Wednesday, July 31, 2019

Life is unpredictable..setju tak?

1. Hidup seseorang bagaikan roda. Ada kala diatas, ada kala dibawah. Life is unpredictable. Setuju tak?
2. Sudah menjadi kebiasaan, pabila waktu senang kita lupa akan masa hari susah. Siapa nak jangka perkara itu akan berlaku? Sebab tue kita disarankan menabung atau cipta tabungan untuk menghadapi hari susah. Disarankan menabung 6 kali gaji untuk cipta tabung kecemasan. Ada cash didalam bank untuk waktu kecemasan yang memang memerlukan duit. Contoh: untuk beli bateri kereta, ada berita kematian yang memerlukan pulang ke kampung dengan kadar segera (duit minyak dan toll). Yang paling utama kena cipta #tabungperlindungan.
3. #tabungperlindungan bukan sahaja menggunakan medikal kad jika dilanda musibah seperti tolong bayarkan kos rawatan. Tapi ia juga untuk #incomereplacement (dalam bahasa penggantian pendapatan).
4. Kalau nak maintain gaji RM15,000 sebulan, Ayah perlu ada RM 2,000,000 😰😨😱 dalam #tabungperlindungan. Nampak macam banyaknya kena ada dalam simpanan. Boleh ke tue? nak kena simpan berapa tahunlah agaknya baru mencapai RM 2 juta tue? Hanya dengan cipta #tabungtakaful nak dapatkan RM2 juta Tak mustahil. Bayangkan, hari ini kita senang, esok atau lusa kita susah. Bagaimana nak kekalkan perbelanjaan kita? Cukup tak nak menampung kos rawatan? Cukup tak nak menampung bayaran hutang piutang kita?
5. Tak susah nak cipta #tabungperlindungan, cuma asingkan 1/3 dari simpanan sahaja. Saya ada cerita di status saya sebelum ini, klik disini untuk baca :

Mardiyah kamarudin
Selamat tengahhari
31.07.2019


bila kita kerja sendiri......

1. Semalam appointment di area Gombak, jumpa klien nak tahu pasal Takaful.
2. Usianya dalam linkungan 33 tahun, bekerja sendiri sebagai Real Estate Negotiator. Pi jumpa klien naik motor. Jarang naik kereta atau pengangkutan awam.
3. Maka saya cadangkan dulu ambik manfaat Takaful penggantian gaji. Ini kerana klien saya nie kerja sendiri. Duit gaji yang dia dapat berdasarkan komisen tiap bulan. Kalau dapat jual rumah adalah gajinya. Kalau tak berjaya, tak dapatlah gajinya.
4. Bayangkan pi kerja terlibat dengan kemalangan, masuk hospital kemudian discharge. Dr bagi cuti sebulan. Dalam sebulan rasanya duit gaji tue jatuh dari langit tak? Takkan. Pasal kita kerja sendiri. Bila tak kerja, duit pun tak ada. Bila duit tak ada, diri pun jadi stress. Depression pun mula melanda. Dari situlah timbul nak marah tak bertempat. Marah pada anak-anak dan pasangan. Sebab tuelah faktor masalah kewangan adalah penyebab berlaku penceraian rumahtangga. Ngeri bukan?
5. Bila kita menabung #tabungpenggantiangaji, bila berlaku perkara diatas, tak adalah kita rasa serabut tak ada duit untuk menampung perbelanjaan harian keluarga dan kita sendiri. Bila Dr beri cuti sakit sebulan, kita boleh guna duit penggantian gaji sebagai ganti gaji kita sepanjang sebulan itu. Barulah muka ada senyum. Bersinar, ada nur orang cakap. Anda rasa dia ada masa sakit kepala?
Belajar sesuatu?
Mardiyah kamarudin


