Pengecualian: Perkara yg MEDICAL CARD TAK COVER


Pengecualian

Medikal kad Takaful tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan yang disebabkan  secara langsung  atau tidak  langsung, keseluruhannya  atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1) kejadian berikut:

1.  Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

2.  Penyakit spesifik  yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi perlindungan berterusan.
a.   Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular
b.   Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari c.  Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d.   Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
e.   Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem Pembiakan f.   Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

3.  Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal  yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

4.  Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.

5.  Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali diperlukan kerana Kecederaan akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful. Perbelanjaan yang timbul  dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.

6.  Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat  Di Rumah), rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya,  AIDS (Sindrom  Kurang Daya Tahan Penyakit)  atau ARC (Kompleks  Berkaitan  AIDS) dan penyakit  berkaitan  HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit  yang memerlukan  kuarantin oleh undang-undang.

7.  Apa-apa rawatan  atau pembedahan dijalankan  untuk  keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.

8.  Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan  kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif  mekanikal  atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

9. Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan  apa-apa rawatan  pencegahan, ubat  atau  pemeriksaan  pencegahan yang  dijalankan  oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan  khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

10. Bunuh diri,  percubaan membunuh  diri  atau kecederaan diri  sendiri  yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

12. Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

13. Belanja yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Orang yang Dilindungi dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.

14. Siasatan dan rawatan  gangguan tidur  dan dengkur, terapi penggantian hormon, terapi oksigen hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

15. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana- mana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

16. Psikotik,  gangguan  mental  atau  saraf  dan  keadaan  yang  disebabkan  oleh  penyakit  nyanyuk
(termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).

17. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek  kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak.

18. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

19. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.

22. Caj-caj  yang tidak  Berpatutan  dan Biasa Diamalkan,  atau apa-apa  pembedahan atau rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan, atau caj-caj yang melebihi Caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau caj-caj  yang ditanggung kerana Dimasukkan ke Hospital, pra-kemasukan ke Hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas Tarikh Tamat Tempoh.

Pengecualian dan had adalah tidak hanya terhad kepada yang tertera di atas dan anda perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

sebarang pertanyaan boleh whats app saya :0192853910

tq... :)

293 comments:

1 – 200 of 293   Newer›   Newest»
ajiem said...

kira buat pembedahan mata x boleh la ea?

akok is a person not a kuih said...

Salam ajiem,

Kalau pembedahan mata tue untuk kecantikan seperti lesik tak boleh. Kalau akibat kemalangan untuk pembetulan mata agar boleh melihat semula Takaful akan cover

thanks

Inilah Sport said...

salam...

saya nak tanya..isteri saya baru keguguran baru-baru ini..dia keja kerajaan dan ambil skim bsn pru...

cuci janin di hospital kerajaan..jadi adakah bsn pru cover dari keguguran nie...saya kurang jelas....

akok is a person not a kuih said...

Salam,

Pru BSN Takaful TAK COVER jika berlaku keguguran janin nie jika menggunakan medikal kad. Jika isteri ader mengambil Takaful puteri plus atau isteri ambik baby care, Pihak Takaful akan bayar pampasan. sila baca di link nie:

1. http://akupenjualinsurans.blogspot.com/p/mask-rider-black-rider-prubsn-takaful.html

2.http://akupenjualinsurans.blogspot.com/p/prubsn-smartlink-baru-hadiahkan-untuk.html

thanks

Anonymous said...

salam,

saya ada pertanyaan bg pru my child, jika setelah lahir anak menghidap penyakit jantung berlubang (ASD) adakah cover untuk kos operation? rawatan hospital apa yang cover? jumlah coverage?

akok is a person not a kuih said...

wa'alaikumussalam.

terima kasih kerna sudi bertanya.

Jika anak menghidap ASD sejak lahir, puan boleh claim pampasan konginental illness sebanyak RM25,000. Medikal kad ader dalam pru my child, akan tetapi tempoh bertenanh aderlah 120 hari selepas bayi itu berusia 15 hari. kiranyan selepas 135 hari selepas bayi dilahirkan boleh guna medikal kad.

memandangkan Pru My Child ader menawarkan pampasan konginental illness (ASD) nie, puan boleh membayar kos operasi dengan gunakan manfaat ini semasa medikal kad mengalami tempoh bertenang.

Jika ingin claim, perlu lah medikal report dari dr yg merawat.

Mohon email puan agar senang saya nak hantar summary infor mengenai pru my child

thx

nicina said...
This comment has been removed by the author.
nicina said...

kalau kita declare penyakit sedia ada waktu nak apply untuk insurans tu, prubsn akan cover tak untuk next treatment bg penyakit tu?
saya refer utk kes 1 kt atas tu :
"
1. Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa."

akok is a person not a kuih said...

hi canteq

terima kasih kerna bertanya.

Jika kita declare exisitng illness pada Takaful atau insurans, Takaful x kan cover treatment penyakit sedia ader.

better declare (eventhough Takaful x cover pre existing illness), untuk elak dari kesukaran tuntutan yg lain.

thx:)

nicina said...
This comment has been removed by the author.
nicina said...

Oo ok tqsm miss akok sbb sudi reply... tapi kan nk ty lagi. Camana pihak insurans leh dapat tahu yg penyakit tu kita dapat sebelum apply insurans lagi.. sedangkan kita xde declare dalam form? Diorang check data kita kat setiap hospital ke macamana? hope sudi jawab... Tq


suka dpt agent yg jujur and x selindung2 camni.. gud job. Tgh survey pasal insurans skang ni sbb masih xtau nk amik insurans sykt mana

akok is a person not a kuih said...

hi canteq,

sorry baru reply. Saya 2@3 hari nie di luar kawasan jap..

Q:Camana pihak insurans leh dapat tahu yg penyakit tu kita dapat sebelum apply insurans lagi.. sedangkan kita xde declare dalam form? Diorang check data kita kat setiap hospital ke macamana?

A: Setiap pihak insurans/takaful ader private investigator mereka sendiri. PI nie akan ke setiap hospital gomen , private hospital baik panel or none panel hospital. Mereka akan cuna korek sedalam2 nya database medical record kita. Normally PI nie ader contact dalam spital. Cepat jugaklah mereka menyiasat dan dapat maklumat. Sebab tue, walaupun kita pernah sakit n x declare,pihak PI dapat korek data medical record dengan Jayanya.

nicina said...

okie.. tq cik akok utk pencerahan

akok is a person not a kuih said...

Sama2. happy to help :). Good luck dalam mencari Insurans/Takaful... yg sessuuuaaaiiii.. hehehehehhe...

Kalu ader sebarang soklan lagi.. tanyer jer... saya sedia menjawab :)

akok is a person not a kuih said...

salam canteq:

since u still searching insurans/takaful yg sessuaaai.. saya nak beri tips. moga ia manfaat:-

1. Semakan ranking dan sales chart company takaful tu.
2. Proof of successful claims di bawah portfolio agent yang approach kau orang
3. Manual check. call sendiri beberapa hospital swasta, dan tanya bahagian Insurance/Takaful, syarikat takaful mana yang steady, mudah urus, tak banyak songeh. Hospital selalunya tak menipu. Diorang akan beritahu mana yang ok.
4. Jangan jump off cepat sangat dengan cheap product with expensive benefit. Ada sebab kenapa dia murah, dan ada sebab kenapa dia mahal. Probe technical question macam:
- Co takaful
- Guaranteed renewal status
- Segregation on coverage portion
5. Agent. Instinct ko cakap ok, go ahead dengan dia. Otherwise, cari orang lain.

Ok clear?

:)

Unknown said...

As salam...nak bertanya...saya sblm ni ada mengalami kemalangan pd lutut dan ada mmbuat operation di hospital gov...jika contoh saya ambil prubsn ni dan dah mmbyr selama 3 bln keatas dan tiba2 lutut saya mengalami mslh yg mmerlukan pembedahan segera...adakah prubsn ni akan cover kerana saya br mmbyr untuk 3 bulan...adakah ada tempoh matang untuk saya guna...mohon pencerahan

Anonymous said...

Saya nak tanya. Saya telah mengambil ins prubsn nov.2011.. dan baru2 ni saya disahkan mengidap kanser. Saya telah membuat rwtn di hosp gov. Memandangkan sy perlu menjalani Pet scan saya ingin menjalankan di klinik swasta, memandangkan long que di hosp gov. Blhkan prosedure ni dijalankan dgn mengemukakan medical card?
Dan adakan saya blh membuat tuntutan utk penyakit kritikal yg saya alami itu. Tq

akok is a person not a kuih said...

Salam Anonymous....

Nasihat saya:-

1. Anonymous boleh claim rawatan d hospital government dengan cara reimbursement (bayar dulu kemudian claim). Untuk claim reimbursement nie dokument yg perlu ada
a) medikal report
b) bill rawatan yg asli
c) form claim PruBSN Takaful

2. Memandangkan perlu menjalani pet scan di klinik swasta , puan boleh claim tapi dengan cara reimbursement juga (pay n claim). Medikal kad boleh dipakai sekiranya warded dihospital panel sahaja. Untuk klinik swasta nie puan boleh claim dengan cara reimbursement. Puan x perlu bimbang. Ader 2 situasi yg puan kena alert untuk buat claim nie

situasi 1
jika jumlah kos rawatan pet scan kurang dari RM500, puan hanya perlu serta kan resit yg asli disertakan nota diagnosis dr (diagnosis sakit kanser tue). Ini kerna pihak takaful nak tgk kesamaan rawatan di hospital government dan klinik swasta. Maksud saya rawatan pet scan tue dibuat kerna penyakit kanser yg telah didiagnoisis oleh hospital gov.

situasi 2.
jika rawatan pet scan melebihi RM500, puan perlu serta kan borang attending physician form dari pihak prubsn takaful yg mana form tue boleh didapati di cawangan terdekat prubsn takaful. Kalau raser susah saya boleh email form tue. mohon email puan

untuk jawapan tuntutan penyakit kritikal itu, puan boleh memohon tuntutan pampasan penyakit kritikal. Pihak takaful perlu medikal report dari pihak dr yg merawat sakit puan. Apa yg saya tahu, a long as the virus is malignant, pihak takaful akan kuarkan bayaran pampasan tersebut

saya doakan kan agar puan cepat sembuh dan segala urusan puan dipermudahkan. Amin.

Moga saya menjawab soklan puan

t. kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum..saya ada ambil PruBSN Takaful(medical card) untuk anak saya 3 tahun lepas. kalau anak saya dishakan menghidap kanser adakah insurans akan cover? Suami saya meninggal disebabkan oleh kanser. Adakah pihak insurans akan anggap penyakit kanser anak saya itu adalah penyakit keturunan dan tak boleh claim?

akok is a person not a kuih said...

Wa'alaikummussalam,
Q: saya ada ambil PruBSN Takaful(medical card) untuk anak saya 3 tahun lepas. kalau anak saya dishakan menghidap kanser adakah insurans akan cover?

A: Jika kanser didiagnose selepas 3 tahun mencarum Takaful, YA.. Takaful akan cover. Puan boleh buat tuntutan pampasan penyakit kritikal (as long as virus is malignant)

Q: Suami saya meninggal disebabkan oleh kanser. Adakah pihak insurans akan anggap penyakit kanser anak saya itu adalah penyakit keturunan dan tak boleh claim?

A: Ader faktor genetik disitu. Akan tetapi ade tak puan declare di borang permohonan yg suami puan didiagnose kanser sebelum mencarum Takaful anak dahulu? Jika puan ader declare dulu, Pihak Takaful boleh COVER. Jika sakit kanser suami puan didiagnose selepas 3 tahun anak puan mencarum pun Pihak Takaful Cover. Kiranya Puan boleh buat claim.

Jika puan x declare suami ader kanser ketika ambik Takaful untuk anak, maka pihak puan x boleh claim dgn pihak Takaful (untuk tuntutan penyakit kanser sahaja).

harap jawapan saya nie jelas. Saya doakan agar Allah mempermudahkan segala urusan Puan dan agar anak cepat sembuh. Amin

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya ingin tahu adakah syarikat cover claim TPD sekiranya saya ada penyakit saraf sbb keturunan?

Utk makluman,ayah saya mempunyai symptom yg sama penyakit saya & tidak didiagnos oleh doctor telah meninggal dunia akibat sakit jantung.

Sekarang saya mc lebih daripada setahun..tidak mampu bekerja.

akok is a person not a kuih said...

Salam,

1. Jika tuan declare pada pihak syarikat penyakit keturunan, kebiasaanya pihak syarikat takkan cover. Ia akan exclude TPD saray akibat penyakit keturunan

2. Jika tuan declare dan pihak syarikat tak exclude dan terima seadanya, maka tuan boleh claim TPD sakit saraf tue

Moga saya menjawab soklan tuan

Anonymous said...

Salam.saya berumur 27 tahun. Sy apply prudential (bkn takaful)dec 2013. Masalahnye saya xdeclare saya perokok sbb dlm proses nk stop pd masa tu. Start january saya totally stop smoking. In case after 1 year saya warded sbb sakit kritikal atau cuna dmam , prudential akan cover x? Skarang tgh risau pulak sbb byk kes xblh claim.
And kes no 2 saya juga pernah amik mc di klinik biasa beberapa kali sbb masalah sakit tulang belakang. Pernah jmpa klinik psakit luar di hkl tntang sakit tulang belakang. Tapi tiada rawatan susulan. Cuma stakat jmpa doc, ubat, n balik. Dan ini pun saya xdeclare. Adakah 1 day saya sakit prudential cover? Terima kasih kerana baca n harap cik dapat reply.thanks..

akok is a person not a kuih said...

