Saya akan ceritakan mengenai manfaat Takaful yang sering ditawarkan oleh ejen Takaful di luar sana. Mana-mana takaful operator akan offer basic Takaful yang terdiri
daripada:-
a) pampasan kematian
b) pampasan cacat kekal menyeluruh atau dikenali
sebagai TPD (Total Permanent Disability)
c) Pampasan penyakit kritikal
d) Kemalangan
e) Kad perubatan
f) cash value (kebiasaanya ditawarkan pada insurans/takaful berbentuk
investment link)
Berapa coverage yang akan kita dapat berdasarkan keperluan kita atau kita just follow cadangan dari ejen. Jika saya , saya akan cadangkan coverage atau amount pampasan untuk item a-d berdasarkan 120 bulan pendapatan gaji kita.
Sebagai contoh : Jika gaji sebulan (nett salary) adalah RM3,000 kalau setahun = RM 3,000 x 12 = RM 36,000
Jika pendapatan gaji 120 bulan bersamaan dengan 10 tahun = RM 36,000 x 10 =RM360,000
RM360,000 adalah amount coverage untuk perlindugan item a- d. Kenapa kita letak 10 tahun dan coverage berdasarkan plan penggantian gaji? Ini kerana 10 tahun sudah dikira next of kin ada masa untuk membina hidup baru dan meneruskan kelangsungan hidup. dengan coverage berdasarkan plan penggantian gaji, mereka boleh laburkan duit tue di ASB, unit trust atau investment tools yg dikira sesuai. Bolehlah lebihan pasif income.
Apa yang saya utarakan ini hanya cadangan sahaja. Terpulang pada kalian ingin mengikutnya atau tak. Ini kerana kebanyak klien yg saya jumpa ada masalah dengan bajet. Kalau tak dapat 10 tahun coverage plan , saya cadangkan buat 3 tahun plan coverage pendapatan gaji.
a) pampasan kematian
Untuk pampasan kematian (sebarang sebab), pampasan akan diberikan . Jika melibatkan kematian biasa, pihak takaful tidak memohon post mortem tidak diperlukan, cukup sekadar report pengesahan dan cause of death dari Dr. yg bertauliah. Jika kematian akibat kemalangan , post mortem report diperlukan.
b) pampasan cacat kekal menyeluruh atau dikenali sebagai TPD (Total Permanent Disability)
Pampasan TPD akibat sebarang sebab atau kemalangan , pampasan akan diberikan berdasarkan % berdasarkan jadual dibawah:-
Nota: Pampasan ini hanya boleh dituntut jika kecacatan itu kekal selama-lamanya.
c) Penyakit kritikal.
Hanya boleh menuntut sekali seumur hidup. 36 list penyakit yg boleh dituntut:-
1. AIDS due to a blood transfusion or full blown AIDS
2. Aplastic anaemia
3. Apallic syndrome
4. Alzheimer’s disease
5. Benign brain tumour
6. Blindness
7. Brain surgery
8. Cancer
9. Cardiomyopathy
10. Chronic liver disease
11. Chronic lung disease
12. Coma
13. Coronary artery disease including Angioplasty and other invasive treatments for coronary artery disease
14. Deafness
15. Encephalitis
16. Fulminant viral hepatitis
17. Heart attack
18. Heart valve replacement
19. Kidney failure
20. Loss of independent existence
21. Loss of speech
22. Major burns
23. Major head trauma
24. Major organ transplant
25. Medullary cystic disease
26. Meningitis
27. Motor neurone disease
28. Multiple sclerosis
29. Muscular dystrophy
30. Paralysis
31. Parkinson’s disease
32. Poliomyelitis
33. Primary pulmonary arterial hypertension
34. Stroke
35. Surgery to the aorta
36. Systemic lupus erythematosus lupus nephritis
d)Kemalangan
Pihak takaful hanya cover sekiranya kemalangan pengangkutan darat. Pampasan kematian dan pampasan kemalangan akan diberikan. Jika berlaku pengangkutan udara atau air, pampasan kematian sahaja akan diberikan.
Jika TPD akibat kemalangan, pihak Takaful akan membayar pampasan berdasarkan % skala faedah seperti jadual di item TPD
Jika kemalangan berlaku kurang dari setahun caruman polisi katakan baru 1 atau 4 bulan polisi mencarum, pihak Takaful akan membayar jumlah pampasan berdasarkan jumlah coverage yg telah dipersetujui semasa tandatangan borang Takaful. Dan jika kecederaan berlaku semasa kemalangan, tempoh menunggu untuk kad perubatan tidak akan dipakai. Kad perubatan akan terus cover kos rawatan kemalangan.
e) Kad perubatan
Kad perubatan yang ditawarkan pelbagai. Tapi apa yang perlu fokus
adalah:-
1) Harga room and board (bilik ward). Sekarang nie, kebanyak pihak
hospital offer single bed dah RM230. Kalau less than RM230 tue, samada double
bed atau kena kongsi 4 kantil untuk satu bilik.
