan saya. Sampaikan dia cakap

"kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar."

Lepas saya cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Saya bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia

1. Pergi kwsp buat tuntutan kwsp arwah
2. Call socso semak apa yang boleh tuntut
3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank

Dan saya dengar jawapan yang tak berapa best...

"Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la..."

Saya betul-betul tak tau nak cakap ape dah lagi. Rupanya wife arwah tak bekerja, semua urusan selama ni arwah suami dia yang buat.

Hampir 15 minit cakap, call ditamatkan dengan si wife seperti pasrah dengan musibah yang menimpa.

Saya  nak pesan kat korang

1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila. Datangnya mengejut.

2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga terdekat.

3. Ahli keluarga perlu tahu kat mana simpanan dokumen2 penting kita.

4. Kalau ada buat takaful, bagitau ahli keluarga.

5. Kalau dah stop takaful, pun perlu bagitau ahli keluarga.

6. Ada masalah bayaran takaful, bagitau agent, kalau tinggalkan bluetick aja tak selesai masalah.

7. Para isteri perlu bersedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contoh driving.

Mati datang bila-bila.
Apa persediaan kita?

Kredit tu Mohd Helmi & kak sue

Ask Me Now!!!

#cpmbk
0192853910

Monday, October 15, 2018

TAKAFUL ADALAH PERLINDUNGAN, TETAPI BAGAIMANA HARTA TAKAFUL INI DAPAT DIRANCANG MENJADI HARTA YANG PENTING DALAM PERANCANGAN HARTA DAN URUS PUSAKA?.


1. Kita perlu faham, fungsi takaful adalah perlindungan kewangan sama ada penggantian pendapatan, musibah penyakit, atau seumpamanya.

2. Takaful secara langsung tidak ada kaitan dengan urus pusaka melainkan secara tidak langsung@ umum seperti seorang suami mengambil takaful dengan nilai pampasan RM1j seterusnya memberikan kepada isterinya secara hibah.

3. Hanya arahan secara mulut ke mulut atau pesanan hati ke hati RM1j yang diperolehi isteri untuk rancang harta seperti bayaran hutang rumah, pemberian kepada anak, pemberian amal soleh kepada masjid secara berkala, carian rasmi, probet, surat kuasa, dsb

4. Dalam memastikan takaful yang nilai pampasannya sebanyak RM1j dibuat rancang pusaka secara langsung, pemilik polisi boleh membuat dengan pelbagai kaedah.

5. Antara kaedah paling mudah, suami pesan secara bertulis sekurangnya di buku 555 atau buku rampaian dan simpan. Maklumkan isteri buka buku tersebut apabila mati.

6. Kaedah kedua boleh membuat pengamanahan pampasan kepada individu atau organisasi di mana arahan bertulis diuruskan oleh ahlinya.

7. Dalam amanah ini, suami boleh mengarahkan setiap bulan diberikan kepada anak sebanyak RM 300 iaitu secara berperingkat sehingga umur anak sudah matang 23 tahun, arahan membayar hutang rumah untuk alternatif dari membuat MRT@MLT, amal soleh secara tahunan, pemberian kepada isteri secara tahunan, peruntukan meloncong tahunan, arahan melabur di TH@UT, dsb.

8. Cara ketiga, keempat dan seterusnya bergantung kepada pemilik takaful kerana setiap orang berbeza harta dan impian.

#celikpusaka
#TabungTakaful
#TabungHibah
#cpmbk

Kredit: FB Muhammad akmal Muhammad




Saturday, October 13, 2018

Medikal kad selepas bersara atau ketika semasa bekerja?

Selamat malam.

Kes 1

Salmah (bukan nama sebenar) bekerja di bank selama 15 tahun. Suatu hari, Salmah didiagnose penyakit kanser. Akibat penyakit nya jatuh kategori penyakit kritikal dan sudah tak berupaya berkerja, majikannya memberhentikannya kerja. Selama ini, Salmah banyak harapkan perbelanjaan perubatan dari majikannya. Setelah diberhentikan kerja, Salmah terpaksa guna duit saving untuk rawatan dan perbelanjaan.Ketika ini, barulah Salmah sedar kejutan tanpa medikal kad dan takaful hayat kerana selama ini, segala perbelanjaan perubatan ditanggung 100% oleh majikannya. Ketika itu, segala rawatan dapat dilakukan dengan cepat oleh Dr pakar. Sesi bertemu Dr pakar untuk konsultansi pun cepat dan tak perlu menunggu.

