Monday, May 27, 2013

Aku beli Takaful pasal aku tercekik Tulang ikan........

Citer nie true story hokkeeyyyy...bukan main-main... bukan citer rekaan atau citer lawak..diceritakan sendiri seorang agent yang mana dier approach kawan lamer dier...


Suatu ari dier approach kawan lamer dier untuk share citer pasal Takaful. Pasal lamer sangat tak jumpa, so kawan dier pun ON ajerlah. Ya, agent tue memang tak der simpan suatu harapan pun kawan dier akan sign borang Takaful dengan penuh bergaya. Nak terima perlawaan pun pasal lamer tak jumpa. Biler siap jer jumpa tersenyum sengih.. minum air segelas dua.. si agent nie pun share serba sedikit pasal takaful nie..

"hang nak tau Takaful nie elok diambil dari sekarang. Kita tak tahu biler benda yang tak mengundang jadi kat kita" kata si agent tue

Aku tak perlukan Takaful. Aku kerja di Bank Pusat.. semua dierorang dah cover. Tahap dewa lagi. Dari kepala sampai ke kaki" katanya kawan si agent tue dengan penuh hebat, kerek dan ader sikit picthing tue naik sikit.

Si agent nie pun kecewalah. kecewa bukan pasal kawan dier tak nak close.. kecewa sikap kawan dier yang pandang sebelah mata jer Takaful secara peribadi nie...kerek siot.. so.. Agent nie pun tambah lagi..

"Jangan macam tue bro.. sampai biler hang nak kerja di bank pusat tue? Lepas hang pencen depa cover ker?".. celah agent tue

" Awat hang nie?? masa aku pencen nanti.. cukup lah aku nak cover makan minum dan perubatan aku nie".. balasnya penuh bangga

"Hmmmm ikut hanglah".. jawab si agent tue.

Pertemuan berakhir dengan si agent tue memberi business card pada sikawan nya itu

Nak di jadikan citer.. selang tiga hari selepas pertemuan itu..Kawan si agent tue pun nak menyimpan dalam Takaful. So peliklah rasanya si agent tue. Aper cer yg dier nak masuk Takaful nie?

So si kawan nie pun citerlah...

Waktu tengahhari.. dier ader kat umah.. dok makan nasik lauk ikan. Tetiba dier tercekik tulang ikan.. Paniklah apa lagi.. Nak panggil ambulans lambat... So nak dijadikan citer dier pun sampai spital. Sikawan agent nie mana boleh cakap pasal cekik tulang ikan. Orang umah tak tahu apa-apa pasal insurans yang suami dier ambik. Nak tak nak, laki dier kena cakap ngan Human Resource nak mintak GL (guarantee letter).. Huh.. ambik ko.. mana si human resource tue nak paham kalau ko cakap macam suara itik. So.. dari situ dier mendapat pembalasan yang setimpalnya.. alangkah elok kalau dier ader medikal kad Takaful. Just tunjuk jer, terus settle.

Maka dari ari tue dier tekad dan nyesal.. unsangka rable (tak disangka), saper tahu tercekik tulang ikan boleh jadi parah macam tue sampai kena warded spital.

So, ambiklah Takaful medikal kad nie. Jangan tunggu.. tunggu..tunggu.. Nie baru tercekik tulang ikan.. tak lagi tercekik tulang ayam ker, buah ker.. biji nangka ker.. uhuhuhuh...

Tak puas hati dengan citer aku. Jom sembang ket mardiyah79@gmail.com


Fridge magnet Ikhlas dari saya untuk customer Takaful

Terima kasih pada akak rnzcollection kerana sudi membuat fridge untuk saya. Dengan harga yang berpatutan.. saya dapat merealisasikan fridge magnet saya ini. 




Sasaper yang berminat boleh lah ke belog akak nie di http://rnzgift.blogspot.com/2013/05/cenderhati-cendermata-hadiah-tanda.html?showComment=1369644270067#c8674018602516110956

Memang berbaloi..............

mardiyah79@gmail.com

Pencerahan medikal kad

Aku rasa dah banyak artikel dah aku tuleh atau copy paste org punyer pasal medikal kad nie. Macam-macam kepoweran dah aku habaq kat korang. Ntah lah.. berbuih aku cakap, sampai sengal tangan nie dok citer pasal kehebatan dan kepoweran kuasa jantan medikal kad nie hah. Tapi tak per, pasal ilmu tue takkan ilang di buka bumi nie, aku citer jugak pencerahan medikal kad nie.

Medikel Kad.

Sepanjang pengalaman aku menceburi bidang Takaful ini, perkara paling kerek dan berlagak yang selalu gua hadapi ialah bilamana orang yang gua jumpa mengatakan kepada gua"

"Rasanya..gua tak perlu Medikel Kad ni bro, Company gua dah cover solid satu keluarga.."