Salam,

terima kasih kerna sudi bertanya.

1. Saya nasihatkan encik buat surat ke prudential untuk pemberitahuan bahawa pada tahun 2007, encik adalah seorang perokok. Disitu encik kena nyatakan berapa batang sehari. dan juga declare pada bulan January encik bukan lagi seorang perokok. Saya sarankan sesangat encik tulis surat pemberitahuan ini. Tulis email pun takper. Nanti emailkan kepada:

customer.mys@prudential.com.my

memang benar, penyakit kritikal yg melibatkan jantung atau paru2, jika disabitkan kerna asap rokok, kemungkinan besar susah nak claim papasan penyakit kritikal.

2. Memandangkan encik pernah pergi ke HKL untuk pemeriksaan, saya sarankan juga encik declare pada pihak prudential. Just nyatakan yg encik hanya pergi klinik sebagai pesakit luar dan tiader rawatan susulan. kemungkinan pihak prudential akan kuarkan kajiselidik mengenai sakit tulang belakang.

email pada pihak prudential pun is ok. Nanti cc pada agent encik. At least, agent encik tahu citer nie n senang nak berurusan pada masa hadapan

moga saya menjawab soklan encik

akok is a person not a kuih said...

jika tak declare tak kisah sakit apa... claim susah nak buat. Prudential takkan cover. Ini kerna prudential ader private investigation mereka sendiri. Semua medikal record dierorg boleh akses.

Anonymous said...

Salam, nak tanya. Jika kita ke hospital untuk check sakit n dr suggest untuk buat pemeriksaan lanjut dan perlu stay kat ward selama sehari untuk tujuan pemeriksaan, adakah akan dicover? Tq.

akok is a person not a kuih said...

Hi Anonymous

Terima kasih ker sudi bertanya:

Saya boleh beri beberapa situasi berdasarkan soalan yg u tanya nih:

1. Jika pi spital untuk check up biasa n dr suruh admitted just for check up - MEDICAL CARD TAK COVER

2. Jika pi spital untuk check up sakit n dr suspect ader benda n suruh admitted for further investigation - MEDICAL CARD COVER. Normally jika benda asing dalam badan kita is suspicious or just nak ambik sample for further investigation, dr recommend guna Endoscopy: . Akan tetapi subject to medical report. What means by subject to medical report that if
a)the penyakit exist before ambik Takaful MEDICAL CARD X COVER,
b) medical card still under tempoh bertenang -medical card tak cover n can not reimbursement claim
3. Jika kita datang jumpa Dr n admitted for check up sakit kita as routine procedure, MEDICAL CARD X COVER. The following days Dr calls for further investigation untuk ambik blood test without admitted N of course medical card tak cover. The following days Dr call lagi untuk dtg Hospital n dr find out he or she diagnose kanser then he/she need to admitted for chemo or operation.. MEDICAL CARD COVER.

Ok , for first visit n second visit to hospital for check up tue, You can claim under reimbursement claim. we call Pre-hospitalization claim.

ieJa said...

Salam...
Saya pemegang medical card prubsn sudah 6 tahun.2 hari lepas saya telah ke Hospital Pantai Batu Pahat untuk memeriksa leher saya yang bengkak dan doktor mengesyorkan saya membuat CT scan dan telah menunjukkan ade nanah pada kelenjar leher saya yang perlu dibuang melalui pembedahan..saya telah dimasukkan ke wad keesokan hari dan operation telah dilakukan dan sekarang saya masih dalam wad.
Soalan saya:
1)adakah kemasukan ke wad dan operation ini termasuk dalam cover insurans?
2)saya telah membuat ct scan dan kos adalah RM968.00,adakah termasuk dalam insurans cover?bagaimana harus claim kerana ejen saya sudah tidak aktif.

akok is a person not a kuih said...

Salam Ieja,

1)adakah kemasukan ke wad dan operation ini termasuk dalam cover insurans?

Ya, kemasukan ke wad operation ini termasuk dalam cover insurans

2)saya telah membuat ct scan dan kos adalah RM968.00,adakah termasuk dalam insurans cover?bagaimana harus claim kerana ejen saya sudah tidak aktif.

TIDAK. Ia kena reimburement basis(pay n claim). bayar dulu claim kemudian. Normally bab claim nie Ieja boleh assign memana ejen utk buat. Saya pun boleh :).. heheh

akok is a person not a kuih said...

Salam Ieja,

1)adakah kemasukan ke wad dan operation ini termasuk dalam cover insurans?

Ya, kemasukan ke wad operation ini termasuk dalam cover insurans

2)saya telah membuat ct scan dan kos adalah RM968.00,adakah termasuk dalam insurans cover?bagaimana harus claim kerana ejen saya sudah tidak aktif.

TIDAK. Ia kena reimburement basis(pay n claim). bayar dulu claim kemudian. Normally bab claim nie Ieja boleh assign memana ejen utk buat. Saya pun boleh :).. heheh

Anonymous said...

Salam.sy akan menjalani rawatan suntikan radiofrekuensi (altrntif kpd operation) utk msalh slipped disc/sendi facet di hosptl pkar perdana kb n perlu admitted shri@2..soalan sy, adakah rawatan sy tersebut akan dicover ya?tq

fox said...

Assalamualaikum.

saya ingin bertanya,kalau pembedahan occuloplasty, atau pembedahan untuk membaiki mata yang mengalami ptosis (mata kecil sebelah) adakah termasuk pembedahan yang tak dicover oleh pruBSN? kecacatan ni saya alami dari sekitar tahun 2006/07. tetapi tidak pernah declare dan saya mula menjadi pemegang medical card pruBSN pada tahun ini (2014) iaitu pada bulan april.

terima kasih

fox said...

Assalamualaikum.

saya ingin bertanya,kalau pembedahan occuloplasty, atau pembedahan untuk membaiki mata yang mengalami ptosis (mata kecil sebelah) adakah termasuk pembedahan yang tak dicover oleh pruBSN? kecacatan ni saya alami dari sekitar tahun 2006/07. tetapi tidak pernah declare dan saya mula menjadi pemegang medical card pruBSN pada tahun ini (2014) iaitu pada bulan april.

terima kasih

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Fox,

Terima kasih kerna sudi bertanya,

1.Pihak PruBSN Takaful tak cover pembedahan occuloplasty disebabkan fox tak declare

2. fox masih ader maser since ambik bulan 04/2014. So, apa yg perlu fox buat, fox kena declare balik ptosis tuh. ok.. of course ia akan ambik masa untuk pihak Takaful untuk menilai balik tahap kesihatan Fox. Akan ader requirements yg timbul. Jika Fox pernah warded, pihak Takaful akan mintak Medical report atau just fox kena isi questionnaire berkenaan dengan mata.

Jika approved, tal semestinya occuloplasty akan dicover oleh pihak Takaful. Tertakluk pada tujuan operation tersebut. jika

a) operation occuloplasty tue untuk tujuan kosmetik maka pihak takaful TIDAK COVER. ini sudah tertakluk dengan PENGECUALIAN

4. Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.

B) Jika atas nasihat dr yg recommend untuk operate. Berdasarkan advice dr jika tak buat akan memudaratkan diri sendiri seperti akan menyebabkan mengalami penyakit atau buta. Jika bengini yg boleh emudaratkan diri sendiri, pihak takaful akan cover. but make sure u kena warded

harap jawapan saya membantu

axymax said...

nak quotation utk medical card
untuk isteri dan dua orang anak (5tahun dan 9tahun).

Anonymous said...

salam.. saya nak tanya prudential cover tak sakit ovarian cyst?

akok is a person not a kuih said...

Wa'alaikumussalam

Terima kasih kerna sudi bertanya

Ovarian cyst pihak prudential cover jika medikal kad melebihi 120 hari.

akok is a person not a kuih said...

Wa'alaikumussalam

Terima kasih kerna sudi bertanya

Ovarian cyst pihak prudential cover jika medikal kad melebihi 120 hari.

Unknown said...

Assalam..nak tanya..saya ambil insurans untuk anak saya bulan 5 2014..pada nov 2014 anak saya warded high fever selama 6hari..blood test anak saya mcm abnormal.doktor suspek thallasemia..tapi belum buat thallasemia screening.sekiranya anak saya thallasemia, adakah pihak insurans akan cover.terima kasih.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussam azy

Thalasemia ni adalah penyakit congenital so mana2 syarikat insurance @ takaful dalam mesia tidak akan covered..termasuk prudential. buleh refer kat sini...

Thalassemia is a congenital disorder characterized by the deficient synthesis of one or more of the globin polypeptide chains that result in an imbalance between numbers of alpha and beta globin chains. The end result is ineffective erythropoiesis, hypochromic RBCs, microcytosis and hemolysis which consequently lead to anemia. The severity depends on the number and type of mutations present.
As a group, thalassemias are the most common single genetic disorder known.

Unknown said...

Saya nk bertanya insuran pru akan cover tak rawatan pemeriksaan mata untuk mengetahui mata buta atau kerosakan dalaman? Bukan untuk kcntikan..tpi untuk rawatan mata bagi mengelakan buta..kesakitan pada mata..boleh terangkan x

akok is a person not a kuih said...

Salam Sis,

Terima kasih kerna sudi bertanya

Untuk rawatan pemeriksaan mata untuk mengetahui mata buta atau kerosakan dalaman, pihak Insurans Pru COVER JIKA SIS WARDED. Ini pun atas nasihat Dr atau pakar mata.

Once dah dapat tarikh warded ke hospital, mohon inform ejen. Kerna ejen kena follow up dengan pihak insurans dan hospital mengenai GL. Pihak hospital kena mohon GL dari pihak insurans.

Segala kos rawtan ditanggung oleh pihak insurans tapi tertakluk dengan syarat2 sama ada ko-insurans/ko takaful atau fully coverage (depends pada package medical card).

Pastikan medical card tempoh bertenang melebihi 120 hari. Kalu within 120 hari, agak sukar untuk pihak insurans COVER. Banyak requirements menyebabkan sis kena pay dahule then claim kemudian.

harap jawapan saya membantu

cheers

Anonymous said...

Info yg bnyk membantu..

Unknown said...

hai

Saya nie tak berapa paham sgt tentang insurans sebab tue sy belum ada apa2 insurans utk diri sendiri. saya kurang faham tenatng pembayaran dan tenatng tuntutan sekiranya berlaku kejadian yg tidak diingini.. kalau kita join insurans, berapa lama utk kita bayr Plan insurans tersebut sy dah baca maklumat tenatng insurans di laman web tapi masih kurnag faham.
boleh bg respon memberi jawapan dan sedikit maklumat tentang insurans via email chayrole@gmail.com.
tq

akok is a person not a kuih said...

salam khairul,

saya dah email. check K

Anonymous said...

chicken pox/cacar cover tak

akok is a person not a kuih said...

salam,

cover. Sword.Tech77

Unknown said...

ada benifit pru bsn untuk medical card
sama dengan card perubatan yang company sediakan kan?

Zul said...

salam.Hai. sy join dah lebeh staun.xpenah g claim.Boley ke kta check if kita ni dapat ke x claim untuk penyakit2 kronik,etc.kira cam wat simulasi claim la. mcm sy xpnah lg warded dr kecik,dsahkan sakit ke ape ke, tp bila wat medical chekup sblm apply dulu doktor akan kate ow lemak bnyk ni,asid tggi sket,gastrik la ape la xde ape la ni,pastu soh eksesais, balek cmtu je. Time die proses permohonan kita x kan die x check kat hospital dulu ke ape ke, kdg2 kita sendiri pun xtau kta sakit apa.tq

akok is a person not a kuih said...

Salam.Hai Zul,

Hmmm.. simulasi claim x ader. Tapi sekiranya en zul tak pernah ada sakit atau penyakit kritikal sebelum nie, en zul boleh claim. memang pihak takaful ader private investigator mereka sendirik. Mereka akan check rekod pelanggan di hospital. Baik di swasta atau kerajaan. jika didiagnose penyakit before appaly Takaful, memandangkan selama ini kita sihat, YES you still can claim tapi kena fight sikit. Pihak ejen akan tolong you untul appeal the claim.claim akan ambil masa.

harap saya menjawab soklan en zul.

Anonymous said...

salam
berminat tuk tahu lebih dalam berkenaan medikal cxard tuk family...
email : nadea02@yahoo.com

akok is a person not a kuih said...

hi,

saya sudah email. thx

Anonymous said...

Salam nk tnye..gugur bleh claim x elaun wad n how?

akok is a person not a kuih said...

Hi Anonymous...

terima kasih sudi bertanya.

Kalau sis tak ambil Takaful atau insurans wanita, sis tak boleh claim. mana-mana insurans atau takaful tak cover keguguran melainkan sis ambik manfaat tambahan takaful wanita.

jika sis ada ambil, cara nak claim
1. kena dapatkan medikal report dari dr berkenaan keguguran
2. isi claim form

itu sahaja

macam mana nak tahu kita ambik ker tidak takaful wanita nie. dalam polisi ada tak mention female illness atau female maternity. Jika ada sis boleh claim

harap saya menjawab soalan sis

thx

Unknown said...

Hi..
Sy nk tny di bahagian dahi sy ade benjolan sbb berlaga masa main bola..selepas few weeks tuam2 xhilang gak..mcm ada darah beku rase nye..klu g hospital bt operation blh claims ke? Sy pemegang kad prudential takaful..t.k

akok is a person not a kuih said...

Salam Sazy,

Boleh claims kalau nak buat operation. Jika masuk warded, en sazy juga boleh claim yg jumpa Dr di klinik (pre-hospitalization).

Thx

Unknown said...

