Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

CPMBKreaders

Friday, March 30, 2018

MLTA atau MRTA? Analisis Terperinci



Sekarang ramai yang sudah pun membeli rumah.Dan tak kurang juga yang sedang dalam proses membeli rumah. Bagi yang sedang berurusan membeli rumah,masih sempat untuk saya bertanya perkara ini:
Apakah perbezaan MRTA dengan MLTA?

Ini adalah 2 perkara penting untuk kita tahu sebelum kita membayar wang kita untuknya.

Hari ini saya ingin berkongsikan APA itu MRTA dan APA itu MLTA. Selepas membaca artikel ini, saya harap bakal pembeli rumah baru dapat membuat keputusan dengan sebijaknya. 

YANG BIASA DITAWARKAN OLEH PIHAK BANK SEMASA MEMBUAT PINJAMAN PERUMAHAN ADALAH:
MRTA (Mortgage Reduced Term Assurance)

Mortgage Reduced Term Assurance merupakan perlindungan insurans untuk Pinjaman Perumahan. Tujuan pembeli membeli polisi MRTA (ada yang tidak faham langsung tetapi hanya terus bersetuju) adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum di bayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Sekiranya berlaku kejadian seperti berikut, polisi MRTA yang dibeli oleh peminjam bersama-sama pinjaman perumahan yang dibuat sebelum itu dengan pihak bank akan membayar baki pinjaman yang tertunggak disebabkan masalah untuk membayar semula kerana peminjam telah mengalami kehilangan keupayaan untuk membayar.

Bagaimana untuk mengenal Polisi MRTA?



1. Bayaran polisi dibuat secara lump sum (sekali gus) di mana persetujuan dan pembayaran dibuat seawal menandatangani perjanjian dengan pihak bank (pihak bank sudah berurusan dengan pihak inusrans yang menawarkan polisi MRTA ini)(contoh amount RM3***-5*** atau lebih)

2. Biasanya pembayaran untuk polisi ini akan dimasukkan sekali didalam loan pinjaman perumahan yang dibuat sekiranya jumlah premium terlalu mahal (ini bagi membolehkan peminjam mebuat bayaran secara bulanan).

3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.(ada interest)


4. Tempoh perlindungan sama adalah seperti tempoh pinjaman.


5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.


6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.


7. Tiada nilai tunai.(No cash value)


8. PENAMA adalah BANK

Biasanya bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali membuat pinjaman ,perlu memohon plan MRTA dan sekiranya ingin menjual semula hartanah tersebut, perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya ingin membeli hartanah lain, perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur pencarum telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Jika mahal masih lagi boleh diusahakan, namun jika pencarum telah pun menghidap penyakit dan hilang keupayaan sehingga tiada lagi syarikat insurans/takaful yang mahu menerima untuk menjadi pencarum di syarikat insurans mereka, bagaimana pula ?Di saat ini, sudah tiada lagi peluang terbuka untuk mengambil polisi MRTA.

PILIHAN YANG ADA UNTUK MENGGANTIKAN MRTA ADALAH :
MLTA (Mortgage Level Term Assurance)

Ciri-Ciri Investment Link (MLTA)


1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.



2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.



3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.



4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.


5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh investment link ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.

6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.

7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.


8.PENAMA boleh kepada SESIAPA sahaja



Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%



Sekiranya hartanah anda adalah hanya untuk tujuan perlaburan, investment link sepatutnya menjadi pilihan anda kerana anda akan menjual hartanah tersebut dan membeli yang baru dan seterusnya anda tidak perlu membeli polisi insurans yang baru, walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada apa yang anda kehendaki dan jumlah wang dalam poket anda.