Ya..ya..gua tahu, memang kebanyakan syarikat swasta yang beroperasi di Malaysia ni sangat bermurah hati memberi perlindungan Medikel Kad kepada para pekerja mereka. Perlindungan ini ada pelbagai jenis dan peringkat. Ada yang peringkat perlindungannya setaraf tapak kaki, dan ada juga peringkat perlindungannya punyalah power sampai boleh dilihat seperti ingin mencabar perlindungan Tuhan.

Perlndungan medikel kad yang ditawarkan oleh pihak syarikat ini bergantung pada keupayaan dan reputasi syarikat itu sendiri. Kalau syarikat itu miskin, maka medikel kadnya akan diberi secara miskin, dan kalau syarikat itu kaya raya, maka medikel kadnya akan diberi secara kaya raya juga. Tapi, ada juga perangai syarikat kaya, tapi bagi medikel kad miskin. kahkahkah!.

Ok.contoh medikel kad miskin:

- Nilainya dicatu. Mungkin Rm10k atau RM20 saja setahun untuk setiap keluarga.

Contoh medikel kad kaya:

- Nilainya tidak dicatu. Pakaila berapa ratus ribu pun setahun, syarikat tak ambil peduli.

Faham?,

Kalau dah faham..sekarang gua akan ambil satu contoh, contohnya sekarang gua berhadapan dengan pemegang medikel kad dari syarikat yang kaya raya dan sangat power. Ayuh kita mulakan.

"Rasanya..gua tak perlu Medikel Kad ni bro, Company gua dah cover solid satu keluarga.."

Tuan tuan dan puan puan, adik adik muslim dan muslimah sekalian,

Brader yang gua berhadapan sekarang ni bekerja di sebuah syarikat minyak bernama Exxon Mobile atau Shell, atau...errrr....
Ya tuan puan, tanyalah mana mana syarikat minyak didunia, mereka ini sangat kaya dan medikel kad para pekerjanya masyaAllah tersangatlah power. Namun begitu...sebaik mana pun medikel kad mereka ini, medikel kad ini tak berguna satu sen pun bilamana:

1. Pekerjanya berhenti kerja
2. Pekerjanya mati
3. Pekerjanya kena cancer, masuk medikel board dan diberhentikan kerja bersama pampasan
4. Pekerjanya bersara kelak pada umur 55 atau 60 tahun

Kita ambil contoh paling radikal, contoh nombor 2.

Mati.

Adakah kepoweran medikel kad si mati masih berguna pada anak dan isteri?,

Adakah kepoweran medikel kad si mati masih boleh dipakai kalau anak masuk hospital?,

Jawapannya sudah tentulah TIDAK. Dan ketika perkara ke 2 ini terjadi, maka hilanglah segala kebaikan medikel kad syarikat yang selama ini diberlagak dan dikerekkan kepada ejen ejen takaful macam gua.

Sebagai retaliaisnya, mereka bertanya pula,

"Medikel kad takaful lu ni cover anak bini ke lepas gua mati?"

Jawapannya, sudah tentulah YA.

Terkejut?, bertenang...jangan terkejut. Inilah faktanya.

Katakan satu keluarga ada ayah, ibu dan 3 orang anak. Dan si ayah ini otak dan hatinya tidaklah benak kerana terpegun dengan kemewahan medikel syarikat minyaknya. Maka dengan rezeki gaji yang Tuhan kurniakan, si ayah melaburkan RM500, atau RM1000, untuk mendapatkan medikel kad bekap untuk dia dan keluarga.

Sekiranya si ayah ini ditaqdirkan mati, katakanlah selepas 5 bulan bertakaful (contohnya, dia ambil RM1000/bulan x 5 bulan = RM5 ribu). Jumlah yuran yang sempat dibayar untuk 5 kepala selama 5 bulan adalah RM5 ribu.

Sesungguhnya tuan puan, nilai RM1000 sebulan yuran Takaful ini akan diambil alih oleh pihak Takaful dan pembiayaan akan beterusan sehinggalah isteri mencapai umur 70 tahun, dan anak anak pula mencapai umur 25 tahun.

Sekarang beritahu gua, syarikat mana di malaysia ni yang buleh tanggung RM1000 sebulan untuk pembiayaan medikel kad untuk anak siteri sampai berpuluh tahun lamanya?,
Hah!, jawabla..jawab!

Setahun cover dah RM12,000..kalau masa si ayah ni mati umur isterinya baru 35 tahun, dan anak anak pula usianya 7 tahun, 5 tahun dan 2 tahun?, cuba kira berapa puluh ribu yang Takaful akan tanggung untuk medikel kad dan segala pampasan lain?,

Satu medikel kad valuenya dalam RM600k-RM1 juta (nilai yang boleh di pakai..macam limit keredit kad la..).

Jadi kalau emak 1 juta limit, anak anak sorang 1 juta limit. Pehhhh!!,

kira la..kira!

Mana lagi power sekarang?