Hi..
Sy nk tny di bahagian dahi sy ade benjolan sbb berlaga masa main bola..selepas few weeks tuam2 xhilang gak..mcm ada darah beku rase nye..klu g hospital bt operation blh claims ke? Sy pemegang kad prudential takaful..t.k

Unknown said...

Hi..
Sy nk tny di bahagian dahi sy ade benjolan sbb berlaga masa main bola..selepas few weeks tuam2 xhilang gak..mcm ada darah beku rase nye..klu g hospital bt operation blh claims ke? Sy pemegang kad prudential takaful..t.k

akok is a person not a kuih said...

salam Sazy,

Boleh claim , no worries. Sbeleum tue ada pergi jumpa dr tak? Jika ada, u juga boleh claim. better pi hospital for further check up. Moga cepat sembuh

thx

mbk

schaa said...

Salam. saya nak tanya..kalau mmg ade ketumbuhan di bahagian kulit sejak kecil tp tak pernah chek up dgn doc lg..andai kata lps sy ambil insurans n pegi check up dgn doc, dan doc sah kan itu salah satu kanser kulit dan bahaya jika dibiarkan, boleh ke saya claim insuran utk pembedahan mmbuang ketumbuhan tersebut?

akok is a person not a kuih said...

Salam Schaa,

Sorry lambat balas....

Jawapannya TIDAK boleh schaa. Kerna pihak Takaful atau Insurans akan nyatakan ia jatuh dalam kategori pre-existing illness..

mbk

Anonymous said...

As salam.
Nak bertanya, adakah pelan ikhlas takaful wanita with maternity cover ovary cyst?
Terima kasih.

akok is a person not a kuih said...

Salam sis,

Setahu saya Pelan Ikhlas wanita with maternity cover komplikasi kehamilan dan penyakit infant care. Kalau kanser ia kover ovari. Ovary cyst macam tak termasuk.

Kalau sis ada medikal kad, ia cover ovary cyst.

harap saya menjawab soklan. sekian

mbk

Unknown said...

Assalamualaikum..

Tumpang tanya..

Anak sy ada masalah otitis media. Telah disahkan oleh doctor di gov hospital.
Sy belum pernah bawa anak ke private hospital utk masalah telinga beliau.
Adakah medical card akan cover utk penyakit ini? Dan adakah apa2 penyakit telinga yg tidak akan di cover oleh MC?

Tlg bg penerangan....

akok is a person not a kuih said...

salam sis,

Ya.. medikal kad cover untul penaykit otitis media. So far apa yg saya tahu, penyakit telinga mostly dicover oleh medikal kad KECUALI jika berkaitan dengan kecantikan (surgery untuk ubah telinga)dan medikal kad anak puan masih dalam tempoh bertenang.

Tempoh bertenang atau cooling period untuk medikal kad adalah 120 hari. jika berlalu otitis media dalam tempoh 120 hari, pihak medikal kad tak kan cover. Jika berlaku slps 120 hari, YA, medikal kad akan cover.

Jika didapati Otitis media berlaku sblm apply medikal kad, syarikat takaful takkn cover kerna ia dikira pre existing condition.

moga saya menjawab soklan puan

t. kasih

mbk
0192853910

Unknown said...

salam sis tumpang tanya..kalau saya nak ke oversea pru akan cover x sekiranya apa2 terjadi kepada saya di sana??

akok is a person not a kuih said...

Salam sis,

Pru cover kalau pi oversea tapi kena pastikan 90 hari sahaja disana. Lebih dari 90 hari, Pru sudah x cover. Yg cover tue berdasarkan reimbursement. Pay n claim.

cheers

mbk
0192853910

Unknown said...

salam,
saya nak tanya,adakah pihak insurans akan cover untuk surgeri pembedahan otot mata bagi kanak kanak yang juling?
t.kasih

akok is a person not a kuih said...

Salam En Muadz,

Medikal kad takkan cover untuk surgeri pembedahan otot mata kanak-kanak yang juling jika ia memang lahir begitu. Pihak Syarikat Takaful atau Insurans akan Cover jika Juling itu akibat penyakit (bukan disebabkan oleh penyakit sedia ada (preexisting illness condition) atau akibat kemalangan yg teruk (advised dari Dr yg menyarankan operation. Jika tak buat takut buta).

harap saya menjawab soalan

cheers

mbk

Anonymous said...

Salam.....
sy nk tnya....ank sy demam lebih dr 4 hari...sy ke hoapital n ank sy warded....tp knpa pihak insuran tk cover sy punya kes? Dgn alasan demam spatotnya tk warded boleh mkn ubat dirumah...

akok is a person not a kuih said...

Salam Sis,

Terima kasih kerna sudi bertanyakan mengenai Takaful,

Kebiasaanya pihak insurans atau Takaful reject GL kerna outpatient. Outpatient hanya boleh cover jika ada kemalangan sahaja.

untuk kes puan nie, Semasa menunggu warded, pihak hospital akan issues GL pertama (GL kemasukan ward)ke pihak Takaful/insurans. Sebelum pihak Takaful/insurans approved GL pertama,
pihak Takaful/Insurans akan bertanyakan pada Dr akan sebab musabab patient ini kena warded. Dan pihak Dr akan menyatakan sebab kenapa dan apa kebarangkalian treatment yg akan dibuat.
Jika treatment yg dr suggest itu pada awalnya menunjukkan Demam anak ini teruk n perlu futher treatment, GL akan diluluskan. GL pertama ini hanya diluluskan untuk kemasukan ward terlebih dahulu.

GL kedua akan di keluarkan semasa discharge. Semasa proses discharge dilakukan, Pihak Takaful/Insurans akan bertanya sekali lagi apa treatment yg Dr buat untuk sakit demam ini.
adakah sama seperti yg disuggest semasa GL pertama dikeluarkan? Jika tidak... yang mana GL pertama Dr kata kebarangkalian treatment ini perlukan rawatan yg details..
sedangkan semasa rawatan demam itu hanya perlu makan ubat panadol sahaja (dikira boleh mendapat rawatan luar seperti just attend dr klinik pun dah dikira memandai).

Oleh sebab itulah pihak Takaful/Insurans reject claim puan. Sekiranya puan mencarum PruBSn Takaful dan kemasukan ward kali k 3, Puan tak perlu bimbang yg mana puan boleh pay n claim. Kalau puan bukan mencarum PruBSN Takaful, sama ada boleh pay n claim.. itu saya x pasti. Mohon puan periksa dengan ejen puan atau call cusotmer service syarikat Takaful yg puan carum.

harap saya menjawab soalan puan

cheers

mbk

MAMA NUR'S said...

salam saya nak tanya insurans pruhealth cover x untuk operate gigi geraham bongsu? nak pergi goverment takot makan masa...

akok is a person not a kuih said...

Salam Shahidatul,

Untuk operate gigi geraham bongsu, Insurans Pruhealth x cover KECUALI jika berlaku kemalangan dan dinasihatkan oleh Dr untuk buat operation.

mbk

Anonymous said...

Hi...sy dah setahun dgn prubsn takaful. Dan baru2 ni sy cedera dan doktor pakar sahkan slip disc. Apakah insuran bole cover kos rawatan. Dan apa benefit yg sy dpt.?

akok is a person not a kuih said...

Hi anonymous....

Untuk slop disc, Pihak insurans cover kos rawatan. memandangkan tuan/puan punya polisi sudah setahun.

benefits
1. elaun hospital (elaun harian jika warded)
2. Kos rawatan di bayar oleh medical card. (tertakluk pada ko-takaful atau full coverage (tiada ko-takaful))
3. pre-post hospitalization boleh claim (reimbursement-pay n claim)

sekian

tq

mbk

Anonymous said...

Salam...

Kalu saya buat rawatan di klinik swasta, pihak insurans dpt detect tak sejarah penyakit? Or cuma di hospital sahaja?

Adrienne said...

Hi. Baru2 ni saya di sahkan ada penyakit diabetic. saya nak beli insurance and nak declare, tapi rasanya ada mana2 insurance company yg boleh offer their medical card tak...

akok is a person not a kuih said...

Salam Anonymous 8.21 PM June 12,2015

Kalu saya buat rawatan di klinik swasta, pihak insurans dpt detect tak sejarah penyakit? Or cuma di hospital sahaja?

Ya, pihak hospital dapat jugak detect sejarah penyakit di klinik swasta kerna pihak syarikat akan keluarkan arahan dan mohon dr yg merawat inform medical history.

cheers

mbk

akok is a person not a kuih said...

Hi. Baru2 ni saya di sahkan ada penyakit diabetic. saya nak beli insurance and nak declare, tapi rasanya ada mana2 insurance company yg boleh offer their medical card tak...

Hi adrienne.......

setahu saya kalau dah ada diabetic agar sukar (depends pada tahap level diabetic itu sendiri) utk pihak insurans menerima nya. Tapi normally yg paling rigid Takaful.. Kalau konvensional.. kalau u declare insya Allah pihak konvensional akan terima. Kenapa pihak konvensional terima? Ini kerana konvensional sudah lama bertapak di Malaysia dan mereka punya dana yg solid dan banyak. mereka sanggup terima risk. Trylah apply... tapi depends jugak pada tahap diabetic tue sendiri. Kalau dah level tinggi, agak sukar pihak insurans nak accept.

cheers

mbk

Anonymous said...

Salam..nk tanya klu saya telah disahkan slipped disk & pernah mendapatkan rawatan injection kernocort (utk mngurangkn inflamasi) sebagai rawatan alternatif dari pembedahan pada bln 10/2014 dan brjumpa dktor utk selang 6bln utk mngetahui prkembangan penyakit,skrg saya hnya mkn ubat than sakit jika brlaku kesakitan cuma skrg saya jrang ambil ubat than sakit krana cuba elak brgantung dgn ubat..soalan saya adakah insuran takaful akn memberi prlindungan jika saya declare pnyakit ini jika 1 hari nt saya memerlukan rawatan luar..saya msih blm mempunyai polisi..

Anonymous said...

antara insuran takaful & konventional yg mna blh memberi perlindungan kepada slipped disk ni jika ianya kategori tk teruk..

akok is a person not a kuih said...

hi Anonymous June 16,2015 1.40 am

Memandangkan u dah ada slipped disk & pernah terima rawatan, pihak takaful akan exclude atau tak cover slipped disk dan penyakit yg ada kaitan dengan slipped disk.

Antara Insurans Takaful & Konvensional, boleh memberi perlindungan slipped disk jika x teruk lebih pada konvensional....kerna konvensional ada solid dana utk accept the risk

moga saya jawab soalan

cheers

mbk

Anonymous said...

Tq so much for ur concern.. ; )

akok is a person not a kuih said...

happt to help :))

Anonymous said...

Assalam..akk nak tanya ni..akk penah ambil pru bsn pada 2007,tapi dah surrender polisi baru2 ni,adakah pihak prudential boleh terima kalau akk nak ambil polisi baru,dan adakah masih berpeluang utk dpt polisi kalau akk ada darah tinggi..,dan adakah penyakit bkaitan jantung covered dlm polisi
Harap sudi jawab
Tq

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

Anonymous June 21,2015 , 1.21 AM

Memandangkan akak sudah ada darah tinggi agak sukar pihak prudential nak ambil balik. Tapi itu depends tahap darah tinggi akk. Kebarangkalian penerimaan itu adalah :-

1. terima seadanya (accept with no conditional)
2. Loading (Premium akan tinggi dari amount quotation)
3. Exclude (Conditional medical card yg mana exclude penyakit hypertension dan penyakit yg berkaitan dengannya)
4. Reject
5. Reject medical card hanya offer Life sahaja (Death, accident only).

untuk penyakit jantung cover dalam polisi. Tapi memandangkan darah tinggi ada sedikit sebanyak melibatkan jantung, itu terpulang pada budi bicara syarikat insurans untuk cover atau TIDAK.

Saya sarankan apply dulu insurans/Takaful dan lihat requirements yg di mohon oleh pihak syarikat. Tahap penerimaan itu adalah berdasarkan tahap darah tinggi akak dan budi bicara syarikat. Jika tahap darah tinggi agak tinggi, maka pihak prudential hanya tawarkan Life sahaja (accident dan death sahaja)......

moga saya menjawab soalan..

selamat berpuasa

mbk

Anonymous said...

Terima kasih akk ucapkn atas pencerahan ya...selamat berpuasa too

munirah said...

Assalam..
Saya ada ambik pruden utk anak saya. Baru2 ni anak warded hospital n kami guna insuran company. Lagi 7 hari insuran anak saya cukup 4bln @matang. Dlm tempoh ni adakah anak saya layak mendpt elaun ward. Tima kasih

akok is a person not a kuih said...

Salam Munirah,

Terima kasih kerna sudi bertanya...

Boleh saya tahu anak warded kerana sakit apa? walaupun ada 7 hari lagi insurans akan cukup 4 bulan @ tempoh matang, anak puan layak utk menerima atau buat tuntutan elaun ward. Penyakit yg tidak layak menerima elaun ward jika sakit anak jatuh pada salah satu spesific illness seperti dibawah : ( ini kena tunggu selepas tempoh matang, jika didiagnose sakit ini sblm 4 bln tak boleh claim)

a. batu karang di dalam sistem kencing dan hempedu
b. hipertensi atau penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
c. diabetes melitus
d. semua ketumbuhan,sista,polip atau barah
e. pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
f. hernia, buasir atai fistula
g. endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin
h. penyakit yg berkaitan dengan pembiakan

Jika sakit anak puan tiada kene mengena dengan sakit spesific illness seperti diatas, maka dengan senang hati saya katakan BOLEH CLAIM ELAUN WARD. Nanti inform ejen utk buat tuntutan elaun ward.

moga saya menjawab soalan puan

selamat berpuasa

cheers

mbk

munirah said...