2) annual limit. Annual limit bagi setiap plan adalah
berbeza. Kebiasaanya takaful operator akan offer start RM60,000
setahun. Tapi sekarang, mostly saya tengok, kebanyakan takaful operator
dah start offer annual limit bermula dengan RM100,000 dan keatas. Ini kerana
kos rawatan yang semakin meningkat seangkatan dengan peningkatan inflasi kad
perubatan. Setiap tahun inflasi medikal akan naik sebanyak 12%. Bab annual
limit nie tgk keadaan kita macam mana. Jika compnay ada cover kita, spouse dan
anak2 sebanyak RM50,000 (sebagai contoh).. so ambik personal kad perubatan
RM60,000 annual limit. Kiranya jika dicampur dengan kad perubatan company dan
personal kad perubatan dah RM110,000. Jika dah ada pendapatan lebih di masa
depan, bolehlah upgrade annual limit untuk personal kad perubatan.
3) tempoh bertenang. sila lihat gambar dibawah:-
4. ko-takaful, deductible dan fully coverage (zero ko-takaful)
1. DEDUKTIBLE
Deduktible adalah yang mana pencarum perlu membayar amount tertentu
seperti yg telah dipersetujui semasa kontrak Takaful. Dan selebih kos rawatan
akan dibayar oleh pihak takaful. Sebagai contoh, terbaru pihak PruBSN Takaful
ada offer smart saver deduktible sebanyak RM300.
Jika kos rawatan RM3,500. Maka pencarum perlu bayar RM300. Selebih
RM3,200 akan dibayar oleh pihak takaful
2. Ko-Takaful
pihak takaful ada menawarkan % tertentu yang perlu dibayar kos rawatan
oleh pencarum dan selebihnya akan dibayar oleh pihak takaful. Nisbah
pencerum:Pengendali takaful [ 10:90 ]
contoh: Pihak takaful offer 10% kotakaful. Bermaksug pencarum perlu
bayar 10% dari kos rawatan yg mana minimum pembayaran adalah dianatar RM300
hingga RM1000.
contoh satu: Kos rawatan RM 3,500
Pencarum perlu bayar 10% dari Rm3,500 yaitu RM350.
Takaful bayar
: RM3,150
Contoh dua : Kos rawatan RM35,000
Pencarum perlu bayar 10% dari RM35,000 yaitu RM 1000 (yang mana maksimum
10% hanyalah RM1000)
Takaful bayar
: RM34,000
3. Fully coverage
Tiada deductible atau ko takaful terlibat dalam proses pembayaran kos
rawatan. Kos rawatan yg melibatkan medikal expenses dibayar 100% oleh pihak
takaful.
f) Cash value
Kebanyak ejen menamakan nya sebagai saving. Sebenarnya, tiada istilah
saving digunapakai dalam Takaful. Dulu, saya pun pakai istilah saving. Tapi,
bila dah lama dalam industri ini, saya makin faham maksud saving yg sebenar
yaitu cash value. Cash value digunapakai oleh insurans/Takaful yg berbentuk
investment link. Kalian boleh bertanyakan pada ejen sama ada
insurans/Takaful yg akan dicarum berbentuk tradisional (tiada cash value),
stand alone (utk kad perubatan, juga tiada cash value) atau insurans/Takaful
investment link. kenapa investment? Kerana pihak Takaful ada melaburkan duit
tabungan yg dikenali sebagai tabarru' dalam perlaburan yg berbentuk shariah
seperti invest dalam conglomerat atau industri blue chip.
Cash value diperkenalkan agar dapat sustain protection akaun dari
lapsed. Dari pengalaman saya, jika kita bayar caruman Takaful selama 3 tahun
without failed, dan ada financial problem pada tahun 4, kita boleh waived kan
bayaran selama 2 tahun dan Insya-Allah polisi masih inforced dan tidak lapsed.
Secara peribadi, saya kurang bersetuju takaful dijadikan sebagai tabung
pendidikan. Elok sekiranya duit yg ada dilaburkan ditempat perlaburan yg
sesuai. Takaful bagi saya, adalah solely protection. Cash value yg ada hanya
utk sustain protection akaun sekiranya ada kecemasan financial.
Untuk citer cash value, setiap ejen ada pandangan mereka sendiri. Terpulang pada individu nak memahami konsep cash value dalam pelan Takaful/Insurans.
Moga Ilmu yang saya ceritakan ini memberi manfaat buat semua.
mbk
perunding takaful
perunding takaful
0192853910
No comments:
Post a Comment