PERBANDINGAN YANG BOLEH DIBUAT:
1. MLTA = flexi insurance, 
    MRTA = term insurance

2. PROTECTION (Perlindungan)
MLTA = protection, savings and/ or guarantee returns (cash value)
MRTA = reducing protection

3. PAYMENT (Pembayaran)
MLTA = Secara Berkala. Boleh bayar secara bulanan, tahunan atau setengah tahun 
MRTA = Bayaran sekaligus (lum sump) seara tunai ATAU secara dimasukkan sekali dalam pinjaman perumahan (dikenakan juga interest)

4. MLTA = tax dikecualikan hingga RM6000 setiap tahun
    MRTA = tiada pengecualian Cukai

5. MLTA = Ada Nilai pulangan Tunai(asset) 
    MRTA = Tiada pulangan nilai (expense)

6. TRANSFERABILITY :
MLTA = boleh dipindah ke aset yang lain dan boleh ditambah nilai perlindungan 
MRTA = tidak boleh dipindah, khas untuk hartanah tersebut sahaja 
(lapse when tend to refinance/ new purchase)*when buying new property/ refinancing, MRTA premium will be higher because of age*

7. MLTA = pampasan diterima apabila meninggal/tpd/dan penyakit kritikal + premium   
pelepasan premium tidak perlu bayar lagi pinjaman, insurans sambug bayarkan),
    MRTA = pampasan diterima apabila berlaku kematian and TPD sahaja

8. MLTA = level premium, 
    MRTA = higher premium if financed by bank as it is tied to BLR

9. Nomination :
MLTA = Beneficiary can be anyone (Pencarum adalah sesiapa sahaja)
MRTA = Beneficiary is Bank (Pencarum hanyalah pihak BANK)

SECARA KESIMPULAN, LIHAT GAMBARAJAH DI BAWAH
Saya harap dengan penjelasan yang dibuat dapat membantu mereka yang sedang dalam proses membeli hartanah dan bakal membeli. Anda ada hak untuk memilih. Tak perlu terus turunkan tandatangan dengan pihak bank. Jika masih samar dan belum jelas, boleh bertanya terus kepada saya. Saya juga boleh menguruskan urusan perlindungan mortgage MLTA ini A-Z apabila anda ingin membeli sebuah kediaman atau hartanah baru.

Hari ini saya masih membalas message satu persatu. Masing-masing submit harga loan rumah dan bertanyakan insurans loan rumah mltt mereka kena buat berapa. Siapa yang saya belum jawap, maklumkan semula ya. Saya sedang mengadap sistem masukan data untuk kiraan.

Oh ya, tak semua orang layak terima tanggungan insurans ni ya. Yang dah sakit atau dah berumur berpotensi untuk tidak diterima permohonan mltt nya. Makanya kena tanggung sendiri kewangan apabila meninggal dunia atau sakit kekal. Jika tak dapat bayar baki loan rumah,  bank tarik balik rumah. Adanya mltt atau mrta adalah untuk membolehkan peminjam settlekan baki loan rumah jika meninggal dunia. mltt dapat pampasan jumlah penuh loan. Waris boleh settlekan loan, baki boleh guna untuk teruskan hidup. Mrtt pula hanya baki loan dan terus di settlekan pada bank.

Yang buat mrtt dengan bank pula, jangan melopong bila kawan2 yang buat mltt dapat cash value 80%-100%lepas 20 tahun masih hidup sihat sedang kita habis bayar duit rumah dan mrtt tak dapat apa2. Burn saja total bayaran.

Saya tabik adik 26 tahun pm saya tadi. Bertuah usia muda buat mltt, dapat 100% cash value lepas umur 20 tahun akan datang. Sebab buat umur muda.

Ada juga sahabat yg minta saya kirakan total pampasan dan jumlah perlu dibayar jika loan nya rm 2 juta. Nasihat saya untuk loan rm500 ribu ke atas, baik segera buat mltt. Siapkan dana untuk musibah masa depan. Kalau guna mrta sayang sahaja jumlah insurans yg dibayar burn saja jika tiada musibah sehingga habis bayar loan. Jika mltt kita ada cash value (tabungan)

Oh ya. Mltt ini transferabble. Means kalau 2-3 tahun nanti nak beli properties lain dah tak payah nak apply insurans loan lagi. Boleh dipindah ke properties lain. Jadi tiadalah kemungkinan tiada insurans cover jika masa tu dah sakit atau cacat kekal.