Demam virus hihi... Alhamdulilah..
Tima kasih kerana menjawab soalan dgn pantas..
Sayang sekali akak x bertemu akok dari awai

akok is a person not a kuih said...

Salam puan munirah,

hehehe sama2.. x perlah tak berjodoh sebagai ejen n klien. Kiranya jodoh dialam maya pun dah OK...

happy to help

cheers dan happy fasting

mbk

Azlin said...

Salam,

Nak tanya. Saya Azlin, ibu kepada 2 orang anak dan kedua-dua cover dengan PruBSN. Dah lepas tempoh matang. If terjadi anak saya jatuh di bahagian kepala dan saya nak bawa ke Panel Hospital untuk pemeriksaan. Adakah medical card anak saya boleh digunakan serta merta? Bagaimana kalau kes jika anak saya demam panas? Risau sekiranya medical card anak xboelh digunakan atas sebab sakit biasa.

Terima kasih.

akok is a person not a kuih said...

Salam puan Azlin,

Terima kasih sudi bertanya dan tahniah kerna sudah bertakaful utk anak2.

Jika terjatuh dibahagian kepala di bawa ke Panael hospital:

1. Jika tidak warded, puan boleh PAY N CLAIM (REIMBURSEMENT) kerana ia boleh buat claim bawah accident medical reimbursement.

2. Jika warded, sudah tentu medical card boleh tanggung kos rawatan anak, memandangkan tempoh matang sudah tamat.

Jika kes anak demam panas, jika WARDED, medikal kad boleh diguna pakai. Dan jika Dr kata sekadar boleh pulih di rumah, ia sudah dikira outpatient yg mana outpatient medikal kad TAK COVER.

Pastikan WARDED di hospital UNTUK SAKIT YG TIDAK MELIBATKAN KEMALANGAN. JIKA KEMALANGAN, JIKA X WARDED, PUAN MASIH BOLEH BUAT CLAIM (PAY N CLAIM).

Moga saya menjawab soalan puan

selamat berpuasa

cheers

mbk
0192853910

Azlin said...

Terima kasih banyak puan. Sangat membantu dan jelas. Selamat berpuasa juga.

Anonymous said...

Salam sis nak tanya. warded untuk placenta previa prubsn medical card cover x?

akok is a person not a kuih said...

Salam Anonymous July 2, 2015 at 3.48 am,

Terima kasih kerna sudi bertanya,

Untuk PLACENTA PREVIA pihak PRUBSN punya medikal kad TIDAK COVER. Kerana ia adalah salah satu komplikasi kehamilan. Sudah termaktub didalam PENGECUALIAN:

8. Kehamilan (dan komplikasi Kehamilan yang berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

Jika puan mengguna pakai medikal kad HEALTH ENRICH, medikal kad health enrich PUN TIDAK COVER PLACENTA PREVIA. KERANA IA TIDAK TERDAPAT DALAM SALAH SATU 8 KOMPLIKASI KEHAMILAN YG MEDIKAL KAD HEALTH ENRICH COVER.

harap saya menjawab soalan puan.

SELAMAT BERPUASA

mbk
0192853910

Unknown said...

Salam...jika saye ade masalah kesuburan..dan melakukan rawatan dgn gynea..iaitu scan atau melakukan operation kecil adakah medical.card cover?

Unknown said...

Salam...jika saye ade masalah kesuburan..dan melakukan rawatan dgn gynea..iaitu scan atau melakukan operation kecil adakah medical.card cover?

Unknown said...

Salam...jika saye ade masalah kesuburan..dan melakukan rawatan dgn gynea..iaitu scan atau melakukan operation kecil adakah medical.card cover?

akok is a person not a kuih said...

Salam puan shafinaz

Utk masalah kesuburan, medical card tak coverr dan melakukan rawatan dgn gynea..iaitu scan atau melakukan operation kecil medical.card TAK cover.

Selamar berpuasa

Mbk
0192853910

Munirah said...

As Salam,

Baru2 ni saya ada tanya pada Akok berkenan dgn elaun ward.
Saya ada submit pada agen saya, tapi dia cakap dekat discharge note doktor ada inform mengenai fever and bronkitis. Dia cakap takut insurans x cover memandangkan bronkitis and dia takut nanti insurans akan reject insurans anak saya memandangkan masa anak saya admit x cukup tempoh matang.

akok is a person not a kuih said...

Salam puan Munirah,

Maaf lambat reply.

Ya.. saya masih ingat.. puan ada bertanyakan berkenaan elaun hospital..

Apa yg ejen puan bimbangkan itu ada benarnya. Memandangkan ia melibatkan sistem pernafasan, agak sukar pihaK Takaful nak approved claim puan memandangkan anak puan admit tak cukup tempoh matang. Kalau sekadar fever Insya Allah boleh claim.

mbk

Anonymous said...

Assalam

Saya nak tanya...
Saya mmg berniat nak ambil insurance utk cover diri saya..since tgk ramai org2 lama yg kena dan atas nasihat mereka juga..ini berkaitan masalah slip disc iaitu sakit tulang blkng..

Btw sy bekerja di salah sebuah syarikat penerbangan yg terbesar di malaysia..dan sy masih belum ada tanda2 nak kena lagi slip disc ni sbb sy agak berjaga2 skit ketika melakukan tugas..but kata org tua2..malang itu tak berbau..so sy mst prepair payung la sblm hujan..heheh

So utk medical boleh cover tak?ttg mslh slip disc ni jika terkena??dan medical kad ni ada cover utk insurance skli atau hanya utk medical..

tq

akok is a person not a kuih said...

Salam anonyous juy 15 2015, 7.18 am

Salam aidilfitri

Maaf baru reply.

Tahniah ada awareness berkaitan medikal kad. Ya, medikal kad cover slip disc. Medikal kad akan cover kos rawatan di hospital. Ya, medikal kad nie cover dengan insurance sekali. Compulsory benefits utk insurans adalah death dan cacat Kekal

Saya harap saya menjawab persoalan tuan.

Maafkan saya lambat reply

Mbk
0192853910

Anonymous said...

Hello, saya nak tanya, saya pernah check di hospital swasta pasal cyst di breast. Kalau saya amik insurans, in case saya nak operate, insurans cover tak?

akok is a person not a kuih said...

Hello Anonymous July 28, 2015 at 9.36 PM

Jika ada cyst di breast, Insurans sudah TIDAK COVER KERANA DIKIRA SEBAGAI PRE EXISTING ILLNESS. Mana-mana penyakit yg berkaitan secara langsung atau tidak lansung yg berkaitan dengan cyst di breast juga TIDAK AKAN COVER.

Contoh, demam. Demam kerana cyst di breast bukan kerana bakteria atau virus. Medikal kad TIDAK COVER.

Harap saya menjawab soklan tuan/puan

cheers

mbk
0192853910

Unknown said...

Assalamualaikum kak, saya nak tanya, saya dihidapai cervical spondylosis, bilateral rudimentary cervical ribs dengan reduction of disc space in cervcsl vertebrae. Saya ingin membuat rawatan di hospital swasta, nak tanya medical card prudentialbsn ni cover tak kalau saya buat rawatan doktor suruh saya buat xray mri fisioterapi tapi tak admit? T.k kak

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Zaiddien Zainal

Terima kasih kerna sudi bertanya

Jika tuan hanya ke hospital untuk buat X ray, MRI, Fisioterapi tapi x admit, medikal kad TAK COVER. Tuan kena admit. Jika tuan pergi juga buat pemeriksaan seperti yg tuan sebut, tuan boleh claim rawatan doktor - x-ray mri fisioterapi jika tuan admit dikemudian hari dalam tempoh 60 hari sebelum warded. Memandangkan dr yg menyarankan tuan buat pemeriksaan, tuan boleh mohon warded untuk claim purposes.

moga saya menjawab persoalan tuan

cheers

mbk
0192853910

Anonymous said...

Salam, saya nak bertanya tentang medical card. Saya mula ambil medical card pd 24-07-2014. Pd 3-8-2015, saya ke hospital swasta sebab masalah sakit tengkuk & kebas tangan. Lepas MRI, doctor detect saya adalah slip pada c4&c5. Adakah saya medical insurance cover operation saya. Utk pengetahuan policy ada mention slip disc ditanggung, cuma masalah tempoh insurance baru genap 1 tahun

akok is a person not a kuih said...

Salam Anonymous,

Terima kasih kerna sudi bertanya..

Untuk slip disc YA Pihak Takaful cover untuk sakit itu. Memandangkan tempoh medikal kad tuan sudah setahun,tiada masalah untuk proses sebarang tuntutan yang akan dibuat.

harap saya menjawab soklan tuan

mbk
0192853910

Unknown said...

Salam. Sy nk tny, sy nk ambk insurans utk anak sy yg brusia 2 bln. Bru2 ni anak sy dsahkan ada hernia. So, operation akan dbuat d hsptl kerajaan. Jika sblm operation dbuat sy ambl pln insurans ni, dn cnthnye slps operation tu anak trkena demam ke, jngkitan kuman ke, boleh claimn ke wlpn sblm 120 hari? Thanks.

akok is a person not a kuih said...

Salam mohd syahril

Terima kasih kerna sudi bertanya

Soalan:
Jika sblm operation dbuat sy ambl pln insurans ni, dn cnthnye slps operation tu anak trkena demam ke, jngkitan kuman ke, boleh claimn ke wlpn sblm 120 hari?

Jawapan:

TIDAK BOLEH CLAIM walaupun sbeleum 120 hari. Ini kerana hernia atau jangkitan kuman akibat hernia atau demam akibat hernia claim tak dapat dituntut atau dibuat kerna ia masih dalam tempoh waktu bertenang. Kalau demam biasa akibat kuman atau denggi selepas 30 hari polisi diluluskan, pihak takaful akan COVER. Itu pun PAY N CLAIM (REIMBURSEMENT).

harap saya menjawab soalan en syahril.

tq

mbk
0192853910

Unknown said...

Ok. Thanks. Stu lg soalan, hehe. Antara medical card family dgn individu mn lg jimat? Btul ke klu medical card family susah nk claimn. Thanks.

akok is a person not a kuih said...

Salam syahril,

Heheheh.


Antara medikal kad family dan individu yg mana lagi jimat? Kalu dari segi ekonomi , medikal kad family yg jimat kerna ia dikira boleh dapat rm 200 sebulan utk 4 ahli keluarga. Tapi annual limit atau nilai medikal kad kena sharing.

Bagi saya , x kisahlah medikal kad family atau individu, kalau sebab sebab di bawah ini memang susah nak claim

1. Polisi dah lapsed. Utk medikal kad family mmg mudah nak lapsed kerna x bayar sebulan saja polisi dah lapsed berbanding sgn individu kalu x byar 3 kali boleh lagi sustain. Itupun paling lama 3 months.

2. Tak declare non disclosure. X declare pre existing illness mmg tak kan dapat claim

3. Masuk perhimpunan haram

4. Sebarang perkara di bawah pengecualian , medikal kad x claim

5. Waiting period- masih dalam tempoh menunggu

6. Manfaat x ada dalam polisi x dapat lah nak claim

Jika dokumen lengkap, mencepatkan proses buat claim tak kisah yg family atau x.

Apa yg penting u tahu pro n cons family versus individu medikal kad. At least , at the end u tahu manfaat apa yg mereka cover supaya menyenangkn u buat sebarang tuntutan.

Cheers

Moga saya menjawab soklan

Mbk
0192853910

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sy nk tanye soalan mengenai medical card pruBSN Health Enrich Select..

Baru2 ni sy ade terdengar yg pru BSN tak cover sakit2 spt demam pns, demam denggi.. Dan tiada elaun hospital bg pemegang medical card Health Enrich Select ini..

Minta pencerahan..


Tq

Anonymous said...

Assalamualaikum
Sy nak tnya klu buat operation buang rahim disebabkan huge multiple fibroids, severe endometriosis ble ke tuntun takaful puteri.
Ni yg perlu dilakukan: exploratory laparotomy, adhesiolysis, myomectomy, hysterectomy, left ovarian cystectomy, bilateral salpingectomy.(dilakukan serentak dlm 1 opt).
Mohon pencerahan ye. Tq

akok is a person not a kuih said...

Anonymous said...
Assalamualaikum,

Sy nk tanye soalan mengenai medical card pruBSN Health Enrich Select..

Baru2 ni sy ade terdengar yg pru BSN tak cover sakit2 spt demam pns, demam denggi.. Dan tiada elaun hospital bg pemegang medical card Health Enrich Select ini..

Minta pencerahan..


Tq
September 3, 2015 at 4:48 PM

Jawapan:

untuk sakit seperti demam panas dan demam denggi, pihak prubsn Takaful masih COVER. Saya akui ada timbul salah faham kerana diawal tahun ini ada peraturan baru dikeluarkan oleh pihak PruBSN Takaful berkenaan dengan kemasukan ward utk kali ke 3. Namun, bulan April tahun nie baru sahaja peraturan ini dimansuhkan kerana dapat negative feedback dari pelanggan prubsn takaful.

Untuk elaun hospital bagi pemegang medical card health enrich select yg ambil sebelum bulan Feb 2015 , Elaun hospital masih ada. Jika pelanggan mencarum Health enrich select selepas bulan Feb 2015, elaun hospital sudah diMANSUHKAN. Hanya pemegang kad health enrich advanced dan premier sahaja yg pihak prubsn takaful OFFER.

Harap saya menjawab soalan

tq

mbk
0192853910

akok is a person not a kuih said...