Kes 2

Encik Mamat (bukan nama sebenar) baharu saja pencen. Diusia 60 tahun, Encik Mamat ingin fokus pada diri sendiri dan keluarga. Suatu hari, Encik Mamat rasa tidak selesa dibahagian pinggang. Bila diperiksa, Dr sahkan ada batu karang. Jika ingin buat pembedahan dengan kadar yang segera, Encik Mamat perlu sediakan RM25,000. Ketika ini, barulah Encik Mamat sedar kejutan tanpa medikal kad kerana selama ini, segala perbelanjaan perubatan ditanggung 100% oleh majikannya. Ketika itu, segala rawatan dapat dilakukan dengan cepat oleh Dr pakar. Sesi bertemu Dr pakar untuk konsultansi pun cepat dan tak perlu menunggu lama.

Kes 3

Abdul bekerja sebagai juruteknik disalah sebuah syarikat swasta. Majikannya mencarum kad perubatan sebagai korporat individual. Majikanya membayar separuh Dan Abdul bayar separuh potongan dari gaji. Suatu hari, Abdul rasa sakit dada yang amat. Terus dibawa ke salah satu hospital IJN. Disitu, Abdul didiagnose ada "heart attack". Pihak Dr menasihatkan agar operation dibuat serta merta untuk menyelamatkan nyawa Abdul. Jika lambat, Abdul bakal kehilangan nyawa. Alhamdulillah, kerana dapat rawatan awal, dia dapat diselamatkan. Kos rawatan nya adalah RM27,000. Jika Abdul dah bersara, bolehlah kad perubatan digunakan? Ya, Abdul masih boleh menggunakan kad perubatan sehingga berumur 80 tahun. Kenapa? Kerana majikannya ambil kad perubatan korporat individual bukan berkelompok. Bila Abdul bersara atau tak bekerja dengan majikannya, kad perubatan itu masih milik Abdul. Dia boleh bawanya hingga matang kad perubatan itu.

Anda fikir saya mereka cerita perkara diatas? Saya bukannya bertujuan untuk menakut-nakutkan anda semua. Ini adalah kes benar-benar terjadi yang saya dapat pabila mereka ingin mencarum takaful perubatan (medikal kad). Pabila dah pencen, jumlah caruman akan mahal dan jika dah didiagnose penyakit kritikal, pihak takaful dah tak "cover" penyakit sedia ada.

💐Mohon majikan sayangi pekerja anda semua.     

💐Kitalah yang bertanggungjawab diatas diri sendiri.

#cpmbk
www.wasap.com/60192853910


Wednesday, October 10, 2018

Kisah si Takaful ejen: Aktiviti Hari Rabu

Pengalaman yang berharga hari ini  pabila berpeluang mengikuti aktiviti "phone calls" dan "blitz". Sudah menjadi rutin seorang takaful ejen untuk buat "phone call" atau "blitz" .Phone calls akan dibuat setiap pagi kerana ketika pagi ini, kebanyakan orang baru nak memulakan aktiviti harian. Tak adalah "busy" sangat. Pengalaman buat phone calls nie memang mencabar. Walaupun kita kta bersua muka, dengan nada dan intonasi kita boleh baca dan jangka. Ada yang tunjuk cara tak selesai, ada yang matikan perbualan ada yang reject cara baik. Disebabkan kita buat secara berkumpulan, positive vibes tue akan ada. Hasil dari phone calls tue, saya dapat 2 appointment. Oh ya, untuk dapat keputusan yang terbaik, kami disarankan untuk buat 30 phone calls.
#cpmbk sedang khusyuk melihat data untuk buat aktiviti phone calls.
Sempat berkunjung ke rumah leader untuk makan tengah hari sebelum memulakan "blitz"
"Blitz" pula adalah direct approach yang mana ejen takaful perlu menegur potential Prospek agar dapat no telefon ,pekerjaan, dan menjawab beberapa soalan unuk tunjukkan tahap kesedaran takaful. Biasanya "blitz" akan dibuat dilokasi yang strategik dan ramai orang.

Bagaimana nak dapatkan semua ini? Dengan cara buat kaji selidik. Kalau kita terus approach macam tue sahaja, prospek akan rasa tak selesa dan merasakan dipaksa untuk membeli takaful. Perlu diingatkan, takaful ejen bukan jurujual. Kita hanya memberi keterangan berkenaan dengan takaful dengan cara memberi kesedaran. Nak biar sedar macam mana? Banyak cara. Melalui kaji selidik, phamplet, cerita disurat khabar dan mungkin keinsafan dari diri sendiri (kalau..lah). 