Ok..itu kalau bayar RM1000 sebulan..Kalau bayar Rm10,000?, RM20,000?...ya...berapa nilaipun Takaful/medikel kadnya...pihak takaful akan mengambil alih pembayaran ini sekiranya berlaku perkara di bawah pada si ayah:

1. Mati
2. eksiden dan berlaku cacat kekal
3. Sakit kritikal, seperti stroke, buah pinggang failure, cancer dan segala macam kritikal lagi

Argumen ke 2 yang selalu juga gua hadapi, berbunyi macam ni:

"Ahhh..kalau macam tu, gua ambik medikel kad Takaful ni lepas gua pencen la, atau lepas gua berhenti kerja la..sekarang ni pakai dulu medikel kad kompeni..rugi la ambil Takaful ni sebab kompeni cover bro.."

Ya..Ya..jawapan semacam ini bunyinya memang educated dan cerdik. Tapi hakikatnya, tersembunyi bangang yang terang lagi bersuluh.

Tuan puan muslimin dan muslimat sekalian,

Argumen ke 2 ni sedikit sebanyak dah boleh dicantas oleh penerangan gua di perenggan sebelumnya. Tapi gua jawab juga lah.
Takaful, atau mana mana syarikat insuran yang ujud dalam sistem kapitalis/sosialis/islamis/liberalis dunia hari ni, tidak akan menerima mereka yang:

1. Sudah ada penyakit macam diabetic, darah tinggi atau jantung
2. Sudah ada rekod pernah berpenyakit kritikal

Jadi, soalan gua...bolehkah lu confirm yang sehingga lu pencen, lu tak kena apa apa penyakit?, boleh kah lu confirm, yang sebelum lu berhenti kerja, anak isteri lu tak kena penyakit?, dan boleh kah lu confirm, lu boleh hidup sampai hari tua?,

Argumen ke 3,

"Sebenarnya gua punya bajet tak ngam la bro...tak berapa cukup"

Ok..tuan puan sekalian,

Masalah bajet adalah masalah priority. Kalau bajetnya makan Tony Roma's seminggu sekali, memang lah tak cukup. Kalau bajetnya tengok wayang 3 x seminggu, boleh jadi juga tak cukup. jadi terpulang...kalau hiburan, makanan dan pakaian berjenama itu lagi penting dari perlindungan diri dan kesihatan tubuh badan...silakan.

Namun ingin gua berikan sedikit pandangan, menyentuh soal bajet;

"Pada mereka yang bergaji Rm2000-5000, untuk Rm150, atau Rm200 bayaran medikel kad Takaful...kalau disimpan setiap bulan selama 30 tahun di dalam ASB, tidak akan menjadikan lu orang jutawan. Begitu juga halnya..jika rm150, atau rm200 bayaran medikel kad Takaful, kalau dibuang setiap bulan ke dalam longkang selama 30 tahun juga, tidak akan menjadikan lu orang miskin papa kedana"

Renung renungkan..

credit: Takafulman


mardiyah79@gmail.com

Sila sebarkan pencerahan medikal kad nie kat kekawan, sahabai handai, orang yang ko sayang...

Sunday, May 26, 2013

Ader orang cakap Takaful tue kalau tak guna duit kiter terbakar (burn).. Betul ker?



Ada orang cakap yang mengambil medical card itu hanya membazir duit sahaja kalau kita tak gunakan. Saya bersetuju dengan dia. 

Tapi mungkin dia lupa yang dia pun mengambil insurans kereta yang 'first party' bukannya 'third party'. 

Saya tanya dia balik kenapa dia ambil insurans kereta yang 'first party, bukan 'third party'? Sedangkan itu lagi murah?. 

Dia kata iya lah, kalau ambil third party, nanti kalau kereta saya kemalangan atau hilang macamana? Third party tak cover yang itu. Jadi saya ambillah yang first party.

Saya cakap kat dia, samalah juga dengan takaful. Hari ini en. ambil takaful bukan untuk kegunaan hari ini. 

Tapi hari esok. Kalau en kemalangan, mengalami sakit yang kritikal, mana en nak dapatkan duit untuk rawatan? Sama macam en ambil insurans third party dan kereta en kemalangan, mana en nak dapatkan duit untuk baiki? 

Kebanyakkan apabila saya ceritakan sebegini, 80% yang mula sedar. Dan lagi 20% tak sedar-sedar. Bukan takda duit, tapi tidak pandai dalam financial planning. 

Satu lagi, medical card Takaful adalah dibawah pelan takaful. Didalam kontrak takaful, wang yang dicarum oleh pencarum akan diletakkan didalam tabungan tabarru' (tabung derma). Jadi istilah yang tepat adalah bukan wang kita 'burn', tapi wang kita itu digunakan oleh orang lain yang memerlukan. 

Terima Kasih PROTON!!!!! Menuju ke satu appointment

Salam uols...