Anonymous Anonymous said...
Assalamualaikum
Sy nak tnya klu buat operation buang rahim disebabkan huge multiple fibroids, severe endometriosis ble ke tuntun takaful puteri.

Ni yg perlu dilakukan: exploratory laparotomy, adhesiolysis, myomectomy, hysterectomy, left ovarian cystectomy, bilateral salpingectomy.(dilakukan serentak dlm 1 opt).
Mohon pencerahan ye. Tq

September 4, 2015 at 2:12 AM

Jawapan:

Waalaikumussalam,

Untuk penyakit operation buang rahim disebabkan huge multiple fibroids, severe endometriosis, TAK BOLEH BUAT TUNTUTAN UNTUK TAKAFUL PUTERI. Ini kerana Takaful Puteri hanya boleh dituntut jika melibatkan Female Cancer seperti Breast, Cervic Ovarian,Vagina/Vulva, Fallopian tube cancer, Uterus Cancer, dan Carcinoma in situ (Breast and cervix ONLY).

Huge multiple fibroids, severe endometriosis, boleh dibayar melalui medikal kad. Pastikan grace period melebihi 120 hari.

Harap saya menjawab soalan

mbk
0192853910

Anonymous said...

T.kasih

LiLo said...

assalamualaikum
saya ada apply prubsn utk anak recently.
recent status dpt tau dah approved but with exclusion. Boleh advise macam mana cara nak appeal utk exclusion tu?

akok is a person not a kuih said...

Salam LiLo

Untuk exclusion tue kalau nak appeal kena tunggu selepAS 5 tahun polisi tue. Kondisi kesihatan sekarang memang agak susah untuk appeal. Lepas 5 tahun itu pun, anak sis kena buat medikal check up dan bukti medikal check up tue boleh buat appeal untuk waive exclusion tue. Borang medikal check up kena dari form pihak syarikat Takaful.

harap saya menjawab soalan sis

mbk

Ikrami said...

Salam. Saya ade apply pru bsn selama 2 tahun 6 bulan. Masa mula mula saya submit insuran ni saya dapat rasa yang saya menghidap hernia kecil dan tak serius. Masa submit takaful saya abaikan dan tak declare hernia ni sebab memang tak kritikal.

Kemudian recently dr dapati bengkakan hernia saya telah membesar dan dr sarankan saya buat pembedahan hernia. Adakah medical card saya boleh cover untuk pembedahan ni?

akok is a person not a kuih said...

Salam Unknown,

Masa submit takaful saya abaikan dan tak declare hernia ni sebab memang tak kritikal.

Jawapan: Agak susah untuk pihak Takaful medikal kad untuk cover pembedahan hernia kerana Unknown sudah ada hernia sebelum apply Takaful walaupun tidak kritikal. Jika guna pun, Dr akan sebut yg kemungkinan hernia berlaku sebelum apply Takaful. Ia agak berisiko untuk guna medikal kad kerna kemungkinan GL akan reject. Jika Unknown declare.. kemungkinan cover.

Harap saya menjawab soalan unknown.

mbk
0192853910

akok is a person not a kuih said...

Salam Unknown,

Masa submit takaful saya abaikan dan tak declare hernia ni sebab memang tak kritikal.

Jawapan: Agak susah untuk pihak Takaful medikal kad untuk cover pembedahan hernia kerana Unknown sudah ada hernia sebelum apply Takaful walaupun tidak kritikal. Jika guna pun, Dr akan sebut yg kemungkinan hernia berlaku sebelum apply Takaful. Ia agak berisiko untuk guna medikal kad kerna kemungkinan GL akan reject. Jika Unknown declare.. kemungkinan cover.

Harap saya menjawab soalan unknown.

mbk
0192853910

Ikrami said...

Terima kasih puan. Bermakna jika saya declare penyakit masa submit , kemungkinan takaful akan cover tu rendah atau tinggi? Kemudian jenis penyakit ape lagi yang seeloknya di declare sebelum submit.

Oleh sebab hernia ni boleh diwarisi anak, sebelum saya daftarkan takaful untuk anak saya , saya rasa saya perlu adakan check up untuk pastikan anak saya belum dapat hernia, atau sekirany jika sudah didiagnose, saya perlu isytihar . Apa pandangan puan?

Ikrami said...

Terima kasih puan. Bermakna jika saya declare penyakit masa submit , kemungkinan takaful akan cover tu rendah atau tinggi? Kemudian jenis penyakit ape lagi yang seeloknya di declare sebelum submit.

Oleh sebab hernia ni boleh diwarisi anak, sebelum saya daftarkan takaful untuk anak saya , saya rasa saya perlu adakan check up untuk pastikan anak saya belum dapat hernia, atau sekirany jika sudah didiagnose, saya perlu isytihar . Apa pandangan puan?

akok is a person not a kuih said...

Salam Ikrami,

Jika Ikrami declare dahulu sebelum apply Takaful, Pihak Takaful akan naikkan monthly contribution dengan nilai coverage yg telah dipersetujui. Penyakit yg elok declare seperti penyakit keturunan, dan penyakit sedia ada contoh pernah accident atau sakit dimasukkan ke ward dan tinggal samada 1 hari atau beberapa hari.

Saya setuju dengan pendapat En Ikrami untuk buat check up anak sebelum apply Takaful. Jika didiagnose, En Ikrami perlu isytihar. FYI, penyakit keturunan memang pihak Takaful TIDAK COVER. Walaupun begitu, elok diisytiharkan utk kemudahan dikemudian nanti.

best of regards
mbk
0192853910

Unknown said...

salam, saya ingin bertanya jika penyakit saya ni boleh dituntut daripada insuran saya. Saya mempunyai penyakit CTS (Carpal Turnel Syndrom). boleh ke kos rawatan atau pembedahan di tuntut..?

akok is a person not a kuih said...

Salam Nasron,

Untuk penyakit CTS, Nasron BOLEH BUAT TUNTUTAN KOS RAWATAN DAN PEMBEDAHAN tertakluk pada tempoh medikal kad boleh dituntut. Pastikan medikal kad sudah berusia lebih dari 120 hari. Jika lebih dari 120 hari.... pastikan tempoh atau period berapa hari Nasron boleh buat tuntutan selepas discharge

sebagai contoh, jika prubsn takaful membenarkan tuntutan dibuat selepas discharge hospital selama 90 hari.

harap saya menjawab soklan

cheers

mbk
0192853910

Unknown said...

terima kasih.

Unknown said...

Salam,
Tumpang bertanyer... saya ada insuran HE select sudah melepasi tempoh matang.. sekiranyer saya ada breast lump (cyst) adakah insuran akan cover

penyakit ini..

Saya ada terbaca salah satu komen awak yg mengata insuran x cover utk sakit nie... saya keliru boleh beri penjelasan..

Unknown said...

Salam,
Tumpang bertanyer... saya ada insuran HE select sudah melepasi tempoh matang.. sekiranyer saya ada breast lump (cyst) adakah insuran akan cover

penyakit ini..

Saya ada terbaca salah satu komen awak yg mengata insuran x cover utk sakit nie... saya keliru boleh beri penjelasan..

akok is a person not a kuih said...

Salam sis,

Terima kasih kerna sudi bertanya

Memandangkan HE select sudah capai tempoh, medikal kad akan cover breast lump (cyst) utk kos rawatan atau operation. Yg takaful tak cover breats lump (cyst) jika sis ambik manfaat tambahan atau rider taaful puteri atau takaful puteri lus. Kerna takaful uteri atau takaful puteri hanya boleh dituntut jika ia kamservatau arsinoma in situ utk breast sahaja.

Maafkan saya jika ada komen yg buat sis keliru


Mbk

akok is a person not a kuih said...

salam daelz Dalina,

Yg komen saya kata takaful tak cover utk breast lump (cyst) tue kerana sblm apply insurans dia dah ada penyakit tue. Ia sudah dikira pre existing illness. Jika ambik takaful dan lepas tempoh matang, then baru detect ada cyst d breast , pihak takaful akan Cover.

Tq

Mbk

Unknown said...

Salam puan akok,

Terima kasih sgt2 diatas penjelasannyer... baru saya faham...

Unknown said...

salam. saya pemegang kad medic care AIA family. soalan baru2 INI saya sakit belakang. dah puas p klinik biasa. dapat ubat Dan doc suruh buat fisio. saya risau sakit belakang INI disebabkan masalah buah pinggang. sekiranya saya pergi ke hospital panel ada kah saya perlu membayar kos rawatan awal. terima kasih

Unknown said...

salam. saya pemegang kad medic care AIA family. soalan baru2 INI saya sakit belakang. dah puas p klinik biasa. dapat ubat Dan doc suruh buat fisio. saya risau sakit belakang INI disebabkan masalah buah pinggang. sekiranya saya pergi ke hospital panel ada kah saya perlu membayar kos rawatan awal. terima kasih

akok is a person not a kuih said...

Salam Jikin,

Terima kasih kerna sudi bertanya,

1. Sudah berapa lama Jikin mencarum kad medic AIA Family? Jika kad medic AIA Family melepasi tempoh bertenang lebih dari 120 hari, maka kad medic AIA boleh cover kos rawatan awal.

2. Akan tetapi, jika Jikin ke hospital panel sebagai OUTPATIENT sahaja Kad medic AIA Family takkan cover. Kad medic AIA Family hanya COVER JIKA JIKIN DI MASUKKAN HOSPITAL PANEL UNTUK RAWATAN AWAL. untuk istilah Takaful atau insurans, OUTPATIENT HANYA COVER JIKA ACCIDENT SAHAJA.

harap saya menjawab soalan Jikin.

mbk

Unknown said...

SALAM SIS
saya nk tanya klu waktu pregnant 7 bulan dr sahkan saya ada kncing manis. then lepas bersalin dan sekali lg check dh tak ada penyakit kncing manis.. then ada beberapa kali saya ke klinik dan buat check up gula dlm bdn. dh tiada kencing manis. soalan saya jika saya ambil takaful, then setahun atau lebih saya disahkan ada kencing manis. adakah penyakit itu dicover? mintak sis jelaskan..terima kasih sangat2..

akok is a person not a kuih said...

Salam sis zati izzati,

Terima kasih kerna sudi bertanya dan maafkan saya kerna reply lewat,

Sebelum saya menjawab sama ada Takaful COVER ATAU TIDAK selepas setahun jika di sahkan ada kencing manis, terlebih dahulu saya nak explain jika sis ambil Takaful akan ada kebarangkalian:

Pihak Takaful akan naik kan monthly contribution 50%-75% dari jumlah quotation yg ditawarkan, disebabkan sis pernah detect ada kencing manis semasa pregnant. Walaupun dr sahkan sudah tiada penyakit kencing manis, pihak takaful still mengambil sikap berhati2.

Jika selepas setahun, disahkan ada penyakit kencing manis pihak Takaful akan COVER.

harap saya menjawab soklan sis. selamat hari raya haji

mbk
0192853910

Unknown said...

sis mbk..terima kasih..sgt menjawab soalan..moga allah permudahkan urusan sis..

Anonymous said...

Salam.

Saya ada cysts dalam badan. Insurans pru takaful akan cover ke sekiranya kita baru tahu yg kita ada cysts.

akok is a person not a kuih said...

Salam Anonymous,

Untuk Cysts,

1. Jika sudah detect cysts sebelum apply takaful, TAKAFUL TAK AKAN COVER

2. Jika detect Cysts selepas apply takaful:-

a) Jika usia polisi lebih dari 9 bulan, pihak takaful akan cover

b) Jika usia polisi baru 5 bulan (BARU HABIS TEMPOH BERTENANG), pihak takaful akan cover (TAPI kena bayar DAHULU dan claim kemudian - reimbursement basis) kerana AKAN ADA INVESTIGATION untuk memastikan cysts yg dapat tue kena selepas apply Takaful (UNTUK ELAK DARI fraud). untuk FYI, pihak Takaful ada hak untuk menyiasat penyakit kita selama 2 tahun usia polisi kita. Selepas 2 tahun, pihak Takaful tiada hak untuk menyiasat.

Moga saya menjawab soklan sis,

tq

regards
mbk

yiyed said...

Asaalamualaikum wbt,

Saya hendak bertanyakan soalan mengenai implan koklea. untuk makluman, anak kawan sy menghidapi meningitis pada usia 5 bulan dan rawatan serta kemasukan wad semua telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak PruBSN (dgn kaedah reimbursement)sebab masih dalam waiting period (bak kata ejen).

tetapi baru-baru ini, anaknya telah disahkan mengalami kecacatan kekal akibat dari meningitis tadi, iaitu hilang daya pendengaran sehingga terpaksa membuat rawatan dan pembedahan bagi implan koklea.ejen kata, alat tersebut (implan) tak di'cover' oleh pihak PruBSN sbb dh termasuk dlm exclusion tapi bagaimana pula dgn kos pembedahan dan juga rawatan susulan tersebut?

ejen hanya kata, beliau hanya boleh diberi pampasan kecacatan kekal shj. fyi, anak nya mengambil health enrich advanced. sekian, terima kasih kerana sudi menjawab.

akok is a person not a kuih said...

Salam yiyed,

Maafkn saya kerna lmbt balas. Ada kursus... Maafkn saya dan terima kasih kerna sudi bertanya,

Memang bnr implan koklea pihak prubsn takaful x cover. Kos rawatan dan rawatan susulan juga pihak takaful pun tak cover.

Saya doakan anakkawan yiyed cepat sembuh dan dipermudahkn segala urusan. Amin.

Maafkn saya sekali lagi kerna lmbt reply

Mbk

Cheers

Darisya said...

