Tuesday, February 26, 2013

Mesej untuk Takaful Non Beleivers




“Two things certain in life. Death and Taxes” – Benjamin Franklin

Kurang tepat. Cukai langsung seperti cukai pendapatan tak semua yang kena bayar kerana bergantung pada pendapatan (tidak menghairankan kerajaan agak teruja untuk meningkatkan pendapatan rakyat agar lebih ramai di’taxable).  Apapun, bukan perihal cukai yang ingin dikupas di sini, tapi kematian.

(Sebagai disclamer, aku bukan ejen takaful dan aku tiada apa-apa kepentingan peribadi disini, meskipun aku ada beberapa saudara/rakan yang bergiat aktif dalam scene takaful).

Kematian itu sesuatu yang pasti. Cuma cepat atau lambat, disebabkan faktor kesihatan, kemalangan, sakit tua dan sebagainya. Kita tak boleh nak memilih cara kematian kita tapi apa yang boleh dilakukan sekurang-kurangnya kita tingkatkan potensi untuk hidup sihat seperti tidak merokok dan menjaga pemakanan, disamping mengurangkan kelajuan ketika memandu kereta atau menunggang motosikal. Aku berpendapat orang yang suka bawak laju-laju ini adalah orang yang tak mahu menikmati kehidupan. Entah apa nak dikejar. Cuba bawak relaks-relaks sambil pekena kopi dan mendengar lagu-lagu berkualiti tinggi sama ada blues, folks, punk, rock n roll dan sebagainya. Hendak sampai cepat, rancang perjalanan. Kalau dah terlambat, ah better late than never.

Meskipun kita tidak boleh merancang cara kematian kita, tapi kita boleh merancang apa yang hendak kita tinggalkan sekiranya kita sudah tiada, lebih kritikal lagi jika kita tiada secara tiba-tiba sedangkan masih banyak tanggungjawab seperti Isteri/anak-anak serta hutang piutang. Ya, memang duit tak akan mengantikan tempat kita tapi idea asas disini adalah sekurang-kurangnya sesuatu yang ditinggalkan itu akan membantu, sama ada dari segi kewangan atau menyelesaikan hutang piutang disamping perkara-perkara essential yang lain seperti pendidikan anak-anak dan tabungan di masa hadapan. Bercakap soal essential ini, ini boleh meliputi kos makan, minum, pakaian, tempat tinggal, penjagaan kesihatan disamping meneruskan 1001 perkara rutin yang lain. Dan kesemua ini melibatkan keuntungan pihak pemodal dan sudah pastilah mereka tidak memberikan dengan percuma, malahan kos akan meningkat dari semasa ke semasa.

“ah buat apa nak takaful-takaful ni, aku sihat, kalau aku mati pun adalah rezeki nanti dilorongkan Allah pada bini dan anak-anak aku”

Ya, memang hidup sihat tapi selama mana sihat pun kita tak lah mengetahuinya dalam keadaan kita hidup penuh dengan pleasure. Makanan sedap sana sini  sehingga instagram beribu-ribu gambar makanan yang bakal dipekena dan kemalasan untuk bersenam bermaharajalela (unless mereka yang berlari sekurang-kurangnya 6 kilometer sehari tanpa gagal seperti penulis tersohor Haruki Murakami). Dan, ya, Allah lorongkan rezeki.Tapi kena USAHA. Nabi Yusuf ketika menghadapi 7 tahun kemarau tidaklah pula baginda relaks tapi bahkan dia mengetuai inisiatif mempersiapkan negaranya menghadapi kemarau dengan mengumpul sebanyak mungkin makanan-makanan. 

Dalam Al-Quran pun kata sekurang-kurangnya kita kena tinggalkan setahun nafkah yang mencukupi untuk makan, pakaian dan tempat tinggal isteri:-

“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah Al-Baqarah, Ayat 240)

Jelas lagi bersuluh, meskipun kita sudah tiada, tapi semasa hidup kita kena bertanggungjawab untuk memastikan keluarga yang ditinggalkan kita mendapat satu sistem sokongan asas. Ya, memang boleh mengumpul sendiri tapi ini tidak seefektif takaful yang berasaskan collective effort for greater good. Penyumbang takaful sama-sama tolong menolong antara satu sama lain disamping pentadbir takaful akan melabur sumbangan kita ke pelaburan-pelaburan yang patuh pada syariah. Disebabkan itu, hasilnya lebih besar dari simpanan sendiri secara indie.