Kecerian diwajah masing-masing selepas tamat aktiviti seharian.
Kita mulakan aktiviti dari pukul 9.30 pagi hingga 4 petang. Dengan ditemani hujan lebat, kami bergerak pulang ke pejabat dengan semangat yang kental.

Moga saya istiqomah dalam dunia takaful.

Sesiapa nak tanyakan mengenai takaful boleh hubungi Saya di talian 0192853910.

Monday, October 8, 2018

Compare dan nanti dulu .........


"Tak apa lah. Biar lah isteri dan anak saya hidup seadanya lepas saya tak ada. Saya rasa mereka ok kot. Saya ada hutang kereta , rumah dan komitmen bulanan belikan makanan kering dengan basah untuk rumah, bagi mak abah sikit kat kampung dengan bayar pengasuh anak. Susu/napkin semua wife saya yang bayar. Dia willing nak bantu sementara dia kerja ni "

"Nanti lah saya fikir kan.Nak COMPARE dulu "

Muhammad bagitahu penasihat takaful yang jumpa dia bulan April 2015.

Konsep yang dia amalkan, redha dan berserah. Tak sign polisi dengan sesiapa pun dan tak compare pun . Cari alasan je untuk loloskan diri.

September 30,2015 ....

Allah nak uji. Motorsikal dari tempat kerja di Kelana Jaya nak balik rumah di Subang jaya terhimpit dengan lori ais di LDP. Dia jatuh masa tu juga terhimpit bawah lori.

Takdir tuhan ......

Dia lumpuh tak boleh berjalan. Bed ridden untuk satu tempoh yang doktor pun tak dapat nak pastikan. Yang cuma tahu doktor kata memang akan lumpuh seluruh badan.

Kesimpulan :

1. Kau rasa Muhammad tahu ujian Allah nak datang kepada dia dan keluarga yang di sayangi dalam masa 5 bulan yang kedepan ?

2. Dalam keadaan lumpuh macam ini, kau rasa tempat kerja Muhammad di Kilang akan simpan Muhammad untuk tempoh berapa lama ?

3. Hutang dan komitmen Muhammad yang dia ada tu, pihak BANK bagi FREE ke atau bagi TANGGUH BAYAR SAMPAI SIHAT  ?

3. Isteri Muhammad kerja. Anak hantar pengasuh. Siapa pula nak jaga Muhammad yang terlantar ?

4. PESAN AKU, BUKA MATA. BUKA HATI. DENGAR DULU. FIKIR DALAM DALAM. DAN RANCANG KEHIDUPAN  KAU DENGAN DAN TENANG . BIAR KELUARGA TENANG.

5. Kena ADIL dengan anak dan isteri. Kalau dulu Mak Abah bagi kau makan ayam seminggu dua kali, kenapa perlu sekat keinginan anak dan bini untuk hidup seolah macam kau masih ada dan kerja kuat ????

6. Sentap ? Biar. Supaya senang aku hamburkan emosi yang ini supaya masuk dalam hati. Bukan hanya di bibir saja.

7. Ada kawan kawan yang sedang buat takaful kan ? Whatsapp tanya kan plan kau orang.

Ingat !!! Takaful bukan hanya Medikal Kad !! Dia lebih dari itu fungsinya

Credit to Kak Tiqah

#cpmbk
#takaful
#hibah

Tuesday, October 2, 2018

Perlu atau tidak perlindungan kewangan?


1. Wujud produk perlindungan kewangan adalah untuk mengurus risiko yang boleh berlaku dan tidak dapat dijangka

2. Risiko tidak dijangka secara amnya tidak boleh dikawal namun ia boleh diurus mengikut keperluan dan tuntutan semasa.

3. Sebagai contoh, penguatkuasa undang-undang seperti polis diperlukan kerana wujud ancaman-ancaman keselamatan yang pada dasarnya belum berlaku tetapi atas dasar mengurus risiko, maka penguatkuasaan diperlukan untuk mengawal.

4. Begitu juga risiko tidak dijangka dalam aspek kesihatan dan keselamatan. Ini dibuktikan dengan ‘hard evidence’ di hospital seluruh Malaysia tanpa mengira hospital kerajaan atau swasta.