Assalammualaikum.. Skrg sy tgh survey untuk amik insuran.. Sy berumur 26thn.. Bru2 ni sy di masukkn hospital akibat bacaan darah tggi yg tggi.. Sblm ni tidak ada pnyakit darah tggi.. Jd sy nk tanya.. Sekiranya sy amik insuran dan declare sy pnyakit darah tggi.. Dan andai kata sy di masukkn hospital akibat darah tinggi adakah pihak insuran akan cover.. Sekian terima kasih..

Anonymous said...

assalam..adakah Pru Ada klausa seperti mana syarikat2 lain..sejk kbelakangan ni sya dgr klausa tu sangat pnting btl me.mohon pencerahan..

akok is a person not a kuih said...

Darisya said...

Assalammualaikum.. Skrg sy tgh survey untuk amik insuran.. Sy berumur 26thn.. Bru2 ni sy di masukkn hospital akibat bacaan darah tggi yg tggi.. Sblm ni tidak ada pnyakit darah tggi.. Jd sy nk tanya.. Sekiranya sy amik insuran dan declare sy pnyakit darah tggi.. Dan andai kata sy di masukkn hospital akibat darah tinggi adakah pihak insuran akan cover.. Sekian terima kasih..

Salam Darisya,

Terima kasih sudi baca blog saya dan terima kasih kerna sudi bertanya,

Memandangkan Darisya masih muda walaupun ada bacaan darah tinggi , ada beberapa kebarangkalian yang pihak takaful akan ambil;

a) Pihak Takaful akan exclude penyakit darah tinggi dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan darah tinggi seperti stroke dan penyakit yang terlibat secara langsung

b) Pihak Takaful akan exclude penyakit darah tinggi dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan darah tinggi seperti stroke dan penyakit yang terlibat secara langsung + rated up /(sumbangan akan tinggi 50-75% dari jumalah caruman asal)

c) Reject medikal kad hanya offer life sahaja (life terdiri dari death, cacat kekal menyeluruh, accident)

d) Reject

Jika dimasukkan ward akibat penyakit darah tinggi, pihak Takaful TAK COVER kerna ia dikira pre-existing illness.

Saya nasihatkan sis DECLARE penyakit darah tinggi tue untuk memudahkan proses claim yg lain.

harap saya menjwab soklan

cheers

mbk
019-2853910

akok is a person not a kuih said...

assalam..adakah Pru Ada klausa seperti mana syarikat2 lain..sejk kbelakangan ni sya dgr klausa tu sangat pnting btl me.mohon pencerahan..

Waalaikumussalam,

Ya.. Pru ada Klausa seperti mana syarikat-syarikat lain. Tapi klausa yang mana anonymous maksudkan?

regards
mbk
0192853910

Anonymous said...

klausa untuk penyakit..jika warded slh satu 36sakit kritikal pihak Pru akn tanggung perblnjaan pesakit tu sampai sembuh atau 2-3 Kali shja cover..

saya Ada ambil medical card jns berasingan adakh lbh berbaloi atau tidak.

akok is a person not a kuih said...

Terima kash Anonymous sudi bertanya,

Untuk medical card jenis berasingan atau di kenali stand alone medical card, ianya jenis term insurans yang mana jika dalam setahun tiada apa2 berlaku atau tiada tuntutan, duit caruman bulanan akan burn macam tue jer. Macan insurans kereta atau motor.

Nak dikatakan berbaloi atau tidak itu terpulang pada indidvidu masing2.

Jika tuan/puan jenis yang bajet, tak kisah tak der saving dan tak nak attach dengan life.. medikal kad berasingan berbaloi untuk tuan/puan.

Jika tuan/puan seorang yang memang nak coverage yg tinggi, sanggup bayar berdasarkan kehendak, nak saving sikit dan attach dgn life.. pun dikira berbaloi jugak..

Untuk medikal kad berasingan. Mohon check balik dengan polisi:

1. Yearly renewal - kena renew medikal kad setiap tahun. Setiap tahun monthly contribution akn berubah
2. Partial Withdrawal Condition - yg mana pihak syarikat ada hak untuk cancel polisi dengan memberi notis terlebih dahulu

Dan saya akui medikal kad berasingan ini sungguh murah kerana ianya term insurance yg mana tiada saving, tidak attach dgn life dan period berkuat kuasa hanya sethn sekali (kena yearly renew).

Tapi bagi saya secara peribadi , saya pilih yang jenis medikal kad yg attach dengan life yg dikenali sebagai takaful/insurance jenis investment. Saya lebih kepada coverage dan apa yg saya nak. Tapi ia masih terpulang pada tuan/puan. Kalau tuan/puan masih bujang ambik lah yg investment takaful/insurans nie. Normalyy yg berkeluarga akan ambik yg medikal kad yg berasingan kerana bajet issues.

moga celoteh saya ini menjawab soklan tuan/puan

cheers

mbk
019-2853910

Anonymous said...

Terima kasih untuk pnjelasan ITU.berkenaan klausa bole cnfrm balik tak soaln sya tu berkenaan rawatan jika sakit yg sama berulang phk Pru masih cover atau tidal..

Berapa cover yg bole Pru beri pada sya yg berumur 30thn.sya juga Ada beberapa proposal dri lain2 cmpny jika berbaloi Pru pilihan sya.

stand alone sya di mklumkn naik setiap 10thn sekali.naik pn xsmpai 10rgt.cover plk unlimited sehingga 80thn.tiada cas co-takaful.

akok is a person not a kuih said...

Salam Anonymous,

Soalan: Berkenaan klausa bole cnfrm balik tak soaln sya tu berkenaan rawatan jika sakit yg sama berulang phk Pru masih cover atau tidak..

Jawapan: Rawatan sakit yang sama berulang-ulang pihak pru akan COVER akan TETAPI ia tertakluk pada PENGECUALIAN. Jika penyakit berulang-ulang itu sebagai contoh, disebabkan oleh keturunan, maka pihak pru TAK AKAN COVER. Dan contoh ke 2 jika penyakit berulang-ulang itu terjadi sebelum ambil Takaful, maka pihak Pru TAK COVER. Pendek kata, jika penyakit yang berulang-ulang disebabkan salah satu pengecualian, maka pihak PRU TAK AKAN COVER.

sOALAN: .jika warded slh satu 36sakit kritikal pihak Pru akn tanggung perblnjaan pesakit tu sampai sembuh atau 2-3 Kali shja cover..

jAWAPAN: Pihak Pru akan tanggung kos rawatan selagi had seumur hidup masih ada. Dan medikal kad pru ada had tahunan. Yg mana jika lebih dari had tahunan, pelanggan perlu membayarnya.

moga saya menjawab soklan tuan/puan. Tahniah sudah merancang untuk ber takaful.. :)

mbk
0192853910

Unknown said...

Jika sudah buat claim bole ke upgrade ke plan yg lbih tinggi cover nyr.

akok is a person not a kuih said...

Salam Hanif,

Terima kasih sudi baca blog saya dan sudi bertanya.


Untuk upgrade ke plan yg lebih tinggi agak mustahil (susah) atau kemungkinan di reject untuk upgrade plan jika pernah buat claim,

a) dalam tempoh setahun kerap warded hospital (boleh upgrade akan tetapi kena tunggu tempoh 5 tahun selepas last warded hospital. itupun make sure tak kerap masuk hospital.)
b) pernah buat tuntutan penyakit kritikal
c) pernah accident dan lumpuh

Jika hanif just claim untuk kes yg tidak kritikal contoh cuma buat claim untuk elaun hospital, boleh kalau nak upgrade plan yg lebih tinggi.

harap saya menjawab soalan hanif

mbk
019-2853910

Unknown said...

T.kasih atas jwapn yg clear.jika begitu amat pentingla memiliki medical card yg tinggi cover dn unlimited.

Unknown said...

Saya tidak paham apa mksud plan 3+1.atau saving plan.adakh benefit plan itu bole membantu pesakit dan juga family jika ditimpa musibah.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum. Company tempat saya berkerja ada menyediakan medical card untuk semua staff. Last year saya pernah beberapa kali mendapatkan rawatan mata dek kerana norma kerja yg terpaksa menghadap multiple screens setiap hari. And saya berjaya dapat reimbursement untuk kesemua rawatan tu. Tapi baru baru ni keadaan mata saya makin teruk. Mata kiri tiba tiba disahkan rabun dekat. Mata kanan plak rabun jauh. And saya mengalami kesukaran untuk melihat walaupun pakai spek. So saya berhajat untuk melakukan pembedahan lasik. Soalan saya, adakah claim saya untuk surgery ini akan dilayan memandangkan kerosakan mata saya disebabkan oleh tuntutan kerja walaupun sebenarnya pembedahan lasik tidak termasuk dalam list yg dilindungi. Thanks in advance.

akok is a person not a kuih said...

Salam Hanif,

Soalan: Saya tidak paham apa mksud plan 3+1.atau saving plan.adakh benefit plan itu bole membantu pesakit dan juga family jika ditimpa musibah.

Terima kasih kerna sudi bertanya,

Jawapan: 3 + 1 adalah terdiri daripada:-

1. Life (pampasan death, pampasan penyakit kritikal,pampasan cacat kekal menyeluruh, pampasan kemalangan)

2. Medikal kad

3. Saving

plus

4. Investment

Maksud 3 itu terdiri dari item no 1-3 + maksud 1 adalah investment.

Kenapa 3 + 1? Kerana ia adalah kategori investment link. Kebiasaan nya, Insurans dahulu yang juga dikenali term insurans tak ada saving dan investment. Yg mana, pelanggan hanya membayar tanpa pulangan perlaburan jika musibah tiada (duit burn jika tiada musibah)

Saving dan investment tue sebenarnya hanya untuk menampung protection yaitu life dan medikal kad jika pelanggan mempunyai masalah kewangan. Sebagai contoh, setiap akaun investment link insurans atau takaful ada dua akaun. Akaun protection (life dan medikal) dan akaun cash value (saving). Jika pelanggan mempunyai masalah kewangan, nilai cash value di dalam akaun saving akan top up ke akaun protection. Selagi saving akaun boleh bertindak sedemikian, akaun protection akan inforce (kekal aktif). Dari kata lain, boleh claim dan medikal kad boleh diguna pakai. Sehingga bila? sehingga saving akaun jadi negative. Ketika ini medikal kad dan life tak boleh buat sebarang tuntutan (tidak boleh diguna pakai).

Investment tue apa pula? Investment berfungsi bila mana duit didalam akaun protection dan akaun saving di buat perlaburan di kaunter shariah. Hasil dari pulangan atau keuntungan perlaburan akan dimasukkan ke akaun protection dan akaun saving. Kiraan pulangan keuntungan syarikat dan pelanggan berdasarkan terms and condition. ada yg 80:20 (pelanggan:syarikat), ada yg 50:50 (pelanggan:syarikat).

harap saya menjawab soalan tuan

wassalam

mbk
0192853910

akok is a person not a kuih said...

Oh Ya..sorry Hanif,

Saya tertinggal soalan.

adakh benefit plan itu bole membantu pesakit dan juga family jika ditimpa musibah?

Jawapan. Ya... ia sangat-sangat mebantu pesakit dan juga family jika ditimpa musibah. Bayangkan, jika pesakit itu sudah meninggal, next of kin atau penama akan memperolehi jumlah pampasan termasuk nilai tunai (saving). Berapakah pulangan yg akan dapat? Terpulang pada nilai pampasan dan nilai saving ketika itu.

Jika menghidap penyakit kritikal, contoh nya sakit buah pinggang, dengan guna medikal kad... tak perlu pesakit nak pening cari duit untuk merawat kos perubatan yg kian tinggi. Medikal kad juga cover dialisis buah pinggang. Selain itu, kerana penyakit buah pinggang terdiri dari salah satu penyakit kritikal, pesakit boleh buat tuntutan pampasan penyakit kritikal (sekali seumur hidup). Hasil dari pampasan penyakit kritikal itu, boleh menolong pesakit dan famili untuk menampung perbelanjaan yang telah terjejas akibat sakit.

Harap saya menjawab soklan tuan

mbk
0192853910

akok is a person not a kuih said...

Salam Haziqah,

Terima kasih sudi baca blog saya dan menanyakan soalan,

Soalan: adakah claim saya untuk surgery ini akan dilayan memandangkan kerosakan mata saya disebabkan oleh tuntutan kerja walaupun sebenarnya pembedahan lasik tidak termasuk dalam list yg dilindungi.

Jawapan: TIDAK COVER LASIK WALAUPUN KEROSAKAN MATA DISEBABKAN OLEH TUNTUTAN KERJA. Takaful atau insurans cover JIKA DISEBABKAN ACCIDENT sahaja (itu pun atas nasihat Doktor).

moga saya menjawab soklan cik/puan.

mbk
0192853910

Unknown said...

plan saving Dari APA yg sya perolahi dari agent pampasan tdak la bnyk sekadar tdak smpai 100k.untuk monthly 150.saving pn xbnyk.
tapi sya dpt dari agent yg lain di mana plan medical card asing dan saving asing cover amtla besar dn berbaloi.di Pru ada plan yg sedemikian atau tak.

akok is a person not a kuih said...

Salam Hanif,

Utk medikal kad asing dan saving plan yg asing tue adakah ia berkaitan medikal kad jenis stand alone ( medikal kad berasingan)?. Kiranya en hanif kena bayar utk 2 polisi?. Dan monthly contribution sama harga RM 150? Jika u tak keberatan, boleh saya tahu syarikat takaful mana yg hanif refer? Agar saya boleh compare apple to apple.

Tq

Mbk

Unknown said...

wsalam..
Dari maa takaful.

akok is a person not a kuih said...