Mesti korang pelik apsal aku cakap terima kasih Proton. Aku nak ucapkan beribu terima kasih pada signboard proton yg guide aku ke rumah client aku kat subang USJ. Kawasan yg agak scary bagi aku. Scary bukan pasal nampak hantu tapi scary pasal makan langsat banyak sangat. Bayangkan ambik DUKE, lepas tue ambik pinggiran kewajipan pi straight ntah mana signboard USJ yg aku nak pi nie... tgk tgk sudah tewas di tepi jalan. Ader construction lakssss..... Nangis aku weeeiiiii. Nasib baik aku isi minyak penuh. Kalu tak aku nangis.... dah kawasan tue kawasan yg banyak jammed nenas .. jammed strawberry.. huhuhuhu.. panaz jap babe. Aku pi straight jer dan terlepas kat ioi malls. Huuuuu angin aku.. tapi nasib baik aku boleh exit kat KESAS.. bolehlah aku turn balik. Bayangkan aku turun umah kol 5 ptg. Sesat punyer pasal aku sampai umah client kol 9 mlm.. huhuhuhu.. Nasib baik tuan umah baik. Siap buat Kopi O dan kuih kat aku... ooo lupa laks nak citer..sajer nak menambah perisa .. sebelum aku masuk kawasan umah client aku.. aku sempat gaduh dgn pok guard... huhuhu.. memang Hari Jumaat yg lepas memang menguji kesabaran minda dan jiwa raga ini. Ok.. sekali lagi Thanks Proton signboard. Tak der ko.. aku masih sesat tak tahu nak balik ke pangkal jalan. Haahhaahahahahah.. 

Oooo yesssss.. (Alhamdulillah) dapat closed 2 kes.

Thursday, May 16, 2013

aku happy jadi single womennnn \-o-/


Alhamdulillah.. selesai sudah wedding adik aku. Iyerlah... aku nie terpaksa lantik diri sendiri untuk menjadi AJKKKK wedding adik aku. Penat weeeiiiii. Pancit aku dalam masa seminggu nie. Nasib baik ader tenaga nak pi work out. Takut kang lebihan muatan laks. Aku jugak yang kena smash... Masa kenduri adik aku nie.. aku kena tutup telinga macam kakak kat bawah nie hah....

Mana tak nyer adik bongsu langkau kakak tengah.. Dah jodoh dier nak wat macam mana..Tak kan nak suruh tunggu kot. Kang jadi kes naya laks. Pasal kes nie aku tawakkal jer.. nak wat macam mana laki kat luar... tue banyak yg tak leh caya (aku tak kata semua hookkkeeeyyy)...heheheheh.. 

Masa aku skodeng FB.. aku terbaca status kawan aku merangkap client aku. Dier pun bujang gaks. Nie aku nak tempek.. Bagi motivasi sikit di pagi nie pada yg still single mingle. Dan setuju 100% apa yang dier kata. Pun semalam aku ader citer ngan kakak nie.. tapi dier dah kawin.. Pernah dier terpikir apsal lah dier kawin. Tapi dah jodoh dier Allah nak tetapkan. Syukurlahhh...

status untuk semua wanita yang belum berkahwin walaupun dah mencecah 3 pointer.
saya tahu ramai anda di luar sana kan..
saya tahu situasi anda.
biar orang berkata apa pun.. memilih sangat la.. tak pandai melawa la.. tak nak bergaya la.. tak nak kahwin la.. dah tak muda la..
tapi saya dan anda faham situasi kita.
saya cuma harap wanita bujang 3 pointer (atau yang 4 flat) ni, bergembira dengan kehidupan masing-masing.
gembira dalam erti kata sebenarnya.
bukan gembira dibuat-buat.
melihat dari sudut positif, kita tiada komitmen keluarga.
maka kita boleh fokus pada perkara-perkara yang kita suka lakukan.
bolehbuat banyak perkara yang golongan bercakap-cakap ini tak boleh buat pun.
ekspresikan diri anda.
kalau suka berenang, berenang lah membina stamina dan kesihatan diri
kalau suka melancong, pergilah serata dunia melihat keindahan alam
kalau berhajat untuk melihat alam di bawah sana, belajarlah menyelam dan ambil sijil
kalau suka menghayati keindahan gunung dan hutan, dakilah berapa gunung sekalipun
jaga kewangan dan buat pelaburan
kita tiada anak yang boleh diharap menjaga kita bila tua
(mungkin yang berkahwin dan ada anak pun tak semestinya boleh bergantung harap pada anak)
jadi, saya harap wanita sebegini mempunyai portfolio kewangan dan pelaburan yang kukuh
ini untuk masa depan yang lebih terjamin
jangan habiskan wang gaji begitu sahaja
kecantikan dan jenama material tidak berkekalan
dan jangan lupa untuk ambil insurans perubatan yang mungkin diperlukan jika sakit
dalam masa yang sama, lakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain
jadikan diri kita berfaedah kepada masyarakat
kita ada lebihan masa berbanding mereka yang berkahwin dan beranak pinak
jadi, gunakan sebaiknya untuk diri sendiri dan untuk menambah nilai kepada orang lain
pedulikan apa orang kata
hidup kita, kita yang tentukan
definisi bahagia kita yang tetapkan


ps:// Andartu start umur beraper erk? aku suka part "dan jangan lupa untuk ambil insurans perubatan yang mungkin diperlukan jika sakit".. Huh.. girls... biler lagi?