Tak faham juga? boleh tanya saya.

Oh ya, jika kita mohon pengecualian insurans MRTA/MRTT dari dimasukan dalam loan pinjaman perumahan kita yang dibuat oleh bank dengan syarikat insurans yang mereka telah bekerjasama, bank tidak akan benarkan kecuali kita sudah ada insurans MLTA/MLTT sendiri yang dibuat khas untuk pinjaman loan atas hartanah yang disebutkan dalam document loan tersebut. Oleh itu, peminjam, perlu buat sendiri dahulu MLTA/MLTT dengan agent insurans yang dilantik sendiri. Kemudian serahkan polisi MLTT/MLTA ini kepada pegawai bank yang handle pengurusan loan rumah tadi. Mereka akan simpan polisi ini sepanjang tempoh pinjaman kita dengan bank.


kredit : https://khairunnisahamzahara.blogspot.my/2013/11/mesti-tahu-mrta-vs-mlta-sebelum-membeli.html

mbk | 0192853910
Adakah hutang anda melebihi had pampasan takaful?


 mbk | 019 285 39 10 | pruBSN takaful

Thursday, March 29, 2018

Selalu kita dengar....

Selalu kita dengar, “Arwah baik orangnya...”

Jarang kita dengar, “Arwah ambil Takaful dengan saya...”


Ada juga yang kita dengar, “Arwah ambil Takaful dengan saya tapi lapsed.”

mbk | 019 285 3910
#hibah
#takaful
#askfortakaful
#TabungWanita
#incomereplacement

Biasalah nie....

Gambar: Kredit FB Takaful awareness through cartoon



TERKELU

Baru tadi call prospect saya.

Prospect ni saya call untuk buat Appointment untuk saya kongsikan berkenaan Program Hibah Takaful dari tahun lepas lagi.

Niat saya hanya untuk berkongsi Program yang bermanfaat untuk keluarganya yang tersayang. Dengan sumbangan RM100 sebulan isterinya akan dihibahkan pampasan Takaful sebanyak RM250,000.00.

Sekali yang jawab panggilan ialah abang Ipar beliau. Dialog saya lebih kurang macamni:

Saya: Tuan, saya ni Fanshuri Badarudin.

Abg Ipar Prospect (A.I.P): ya. kamu siapa?

saya: wakil Prubsn Takaful. Nak set Appoinment supaya dapat jumpa.

A.I.P: Ya untuk apa ya?

Saya: Erk. Tuan XXX ada? bole saya bercakap dengan dia?

A.I.P: Oh Tuan XXX sudah meninggal dunia.

Saya: Innalillahii wa inna ilai hii raa ji uuun

A.I.P: Ada apa-apa tentang takaful ?

saya: erk......TERKELU.........

Maafkan saya kerana tidak dapat meyakinkan Arwah untuk membuat persediaan kepada isteri & anak-anaknya. Maafkan saya sekali lagi.

ini kali ke 4 berlaku kepada saya sepanjang berada dalam Industri Takaful. Sebab itu kenapa saya sedaya upaya meyakinkan masyarakat dengan Takaful. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang ditinggalkan untuk isteri , anak-anak & keluarga.

Kredit : Fb Fanshuri Badaruddin


mbk | 1092853910
#hibah
#takaful
#TabungWanita
#incomereplacement
#askfortakaful

Wednesday, March 28, 2018

4 jenis Takaful/Insurans yg anda perlu ada sekurang-kurangnya dlm kehidupan anda.

Berikut merupakan 4 jenis Takaful/Insurans yang anda perlu ada sekurang-kurangnya dalam kehidupan anda.

Mengapa perlu ada?

Sebab setiap satu saling melengkapi utk membantu dan mengatasi masalah kewangan terhadap semua risiko kesihatan dan mortality diri anda dan keluarga anda.