Salam Hanif,

Berdasarkan permerhatian saya boleh saya huraikan:-

1. Plan yg Hanif refer yg secara berasingan itu memang cover besar. Ini kerana medikal kad yg berasingan memang tak attached dengan Life seperti death dan manfaat tambahan yg lain. So, medikal kad yg berasingan tak ada saving. Bila tak ada saving, pihak syarikat tak charge tabarru' banyak sangat kerana ia term takaful (Yearly Takaful- seperti Insurans motor). Bila company tak charge banyak, tue yg murah.

2. Saving secara berasingan dan peroleh pulangan yg banyak kerana ia tak attached dengan medikal kad. Maka charge tabarru' yg dikenakan oleh syarikat tak banyak. Jika life attached dengan medikal kad, charge tabarru' dikenakan agak tinggi oleh syarikat. Ditambah dengan manfaat tambahan "Contributor" dan saver. Sebab tue kalau Hanif lihat sum covered tak banyak dan saving sikit. Ini kerana syarikat ambik charge medikal kad yg tinggi. Medikal kad dikenakan charge yg tinggi bersesuaian dengan kadar inflasi kos rawatan yg tinggi.

contributor: Premium akan waive jika pelanggan diagnose penyakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh.

saver: saving

3. Pru boleh buat cuma jika ingin kan medikal kad, ia perlu disertakan sekali dalam satu polisi. Ini kerana pihak pru x mahu next of kin x ada duit untuk meneruskan hidup. Jika hanif tak mahu medikal kad, saving sahaja pun boleh... u just increase sum cover (death) dan saving akan jadi banyak. Just RM100 sebulan.

Saya tak pasti MAA takaful kena bayar 2 polisi atau satu polisi.

Untuk ambil Takaful, Hanif perlu tahu kehendak dan kemahuan. Apa tujuan untuk ambil Takaful. Bagi pendapat saya secara peribadi, Takaful bukan tempat utk saving n investment. Ia dicipta untuk protection semata2. Jika nak ambil investment berbentuk Takaful boleh.. pastikan ia tiada kaitan dengan medikal kad.

Contoh produk pru bsn takaful pru ummah link dan yg terbaru pru platinum. yg ini sesuai utnk long term investment plus life shj.

cheers

mbk

0192853910

ps: harap saya menjawab soklan hanif

Unknown said...

t.kasih dgn jwap yg clear..

puteriteja said...

Assalamualaikum puan.

Setahun yang lalu saya mengalami komplikasi mengandung dan melahirkan. Bayi saya meninggal dunia 30minit selepas dilahirkan kerana didiagnos sebagai congenital anomalies. Saya merupakan pemegang polisi puteri plus. Adakah saya layak mendapat pampasan walaupun telah setahun kes ini berlalu?

akok is a person not a kuih said...

waalaikumussalam,

Untuk kes puan nie, masih boleh kalau puan nak buat tuntuntan Takaful Puteri plus dibawah manfaat ibu. Dokumen yg perlu puan ada untuk buat tuntutan:-

1. Perlu isi borang major claim (Form dari Prubsn Takaful)
2. Medikal report dari dr
3. Medikal Attendance Certificate (Form dari Prubsn Takaful) - pengesahan kematian dari Dr.
4. Death Certificate (Perlu dapatkan certifite true copy darii officer PruBSN Takaful di Cawangan yg berhampiran).

Kalau puan nak kan form yg saya sebut itu, saya boleh hantarkan melalui email. Email puan apa?

Moga saya menjawab soklan puan]

DISCLAIMER: Sebarang tuntutan (claim) subject to underwriter (claim department).

mbk

salam Jumaat

Puteriteja said...

Terima kasih diatas kesudian puan menjawap kemusykilan saya. Saya akan berurusan dgn ajen saya InsyaAllah.. terima kasih sekali lagi.

Anonymous said...

Assalamualaikum cik akok, saya nak tanya, anak saya (umur 15tahun lebih) telah didpati mengidap skoliosis baru2 ini dan perlukan pembedahan. saya ingin membuat rawatan di hospital swasta, adakah penyakit ini di cover oleh pihak insuran. terima kasih.

akok is a person not a kuih said...

waalaikumussalam,

terima kasih kerana sudi bertanya,

untuk skoliosis , Jika disebabkan genetik (keturunan) atau konginental, pihak takaful TAK COVER. Melainkan ia disebabkan oleh kecacatan saraf, kecacatan otot, accident, penyakit-penyakit lain yg tidak disebabkan oleh penyakit keturunan atau konginental, sebab2 yg tidak diketahui menyebabkan skoliosis, pihak Takaful akan cover.

harap saya menjawab soalan tuan/puan

mbk
0192853910

Bahgia Minhat said...

Salam.

Kalau ambil polisi hayat ada sum cover utk penyakit kritikal, sum covered untuk kemalangan dan sum covered untuk hilang upaya kekal / meninggal (waris dapat) kan? Sum covered tu, contohnya pemegang polisi patah kaki n masuk hospital. Prosedure pay n claim kan (claim dari sum covered kemalangan)? Kalo polisi tu beserta medical card atau ada med card berasingan, tak perlulah letak kedua-dua sum covered tinggi. Pas tu boleh letak sum covered utk hilang upaya kekal @ tabung waris tinggi kan? Apa pendapat? Terima kasih.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

Soalan: Kalau ambil polisi hayat ada sum cover utk penyakit kritikal, sum covered untuk kemalangan dan sum covered untuk hilang upaya kekal / meninggal (waris dapat) kan?

Jawapan: Ya benar, waris akan dapat. Akan tetapi, ia adalah berdasarkan pilihan atau jenis harta pusaka. Pihak Takaful ada offer 2 options. 1. faraid 2. Hibah. Jika Bahgia Minhat pilih faraid maka waris yg dinamakan itu adalah pemegang harta atau pemegang amanah. Waris tersebut WAJIB membahagikan harta yg ada berdasarkan hukum faraid. Option ke dua adalah hibah. Hibah adalah hadiah yg mana jika Bahgia Minhat namakan waris tersebut sebagai hibah, maka waris itu akan dapat semua harta peninggalan. Hibah tak boleh di ragui atau tidak boleh dicabar kerana sudah tertulis dan dibuat secara bertulis (kontrak). Hibah tidak disyaratkan untuk dibahagikan berdasarkan faraid KECUALI waris tue nak buat.

soalan: Sum covered tu, contohnya pemegang polisi patah kaki n masuk hospital. Prosedure pay n claim kan (claim dari sum covered kemalangan)?

Jawapan: Jika accident dan patah kaki, pencarum boleh buat tuntutan di atas manfaat kemalangan. Nak buat tuntutan patah kaki pun kena tgk patah kaki boleh sembuh atau patah kaki dan sebabkan kecacatan. Tuntutan untuk patah kaki dan sebabkan kecacatan nie berdasarkan jadual yg diberi (schedule percentage for Total permanent disability). Kalau patah kaki boleh sembuh, Bahgia Minhat boleh buat tuntutan berdasarkan elaun (weekly indemnity). Prosedure rawatan berdasarkan pay n claim jika dirawat BUKAN PANEL HOSPITAL. Jika dirawat PANEL HOSPITAL, JUST BOLEH PAKAI MEDIKAL KAD SAHAJA.

SOALAN: Kalo polisi tu beserta medical card atau ada med card berasingan, tak perlulah letak kedua-dua sum covered tinggi. Pas tu boleh letak sum covered utk hilang upaya kekal @ tabung waris tinggi kan? Apa pendapat?

JAWAPAN: Semuanya terpulang pada Bahgia Minhat. Bahgia Minhat perlu tahu apa yg u nak bila mencarum Takaful? Ada yg nak medikal kad yg tinggi, ada yg nak sum covered tinggi. Dan ada yg nak kedua2 duanya. Priority Bahgia Minhat apa? Jika Bahgia Minhat masih bujang dan bajet yg cukup2 makan, saya sarankan ambik medikal kad dengan aanual limit yg tinggi. Medikal kad nie ada yg attached dgn life (death) dan ada yg berasingan. Jika kekangan bajet ambik medikal kad yg berasingan. Jika bajet lebih ambik medikal kad attached dgn life. Jika sudah bekeluarga saya sarankan sum covered dan saving perlu tinggi berbanding dgn medikal kad. Ini kerana, sebarang musibah yg berlaku, waris yg terdekat dapat pulangan yg lumayan supaya mereka dapat meneruskan hidup with peace of mind.

Harap saya menjawab soalan Bahgia Minhat

cheers

mbk
0192853910

Unknown said...

Salam.

1) Andai saya pergi consultation dan didiagnos mempunyai penyakit berkaitan rheumatic, adakah prubsn akan cover? Sebelum ini, saya hanya pergi ke klinik swasta untuk consultation jika ada kebas2. Namun, dr berkenaan diagnos tiada apa2 penyakit.

2) Jika baru2 ini, gusi saya membengkak dan dr mengesyorkan untuk root canal treatment, adakah akan cover?

3)Betulkan jika saya salah, consultation tanpa warded prubsn takkan cover kan? Termasuk rawatan susulan selepas consultation?

Anonymous said...

Assalamualaikum ...
Adakah pemegang kad medical yg mengidap HIV layak membuat claim untuk pembedahan mata atau sakit2 lain.
Mohon pencerahan.

Terima kasih.

akok is a person not a kuih said...

Salam Bella Shah,

Maafkan saya kelewatan menjawab soalan saudari. Ada kes yg perlu saya uruskan terlebih dahulu.

Soalan.
1) Andai saya pergi consultation dan didiagnos mempunyai penyakit berkaitan rheumatic, adakah prubsn akan cover? Sebelum ini, saya hanya pergi ke klinik swasta untuk consultation jika ada kebas2. Namun, dr berkenaan diagnos tiada apa2 penyakit.

Jawapan
Pihak PruBSN Takaful akan cover penyakit Rheumatic jika
a) Kena warded
dan
b) Medikal kad sudah mencapai lebih 4 bulan

Soalan
2) Jika baru2 ini, gusi saya membengkak dan dr mengesyorkan untuk root canal treatment, adakah akan cover?

Jawapan
TIDAK COVER. KECUALI treartment itu perlu dibuat akibat ACCIDENT

Soalan
3)Betulkan jika saya salah, consultation tanpa warded prubsn takkan cover kan? Termasuk rawatan susulan selepas consultation?

Jawapan
YA BETUL, tanpa warded PruBSN Takaful TAK COVER termasuk dengan rawatan susulan. KECUALI ACCIDENT. Utk ACCIDENT, pihak prubsn takaful cover secara reimbursement jika tidak warded.

maafkan saya sekali lagi kerna lambat menjawab soalan puan.

moga saya menjawab soalan puan

cheers

mbk
0192853910

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Anonymous November 26, 2015 at 11:10 AM

Maafkan saya kerna lambat menjawab soalan tuan/puan,

Soalan
Adakah pemegang kad medical yg mengidap HIV layak membuat claim untuk pembedahan mata atau sakit2 lain.
Mohon pencerahan

LAYAK untuk buat pembedahan mata KECUALI LASTIK ATAU UNTUK KECANTIKAN (KERNA IA TIDAK COVER) dan layak juga untuk sakit2 lain. Jawapan saya ini berdasarkan tuan/puan sudah pun mengambil mendikal kad.

sekian,

harap saya menjawab soalan tuan/puan

mbk
0192853910

Bahgia Minhat said...

Salam.
Terima kasih atas jawapan. Soalan lagi:
1. Apa yang dimaksudkan sebagai penyakit keturunan dari segi perubatan?
2. Kalau eksiden sebab lumba haram macamana? Diorang boleh tau ke?

Bahgia Minhat said...

Salam.
Terima kasih atas jawapan. Soalan lagi:
1. Apa yang dimaksudkan sebagai penyakit keturunan dari segi perubatan?
2. Kalau eksiden sebab lumba haram macamana? Diorang boleh tau ke?

Bahgia Minhat said...

Salam.
Katakan seorang hamba Allah ada polisi hayat tetapi tiada medical card. Suatu hari doa kena sakit jantung dan perlu pembedahan. Katakan kos pembedahan RM30k. Masa tu dia tak ada duit, dan tak ada kenalan/saudara utk pinjam untuk pay n claim. Macamana polisi hayat ini boleh membantu?
Apa prosedur yang boleh diambil? Adakah GL hanya untuk yg ada medical card sahaja?
Terima kasih.

Unknown said...

adakah agen insurans akan datang ke hospital untuk check memastikan yang saya tidak menipu untuk mendapat duit insurans untuk perubatan ?

akok is a person not a kuih said...

Salam.

Soalan 1:
1. Apa yang dimaksudkan sebagai penyakit keturunan dari segi perubatan?
2. Kalau eksiden sebab lumba haram macamana? Diorang boleh tau ke?

Waalaikumussalam,

jawapan:
1.Penyakit keturunan yg mana ia mendapat genetik penyakit dari ibu/bapa/nenek/datuk/dari saudara mara atau dari semulajadi (contoh konginental tiroid) yg mana wajib makan ubat-ubatan sepanjang umur.

2. Accident dari lumba haram pihak takaful X COVER. Ejen akan bertanyakan beberapa soalan berkenaan dengan accident. Normally kantoi jika tersiar dalam surat khabar atau diberitahu secara langsung oleh Dr, dan keluarga.

Soalan 2
Katakan seorang hamba Allah ada polisi hayat tetapi tiada medical card. Suatu hari doa kena sakit jantung dan perlu pembedahan. Katakan kos pembedahan RM30k. Masa tu dia tak ada duit, dan tak ada kenalan/saudara utk pinjam untuk pay n claim. Macamana polisi hayat ini boleh membantu?