Friday, May 3, 2013

SEJARAH PILIHAN RAYA UMUM DI MALAYSIA

Teringat waktu sekolah dedulu.. biler masuk bab sejarah jer.. terus rasa ngantuk. Mungkin tengok cara cikgu ngajar kot.... So.. hari nie aku harap korang tak ngantuk pasal aku nak citer pasal sejarah. Sejarah aper? Sejarah pilihanraya umum di Malaysia. Memandangkan korang semua dah demam pilihanraya dan dah berlatih jejari jejari masing masing.. so.. aku nak tepek pasal citer sejarah. At least korang tahu serba sedikit pasal sejarah di Malaysia. Kalau org luar tanya tak derlah korang malu...  Di sini saya sekadar memaparkan tarikh-tarikh Pilihan Raya Umum yang lepas serta keputusannya.


PRU PERTAMA(1959) 
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 27 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 Julai, manakala hari pengundian ialah pada 19.Ogos. 1959. 

Keputusan PRU 1959, adalah seperti berikut:

Parti Perikatan(kini dikenali sebagai Barisan Nasional) : memenangi 74 kerusi. 
Parti Negara : memperolehi 1 kerusi 
Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- kini dikenali sebagai PAS : memperolehi 13 kerusi 
Barisan Sosialis : memperolehi 8 kerusi 
Parti Malaya : memperolehi 1 kerusi 
Bebas : memperolehi 8 kerusi 

PRU KEDUA(1964)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 1 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 25.April. 1964.

Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut:
Parti Perikatan : memperolehi 89 kerusi. 
Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- memperolehi 9 
Barisan Sosialis : memperolehi 2 kerusi 
Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 2 kerusi 
Parti Demokratik : memperolehi 1 kerusi 
Parti Tindakan Rakyat( PETIR) : memperolehi 1 kerusi 

PRU KETIGA(1969) 
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 20 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 5 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 10.Mei. 1969. Tempoh berkempen ialah selama 35 hari. 

Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut: 
Parti Perikatan : memperolehi 74 kerusi. 
Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- memperolehi 12 kerusi 
Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 4 kerusi 
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) : memperolehi 13 kerusi 
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 13 kerusi 
Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) : memperolehi 8 kerusi 
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP): memperolehi 5 kerusi 
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi 
Parti Pesaka Sarawak(PESAKA): memperolehi 2 kerusi 
Persatuan Cina Sabah (SCA) : memperolehi 3 kerusi 
Bebas: memperolehi 1 kerusi 

PRU KEEMPAT (1974)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 31 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 8 Ogos, manakala hari pengundian pula ialah pada 24. Ogos. 1974. Tempoh berkempen ialah selama 16 hari.

Keputusan PRU 1974, adalah seperti berikut: 
Barisan Nasional : memperolehi 135 kerusi. 
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi 
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi 
Parti Keadilan Masyarakat Malaysia(PEKEMAS): memperolehi 1 kerusi 

PRU KELIMA (1978) 
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 12 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Jun, manakala hari pengundian pula ialah pada 8. Julai. 1978. Tempoh berkempen ialah selama 17 hari. 

Keputusan PRU 1978, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 130 kerusi. 
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 16 kerusi 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi 
Pertubuhan Rakyat Sarawak (SAPO): memperolehi 1 kerusi 
Bebas : memperolehi 2 kerusi 

PRU KEENAM (1982) 
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 29 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 7 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 22. April. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 15 hari.

Keputusan PRU 1982, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 132 kerusi.
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi 
Bebas : memperolehi 8 kerusi

PRU KETUJUH (1986) 
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 19 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 24 Julai, manakala hari pengundian pula ialah pada 3. Ogos. 1986. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari. 

Keputusan PRU 1986, adalah seperti berikut: 
Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi. 
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 24 kerusi 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 1 kerusi 
Bebas : memperolehi 4 kerusi 

PRU KELAPAN (1990) 
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Oktober. Tarikh penamaan calon pula ialah 11 Oktober, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Oktober. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari. 

Keputusan PRU 1990, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 127 kerusi.
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 20 kerusi 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi 
Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 14 kerusi 
Parti Semangat 46 : memperolehi 8 kerusi
 Bebas : memperolehi 4 kerusi 

PRU KESEMBILAN (1995) 
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 6 April. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 25. April. 1995. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari. 

Keputusan PRU 1995, adalah seperti berikut: 
Barisan Nasional : memperolehi 162 kerusi. 
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi 
Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 8 kerusi 
Parti Semangat 46 : memperolehi 6 kerusi 
Bebas : memperolehi 4 kerusi 

PRU KESEPULUH (1999) 
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 10 November. Tarikh penamaan calon pula ialah 20 November, manakala hari pengundian pula ialah pada 29. Novemberl. 1999. Tempoh berkempen ialah selama 9 hari. 