Utk mendapatkan setiap takaful/insurans berikut, anda perlu dapatkan khidmat nasihat agent atau consultant Takaful/Insurans yg dilatih dengan baik.

Sebaiknya setiap Takaful insurans berikut perlu ada jika anda sudah mencecah umur 30 tahun keatas atau yang sudah berkeluarga atau yang memiliki perniagaan sendiri.

Apa 4 jenis Takaful/Insurans yg perlu ada tu?

1. Income Replacement (inclusive Critical illness Full Coverage)
2. MLTT/A or Debt Settlement ( by Term)
3. Medical Card (High Coverage)
4. Personal Accident

Nak tahu lebih detail bagaimana semua Takaful ini perlu anda ada di dalam lingkungan 10% gaji bulanan anda shj?
Jom kita sembang mengenali dengan lebih dalam lagi. Jgn lupa pm sy shj.πŸ˜‰

mbk | 019 285 39 10


Takaful adalah pekara pertama ahli keluarga cari setelah anda meninggal dunia

Terima khabar kematian semalam. Arwah baru usia 42 tahun, meninggal kan seorang isteri dan tiga orang anak yang berusia dalam 2 tahun hingga 14 tahun. Hasil post mortem, meninggal dunia akibat serangan jantung. Sehari sebelum arwah meninggal, arwah ada mengadu pada isteri , dia merasa stress di tempat kerja.

Sekarang nie saya lihat rata-rata yang meninggal dunia dari serangan jantung adalah yang berusia bawah 50 tahun. Salah satu sebab meninggal kerana stress ditempat kerja dan menyebabkan serangan jantung. Bila dah depress, agak sukar kita nak kawal emosi. Bayangkan arwah kena buat 3 kerja dalam satu masa. Mana tak stress.

Sepanjang arwah hidup, dia ada meninggalkan takaful untuk ahli keluarganya. Arwah percaya, jika dia meninggal dunia, duit pampasan takaful tue bolehlah ahli keluarganya menggunakan untuk meringankan beban perbelanjaan dan mengurangkan masalah kewangan. Walaupun isterinya bekerja, agak sukar si isteri menampung perbelanjaan harian yang mana biasanya ditanggung oleh suami dan isteri.

Apa yang saya tulis adalah kisah benar dan realiti kehidupan sekarang. Apa yang boleh saya rasa "release", arwah ada meninggalkan plan penggantian gaji untuk tabung kecemasan ahli keluarganya.

 mbk | 019 285 3910


Tuesday, March 27, 2018

UNTUK KESEDARAN DAN TINDAKAN ANDA

Mohon Takaful ketika masih sihat

Walaupun masa tu anda tak terdesak perlukan duit, tengah sihat tanpa sebarang masalah, rasa diri tu kebal sebab umur masih muda dan rasa selamat sebab company dah cover, pastikan anda mempunyai perlindungan Takaful peribadi yang mencukupi

Sebab bila dah sakit dan anda nak sykt Takaful tanggung kos rawatan tu, memang tak dapek la

Dah tak upaya nak kerja samada kerana sakit, kemalangan atau dah meninggal dunia, hilang gaji selama-lamanya, dan anda nak sykt Takaful tukar duit kecik anda menjadi pampasan besar berlipat ganda, memang tak dapek jugak la

Apa nak buat? Dah takde rezeki dengan Takaful 


mbk | 019 285 39 10

Tunggakan bayaran

Memang tugas kami peringat payment takaful korang yang oustanding tu tapi bila nanti dah tak boleh guna, mohon jangan salahkan agent pula mcm bro ni.Pi hospital kerajaan pun kalau patah kaki bukan free ye kawan-kawan.

Siapa ada medical card mohon jaga payment.

Siapa yang tak ada lagi apply lah cepat-cepat sebelum anda gigit jari dan menyesal.