Tuesday, July 23, 2019

#Kembara2Alam

Kasih ibu bawa ke Syurga
Kasih bapa bawa bahagia

Bila tengok cerita nie teringat kan pengorbanan dan jasa abah. Nak nangis rasanya. Moga Allah melimpahkan rezeki kekayaan yang berkat dan cukup dan dilimpahi rezeki kesihatan yang berpanjangan buat abah. Aamiin.
Life is unpredictable. Siapa tahu nak predict apa yang berlaku masa hadapan. Hari ini kita senang, hari esok lusa kita tak pasti senang atau susah. Siapa tahu sedang bersiap nak hadirkan diri majlis kejayaan anak disekolah, tiba-tiba boleh diserang angin ahmar @ stroke. Paralise satu badan. Dah jadi bedridden. Bila dah bedridden, majikan pun dah tak nak simpan kita kerna sudah jadi liabiliti kepada syarikat. Bila dah dibuang kerja, pendapatan pun tak ada. Siapa nak tolong semua nie? Anak masih kecil dan bersekolah. Isteri pula ada yang menjadi suri rumah tangga. Nak dapatkan pendapatan serta merta macam mana? Kalau pasangannya bekerja kemungkinan perlu berhenti kerja kerna perlu menjaga pasangannya yang sakit terlantar. Putus juga pendapatannya.
Sebab itulah, orang tua-tua kata sediakan payung sebelum hujan. Kita kena cipta #tabungperlindungan dan #Tabungkembara2alam. Bila waktu yang sesuai untuk cipta tabung nie? Sekarang... Buat ketika kita masih sihat dan ada duit. Ada yang layak tapi tak mampu nak cipta kerna dah sakit kritikal. Bila dah tak layak baru menyesal. Timbullah istilah KALAU...........
Kita mampu sebenarnya nak cipta #tabungperlindungan dan #tabungkembara2alam nie. Tak perlu ambik dari duit gaji pun. Cuma perlu asingkan saja duit tabungan yang kita simpan untuk cipta tabungan ini. Jika kita simpan RM200 dalam bank, Why not kita allocate RM100 untuk tabung ini. Bayangkan dengan hanya RM100 , anda dah cipta aset tunai RM250,000. Duit nie boleh dituntut jika berlaku musibah. Kiranya kita tak usik pun duit saving dibank tadi. Kalau simpan dibank, dan ditimpa musibah macam  ayahnya kena stroke, alamatnya habislah semua simpanan di bank hanya untuk menampung kos rawatan dan perbelanjaan harian yang lain seperti pampers, makan khusus (susu), personal fisioterapi, supplement, toll, duit minyak untuk pergi balik hospital, semuanya perlu duit nie.
Hidup kita ibarat kitaran bumi. Ada kala diatas, ada kala dibawah. Tak semuanya kita mimpi yang indah. Mesti ada mimpi ngeri. Perlu ada back up plan untuk kita menghadapi mimpi ngeri itu supaya tak terus bermimpi kisah yang menakutkan.
#TabungPerlindungan

Mardiyah Kamarudin



Tuesday, July 16, 2019

Harta nie awak punya ke?

Salam 3 rakaat 😘
TV9 - Tanyalah Ustaz: Harta Siapa Punya?
Antara keyword menarik ustaz bagi:
“Jika hutang tak habis bayar, 10-20 tahun, menangislah roh dia tergantung”.
“Sebab tu ada TAKAFUL. Masyarakat ramai terlepas pandang bab TAKAFUL ATAU ALTERNATIF yang ada sekarang. Kesian mak ayah kita kat sana. Lahirkan kita, jaga kita.”
“Selesaikan hal simati tu dulu. Baru bab harta.”
“Jangan kerana sayangkan seratus dua, keluarga merana”
“BIAR TAHU, JANGAN KELIRU”
Ustaz sendiri tekankan untuk sediakan HIBAH TAKAFUL untuk keluarga.


MULAKAN DENGAN CARUMAN BASIC TAKAFUL.