Keputusan PRU 10, pada tahun 1999, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi. 
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 10 kerusi
 Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 27 kerusi 
Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 3 kerusi
 Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 5 kerusi

PRU KESEBELAS(2004)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 13 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Mac. 2004. Tempoh berkempen ialah selama 8 hari. 

Keputusan PRU 11, pada tahun 2004, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 199 kerusi. 
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 12 kerusi 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 6 kerusi 
Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 1 kerusi 
Bebas : memperolehi 1 kerusi 

PRU KEDUA BELAS (2008)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 13 Febuari. Tarikh penamaan calon pula ialah 24 Febuari, manakala hari pengundian pula ialah pada 8. Mac. 2008. Tempoh berkempen ialah selama 13 hari. 

Keputusan PRU 12, pada tahun 2008, adalah seperti berikut:
 Barisan Nasional : memperolehi 140 kerusi.
 Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 28 kerusi 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 23 kerusi 
Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 31 kerusi 
Bebas : memperolehi 1 kerusi

Maklumat Tambahan: 
Tarikh yang dipaparkan diatas hanya sesuai untuk digunapakai di Semenanjung Malaysia sahaja, ini memadangkan tarikh mengundi di Sabah dan Sarawak adalah berbeza dengan Semenanjung, baik untuk Dewan Rakyat(Parlimen) mahupun Dewan Undangan Negeri. 

Sebagai contoh, bolehlah rujuk kepada PRU 1969. Hari mengundi di Semenanjung telah ditetapkan pada 10 Mei 1969. Bagi negeri Sabah, tarikh pengundian berperingkat telah ditetapkan pada 10 sehingga 25 Mei 1969 dan tarikh pengundian berperingkat di Sarawak bermula dari 10 Mei sehingga 7 Jun 1969. 

Info Penting
Hanya bermula PRU ke-10 pada tahun 1999: Hari mengundi untuk kerusi Dewan Rakyat telah ditetapkan satu hari sahaja untuk seluruh negara iaitu pada 29 November 1999. Walau bagaimanapun PRU Ke-10 ini hanya melibatkan DUN-DUN di Semenanjung. DUN di Sabah dan Sarawak tidak terlibat dalam pilihan raya umum kali ini kerana ia diadakan secara berasingan.

Hanya bermula pada PRU 2004, buat pertama kalinya DUN Sabah menyertai pilihan raya umum bersama dengan DUN-DUN di Semenanjung. Dun Sarawak masih tidak terlibat dalam pilihan raya umum ini dan ia berkekalan hinggalah ke hari ini.

PRU 1969 juga merupakan PRU pertama yang melibatkan Sabah dan Sarawak, setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Persekutuan Malaysia melibatakan Tanah Melayu/Malaya( sekarang dikenali sebagai Semenanjung Malaysia), Sabah,Sarawak dan singapura.

ps://

FAKTA PELIK TAPI BENAR PILIHANRAYA AMAT PENTING BACA SEBELUM MENGUNDI


Pilihanraya umum dah sampai sebelum mengundikita kena faham apa itu pilihanraya dan fakta mengenainya.

Kita perlu faham bahawa pilihanraya pertama Malaysia ialah pilihanraya Munisipal Kuala Lumpur tahun 1955. Itu pilihanraya untuk pilih ahli Majlis Minisipal Kuala Lumpur. Masa itulah mula persepekatan UMNO-MCA-MIC untuk kongsi kuasa..  

Sejak merdeka, kita ada pilihanraya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Beberapa fakta menarik mengenai pilihanraya untuk Dewan Rakyat berikut: 

Manakala berikut pula adalah beberapa fakta menarik mengenai Dewan Undangan Negeri: 

ps://

Terlupa nak bayar @ malaz bayar membawa medical card x leh guna atau claim - lapse case


salam,

hari ni saya akan share info mengenai case lapse bagi medical card. perkataan lapse didalam case ini bermaksud terlupa untuk membayar caruman untuk medical card dalam tempoh yang di tetapkan.

untuk makluman semua.. medical card polisi menegaskan bahawa caruman mesti di bayar didalam tempoh yang diberikan atau medical card anda akan ditamatkan perkhidmatannya, ini bermaksud.. anda tidak dapat lagi menggunakan card ini sekiranya anda tiba2 di kehendaki admit to hospital.. apabila waktu itu berlaku.. anda mungkin akan menghadapi kesulitan untuk memasuki hospital swasta. tetapi masih ada opsyen lain.. rujuk la kepada hospital kerajaan. kesihatan anda amat penting untuk diri anda dan juga keluarga anda.