Credit to Harris Fitri !


mbk | 019 285 39 10

Ambil kad perubatan ketika kita sihat....Ambillah cerita Kak Nur sebagai panduan kita semua

Disclaimer: Saya petik kisah benar ini dari FB puan Nur Fadhillah. Ambillah ketika kita sihat wal Afiat. Moga kisah kak Nur nie dapat membuka mata dan hati untuk mencarum kad perubatan.


Nur Fadhillah added 17 new photos — with Abdul Shukor.

22 March 2017 · Tumpat · 

Syukur alhamdulillah..

Sedikit sebanyak kesihatan bertambah baik..
Sakit tanpa di duga..

Pada 16/03/2017(11pm) terasa sakit perut yg teramat sangat..sehinggakan masa tuu rasa gelap mata nk pitam..Ya Allah..😒sblm pada tuu kesihatan baik baik jer..otw dr wakaf che yeh tgh drive menahan sakit..sampai rumah bagthu husband...ank pula masa tuu demam..husband risau tgk wife dia tgh mengerang kesakitan..ank pula tgh menangis..Ya Allah..air mata xsoh oyaklah..hnya orng yg alami tahu mcmmana keadaan masa tuu..xada pilihan..terpaksa call adik jam 1.30 pg..suruh dtng cepat ambik kakak yg masa nie nk bercakap pun xbrp nk keluar dah..😒adik sampai sepintas kilat..terus ke emergency KPJ PERDANA(SPECIALIST HOSPITAL)sampai sana lbh kurang jam 2am..

Terus daftar sambil menahan sakit...masuk dlm terus masuk air..masuk ubat..Ya Allah 2 kali masuk ubat xtahan juga..apakah sakit yg ku alami nie..besar sungguh dugaan masa nie..air mata xsoh oyak lah mugo hk jenis manja sokmo dah..😒Doktor dtng dan bgthu puan kena warded..dan masa sama nurse tanya puan ada INSSURAN?ku anggukkn kepala..ambil MEDIKAL KAD PRUDENTIAL BSN TAKAFUL bg kat nurse..ok puan sign..siap.!!
TERASA BETAPA BERHARGANYA MEDIKAL KAD MASA NIE..

Masuklah wad..17/03/2017(3.30am)

Sakit yg kuat semakin baik mungkin krn ubat thn sakit tuu..dan pada jam 3 ptng doktor pakar dtng tnya..PUAN SAKIT MCMMANA?sy pun bgthulah doktor apa yg d rasa..ok Puan..mlm nie start jam 12 mlm puan kena puasa..esok pagi sy nk scan tgk apa masaalah..kalu xjumpa punca sy nk masuk camera..ok doktor..😒

Esok pgi..18/03(9am)dipanggil ke bilik scan Allahhuakbar..terkejut rasa masa nie..ada (BATU DLM HEMPEDU)& sudah ada jngkitan kuman..redha..jam 2.30pm doktor dtng..sambil d tngan nmpk mcm borang2 @ surat2 gitu..doktor pun bgthulah..apa masaalah sebnarnya & bg penerangan dengan lbh detail..sgt2 bagus.doktor cakap kalu puan setuju..isnin kita operate..tnpa pikir pnjng terus sign..alhamdulillah Allah permudahkn semua urusan...masa nie rasa bersyukur sgt2 Ya Allah terima kasih krn engkau bukakn pintu hatiku untuk mEncarum dlm PRUDENTIAL BSN TAKAFUL..

17/03/2017 masuk wad 
21/03/2017 keluar wad(5 HARI)

Total bill RM 15012.80😊SEMUA DITANGGUNG OLEH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL..
SYUKUR ALHAMDULILLAH..

TERIMA KASIH AGEN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL Abdul Shukor & isteri dtng melawat k.nur beberapa kali masa dlm wad..