Andai kita sudah tiada, kita tinggalkan satu sokongan untuk perkara essential. Bukannya hutang piutang.

“okay tapi manalah aku mampu nak cekau 3 atau 4 ratus sebulan membayar takaful ni”

Cuba kau divide sebulan premium takaful tu. Macam aku, RM500 sebulan. Bermakna RM16.70 sehari. Dari mengunakan RM16.70 sehari tu untuk membeli rokok, McD, teh tarik bergelas-gelas, memecut kenderaan lantas memakan lebih banyak duit minyak, makanan-makanan ringan dan segala macam lagi perkara yang mendekatkan kepada penyakit/kemalangan, lebih baik gunakan RM16.70 sehari ni untuk takaful. Kalau mati sekarang, tuan kapitalis pengusaha rokok bukannya bayar ganti rugi pun. Sebaliknya, takaful akan hadir sebagai satu sokongan kepada keluarga yang ditinggalkan. Korbankan sedikit gaji bulanan for the greater good. Percayalah, tolak sahaja berapa premium yang hendak dibayar dan selebihnya gaji bulanan itu boleh kita gunakan dengan tenang kerana mengetahui, kita baru sahaja melabur untuk sesuatu yang berfaedah.

Selain itu, takaful kini pun macam nasi campur. Kau boleh tambah itu ini dan boleh subscribe satu lagi benda yang power iaitu medikel kad.

“tapi kompeni aku dah bagi medikel benefit”.

Ya ya, kompeni aku sendiri meskipun memberi medikel power sehingga isteri bersalin pun ditanggung sepenuhnya di hospital-hospital swasta berprestasi tinggi, tapi aku tetap subsribe medikel kad. Kita tak tahu sampai bila kita kerja. Kita tak perlu riak dengan medikel benefit yang diberi tapi sebaliknya kena siapkan satu sistem sokongan andai kata kita tidak boleh lagi bekerja atau diberhentikan kerja. Buat kali yang keseribu hendak dibagitau, idea asas disini adalah satu sistem sokongan asas untuk menghadapi berbagai kemungkinan hidup. Bila kita sudah ada sistem sokongan, secara automatiknya kita lebih bersemangat untuk mempersiapkan diri menghadapi berbagai cabaran hidup. Bayaran bulanan yang kita buat itu sesungguhnya akan jadi sesuatu yang sangat bertanggungjawab. Come on, satu pek rokok sehari mampu tapi tidak kepada satu perkara yang bermanfaat iaitu takaful.

Ringkas kata, kematian itu sesuatu yang pasti. Dan tanggungjawab kita adalah sekurang-kurangnya menyiapkan satu sistem sokongan kepada keluarga yang bakal kita tinggalkan. Kalau kita set mentaliti sebegini, insyallah hidup semakin tenang. Jadi kepada takaful non believer, segeralah meneliti semula dan sertailah satu inisiatif collective effort for the greater good of mankind.  Istiqamah kena cara betul bang. Nabi sendiri tegur sahabat suruh ikat tali unta, baru beristiqamah. Semuanya bermula dengan usaha. Untuk menyemai benih usaha ni memang banyak alasannya seperti yang aku kata tadi seperti ‘alasan diri sangat sihat, tidak mampu, tidak minat, mahu berserah segala-galanya (tanpa usaha strategik), kompeni dah kaber, kaya-raya (orang kaya pun subscribe insuran/takaful kerana mereka mendapat pencerahan – why should I pay when I can pay less for greater support system?) dan sebagainya. Kerana perlu berusaha lah banyak alasan yang timbul. Bak kata Tom Hanks dalam cerita A League of Their Own:

“If it wasn't hard, everyone would do it. It's the hard that makes it great”.

Beringat-ingat dahulu, berklem-klem secara super power kemudian, insyallah.

Armyzonovic at 11:30 PM

Credit to: http://nextvacuum.blogspot.com/2013/02/kepada-takaful-non-believer_25.html?m=1

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...