JAWAPAN;
Polisi hayat terdiri dari pampasan kematian, accident dan penyakit kritikal. Jika si dia didiagnose penyakit kritikal, si dia boleh memohon untuk dapatkan pampasan untuk membayar jumlah kos rawatan dan rawatan susulan. Jika si dia tidak didiagnose penyakit kritikal, polisi hayat tak dapat memainkan peranan untuk menolong membayar kos rawatan hospital. HANYA POLISI HAYAT DIPAKAI JIKA TERDAPAT KEMATIAN, KEMALANGAN DAN DIDIAGNOSE PENYAKIT KRITIKAL SAHAJA.

Soalan 3:
Apa prosedur yang boleh diambil? Adakah GL hanya untuk yg ada medical card sahaja?

JAWAPAN:
Untuk polisi hayat, jika didiagnose penyakit kritikal sebagai contoh jantung, si dia perlu dapatkan medikal report (pengesahan penyakit kritikal), dan isi borang claim. YA, GL HANYA UNTUK MEDIKAL KAD SAHAJA.

Maafkan saya buat En Bahgia Minhat menunggu jawapan saya. Harap saya menjawab soalan tuan

cheers

mbk
0192853910

akok is a person not a kuih said...

Hi unknown,

terima kasih kerna sudi bertanya,

SOALAN:
adakah agen insurans akan datang ke hospital untuk check memastikan yang saya tidak menipu untuk mendapat duit insurans untuk perubatan ?

JAWAPAN:
:) Ejen yg rajin dan peka dengan masalah client akan melawat client ke hospital. Ejen takkan tahu sama ada client menipu atau tidak. KECUALI DIBERITAHU OLEH DR ATAU JURURAWAT. Pihak takaful akan tahu dan syak jika berlaku percanggahan report sebelum di rawat , semasa dirawat dan selepas dirawat. Pihak takaful ada medical officer mereka sendiri. Mereka akan tentukan akan ada penipuan atau tidak. Jika ada fraud, pihak takaful agak buat report ke BANK NEGARA MALAYSIA DAN LIAM (Life Association Insurance of Malaysia).

Moga saya menjawab soalan Unknown

cheers

cik puan mbk
0192853910

Anonymous said...

Assalammualaikum..

Saya hendak bertanya mengenai penggunaan medic card untuk pertama kalinya... saya telah mencarum dengan prudential bsn takaful hampir 4 bulan setengah dan sudah melepasi tempoh bertenang (matang). Baru-baru ini saya telah mengalami simptom gastrik dan sudah berulang kali ke hospital kerajaan mahupun klinik (pesakit luar) bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan. Namun masih tidak menunjukkan tahap kondisi yang baik. Saya bercadang untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan secara terperinci di hospital swasta dan saya tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk tujuan ini. Boleh x cik jelaskan serba sedikit prosedur untuk kemasukan kali pertama menggunakan medic card. Andai pertemuan pertama bersama pakar nanti, Dr memberikan saranan untuk menjalani endoskopi dan perlu ditahan ward..adakah pihak insurans akan cover kos rawatan tersebut? saya ada bertanyakan kepada pihak pengurusan hospital samaada saya boleh x menggunakan medic card untuk tujuan rawatan memandangkan tempoh card saya baru melepasi tempoh 120..dan pihak hospital menyatakan ianya tidak boleh...Boleh x Cik jelaskan ttg situasi ini. Untuk makluman cik, sy tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius dan Alhamdulillah tidak pernah lagi di tahan ward dan x merokok.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

Terima kasih Anonymous sudi bertanya,

Saya ingin bertanya,

"Baru-baru ini saya telah mengalami simptom gastrik dan sudah berulang kali ke hospital kerajaan mahupun klinik (pesakit luar) bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan. Namun masih tidak menunjukkan tahap kondisi yang baik. "

Berdasarkan statement diatas, Baru-baru ini saya telah mengalami simptom gastrik itu bila? Adakah selepas 4 bulan setengah selepas tempoh bertenang medikal kad?

Soalan:
Boleh x cik jelaskan serba sedikit prosedur untuk kemasukan kali pertama menggunakan medic card.

Ada dua situasi:

Situasi 1
---------
Jika sakit dan memerlukan rawatan kecemasan, anonymous terus ke tempat kecemasan dan berdaftar disana. Semasa dibahagian kecemasa, Dr akan merawat anonymous dahulu dan jika diperlukan warded, pihak hospital akan mohon anonymous berdaftar diadmission kaunter. Just isi form dan berikan medikal kad untuk issue Guarantee Letter (GL). GL akan dikuarkan selama tempoh 1 jam (Berdasarkan SOP). Jika Dr. kata tak ada apa2 hanya dikira rawatan luar, maka medikal kad TAK COVER. PESAKIT LUAR HANYA UNTUK ACCIDENT SHJ.

Situasi ke 2
-------------
Jumpa dr dan dr set appointment untuk buat endoskopi yg mana memerlukan Anonymous warded. Yg ini pihak hospital perlu mohon GL ke pihak takaful. 3 hari sebelum warded untuk elak dari penantian yg lama. Jangan lupa bawa medikal kad..

Untuk kedua-dua kes ini, anonymous perlu membawa IC dan medikal kad. Jika medikal kad hilang, mohon bawa buku polisi. Ini kerana untuk mengelakkan dari Fraud kes. Jika kemasukan ke bilik lambat atau GL dapat lambat, mohon telefon agent Anonymous. Tapi normally, pihak admission tahu kenapa GL lambat sama ada dari pihak Dr yg lambat hantar report atau pihak syarikat yg ambil masa untuk approved GL.

Soalan:
Andai pertemuan pertama bersama pakar nanti, Dr memberikan saranan untuk menjalani endoskopi dan perlu ditahan ward..adakah pihak insurans akan cover kos rawatan tersebut?

Ya. Medikal kad akan cover kos rawatan endoskopi yg mana ia dikira sebagai rawatan sehari. Akan tetapi jika medikal kad anonymous baru saja 4 bulan setengah akan ada investigation dari pihak Takaful. Yang mana Anonymous perlu bayar dahulu dan claim kemudian. Ini kerana penyakit gastrik perlu dipastikan sama ada ia detect semasa tempoh bertenang atau sebaliknya. Sebab itu saya tanya apa maksud baru2 ini?

Jika Anonymous lihat dalam buku polisi, pihak Takaful ada hak untuk menyiasat penyakit yg dialami jika timbul sebarang keraguan selama 2 tahun.

Saya harap saya menjawab soalan anonymous

tq

cheers. Selamat maulidul rasul

Unknown said...

Assalamualaikum..

Saya nk bertanya.. klu kte ada medical kad prudential, boleh tak klu kte gunakan utk first rawatan susulan platlet rendah..
hanya bertanya..

terima kasih

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

Terima kasih kerna sudi bertanya,

jika rawatan susulan adalah dari rekomend dari Dr dan memerlukan warded, medikal kad prudential akan cover jika sekadar hanya rawatan sususlan yg tak memerlukan warded di hospital, medikal kad TAK COVER.

cheers

salam tahun baru

mbk

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Puan ,
1) sy nak bertanya, saya ada medical card premier, if admit hospital kerajaan, adakah sy dpt menikmati elaon wad Dan pembedahan?
2) adakah betul if sy mempunyai requirement berkenaan pay n claim yg belum diselesaikan, medical card tidak boleh digunakan?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

Soalan
1) sy nak bertanya, saya ada medical card premier, if admit hospital kerajaan, adakah sy dpt menikmati elaon wad Dan pembedahan?

Jawapan
Ya puan layak. Dokumen yg perlu puan lampirkan semasa memohon tuntutan adalah
1. itemised bills
2. Discharge Note
3. Isi borang tuntutan (2 borang)
4. Satu salinan I/C

Soalan:
2) adakah betul if sy mempunyai requirement berkenaan pay n claim yg belum diselesaikan, medical card tidak boleh digunakan?

Jawapan:
Untuk kes ini, walaupun pay n claim belum diselesaikan, puan masih BOLEH PAKAI MEDIKAL KAD.

maaf lambat reply soalan puan. terima kasih kerna sudi bertanya.

cheers

mbk

Unknown said...

Salam .. Saya nak tanya .. Sebelum tarikh matang 4bulan tu saya dah dapat penyakit batu karang .. Boleh ke medical card cover untuk rawatan akan datang ?

Unknown said...

Salam nak tanye kalau penyakit kencing manis drah tinggi insurans cover x? Kalau 2 3 kali masok hospital yg sme?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam unknown January 24, 2016 at 4:31 AM,

Terima kasih kerna sudi bertanya dan baca blog saya,

Untuk penyakit batu karang TAK COVER jika berlaku sebelum matang dan juga TAK COVER untuk rawatan akan datang

Saya doakan agar urusan unknown dipermudahkan. Amin

mbk
0192853910

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Ieraa Zira

Terima kasih kerna sudi bertanya dan baca blog saya,

Untuk penyakit darah tinggi dan kencing manis insurans cover walaupun 2@3 kali masuk hospital. AKAN TETAPI, PASTIKAN PENYAKIT INI BERLAKU/DETECT SELEPAS AMBIL POLISI. Itupun, jika polisi baru diluluskan dan lepas tempoh bertenang (120 hari utk medikal akd) dan baru detect atau didiagnose ada penyakit kencing manis atau darah tinggi, peserta dinasihatkan BAYAR DULU BILLS HOSPITAL DAN CLAIM KEMUDIAN (PAY N CLAIM). Ini kerana, pihak syarikat ada hak untuk buat further investigation samaada penyakit ini baru ada atau sudah lama. Jika kes genuine maksud saya, memang penyakit ini beru dikesan, pihak insurans akan COVER.

JIKA SEBELUM AMBIL POLISI, PENYAKIT INI SUDAH SEDIA ADA ATAU BARU DETECT, Insurans TAK COVER.

Harap pencerahan saya ini jelas.

mbk
0192853910

Anonymous said...

Salam. Saya nak tanya, jika saya sudah sign polisi dan polisi tu dah diluluskan. Dalam tempoh bertenang, tiba2 saya baru dikesan mendapat penyakit cyst oleh klinik. Sedangkan saya taktau kewujudan penyakit ni sebab tiada tanda sakit. Ia nya baru dikesan semasa tempoh menunggu semasa check up biasa di klinik. Jika saya nak membuat pembedahan di hosp swasta, adakah insurans cover? Mohon pencerahan.

Unknown said...

Assalamualaikum...mohon pencerahan,
Jika anak sy dimasukkan ke wad kerana positif kencing tikus selama 4 ari dan tempoh matang polisi tgl 1hari je lg adakah sy blh claim elaun hospital?

akok is a person not a kuih said...

waalaikumussalam,

Terima kasih Mc Ros sudi bertanya,

Jika anak dimasukkan ke wad kerana positif kencing tikus selama 4 hari walaupun tempoh matang tinggal 1 hari lagi, YA PUAN BOLEH CLAIM ELAUN HOSPITAL.

JIKA HOSPITAL DIMASUKKAN KE HOSPITAL PANEL, ELAUN HOSPITAL AKAN DIBUAT SECARA AUTOMATIK

JIKA DIMASUKKAN KE DALAM HOSPITAL BUKAN PANEL, PUAN PERLU MENGISI BORANG CLAIM, SEDIAKAN DISCHARGE NOTE, RESIT DAN ITEMISED BILLS HOSPITAL.

Harap saya menjawab soalan puan

cheers

Myceritahidupnie said...

Salam author, saya dalam keinginan untuk membuat insurans. Saya disahkan menghidapi anemia semasa saya berada di wad kerana denggi. Soalan saya, adakah pihak insurans cover kos rawatan denggi dan diagnosis anemia. Apakah langkah yang paling sesuai untuk memohon dan mengambil info paling tepat berkaitan insurans ini.

Myceritahidupnie said...
This comment has been removed by the author.
akok is a person not a kuih said...

Salam Hidir MHZ,

Terima kasih sudi baca blog saya dan sudi bertanya. Maafkan saya kerna terlalu lambat membalas post saudara.

Soalan: saya dalam keinginan untuk membuat insurans. Saya disahkan menghidapi anemia semasa saya berada di wad kerana denggi. Soalan saya,

(1) adakah pihak insurans cover kos rawatan denggi dan diagnosis anemia.

(2) Apakah langkah yang paling sesuai untuk memohon dan mengambil info paling tepat berkaitan insurans ini.

Jawapan:

1) Memandangkan saudara pernah dimasukkan ke hospital akibat denggi dan disahkan anemia, pihak Takaful TAK COVER untuk anemia. Akan tetapi denggi pihak Takaful akan COVER.

Semasa proses pengambilan Takaful, Pihak Takaful akan require

a) medikal record/discharge note
b) MRI/ Blood test result

2) Langkah yang paling sesuai untuk memohon dan mengambil info paling tepat mengenai insurans:-

a) Call pihak Hospital bahagian admission dan bendahari. Tanya claim dari syarikat mana yang cepat dan teratur (Efficient)

b) Bertanyakan pada kawan2 yg ada insurans dan pernah ada insurans

c) Pilih 3 syarikat takaful yg establlish dan jumpa ejen2 untuk lihat samada saudara serasi atau tidak dengan ejen -ejen tue. Dari situ, saudara juga boleh dapatkan info mengenai insurans.

d) Melawat website insuranceinfo.com.my (kelolaan BNM). Di website nie ada pelbagai maklumat berkenaan insurans

e) Rajin bertanyakan pada ejen. Seperti saudara bertanyakan soalan pada saya.

Maafkan saya sekali lagi kerana lambat membalas message saudara

cheers

mbk
0192853910

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 293   Newer› Newest»

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...