Friday, February 8, 2013

Memiliki polisi takaful belum tentu perlindungan kewangan Tuan/Puan terjamin.

Takaful pendidikan vs takaful diri sendiri


Saya ada kisah tragis tentang perkara ini. Ia 

kes rakan saya bukan kes saya.

Ceritanya begini;-


Seorang bisnesman meninggal dunia dan 

meninggalkan balu dan anak-anak seramai 5 

orang.


Si balu berjumpa rakan saya yang membuat 

urusan harta pusaka dan claim insurans 

kerana dia tahu yang suaminya mengambil 

polisi insurans.


Seleas disemak, rupa-rupanya bisnesman 

berkenaan hanya mengambil polisi 

pendidikan untuk anak-anak sahaja dan 

manfaat yang si balu dapat ialah manfaat 

'sambung bayar' dan tiada 1 sen pun untuk si 

balu.



Tambah memeritkan, si balu adalah suri 

rumah dan rumah yang mereka tinggal yang 


dibina oleh arwah di atas tanah milik arwah 

dijadikan cagaran pinjaman perniagaan 

sewaktu arwah masih hidup.



Akhir sekali, si balu terpaksa berpindah 

rumah dan 5 polisi yang diambil oleh arwah 

suaminya ketika masih hidup, tiada sebarang 

pamasan tunai untuk si balu.



PENGAJARAN: Di dalam kapal terbang, ketika 

kecemasan, ibu bapa dinasihatkan 

menggunakan topeng oksigen untuk 

selamatkan diri sendiri dahulu sebelum anak-

anak.




Begitu juga dalam konteks takaful, ambil 

untuk diri sendiri dahulu sebelum anak-anak.

JUSTERU, semak kembali polisi yang 

Tuan/Puan langgan dan pasangan Tuan/Puan 

langgan. Pastikan ia berfungsi dengan baik 

jika berlaku musibah kewangan dalam hidup 

Tuan/Puan.

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...