P/s: ambiklah medikal kad masa sihat..
K.nur satu famly semua dilindunggi oleh 
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL..
Batu dalam hempedu




Kantung hempedu yang di buang kerana jangkitan kuman

Sebab kenapa ibu bapa PERLU cepat-cepat sediakan medikal kad untuk anak

Berikut adalah sebab kenapa ibu bapa PERLU cepat-cepat sediakan medikal kad untuk anak disebabkan 5 penyakit ini;

1. Asthma
2. Tonsilitis
3. Pnuemonia
4. Acute bronchiolitis
5. Acute gastro entritis

Berikut adalah penyakit yang biasa menyerang kanak kanak bawah dari 3 tahun. Ini adalah sebab immune sistem yang masih dalam proses pembinaan. Sistem pertahanan yang lemah dan belum matang.

Risiko ni ada pada semua budak. Kalau berlaku kita mesti nak dapatkan rawatan dengan cepat dan terbaik!

Semua kos penyakit berikut dibayar oleh Takaful. Moga ibu bapa ambil maklum.

#prudentialbsntakaful
#askmefortakaful
#hibah
#takaful


#tipsprubsn #AMR

Selamat pagi semua. Hujan pula di pagi hari. Hujan rahmat bak kata orang. Saya mulakan dengan soalan. 

"I terpijak nail clipper. Darah banyak keluar. Boleh claim tak?"
#AMR


Siapa boleh jawab?


#takaful
#hibah
#incomereplacement
#TabungWanita

mbk | 019 285 39 10


Monday, March 26, 2018

#tipsprubsn

Kepada semua yang tidak sempat bersama Dr. Sharliza, anda masih boleh mendapatkan #tipsprubsn dengan menonton video ini. #prubsn #healthiswealth



mbk | 019 285 39 10

PERBUALAN AKU DENGAN RAKANKU SEORANG MANAGER

"Aku skrg dh melabur RM100 sbln di unit trust.Simpanan pula di Tabung Haji,potong gaji terus."jawab rakan lamaku.Dia dh pangkat manager skrg.Alhamdulillah.

"Takaful ko dh ada ?" Aku beranikan diri tanya soalan ni.Malas kdg2 nk tanya ..Org lbh suka ingat aku nk menjual takaful dpd nk tolong dia jika ditimpa susah.

"Erkk..Takaful maksud ko medical card ke ? Medical card aku dh ada..kampeni dh bg"
" Oh bgslah at least selagi ko kerja,kampeni tanggung bil hospital ko.Tp kalau ko dh tk kerja mcm mana? 
Kalau ko meninggal,ada savings dan pelaburan ko akan bg terus at least RM250K terus dkt anak ko ?

" Haha ..ok ok.Aku faham.Nnt dululah Ayu.Banyak duit nk pakai."

"Memanglah boleh nnt dulu.Duit pun mmg rasa nk guna mcm2 .Tp kalau tkbyr takaful pun,duit tu byk mana pun mmg rasa tak cukup. "

Yerla..Takdak sapa suka dinasihati.
Tapi kerja aku ni memang kena banyak nasihat org.
Ada yang ok, oklah..Yang tak ok sure menyumpah dlm hati.

Aku kena kental.Asalkan apa yang aku katakan bukan utk keburukan pun.Utk kebaikan dia juga

Kredit Fb: Ayuni Dalila Syukur

#hibah
#takaful

mbk | 019 285 39 10


Sindrom bapak-bapak

Saya petik sebahagian dari status Zaid Zolkipli

Baru baru ni, korang mesti perasan kan ejen insurans duk promote hibah hibah. Amenda la hibah. Insurans je kan senang. Sebenarnya sama je konsep hibah dan insurans nyawa. Cuma hibah ni islamik. (dan direct kepada pasangan)

Untuk ketua keluarga, saya menitik beratkan untuk ambik hibah. Ada hibah serendah rm50 sebulan. Ada yg rm100. Saya mencarum hibah rm100, dimana jika saya meninggal sebelum berumur 80 tahun,atas apa apa sebab kematian, isteri saya akan menerima rm150 000. Semakin tinggi caruman, semakin tinggi nilai hibah yang diterima, sehingga jutaan ringgit.