terdapat case dimana ada seorang hamba allah ini telah mengambil medical card untuk anak beliau, dan seperti sedia maklum, anak2 yang kecil ini senang di serang penyakit, sebagai contohnya. demam. ada sesetengah kes, anak ini di kehendaki masuk ke hospital. nak di jadikan cerita.. ibu kepada anak ini terlupa untuk membayar caruman bulanan untuk medical card ini. Dan card itu telah dibatalkan oleh pihak PruBSN Takaful... apa bila menyedari kad itu telah dibatalkan, ibu itu telah cuba memohon kembali medical card di pejabat maa and permohonan itu telah diluluskan kecuali untuk penyakit demam.. mungkin ibu ini akan mengatakan bahawa PruBSN Takaful tidak adil and penyakit yg terlibat hanyalah demam.. tetapi nak buat macammaner. dalam case ini, si ibu telah membuat permohonan baru untuk medical card anak beliau, dan mengikut syarat (bg semua syarikat takaful/insuran) penyakit sedia ada tidak akan dilindungi, dan kerana si ibu telah menggunakan card itu untuk penyakit demam anaknya dan telah ada record, maka dgn automatik nya, demam akan di keluarkan dari senarai penyakit yg dilindungi bagi polisi anak beliau. kalaulah si ibu tidak luper membayar carmuan tepat pada masanya.. insyallah perkara ini dapat di elakkan.. dan anak itu akan menggunakan kemudahan medical card itu dengan sepenuhnya..

walaupun hanya RM50 keatas setiap bulan untuk medical card ni.. anda akan dapat perlindungan RM50,000 setahun, tetapi sekiranya anda terluper nak bayar.. card itu berkemungkinan akan dibatalkan dan untuk memperolehinya kembali, mungkin susah.

hanya itu pesanan sy kepada semua pemegang medical card untuk semua company takaful dan insuran. patuhilah tempoh pembayaran anda atau anda mungkin akan menyesal nanti

ps:// so.. jangan lupa @ malaz nak bayar.. susah bro nantiiiiiii

Cik Agent yang comel adakah saya terus dilindungi selepas saya sign borang ini? TOLONG JAWAB????

Salam ,

Aaaawwwwwwwwwwwww.. suka biler org panggil kita comel... huhuhuhu... Aku tak perasan Hokkeeeyyy.. Hakikat nyer... Yang tolonh jawab tue agak kasar bunyi nyer. Anyway.. Tak perlah... Okkeeeyyyy.....Ramai yang ingat lepas jer sign application form nie terus terasa dilindungi oleh Takaful/insurans. Sebenarnya TIDAK. Hakikatnya nya, peserta kena tunggu waktu tertentu dikenali sebagai waktu bertenang (seperti tempoh menunggu). Memanglah terus dilindungi tapi nak claim tue yg kena tempoh bertenang. Biler dah habis baru boleh nak claim ker.. nak sakit ker.. Tapi jika sakit semasa tempoh bertenang berlaku, sorry to saylah kan... X boleh hokkeeeyyyyyy....

Huh.. tengoklah.. gambar kat bawah. Aku dah tepek gambar tempoh bertenang. Senang sikit nak ingat..


Macam mana pulak dengan anak I yg I ambik since I pregnant dan usia kandungan anak I dah 25 minggu? Anak I terus dilindungi atau kena tunggu jugak?

Hmmmmmmmmmmmmmm... You kena tunggu jugak. Tempoh bertenang start biler anak u berusia 15 hari dari kelahiran. Macam gambar yg I tepek kat atas tue, polisi anak you still kena follow the procedure jugaks. 

So.. sia-sialah I ambik masa I pregnant nie?

Saper kata you ambik polisi nie sia-sia masa you pregnant. At least anak you dilindungi. Kalau you tak ambik sekarang, n nak dijadikan sebab anak you kena broncitis.. Anak you still boleh ambik tapi pihak insurans mintak tempoh bertenang 2 tahun. Lepas 2 tahun baru boleh ambik. You nak ker macam tue? Dalam tempoh 2 tahun macam2 boleh jadi.

Ok.. awak thanks.. kata si ibu tadi. Saya merasa syukurlah si ibu sudah paham....

Ps:// Baik ambik insurans anak masa kecik nie.. Bayaran tak tinggi.. coverage tinggilah jugaks...

Fakta Menarik Mengenai Pilihan Raya Umum Di Malaysia


PILIHAN RAYA PERTAMA 

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Jun 1955 adalah pilihan raya pertama sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Seramai 129 orang calon yang bertanding untuk merebut 52 kerusi Parlimen. 

Keputusannya ialah Parti Perikatan (kini dikenali sebagai Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Manakala, baki 1 lagi kerusi dimenangi oleh Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP) –kini dikenali sebagai PAS.

PENGUNDI PALING RAMAI 
Kawasan Parlimen Kapar di Selangor memiliki bilangan pengundi paling ramai, iaitu seramai 112,224. Jumlah ini hampir menyamai jumlah pengundi di Perlis, iaitu seramai 120,081 orang.

UNDI ROSAK PALING SEDIKIT
Undi rosak paling sedikit dicatatkan ketika PRU 1959. Hanya 1.82% bagi kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN) 

Agak menghairankan kerana jumlah undi rosak ketika PRU 2008 ialah sebanyak 175,680 untuk kawasan Parlimen dan 146,781 undi untuk DUN. 

Adakah ini bermakna rakyat pada tahun 1959 lebih cerdik dan berpendidikan berbanding rakyat pada tahun 2008. Atau ada maksud yang tersirat? 