5. Sekiranya anda beranggapan ini tidak benar, maka bolehlah anda ambil sedikit masa untuk turun padang untuk melawat dan melihat sendiri bagaimana sibuknya hospital menguruskan risiko yang tidak dijangka sama sekali.

6. Ini dibuktikan lagi dengan kadar laporan kemalangan yang kerap kali dibangkit malah meningkat setiap tahun.

7. Rantaian kepada masalah tersebut turut memberi impak kepada faktor kewangan individu dan keluarga itu sendiri.

8. Anda boleh rujuk dengan pesakit atau akses maklumat tentang kos perubatan terutamanya melibatkan kes kanser, jantung, buah pinggang, kemalangan atau lain-lain.

9. Lebih terkesan lagi kerana hidup tetap perlu diteruskan malah segala komitmen kewangan sebelum ini tetap perlu dipenuhi malah mungkin akan meningkat kerana melibatkan kos rawatan sampingan.

10. Oleh kerana berlakunya permasalahan ini maka muncul satu idea untuk menguruskan risiko kewangan ini melalui pakatan takaful untuk menjamin risiko masing-masing berdasarkan kontrak yang dipersetujui.

11. Selagi kontrak takaful tersebut dipatuhi maka bantuan kewangan pasti akan dipenuhi seperti mana yang dipersetujui pihak pelanggan dan syarikat takaful.

12. Dapatkan khidmat nasihat daripada perunding takaful yang bertauliah dan buat pilihan yang terbaik mengikut keperluan pengurusan risiko kewangan masing-masing.

#cpmbk

Monday, October 1, 2018

Awak ada takaful spesis apa?


Satu hari berbual dengan kawan-kawan, tiba-tiba terlompat masuk isu takaful.

"Takaful ini macam banyak membohong sebenarnya, bayar tiap-tiap bulan tiba masa tak dapat klaim."

Saya tersentak lalu bertanya,"Kenapa cakap macam tu?".

Kawan saya sambung,"Adik aku ambil takaful bayar tiap-tiap bulan, tiba masa dia accident, minta klaim satu habuk pun tak dapat."

Saya tanya,"Adik hang ambil takaful apa?"

"Dia ambil takafullah, takaful.", Kawan saya menjawab.

"Yelah, dia ambil takaful apa?",saya bertanya kembali.

Kawan saya senyap tiada jawapan.

"Tiba-tiba dia bertanya, Takaful ini ada banyak jenis ke dah hang tanya macam tu?", tanya kawan saya.

"Yup, Takaful memang ada banyak jenis bergantung dengan polisi apa yang dia ambil. Contoh kalau dia ambil Medical Card, dia hanya boleh klaim bila masuk Hospital. Dan bila terjadi apa-apa pada satu-satu individu, contoh macam Lumpuh atau Meninggal Dunia, dia tak kan dapat klaim pampasan kalau setakat Medical Kad je yang ada, kalau ada pun dapat mungkin sikit saja berbanding Takaful Income Protection."

Tambah saya,"Dia kena ambil Takaful Income Protection sepatutnya untuk lindung dia dan keluarga kalau ditimpa musibah-musibah itu tadi. Kalau setakat Medikal Kad, cukup untuk cover masuk hospital dan sesetengahnya ada sedikit atau tiada langsung cover Income Protection tu tadi."

"Adik hang sendiri tau tak dia ambil Takaful apa?".

Kawan saya membalas,"Entahlah, dia cuma cakap ambil takaful je."

Saya pun,"Aduh na rayang (cakap Sabah terus)".

Tips (afdalnya): Sepatutnya kita tahu apa polisi takaful yang kita ambil. Kalau beli handphone baru, kita rajin membelek dan kaji sebelum beli kemampuan spesifikasi dan hardware handphone kita, begitu juga dengan mencarum Takaful.

Ingat,Takaful sepatutnya membantu kita pada masa hadapan bukan meranapkannya.

Kredit: FB Muhamamad Ridhuan Abdul Malik
Infaq Consultancy

Nota#cpmbk: Awak ada ada takaful spesis apa? Ya, betul tue. Ramai orang salah anggap perkara ini dan tidak faham apa sebenarnya yang dorang ambil. Bila tanya manfaat apa yang diambil. Mesti jawab takafullah. Bila ditanya sekali lagi manfaat apa yang diambil kerna takaful banyak jenisnya. Mereka hanya angkat bahu tanda tak tahu.
Semoga agent takaful boleh memberi pendedahan luas untuk mereka yg diluar sana.

Selamat pagi semua.

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...