Kekurangan hibah ialah, kalau kita sakit, dia takde medical card yang boleh cek in hospital swasta 5 bintang dan duduk 1 bilik sorang sambil tengok saluran tv satelit. Hibah khusus untuk perlindungan selepas kematian. Sakit demam accident apa semua masuk hospital kerajaan. Lagipun servis hospital kerajaan sekarang terbaik. Subsidi lebih 90%. Murah kan

Lagi satu, hibah juga ada pelaburan. Bermakna selepas beberapa tahun, akan akan nilai yang diberikan. Sebagai contoh, plan hibah saya menganggarkan selepas 30 tahun, ada nilai tunai sebanyak rm20000. Tak kisah la kita masih hidup atau dah meninggal dunia. Saya boleh keluarkan untuk apa apa kegunaan. Ia bersamaan rm666 setahun ataupun rm55 sebulan. Not bad kan. Kita bayar rm100 sebulan, dalam masa yang sama kita 'paksa simpan' rm55 sebulan. (ada company yang bagi extra cash rm80000 untuk caruman rm155 sebulan)

Zaman semakin pantas. Setiap ketua keluarga mesti ada caruman hibah. Biarlah kita tak mampu nak bayar medical card rm200-300 sebulan sakit nak masuk hospital swasta. Asalkan kita boleh tinggalkan sedikit duit untuk keluarga. Cumanya, nak taknak kena asingkan sekurang kurang rm50-100 sebulan untuk mencarum hibah.

mbk | 019 285 39 10



PROPOSAL TAKAFUL KENA REJECT



Saja share ni.Bukan sng nk apply takaful kalau badan dh ada mcm2.Client Ayu ni nasib baik dh ada medical card.Masa sihat dia apply dulu.Tp permohonan hibah takaful setengah juta dia skrg kena reject pula.Sbb ada kandungan gula yang tinggi dlm darah dan ada hypercholesterol.
Sbb tu selagi muda dan sihat ni, applylah cepat-cepat.Sedih si isteri bila tahu suami tak sihat utk ambil hibah takaful.Dh la si isteri nk tolong bayar sikit.
Si suami pula rasa terkejut rupanya dlm badan ada yang tak kena.Bagus juga apply takaful ni katanya , kalau x apply, x check medical , x tahulah sakit itu ini.

kredit fb: πŸ§• Ayuni Dalila Syukur.
πŸ§• Mardiyah | 019 285 39 10


Monday, March 19, 2018

Apakah hibah ini satu kerugian untuk kehidupan anak-anak?..

Hibahlah kepada mereka agara kehidupan mereka terjamin bila kita tiada..πŸ˜”

mbk
019.285.39.10
#hibah
#takaful
#planpenggantiangaji
#TabungWanita
#tabungkecemasan


Takaful tak akan buat anda kaya, tapi ia akan mengurangkan beban masalah kewangan keluarga anda

Isteri dan anak sentiasa dalam keadaan tenang bilamana suami disisi,.
Kerana bapa adalah si pelindung. Pelindung dan pelengkap rumahtangga terutama bab kewangan.
Salah satu cabaran besar dalam kehidupan adalah Kewangan, si ayah adalah punca pendapatan, mengais pagi dan petang untuk memenuhi kelengkapan dan makan minum isteri dan anak2...
Jika si bapa keluar rumah maka bapa akan tinggalkan belanja yg cukup selama mana dia keluar, "ambillah duit ini buat belanja"..
Tetapi terfikirkah kita, jika yang keluar itu tidak kembali? Adakah belanja yg ditinggalkan sudah cukup mereka survive sekurang2nya setahun akan datang?
Takaful Warisan Plan terbaru Prudential BSN Takaful sebagai pelengkap ketiadaan kita.
Serendah RM100 sebulan, carumkan sebagai perlindungan kewangan kepada orang tersayang..
mbk
019.285.39.10
#hibah
#takaful
#TabungWanita
#planpenggantiangaji
#tabungkecemasan

THINK INCOME REPLACEMENT FIRST!