1. Pernah dengar "statement" orang miskin tak boleh sakit kerana hospital tempat orang kaya yang ada duit? Hanya yang layak sahaja boleh mencarum Takaful.
2. Kalau mampu tapi sakit, sudah tidak layak mencarum Takaful walaupun dia sanggup nak bayar RM 1 juta sekalipun. Hanya yang layak sihat yang boleh apply Takaful. Bersyukurlah pada yang sihat. Tapi sayang, mereka berlengah nak ambil. Diakhir cerita ..... Kasihan.
3. TAKAFUL ejen sering kali mendengar ucapan saya tak layak mencarum Takaful kerana tidak mampu.
4. Tuan puan boleh mula menjinakkan diri menabung perlindungan DENGAN MULAKAN manfaat yang asas dahulu. Manfaat yang asas seperti kematian, kemalangan atau penyakit kritikal.
6. Kalau pekerjaan tuan puan melibatkan pengangkutan awam, menaiki kenderaan seperti kereta atau motor, elok ambil manfaat kemalangan sebagai manfaat asas.
7. Jika pekerjaan melibatkan bahan kimia, saya sarankan mencarumlah dengan manfaat penyakit kritikal.
8. Kalau nak ambil semua, caruman bulanan jadi mahal. Kita kena tahu apa yang manfaat kita perlu. Jangan dengar sangat cakap ejen 💯%. Takut nak kejar komisen. Nanti kelaut nasihatnya nanti. Kita hanya mampu ternganga dan diselubungi perasan takut. Nak carum Takaful pun kena ada ilmu. Boleh layari blog saya di www.akupenjualinsurans.blogapot.com untuk ilmu lebih manfaat.
9. Jangan sesekali pada mulanya kita bayar, kemudian lama-lama tak dapat bayar kerana masalah kewangan atau ada komitmen yang lain. Kita mula rasa beban dan Takaful ini menyusahkan. Kan dah rugi. Baik ejen dan pelanggan. Ejen jejaskan KPI manakala pelanggan tiada perlindungan yang sewajarnya.
10. Manfaat asas Takaful tak mahal. Hanya bermula RM50* pun dah boleh mencarum.
*Terma dan syarat.
Mardiyah kamarudin


Thursday, July 4, 2019

BILA ANDA SANGKA MEDICAL KAD ADALAH SEGALANYA

Satu benda yang anda tak tahu pasal medical kad sekarang adalah, walaupun penyakit kanser itu dilindungi sekiranya ia terbukti wujud selepas 120 hari, rawatan chemotherapy dan radiotherapy hanya akan dilindungi secara PAY & CLAIM, seperti rawatan kanser pesakit luar. Tak kira medical kad anda cover 50,000 setahun ke, mahupun cover 1.5 juta setahun. Ia hanya cover secara BAYAR DULU, CLAIM KEMUDIAN
Contoh kena buat radiotherapy di hospital swasta dengan kos RM26,000, anda kena bayar RM26,000 tu dulu, baru boleh buat rawatan di hospital swasta.
Nak buat di hospital awam? Kena tunggu giliran. Melainkan keadaan anda sangat kritikal dan dapat recommendation dari doktor pakar supaya dapat rawatan segera.
Tu belum masuk kena rawatan stemcell yang kosnya boleh melebihi RM300,000. Doktor pakar di hospital awam sendiri rekomen rawatan tersebut, namun hospital awam tak sediakan ubat tu. Anda kena order dan bayar sendiri, baru mereka buatkan. Tak kira anda kakitangan awam atau orang biasa, kena bayar dulu beli ubat stemcell tu sebab kerajaan tak tanggung! 
SO, ANDA ADA CUKUP DUIT TAK NAK BAYAR CASH? 😞

Saya cakap berdasarkan pengalaman pesakit kanser sendiri. Bukan nak takut takutkan anda. Tapi ni realiti.
PASTIKAN ANDA ADA FAEDAH PENYAKIT KRITIKAL ATAU CANCER PROTECTOR RM200,000 dan ke atas sebab kanser adalah penyakit MAHAL. YANG MAHAL ADALAH KOS RAWATAN, BUKAN CARUMAN TAKAFUL.
Kredit cerita asal: FB Gas Elite.
#cpmbk
Mardiyah Kamarudin
wasap.my/+60192853910


Apa yang bakal anda dapat dengan simpanan RM5 setiap hari?