TEMPOH KEMPEN PALING PENDEK.

Tempoh kempen paling pendek atau singkat ialah ketika PRU11 pada tahun 2004, apabila tarikh penamaan calon dan mengundi ditetapkan pada 13 dan 21 Mac 2004. Tempoh berkempen hanyalah selama 8 hari sahaja. 

CALON YANG TAK PERNAH KALAH.

Tun Ghafar Baba adalah satu-satunya calon yang sentiasa memenangi semua kerusi yang ditandingi. Beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) pada tahun 1955 dan 1964. Pada tahun 1969, beliau mula bertanding kerusi parlimen sehingga bersara daripada politik. 

PALING LAMA BERKHIDMAT 

Tengku Razaleigh Hamzah berkhidmat sebagai ahli Parlimen selama Sembilan penggal. Beliau bermula dengan memenangi kerusi Parlimen Kelantan Barat pada PRU 1974. 

UNDI PALING BANYAK

Majoriti undi paling banyak, iaitu sebanyak 54,073 undi diperolehi oleh Datuk Seri Shahrir Samad pada PRU 2004 bagi kerusi Parlimen Johor Bahru. 

UNDI PALING SEDIKIT
Calon bebas, Yusof Nasir memperolehi undi paling sedikit, iaitu sebanyak 9 undi dalam pertandingan merebut kerusi DUN Sukau, Sabah pada PRU 2008. 

CALON PALING TUA 

Calon paling tua ialah nenek Maimun Yusuf,89 tahun yang bertanding untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU 2008. Beliau juga turut bertanding di Parlimen yang sama pada 5. Mei. 2013.


Calon Termuda Pilihan Raya Malaysia

Tan Sri Lee Lam Thye, berusia 22 tahun ketika beliau bertanding di Bukit Nenas atas tiket DAP dan menang pada tahun 1969 sehingga 1974. Beliau juga pernah menyandang kerusi Parlimen Bukit Bintang pada tahun 1974, sebelum bersara pada tahun 1990.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga berusia 22 tahun sewaktu beliau menang tanpa bertanding kerusi Parlimen Pekan pada tahun 1976, setelah kerusi tersebut kosong berikutan kematian Perdana Menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak, bapa beliau.

Oh! My Gym Instructor \^o^/

Salam Jumaat

huhuhuhuhu... letih siottttttt!!! Baru balik dari Gym.. hush hush hush.. heheheh hari nie aku amat happy.. pasal kalori burn banyak 310 kalori.. minggu nie saja aku dan burn lebih 780 kalori. Aku pi gym 3 kali seminggu. Hari nie aku buat measurement.. huhuh dub dap dub dap.. jantung hah. Tengok tengok aku turun inchi and naik berat badan aku nie. It's ok.. kata gym instructor comel tue lembut. Ini kerana you built up the muscle. Sebab tue badan you naik. Tenang hati aku dengar nie. Sedang jiwa aku dok tenang dengar nasihat lembut dari gym coach aku tue comel, datang laks gym insturctor yg sorang lagi specky.. apa nie.. naik berat badan nie. Tuelah jangan ponteng kelas gym lagi. Kena datang hari-hari (macam kedai pakaian hari-hari). Terus down aku punyer motivation. Cubalah bagi ayat power yg lembut macam kawan ko sorang lagi comel tue... huhuhuhuhuh. Baik gym instructor yg ukur measurement aku tue. Terima kasih comel....

Specky gym instructor tue ada cakap kat aku.. kalau berat badan naik dan body fat naik nanti kena strok.. memuda nie tak nak kena penyakit kan... huhuhuhu.. aku dah jadi takut. Memang takut. Dalam takut tue aku tak selesa cara specky tue cakap kat aku. Bila situasi nie terjadi kat aku.. aku pun teringat sama lah jugak sebagai agent takaful nie. Normally agent takaful nie akan sentiasa cerita pasal mati, accident, sengsara tak der duit... macam ayat kawan aku cakap “Kerja buat org takut! Buat org ingat mati! Barulah bisnes boleh jalan! Hahahah…” ....... Dalan lawak sinis kawan aku tue ader betulnyer juga. Nak convince orang dan memberi kesedaran bukan gedebuk macam tue. Kena ader gayanya.... Dan bukan senang nak buat orang percaya kat kita.

Kalau orang yang kita jumpa tue tolak cara baik, kita tanya dier baik baik apsal tolak. Mesti ader sebabnya. Kalau dier dah bagi sebab dan masih tolak jugak.. kita as agent nie kenalah respect pendirian dier. Next time follow up balik. Baru org respect giler kat kita. Jangan sesekali marah kat org yang tolak apa yang kita nak share atau jual barang. Pantang aku org buat macam tue. Pasal aku marah biler org buat macam tue kat aku. So.... kita perlu berhemah bila nak berkomunikasi dengan orang. Kena rendah diri dan senyum sokmo.

ps:// Jom layan filem kawan aku nie. Best nonton nyer..


Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...