Most people lebih risau pasal child safety dalam kereta sampai sanggup beli baby seat mahal mahal. Seolah olah ia risiko besar dan sanggup bayar mahal kerananya
Tapi bila sebut pasal risiko hilang family income selama lamanya akibat kematian, hilang keupayaan kerja dan sakit kritikal, macam macam alasan keluar. Ambik pun setakat ada saja, gaji besar tapi coverage takaful macam gaji operator kilang. Tak seimbang sebab nak yang paling murah je
Betulkan fokus anda dulu

Nak cakap pasal risk and safety, you should start with yourself first as main breadwinner
Iklan safety dalam kapal terbang pun, suruh anda pasangkan mask oksigen pada diri anda terlebih dulu, sebelum pakaikan kepada anak


THINK INCOME REPLACEMENT FIRST!


mbk
0192853910
#hibah
#takaful
#planpenggantiangaji
#TabungWanita
#tabungkecemasan

[MANA DULU? MULA PADA SIAPA?]

Mana lebih penting? Atau mana yang patut buat dulu? Takaful untuk πŸ‘¨πŸ»πŸ‘©πŸ»atau πŸ‘ΆπŸ»?
First kena tengok, sape yg affected (financially) lebih teruk kalau salah satu pihak takde? πŸ‘ΆπŸ» atau πŸ‘¨πŸ»πŸ‘©πŸ»?
πŸ‘ΆπŸ» bergantung kepada πŸ‘¨πŸ»πŸ‘©πŸ» dia. Kalau πŸ‘ΆπŸ» "takde", apa effect kat πŸ‘¨πŸ»πŸ‘©πŸ» dia? Mestila sedih kan? Tambahan pulak kalau nak dpt πŸ‘ΆπŸ» tu susah. Bertahun2 tunggu baru dapat.. Tapi financially ada effect tak? Besar kemungkinan takde. Kecuali dia dah tanam cita-cita nak πŸ‘ΆπŸ» dia jadi retis. Buat duit utk dia. Choii!
Tapi kalau πŸ‘¨πŸ»πŸ‘©πŸ» takde, ada effect tak kat πŸ‘ΆπŸ»? Makan pakai dia. Sekolah dia. Pelajaran dia. Semua ada effect.
Kalau ada orang lain amik alih jd tukang bela pon, rasa2nya tukang bela tu akan dpt jaga dengan lebih bagus tak, kalau πŸ‘¨πŸ»πŸ‘©πŸ» dah tinggalkan something (πŸ’°) utk πŸ‘ΆπŸ»? InsyaAllah mungkin boleh bagi sama macam kalau πŸ‘¨πŸ»πŸ‘©πŸ» dia ada lagi..
So menjawab soalan akak sendiri, akak menyeru para sidang ahad sekelian, buatlah takaful utk diri sendiri dulu, then baru utk πŸ‘ΆπŸ».
Tapi tapi tapi.. Kalau korang jadi client PruBSN, kita memang ada plan special utk πŸ‘ΆπŸ» yang mana kita masukkan rider "PARENT TERM BENEFIT" dalam plan πŸ‘ΆπŸ» tu. πŸ‘¨πŸ»πŸ‘©πŸ» meninggal, takaful anak percuma & sudah tersedia dana pendidikan/perbelanjaan harian anak. Faham?
Fungsi rider Parent Term ni sama macam amik takaful utk πŸ‘¨πŸ»πŸ‘©πŸ». So serampang dua mata. πŸ‘ΆπŸ» dicover. πŸ‘¨πŸ»πŸ‘©πŸ» dia pun kita cover. Hanya di PruBSN Takaful!
Nak tau lebih detail, roger ambe dengan kelajuan cahaya! Zasssss....


mbk
0192853910
#hibah
#takaful
#TabungWanita
#planpenggantiangaji
#tabungkecemasan