02072019
Client saya bayar cash untuk bulanan hibah takaful.
Terharu dengar ceritanya. Kerja biasa-biasa sahaja. 
Gaji RM1500 boleh cecah RM1800 kalau OT.
Katanya sehari kumpul Rm5 so sebulan dapat RM150 untuk dicarum kepada tabung takaful. Makan pun kadang-kadang berjimat.

Dengan RM150 sebulan dia dah prepare RM350,000 untuk anak-anak dia jikalau dia meninggal secara tiba-tiba tanpa sebarang bekalan kepada keluarga. Simpan sendiri memang payah la. Takde pun baki utk anak-anak di masa kecemasan.
Dia tahu takde sapa akan tolong bagi duit kat anak-anak dia kalau dia tade. 
Mungkin ada badan kebajikan atau saudara-mara yg tolong. Tapi itu semua kebarangkalian tidak pasti.

Yang duit terjamin adalah RM350,000 dalam akaun takaful , duit yg terjamin dapat kepada keluarga tanpa mengharapkan simpati badan kebajikan atau orang ramai.
Simpan RM5 sehari je bang. 
Boleh sediakan bekalan RM350,000 utk keluarga .
Mati itu pasti. Kita je taktau bila.

Benar bukan?
Kredit : FB Saidatul Liyana Zamhuri
Mardiyah


Nielah dikatakan rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Salah satunya sihat sebelum sakit...

Maka, nikmat apa yang kau dustakan.
1. Petang tadi pi check up Dr. Patutnya bulan Julai. Terpaksa diawalkan kerna ada something need to clarify. Takut jugak pada mulanya. Yalah , bila libatkan period yang ngo ngek memang akan effect our health. Especially reproduction organ.
2. Result: Cyst baru jadi 2.3 x 2.8 cm. Walaupun kecil namun kena control juga. Dr beri habbatul sauda dan apprikod seed untuk dimakan. Makanan Sunnah sudah terbukti berkesan. Lagipun illness nie no specific medicine need to consume.
3. Sebelum jumpa Dr, saya sempat bermesra dengan 2 wanita. Seorang anak yang sedang menunggu rawatan ibunya dan seorang isteri bakal jadi seorang mama sedang kandungkan dalam 28 minggu.
4. Saya tegur kakak nie yang sedang menidurkan anak lelaki sambil memerhati anak perempuannya bermain.
Saya: Datang check up?
Kakak: Tak, bawa mak buat rawatan.

Menurut anaknya, ibunya sudah monopose. Tapi tiba-tiba boleh bleeding. Something wrong somewhere kalau macam tue. Menurut anaknya lagi, kalau ikutkan pandangan rakan-rakan ibunya, perkara itu normal dan biarlah ibunya nak jadi perawan balik. 😵😰😱😨 Nasib baik anaknya educated. Boleh fikir. Dengan kes kanser saban hari nie, anaknya pujuk jugak ibunya buat pemeriksaan. Alhamdulillah ibunya setuju. 
(Kalau korang nak tahu pasal cancer protection boleh wasap.my/0192853910. Siap ada skim bantuan lagi....)

