Kepada orang ramai yang masih belum mempunyai perlindungan hayat, pakej perubatan dan simpanan dalam takaful, maka anda bolehlah mengambil polisi perlindungan takaful ini dengan mengunjungi mana-mana gerai yang dibuka sama ada di pasaraya atau datang sendiri ke pejabatnya yang berdekatan dengan kawasan anda. Anda boleh tanya sendiri pada ejen berkenaan tentang produk, ciri-ciri, manfaat, apa yang termasuk dan tidak termasuk (exclusions) dalam perlindungan (coverage) polisi yang ditawarkan serta berapa jumlah bayaran yang dikenakan bagi pakej yang mahu diambil.
Sedikit info, secara umumnya perlindungan insurans dan takaful menumpukan pelan perlindungan pada harta benda (properties) dan hayat (life). Orang ramai perlu tahu syarikat tersebut dan apakah pelan perlindungan yang ditawarkan, juga sama ada ia adalah jenis konvensioanal atau islamik yang patuh syariah (takaful). Ada syarikat yang tawarkan perlindungan bagi harta dan hayat.
Untuk perlindungan hayat, polisi perlindungan boleh diambil sama ada untuk seorang, ramai (biasanya sekeluarga atau sebahagiannya) atau untuk syarikat. Antara faktor yang dipertimbangkan ketika ingin mengambil polisi perlindungan ini ialah jantina, status merokok, umur, indeks jisim tubuh (body mass index atau BMI), profail gaya hidup, sejarah berkaitan penyakit atau kemalangan, kecenderungan dan penglibatan dalam sebarang aktiviti yang berisiko dan berbahaya, pekerjaan dan kelas pekerjaan (kelas 1-berisiko rendah hingga 4-berisiko tinggi), dan beberapa perkara lagi.
Diingatkan kepada sesiapa yang ingin mengambil polisi untuk mengingati dengan jelas dan tidak menyembunyikan sebarang maklumat terutama berkenaan sejarah penyakit dan kemalangan. Polisi seseorang boleh dibatalkan atau permohonan polisi ditolak jika didapati ada sebarang unsur penipuan atau yang meragukan. Segala surat jaminan (guarantee letter atau GL) dan laporan perubatan (medical report) perlu disertakan bersama permohonan sebagai bukti pemohon pernah alami kemalangan atau ada penyakit berkaitan. Sila jangan sembunyikan maklumat penting ini bagi mengelakkan sebarang masalah.
Adalah selalu diingatkan kepada orang ramai juga bahawa polisi perlindungan sama ada insurans konvensional atau takaful perlu diambil ketika masih sihat dan sebaik-baiknya tiada tanda-tanda penyakit berbahaya atau kritikal, kerana sekiranya sudah sedia ada sebelum mengambil polisi, maka penyakit tersebut tidak akan dilindungi lagi walaupun penyakit berkenaan asalnya termasuk dalam senarai penyakit-penyakit kritikal yang mendapat perlindungan ketika dalam polisi. Contohnya sakit jantung, diabetes, katarak, dll. Namun jika mahu memohon juga, pemohon boleh berbuat demikian untuk mendapatkan perlindungan bagi penyakit-penyakit lain yang belum berlaku lagi ketika itu, iaitu selain yang sudah tidak dilindungi itu. Nasihat kepada orang ramai, jangan menganggap pengambilan polisi perlindungan ini seperti panadol, bila sakit baru akan ambil. Ini kerana jika itu berlaku, maka ia sudah terlambat dan sakit (penyakit atau kemalangan) berkenaan tidak akan dapat dilindungi dan mana-mana ejen pun tidak akan dapat membantu.
Ringkasnya - AMBIL POLISI KETIKA SIHAT!
Dari sudut lain, ada beberapa kes bagi pemegang polisi (policyholder) yang ditolak permohonan tuntutannya atas beberapa sebab, hinggakan memburuk-burukkan syarikat polisi tersebut dan menjadi viral di internet. Dalam hal ini, sebaiknya silalah rujuk kepada ejen yang menguruskan polisi itu dan apakah bentuk perlindungan yang diambil ketika menandatangani borang permohonan dahulu. Dari semasa ke semasa, pemegang polisi perlu sentiasa mengemaskini maklumat terbaru berkenaan polisi dan produk syarikat tersebut kerana mungkin akan ada perubahan dalam ciri yang ditawarkan. Contohnya elaun wad. Mungkin versi dahulu ia ada tetapi sekarang sudah dimansuhkan.
Selain bertanya terus pada ejen, orang ramai juga boleh mendapatkan info daripada banyak laman web, forum, kumpulan dalam Facebook, WhatsApp, di internet yang membincangkan mengenai perlindungan insurans dan takaful ini.
credit: http://mygalaxyandme0000.blogspot.my/2015/09/artikel-info-ringkas-pentingnya-ada.html
mbk
perunding takaful
No comments:
Post a Comment