Masa masuk bilik ada nampak something dekat skrin ultrasound (mak cik tue punya). Takut nak tanya Dr. (Pasal kita pun duk takut nak tahu result diri sendiri). Saya doakan mak cik cepat sembuh. Dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
5. Kerna sedikit tertekan dengan kisah mak cik tadi, saya tegur pula bakal mama nie. Sejuk bila melihatnya. Rupanya nie kandungan kedua. Anak pertama guna khidmat cara IUI. Jangan citerlah bab IUI nie. Banyak prosess. Banyak suntikan jugak. Anak kedua dapat cara normal. Memandangkan usia kandungan sudah 28 minggu, saya kongsikan plan #infantcare yang cover since baby usia 14 minggu dalam perut ibu. Kalau baby jaundice kita bagi elaun RM1,000. Kalau ada konginetal illness boleh dapat pampasan RM30,000. Baby masuk inkubatur pun kita bagi elaun RM200 sehari. (Nak tahu lebih lanjut wasap.my/0192853910). Panjang karang status nie kang. Tak pasal jadi macam cerpen.
6. Apa yang saya dapat hari nie, ketika kita sakit betapa cemburunya orang yang ada nik mat sihat. Tapi tak dihargainya. Ketika tengah gundah gulana nak tahu keputusan Dr, ada yang sedang gundah gulana nak tahu komisen masuk berapa ringgit. Nak buat shopping katanya
7. Ketika sedih dengan ibunya yang sakit, bersyukur lah kita ada ibu yang sihat. Itupun ada lagi yang derhaka kat ibu.
8. Sedang orang yang tak ada kad perubatan, sedang pilih hospital gomen mana nak refer. Sedangkan yang ada kad perubatan sedang pilih nak pi hospital swasta atau gomen (boleh pay and claim). Banyak pulak pilihan nya... Nak dapat rawatan terbaik katanya.😁
9. Pada isteri yang ingin hamil, jangan putus asa k. Pasti nya akan hamil. Adanya hikmah yang Allah beri kenapa dilambatkan. Kakak yang hamil tue pun 2 Kali buat IUI. Duit belanja IUI jangan citerlah. Satu suntikan pun dah cecah ribu. Kos bersalin anak pertama pun cecah RM18,000. Hah... Bersediakah anda?
10. Bersyukur lah dengan apa yang Allah kurniakan. Yakin padanya. Ada hikmah yang terpendam
11. Allah jentik sikit jer pada saya kerna dia nak dengar suara saya, doa saya, ibadah saya. Bila jadi cam gini, pada Allah kita mengadu.
Maka, nikmat apa lagi yang kau dustakan.
27.06.19
Di kawasan zoo negara

Selamat tengahari semua. Moga dapat makan yang sedap-sedap.
Mardiyah kamarudin
0192853910


Surat ini saya tujukan khas untuk bakal mama dan bakal ayah. Baca dengan hati yang tenang dan in love. Feel like prayers.

Surat untuk bakal mama dan papa,
Assalamualaikum Intan. Saya baru text berkenaan plan #infantcare. Sambil attend open house dan makan ketupat, bolehlah baca perkongsian nie. Hehehe 😋.
Plan #infantcare satu-satunya ada diMalaysia yg cover baby since dalam perut dari usia kandungan 14 minggu lagi. Tahu tak kita kalau baby premature (Nau' zubillah) lahir dan ingin apply Takaful, kena tunggu hingga 2 tahun. Ada kes hingga 5 tahun baru boleh apply. Kenapa ya? Kerna pihak Takaful nak tengok development baby.
Tak ada mana-mana syarikat Takaful yang cover baby dalam perut. Hanya plan #infantcare saja.
Cover baby coginetal illness dengan pampasan RM30,000 sehingga anak umur 5 tahun. So kiranya RM150,000 jumlah pampasan nya. Pasal premature pulak, apa akan jadi kalau baby premature? Masuk dalam inkubatur Kan? Masa anak dalam inkubatur tue, mak mesti dalam pantang lagi Kan? Ayah pun kena berkorban ulang alik hospital. Tue semua perlukan Kos Kan? Setuju?
Ok Tak kalau Kita bagi elaun RM200 sehari sekiranya baby masuk incubator ? Untuk ringankan beban boleh cover duit petrol semua tue. Sehari RM200 kalau seminggu berapa? Kiralah sendiri. Kalau masuk incubator dalam ICU/HDU dapat lagi RM500. Ok dah tue.
Tue baru incubator belum.masuk Bab jaundice lagi. Kalau baby kena jaundice Dan wajib masukkan dalam phototherapy, pihak Takaful akan bagi elaun RM1000. Ok ke atau ok sangat?
Ada juga kita bagi bonus untuk baby dapat infection diseases macam measles.
👇🏽 Ringkasan manfaat

Moga dapat ketemu
Love
Mardiyah kamarudin


Kesian dia kena Jaundice. Cepat baik ya sayang.


Medikal kad arwah ayah boleh beli beras tak mak?

02.07.2019
Selasa

1. Tahukah anda? 89%* dari pelanggan Takaful mempunyai nilai perlindungan bawah RM50,000.
2. Jumlah perlindungan sewajarnya adalah 3@5 kali pendapatan anda.
3. Cukupkah hanya sekadar medikal kad yang tanpa had atau nama glamour unlimited medical card?
4. Apa yang kita nampak adalah medikal kad tolong biayai kos rawatan semasa dihospital. Kemudian apa jadi lepas tue? Itu yang kita tak nampak.
5. Dalam tak sedar, kita dah cipta 2 Kali perbelanjaan dari biasa. Pergi balik hospital perlukan kos petrol, toll lagi nak tempuh, nak bayar parking lagi, makan dan minum lagi, ubat supplement lagi nak kena telan (nak cepat baikkan), rawatan alternative (buat ikhtiar nak cepat sembuh). Semua tue perlukan duit kan? Medikal kad tak cover semua perbelanjaan kita.
6. Bila kita atau pasangan sakit, siapa nak jaga anak-anak? Takkan nak harap kan mak ayah kita. Mesti kena hantar penjaga. Itupun perlukan duit. Kalau dah jatuh sakit teruk, siapa nak handle hal rumah tangga? Dah kena berhenti kerja nak uruskan hal keluarga. Bila dah berhenti, duit pendapatan pun turut berhenti. Manalah nak cari tue? Medikal kad tak dapat nak cover semua tue.
7. Bila pi hospital terus balik rumah ke? Yang duk dekat boleh lah. Yang duduk jauh nie dari Kelantan, dari Johor, dari Kedah, kan kena menginap. Orang dah sakit nie mana boleh letih sangat. Kesian. Mesti kena rehat dalam sehari. Kena kuarkan duit lagi. Medikal kad tak cover semua perbelanjaan kita itu.
8. Medikal kad tak boleh belikan kita beras nak. Medikal kad tak boleh swipe bayarkan pakai baju, yuran sekolah, makan minum kita semua. Dah habis tue? Apa yang bolehnya?
9. Sebab tue kebanyakan Takaful ejen sarankan tengok balik pampasan ilat lumpuh (kemalangan) dan manfaat penyakit kritikal. Lebih afdal kalau perlindungan tue cover 3@5 kali pendapatan kita. Bab penyakit kritikal yang penting you kena tengok cover tak early stage cancer? Kebanyakan manfaat penyakit kritikal tak cover tau early stage cancer. Hanya cover bila virus cancer dah malignant (merebak) saja.
10. Bagus tau ada manfaat penyakit kritikal dan ilat lumpuh. Tak perlu susahkan keluarga yang tersayang nak tolong mintak tolong sana sini. Tak perlu masuk tv atau surat khabar.
11. Ayah yang kacak dan handsome sudah sediakan #Tabungperlindunganbuat keluarga tersayang. Isteri yang jelita sudah ada #cancerprotection untuk persediaan yang tak pasti. Wanita jelita kena ada tau, ada kes hubby cabut lari kerna tak nak jaga isteri yang sakit. Choiii sangat. Kalau kita ada #Tabungperlindungan nie boleh protect our pendapatan dan penggantian gaji. Percayalah kata-kata I. 9 tahun kisah sedih I dengar sepanjang jadi #takafulejen.
melihat mendung berarak lalu
mardiyah kamarudin

*Sumber PruBSN


Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...